Tambahnya, keadaan akan menjadi lebih parah sekiranya kerajaan bertukar tampuk kepimpinan kepada Pakatan Rakyat.Bahkan katanya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan meneruskan siri serangan beliau menerusi satu program ucaptama yang akan berlangsung di Hotel Crystal Crown Petaling Jaya pada jam 9 pagi esok.Mengulas mengenai kembalinya Pengerusi Gerak, Ezam Mohd Nor semula ke pangkuan Umno, Mohamad yang merupakan Pengerusi Mobilisasi Demokrasi berpendapat ia tidak akan banyak mengubah keadaan dalaman Umno yang telah sedia kucar-kacir."Tindakan Ezam tersebut merupakan pilihan beliau secara peribadi, cuma yang saya kurang pasti sekarang adalah sama ada prinsip perjuangan Ezam untuk membasmi rasuah dan penyelewengan dalam kerajaan boleh dilaksanakan melalui parti yang ditentangnya selama ini?" katanya.Ujarnya, terpulanglah kepada Ezam untuk meneruskan prinsip perjuangannya itu."Saya fikir Ezam perlu menjelaskan tindakan dan keputusan beliau itu sendiri kepada mereka yang pernah mengikuti ceramah dan rapat umum sebelum ini yang mengharapkan ianya dibuat," ujarnya.Sementara itu, Mohamad yang pernah mengetuai Jawatankuasa Perhimpunan 100,000 Rakyat pada 10 November lalu anjuran Bersih menyifatkan kenyataan yang dibuat Wan Abdul Rahim semalam sebagai bersifat peribadi."Sesiapapun yang membuat tuntutan maaf itu adalah pandangan peribadi, bahkan keputusan Mobilisasi Demokrasi dan Bersih akan meneruskan tuntutan kami sebelum ini termasuklah memorandum yang telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong tahun lalu."Walaupun Pakatan Rakyat berjaya menawan lima buah negeri dalam pilihan raya umum lalu, ia tidak bermakna sistem pilihan raya kita telah pun bersih dan baik," ujarnya lagi.ini kerana tegasnya, penyelewengan tersebut tenggelam oleh tsunami politik yang dilakukan oleh kebangkitan rakyat berdasarkan faktor luaran dan senario politik semasa ketika itu."Justeru, kejahatan dan penipuan oleh pihak SPR tidak dapat dihidu dan tidak kelihatan dengan ketara, namun kita mendapat maklumat calon Pakatan Rakyat tewas di beberapa tempat setelah pengiraan semula dijalankan," katanya.Jelasnya ini menyebabkan suatu suruhanjaya perlu ditubuhkan bagi menyiasat masalah ini."Kami tidak pernah berganjak daripada meneruskan tuntutan sebelum ini kerana kemenangan yang diperolehi Pakatan Rakyat bukanlah bermakna sistem pilihan raya di negara ini telah pulih dan bersih."Ia masih kotor dan tidak telus," katanya lagi.Bersih sebelum ini pernah mengemukakan empat tuntutan termasuk pembersihan daftar pemilih, mengkaji semula pelaksanaan undi pos, serta penggunaan dakwat kekal pada jari pengundi menerusi memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong pada 10 November lalu.
Sabtu, 31 Mei 2008
Umno akan terus kucar-kacir sehingga Disember - Che Mat
Tambahnya, keadaan akan menjadi lebih parah sekiranya kerajaan bertukar tampuk kepimpinan kepada Pakatan Rakyat.Bahkan katanya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan meneruskan siri serangan beliau menerusi satu program ucaptama yang akan berlangsung di Hotel Crystal Crown Petaling Jaya pada jam 9 pagi esok.Mengulas mengenai kembalinya Pengerusi Gerak, Ezam Mohd Nor semula ke pangkuan Umno, Mohamad yang merupakan Pengerusi Mobilisasi Demokrasi berpendapat ia tidak akan banyak mengubah keadaan dalaman Umno yang telah sedia kucar-kacir."Tindakan Ezam tersebut merupakan pilihan beliau secara peribadi, cuma yang saya kurang pasti sekarang adalah sama ada prinsip perjuangan Ezam untuk membasmi rasuah dan penyelewengan dalam kerajaan boleh dilaksanakan melalui parti yang ditentangnya selama ini?" katanya.Ujarnya, terpulanglah kepada Ezam untuk meneruskan prinsip perjuangannya itu."Saya fikir Ezam perlu menjelaskan tindakan dan keputusan beliau itu sendiri kepada mereka yang pernah mengikuti ceramah dan rapat umum sebelum ini yang mengharapkan ianya dibuat," ujarnya.Sementara itu, Mohamad yang pernah mengetuai Jawatankuasa Perhimpunan 100,000 Rakyat pada 10 November lalu anjuran Bersih menyifatkan kenyataan yang dibuat Wan Abdul Rahim semalam sebagai bersifat peribadi."Sesiapapun yang membuat tuntutan maaf itu adalah pandangan peribadi, bahkan keputusan Mobilisasi Demokrasi dan Bersih akan meneruskan tuntutan kami sebelum ini termasuklah memorandum yang telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong tahun lalu."Walaupun Pakatan Rakyat berjaya menawan lima buah negeri dalam pilihan raya umum lalu, ia tidak bermakna sistem pilihan raya kita telah pun bersih dan baik," ujarnya lagi.ini kerana tegasnya, penyelewengan tersebut tenggelam oleh tsunami politik yang dilakukan oleh kebangkitan rakyat berdasarkan faktor luaran dan senario politik semasa ketika itu."Justeru, kejahatan dan penipuan oleh pihak SPR tidak dapat dihidu dan tidak kelihatan dengan ketara, namun kita mendapat maklumat calon Pakatan Rakyat tewas di beberapa tempat setelah pengiraan semula dijalankan," katanya.Jelasnya ini menyebabkan suatu suruhanjaya perlu ditubuhkan bagi menyiasat masalah ini."Kami tidak pernah berganjak daripada meneruskan tuntutan sebelum ini kerana kemenangan yang diperolehi Pakatan Rakyat bukanlah bermakna sistem pilihan raya di negara ini telah pulih dan bersih."Ia masih kotor dan tidak telus," katanya lagi.Bersih sebelum ini pernah mengemukakan empat tuntutan termasuk pembersihan daftar pemilih, mengkaji semula pelaksanaan undi pos, serta penggunaan dakwat kekal pada jari pengundi menerusi memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong pada 10 November lalu.
STRATEGI TERDESAK UMNO
Pada pilihan raya umum lalu, Umno menerima tamparan hebat selepas parti tunggak kepada BN itu tidak menjadi pilihan kepada rakyat yang akhirnya bertukar kepada Pakatan Rakyat, ujarnya. Kini katanya perpecahan dalam Umno dengan keluarnya Tun Dr Mahathir Mohamad menambah kemelut dalaman parti itu yang akhirnya hanya akan menyebabkan parti itu tidak lagi relevan kepada rakyat Malaysia. Melihat kepada sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat semakin tinggi, Umno dilihat terpaksa menggunakan istilah baru (Ketuanan Bangsa Malaysia) untuk menarik kembali sokongan rakyat, ujarnya. Sementara itu Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa menyifatkan slogan yang dilaungkan Najib itu sebagai satu lagi strategi politik Umno. Umno terdesak tatkala parti itu berhadapan dengan masalah dalaman yang cukup serius yang menyebabkan rakyat kurang yakin dengan kepimpinan Umno, ujarnya
MASJID TEMPAT SOLAT ATAU TEMPAT PELANCONG ??
“Masalahnya, terdapat segelintir kakitangan masjid yang tidak mesra dan kurang menyambut baik dan memberi penerangan sekali gus menjejaskan imej agama Islam itu sendiri. Selain menyediakan katalog untuk masjid berkaiatan asal usul atau sejarah, risalah juga boleh disediakan bagi menerangkan tentang isu-isu yang membabitkan agama Islam yang sering kali disalah tafsir oleh orang bukan Islam termasuk para pelancong luar negara. “Saya pernah ke Sri Langka dan masjidnya menyediakan risalah kepada semua pihak sama ada untuk pelancong Kristian dan Buddha untuk tujuan tarikan pelancong dan penerangan yang sebenar.
Selain itu dalam sidang Dewan tadi beliau turut membangkitkan isu tandas awam yang masih lagi tidak mencapai standard atau ISO antarabangsa dan perlu diberi perhatian termasuk memberi kesedaran sivik kepada rakyat yang dilihat kurang mengambil berat soal kebersihan tandas awam. Sering kali dalam ceramah beliau menyatakan bahawa sebagai tanda aras kebersihan sesebuah institusi ataupun keluarga hendaklah memastikan kebersihan tandas diutamakan terlebih dahulu. “Kalau nak tahu tahap kebersihan sesebuah keluarga itu, tengok tandas mereka. Jika bersih itulah ’standard’ kebersihan mereka,” katanya yang meminta Kementerian Pelanciongan memeberi tumpuan kepada kelemahan aspek tandas awam dan masjid.
EZAM SUDAH TIDAK RELEVAN LAGI ..

Jumaat, 30 Mei 2008
Pakaian sekolah seksi - Respon Dewan Muslimat PAS
DMPP percaya bahawa adalah tidak wajar untuk mana-mana pihak melenting terhadap cadangan PKPIM ini. Mengapa perlu setiap kali kita bicara soal pakaian maka kelihatan beberapa pihak akan mengambil sikap ”Personal” mempertahankan kebebasan diri sebagai perkara yang lebih utama. Bahkan tidak kurang yang akan menolaknya mentah-mentah dengan seterusnya memberi pelbagai faktor lain yang lebih utama menjadi punca.Justeru, DMPP mendesak agar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat serta badan-badan NGO’s wanita yang prihatin agar segera membuat kajian menyeluruh berhubung dengan perkara ini.DMPP percaya bahawa pendirian beberapa pihak yang menolak mentah-mentah akan wujudnya hubungan antara pakaian dan jenayah seksual adalah dibuat berdasarkan pandangan peribadi, pandangan sekumpul kecil mereka dan bukannya pandangan masyarakat teramai di seluruh negara.DMPP juga menyarankan kepada PKPIM agar segera membuat pungutan suara di kalangan pelajar di seluruh negara terhadap pandangan mereka berkaitan faktor pakaian sebagai antara faktor pemangkin berlaku serta meningkatnya jenayah seksual.Dalam konteks pemakaian baju kurung putih bagi pelajar perempuan di sekolah, DMPP percaya bahawa bukanlah warna pakaian seragam itu yang wajar menjadi tumpuan kita. Tetapi material kain putih yang digunakan untuk membuat baju sekolah itu. Kita tidak dapat menafikan bahawa material kain putih yang digunakan selama ini adalah agak nipis dan menyebabkan pelajar-pelajar perempuan kelihatan agak seksi khususnya bila tidak mengenakan tudung yang dapat membantu menutup dada mereka (sekiranya dilabuhkan sedikit).
Apatah lagi sekiranya mereka hanya memakai bra tanpa mengenakan singlet dalam. Lebih ketara bilamana warna pakaian dalam mereka lebih terang/ kontra dengan seragam putih yang mereka pakai. Hakikat ini tidak mungkin dapat kita sembunyikan. Lebih malang bagi pelajar perempuan ialah bilamana hari hujan. Justeru, cadangan PKPIM kepada Kementerian Pelajaran itu merupakan cadangan yang sangat bertanggungjawab dan munasabah mengambilkira prinsip-prinsip perundangan Islam dan kaedah-kaedah usul fiqh.Bahkan dalam hal ini, DMPP mendesak agar Majlis Fatwa Kebangsaan segera mengeluarkan (refresh) satu Fatwa berkaitan pakaian dan aurat bagi wanita Islam (termasuk pelajar-pelajar wanita Islam). Ini kerana meskipun di dalam Al Quran seperti contohnya dalam Surah An Nur: 31, Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud : ”Hendaknya mereka melabuhkan tudungnya sampai ke dada, dan jangan kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir..”.Namun sehingga kini ternyata ramai pihak masih berdolak dalik dalam hal aurat seorang wanita Islam. Sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab kepada hal ehwal Islam dan ummatnya, maka Majlis Fatwa Kebangsaan wajar memperbetulkan pandangan songsang pihak pemerintah khususnya Perdana Menteri sendiri terhadap persoalan ini. Sikap membisu para alim ulama’ kerajaan dan tidak tegasnya segelintir mufti dalam hal ini akan hanya mengheret ummat Islam kepada salah faham dan tidak faham kepada Islam.
Bahkan terdapat juga kalangan yang bersikap buat-buat tidak faham terhadap Islam. Lebih malang bilamana terdapat juga segelintir pihak yang menggunakan kesempatan sebegini untuk mempersenda-sendakan Islam.DMPP seterusnya merafa’ sembah ke bawah Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong serta Duli Yang Mulia Majlis Raja-Raja Melayu yang bertanggungjawab terhadap agama Islam agar terus mempertahankan kemuliaan dan ketinggian hukum-hakam Islam khususnya syariat yang berkaitan dengan batasan-batasan aurat bagi seorang wanita Islam.DMPP menyelar mana-mana pihak yang cuba mempermainkan Islam dan ummatnya termasuk tindakan mereka yang sengaja melabelkan PKPIM atau mana-mana Gerakan Islam di Malaysia sebagai ”Little Taliban” dan kononnya berusaha membawa Talibanisme ke dalam masyarakat Islam negara ini. Tindakan ini adalah sangat keterlaluan dan biadab !Akhirnya, DMPP mengucapkan syabas kepada PKPIM khususnya Pengerusi HeWinya iaitu Saudari Munirah Bahari atas keprihatinannya, kebertanggungjawabannya dan keberaniannya mengemukakan satu cadangan yang begitu baik. Sudah sampai masanya Kementerian Pelajaran menghadapi saranan-saranan masyarakat dengan hati terbuka, adab melayu dan berjiwa Islam.
Hormat Daripada,
DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
Setiausaha
25 Mei 2008, Kuala Lumpur .
SANGLANG DALAM PENANTIAN
Peguam yang mewakili responden ketiga, Jega Karuppiah semasa penghujahannya telah menyebut bahawa pihak pempetisyen tidak boleh meletakkan SPR dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya sebagai responden dalam petisyen tersebut.Dalam petisyen ini, responden pertama dan kedua tidak mengemukakan sebarang bantahan."Saya berpendapat bahawa kes ini perlu dibicarakan," kata Kamaluddin.Terdahulu, Zainal Adzam menolak bantahan yang dikemukakan Ustaz Hashim ke atas bantahan awal Abdullah.Jega kemudiannya mengemukakan penghujahan panjang ke atas bantahan awal tersebut disusuli Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Ustaz Hashim.Mohamed Hanipa antara lainnya menyebut bantahan awal yang dikemukakan itu bersifat teknikal dan mengguna pakai peraturan lama yang telah dibuat pindaan serta memohon agar kes tersebut dibicarakan.Zainal Adzam kemudiannya menangguhkan persidangan mahkamah dengan memutuskan tarikh 4 Jun ini untuk beliau memberikan keputusan sama ada menerima bantahan awal tersebut atau meneruskan dengan perbicaraan.Selain Mohamed Hanipa, Ustaz Hashim turut diwakili oleh Zulmi Sabri dan Aqbal Shiffudin Adnan Sallehuddin.Kamaluddin pula dibantu oleh Peguam Kanan Persekutuan, Rozi Bainon dan Wan Roslan Wan Ismail manakala Jega pula dibantu oleh A. Albert Antonie.Petisyen ini difailkan oleh oleh Ustaz Hashim untuk mengisytiharkan beliau sebagai pemenang dalam PRU pada 8 Mac lalu.Beliau yang bertanding mempertahankan kerusi Dun tersebut diisytiharkan kalah kepada Abdullah dengan majoriti 149 undi.Bagaimanapun berlaku kesilapan semasa mengisi nama calon pada borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi) yang mana Ustaz Hashim sepatutnya menang dengan majoriti 47 undi. -
Khamis, 29 Mei 2008
Peguam Negara lebih minat Batu Buruk daripada P. Batu Puteh
"Umno-BN tidak mengutamakan usaha untuk mempertahankan kedaulatan negara sekali gus memperlihatkan kegagalan pihak kerajaan Umno-BN dalam menilai kepentingan negara dan politik parti mereka," ujarnya.Katanya, antara punca kegagalan tersebut adalah sikap kerajaan yang tidak mahu mengiktiraf pakar-pakar tempatan dalam bidang hubungan antarabangsa."Buktinya terdapat sesetengah profesional yang terpaksa berusaha sendiri dalam memperjuangkan agenda negara tanpa perhatian sewajarnya daripada kerajaan ketika menghadiri program dan urusan yang mewakili kepentingan negara," katanya lagi.Menghuraikan mengenai penghakiman kes Pulau Batu Puteh, Dr Kamaruzzaman menyatakan bahawa Singapura telah menggunakan surat yang dihantar oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1953 yang menyatakan Pulau Batu Puteh sebagai bukan sebahagian daripada Johor."Walau bagaimanapun, keputusan yang dibuat pihak CIJ sedikit sebanyak memberikan kelebihan kepada Malaysia apabila dua lagi pulau terumbu karang yang mengarah kepada Pulau Batu Puteh diserahkan kepada Malaysia. "Kebaikannya adalah pihak Singapura terpaksa melalui kedua-dua pulau tersebut sekiranya mereka ingin pergi ke Pulau Batu Puteh kerana kedudukannya yang terkepung, inilah keuntungannya," demikian katanya.
Kisah blog dan blogger di Maghribi
Terletak di utara benua Afrika, blog di Maghribi atau juga dikenali sebagai Blogoma menjadi rumah kepada kira-kira 30,000 laman.
Berinspirasikan penulis blog lain di dunia Arab, penduduk Maghribi dengan cepat melihat potensi laman peribadi ini sebagai medium terbaik mengelakkan proses penyaringan atau penapisan pendapat sambil menyentuh topik yang dilihat sebagai tabu atau sensitif. Antaranya ialah pemerintahan monarki, agama Islam dan juga perbalahan isu barat Sahara."Ia adalah satu revolusi asli kerana semua orang bebas untuk memberi komen pada topik-topik yang sensitif," jelas penulis blog veteran, Larbi El Hilali yang menjadi pengasas kepada Larbi.org. Lebih daripada 450 komen yang dikeluarkannya dalam blog sejak lewat tahun 2004 mendapat sambutan daripada 18,000 orang pengirim.
Sekarang, dia menerima hampir 3,500 pengunjung setiap hari dengan banyak perbincangan menjurus kepada isu perlembagaan. Ada yang berpendapat bahawa terlalu banyak kuasa diberikan kepada raja.Saluran ini dilihat sebagai medium yang baik memandangkan di negara ini, kebebasan wartawan amat terhad dengan kekerapan golongan ini dikenakan denda atau digantung daripada tugas kerana mencerca Islam dan monarki.Walaupun kesatuan persuratkhabaran kebangsaan Maghribi, SNPM menyatakan ada sedikit peningkatan dari segi kebebasan penulisan dalam suratkhabar, namun ramai yang beranggapan sebaliknya termasuk pemerhati global."Blogoma seumpama sebuah kafe yang mesra," ujar Mehdi yang suka berbincang mengenai isu yang tidak terlalu berat dan gosip hinggalah kepada lawatan raja, laporan tentang kegiatan pelacuran dan penanaman kanabis. Kerajaan Maghribi berusaha keras untuk menghapuskan perdagangan dadah secara haram.
Maghribi hari ini mempunyai 30,000 blog dengan empat juta langganan internet. "Ia tidaklah banyak sangat berbanding dengan 1.7 juta blog di Perancis tetapi agak tinggi berbanding dengan negara jiran," kata El Hilali.Algeria lima kali ganda kurang daripada negara ini, menurut laman DZblog,com. manakala Tunisia belum lagi mencapai angka seribu.Blog di Tunisia dan Mesir lebih menarik golongan wartawan daripada penduduk tempatan yang melayari laman ini. Keadaan ini berlainan di Maghribi.Hampir 1.6 juta penduduk Tunisia melayari laman ini manakala Mesir jatuh dalam nisbah 1:10. Teknologi itu memberi impak kepada rantau ini.
Wael Abbas, 33, dari Mesir, diberi kredit pada November lalu oleh Pusat Antarabangsa untuk wartawan yang bertapak di Washington, Amerika Syarikat kerana berjaya menahan dua orang polis yang didakwa mendera dan dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun.egitupun, penulis blog di Afrika Utara tidak bebas daripada risiko. Karim Amer, 22, ditahan selama empat tahun sejak tahun lalu atas kesalahan mengkritik Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan Islam dalam laman blog, Al Azhar.Pada tahun 2002, penulis blog dari Tunisia, Zouhair Yahyaoui dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun atas kesalahan 'mencetak maklumat salah' berkenaan dengan penyalahgunaan hak asasi manusia.
Mehdi berkata: "Maghribi adalah sebuah negara di mana anda masih boleh mengendalikan sebuah laman blog dengan baik. Saya belum pernah mendengar sebuah blog yang telah ditapis di Maghribi."Sebuah badan bukan kerajaan, Sokongan Suara Global yang memperjuangkan hak tidak menyaring kandungan laman blog, mendedahkan senarai 17 buah negara dalam peta akses terhalang. Tujuh daripadanya adalah dari negara Arab termasuk Morocco.
Penulis blog di Arab yang menggunakan variasi bahasa dari bahasa Arab hinggalah kepada bahasa Inggeris, Perancis dan dialek lain, telah menegakkan satu pendirian yang memperjuangkan hak mereka.Dalam monarki negara-negara Teluk yang diperintah oleh golongan Muslim di Bahrain, komuniti blog telah menyokong tiga moderator yang mengendalikan forum ruang sembang yang ditahan pada 2005. Mereka dengan beraninya mengumumkan di mana dan pukul berapa demonstrasi akan diadakan."Di Maghribi, ada sesetengah kumpulan politik telah cuba menghasut Blogoma tetapi ia tetap berpendirian tegas," luah perunding laman Maghribi, Othmane Boummali
Cakap tak serupa bikinlah ..
"Pandai suruh rakyat ubah gaya hidup, jimat cermat...suruh makan nasi sikit tetapi kerajaan sanggup memberi peruntukan jutaan ringgit kepada syarikat-syarikat yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan," katanya sewaktu meminta penjelasan kepada ucapan Dato' Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang membangkitkan isu peruntukan penganjuran lumba basikal itu.Beliau mencadangkn agar satu semakan semula dibuat ke atas akaun dan laporan syarikat-syarikat yang menganjurkan kejohanan itu untuk memastikan dan mempertimbangkan sama ada sudah sampai masanya penganjur 'berdikari' tanpa melibatkan peruntukan kerajaan.Sementara itu Tian Chua (Batu-KEADIlan) turut menambah bahawa kerajaan perlu sedar dan tidak membantu lagi syarikat yang menganjurkan Le Tour de Langkawi ini kerana menghadapi masalah kewangan malah kes mereka sedang dibicarakan di mahkamah.
Dalam pada itu Ibrahim Ai menambah bahawa perlu diteliti dengan lebih terperinci supaya ianya tidak dilihat membazir wang kerajaan dan bersetuju dengan pendapat Kamarudin supaya mengkaji semula laporan kewangan syarikat terbabit."Monsoon Cup di Terengganu menelan belanja sampai RM300 juta. Le Tour de Langkawi juga jutaan ringgit setiap kali kejohanan."Apa kata kalau jumlah wang yang banyak itu kerajaan berikan kepada mereka yang berhak mendapat biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran. Ramai yang layak untuk dapat biasiswa tetapi kerajaan hanya mampu beri kepada sedikit sahaja," katanya yang dilihat membidas ucapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Nazri Aziz sebelum ini yang menyatakan bahawa kerajaan hanya mampu memberi biasiswa kepada seramai 2,000 orang sahaja.
STATEMENT CHEGU BARD
Saya Badrul Hisham Bin Shaharin, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Parti Keadilan Rakyat dengan ini menafikan mempunyai hasrat memasuki Umno dan menolak dikaitkan dengan kemasukan Saudara Mohamad Ezam Mohd Nor ke dalam Umno.Saya juga menafikan bahawa Ezam ada memujuk saya memasuki Umno dan jauh lagi menawarkan habuan untuk saya memasuki Umno atau keluar keADILan. Saya kurang pasti niat mengenai laporan perbagai media yang melaporkan ada pertemuan sulit saya dan Ezam. Memang diakui saya ada bertemu beliau dan kerap berhubung dengan beliau mutaakhir ini, sebagai seorang teman. Tiada pertemuan sulit. Kami membincangkan secara serius mengenai masa depan GERAK sebuah gerakan muda yang memfokuskan usaha pembenterasan rasuah dan pemerkasaan demokrasi yang saya terlibat membantu Ezam menubuhkanya.GERAK telah diserahkan kepada sekumpulan anak muda untuk mengekalkan sikap non partisan demi matlamat kelahiranya yang lebih besar.
Salam REFORMASI.
BADRUL HISHAM SHAHARIN
Majlis Pimpinan Tertinggi
Parti Keadilan Rakyat
RAKYAT MALAYSIA TERTIPU LAGI OLEH BEE END
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) membangkitkan di Dewan Rakyat hari ini isu yang begitu hangat di dalam Internet yang mendedahkan apa yang dihebohkan sebagai kepalsuan gambar yang digunakan oleh pasukan Malaysia dalam perbicaraan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai Pulau Batu Puteh. Gambar tersebut menyebabkan kredibiliti pasukan Malaysia di ICJ itu dipertikaikan kerana dilaporkan sebagai gambar yang diplagiat malah dipalsukan (doctored) dari sebuah laman blog (rujuk berita The Straits Times Singapore bertajuk "Blog with disputed photo lifted Wiki content").Wee menyifatkan apa yang berlaku itu bukan sahaja menghilangkan kredibiliti pasukan tersebut malah amat memalukan negara.Sebelum itu, Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau beliau difahamkan tentang usaha para diplomat Singapura yang mengambil masa bertahun-tahun untuk mendapatkan pelbagai maklumat dan dokumen mengenai Pulau Batu Puteh.Para diplomat Singapura juga, kata Ketua Pemuda PAS itu, telah membelanjakan wang yang begitu banyak untuk mengupah pakar-pakar bagi tujuan itu.Kajian-kajian tersebut, kata beliau, banyak dilakukan di Goa, di mana berpengkalannya Syarikat Hindia Timur yang menjadi sayap penjajahan British dahulu. Mengambilkira bahawa Malaysia kini berhadapan dengan pertindihan tuntutan ke atas Kepulauan Spratley, Salahuddin bertanya apakah persediaan para diplomat Malaysia, sama ada di Britain atau India, untuk membuat kajian dan persediaan bagi menghadapi pelbagai kes pertindihan tuntutan.Banyak dokumen mengenai negara ini yang telah diambil oleh penjajah tersimpan di luar negara, seperti di London dan Goa.Beliau juga meminta para diplomat berkenaan bertindak dengan lebih pro-aktif khuusnya dalam isu tersebut. Datuk Kamaruddin Jaffar (PAS-Tumpat) pula mempersoalkan tindakan Malaysia yang sanggup melepaskan Malaysia Hall di Bryanston Square yang penuh nilai sejarah dan warisan dan membeli yang lebih kecil di Bayswater di London sedangkan rumah Pesuruhjaya Tinggi di Malaysia "kekal hebat dan mahal".Setiausaha Agung PAS itu juga meminta kerajaan mempertimbangkan untuk menambah pegawai dan konsulat di Indonesia memandangkan negara tersebut merupakan antara jiran terpenting malah dilihat sebagai "potential ally" ketika kedutaan Malaysia meninggikan pagarnya untuk mengelak serangan. Dalam beberapa peristiwa sebelum ini, kedutaan Malaysia sering menjadi tumpuan para penunjuk perasaan Indonesia yang tidak puas hati dengan negara ini.Mengenai kedutaan Malaysia yang tidak wujud di bumi Palestin atau sekurang-kurangnya di kota-kota berdekatan seperti di Amman, Jordan, beliau menyifatkan perkara itu sangat serius. |
Rabu, 28 Mei 2008
PM digesa kaji semula perlantikan Zaid Ibrahim
EZAM AKAN JILAT DAN MAKAN NAJIS SENDIRI ??
BUKAN MURID SAJA JADI MANGSA , CIKGU PUN SAMA
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada cadangan awal untuk menilai pakaian pelajar perempuan di sekolah yang perlu dinilai semula. Masyarakat perlu mengetahui dan melihat bahawa cadangan ini dibuat hanya kepada pelajar perempuan Islam sahaja. Kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini adalah berteraskan kepada lima asas yang utama.
Pertamanya, isu ini bukan mahu menyalahkan pelajar perempuan, akan tetapi ia sebagai salah satu kaedah pencegahan (sad zarai'ik) di dalam Islam supaya pelajar perempuan tidak terdedah kepada ancaman luar dan masalah sosial akibat daripada pemakaian yang terlalu jarang.
Langkah pencegahan ini sangat penting supaya mereka bebas daripada ancaman persekitaran mereka.
Keduanya, cadangan penukaran pakaian berwarna ini ditujukan kepada pelajar Islam, supaya cara pemakaian pelajar Islam selarii dengan Syariah dan tuntutan Islam itu sendiri.
Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t dalam surah al-ahzab ayat 33 yang bermaksud :
"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).
Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.Dengan menutup aurat, wanita islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.Wanita yang menutup aurat akan mudah dikenali.Jika sekiranya mereka membuka aurat dengan sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk mengganggunya. Maka berlakulah perkara-perkara sumbang,dengan itu juga akan timbullah berbagai-bagai fitnah dari masyarakat tentang diri mereka.
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu , anak -anak perempuanmu, dan perempuan
-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani.
jelas sekali disini perintah untuk menutup aurat dan melabuhkan pakaian bagi wanita sejajar dengan perintah Allah. jika kita benar benar memahami islam dan mahukan islam lekat dalam diri kita kita perlulah melaksanakan segala perintah dan suruhan Allah.
Selasa, 27 Mei 2008
SELANGOR HARAMKAN ISLAM HADHARI
"Kita tidak mahu konsep Islam Hadhari dikembangkan di negeri ini. Ajaran Islam yang kita amalkan sudah lengkap dan ajaran inilah yang kita mahu sandarkan untuk memerintah Selangor," katanya pada sesi penggulungan hari terakhir sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.
Isnin, 26 Mei 2008
LAMAN BARU ...JOM SURF ..
PELACURAN DIGALAKKAN, PENGAJIAN AGAMA DIPANTAU
Sabtu, 24 Mei 2008
RAHSIA SEBENAR KEJATUHAN KERAJAN MELAYU MELAKA
Cina lulusan Azhar boleh jadi MB
ELAKKAN NASI BUNGKUS ??
Penceramah bebas, Datuk Dr Fatimah El-Zahrah, berkata wanita solehah tidak sepatutnya menghidangkan mi segera atau nasi bungkus kepada suami jika mahukan keharmonian berpanjangan walaupun sibuk sekalipun.“Wanita solehah mesti menunaikan amanah Allah dan Rasul-Nya, taat kepada suami, ibu penyayang kepada anak dan jiran beretika, selain menunaikan tanggungjawab sebagai Muslimah,” katanya di majlis ceramah sempena Hari Ibu, baru-baru ini.Ceramah itu bertemakan ‘Isteri Sejati, Ibu Mithali, Keluarga Harmoni' dianjurkan Biro Muslimah Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes, dekat Rawang, Selangor.Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sempena majlis itu, termasuk acara zikir munajat dijayakan bekas pelajar tahfiz dari Kajang, Selangor dan pameran koleksi busana Muslimah.Dr Fatimah turut memberikan beberapa panduan kepada Muslimah supaya kerukunan rumah tangga berkekalan.“Wanita solehah juga seharusnya tidak bercakap dalam telefon dengan bukan muhram dengan suara manja kerana itu boleh menimbulkan fitnah.“Semasa di rumah, jangan asyik bergayut di telefon dan menghantar sistem pesanan ringkas.“Semasa di rumah, mereka mestilah berhias dengan baik bagi memikat hati suami. Jangan pula menghias diri berlebihan ketika keluar rumah,” katanya.Beliau juga menceritakan satu kisah seorang wanita yang taat pada suami pada zaman Rasulullah s.a.w, sehingga tidak menziarahi ibunya yang meninggal kerana tidak mendapat keizinan suami yang keluar untuk berperang.
RENUNGAN KETUANAN JAHILIYAH
Bangsa Parsi dan Rom ketika itu mempunyai pentadbiran yang bersistem, malah bala tentera yang besar lagi kuat dan menempa kemajuan dalam pelbagai bidang, terutama pada struktur bangunan, sedangkan kaum Arab sebaliknya.Kehidupan orang Arab ketika itu primitif, tetapi daripada aspek lain mereka cemerlang misalnya dalam bidang kesenian - sering mengadakan pertandingan sayembara sastera ma nakala hasil karya digantung di Kaabah.Selain itu, diadakan Pesta Ukaz, yang turut diwarnakan dengan pelbagai acara seperti pertandingan ratu cantik, angkat berat, tari menari dan lawan pedang.Masyarakat Arab ketika itu putus hubungan dengan Tuhan dan langsung tidak mengenali pencipta. Mereka sekadar mengaku Tuhan wujud, tetapi tidak mengimani kekuasaan Tuhan dalam kehidupan mereka. Jiwa mereka kosong. Apabila berhadapan dengan masalah hidup, ramai yang cepat kecewa, putus asa dan membunuh diri, akibat tidak tahan dengan masalah dihadapi.Pemujaan terhadap berhala begitu menebal. Di sekitar Kaabah ada kira-kira 360 berhala, malah ada yang membuat sendiri patung dan menyembah ‘tuhan’ buatan itu.Saidina Umar ada bercerita selepas beliau menjadi Muslim: “Kadang-kadang ‘tuhan’ itu diperbuat daripada kuih. ‘Tuhan’ itu akan aku bawa ke mana-mana pada masa aman damai, pada masa perang, mengembara dan bermusafir. Apabila keletihan ia akan aku letakkan di depan dan aku puja tetapi jika lapar, aku makan, kemudian aku buat tuhan baru.” Pada zaman Jahiliyah juga persengketaan lumrah. Mereka saling berdendam, malah disebabkan rasa tidak puas hati dan atas dasar menebus maruah, mereka memerangi satu puak atau kabilah lain, sehingga pertumpahan darah menjadi kebiasaan.Golongan yang kuat menindas yang lemah, menyebabkan golongan lemah, miskin dan hidup merempat sentiasa men jadi mangsa, tanpa pembelaan.Perempuan misalnya tiada tempat di dalam masyarakat, hanya dijadikan pemuas nafsu lelaki terutama si kaya. Mereka akan mengambil secara paksa mana-mana wanita yang mereka berkenan tanpa peduli anak atau isteri orang. Tindakan ini juga menjadikan mana-mana keluarga yang ada anak perempuan hidup tertekan. Anak gadis akan diambil dan dirogol. Sudah tentu bagi ibu bapa yang memiliki anak perempuan berasa malu, hingga ada membunuh anak perempuan apabila dilahirkan.Dalam bidang ekonomi, kaum Arab mengamalkan riba, supaya si kaya dapat menekan si miskin. Amalan riba menjadi budaya dalam sistem ekonomi ketika itu, mengakibatkan orang miskin terperangkap dalam hu tang- piutang, sehingga apabila tidak terbayar kerana terlalu banyak wang faedahnya, orang miskin diambil menjadi hamba. Kehidupan mereka bersifat individualistik. Susah dan se nang ditanggung sendiri, tiada yang datang menghulurkan bantuan, sekiranya tiada kepentingan. Rompak, penipuan dan pelbagai bentuk kesalahan gara-gara bertuhankan nafsu menjadi-jadi pada zaman Jahiliyah se hingga masyarakat berada dalam keadaan tidak aman, malah yang lemah dalam dilanda ketakutan sepanjang masa.Tetapi dengan pengutusan Rasulullah s.a.w, semua kebejatan penyakit sosial itu dapat dirawat, malah sistem nilai ma syarakat dapat diperbetulkan dalam tempoh singkat, jika dibandingkan dengan umat nabi lain, sehingga amalan yang buruk bertukar menjadi baik.Dari sebuah masyarakat yang suka hidup atas dasar ke pentingan diri sendiri, hasad dengki dan bersengketa, ber tukar kepada masyarakat yang bekerjasama, berkasih sayang dan saling hormat antara mereka..Jika sebelum itu patung berhala dipuja, malah membuat sendiri patung pujaan terbabit, tetapi dengan kedatangan Rasulullah, mereka menjadi manusia yang mengenal Tuhan Yang Esa, malah menjadi hamba yang taat setia. Perubahan dalam segenap aspek baik dari sudut ideologi, amalan seharian, keperibadian dan sistem nilai menunjukkan kejayaan cukup cemerlang dalam perjuangan Rasulullah s.a.w. Tetapi pada zaman orbit dunia berputar laju kini, gejala yang serupa makin bertapak, sedangkan dalam masa yang sama Islam semakin diterima ramai, seolah-olah contoh yang terkandung dalam lipatan sejarah dilupai dan tidak dijadikan pedoman.
BAHAYA MARAH .
1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.
BAPAK BOREK ANAK RINTIK ..
Penghakiman itu dibacakan oleh Naib Presiden ICJ Shawkat Al-Khasawneh, yang bersama dengan 15 hakim lain, telah mendengar penghujahan dari kedua-dua negara pada perbicaraan kes itu dari 6 hingga 23 Nov tahun lepas. Keputusan itu disiarkan secara langsung oleh RTM1 mulai 10 pagi di sini (4 petang di Malaysia). Menteri Luar Dato' Seri Dr Rais Yatim yang mengetuai rombongan Malaysia mendengar penghakiman itu di sini menyifatkan keputusan itu sebagai "menang-menang".
JOHOR MESTI MINTA GANTI RUGI
Khamis, 22 Mei 2008
RAHSIA TERBONGKAR ??
"Dakwat (kekal) yang dikemukakan kepada pihak (majlis) mufti itu sendiri adalah daripada India," katanya, yang turut memantau pilihanraya umum di Nepal baru-baru ini.Dalam aduan polisnya, Bersih melampirkan 12 keratan akhbar berhubung kontroversi ini, termasuk laporan Bernama, The Star dan Malaysiakini.
Selamatkah anak kita ??
| KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) - Sebanyak 128 daripada 242 kanak-kanak masih hilang sepanjang ia direkodkan sejak Januari hingga Mac 2008 lalu, dan hanya 114 kanak-kanak hilang ditemui semula.Statistik itu dinyatakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, di Dewan Rakyat, hari ini. Dalam pada itu, kementerian terbabit diminta menyatakan punca sebenar kanak-kanak berumur 14 hingga 17 tahun kerap hilang, selain kajian terperinci mengenainya serta sejauh mana nasihat yang diberikan, memandangkan mereka yang berusia 14 hingga 17 tahun itu ialah pelajar.Persoalan itu dibangkitkan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang), di Dewan Rakyat, hari ini.Menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri Noriah Kasnon berkata, program yang dilaksanakan antaranya pasukan pelindung peringkat daerah iaitu sebanyak 131 kumpulan, yang melibatkan golongan profesional dan pemimpin masyarakat, masuk ke sekolah-sekolah untuk menyampaikan kempen kesedaran di kalangan pelajar."Kita juga berharap ibu bapa bekerjasama supaya memantau perkembangan dan aktiviti anak-anak sendiri bagi mmastikan anak-anak tidak terpengaruh dengan anasir luar yang boleh menyebabkan kehilangan mereka," kata beliau.Dalam soalan asal kepada kementerian terbabit, Nancy Shukri (BN-Batang Sadong) meminta kementerian menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi membendung masalah kehilangan kanak-kanak yang semakin hari semakin berleluasa.Menjawab soalan tersebut, Noriah berkata kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat melaksanakan pelbagai program untuk membanteras isu ini dengan kerjasama PDM, Jabatan Imigresen, dan NGO |
Isnin, 19 Mei 2008
MERAJUK KEJAP JER NI
ALOR SETAR, 19 Mei (Hrkh) � Berita terbaru benar-benar mengejutkan apabila mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno dan hanya bersedia kembali ke pangkuan parti itu selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.Ini seakan-akan membayangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) bakal tumbang dalam masa terdekat ini selepas kehilangan kuasa majoriti pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Perletakan jawatannya berkuatkuasa serta merta. Bukan sekadar meletak jawatan sebaliknya beliau menyaran ahli-ahli Umno supaya turut berbuat demikian.Dr Mahathir memberitahu beliau bertindak keluar Umno kerana tidak yakin dengan kepemimpinan Abdullah.Saya akan hanya kembali semula ke parti tersebut apabila pucuk pimpinan ditukar,katanya sebagaimana dipetik Malaysiakini.com.Beliau mengumumkan perkara itu ketika berucap dalam satu forum di Alor Setar pagi tadi.Dr Mahathir juga menggesa kesemua menteri Umno, timbalan menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar dari parti.Beliau bertindak keluar parti yang diterajuinya selama 22 tahun, seakan-akan menurut jejak langkah dibuat Perdana Menteri pertama selepas merdeka, Tuanku Abdul Rahman.Tuanku Abdul Rahman menyertai Semangat 46 selepas Umno diharamkan ekoran kekalutan pada pemilihan merebut jawatan presiden 1987.
Bagaimanapun, Dr Mahathir meminta mereka (pemimpin Umno) supaya jangan menyertai parti-parti yang lain."Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden parti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno," katanya.Dr Mahathir merupakan perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 sejak 1981.
Lim Guan Eng tekad guna pendekatan Umar Abdul Aziz
BAYAN LEPAS, 19 Mei (Hrkh) Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi menyatakan kesediaan menggunakan pendekatan sebagaimana diamalkan Khalifah Umar Abdul Aziz dalam pentadbirannya. "Bagaimanapun saya tidak mahu pemerintahan saya berakhir seperti Khalifah Umar yang hanya sempat memerintah tiga tahun kerana dibunuh musuh yang tamakkan kuasa dan projek," katanya pada perasmian pusat khidmat rakyat KeADILan Parlimen Bayan Baru di sini, kelmarin.
Guan Eng berkata, kerajaan negeri mengamalkan konsep CAT government iaitu (contingency - berpasukan, accountanbility - bertanggungjawab dan transparency - telus dan adil). Menurutnya tiada diskriminasi dalam menguruskan permasalahan rakyat di mana kerajaan Pulau Pinang akan mencari dana sebanyak mungkin untuk diagihkan bagi menyediakan kemudahan rakyat. Beliau juga berkata, walaupun kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang masih baru namun telah berjaya menarik pelaburan asing berjumlah RM1 bilion. �Ini menunjukkan keyakinan pelabur asing terhadap kerajaan baru di bawah Pakatan Rakyat,� ujarnya. Beliau juga memberitahu kerajaan negeri akan memperkemaskan jentera bagi menarik lebih ramai pelancong asing datang melawat Pulau Pinang. Sementara itu, Dr Wan Azizah berkata, setiap wakil rakyat terutamanya daripada KeADILan perlu bekerja berorientasikan kehendak rakyat dengan mendengar, melihat dan meninjau keadaan mereka. Kata beliau adalah diharapkan tidak ada wakil KeADILan di Pulau Pinang yang bersikap seperti diamalkan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini yang hanya mementingkan diri sendiri, kroni dan tidak amanah. Oleh itu beliau berkata, rakyat yang mempunyai maklumat mengenai perlakuan tidak wajar wakil rakyat KeADILan disaran melapor segera kepada Majlis Pimpinan Tertinggi untuk diambil tindakan. Dr Wan Azizah yang juga anggota parlimen Permatang Pauh menjelaskan pembelian kapal selam Malaysia jauh lebih mahal berbanding dengan dibeli kerajaan India kerana wujud pembayaran komisen kepada pihak ketiga. Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata, Bayan Baru merupakan kubu kuat KeADILan di Pulau Pinang memandangkan memenangi kesemua kerusi di kawasan itu pada pilihan raya umum lalu iaitu Dun Batu Maung, Batu Uban dan Pantai Jerjak. eliau juga berharap kerajaan baru Pulau Pinang mentadbir negeri ini dengan cemerlang sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang. Hadir sama pada majlis itu anggota Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Adun Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman. |
RAKYAT TERTIPU LAGI
| Ahmad Tajdid Sun | May 18, 08 | 10:23:14 am MYT | |
| KUALA LUMPUR, 18 Mei (Hrkh) - Pendedahan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bahawa keputusan membatalkan penggunaan dakwat kekal pada jari pengundi dibuat oleh kabinet pada hari pembubaran Parlimen mengejutkan para peserta "Seminar Kebangsaan Pilihan Raya 2008: Demokrasi Terlaksana" di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dekat sini, semalam.Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang dijemput memberikan ucapan pembukaan dalam seminar itu, mendedahkan perkara tersebut ketika menjawab soalan Ketua Pengarang Malaysiakini.com, Steven Gan semasa sesi soal jawab."Saya belum menyatakan sebelum ini bahawa yang sebenarnya terjadi ialah kabinet telah menolak cadangan kami (untuk memperkenalkan dakwat kekal) pada 13 Februari, hari parlimen dibubarkan," kata Rashid. Atas desakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), sebuah badan yang menggabungkan parti-parti politik dan puluhan NGO negara, SPR bersetuju melaksanakan salah satu daripada tiga tuntutan utama Bersih tetapi membatalkannya empat hari menjelang hari pengundian atas alasan 'keselamatan'. Pengumuman mengenainya dibuat Rashid dalam satu sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail, empat hari sebelum hari pengundian.Menurut sumber, kira-kira RM2.9 juta dibelanjakan untuk membeli 48,000 botol dakwat tidak mudah padam dari India.Menjelas lebih lanjut, Rashid berkata, kabinet telah diberitahu wujudnya usaha penyokong PAS di Kelantan yang membeli dakwat kekal dari Thailand untuk memperdayakan orang-orang tua di kampung-kampung."Saya dimaklumkan bahawa PAS di pantai timur membeli dakwat dari Thailand. Kemudian Umno mendapat tahu (mengenainya) dan Umno juga membeli dakwat tersebut," katanya.Sehubungan itu, jelas beliau, keputusan membatalkan penggunaan dakwat kekal itu dibuat bagi mengelakkan keadaan huru-hara pada hari pengundian ekoran tindakan sabotaj pihak-pihak terbabit.Rashid juga mendakwa penggunaan dakwat kekal bertentangan dengan Artikel 119 Perlembagaan berhubung hak setiap rakyat untuk mengundi.Sementara itu Bernama melaporkan kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa keputusan supaya membatalkan penggunaan dakwat khas dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu bukan satu arahan, sebaliknya pandangan kerajaan kepada SPR. Perdana Menteri berkata, walaupun pada dasarnya keputusan itu dibuat oleh kerajaan, namun ia disampaikan dalam bentuk pandangan dan keputusan akhir tetap tertakluk kepada budi bicara SPR selaku suruhanjaya yang menggerakkan perjalanan pilihan raya di negara ini. "Memang perkara itu menjadi tajuk yang dibincangkan dalam Kabinet sebab kita ada beberapa maklumat berkaitan perkara ini, antaranya ada pihak-pihak tertentu yang telahpun membeli dakwat ini walaupun mereka tidak ada kuasa untuk membelinya. "Dan kita mencurigai bahawa dakwat itu akan digunakan dengan cara-cara yang boleh mengelirukan dan menimbulkan keadaan yang boleh menyulitkan, boleh membawa masalah kepada proses pengundian yang berlaku pada hari itu," katanya. "Pilihan raya sudah berjalan dengan baik, keputusan sudah diumumkan dan semua pihak dah menerima, jadi apa lagi yang hendak dijadikan isu," katanya. Dewan Rakyat, 6 Mei lalu diberitahu polis tidak menemui sebarang bukti terdapatnya individu yang membawa masuk dakwat penanda kuku dari Thailand untuk digunakan dalam PRU-12. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar memberitahu, polis telah membuka tiga kertas siasatan di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan berikutan laporan kononnya dakwat itu telah dibawa masuk oleh beberapa individu dari Thailand. "Polis telah menemubual pengadu serta saksi-saksi, didapati tiada sebarang bukti menunjukkan dakwat tersebut dibawa dari Thailand," jelasnya dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Poh Kuan |
Pakatan Rakyat sedia mentadbir Johor
| JOHOR BAHRU, 18 Mei (Hrkh) - Kejayaan Pakatan Rakyat memerintah beberapa negeri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu mendorong PR di negeri ini mencari jalan serta melipatgandakan usaha bagi menuruti jejak langkah negeri-negeri tersebut.Kesungguhan serta komitmen yang ditunjukkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat ini terbukti apabila mereka sentiasa duduk semeja berbincang serta merancang bagi merealisasikan matlamat dan hala tuju perjuangan gabungan itu pada masa depan."Apa yang kita lakukan ini menunjukkan bahawa kita memang serius untuk mengambil-alih pemerintahan negeri ini dari BN pada PRU akan datang; hasrat dan cita-cita ini tidak mustahil untuk menjadi kenyataan jika semua pihak terus konsisten dan ikhlas untuk membela nasib rakyat," kata Pesuruhjaya PAS negeri, Dato' Dr Mahfodz Muhamad selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat Johor di Skudai, 13 Mei lalu.Hadir sama pada perjumpaan itu ialah Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Haw, Pengerusi KeADILan Johor, Abdul Halim Dawam, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan para pemimpin Pakatan Rakyat Johor.Pakatan Rakyat Johor mempunyai lima wakil di Dun Johor iaitu Dr Mohamad Taslim (Maharani), Dr Sheikh Ibrahim Sheikh Salleh (Sungai Abong), Dr Boo Cheng Haw (Skudai), Ong Kow Meng (Senai) dan Ng Lam Hua (Mengkibul).Menurut Dr Mahfodz, berbagai perkara telah dibincangkan dan dipersetujui pada pertemuan kali ini."Saya mempunyai keyakinan yang cukup tinggi terhadap masa depan Pakatan Rakyat di negeri ini berasaskan kepada keputusan PRU lalu."Bagaimana pun sokongan rakyat ini masih belum mencukupi bagi PR untuk meraih kemenangan besar sehingga membolehkan kita memerintah negeri ini, begitu pun kita tetap bersyukur dengan kemenangan beberapa kerusi Dun dan satu Parlimen di Johor, ini adalah petanda yang sangat baik bagi Pakatan Rakyat negeri ini."Kita mengharapkan kemenangan yang lebih besar akan diperolehi pada pilihan raya umum akan datang," katanya. |
Perasmian pusat khidmat itu disempunakan Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.