Followers

Memaparkan catatan dengan label PAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAS. Papar semua catatan

Selasa, 15 September 2009

SOLAT AIDILFITRI 1430H

JASIN 14 SEPTEMBER - PAS Kawasan Jasin akan mengadakan Solat idulfitri di padang Sri Hamas Jasin. Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin,Mej(B) Hj Jasme b. Tompang,program yang diadakan pada setiap tahun itu akan diadakan seperti biasa.Khatib yang diamanahkan untuk menyampaikan khutbah ialah NYDP PAS Jasin Ustaz Kamarudin Haji Sedik.

YDP menyeru semua ahli PAS Kawasan Jasin agar dapat bersama-sama bersolat hari raya di Hamas kerana solat hariraya di kebanyakan tempat diadakan di padang .Ahli-ahli PAS Jasin bolehlah menwar-warkan program tersebut kerana PAS Jasin berharap kehadiran kali ini lebih ramai lagi daripada masa-masa lalu.

SUMBER : PAS CHABAU

Jumaat, 5 Jun 2009

PEMUDA UMNO SERKAM DARAT BAKAL BUBAR

assalamualaikum .. salam perjuangan

baru tadi, pendekar serkam mendapat berita daripada setiausaha pas cawangan serkam darat mengenai hasrat yang dikemukakan oleh beberapa orang ahli pergerakan pemuda UMNO cawangan Serkam Darat yang ingin sekali bersama untuk berada dalam gerakan islam yang berada dalam bumi serkam darat. ini kerana mereka merasakan sudah jauh hati dengan apa yang dilakukan oleh pimpinan umno negeri yang langsung tidak mementingkan pendidikan yang menjurus kepada pembentukkan akhlak yang mulia dan melaksanakan islam yang syumul.

salah seorang dari pimpinan pemuda tersebut menyatakan UMNO Melaka kini adalah salah satu daripada parti yang cukup teruk dari segi kepimpinan dan mereka merasa kecewa dengan apa yang dilakukan oleh pimpinan dengan tidak memberikan penekanan terhadap pendidikan aqidah serta penerapan islam yang sebenar dalam segenap aspek kehidupan.

semoga apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan. Selamat Datang Kami ucapkan kepada Ahli-ahli Pemuda UMNO cawangan yang ingin menyertai perjuangan islam. Sayonara kepada UMNO Serkam Darat

Rabu, 24 Disember 2008

Senjata Lama Diguna Semula -Malaysiakini

Pas dicabar supaya membentangkan rang undang-undang hudud di negeri-negeri yang diperintah pakatan pembangkang sekiranya benar parti itu komited dalam melaksanakan hukum tersebut. Beberapa pemimpin UMNO ketika memberikan pendapat mereka berkata, jika Pas gagal membentangkannya khususnya di negeri Perak yang wakil parti itu menjadi Menteri Besar, ia membuktikan parti berkenaan hanya menggunakan isu agama untuk tujuan politik.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, soal hudud jelas sengaja dibangkitkan kembali atas keperluan Pas untuk berhadapan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu kerana pengundinya majoriti orang Melayu. Bagaimanapun, kata beliau, sekiranya kawasan itu tidak ramai pengundi Melayu, Pas bukan sahaja sunyi sepi dalam isu hudud, malah sanggup pula menyokong calon DAP yang terang-terang tidak mahu menerima dasar mereka.

''Ini menandakan bahawa pakatan pembangkang ada masalah. Kalau pengundi faham dilema yang ada, saya percaya mereka tidak akan mengundi pembangkang kerana mereka tidak konsisten.''Cara mereka, kalau di kawasan Melayu cakap lain di kawasan Cina cakap lain,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa baru-baru ini menegaskan bahawa pakatan pembangkang akan tetap melaksanakan hukum hudud sekiranya berpeluang memerintah di peringkat Pusat.Kenyataan Husam itu dikritik hebat oleh sekutu Pas dalam pakatan pembangkang khususnya DAP yang menolak keras perkara tersebut dan menyifatkan hudud tiada dalam manifesto pakatan pembangkang.Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Noh Omar berkata, kredibiliti Pas dalam menegakkan hukum hudud jelas boleh dipersoalkan kerana mereka tidak konsisten mengenai perkara itu.

Menurutnya, parti itu hanya mempolitikkan hukum Allah kerana bercakap mengenainya apabila ada keperluan. Beliau menambah, jika dilihat di negeri Selangor dan Perak yang pembangkang berkuasa, soal hudud langsung tidak menjadi agenda mereka. ''Bila nak pilihan raya kecil (Kuala Terengganu) yang majoriti kawasan Melayu, mulalah nyanyi lagu lama (hudud), tetapi bila tanya di Selangor atau Perak, dia kata matlamat untuk negeri kebajikan.

''Sebenarnya, macam mana Pas nak tegakkan hudud, kalau di Pulau Pinang pasal program tarian i-Dance itu pun mereka diminta tidak bersuara, ini kan pula hudud. ''Sebab itu, DAP cakap macam-macam pasal hudud, tetapi Exco agama pakatan pembangkang yang terdiri daripada orang Pas, senyap saja. Kalau betul mereka pejuang hudud, saya cabar Exco agama mereka letak jawatan,'' tegasnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Razali Ibrahim berkata, kenyataan terbaru Husam itu sebenarnya membenarkan dakwaan selama ini bahawa Pas menggunakan agama untuk tujuan politik.Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Johor berkata, ini dapat dilihat bagaimana masa pilihan raya umum lalu, isu hudud tidak kedengaran, tetapi untuk Kuala Terengganu ia dibuka semula kerana mereka tahu orang Islam amat sensitif dengan soal agama.

''Jadi, ini bukan cara berpolitik yang bertanggungjawab. Sebab itu, saya amat dukacita dengan cara ini yang menggunakan agama sebagai alat bagi mencapai kemenangan. ''Dari dulu lagi orang bercakap pasal ini, tetapi sekarang nampak lebih jelas kerana tiba-tiba sahaja ia dibangkitkan, tetapi lepas berakhir pilihan raya kecil ini, saya yakin hudud akan kembali senyap,'' jelasnya.
sentap pendekar : UMNO ni parti KUNO dan ketinggalan zaman.Bila bercakap nampak sangat kebebalan dan kebangangan pemimpinnya.Tindakan guna kepala lutut betul.Rujukler ulama sebelum bercakap.

Ahad, 7 September 2008

Dari KMU : Orang UMNO Rosakkan UMNO . Baik Tukar pada Pakatan Rakyat -Malaysiakini

UMNO dalam keadaan terumbang-ambing sejak 4 tahun lalu. Malangnya ia tidak dapat dibuktikan sehinggalah dalam pilihan raya umum yang lalu. Ramai pengkritik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dianggap pengkhianat parti. Kami dicop sebagai kroni-kroni Tun Dr. Mahathir yang hidup dalam nostalgia. Dianggap sebagai anak-anak didik Mahathir yang tidak menerima kenyataan peralihan pucuk pimpinan negara.Sehingga sebelum Mac 2008, segala bentuk pandangan, dakwaan dan kritikan penyokong UMNO yang sealiran dengan laman ini dianggap sebagai fitnah, pembohongan dan propaganda palsu. Dakwaan bahawa polisi-polis dan keputusan-keputusan kerajaan tidak menggembirakan rakyat diketepikan sahaja oleh elit politik kerajaan.
Hujah bahawa Abdullah mendapat mandat besar pada 2004 digunakan untuk mematikan sebarang kritikan terhadap kepimpinan beliau. Apakah keputusan pilihan raya umum 2008 menggembirakan kita semua? Sebagai penyokong UMNO, saya tidak fikir kita gembira. Namun inilah pengajaran kepada mereka yang memberi maklumat dan cerita palsu kepada kepimpinan kita.Abdullah diangkat oleh media sebagai tokoh pembaharuan. Tidak dapat dinafikan bahawa dasar-dasar Abdullah memang popular kepada kalangan pemimpin NGO, Majlis Peguam, pemimpin pembangkang dan pengamal media tempatan tertentu yang ingin melihat UMNO lemah bagi mengukuhkan kedudukan MCA dan juga orang cina secara keseluruhan.Malang bagi Abdullah dan UMNO, beliau juga dikelilingi oleh para penasihat yang bukan sahaja tidak mempedulikan rakyat tetapi lebih mementingkan agenda politik yang mewangi kepada Singapura dan Amerika Syarikat.Jika benar seperti dakwaan The Star, akhbar milik kaum Cina dalam MCA, bahawa Pak Lah pemimpin yang terbaik kerana melakukan ketelusan dan pertanggungjawaban seperti mementingkan semua kaum (sehingga mengenepikan hak biasiswa anak-anak Melayu), melakukan pembaharuan dalam Polis dan kehakiman dan memerangi rasuah dengan serius, mengapa undi kaum Cina berpindah begitu banyak kepada DAP dan PKR, malah Pas?Jika kita baca akhbar milik parti Cina ini, hampir saban minggu memuji polisi Abdullah sebagai tepat dan disukai oleh kaum Cina. Kita juga boleh membaca tulisan seorang bekas Ketua Pengarangnya yang memuji Abdullah melangit saban minggu dan mengutuk Dr. Mahathir.Malangnya, mengapa pada zaman Abdullah orang Cina hilang kepercayaan kepada BN tetapi tidak zaman Mahathir? Kita tahu (dan ini juga diakui oleh The Star) bahawa dasar-dasar zaman Abdullah lebih menguntungkan kaum Cina berbanding zaman Mahathir. Namun undi kaum Cina merosot begitu jauh terhadap kepimpinan Abdullah.Abdullah juga diberi pujian melangit oleh Samy Vellu. Presiden MIC ini pernah mendakwa bahawa Abdullah lebih banyak membantu kaum India di malaysia berbanding Mahathir. Sekali lagi, hampir 90% kaum India tidak memberikan undi kepada BN kali ini. Ini tidak berlaku dalam zaman "autokratik mahathir yang ultra Melayu."Kita bertanya lagi, mengapa ketika Abdullah dikatakan tokoh pembaharuan, digembar-gemburkan sebagai Mr Clean tidak lagi dipercayai oleh penyokong-penyokong kuat BN ini?Abdullah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri kerana pendidikan agama beliau dilihat sebagai satu ciri kepimpinan yang diperlukan oleh orang Melayu dan masyarakat Islam keseluruhannya di negara ini.Pada 2004, ikon Abdullah berdoa dan bersolat dijadikan bahan kempen yang ditafsirkan telah menarik sokongan ramai orang Melayu di negara ini. Malangnya pada 2004, ikon Abdullah memegang bahu dan pinggang wanita bukan muhrim telah juga menjadi bahan kempen pilihan raya. Betapa kontradiknya kehidupan Abdullah Ahmad Badawi dalam masa 4 tahun.Jika Mahathir dianggap oleh segelintir orang Melayu sebagai tidak sensitif terhadap kedudukan Islam dan kepentingan Islam, mengapa Abdullah pula yang kehilangan sokongan orang Islam?Sedar atau tidak empat tahun kebelakangan ini, orang Melayu dan umat Islam telah hilang kepercayaan kepada Abdullah. Konflik antara agama, kegagalan menjaga kedudukan agama Islam dan membiarkan kumpulan tertentu mencabar agama Islam sudah sukar diterima oleh orang Islam di negara ini. Orang Cina, India dan Melayu telah hilang kepercayaan terhadap Abdullah. Mereka hilang kepercayaan kerana sepanjang 4 tahun yang lalu negara ini tidak bergerak ke mana.
Negara kita menjadi statik dan beku dengan segala bentuk pelancaran dan perasmian tanpa pelaksanaan.Orang ramai sudah bosan dengan sifat prihatin Abdullah yang dibuat-buat atau bersifat kepura-puraan. Orang ramai sudah bosan dengan kegagalan Abdullah memimpin dan "memandu"(drive) negara ini.Namun BN masih kekal berkuasa pada 2008 ini kerana kesetiaan sebahagian besar ahli UMNO kepada parti sungguhpun sudah meluat kepada Abdullah. Kekalnya Abdullah juga kerana sokongan padu penduduk Sabah dan Sarawak kepada BN kali ini. Itu pun bukan kerana Abdullah tetapi kerana jasa BN sekian lama.Berdasarkan keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh, tahap kesabaran rakyat terhadap Abdullah sudah semakin menipis. Di Permatang Pauh, ahli UMNO sendiri sudah tidak mengundi BN kerana hilang kepercayaan kepada UMNO. Mereka tidak mahu lagi peralihan kuasa 2010. Mereka mahukan sekarang.Seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam ucapan tertutupnya baru-baru ini menegaskan bahawa negara ini memerlukan driven leader bukannya cheerleader. Beliau membuat perbandingan antara zaman Mahathir dan zaman Abdullah."Mahathir bukan seorang pemimpin. Sebaliknya beliau adalah 'drebar bas'. Negara ini umpama bas, kita ini penumpang. Apabila Mahathir umumkan kita akan melalui Jambatan ke Pulau Pinang, penumpang di dalam bas ini bergasak ada yang setuju dan ada yang tidak.
Pembaziran, gajah putih, kronisme dan pelbagai hujahan dikemukakan. Ketika kita di dalam bas sibuk bergaduh, rupa-rupanya telah siap jambatan. Demikian juga apabila mahu 'menggunakan' lebuh raya Utara-Selatan. Kita sebagai penumpang bergasak lagi, penat bergaduh, kita lihat di luar telah sampai ke Bukit Kayu Hitam. "Sebaliknya pada zaman Pak Lah kita tidak ada drebar. Kita hanya ada cheerleader. Lancar pelbagai projek IDR, NCER, dan macam-macam koridor. Pakat bertepuk tangan dalam bas. Tapi punya lama tunggu kita dok di situ juga. Sebab itu rakyat menjadi restless, tertekan dan hilang keyakinan terhadap keupayaan kepimpinan negara." UMNO harus menerima hakikat bahawa mereka hampir mustahil untuk menang dalam mana-mana pilihan raya kecil selagi Pak Lah memegang jawatan. Ini juga disedari oleh ramai pemimpin UMNO di peringkat bahagian. Rata-rata tidak bersetuju peralihan kuasa 2010.
Malangnya mereka memilih untuk menghormati peralihan itu bagi menghormati Datuk Seri Najib. Mereka tidak mahu meletakkan Najib dalam keadaan serba salah.Pandangan ini bukan sahaja tidak tepat malah boleh merosakkan UMNO. UMNO bukan milik Pak Lah dan Najib sahaja. UMNO milik ahlinya yang sepatutnya membuat keputusan berasaskan survival parti bukannya survival pemimpin.Jika ahli UMNO berpendapat perubahan pucuk pimpinan perlu dilakukan menjelang Perhimpunan Agung UMNO kali ini, maka bahagian-bahagian UMNO harus bersedia mencalonkan orang lain selain Pak Lah untuk jawatan Presiden.
komen Pendekar Serkam:
Oleh kerana kapal Umno dan Bee End dan nak pecah .. cepat-cepatlah isi borang Pas dan Borang pakatan Rakyat yang berada berdekatan dengan Tempat tinggal anda. Berjuanglah Untuk Islam Merdekan diri anda dan keluarga anda dari penjajahan UMNO dan Barisan Nasional.

Isnin, 1 September 2008

PERUTUSAN TOK GURU SEMPENA RAMADHAN

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan. Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT."Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud al Baqarah: 185)
Melalui al-Quran, maka Allah menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya. Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya s.a.w.

Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.

Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan lain-lain. Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata. Semoga Ramadan ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Ramadan Kareem" kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat.

Selasa, 26 Ogos 2008

MUNGKINKAH HAPPY ENDING BUAT PAKATAN RAKYAT ??

Penamaan calon sudah...tampal poster sudah...berkempen pun sudah...hari ini tiba masanya rakyat di Permatang Pauh menunaikan tanggungjawab mereka memilih pemimpin yang bakal menduduki kerusi Ahli Parlimen yang telah dilepaskan oleh penyandang sebelum ini, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail atas alasan memperkukuhkan perjuangan menjaga kebajikan rakyat. Permatang Pauh sebenarnya memiliki rentetan cerita penuh warna-warni, malah kedudukan kerusi Parlimen itu juga dua kali bertukar warna...daripada biru pekat (Barisan Nasional-BN) kepada biru cair (Parti Keadilan Rakyat-PKR) apabila bekas Ahli Parlimennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri atas dakwaan salah laku seks, bertindak menubuhkan Parti Keadilan Rakyat dan meletakkan isteri beliau, Wan Azizah mempertahankan kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum 1999.
Hari ini setelah 10 tahun meninggalkan kerusi Permatang Pauh... dituduh... dibicara... dipenjarakan - kemudian dilucutkan jawatan Ahli Parlimen: Anwar sekali lagi akan beradu nasib untuk mendapatkan kembali kerusi berkenaan yang sebelum ini berjaya dipertahankan oleh isteri tercinta. BN pula walaupun tiga percubaan untuk merampas Permatang Pauh sebelum ini gagal, namun parti komponen itu tidak pernah berputus asa - apatah lagi kali ini calon yang dipertaruhkan bukan calang-calang; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah - anak tempatan dan juga boleh dianggap orang lama dalam kancah politik Pulau Pinang. Bermula sejak hari penamaan calon 16 Ogos lalu, pelbagai insiden telah berlaku di Permatang Pauh yang boleh memberi gambaran betapa 'panasnya' pilihan raya kecil itu; kejadian dua jurugambar media tempatan dan asing dibelasah penyokong salah satu parti bertanding...insiden baju Puteri UMNO koyak...sehingga kepada peristiwa penemuan kotak yang disyaki ada bahan letupan, membuatkan ramai tertanya-tanya, adakah ini trend baru senario politik serta pilihan raya di Malaysia.
Malah pihak polis sendiri turut mengumumkan sebanyak 26 kertas siasatan telah dibuka berkaitan pelbagai laporan yang ada hubung kait dengan tindakan provokasi sepanjang sembilan hari tempoh berkempen. Jumlah itu merupakan satu rekod baru dalam catatan pilihan raya kecil di negara ini. Bagi penulis, kesemua insiden yang berlaku di Permatang Pauh tidak dapat dinafikan berpunca daripada keghairahan semua pihak untuk menguasai kerusi 'panas dan paling popular' itu. BN - dengan misi untuk memastikan percubaan kali keempat mereka berjaya, dan jika mampu mengambil alih tampuk kekuasaan di Permatang Pauh, ia secara tidak langsung memberi isyarat bahawa maruah Anwar berjaya dirobek dan mantan TPM itu hanya boleh bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6 seperti yang diimpikan selama ini. Manakala bagi Anwar pula; Permatang Pauh adalah segala-galanya - karier politik, kekebalan, maruah dan 1001 impian berlubuk di sana.
Beliau cuba bermati-matian untuk mendapatkan kembali kerusi Ahli Parlimen bagi memastikan survival politik biarpun dihambat tuduhan liwat terbaru dan juga sumpah laknat bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Anwar tiada pilihan, menang ataupun terpaksa merelakan impian yang diperjuangkan untuk menerajui pemerintahan negara menjadi debu. Dan kehadiran Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Hanafi Mamat sebagai calon ketiga, dilihat oleh ramai penganalisis politik tidak lebih daripada sekadar untuk pemecah undi. Biar apapun alasan...sehebat manapun kempen yang dijalankan...penentu undi terletak di tangan-tangan orang Permatang Pauh. Hanya mereka yang berhak untuk menentukan siapakah yang paling layak mewakili mereka nanti. Penulis tidak mahu menjadi hakim ataupun tukang ramal, parti manakah satu yang bakal menang pada pilihan raya hari ini. Biar pengundi Permatang Pauh dengan keizinan Ilahi sahaja yang menjawab segala kesudahannya - 'Happy ending' milik siapa?

Selasa, 22 Julai 2008

KENYATAANMU MELEGAKAN KAMI

Walaupun PAS tidak menolak kepentingan muzakarah dengan Umno demi kebaikan Islam dan survival orang Melayu, tetapi tidak benar sama sekali, ada rundingan ke arah 'perkongsian kuasa' dengan Umno/Barisan Nasional, kata ahli jawatankuasa PAS pusat, Mazlan Aliman.Sehubungan itu, beliau yang juga ketua penerangan PAS Johor dukacaita dengan pemberitaan media mengenai isu muzakaran PAS-Umno yang 'seolah-olah ada agenda memecahbelahkan perpaduan di kalangan pimpinan tertinggi PAS'.Menurutnya, isu tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa PAS pusat pada 8 Jun lalu dan mesyuarat khas pada 25 Jun, kedua-duanya di pejabat agung PAS di ibunegara.Dalam mesyuarat tersebut, katanya, keputusan yang dicapai ialah:
PAS kekal dan mendepani Pakatan Rakyat.

PAS proaktif dalam Pakatan Rakyat bagi memperjuangkan Islam.

PAS mesti proaktif di peringkat negeri yang menjadi kerajaan.

Kelab Penyokong PAS perlu dipertingkatkan.
PAS, katanya, tidak menolak kepentingan muzakarah dengan Umno, demi kebaikan Islam dan survival orang Melayu.Bagaimanapun, tegasnya, adalah tidak benar sama sekali, ada rundingan yang mempunyai kecenderungan 'perkongsian kuasa' dengan Umno/Barisan Nasional."Bahkan dokongan PAS menerusi mandat rakyat dalam pilihanraya umum lalu, untuk memperkukuhkan persefahaman dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat, tidak pernah berubah," tegasnya dalam satu kenyataan."Selaku ketua penerangan badan perhubungan PAS Johor, saya ingin memaklumkan keputusan mesyuarat PAS negeri Johor pada 20 Julai lalu, mempertegaskan komitmen yang sama."Bahkan konvensyen PAS Johor pada 3 Ogos ini yang akan dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang pasti menjadi medan perwakilan untuk membahaskan kerjasama dalam Pakatan Rakyat, sekaligus menolak sebarang rundingan politik dengan Umno."Saya menyokong kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa pimpinan PAS mesti bersatu untuk mengelak perpecahan daripada permainan golongan oportunis."Umno mesti selamatkan rumahtangga mereka dulu sebelum sibuk mencampuri urusan PAS!" tambahnya.

INGAT TAK KITA PADA MAJLIS TAHKIM ???


Tulang Besi
Saya membaca kenyataan Dewan Ulama berkaitan temuramah presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Harakahdaily.net (11 Julai 2008). Kami ahli-ahli PAS sememangnya sudah lama menunggu suara dari Dewan Ulama yang selama ini cukup senyap dan sunyi.Antara kandungan kenyataan tersebut adalah sokongan kepada usaha presiden untuk berjumpa dengan Umno bagi menyampaikan dakwah Islam. Saya bukan hendak kata apa, cumanya apakah lagi dakwah yang perlu kita sampaikan kepada Umno?Tidakkah Umno mempunyai barisan “ulama” lulusan universiti Islam dari seluruh dunia? Mungkinkah Umno tidak mengerti kewajiban melaksanakan syariat Islam secara menyeluruh? Saya rasa amatlah dangkal alasan yang mengatakan perjumpaan PAS dengan Umno adalah atas tujuan dakwah. Alasan ini jelas alasan dangkal dan tidak dapat diterima oleh akal yang matang. PAS sudahpun berdakwah kepada Umno sejak sebelum merdeka lagi. Sekiranya mereka mahu menerima dakwah PAS, nescaya sudah diterima oleh mereka lama dahulu.PAS bukan sahaja pernah berdakwah dengan Umno, PAS juga pernah bersama Umno dalam satu barisan dan mentarbiyyah Umno. Apa balasan Umno kepada PAS? Lepas manis madu hilang, habis sepah dibuang. Segala usaha dakwah PAS dibalas dengan kurang ajar dan kebiadapan yang amat tinggi.Adakah Dewan Ulama PAS begitu tidak peka sehingga tidak sedar bahawa seluruh ulama dalam Umno tidak dapat menghalang Abdullah Ahmad Badawi daripada mengangguhkan pelaksanaan Akta Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 2005 hanya kerana akta tersebut tidak disukai oleh anak Abdullah, Nori dan Sisters in Islam?Maklumat yang saya perolehi, Zainah Anwar amat takut akan kenaikan Anwar Ibrahim kerana beliau yakin penasihat PKR itu akan mengizinkan pelaksanaan syariat Islam berbanding Abdullah.Juga, adakah Dewan Ulama PAS begitu tidak sedar bahawa kalaupun Najib Razak menjadi perdana menteri, mahukah beliau melaksanakan syariat Islam memandangkan beliau sendiri tidak bebas daripada tuduhan skandal?Inilah sindrom “katak bawah tempurung” yang melanda PAS sehingga tidak sedar bahawa tindakan mereka akan menguntungkan Umno dan musuh Islam. Sikap Dewan Ulama PAS ini amat disukai oleh Umno dan musuh-musuh Islam di Malaysia kerana ia menguntungkan mereka.Dan kita harus bertanya, kenapa pula tiba-tiba Umno berminat untuk berjumpa dengan kita? Setelah mereka kalah terduduk dalam pilihanraya umum ke-12 baru-baru ini, barulah mereka terhegeh-hegeh untuk berjumpa dengan PAS.Selama ini, sewaktu mereka gagah perkasa dan sewaktu Umno dijulang ke langit, mengapa tidak mahu berjumpa dengan PAS? Mengapa PAS dinista, difitnah, dicaci, dimaki, dizalimi dan sebagainya.Saya kagum dengan kematangan Ahmad Awang apabila wakil Umno datang menawarkan kerajaan campuran kepada beliau. Beliau lantas menjawab, antara orang zalim dengan orang bukan Islam, lebih aula orang bukan Islam.Tetapi Dewan Ulama PAS buta akan fakta ini. Mereka lupa bahawa Umno bukan sahaja menolak Islam, tetapi Umno adalah parti yang zalim dan lagi menzalimi. Bagaimana mungkin PAS bekerja sama dengan Umno dan pada waktu yang sama harus berhadapan dengan doa beribu-ribu orang yang telah dizalimi Umno?Saya nampak Dewan Ulama PAS tidak nampak sasaran dakwah yang sebenar - yakni orang bukan Islam. Saya ingin bertanya kepada dewan itu, di mana modul untuk berdakwan kepada orang bukan Islam?Dewan Ulama senyap sunyi tentang bagaimana hendak menarik sokongan orang bukan Islam, sekurang-kurangnya menghilangkan ketakutan mereka terhadap Islam.Tiba-tiba boleh keluar dengan bangga menyokong usaha “dakwah” kepada Umno? Wahai Dewan Ulama, siapakah mad’u dakwah yang lebih aula sekarang? Orang bukan Islam yang semakin ramai mendekati PAS atau Umno yang sejak dahulu menentang dan menzalimi pejuang-pejuang Islam.Lupakah Dewan Ulama bahawa ada lebih kurang 60 orang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang tidak bersalah meringkuk dalam kem Kamunting hanya kerana mereka pernah berjihad di Afghanistan atau pernah menolong mangsa kezaliman Barat terhadap Islam?Lupakah Dewan Ulama, Umno yang telah menghapuskan sekolah agama rakyat, sedangkan orang bukan Islam di Malaysia tidak pernah menyentuh sekolah-sekolah agama ini?Sekiranya dapat kita hilangkan ketakutan orang bukan Islam kepada syariat Islam, jalan ke arah pelaksanaan syariat Islam di peringkat negeri-negeri terbuka luas seluas-luasnya. Tidak ada lagi batu penghalang kepada pelaksanaan syariat Islam.Suka saya ingatkan kepada Dewan Ulama, tiada gunanya kita berdakwah kepada orang-orang yang sudah sememangnya jauh daripada kita dan tidak pernah mahu berdampingan dengan kita.Mereka hanya mahu menggunakan PAS sebagai batu loncatan supaya mereka dapat berkuasa kembali. Apabila tercapai sahaja objektif mereka, kita akan disepak dan diterajang keluar dengan secepat mungkin.Dan perkara ini pernah berlaku kepada PAS satu masa dahulu. Tidakkah Dewan Ulama mengetahui akan hadis Nabi SAW yang menghalang umatnya dipatuk dua kali pada satu lubang?Saya sangat bersedih atas sikap tidak matang dan tidak pandang kehadapan yang ditunjukkan oleh Dewan Ulama PAS.Pada hemat saya, Islam tidak mengajar umatnya ditipu dan dipermain-mainkan musuh Islam hanya atas nama berdakwah. Kerana itulah, Nabi SAW - walaupun baginda pendakwah tersohor - baginda tidak pernah dapat ditipu oleh musuh-musuh Islam. Tidakkah ini satu sunnah Nabi yang sepatutnya menjadi ikutan kita?Semoga Allah memberikan Dewan Ulama PAS taufik dan hidayat-Nya bagi membolehkan mereka melihat ke jalan yang benar.
ulasan pendekar serkam terhadap komen tulang besi :
nampak sangat umno nie dah takda modal lagi. ingat tak kawan2 pada peristiwa peperangan siffin yang berlaku antara tentera muawiyah bin abi sufian dengan tentera saidina Ali R.A? dalam peperangan tersebut dikala tentera muawiyah bin abi sufian merasakan mereka bakal mengalami kekalahan, ada diantara mereka yang mengangkat lembing dan menggantung alquran diatas lembing-lembing dan tombak-tombak mereka menyebabkan tentera Saidina Ali terpaksa mengalah dan Tentera Muawiyah mencadangkan supaya diadakan Majlis Tahkim (muzakarah) dan ada diantara tentera saidina Ali yang tidak bersetuju dan akhirnya tentera saidina ali berpecah kepada dua satu kumpulan yang menyokong satu kumpulan yang tidak bersetuju bertindak keluar parti. semasa majlis muzakarah (tahkim) dijalankan, pihak muawiyah telah menggunakan tipu muslihat dengan membuat pelbagai tawaran seperti yang berlaku sekarang. akhirnya pihak muawiyah berjaya menjatuhkan khalifah Ali bin Abi Talib dan menjadi pemerintah bagi kerajaan yang baru.so sekarang nie apa komen korang pulak ???

Muzakarah saat mula kejatuhan PAS


Irwanis Johan
Atas kepentingan generasi berbilang kaum di tanah air, saya cuba mengulas isu pertemuan PAS-Umno supaya pemimpin-pemimpin yang tergila-gila dengan muzakarah (ibarat amok Tok Nading) melihat secara rasional dan profesional isu ini. Apa yang perlu pemimpin kedua-dua parti Melayu ini, sama ada muat atau tidaknya baju dan seluar yang hendak dipakai mengikut falsafah dan kandungan jiwa dan citarasa rakyat Malaysia terkini. Takut-takut muzakarah ini nanti menjadi mangsa jenama PAS dan Umno, kerana rakyat Malaysia kini hanya inginkan keadilan, bukannya fanatik sesuatu kaum dan parti.Kalau dilihat PAS, ideologi parti tersebut berteraskan Islam dan penghuninya Melayu. Manakala Umno berteraskan ideologi kebangsaan dan penghuninya juga Melayu. Paling dikhuatiri nanti keputusan terakhir pada muzakarah itu akan jadi begini, "nan bo ti nan, kui bo ti kui", "wal hasil balik asal" atau kawan-kawan saya di utara Semenanjung selalu sebut "padan muka hangpa, puas hati aku." Apa tidaknya, kerana dua pihak yang mewakili parti ini akan menjadi otak yang terlalu Melayu dan bukannya kenegaraan. Oleh itu ikutilah fakta dan data yang akan dibentang oleh penulis ini.Kemasukan PAS dalam Perikatan selepas peristiwa 13 Mei disebabkan betapa terdesaknya Melayu Umno memerlukan Melayu PAS. Akhirnya termetrinya perjanjian persefahaman pada ketika itu dan pemimpin PAS diberi sedikit kuota kabinet yang bertaraf menteri dan timbalan Menteri. Oleh kerana kependekaran sepak terajang Umno, PAS akhirnya seperti melukut di tepi gantang dan teresak-esak menangis di belakang tempayan angan-angan dan momokan Umno.Keputusannya Datuk Asri Muda pada pilihanraya berikutnya hilang kerajaan Kelantan yang diterajuinya dan akhirnya keluar daripada PAS. Jadi jika diberikan markah - PAS mendapat 0 dan Umno pula 2. Kenapa Umno mendapat dua markah - PAS hilang kerajaan, Asri sendiri keluar PAS. Sebab-sebabnya sila rujuk orang lama dalam PAS.Dalam era 1980-an, PAS kembali ke zaman kegemilangannya apabila peralihan kuasa daripada kepimpinan nasionalis Islam kepada kepimpinan ulama dan Umno bawah kelesuan pentadbiran Tun Hussein Onn digantikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Maka tikam-menikam dan fitnah-menfitnah mejadi alat pada kedua-dua parti. Maka lahirlah generasi perubahan - golongan profesional dan kelas menengah - yang pada sebelum ini hanya menjadi pengundi di saluran ketiga kini menjadi mastermind menyusun arah dan hala tuju rakyat ketika ini. Buktinya perpecahan Umno dan kewujudan kumpulan 11 yang akhirnya mencetuskan pengharaman Umno sedangkan PAS hanya menjadi minoriti pembangkang dan DAP menjadi kuasa majoriti pembangkang. Tatkala Melayu Umno bergaduh, Melayu PAS pula ibarat katak di bawah tempurung - berbincang hal kafir-mengkafir, lemparan hujah- hujah murahan daripada Umno, lalu dikupas dan diolah serta dijadikan modal oleh PAS. Maka terbitlah ketika itu 'Amanat Haji Hadi'. Jangan ketinggalan membacanya. Dari segi markahnya waktu ini, PAS (1) Umno (2). PAS mendapat 1 (kepimpinan ulama), Umno memperolehi dua (The Malay Dilema dan Umno Baru).Jika diamati, fahaman kebangsaaan memonopoli segalanya dalam aspek pemerintahan negara dan tidak mungkin atas kehebatan BN. Mungkin akan wujud pula parti seperti parti kebangsaan Cina atau parti kebangsaan India. Faktornya generasi sekarang hanya mementingkan kehidupan daripada memikirkan negara. Beginilah hasil pemerintahan BN apabila rakyat (Melayu) tidak ada patriotisme, budaya dan jiwa timur hilang sedikit demi sedikit di atas bumi yang dipijak dan langit juga yang selalu mendung.Hasilnya pada piliharaya umum pada 1990, PAS memperolehi kembali Kelantan, bukan atas tiket "perpaduan ummah" yang digembar- gemburkan tetapi atas slogan "kepimpinan ulama" dan ia hanya mampu menyelesaikan mimpi-mimpi orang Kelantan, dan tidak pada negeri-negeri lain di Semenanjung. Maka jika dikira markah, PAS mendapat 0.99 dan Umno pula 2 iaitu PAS mendapat Kelantan dan Umno memperolehi perpaduan baru Umno dan tersingkirnya terus musuh-musuh Dr Mahathir daripada parti.Jangan sekali-kali pembaca lupa bahawa isu muzakarah pernah terjadi pada era akhir 1970-an dan sebelumnya tragedi Memali (pertengahan 1980-an) semasa isu kafir-mengkafir tengah hangat diratah lumat oleh kepimpinan ulama PAS dalam era awal 1980-an. Untuk menarik undi popular kaum Cina, maka PAS mewujudkan Majlis Perundingan Cina (CCC). Pada masa yang sama kepimpinan PAS bertukar tangan kepada Fadzil Noor dan keluar pula Nakhaei Ahmad daripada PAS. Penulis hanya sekadar mengingati kesinambungan kepimpinan ulama dan kemasukkan Anwar Ibrahim dalam Umno sebagai memerangi kebangkitan Islam dalam PAS kerana popularnya peranan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dalam masyarakat Melayu ketika itu dan sebahagian besar ahli-ahli Abim mengikut jejak Anwar pada 1982.Hasilnya, bawah kepimpinan baru Umno dan PAS, isu muzakarah tidak kedengaran lagi. Hanya berkisar siapa lebih Islamik - Umno atau PAS? Jadi pengaruh kefahaman Islam mula menular di hati generasi muda apabila Umno terpaksa mengatasi PAS dengan program Islamnya sendiri.Apa tidaknya, jika sebut sahaja Islam, maka terpacullah penceramah PAS dengan sebutan Umno Islamiah sedangkan ideologinya masih fanatik nasionalis. Di sini markah untuk PAS (1) dan Umno (0). Mungkin gaya kepimpinan Fadzil sebagai presiden PAS ketika itu lebih menonjol dan pengaruh Abim dalam Umno mula mengambil tempat di posisi penting pentadbiran Umno dan agensi kerajaan. Adakah ini satu strategi mengislamkan Umno, siapalah tahu?Maka dalam era 1990-an, Umno mempunyai musuh dalam selimut kerana budaya Islam telah mula menular dan meresapi tubuh badan parti fanatik nasionalis ini, maka Dr Mahathir terpaksa mengadakan usaha memburukkan kehebatan Anwar sehingga tercetusnya peristiwa reformasi pada 1998. Dan pada piliharaya umum 1999, PAS dapat menawan Terengganu, meluaskan penguasaan PAS di beberapa negeri, di samping mengekalkan Kelantan.Ingin diingatkan, hasil kemenangan pilihanraya umum 1999, dalam satu persidangan tahunan PAS di Terengganu, PAS telah mengakui bahawa kemenangan menerajui Kelantan dan Terengganu atas faktor Anwar, bukti sejarah mengakui kebenarannya. Penulis ingin melanjutkan kegemilangan PAS dalam menerajui jiwa rakyat atas platform Barisan Alternatif tetapi kerana nafsu besar PAS dalam mengiakan negara Islam, DAP dan PAS mula tidak sehaluan. Ada cendekiawan beranggapan PAS terlalu gopoh mengetengahkan isu negara Islam dan jika tidak salah penulis, kepimpinan ulama PAS ketika itu diterajui oleh feudal bermentalkan Islam bawah Harun Taib dari Terengganu, maka tinggallah PAS, Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan PRM dalam pakatan BA. Bagi DAP, ia hanya boleh minum semeja dengan Keadilan dan PRM. Dalam keadaan anti kemuncak ini, yang menjunam adalah PAS. bKeadaan bertambah buruk apabila PAS pula kehilangan pakar politiknya yang terbaik iaitu Fadzil yang bersemadi pada 2002.Hala tuju PAS terumbang-ambing kerana tiada haluan politik yang teguh seperti yang ditonjolkan oleh Fadzil apabila penggantinya Abdul Hadi Awang tidak selincah Fadzil. Maka PAS tidak mendapat tempat di hati rakyat pada pilihanraya umum 2004. Hanya tinggal Kelantan sahaja - itu pun dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Jadi, markahnya PAS (0) dan Umno (1) - PAS hilang Fadzil, Umno (1) apabila BA berpecah.Kembalinya Anwar dalam kancah politik Malaysia setelah ditahan selama enam tahun mengembalikan kegemilangan arena politik Malaysia. Tiada Fadzil, tiada Dr Mahathir dan tiada Anwar, politik negara dikuasai oleh ahli-ahli politik yang suka terloncat-loncat.Balik-balik siapa lebih Islam dan siapa lebih kafir, dan Abdul Hadi bukanlah seorang ahli politik yang hebat - beliau lebih berkaliber sebagai pendakwah sepenuh masa. Tambahan lagi, semua penasihat utama beliau dari Terengganu, maka pemikiran Abdul Hadi lebih keterengganuan" berbanding sebagai presiden PAS. Mungkin PAS menafikannya, tetapi itulah hakikat yang berlaku. Akibat perangai "keterengganuan" Abdul Hadi, maka dunia politiknya sekadar berkeliaran sesama orang PAS Terengganu yang keras kepala. Peranan Anwar dalam mewarnakan kembali wajah politik Malaysia amat dinanti-nantikan oleh semua rakyat yang berbilang kaum. Kelincahan beliau melontar isu menyebabkan BN sendiri terkapai-kapai hendak menangkisnya. Rakyat sudah gian dalam gerakan pembaharuan (reformasi) dan senantiasa hendak membalas dendam terhadap BN, menanti saat masanya saja, disusuli pula perdana menteri kini Abdullah Ahmad Badawi selalu tidur dan silap dalam tindakan politiknya.Peluang ini memberi PAS, PKR dan DAP mengatur strategi untuk meletakkan calon-calonnya yang berpontensi dalam pilihanraya umum ke-12 bagi kerusi-kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang difikirkan akan memperolehi kemenangan. Perbincangan pakatan pembangkang hanya bertumpu untuk menaikkan tingkat sokongan rakyat terhadap pembangkang bukan ke arah pembentukan sebuah kerajaan baru atau "kerajaan dalam penantian". Cuma bagi PKR, PAS dan Umno perebutan pengundi dari kalangan pengundi Melayu masih belum dapat 100 peratus, hanya sekadar 35-42 peratus. Hujahnya, Melayu itu mudah lupa, ibarat kata Dr Mahathir. Bekas perdana menteri ini umpama hilang regu apabila ketiadaan Fadzil. Kepada Anwar, Dr Mahathir menganggap bekas timbalannya ini bukan tandingannya dalam pentas perdana politik Malaysia, begitu juga tanggapannya terhadap Abdul Hadi. Maka untuk menyelesaikan ketagihannya berpolitik, sasarannya berpindah kepada Abdullah dan kegilaan Dr Mahathir ini memberi sedikit keuntungan pada pakatan pembangkang.Akhirnya pada penghujung 2007, kebangkitan rakyat mula menampakkan hasil apabila muncul gerakan demonstrasi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), isu rakaman video perbualan VK Lingam dan demonstrasi Hindraf. Reaksi rakyat ditambah pula dengan konsep Islam hadhari keagungan Abdullah yang tercemar apabila gambar beliau memegang bahu pelakon Michelle Yeoh semasa program Piala Monson di Trengganu. Tidak cukup dengan itu, ditambah lagi isu skandal seks menteri MCA. Jadi keputusan pilihanraya umum lalu telah membuahkan hasil apabila Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur jatuh ke tangan pakatan pembangkang tetapi tidak menunjukkan sebarang perubahan di Terengganu? "Kenapa" menjadi satu gema persoalan yang perlu dijawab oleh PAS dan sehingga kini PAS tidak terjawab, kenapa?Ada orang memaklumkan pada penulis, perkara ini kena tanya sendiri pada feudal bermentalkan Islam dalam PAS Terengganu. Untuk makluman pembaca, statistik seorang pensyarah Universiti Sains Malaysia, dalam kajiannya, menunjukkan bahawa pada pilihanraya umum Mac lalu, peralihan pengundi Cina dan India kepada pembangkang begitu menonjol tetapi tidak berlaku perubahan pada pengundi Melayu. Ertinya pengundi Melayu tidak berubah, yang berubah hanyalah pengundi Cina dan India.Hasil kajian ini, penulis ingin memberikan peringatan kepada barisan kepimpinan PAS bahawa kebangkitan rakyat bukan atas gelombang PAS tetapi hasil cetusan politik Anwar dan kelemahan BN sendiri. Bukanlah kelemahan Umno tetapi tepatnya pada BN dan Umno sekali lagi tersepit di celah-celah tekanan kompenan BN, seperti kedudukan Umno dalam Perikatan selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969. Jadi nyata dan jelas di sini bahawa PAS senantiasa beruntung bersama gelombang ciptaan orang lain dan bukannya gelombangnya sendiri. Jelasnya di sini, PAS dan Umno adalah parti-parti ortodoks Melayu - ibarat batu lesung, menumbuk cili bersama belacan, yang menjadi mangsanya sang tekak yang menilai kesedapannya. Maksud saya, tekak itu suara rakyat, jadi PAS perlu melihat bahawa isu muzakarah adalah program lapuk untuk pemimpin lampau antara PAS dan Umno sedangkan rakyat sekarang menaiki kapal baru yang dinamakan "kebajikan" yang lebih besar untuk destinasi pilihanraya umum ke-13 nanti. Jika PAS hanya melayan pemikiran ahli politik ortodoksnya, jangan salahkan rakyat yang berbilang kaum menolaknya pada pilihanraya umum nanti. Jika isu muzakarah diteruskan, maka tunggu dan lihatlah kejatuhan PAS.

Khamis, 26 Jun 2008

KERAJAAN MELAKA MEMANG GOPOH

MELAKA (Sinar Harian) - Kerajaan Negeri Melaka diselar kerana terburu-buru ingin melaksanakan projek perlombongan bijih timah di pesisiran pantai Kuala Sungai Baru tanpa mengkaji terlebih dulu kesannya kepada para nelayan dan eko-sistem kawasan tersebut.Menurut Ahli Jawatankuasa Penerangan PAS Melaka, Zaili Muhamad Imbiah, bahawa tindakan kerajaan negeri itu tidak bertanggungjawab dan hanya menjaga kepentingan pihak tertentu tanpa memikirkan masalah para nelayan yang bakal kehilangan punca pendapatan."Bagaimana kerajaan negeri boleh meluluskan projek ini dan saya difahamkan bahawa kerja pengorekan sudahpun dijalankan sedangkan kajian mengenai kesannya kepada eko-sistem dan 'survival' hidup nelayan belum lagi dibuat," katanya.Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Dato' Mohamad Hidhir Abu Hassan yang mengatakan laporan impak projek tersebut belum siap sebelum mempertimbangkan syarat pampasan yang dikemukakan oleh nelayan terbabit sebelum ini."Nelayan mengadu pendapatan mereka terjejas teruk kerana projek itu memusnahkan lubuk ikan dan udang, merosakkan jaring atau pukat mereka dan tiada jaminan nelayan akan mendapat hasil seperti sebelumnya selepas 7 tahun projek itu dijalankan."Sebenarnya pampasan yang diminta itu tidaklah sebesar manapun kalau dibandingkan dengan kerugian bagi jangka masa panjang yang akan ditanggung oleh mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup sebagai nelayan," kata Zaili.Beliau mencadangkan kepada kerajaan negeri sekiranya ingin meneruskan juga projek itu supaya merangka satu pelan tindakan yang lebih menjamin masa depan nelayan seperti Skim Perberhentian Pekerja yang biasa dilaksanakan di negara ini. "Saya melihat kerajaan negeri berdolak-dalih dalam isu ini bagi melepaskan diri daripada bersungguh-sungguh ingin membantu para nelayan dan kita tidak mahu nasib malang yang menimpa nelayan di Klebang menerima pampasan RM 45 berulang lagi."Projek ini bukan sahaja menjejaskan 435 orang nelayan itu sahaja bahkan ianya akan menjejaskan keseluruhan penduduk di sepanjang pantai tersebut yang bakal terdedah dengan pelbagai ancaman seperti hakisan pantai dan sebagainya," katanya.Kerajaan negeri yang bertindak sebagai orang tengah kepada tiga syarikat bijih timah itu cuma bersetuju dengan pampasan sebanyak RM 1,600 untuk nelayan laut dalam dan RM 500 untuk nelayan kecil setahun.Ali Rustam dalam kenyataannya sebelum ini meminta nelayan menerima sahaja pampasan yang telah dicadangkan itu dan kerajaan negeri tidak dapat berjanji untuk memenuhi permintaan nelayan kerana ianya bergantung kepada hasil pendapatan perlombongan bijih timah tersebut.

Selasa, 24 Jun 2008

KERAJAAN NEGERI GAGAL BASMI KEMISKINAN

Kerajaan Negeri Melaka mestilah menilai semula Paras Garis Kemiskinan (PGK) di kalangan penduduk negeri ini bagi mendapatkan jumlah sebenar keluarga dan orang miskin di negeri ini.Perkara ini penting bagi memastikan semua pihak dapat merancang dan mengatur program yang benar-benar dapat membantu golongan ini.
Dalam konteks negeri Melaka umpamanya jumlah keluarga yang diumumkan oleh Ketua Menteri sebelum ini adalah 785 keluarga. Dengan keadaan semasa yang semakin mendesak ini sudah tentu jumlah ini bertambah dengan berlipatkaliganda.Adalah dijangkakan jumlah keluarga miskin di negeri Melaka ini melebihi 25 % jika PGK adalah RM1,500. Angka ini adalah sangat besar jika kita bandingkan dengan jumlah penduduk Melaka yang jumlahnya lebih kurang 1 juta orang.Kerajaan Negeri Melaka mesti mengeluarkan statistik terbaru tentang jumlah sebenar keluarga miskin dan diharapkan fakta sebenar ini tidak disembunyikan. Program dan rancangan bersepadu dan menyeluruh mesti dijalankan dengan segera bagi memastikan golongan yang miskin tidak terus hidup dalam kedhaifan dan kesengsaraan.
PAS Melaka mendesak kerajaan negeri Melaka agar berbincang dan mengusulkan kepada kerajaan pusat supaya menurunkan harga minyak dan mengawal harga barangan harian sebagai satu usaha untuk mencegah inflasi. Jika ini dapat dilakukan sudah pasti negara kita akan lebih aman dan sejahtera dengan penduduk miskin akan semakin berkurangan.

Rabu, 18 Jun 2008

MUSLIMAT CADANG TUBUH SAYAP MUJAHIDAH

BUKIT KATIL, 17 Jun (Hrkh) - Muktamar Dewan Muslimat PAS Melaka kali ke-39 yang diadakan di INB Resort, di sini, telah meluluskan usul agar PAS Pusat menubuhkan sayap baru iaitu Dewan Mujahidah PAS Malaysia (DMPM).Penubuhan dewan tersebut adalah bertujuan bagi menggalakkan penyertaan generasi muda dan para graduan IPT yang terdiri daripada golongan di bawah umur 40 tahun kerana mereka dilihat kurang berminat menyertai PAS disebabkan tiada wadah yang sesuai. Usul itu diterima sebulat suara dan dibentangkan oleh Setiausaha Dewan Muslimat PAS Melaka, Kintan Man, yang antara lain menyatakan bahawa tiadanya wadah politik yang sesuai untuk mereka kerana Dewan Muslimat itu sendiri terdiri daripada golongan yang agak berumur.

"Menyedari bahawa generasi muda melihat Dewan Muslimat PAS sebagai sebuah dewan yang ahli-ahlinya terdiri daripada mereka yang jauh lebih berusia dan juga pemikiran serta tindak-tanduk yang mempunyai frekuensi dan 'wavelength' yang berbeza ianya seolah-olah mewujudkan kelompangan wasilah siasah. "Generasi muda kini semakin berminat untuk bergiat aktif di arena politik, mereka juga mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap pergolakan politik negara, justeru itu, gelombang perubahan ini mesti diurus tadbir dengan keseriusan dan kepertanggungjawaban yang tinggi," ujar beliau. Beliau berkata, generasi muda secara fitrahnya mempunyai semangat yang cukup tinggi, idea-idea baru, pemikiran yang segar serta lontaran-lontaran buah fikiran yang mampu membuat anjakan paradigma untuk kelangsungan Hadharah Islamiyyah.

Seterusnya, beliau menjelaskan bahawa tidak dapat dinafikan pewaris kepada pemimpin negara pada masa akan datang sewajibnya terdiri daripada generasi muda kini yang bertunjangkan fikrah Islamiyyah yang jelas dan mantap serta professional dalam pelbagai disiplin ilmu. Tambahnya, Nisa' yang ditubuhkan sebagai wadah bagi golongan muda hanya menjalankan aktiviti kebajikan dan sosial sahaja serta tidak bergerak atas landasan politik. Akibat ketiadaan platform politik yang sesuai ini menyebabkan ramai para aktivis jemaah di kampus-kampus menjadi lemah atau gagal meneruskan perjuangan mereka selepas bergelar graduan,"katanya

BADAN PERHUBUNGAN NEGERI LANCAR BLOG

PAS Negeri Melaka hari ini melancarkan Blognya sendiri di alamat http://pasmelaka.blogspot.com.Blog akan memuatkan kenyataan akhbar pemimpin negeri, isu-isu semasa dan aktiviti PAS terutama PAS Negeri, Kawasan dan Dewan-dewan. Di harapkan blog ini akan menjadi medan untuk PAS Negeri mendekati rakyat dalam dunia cyber.Segala feedback dan maklumbalas boleh diemailkan kepada kpnmelaka@gmail.com.

TAHNIAH PASTI BUKIT KATIL .. JASIN JANGAN PUTUS ASA

Jasin : Pasukan Bolasepak PASTI Kawasan Bukit Katil berjaya menjuarai pertandingan Bolasepak PASTI Negeri pada kejohanan Pesta Sukan Tahunan PASTI Negeri di Dataran Hamas di sini awal petang ini. Manakala pasukan bolajaring pula memenangi tempat ketiga.Pasukan Bolasepak telah menewaskan PASTI Kota Melaka 3-0 pada perlawanan akhir yang agak sengit.Bagi acara Bolajaring, PASTI Alor Gajah dinobatkan sebagai Juara dan PASTI Masjid Tanah sebagai Naib Johan.Lebih manis lagi, Ahmad Syakirin Khalid pemain bolasepak PASTI Bukit Katil juga diumumkan sebagai pemain terbaik kejohanan manakala Ahmad Azli dari PASTI Tangga Batu dianugerahkan sebagai penjaring terbanyak.Hadiah-hadiah kepada pemenang telah di sampaikan oleh Bendahari Dewan Pemuda PAS Pusat merangkap Ketua DPPN Kelantan, YB Mohd Zaki Ibrahim dan Pengarah PASTI Pusat, Azrin Abdul Majid.

MAHKAMAH MENJATUHKAN HUKUM ..

KANGAR, 18 Jun (Hrkh) - Mahkamah Pilihan Raya hari ini memutuskan kerusi Dun N.15 Sanglang dikosongkan berikutan petisyen yang dikemukakan Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin.Bagaimanapun, semua keputusan sama ada Ustaz Hashim diisytiharkan sebagai pemenang atau diadakan pilihan raya semula dipulangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Hakim Pilihan Raya, Dato' Zainal Adzam Abdul Ghani semasa membaca penghakimannya memutuskan kemenangan calon BN, Abdullah Hassan dibatalkan berdasarkan tuntutan pertama di dalam petisyen berkenaan. Namun begitu, bagi tuntutan kedua iaitu mengisytiharkan Ustaz Hashim sebagai pemenang, beliau memutuskan bahawa mahkamah tidak mempunyai kuasa berdasarkan Seksyen 35C dalam AKta Kesalahan Pilihan raya 1954 yang telah dimansuhkan pada tahun 2003. Petisyen ini dikemukakan oleh Ustaz Hahsim selaku calon PAS yang bertanding mempertahankan kerusi Dun tersebut tetapi diisytiharkan kalah kepada calon BN, Abdullah Hassan dengan majoriti 149 undi. Bagaimanapun berlaku kesilapan semasa mengisi nama calon pada borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi) yang mana Ustaz Hashim sepatutnya menang dengan majoriti 47 undi. Ustaz Hashim menamakan Pegawai Pengurus Pilihan raya Parlimen Arau, Mohd Daud Abdul Hamid, SPR dan Abdullah sebagai responden. Ustaz Hashim diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin, Zulmi Sabri dan Aqbal Shiffudin Adnan Sallehuddin. Abdullah pula diwakili K. Jegathesan dan Albert Antoni. Manakala Mohd Daud dan SPR di wakili Dato' Kamaluddin Md Said, Rozi Bainon dan Wan Roslan Wan Ismail.

Selasa, 10 Jun 2008

SELAMAT PULANG YAB TUAN GURU

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi. Beliau tiba jam 9 malam bersama isteri, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, anak-anak serta menantu selain diiringi 20 anggota rombongan termasuk pegawai pejabat Menteri Besar Kelantan. Menurut Setiausaha Sulitnya, Nik Azlan Abdul Hadi keadaan kesihatan Menteri Besar Kelantan begitu baik dan beliau kelihatan lebih ceria berbanding sebelum bertolak ke Makkah, 26 Mei lalu.

"Tok Guru nampak lebih sihat dan ceria daripada masa sebelum beliau bertolak ke Makkah dua minggu lepas," ujarnya ketika ditemui di Bilik Rehat VIP KLIA. Nik Azlan juga berkata, Tuan Guru Nik Aziz akan memulakan semula tugas Khamis ini memandangkan beban tugasan yang ditinggalkan sepanjang peninggalan beliau agak banyak. "Beliau juga menyampaikan ucapan penghargaan di atas doa semua pihak sehingga Menteri Besar selamat pulang ke tanah air," katanya. Sebaik selesai menunaikan solat dan berehat seketika, beliau beserta rombongan berlepas pulang ke Kota Bharu dengan penerbangan pada jam 10.40 malam tadi. Sementara itu, di KOTA BHARU, Salmah Mat Husain melaporkan hampir 500 rakyat Kelantan dan pemimpin kerajaan negeri serta pegawai menyambut kepulangan Menteri Besar di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Rombongannya tiba kira-kira jam 11.30 malam. Orang ramai yang hadir berebut-rebut untuk bersalam dengan pemimpin kesayangan mereka. Tuan Guru Nik Abdul Aziz kelihatan ceria dan sempat bersalam dengan orang ramai yang menunggunya sejak awal lagi. Turut kelihatan isterinya, Datin Tuan Sabariah dan anggota rombongan lain. Manakala kira-kira jam 11 pagi tadi beliau menziarahi timbalannya, Datuk Ahmad Yakob yang sedang bercuti sakit akibat serangan jantung baru-baru ini di rumahnya di Alor Pasir, Wakaf Bharu, Tumpat. -

Jumaat, 6 Jun 2008

KUBU BN SERKAM DARAT BOCOR

Oleh : abuya

Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Jasin terus subur dan mendapat kepercayaan rakyat apabila berjaya membuka satu lagi cawangan baru di Kampung Serkam Darat.Majlis ringkas penyerahan borang keahlian seramai 80 orang itu telah disempurnakan oleh Ketua Penaja PKR Cawangan Sdr Jamil Bin Ani kepada YB Nik Nazmi Bin Nik Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia yang juga setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor .Biarpun hujan turun dengan lebatnya pada malam itu namun tidak sedikit pun mematahkan semangat para hadirin untuk mendengar ucapan dan kupasan isu isu terkini dari para penceramah..Ketua Penaja PKR Cawangan Serkam Darat Sdr Jamil melahirkan rasa kesyukuran diatas kejayaan menubuhkan cawangan tersebut. Beliau yang juga aktivis parti telah merancang beberapa program khususnya yang melibatkan masyarakat India kerana sebahagian besar ahli yang mendaftar ialah dari kaum tersebut.“saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kawan –kawan dari PAS yang banyak membantu dalam semua perkara. Mudah mudah dengan ada cawangan PKR ini akan menjadi penghubung antara bukan islam dengan PAS dan menguatkan lagi Pakatan Rakyat diperingkat DUN Serkam khususnya”. tegas beliau.


Seorang ahli baru PKR Encik Kurupiyah a/l Munusamy bercadang membawa kaum India yang menganggotai Parti Peadilan Rakyat ini melawat negeri –negeri yang telah diperintah Pakatan Rakyat agar mereka didedahkan dengan cara kerajaan PR memerintah. Beliau yang juga ahli Kelab Penyokong PAS begitu teruja dengan pengalaman ketika melawat Negeri Kelantan baru –baru ini.Turut hadir dalam program pada malam itu Timbalan PKR Jasin Tuan Haji Manan, Setiausaha Bahagian Puan Mahani dan juga Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka , Ustaz kamarudin Bin Haji Sedek.

Khamis, 5 Jun 2008

RESPONDAN MENGIGAU SALAH UMUM KEPUTUSAN

KANGAR, 4 Jun (Hrkh) - Mahkamah pilihan raya yang bersidang di sini hari ini menyaksikan peguam yang mewakili responden ketiga (Calon BN, Abdullah Hassan) turut mengakui berlakunya kesilapan dalam keputusan pilihan raya umum (PRU) 8 Mac lalu yang mengakibatkan calon PAS, Ustaz Hashim Jasin tidak diisytharkan sebagai pemenang.

Jega Karuppiah yang mewakili Abdullah berkata demikian di hadapan hakim pilihan raya, Dato' Zainal Adzam Abdul Ghani yang mendengar kes petisyen pilihan raya Dun N.15 Sanglang.
Minggu lalu, Timbalan Ketua Bahagian Guaman Jabatan Peguam Negara, Dato' Kamaluddin Md Said yang mewakili Mohammad Daud Abdul Hamid (Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Arau) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selaku responden pertama dan kedua membuat pengakuan yang sama berkaitan kesilapan tersebut.Mahkamah yang bersidang minggu lalu mendengar penghujahan tentang bantahan awal yang dikemukakan Abdullah ke atas petisyen tersebut.Petisyen ini difailkan oleh oleh Ustaz Hashim untuk mengisytiharkan beliau sebagai pemenang dalam PRU pada 8 Mac lalu. Beliau yang bertanding mempertahankan kerusi Dun tersebut diisytiharkan kalah kepada Abdullah dengan majoriti 149 undi.Bagaimanapun berlaku kesilapan semasa mengisi nama calon pada borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi) yang mana Ustaz Hashim sepatutnya menang dengan majoriti 47 undi.Hari ini Zainal Adzam sepatutnya memberikan keputusan berkaitan bantahan awal berkenaan. Bagaimanapun setelah pengakuan yang dibuat tentang kesilapan yang berlaku, maka beliau menetapkan esok untuk mendengar penghujahan sama ada mahkamah boleh memerintahkan Ustaz Hashim diisyhtiharkan sebagai pemenang atau diadakan pilihan raya semula.Menurut Mohamed Hanipa Maidin, peguam yang mewakili Ustaz Hashim, dalam kes ini sekiranya diadakan pilihan raya semula maka berlakunya ketidakadilan terutamanya kepada para pengundi yang telah memilih Ustaz Hashim dalam PRU yang lalu."Kita akan mengemukakan penghujahan esok dan berdasarkan kuasa yang sedia ada pada mahkamah untuk memberikan keadilan, maka sewajarnya Ustaz Hashim perlu diisytiharkan sebagai pemenang,"katanya

Selasa, 3 Jun 2008

ENAM KEJAYAAN PAKATAN RAKYAT PERAK


Enam kejayaan PAS Perak
Ustaz Ahmad Awang Tue Jun 03, 08 3:29:40 pm MYT
Selaku Pesuruhjaya PAS Perak, saya telah menyampaikan ucapan di Majlis Taklimat MB yang diadakan di dewan serbaguna Kediaman Menteri Besar Perak. -->-->
Majlis tersebut dihadiri lebih 700 pemimpin PAS peringkat negeri, kawasan dan cawangan. Ketika berucap, saya menegaskan bahawa pencapaian PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 8 Mac lalu dengan memenangi enam kerusi Dewan Undangan Negeri telah memberikan PAS Perak enam kemenangan yang sangat bermakna.

Intisari kemenangan yang saya huraikan dalam ucapan adalah seperti berikut:
Penubuhan kerajaan campuran PAS-DAP-KeADILan yang kini dikenali kerajaan Pakatan Rakyat.

Perbincangan dibuat di antara ketiga-tiga parti pada kira-kira jam 1 pagi selepas DAP memenangi 18 kerusi Dun, KeADILan (7) dan PAS (6). DAP memulakan jemputan untuk membentuk kerajaan negeri kerana jumlah kerusi dimenangi parti pembangkang adalah 31 berbanding 28 kerusi BN. PAS kemudian berbincang dengan KeADILan dan persetujuan di antara ketiga-tiga parti dicapai apabila DAP negeri bersetuju jawatan Menteri Besar disandang oleh ADUN Melayu Islam dari pihak BA (PAS-KeADILan). Pengumuman atas pemuafakatan antara ketiga-tiga parti untuk menubuhkan kerajaan campuran dibuat kira-kira jam 2 pagi di Pejabat DAP negeri yang teletak hanya kira-kira 50 meter dari Pejabat Perhubungan PAS negeri. Lebih 10 pemberita dan jurugambar tempatan mengemukakan pertanyaan kepada saya dan pengerusi DAP, Ngeh Koh Ham (sekarang Dato?). Jawapan kami sama iaitu bersepakat menyahut suara rakyat yang mahukan perubahan supaya pentadbiran BN digantikan.
Dalam pengumuman itu kami namakan kerajaan Barisan Rakyat. Ia bukannya kerajaan DAP, tidak juga kerajaan PAS atau KeADILan.

Menerajui kerajaan Pakatan Rakyat

Adun PAS Pasir Panjang, Ir Haji Mohd Nizar Jamaluddin (kini Dato? Seri) kemudian diperkenan Sultan Perak sebagai Menteri Besar Perak ke-10. Menurut persetujuan awal ketiga-tiga parti, beliaulah satu-satunya calon untuk jawatan tersebut yang akan dipersembahkan kepada Sultan. Tetapi kemudiannya atas campur tangan pemimpin DAP dan KeADILan pusat, tiga nama telah dicalonkan yang mewakili DAP, KeADILan dan PAS. Wakil ketiga-tiga parti bersepakat untuk menerima siapa jua calon yang diperkenan istana. Namun apabila nama Mohammad Nizar diperkenan istana, Penasihat DAP, Lim Kit Siang membantah dan mengugut untuk memboikot majlis ngkat sumpah jawatan MB. Bagaimanapun, selepas kira-kira tiga jam perbincangan di antara pihak PAS yang diketuai saya dengan DAP yang diketuai Pengerusi DAP negeri, Ngeh Koh Ham, pemimpin DAP pusat bersedia mengubah pendiriannya dengan mengenakan syarat supaya DAP diberi 8 jawatan Exco dan PAS berjanji tidak melaksanakan hukum hudud dalam kerajaan campuran ini. Bagaimanapun syarat-syarat itu gugur kira-kira jam 11 malam setelah wakil PAS dan DAP dititah menghadap Tuanku di Istana Kinta. DAP akhirnya bersetuju dengan perlantikan Menteri Besar dari PAS dan akan hadir dalam Upacara Angkat Sumpah esok harinya di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, bahkan setuju akan memohon ampun dari pihak istana. Yang paling penting syarat yang mereka kenakan iaitu 8 Exco dan isu hudud gugur dengan sendirinya.

Persetujuan mengenai pengguguran syarat ini disampaikan sendiri Setiausaha DAP Perak, Nga Koh Meng kepada Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang. Bagaimanapun Upacara Angkat Sumpah MB yang dijadualkan pada jam 4 petang akhirnya dibatalkan oleh pihak istana kira-kira 2 jam sebelum ianya dilangsungkan. Ia berpunca dari bantahan saat-saat akhir KeADILan kononnya mereka hanya diberikan satu kerusi Exco padahal pada kira-kira jam 10 pagi, pemimpin KeADILan Perak telah pun dimaklumkan yang mereka akan mendapat 3 kerusi Exco dan PAS hanya 1, manakala DAP memperolehi 6 bukannya 8. Entah di mana silapnya KeADILan pusat beranggapan mereka hanya diberikan satu kerusi Exco sahaja. Ekoran dari pembatalan itu, pihak istana menitahkan supaya setiap 31 orang Adun daripada ketiga-tiga parti menandatangani surat perakuan masing-masing bahawa mereka menyokong penubuhan kerajaan campuran yang dimuafakatkan dan bersetuju atas pelantikan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar. Mohammad Nizar kemudiannya dilantik secara rasmi sebagai Menteri Besar di Istana Iskandariah pada 17 Mac jam 10 pagi. Turut hadir di majlis angkat sumpah jawatan ialah Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa dan Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli. Lim Kit Siang turut hadir dan kemudianmya berkesempatan menghadap Tuanku Raja Muda memohon ampun kepada baginda.

Menjalin hubungan mesra dengan istana.
Sejak hari pertama rombongan ketiga-tiga parti menghadap Tuanku Raja Muda di Istana Kinta, sungguh terasa mesra hubungan dengan Tuanku Raja Dr Nazrin Shah. Selepas memperkenalkan diri kepada baginda, baginda berbual menanyakan latar belakang saya. Apabila saya memberitahu mendapat pendidikan dari Maahad Al-Ehya? Ash-Shariff Gunung Semanggol di bawah asuhan Almarhum Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, baginda menjelaskan begitu tertarik dengan peranan para ulama Perak dalam memperjuangkan kemerdekaan. Ketika menuntut di Universiti Harvard, baginda juga pernah melakukan penyelidikan tentang peranan beberapa orang ulama Perak. Raja Dr Nazrin kemudian banyak bertanya tentang latar belakang Ir Mohammad Nizar yang mendapat ijazah Sarjana Kejuruteraan dari UK. Hubungan terus terjalin melalui beberapa pertemuan dengan pihak istana ketika menghadapi saat-saat kritikal mengenai perlantikan MB dari parti PAS. Persefahaman mudah dicapai kerana Istana Perak dianugerah Allah SWT seorang Raja yang arif dalam bidang undang-undang sebagai seorang bekas Ketua Hakim; manakala Raja Muda memiliki daya intelektual yang tinggi dengan memiliki doktor falsafah di bidang sains politik. Kelebihan istana ini dipertemukan Allah pula dengan pimpinan tertinggi PAS Perak yang mempunyai pandangan politik yang luas dan berpengalaman dalam pengurusan dan pentadbiran. Salah satu bukti begitu mesranya hubungan istana dengan Ir Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar adalah penganugerahan darjat kebesaran Pingat Darjah Seri Paduka Mahkota Perak dengan gelaran Dato? Seri belum pun sampai sebulan menjawat jawatan Menteri Besar. Begitu juga Pengerusi DAP negeri Perak, Ngeh Koh Ham yang dianugerahkan gelaran Dato?.

Memenangi hati para pemimpin parti rakan Pakatan Rakyat
DAP sebelum PRU12 dilihat sebagai parti yang tidak begitu sehaluan dengan PAS. Bagaimanapun selepas PRU12 dan pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, pemimpin DAP bukan sahaja mudah bersefahaman dan mesra dengan pemimpin PAS di peringkat negeri, bahkan sentiasa menghormati pandangan pemimpin PAS sama ada mereka yang berada di dalam atau di luar kerajaan. Saya sendiri dapat melihat bagaimana Pengerusi DAP Perak, Dato' Ngeh Koh Ham berterus terang menyatakan dokongannya kepada pimpinan PAS dan sangat kagum dengan pimpinan Tok Guru Dato? Nik Abdul Aziz Nik Mat. Perkara ini dinyatakan sendiri kepada Tok Guru ketika lawatan pemimpin kerajaan Perak ke negeri Kelantan baru-baru ini.

kejayaan PAS menarik sokongan rakyat bukan Melayu
Pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui PAS begitu menarik perhatian rakyat. Dalam suasana pihak-pihak tertentu terutama Umno yang cuba mempersoalkan kewibawaan kerajaan Pakatan Rakyat, ternyata rakyat Perak memberikan sokongan kuat kepada kerajaan yang baru dibentuk. Rakyat bukan Melayu memberikan sanjungan atas kewibawaan Menteri Besar Perak. Dalam masa sebulan selepas PRU12, hampir setiap hari berita mengenai Mohammad Nizar tersiar dalam media berbahasa Tionghua. Ceramah perdana pertama di Stadium Perak anjuran Pakatan Rakyat sebaik sahaja kerajaan negeri dibentuk adalah antara bukti awal sokongan rakyat. Stadium itu penuh sesak dengan orang-ramai untuk mendengar ceramah lima pemimpin kerajaan negeri Pakatan Rakyat. mengubah anggapan hanya Umno dan BN layak memerintah Diayah seumpama ini sudah seperti diterima sebagai satu ?khurafat? atau kepercayaan karut yang menyelubungi pemikiran sebahagian orang Melayu khasnya di luar bandar. Kejayaan Pakatan Rakyat yang diterajui AS berjaya memecahkan tembok kepercayaan karut itu sehingga menyebabkan suatu kejutan budaya kepada pimpinan UMNO-BN Perak. Kemenangan enam Adun PAS yang membawa kepada enam kemenangan berikutnya menjadikan kedudukan PAS Perak begitu penting dalam membawa perubahan kepada landskap politik negara pasca PRU12.

enam saranan

Bagi mempertahankan kemenangan 6+6 ini, saya menegaskan dalam ucapan di hadapan kira-kira 700 orang pemimpin PAS Perak pada malam tersebut bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan tugas kewajipan yang besar untuk dilaksanakan, antara lainnya:

Betapa pentingnya PAS diperkasa kerana hanya dengan kekuatan PAS, segala gerak kerja parti dan kerajaan akan berhasil. Mindset ahli-ahli PAS di semua peringkat mesti berubah. Mereka mesti berfikir bahawa mereka bukan lagi sebagai pembangkang tetapi sebagai kerajaan. Justeru, mereka perlu menunjukkan sikap adil, bijaksana dan rendah diri. Mereka hendaklah berusaha menerangkan kepada rakyat berbilang kaum dan agama bahawa kerajaan baru Pakatan Rakyat adalah sebuah kerajaan yang adil saksama, beramanah, telus dan bermaruah.

Ahli PAS harus memperkukuh hubungan baik dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat serta menunjukkan sikap ramah mesra dan ambil peduli akan nasib rakyat di peringkat akar umbi. Jangan harapkan kerajaan saja untuk ambil peduli nasib rakyat berbilang kaum, tetapi pendokong PAS sendiri mesti menunjukkan sikap prihatin terhadap mereka.

Menerusi Program Khidmat Masyarakat wakil rakyat PAS, pendokong PAS boleh membantu memberitahu dasar kerajaan baru Perak yang sangat prorakyat. Wakil rakyat PAS harus sentiasa mesra rakyat, sentiasa peduli dengan nasib rakyat berbilang kaum dan agama.

Program tarbiyah, mesti menekankan aspek pengukuhan pengisian kemenangan (tamkin), iaitu melaksanakan idealisme atau cita-cita kita hendak melaksanakan kerajaan yang adil, telus, berkebajikan dan beramanah, sesuai dengan manifesto PAS.

Untuk memperkukuh aspek tarbiyah, usrah cawangan dan kawasan hendaklah diadakan sekerap mungkin, di samping program bulanan liqa?ul fikri peringkat negeri diadakan.

Pada akhir program malam tersebut Menteri Besar, Dato? Seri Ir Mohd Nizar Jamaludin menyampaikan taklimatnya dengan mesej menyeru semua pihak bersama membantu menjayakan kerajaan baru Perak Darul Ridzuan.-

Jumaat, 30 Mei 2008

SANGLANG DALAM PENANTIAN

KANGAR, 29 Mei (Hrkh) - Timbalan Ketua Bahagian Guaman Jabatan Peguam Negara, Dato' Kamaluddin Md Said yang mewakili Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Mohammad Daud Abdul Hamid (Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Arau) mengakui bahawa SPR membuat kesilapan semasa mengumumkan keputusan pilihan raya 8 Mac lalu.Beliau berkata demikian ketika membuat ulasan ke atas bantahan awal yang dikemukakan calon BN, Abdullah Hassan ke atas petisyen pilihan raya Dun N.15 Sanglang yang dikemukakan oleh calon PAS, Ustaz Hashim Jasin di mahkamah pilihan raya yang bersidang di sini semalam."Kami mengakui bahawa berlakunya kesilapan. Berdasarkan Akta Peraturan dan Perjalanan Pilihan raya, sepatutnya calon yang memperolehi undi yang lebih diisytiharkan menang. Sebaliknya yang memperolehi undi yang kurang diisytiharkan menang," katanya ketika diminta oleh hakim pilihan raya, Dato' Zainal Adzam Abdul Ghani untuk memberikan komen berkaitan bantahan awal tersebut.Kamaluddin turut menyatakan bahawa pihak responden pertama (SPR) dan responden kedua (Mohammad Daud) tidak pernah mengarahkan peguam yang mewakili responden ketiga untuk mengetepikan mereka daripada petisyen tersebut.

Peguam yang mewakili responden ketiga, Jega Karuppiah semasa penghujahannya telah menyebut bahawa pihak pempetisyen tidak boleh meletakkan SPR dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya sebagai responden dalam petisyen tersebut.Dalam petisyen ini, responden pertama dan kedua tidak mengemukakan sebarang bantahan."Saya berpendapat bahawa kes ini perlu dibicarakan," kata Kamaluddin.Terdahulu, Zainal Adzam menolak bantahan yang dikemukakan Ustaz Hashim ke atas bantahan awal Abdullah.Jega kemudiannya mengemukakan penghujahan panjang ke atas bantahan awal tersebut disusuli Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Ustaz Hashim.Mohamed Hanipa antara lainnya menyebut bantahan awal yang dikemukakan itu bersifat teknikal dan mengguna pakai peraturan lama yang telah dibuat pindaan serta memohon agar kes tersebut dibicarakan.Zainal Adzam kemudiannya menangguhkan persidangan mahkamah dengan memutuskan tarikh 4 Jun ini untuk beliau memberikan keputusan sama ada menerima bantahan awal tersebut atau meneruskan dengan perbicaraan.Selain Mohamed Hanipa, Ustaz Hashim turut diwakili oleh Zulmi Sabri dan Aqbal Shiffudin Adnan Sallehuddin.Kamaluddin pula dibantu oleh Peguam Kanan Persekutuan, Rozi Bainon dan Wan Roslan Wan Ismail manakala Jega pula dibantu oleh A. Albert Antonie.Petisyen ini difailkan oleh oleh Ustaz Hashim untuk mengisytiharkan beliau sebagai pemenang dalam PRU pada 8 Mac lalu.Beliau yang bertanding mempertahankan kerusi Dun tersebut diisytiharkan kalah kepada Abdullah dengan majoriti 149 undi.Bagaimanapun berlaku kesilapan semasa mengisi nama calon pada borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi) yang mana Ustaz Hashim sepatutnya menang dengan majoriti 47 undi. -