Followers

Memaparkan catatan dengan label POLITIK MALAYSIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label POLITIK MALAYSIA. Papar semua catatan

Rabu, 24 Disember 2008

Senjata Lama Diguna Semula -Malaysiakini

Pas dicabar supaya membentangkan rang undang-undang hudud di negeri-negeri yang diperintah pakatan pembangkang sekiranya benar parti itu komited dalam melaksanakan hukum tersebut. Beberapa pemimpin UMNO ketika memberikan pendapat mereka berkata, jika Pas gagal membentangkannya khususnya di negeri Perak yang wakil parti itu menjadi Menteri Besar, ia membuktikan parti berkenaan hanya menggunakan isu agama untuk tujuan politik.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, soal hudud jelas sengaja dibangkitkan kembali atas keperluan Pas untuk berhadapan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu kerana pengundinya majoriti orang Melayu. Bagaimanapun, kata beliau, sekiranya kawasan itu tidak ramai pengundi Melayu, Pas bukan sahaja sunyi sepi dalam isu hudud, malah sanggup pula menyokong calon DAP yang terang-terang tidak mahu menerima dasar mereka.

''Ini menandakan bahawa pakatan pembangkang ada masalah. Kalau pengundi faham dilema yang ada, saya percaya mereka tidak akan mengundi pembangkang kerana mereka tidak konsisten.''Cara mereka, kalau di kawasan Melayu cakap lain di kawasan Cina cakap lain,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa baru-baru ini menegaskan bahawa pakatan pembangkang akan tetap melaksanakan hukum hudud sekiranya berpeluang memerintah di peringkat Pusat.Kenyataan Husam itu dikritik hebat oleh sekutu Pas dalam pakatan pembangkang khususnya DAP yang menolak keras perkara tersebut dan menyifatkan hudud tiada dalam manifesto pakatan pembangkang.Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Noh Omar berkata, kredibiliti Pas dalam menegakkan hukum hudud jelas boleh dipersoalkan kerana mereka tidak konsisten mengenai perkara itu.

Menurutnya, parti itu hanya mempolitikkan hukum Allah kerana bercakap mengenainya apabila ada keperluan. Beliau menambah, jika dilihat di negeri Selangor dan Perak yang pembangkang berkuasa, soal hudud langsung tidak menjadi agenda mereka. ''Bila nak pilihan raya kecil (Kuala Terengganu) yang majoriti kawasan Melayu, mulalah nyanyi lagu lama (hudud), tetapi bila tanya di Selangor atau Perak, dia kata matlamat untuk negeri kebajikan.

''Sebenarnya, macam mana Pas nak tegakkan hudud, kalau di Pulau Pinang pasal program tarian i-Dance itu pun mereka diminta tidak bersuara, ini kan pula hudud. ''Sebab itu, DAP cakap macam-macam pasal hudud, tetapi Exco agama pakatan pembangkang yang terdiri daripada orang Pas, senyap saja. Kalau betul mereka pejuang hudud, saya cabar Exco agama mereka letak jawatan,'' tegasnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Razali Ibrahim berkata, kenyataan terbaru Husam itu sebenarnya membenarkan dakwaan selama ini bahawa Pas menggunakan agama untuk tujuan politik.Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Johor berkata, ini dapat dilihat bagaimana masa pilihan raya umum lalu, isu hudud tidak kedengaran, tetapi untuk Kuala Terengganu ia dibuka semula kerana mereka tahu orang Islam amat sensitif dengan soal agama.

''Jadi, ini bukan cara berpolitik yang bertanggungjawab. Sebab itu, saya amat dukacita dengan cara ini yang menggunakan agama sebagai alat bagi mencapai kemenangan. ''Dari dulu lagi orang bercakap pasal ini, tetapi sekarang nampak lebih jelas kerana tiba-tiba sahaja ia dibangkitkan, tetapi lepas berakhir pilihan raya kecil ini, saya yakin hudud akan kembali senyap,'' jelasnya.
sentap pendekar : UMNO ni parti KUNO dan ketinggalan zaman.Bila bercakap nampak sangat kebebalan dan kebangangan pemimpinnya.Tindakan guna kepala lutut betul.Rujukler ulama sebelum bercakap.

Selasa, 26 Ogos 2008

MUNGKINKAH HAPPY ENDING BUAT PAKATAN RAKYAT ??

Penamaan calon sudah...tampal poster sudah...berkempen pun sudah...hari ini tiba masanya rakyat di Permatang Pauh menunaikan tanggungjawab mereka memilih pemimpin yang bakal menduduki kerusi Ahli Parlimen yang telah dilepaskan oleh penyandang sebelum ini, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail atas alasan memperkukuhkan perjuangan menjaga kebajikan rakyat. Permatang Pauh sebenarnya memiliki rentetan cerita penuh warna-warni, malah kedudukan kerusi Parlimen itu juga dua kali bertukar warna...daripada biru pekat (Barisan Nasional-BN) kepada biru cair (Parti Keadilan Rakyat-PKR) apabila bekas Ahli Parlimennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri atas dakwaan salah laku seks, bertindak menubuhkan Parti Keadilan Rakyat dan meletakkan isteri beliau, Wan Azizah mempertahankan kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum 1999.
Hari ini setelah 10 tahun meninggalkan kerusi Permatang Pauh... dituduh... dibicara... dipenjarakan - kemudian dilucutkan jawatan Ahli Parlimen: Anwar sekali lagi akan beradu nasib untuk mendapatkan kembali kerusi berkenaan yang sebelum ini berjaya dipertahankan oleh isteri tercinta. BN pula walaupun tiga percubaan untuk merampas Permatang Pauh sebelum ini gagal, namun parti komponen itu tidak pernah berputus asa - apatah lagi kali ini calon yang dipertaruhkan bukan calang-calang; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah - anak tempatan dan juga boleh dianggap orang lama dalam kancah politik Pulau Pinang. Bermula sejak hari penamaan calon 16 Ogos lalu, pelbagai insiden telah berlaku di Permatang Pauh yang boleh memberi gambaran betapa 'panasnya' pilihan raya kecil itu; kejadian dua jurugambar media tempatan dan asing dibelasah penyokong salah satu parti bertanding...insiden baju Puteri UMNO koyak...sehingga kepada peristiwa penemuan kotak yang disyaki ada bahan letupan, membuatkan ramai tertanya-tanya, adakah ini trend baru senario politik serta pilihan raya di Malaysia.
Malah pihak polis sendiri turut mengumumkan sebanyak 26 kertas siasatan telah dibuka berkaitan pelbagai laporan yang ada hubung kait dengan tindakan provokasi sepanjang sembilan hari tempoh berkempen. Jumlah itu merupakan satu rekod baru dalam catatan pilihan raya kecil di negara ini. Bagi penulis, kesemua insiden yang berlaku di Permatang Pauh tidak dapat dinafikan berpunca daripada keghairahan semua pihak untuk menguasai kerusi 'panas dan paling popular' itu. BN - dengan misi untuk memastikan percubaan kali keempat mereka berjaya, dan jika mampu mengambil alih tampuk kekuasaan di Permatang Pauh, ia secara tidak langsung memberi isyarat bahawa maruah Anwar berjaya dirobek dan mantan TPM itu hanya boleh bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6 seperti yang diimpikan selama ini. Manakala bagi Anwar pula; Permatang Pauh adalah segala-galanya - karier politik, kekebalan, maruah dan 1001 impian berlubuk di sana.
Beliau cuba bermati-matian untuk mendapatkan kembali kerusi Ahli Parlimen bagi memastikan survival politik biarpun dihambat tuduhan liwat terbaru dan juga sumpah laknat bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Anwar tiada pilihan, menang ataupun terpaksa merelakan impian yang diperjuangkan untuk menerajui pemerintahan negara menjadi debu. Dan kehadiran Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Hanafi Mamat sebagai calon ketiga, dilihat oleh ramai penganalisis politik tidak lebih daripada sekadar untuk pemecah undi. Biar apapun alasan...sehebat manapun kempen yang dijalankan...penentu undi terletak di tangan-tangan orang Permatang Pauh. Hanya mereka yang berhak untuk menentukan siapakah yang paling layak mewakili mereka nanti. Penulis tidak mahu menjadi hakim ataupun tukang ramal, parti manakah satu yang bakal menang pada pilihan raya hari ini. Biar pengundi Permatang Pauh dengan keizinan Ilahi sahaja yang menjawab segala kesudahannya - 'Happy ending' milik siapa?

Sabtu, 2 Ogos 2008

BILA SI PONDAN TAK PUAS HATI

PUTRAJAYA 1 Ogos - Barisan Nasional (BN) akan terus berusaha menawan kerusi Parlimen Permatang Pauh walaupun telah tiga kali tewas sejak 1999.Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pendirian itu adalah jelas apabila parti berjuang atas idealismenya.''Perang tetap perang, tak kiralah kali kedua, ketiga, keempat atau seterusnya kerana ia merupakan satu tuntutan yang telah diputuskan bila berpolitik.''Kami dalam Pemuda akan tetap berdepan dengan sesiapa sahaja jika pilihan raya kecil dilangsungkan di kerusi Parlimen Permatang Pauh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Perhimpunan Bulan Ogos Kementerian Pelajaran di sini, hari ini.Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan untuk bertanding di kawasan Parlimen Permatang Pauh yang dikosongkan oleh isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkuat kuasa serta-merta.Wan Azizah merupakan Ahli Parlimen kerusi itu sejak Pilihan Raya Umum 1999 iaitu selepas setahun Anwar dipecat daripada parti dan kerajaan.

Hishammuddin bagaimanapun berkata, beliau melihat tindak tanduk Anwar sejak pilihan raya umum lalu sehingga kini seolah-olah mahukan orang ramai melupakan kes liwat yang dihadapinya.''Kalau orang biasa bila buat laporan polis, mengharapkan polis menyiasatnya seperti biasa.''Pemuda sendiri mahu kes liwat yang melibatkan Anwar disiasat secara telus dan adil tanpa dicampuri oleh usaha untuk mengaburinya," katanya.

Sementara itu, Datuk Pirdaus Ismail, calon BN sebanyak dua kali bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh percaya calon pembangkang akan melalui cabaran sukar mengekalkan kerusi itu kerana orang Melayu Pulau Pinang semakin sedar dengan tindak tanduk kerajaan negeri yang banyak merugikan mereka.Mengakui calon BN juga akan menempuh laluan getir untuk merampas kembali kerusi itu, beliau berkata, isu pada pilihan raya kecil itu nanti berbeza berbanding pada pilihan raya umum lepas berikutan tindak tanduk kerajaan campuran pembangkang di negeri itu yang meragukan orang Melayu.

''Isu-isu seperti kenyataan kerajaan negeri pimpinan DAP yang mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB), penukaran status tanah kepada pegangan bebas, penghinaan ke atas Raja-Raja Melayu dan janji 100 hari yang belum tertunai menyedarkan pengundi Melayu tentang tindak tanduk mencurigakan pihak pembangkang.''Apatah lagi Anwar kini berdepan dengan dakwaan kes liwat. Saya bersetuju dengan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa secara realistiknya memang sukar bagi BN tetapi saya lihat perkara sama juga dihadapi Anwar kerana senario sudah berubah sekarang," katanya.

Firdaus ditanya peluang BN untuk merampas kembali kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandang oleh isteri Anwar yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sejak 1999.Wan Azizah menewaskan calon BN, Datuk Dr. Ibrahim Saad pada 1999 sebelum mengekalkan kerusi itu selama dua penggal lagi apabila menewaskan Pirdaus pada pilihan raya umum 2004 dan Mac lalu.Pirdaus turut menyatakan kesediaan menentang Anwar jika diarahkan.

Selasa, 22 Julai 2008

KENYATAANMU MELEGAKAN KAMI

Walaupun PAS tidak menolak kepentingan muzakarah dengan Umno demi kebaikan Islam dan survival orang Melayu, tetapi tidak benar sama sekali, ada rundingan ke arah 'perkongsian kuasa' dengan Umno/Barisan Nasional, kata ahli jawatankuasa PAS pusat, Mazlan Aliman.Sehubungan itu, beliau yang juga ketua penerangan PAS Johor dukacaita dengan pemberitaan media mengenai isu muzakaran PAS-Umno yang 'seolah-olah ada agenda memecahbelahkan perpaduan di kalangan pimpinan tertinggi PAS'.Menurutnya, isu tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa PAS pusat pada 8 Jun lalu dan mesyuarat khas pada 25 Jun, kedua-duanya di pejabat agung PAS di ibunegara.Dalam mesyuarat tersebut, katanya, keputusan yang dicapai ialah:
PAS kekal dan mendepani Pakatan Rakyat.

PAS proaktif dalam Pakatan Rakyat bagi memperjuangkan Islam.

PAS mesti proaktif di peringkat negeri yang menjadi kerajaan.

Kelab Penyokong PAS perlu dipertingkatkan.
PAS, katanya, tidak menolak kepentingan muzakarah dengan Umno, demi kebaikan Islam dan survival orang Melayu.Bagaimanapun, tegasnya, adalah tidak benar sama sekali, ada rundingan yang mempunyai kecenderungan 'perkongsian kuasa' dengan Umno/Barisan Nasional."Bahkan dokongan PAS menerusi mandat rakyat dalam pilihanraya umum lalu, untuk memperkukuhkan persefahaman dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat, tidak pernah berubah," tegasnya dalam satu kenyataan."Selaku ketua penerangan badan perhubungan PAS Johor, saya ingin memaklumkan keputusan mesyuarat PAS negeri Johor pada 20 Julai lalu, mempertegaskan komitmen yang sama."Bahkan konvensyen PAS Johor pada 3 Ogos ini yang akan dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang pasti menjadi medan perwakilan untuk membahaskan kerjasama dalam Pakatan Rakyat, sekaligus menolak sebarang rundingan politik dengan Umno."Saya menyokong kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa pimpinan PAS mesti bersatu untuk mengelak perpecahan daripada permainan golongan oportunis."Umno mesti selamatkan rumahtangga mereka dulu sebelum sibuk mencampuri urusan PAS!" tambahnya.

INGAT TAK KITA PADA MAJLIS TAHKIM ???


Tulang Besi
Saya membaca kenyataan Dewan Ulama berkaitan temuramah presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Harakahdaily.net (11 Julai 2008). Kami ahli-ahli PAS sememangnya sudah lama menunggu suara dari Dewan Ulama yang selama ini cukup senyap dan sunyi.Antara kandungan kenyataan tersebut adalah sokongan kepada usaha presiden untuk berjumpa dengan Umno bagi menyampaikan dakwah Islam. Saya bukan hendak kata apa, cumanya apakah lagi dakwah yang perlu kita sampaikan kepada Umno?Tidakkah Umno mempunyai barisan “ulama” lulusan universiti Islam dari seluruh dunia? Mungkinkah Umno tidak mengerti kewajiban melaksanakan syariat Islam secara menyeluruh? Saya rasa amatlah dangkal alasan yang mengatakan perjumpaan PAS dengan Umno adalah atas tujuan dakwah. Alasan ini jelas alasan dangkal dan tidak dapat diterima oleh akal yang matang. PAS sudahpun berdakwah kepada Umno sejak sebelum merdeka lagi. Sekiranya mereka mahu menerima dakwah PAS, nescaya sudah diterima oleh mereka lama dahulu.PAS bukan sahaja pernah berdakwah dengan Umno, PAS juga pernah bersama Umno dalam satu barisan dan mentarbiyyah Umno. Apa balasan Umno kepada PAS? Lepas manis madu hilang, habis sepah dibuang. Segala usaha dakwah PAS dibalas dengan kurang ajar dan kebiadapan yang amat tinggi.Adakah Dewan Ulama PAS begitu tidak peka sehingga tidak sedar bahawa seluruh ulama dalam Umno tidak dapat menghalang Abdullah Ahmad Badawi daripada mengangguhkan pelaksanaan Akta Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 2005 hanya kerana akta tersebut tidak disukai oleh anak Abdullah, Nori dan Sisters in Islam?Maklumat yang saya perolehi, Zainah Anwar amat takut akan kenaikan Anwar Ibrahim kerana beliau yakin penasihat PKR itu akan mengizinkan pelaksanaan syariat Islam berbanding Abdullah.Juga, adakah Dewan Ulama PAS begitu tidak sedar bahawa kalaupun Najib Razak menjadi perdana menteri, mahukah beliau melaksanakan syariat Islam memandangkan beliau sendiri tidak bebas daripada tuduhan skandal?Inilah sindrom “katak bawah tempurung” yang melanda PAS sehingga tidak sedar bahawa tindakan mereka akan menguntungkan Umno dan musuh Islam. Sikap Dewan Ulama PAS ini amat disukai oleh Umno dan musuh-musuh Islam di Malaysia kerana ia menguntungkan mereka.Dan kita harus bertanya, kenapa pula tiba-tiba Umno berminat untuk berjumpa dengan kita? Setelah mereka kalah terduduk dalam pilihanraya umum ke-12 baru-baru ini, barulah mereka terhegeh-hegeh untuk berjumpa dengan PAS.Selama ini, sewaktu mereka gagah perkasa dan sewaktu Umno dijulang ke langit, mengapa tidak mahu berjumpa dengan PAS? Mengapa PAS dinista, difitnah, dicaci, dimaki, dizalimi dan sebagainya.Saya kagum dengan kematangan Ahmad Awang apabila wakil Umno datang menawarkan kerajaan campuran kepada beliau. Beliau lantas menjawab, antara orang zalim dengan orang bukan Islam, lebih aula orang bukan Islam.Tetapi Dewan Ulama PAS buta akan fakta ini. Mereka lupa bahawa Umno bukan sahaja menolak Islam, tetapi Umno adalah parti yang zalim dan lagi menzalimi. Bagaimana mungkin PAS bekerja sama dengan Umno dan pada waktu yang sama harus berhadapan dengan doa beribu-ribu orang yang telah dizalimi Umno?Saya nampak Dewan Ulama PAS tidak nampak sasaran dakwah yang sebenar - yakni orang bukan Islam. Saya ingin bertanya kepada dewan itu, di mana modul untuk berdakwan kepada orang bukan Islam?Dewan Ulama senyap sunyi tentang bagaimana hendak menarik sokongan orang bukan Islam, sekurang-kurangnya menghilangkan ketakutan mereka terhadap Islam.Tiba-tiba boleh keluar dengan bangga menyokong usaha “dakwah” kepada Umno? Wahai Dewan Ulama, siapakah mad’u dakwah yang lebih aula sekarang? Orang bukan Islam yang semakin ramai mendekati PAS atau Umno yang sejak dahulu menentang dan menzalimi pejuang-pejuang Islam.Lupakah Dewan Ulama bahawa ada lebih kurang 60 orang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang tidak bersalah meringkuk dalam kem Kamunting hanya kerana mereka pernah berjihad di Afghanistan atau pernah menolong mangsa kezaliman Barat terhadap Islam?Lupakah Dewan Ulama, Umno yang telah menghapuskan sekolah agama rakyat, sedangkan orang bukan Islam di Malaysia tidak pernah menyentuh sekolah-sekolah agama ini?Sekiranya dapat kita hilangkan ketakutan orang bukan Islam kepada syariat Islam, jalan ke arah pelaksanaan syariat Islam di peringkat negeri-negeri terbuka luas seluas-luasnya. Tidak ada lagi batu penghalang kepada pelaksanaan syariat Islam.Suka saya ingatkan kepada Dewan Ulama, tiada gunanya kita berdakwah kepada orang-orang yang sudah sememangnya jauh daripada kita dan tidak pernah mahu berdampingan dengan kita.Mereka hanya mahu menggunakan PAS sebagai batu loncatan supaya mereka dapat berkuasa kembali. Apabila tercapai sahaja objektif mereka, kita akan disepak dan diterajang keluar dengan secepat mungkin.Dan perkara ini pernah berlaku kepada PAS satu masa dahulu. Tidakkah Dewan Ulama mengetahui akan hadis Nabi SAW yang menghalang umatnya dipatuk dua kali pada satu lubang?Saya sangat bersedih atas sikap tidak matang dan tidak pandang kehadapan yang ditunjukkan oleh Dewan Ulama PAS.Pada hemat saya, Islam tidak mengajar umatnya ditipu dan dipermain-mainkan musuh Islam hanya atas nama berdakwah. Kerana itulah, Nabi SAW - walaupun baginda pendakwah tersohor - baginda tidak pernah dapat ditipu oleh musuh-musuh Islam. Tidakkah ini satu sunnah Nabi yang sepatutnya menjadi ikutan kita?Semoga Allah memberikan Dewan Ulama PAS taufik dan hidayat-Nya bagi membolehkan mereka melihat ke jalan yang benar.
ulasan pendekar serkam terhadap komen tulang besi :
nampak sangat umno nie dah takda modal lagi. ingat tak kawan2 pada peristiwa peperangan siffin yang berlaku antara tentera muawiyah bin abi sufian dengan tentera saidina Ali R.A? dalam peperangan tersebut dikala tentera muawiyah bin abi sufian merasakan mereka bakal mengalami kekalahan, ada diantara mereka yang mengangkat lembing dan menggantung alquran diatas lembing-lembing dan tombak-tombak mereka menyebabkan tentera Saidina Ali terpaksa mengalah dan Tentera Muawiyah mencadangkan supaya diadakan Majlis Tahkim (muzakarah) dan ada diantara tentera saidina Ali yang tidak bersetuju dan akhirnya tentera saidina ali berpecah kepada dua satu kumpulan yang menyokong satu kumpulan yang tidak bersetuju bertindak keluar parti. semasa majlis muzakarah (tahkim) dijalankan, pihak muawiyah telah menggunakan tipu muslihat dengan membuat pelbagai tawaran seperti yang berlaku sekarang. akhirnya pihak muawiyah berjaya menjatuhkan khalifah Ali bin Abi Talib dan menjadi pemerintah bagi kerajaan yang baru.so sekarang nie apa komen korang pulak ???

Muzakarah saat mula kejatuhan PAS


Irwanis Johan
Atas kepentingan generasi berbilang kaum di tanah air, saya cuba mengulas isu pertemuan PAS-Umno supaya pemimpin-pemimpin yang tergila-gila dengan muzakarah (ibarat amok Tok Nading) melihat secara rasional dan profesional isu ini. Apa yang perlu pemimpin kedua-dua parti Melayu ini, sama ada muat atau tidaknya baju dan seluar yang hendak dipakai mengikut falsafah dan kandungan jiwa dan citarasa rakyat Malaysia terkini. Takut-takut muzakarah ini nanti menjadi mangsa jenama PAS dan Umno, kerana rakyat Malaysia kini hanya inginkan keadilan, bukannya fanatik sesuatu kaum dan parti.Kalau dilihat PAS, ideologi parti tersebut berteraskan Islam dan penghuninya Melayu. Manakala Umno berteraskan ideologi kebangsaan dan penghuninya juga Melayu. Paling dikhuatiri nanti keputusan terakhir pada muzakarah itu akan jadi begini, "nan bo ti nan, kui bo ti kui", "wal hasil balik asal" atau kawan-kawan saya di utara Semenanjung selalu sebut "padan muka hangpa, puas hati aku." Apa tidaknya, kerana dua pihak yang mewakili parti ini akan menjadi otak yang terlalu Melayu dan bukannya kenegaraan. Oleh itu ikutilah fakta dan data yang akan dibentang oleh penulis ini.Kemasukan PAS dalam Perikatan selepas peristiwa 13 Mei disebabkan betapa terdesaknya Melayu Umno memerlukan Melayu PAS. Akhirnya termetrinya perjanjian persefahaman pada ketika itu dan pemimpin PAS diberi sedikit kuota kabinet yang bertaraf menteri dan timbalan Menteri. Oleh kerana kependekaran sepak terajang Umno, PAS akhirnya seperti melukut di tepi gantang dan teresak-esak menangis di belakang tempayan angan-angan dan momokan Umno.Keputusannya Datuk Asri Muda pada pilihanraya berikutnya hilang kerajaan Kelantan yang diterajuinya dan akhirnya keluar daripada PAS. Jadi jika diberikan markah - PAS mendapat 0 dan Umno pula 2. Kenapa Umno mendapat dua markah - PAS hilang kerajaan, Asri sendiri keluar PAS. Sebab-sebabnya sila rujuk orang lama dalam PAS.Dalam era 1980-an, PAS kembali ke zaman kegemilangannya apabila peralihan kuasa daripada kepimpinan nasionalis Islam kepada kepimpinan ulama dan Umno bawah kelesuan pentadbiran Tun Hussein Onn digantikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Maka tikam-menikam dan fitnah-menfitnah mejadi alat pada kedua-dua parti. Maka lahirlah generasi perubahan - golongan profesional dan kelas menengah - yang pada sebelum ini hanya menjadi pengundi di saluran ketiga kini menjadi mastermind menyusun arah dan hala tuju rakyat ketika ini. Buktinya perpecahan Umno dan kewujudan kumpulan 11 yang akhirnya mencetuskan pengharaman Umno sedangkan PAS hanya menjadi minoriti pembangkang dan DAP menjadi kuasa majoriti pembangkang. Tatkala Melayu Umno bergaduh, Melayu PAS pula ibarat katak di bawah tempurung - berbincang hal kafir-mengkafir, lemparan hujah- hujah murahan daripada Umno, lalu dikupas dan diolah serta dijadikan modal oleh PAS. Maka terbitlah ketika itu 'Amanat Haji Hadi'. Jangan ketinggalan membacanya. Dari segi markahnya waktu ini, PAS (1) Umno (2). PAS mendapat 1 (kepimpinan ulama), Umno memperolehi dua (The Malay Dilema dan Umno Baru).Jika diamati, fahaman kebangsaaan memonopoli segalanya dalam aspek pemerintahan negara dan tidak mungkin atas kehebatan BN. Mungkin akan wujud pula parti seperti parti kebangsaan Cina atau parti kebangsaan India. Faktornya generasi sekarang hanya mementingkan kehidupan daripada memikirkan negara. Beginilah hasil pemerintahan BN apabila rakyat (Melayu) tidak ada patriotisme, budaya dan jiwa timur hilang sedikit demi sedikit di atas bumi yang dipijak dan langit juga yang selalu mendung.Hasilnya pada piliharaya umum pada 1990, PAS memperolehi kembali Kelantan, bukan atas tiket "perpaduan ummah" yang digembar- gemburkan tetapi atas slogan "kepimpinan ulama" dan ia hanya mampu menyelesaikan mimpi-mimpi orang Kelantan, dan tidak pada negeri-negeri lain di Semenanjung. Maka jika dikira markah, PAS mendapat 0.99 dan Umno pula 2 iaitu PAS mendapat Kelantan dan Umno memperolehi perpaduan baru Umno dan tersingkirnya terus musuh-musuh Dr Mahathir daripada parti.Jangan sekali-kali pembaca lupa bahawa isu muzakarah pernah terjadi pada era akhir 1970-an dan sebelumnya tragedi Memali (pertengahan 1980-an) semasa isu kafir-mengkafir tengah hangat diratah lumat oleh kepimpinan ulama PAS dalam era awal 1980-an. Untuk menarik undi popular kaum Cina, maka PAS mewujudkan Majlis Perundingan Cina (CCC). Pada masa yang sama kepimpinan PAS bertukar tangan kepada Fadzil Noor dan keluar pula Nakhaei Ahmad daripada PAS. Penulis hanya sekadar mengingati kesinambungan kepimpinan ulama dan kemasukkan Anwar Ibrahim dalam Umno sebagai memerangi kebangkitan Islam dalam PAS kerana popularnya peranan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dalam masyarakat Melayu ketika itu dan sebahagian besar ahli-ahli Abim mengikut jejak Anwar pada 1982.Hasilnya, bawah kepimpinan baru Umno dan PAS, isu muzakarah tidak kedengaran lagi. Hanya berkisar siapa lebih Islamik - Umno atau PAS? Jadi pengaruh kefahaman Islam mula menular di hati generasi muda apabila Umno terpaksa mengatasi PAS dengan program Islamnya sendiri.Apa tidaknya, jika sebut sahaja Islam, maka terpacullah penceramah PAS dengan sebutan Umno Islamiah sedangkan ideologinya masih fanatik nasionalis. Di sini markah untuk PAS (1) dan Umno (0). Mungkin gaya kepimpinan Fadzil sebagai presiden PAS ketika itu lebih menonjol dan pengaruh Abim dalam Umno mula mengambil tempat di posisi penting pentadbiran Umno dan agensi kerajaan. Adakah ini satu strategi mengislamkan Umno, siapalah tahu?Maka dalam era 1990-an, Umno mempunyai musuh dalam selimut kerana budaya Islam telah mula menular dan meresapi tubuh badan parti fanatik nasionalis ini, maka Dr Mahathir terpaksa mengadakan usaha memburukkan kehebatan Anwar sehingga tercetusnya peristiwa reformasi pada 1998. Dan pada piliharaya umum 1999, PAS dapat menawan Terengganu, meluaskan penguasaan PAS di beberapa negeri, di samping mengekalkan Kelantan.Ingin diingatkan, hasil kemenangan pilihanraya umum 1999, dalam satu persidangan tahunan PAS di Terengganu, PAS telah mengakui bahawa kemenangan menerajui Kelantan dan Terengganu atas faktor Anwar, bukti sejarah mengakui kebenarannya. Penulis ingin melanjutkan kegemilangan PAS dalam menerajui jiwa rakyat atas platform Barisan Alternatif tetapi kerana nafsu besar PAS dalam mengiakan negara Islam, DAP dan PAS mula tidak sehaluan. Ada cendekiawan beranggapan PAS terlalu gopoh mengetengahkan isu negara Islam dan jika tidak salah penulis, kepimpinan ulama PAS ketika itu diterajui oleh feudal bermentalkan Islam bawah Harun Taib dari Terengganu, maka tinggallah PAS, Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan PRM dalam pakatan BA. Bagi DAP, ia hanya boleh minum semeja dengan Keadilan dan PRM. Dalam keadaan anti kemuncak ini, yang menjunam adalah PAS. bKeadaan bertambah buruk apabila PAS pula kehilangan pakar politiknya yang terbaik iaitu Fadzil yang bersemadi pada 2002.Hala tuju PAS terumbang-ambing kerana tiada haluan politik yang teguh seperti yang ditonjolkan oleh Fadzil apabila penggantinya Abdul Hadi Awang tidak selincah Fadzil. Maka PAS tidak mendapat tempat di hati rakyat pada pilihanraya umum 2004. Hanya tinggal Kelantan sahaja - itu pun dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Jadi, markahnya PAS (0) dan Umno (1) - PAS hilang Fadzil, Umno (1) apabila BA berpecah.Kembalinya Anwar dalam kancah politik Malaysia setelah ditahan selama enam tahun mengembalikan kegemilangan arena politik Malaysia. Tiada Fadzil, tiada Dr Mahathir dan tiada Anwar, politik negara dikuasai oleh ahli-ahli politik yang suka terloncat-loncat.Balik-balik siapa lebih Islam dan siapa lebih kafir, dan Abdul Hadi bukanlah seorang ahli politik yang hebat - beliau lebih berkaliber sebagai pendakwah sepenuh masa. Tambahan lagi, semua penasihat utama beliau dari Terengganu, maka pemikiran Abdul Hadi lebih keterengganuan" berbanding sebagai presiden PAS. Mungkin PAS menafikannya, tetapi itulah hakikat yang berlaku. Akibat perangai "keterengganuan" Abdul Hadi, maka dunia politiknya sekadar berkeliaran sesama orang PAS Terengganu yang keras kepala. Peranan Anwar dalam mewarnakan kembali wajah politik Malaysia amat dinanti-nantikan oleh semua rakyat yang berbilang kaum. Kelincahan beliau melontar isu menyebabkan BN sendiri terkapai-kapai hendak menangkisnya. Rakyat sudah gian dalam gerakan pembaharuan (reformasi) dan senantiasa hendak membalas dendam terhadap BN, menanti saat masanya saja, disusuli pula perdana menteri kini Abdullah Ahmad Badawi selalu tidur dan silap dalam tindakan politiknya.Peluang ini memberi PAS, PKR dan DAP mengatur strategi untuk meletakkan calon-calonnya yang berpontensi dalam pilihanraya umum ke-12 bagi kerusi-kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang difikirkan akan memperolehi kemenangan. Perbincangan pakatan pembangkang hanya bertumpu untuk menaikkan tingkat sokongan rakyat terhadap pembangkang bukan ke arah pembentukan sebuah kerajaan baru atau "kerajaan dalam penantian". Cuma bagi PKR, PAS dan Umno perebutan pengundi dari kalangan pengundi Melayu masih belum dapat 100 peratus, hanya sekadar 35-42 peratus. Hujahnya, Melayu itu mudah lupa, ibarat kata Dr Mahathir. Bekas perdana menteri ini umpama hilang regu apabila ketiadaan Fadzil. Kepada Anwar, Dr Mahathir menganggap bekas timbalannya ini bukan tandingannya dalam pentas perdana politik Malaysia, begitu juga tanggapannya terhadap Abdul Hadi. Maka untuk menyelesaikan ketagihannya berpolitik, sasarannya berpindah kepada Abdullah dan kegilaan Dr Mahathir ini memberi sedikit keuntungan pada pakatan pembangkang.Akhirnya pada penghujung 2007, kebangkitan rakyat mula menampakkan hasil apabila muncul gerakan demonstrasi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), isu rakaman video perbualan VK Lingam dan demonstrasi Hindraf. Reaksi rakyat ditambah pula dengan konsep Islam hadhari keagungan Abdullah yang tercemar apabila gambar beliau memegang bahu pelakon Michelle Yeoh semasa program Piala Monson di Trengganu. Tidak cukup dengan itu, ditambah lagi isu skandal seks menteri MCA. Jadi keputusan pilihanraya umum lalu telah membuahkan hasil apabila Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur jatuh ke tangan pakatan pembangkang tetapi tidak menunjukkan sebarang perubahan di Terengganu? "Kenapa" menjadi satu gema persoalan yang perlu dijawab oleh PAS dan sehingga kini PAS tidak terjawab, kenapa?Ada orang memaklumkan pada penulis, perkara ini kena tanya sendiri pada feudal bermentalkan Islam dalam PAS Terengganu. Untuk makluman pembaca, statistik seorang pensyarah Universiti Sains Malaysia, dalam kajiannya, menunjukkan bahawa pada pilihanraya umum Mac lalu, peralihan pengundi Cina dan India kepada pembangkang begitu menonjol tetapi tidak berlaku perubahan pada pengundi Melayu. Ertinya pengundi Melayu tidak berubah, yang berubah hanyalah pengundi Cina dan India.Hasil kajian ini, penulis ingin memberikan peringatan kepada barisan kepimpinan PAS bahawa kebangkitan rakyat bukan atas gelombang PAS tetapi hasil cetusan politik Anwar dan kelemahan BN sendiri. Bukanlah kelemahan Umno tetapi tepatnya pada BN dan Umno sekali lagi tersepit di celah-celah tekanan kompenan BN, seperti kedudukan Umno dalam Perikatan selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969. Jadi nyata dan jelas di sini bahawa PAS senantiasa beruntung bersama gelombang ciptaan orang lain dan bukannya gelombangnya sendiri. Jelasnya di sini, PAS dan Umno adalah parti-parti ortodoks Melayu - ibarat batu lesung, menumbuk cili bersama belacan, yang menjadi mangsanya sang tekak yang menilai kesedapannya. Maksud saya, tekak itu suara rakyat, jadi PAS perlu melihat bahawa isu muzakarah adalah program lapuk untuk pemimpin lampau antara PAS dan Umno sedangkan rakyat sekarang menaiki kapal baru yang dinamakan "kebajikan" yang lebih besar untuk destinasi pilihanraya umum ke-13 nanti. Jika PAS hanya melayan pemikiran ahli politik ortodoksnya, jangan salahkan rakyat yang berbilang kaum menolaknya pada pilihanraya umum nanti. Jika isu muzakarah diteruskan, maka tunggu dan lihatlah kejatuhan PAS.

Selasa, 24 Jun 2008

Datuk Noraini Ahmad Memalukan Mahsiswa...

Sejak beberapa minggu yang lalu, saya sering mengikuti kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Sumber Manusia yang akan meninggalkan jawatan sebagai Ketua Puteri tidak berapa lama lagi.Ketua Puteri UMNO kedua selepas Datuk Azalina Othman ini saya dapati agak lemah dalam menyampaikan maklumat dan dilihat secara rambang sahaja membuat kenyataan.Sebelum ini ahli Parlimen Parit Sulong ini telah menegah kakitangan awam daripada membuat kerja sambilan kerana ia adalah bertentangan dengan perjanjian dengan JPA. Saya membuat teguran kepada beliau melalui blog ini agar lebih mengambil tindakan yang proaktif untuk berbincang dengan JPA agar kelonggoran diberikan kepada kakitangan awam ini kerana desakan ekonomi semakin mencengkam kehidupan mereka.
Beberapa hari selepas daripada itu, Datuk Noraini mengumumkan pula bahawa kakitangan awam boleh menjalankan kerja sambilan ataupun part time job setelah Menteri Sumber Manusia melonggarkan syarat tersebut, mungkin selepas mengadakan perbincangan dengan JPA.Yang terbaru, Datuk Noraini cuba merendahkan martabat mahasiswa dengan menyatakan bahawa terdapat graduan yang tidak mengetahui apa itu 'resume'. Saya bersetuju dengan tindakan beliau untuk mengadakan panduan untuk menyediakan resume dan ia adalah satu tindakan yang sangat baik walaupun sebenarnya jika kita menggunakan enjin pencarian google.com, kita akan bertemu dengan 243,000,000 laman yang menyediakan ruangan bagaimana untuk menyediakan resume ini.
Diharap mahasiswa dapat membuat komentar terhadap kenyataan Datuk Noraini ini sama ada mereka bersetuju ataupun tidak dengan kenyataan ini.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
http://minda-kembara.blogspot.com/24 Jun 2008, 9.33 pagi

------------------------------------------
Siswazah tak tahu ‘resume’ - Harian Metro Online
BATU PAHAT: Kurang pengetahuan menyediakan ‘resume’ ketika memohon pekerjaan dikenal pasti antara kelemahan utama menyebabkan siswazah gagal mendapat pekerjaan sesuai dengan kelayakan mereka.Malah lebih teruk lagi, ada di kalangan graduan di luar negara bukan saja tidak mengetahui maklumat yang perlu diisi, malah tidak mengetahui apa sebenarnya ‘resume’.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad, berkata beliau sendiri melalui pengalaman itu ketika bertemu beberapa graduan tahun akhir di sebuah universiti luar negara, beberapa tahun lalu.

“Ketika itu, saya bersama rakan dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berjumpa pelajar tahun akhir di luar negara dan kami mengadakan taklimat mengajar mereka bagaimana cara menyediakan ‘resume’.“Amat menyedihkan apabila kita tanya, ada antara mereka yang tidak memahami apa itu ‘resume’ dan inilah kelemahan yang harus kita atasi,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Terbuka dan Karnival Pekerjaan di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), di sini, semalam.Sehubungan itu, Noraini berkata, panduan mengenai cara penyediaan ‘resume’ yang betul menjadi keutamaan pihaknya dalam setiap karnival pekerjaan yang diadakan di seluruh negara.“Selain itu, kita mahu pencari pekerja lebih banyak membaca akhbar untuk menambah ilmu pengetahuan am mereka kerana pernah juga berlaku, ada yang tidak tahu nama pemimpin negara ketika ditanya penemuduga,” katanya."

Mufti Perlis Bakal Join Parti Politik

Oleh ZIEMAN

KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyambut baik saranan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat agar beliau memasuki parti politik jika ingin melaksanakan kebaikan serta mencegah kemungkaran."Saya ucapkan terima kasih di atas pandangan Dato' Nik Aziz. Saya lihatnya dari sudut positif cuma kedudukan saya sebagai Mufti, rasanya tidak sesuai. Lagipun saya belum bersedia," kata Dr Asri.

Menurut Nik Aziz, seseorang yang ingin melaksanakan Islam hendaklah memiliki kuasa yakni kerajaan sebagai platform bagi memastikan Islam itu diterjemahkan ke dalam kehidupan. Katanya jika kita mahu melihat Islam berdaulat, maka hendaklah memiliki kerajaan yakni ianya melibatkan parti. Nik Aziz membuat saranan pada Dr Asri dalam satu sidang media perasmian Pusat Gadaian Islam Ar-Rahn di cawangan Jalan Raja Laut Kuala Lumpur hari ini.
Jelas Nik Aziz lagi, sekiranya mana-mana pihak hendak menganjurkan sesuatu tetapi tidak memiliki sebarang kuasa, ianya tidak berguna atau tidak berkesan seumpama omongan kosong.
"Harapnya Mufti Perlis dapat mempertimbangkan untuk memasuki mana-mana parti walaupun pegawai kerajaan di Malaysia ini tidak dibenarkan untuk melibatkan diri dengan mana-mana parti," kata Nik Aziz ketika diminta mengulas kenyataan Dr Asri yang tidak mahu memasuki mana-mana parti semalam.

Dr Asri pula berpendapat, dia sudahpun memasuki daerah politik."Sebenarnya saya sudahpun masuk daerah atau sempadan politik bila saya memberi pandangan tentang isu-isu politik. Tapi saya belum dan tidak menyertai mana-mana politik. Begitu juga halnya bila saya menyentuh hal berkaitan seni, tidak semestinya saya menjadi artis," jelasnya."Bukan semua orang ada kemampuan jadi ahli politik seperti saya. Mungkin selepas ini saya akan beri pertimbangkan dan beri perhatian serius saranan Nik Aziz," katanya.Namun kata Dr Asri lagi, apa yang disuarakan oleh Nik Aziz itu pada sudut-sudut tertentu ada benarnya.

"Pandangannya betul tapi masanya bukan sekarang kerana saya belum ada cukup kemampuan. Saya perlukan kekuatan politik yang 'luar biasa' bukan sekadar jadi orang pinggiran. Untuk jadi 'gergasi politik' saya perlukan cukup peralatan yang mana saya belum berkemampuan," katanya.Walaubagaimanapun, kata Dr Asri, tidak mustahil hatinya akan berubah satu hari nanti.
"Tidak mustahil saya akan pertimbangkan satu hari nanti bila masa dan keadaan sudah berubah. Segalanya mungkin. Tapi di hari ini, perkara ini (masuk mana-mana parti) belum terlintas lagi dalam fikiran saya," katanya.

Isnin, 23 Jun 2008

BLOG CHE DET KENA BLOCK

Blog rasmi Tun Dr Mahathir Mohamad digantung oleh penyedia khidmat memblog Blogger.com sejak tiga hari lalu sehingga mantan perdana menteri gagal mengemaskinikannya. Blog Chedet.com - 'che det' adalah nama gelaran dan nama pena Dr Mahathir - digantung dengan alasan ia dianggap sebagai "dicurigai blog spam".Blog itu gagal dikemaskini sejak 19 Jun yang memuatkan artikel terakhirnya 'RapidKL: Answers to questions and SAPP'. Komentar pengunjung di akhir artikel tersebut gagal diluluskan oleh Blogger.com.Dalam notis kepada pengunjung yang dimuatkan di Chedet.com jam 11:09 malam ini, walaupun sudah beberapa kali usaha menghubungi Blogger.com dibuat, penyedia khidmat tersebut masih lagi "mengunci" Chedet.com.Penyedia khidmat itu akan mengunci sesebuah blog yang dibantah oleh pengunjungnya sehingga "bahan-bahan yang dipertikaikan" itu dibuang atau setelah disiasat sendiri olehnya tidak seperti bantahan.Blogger.com menyediakan khidmat tersebut di butang sebelah penjuru kiri atas, atau dikenali "butang bendera", bagi bahan-bahan yang dianggap "berpotensi dipertikaikan" kerana dianggap "melanggar undang-undang atau ofensif" kepada pembaca lain.Blog "spam" dianggap kegiatan yang tidak mengikut undang-undang.Tidak jelas kenapa blog tersebut mengalami masalah ini, tetapi artikelnya berhubung isu perkauman dipercayai mendorong pengunjung menekan butang bendera itu berulang kali - sehingga dianggap Blogger.com sebagai blog yang "tidak disenaraikan" dalam perkhidmatannya dan oleh itu tidak dibenarkan dikemaskini.Menurut Chedet.com lagi, blog popular itu akan dipindahkan kepada penyedia khidmat blog yang lain, antaranya yang sedang diusahakan MoveableType.com.Tinjauan Malaysiakini selepas tengah malam ini menunjukkan usaha memindahkan blog itu masih belum berhasil sepenuhnya dan pengunjung mengalami kesulitan untuk memuatturun artikel Dr Mahathir.Dalam artikel terakhir yang dimuatkan selepas percubaan memindahkan blog tersebut, Dr Mahathir mengulas usul undi tidak percaya kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dijangka akan dikemukakan di Dewan Rakyat esok. "Usul undi tidak percaya yang dibawa oleh Parti Maju Sabah (SAPP) tidak akan menumbangkan kerajaan Datuk Abdullah kalaupun barisan pembangkang memberikan sokongan di belakang SAPP," katanya dalam 'The chorus line' yang dimuatkan jam 11:15 malam ini.Malah, tambahnya, pemimpin dan ahli Umno yang berjumlah kira-kira 3.5 juta orang juga tidak akan berjaya menjatuhkan Abdullah yang dikelilingi oleh anggota kabinet dan ketua-ketua bahagian Umno dan sentiasa melaung-laungkan puji-pujian kepadanya."Kejayaan mereka (ahli Umno) sangat bergantung kepada penyokong yang tidak menjadi ahli. Datuk Seri Abdullah tidak boleh memberi rasuah atau mengugut mereka (bukan ahli). Mereka tidak boleh dipanggil untuk diarah menyokong calon-calon BN atau dirinya sendiri," kata Dr Mahathir lagi.Tambahnya, walaupun anggota-anggota Majlis Tertinggi Umno dan ketua-ketua bahagian menunjukkan sokongan kepada Abdullah, ahli-ahli parti yang lain makin meluat terhadapnya. "Mereka akan bertekad untuk tidak lagi memangkah Umno atau BN," katanya.Dalam keadaan tanpa pilihan, hujahnya lagi, mereka ini akan meninggalkan parti-parti itu dalam pilihanraya umum akan datang seperti ditunjukkan dalam pilihanraya 8 Mac lalu."Umno akan kalah dan kalah seteruk-teruknya," kata bekas presiden Umno. "Datuk Seri Abdullah boleh menyalahkan pengundi mensabotaj tetapi kerana Umno dan BN enggan mempedulikan rasa meluat pengundi pada (pilihanraya) 2008, satu-satunya pilihan yang mereka (pengundi) ada untuk membuang Datuk Seri Abdullah hanyalah melalui cara memusnahkan (sokongan) Umno dan BN."

Rabu, 18 Jun 2008

UNDI TAK PERCAYA PADA KEPIMPINAN PAKLAH






KOTA KINABALU: Dua Ahli Parlimen mewakili Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini mengumumkan akan menyokong usul undi tidak percaya kepada kepemimpinan Perdana Menteri, di Dewan Rakyat, Isnin ini. Mereka ialah Ahli Parlimen Tawau, Datuk Chua Soon Bui dan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric E Majimbun yang menang tiket Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum, baru-baru ini. Pengumuman itu dibuat oleh Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee.

MAHKAMAH MENJATUHKAN HUKUM ..

KANGAR, 18 Jun (Hrkh) - Mahkamah Pilihan Raya hari ini memutuskan kerusi Dun N.15 Sanglang dikosongkan berikutan petisyen yang dikemukakan Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin.Bagaimanapun, semua keputusan sama ada Ustaz Hashim diisytiharkan sebagai pemenang atau diadakan pilihan raya semula dipulangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Hakim Pilihan Raya, Dato' Zainal Adzam Abdul Ghani semasa membaca penghakimannya memutuskan kemenangan calon BN, Abdullah Hassan dibatalkan berdasarkan tuntutan pertama di dalam petisyen berkenaan. Namun begitu, bagi tuntutan kedua iaitu mengisytiharkan Ustaz Hashim sebagai pemenang, beliau memutuskan bahawa mahkamah tidak mempunyai kuasa berdasarkan Seksyen 35C dalam AKta Kesalahan Pilihan raya 1954 yang telah dimansuhkan pada tahun 2003. Petisyen ini dikemukakan oleh Ustaz Hahsim selaku calon PAS yang bertanding mempertahankan kerusi Dun tersebut tetapi diisytiharkan kalah kepada calon BN, Abdullah Hassan dengan majoriti 149 undi. Bagaimanapun berlaku kesilapan semasa mengisi nama calon pada borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi) yang mana Ustaz Hashim sepatutnya menang dengan majoriti 47 undi. Ustaz Hashim menamakan Pegawai Pengurus Pilihan raya Parlimen Arau, Mohd Daud Abdul Hamid, SPR dan Abdullah sebagai responden. Ustaz Hashim diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin, Zulmi Sabri dan Aqbal Shiffudin Adnan Sallehuddin. Abdullah pula diwakili K. Jegathesan dan Albert Antoni. Manakala Mohd Daud dan SPR di wakili Dato' Kamaluddin Md Said, Rozi Bainon dan Wan Roslan Wan Ismail.

BERSEDIA HADAPI SEBARANG KEMUNGKINAN

KANGAR, 18 Jun (Hrkh) - PAS Perlis bersedia menerima sebarang keputusan berkaitan petisyen N.15 Sanglang yang akan dibuat oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan mahkamah pilihan raya hari ini yang memulangkankan kepada SPR untuk memutuskan sama ada beliau diisytiharkan sebagai pemenang atau diadakan pilihan raya semula. Hakim Pilihan Raya, Dato' Zainal Adzam Abdul Ghani hari ini memutuskan kemenangan calon BN dalam pilihan raya umum (PRU) lalu dibatalkan dan keputusan selanjutnya dibuat oleh SPR. "Jika ditakdirkan diadakan pilihan raya semula, kita tetap akan bersedia," kata Ustaz Hashim. Bagaimanapun katanya, mengikut mahkamah keputusan PRU lepas calon BN dikira kalah dan kini Dun Sanglang tidak mempunyai wakil rakyat. "Kita jangka bila diisytihar satu kalah mesti ada satu yg menang. Ini menimbulkan sikit tanda tanya berhubung keputusan ini. "Apapun terpulang kepada SPR untuk isytihar menang atau pilihan raya semula. Kita minta untuk satu kebaikan kerana yang dulu pilihan raya dijalankan secara sah cuma silap umum keputusan di mana pengundi mahu calon PAS diisytihar menang dan tiada pilihan raya semual diadakan," ujarnya ketika ditemui pemberita di hadapan mahkamah pagi tadi. Mengulas lanjut, beliau menjelaskan pilihan raya kecil hanya diadakan sekiranya mahkamah mengisytiharkan PRU yang lalu tidak sah. "Pilihan raya lalu adalah sah dan harapan kami SPR yang diberi kuasa untuk menentukan sama ada boleh digazetkan PAS menang dan tak perlu pilihan raya semula. "Jadi kita minta tak perlu pilihan raya semula dan terus saja isytihar calon PAS menang. Apapun kita akan membuat rayuan ke mahkamah persekutuan dalam hal ini untuk memohon disiytiharkan kemenangan," jelasnya. Bagaimanapun katanya, sekiranya usaha ini gagal dan terpaksa menghadapi pilihan raya semula maka segala keputusan akan dirujuk terlebih dahulu kepada Jawatankuasa PAS Pusat. "Terpulang kepada Jawatankuasa PAS Pusat sama ada memasuki pilihan raya semula atau kemungkinan kita memboikotnya. Boikot inipun kerana prinsip nak tegakkan kebenaran bukan soal siapa menang atau kalah kerana jelas PAS menang tetapi diisytiharkan kalah. Terpulang kepada pimpinan PAS Pusat," katanya lagi.
Ditanya siapakah calon yang bakal diketengahkan sekiranya PAS memasuki pilihan raya semula, Ustaz Hashim berkata kemungkinan besar beliau sendiri yang akan bertanding.
"Jika ditakdirkan masuk pilihan raya semula kita akan sedia. Calon tak boleh tentu lagi tapi kehendak rakyat berdasarkan mesyuarat yang diadakan semalam masih mahukan saya. Bukan saya yang minta tapi bergantung kepada keputusan pimpinan," jelasnya lagi

Selasa, 10 Jun 2008

SELAMAT PULANG YAB TUAN GURU

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi. Beliau tiba jam 9 malam bersama isteri, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, anak-anak serta menantu selain diiringi 20 anggota rombongan termasuk pegawai pejabat Menteri Besar Kelantan. Menurut Setiausaha Sulitnya, Nik Azlan Abdul Hadi keadaan kesihatan Menteri Besar Kelantan begitu baik dan beliau kelihatan lebih ceria berbanding sebelum bertolak ke Makkah, 26 Mei lalu.

"Tok Guru nampak lebih sihat dan ceria daripada masa sebelum beliau bertolak ke Makkah dua minggu lepas," ujarnya ketika ditemui di Bilik Rehat VIP KLIA. Nik Azlan juga berkata, Tuan Guru Nik Aziz akan memulakan semula tugas Khamis ini memandangkan beban tugasan yang ditinggalkan sepanjang peninggalan beliau agak banyak. "Beliau juga menyampaikan ucapan penghargaan di atas doa semua pihak sehingga Menteri Besar selamat pulang ke tanah air," katanya. Sebaik selesai menunaikan solat dan berehat seketika, beliau beserta rombongan berlepas pulang ke Kota Bharu dengan penerbangan pada jam 10.40 malam tadi. Sementara itu, di KOTA BHARU, Salmah Mat Husain melaporkan hampir 500 rakyat Kelantan dan pemimpin kerajaan negeri serta pegawai menyambut kepulangan Menteri Besar di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Rombongannya tiba kira-kira jam 11.30 malam. Orang ramai yang hadir berebut-rebut untuk bersalam dengan pemimpin kesayangan mereka. Tuan Guru Nik Abdul Aziz kelihatan ceria dan sempat bersalam dengan orang ramai yang menunggunya sejak awal lagi. Turut kelihatan isterinya, Datin Tuan Sabariah dan anggota rombongan lain. Manakala kira-kira jam 11 pagi tadi beliau menziarahi timbalannya, Datuk Ahmad Yakob yang sedang bercuti sakit akibat serangan jantung baru-baru ini di rumahnya di Alor Pasir, Wakaf Bharu, Tumpat. -

Kenapa tidak potong 50 peratus elaun menteri?

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Hrkh) - Penasihat DAP Lim Kit Siang merasa hairan dan sangsi dengan tindakan kerajaan yang memotong 10 peratus elaun keraian menteri dan timbalan menteri kabinet yang diumumkan oleh Perdana Mneteri Dato' Seri Abdullah Badawi semalam.
"Kerajaan boleh menaikkan harga minyak daripada 41 sehingga 63 peratus tetapi hanya potong 10 peratus elauan keraian, kenapa tidak 50 peratus? "Bagaimana dengan elaun-elaun lain termasuk tip elaun yang melibatkan ratusan ringgit setiap hari yang mana menteri dan timbalan menteri memperolehinya?," katanya dalam satu kenyataan media.
Menurut laporan elaun keraian bulanan ketika ini bagi Perdana Menteri ialah RM18,865, Timbalan Perdana Menteri (RM15,015), menteri (RM12,320) dan timbalan menteri (RM6,000).

Kit Siang menyatakan sepatutnya sejak dari awal lagi elaun menteri kabinet dan timbalan menteri didedahkan kepada umumkan bukan sahaja sebagai tanda serta contoh kepimpinan dalam soal ketelusan dan atas dasar bertanggungjawab dan menunjukkan ianya kerajaan berwibawa sebaliknya untuk membuktikan mereka juga turut merasai keprihatin yang dialami oleh rakyat disebabkan ketidakwajaran kenaikan harga bahan bakar baru-baru ini. Katanya lagi kenyataan Abdullah itu dilihat bukanlah ' yang pertama dan terakhir ' kerana pelbagai pengumuman yang bakal dibuat kerajaan bagi 'memujuk' setelah rakyat merasa marah dan 'memberontak' akibat kenaikan harga minyak ini.

"Kemarahan rakyat adalah disebabkan kelemahan kerajaan yang tidak bersedia menghentikan pembaziran wang rakyat serta tidak bertanggunjawab termasuk yang melibatkan skandal mega berbillion ringgit oleh Petronas, bail out RM4.6 billion dalam kes Port Klang Free Zone (PKFZ) "Malah rakyat kecewa dan marah kerana kabinet tidak belajar daripada 'tsunami politik 8 Mac' lalu untuk menjadikannya kerajaan yang lebih prihatin, adil dan pentadbiran yang mesra rakyat.," katanya

Jumaat, 6 Jun 2008

MINYAK NAIK.. NAIK MINYAK LAH ..

Saidah Hairan
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh) - Ekoran kenaikan harga petrol dan diesel yang mendadak hingga meninggalkan kesan kritikal terhadap rakyat terutama golongan pendapatan sederhana dan rendah, Pemuda PAS Pusat akan menganjurkan demonstrasi besar-besaran membantah kenaikan harga tersebut.

Ketua Pemudanya, Salahuddin Ayub berkata, rakyat seluruh negara perlu membuktikan bantahan tersebut dengan menghadiri demonstrasi yang akan diadakan minggu depan di Kuala Lumpur. Menurut beliau, penindasan terbaru kerajaan BN itu mesti dibantah oleh seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Beliau yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian menyelar sikap Perdana Menteri yang mengingatkan rakyat supaya jangan berdemonstrasi kerana kerajaan tetap memberi subsidi minyak sebanyak 0.30 sen. "Apakah PM tidak sedar himpitan hidup rakyat boleh menyebabkan mereka melakukan apa saja dan tidak mustahil kadar jenayah akan meningkat seperti kes kecurian, ragut, rasuah dan sebagainya," tegas beliau.
Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat seluruh negara khususnya pemuda supaya menyertai demonstrasi aman yang akan diadakan di Kuala Lumpur minggu depan. "Saya akan mengumumkan tempat yang sesuai untuk mengadakan demonstrasi dalam sidang media, Sabtu ini," katanya

KUBU BN SERKAM DARAT BOCOR

Oleh : abuya

Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Jasin terus subur dan mendapat kepercayaan rakyat apabila berjaya membuka satu lagi cawangan baru di Kampung Serkam Darat.Majlis ringkas penyerahan borang keahlian seramai 80 orang itu telah disempurnakan oleh Ketua Penaja PKR Cawangan Sdr Jamil Bin Ani kepada YB Nik Nazmi Bin Nik Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia yang juga setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor .Biarpun hujan turun dengan lebatnya pada malam itu namun tidak sedikit pun mematahkan semangat para hadirin untuk mendengar ucapan dan kupasan isu isu terkini dari para penceramah..Ketua Penaja PKR Cawangan Serkam Darat Sdr Jamil melahirkan rasa kesyukuran diatas kejayaan menubuhkan cawangan tersebut. Beliau yang juga aktivis parti telah merancang beberapa program khususnya yang melibatkan masyarakat India kerana sebahagian besar ahli yang mendaftar ialah dari kaum tersebut.“saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kawan –kawan dari PAS yang banyak membantu dalam semua perkara. Mudah mudah dengan ada cawangan PKR ini akan menjadi penghubung antara bukan islam dengan PAS dan menguatkan lagi Pakatan Rakyat diperingkat DUN Serkam khususnya”. tegas beliau.


Seorang ahli baru PKR Encik Kurupiyah a/l Munusamy bercadang membawa kaum India yang menganggotai Parti Peadilan Rakyat ini melawat negeri –negeri yang telah diperintah Pakatan Rakyat agar mereka didedahkan dengan cara kerajaan PR memerintah. Beliau yang juga ahli Kelab Penyokong PAS begitu teruja dengan pengalaman ketika melawat Negeri Kelantan baru –baru ini.Turut hadir dalam program pada malam itu Timbalan PKR Jasin Tuan Haji Manan, Setiausaha Bahagian Puan Mahani dan juga Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka , Ustaz kamarudin Bin Haji Sedek.

GERAKAN MELAKA BERGEGAU

Zaili Muhammad
Thu | Jun 05, 08 | 3:06:05 pm MYT

MELAKA, 5 Jun (Hrkh) - Kemelut kepimpinan Parti Gerakan Rakyat Malaysia Melaka (PGRM), yang telah lama bergolak semakin hampir ke kemuncaknya apabila lebih separuh dari ketua bahagian akan meletakkan jawatan daripada parti dalam masa terdekat.Terdahulu, pada 30 Mei lalu Naib Pengerusi PGRM Melaka, Mohd Abbass Abdullah yang juga merangkap Pengerusi Cawangan PGRM Pengkalan Batu bersama 60 orang ahlinya mengisytiharkan keluar parti dan seterusnya membubarkan cawangan tersebut.Semalam pula, Pengerusi Cawangan PGRM Krubong, Wong Foh Lim melakukan tindakan yang serupa dengan mengumumkan perletakan jawatannya sebagai pengerusi cawangan itu berkuat kuasa 22 Mei lalu.

Menurut sumber yang dipercayai, perpecahan dalaman itu berlaku disebabkan beberapa pimpinan dan ahli PGRM Melaka tidak berpuas hati dengan kepimpinan Pengerusi PGRM Melaka, Ng Lip Yong serta Setiausaha PGRM Melaka, Goh Sin Look, yang didakwa mengamalkan dasar 'pecah perintah' tanpa menghiraukan pandangan ahli lain.

Tindakan itu mewujudkan jurang yang luas di antara pimpinan dan ahli serta menyebabkan parti berpecah kepada beberapa puak seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum lalu, di mana PGRM gagal mempertahankan kerusi Dun Bachang kerana Ng meletakan calon yang kurang popular dari kalangan kroninya walaupun dibantah ahli lain, dakwa sumber tersebut.
Wong juga mencadangkan bahawa pemimpin yang ada supaya berundur dan digantikan dengan pemimpin yang lain bagi menyatukan kembali PGRM negeri serta sekali gus menyelamatkan parti daripada hancur.

Ng yang dipinjamkan daripada pusat didakwa banyak melakukan tindakan yang hanya mementingkan diri dan kroninya sahaja serta melakukan diskriminasi terhadap ahli yang tidak sehaluan dengan beliau, ini menyebabkan 'orang lama' pimpinan dan ahli PGRM yang merupakan anak jati Melaka berasa dipinggirkan

Khamis, 5 Jun 2008

Terima kasih rakyat Malaysia

KOTA BHARU, 4 Jun (Hrkh) - Terima kasih rakyat Malaysia yang memberi kuasa kepada Barisan Nasional (BN) untuk bertakhta semula pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.Hari ini BN membalas budi baik itu dengan menaikkan harga petrol sebanyak 41 peratus. Kerajaan telah menunaikan janjinya dan terimalah pengundi BN dengan dada terbuka.Pengerusi Perhubungan KeADIlan Kelantan, Haji Abdul Aziz Kadir berkata, kerajaan BN benar-benar sudah membalas budi rakyat Malaysia dengan kenaikan bebanan hidup yang semakin mendesak sekarang.

"Inilah hadiah istimewa kepada mereka yang mengundi BN pada pilihan raya umum lalu. Kerajaan membalas pengorbanan rakyat dengan menghumbankan mereka ke kancah kehidupan yang lebih teruk."Tidak pernah berlaku dalam sejarah tamadun Malaysia begitu teruk pengurusan negara di bawah Perdana Menteri yang hanya diselamatkan oleh wakil-wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak pada pilihan raya umum lalu," katanya di sini.Petang tadi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen iaitu daripada RM1.92 kepada RM2.70. Ini bermakna kenaikan sebanyak 41 peratus.Manakala harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58, naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter.

Kenaikan harga bahan api itu akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.Sejak awal 2004, Abdullah sudah tujuh kali menaikkan harga petroleum dan ia ternyata berjaya mencecah rekod Perdana Menteri sebelum ini.Kenaikan harga itu merupakan sebahagian langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini.Abdul Aziz yang juga anggota Parlimen Ketereh berkata, kerajaan BN cuba memujuk rakyat dengan membandingkan harga minyak dengan negara-negara lain di Asia Tenggara."Kerajaan sebenarnya cuba memperbodohkan rakyat dengan statistik seperti itu, sedangkan negara terbabit bukan pengeluar minyak seperti Malaysia."Lagi pun kos hidup rakyat di negara berkenaan seperti Thailand jauh lebih rendah berbanding di negara ini," ujarnya.Oleh itu beliau percaya masa untuk kejatuhan Perdana Menteri yang begitu lemah sudah tiba dan rakyat perlu bergerak seiring dengan Pakatan Rakyat bagi mengembalikan semula negara ke landasan yang betul.Sementara itu, orang ramai mulai berpusu-pusu ke stesen-stesen minyak di sekitar bandar ini sebelum kenaikan 78 sen berkuatkuasa tengah malam ini.hkan terus pemberian subsidi pada masa depan

TAHNIAH PADA KERAJAAN BEE ND

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Hrkh) - Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikkan harga petrol sebanyak 78 sen - satu pertambahan besar dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70.Manakala harga minyak diesel pula naik kepada RM2.50 - naik 92 sen berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter.Menurut laporan Malaysiakini, kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 58.2 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini.Kerajaan juga mengumumkan pemberian rebet kepada pengguna kenderaan.Mengikut skim tersebut tersebut, kenderaan di bawah 2000cc akan menerima RM625 setahun - rebat bagi 800 liter di bawah harga baru.

Pemilik motosikal pula akan diberi rebet RM120. Bayaran akan dibuat melalui wang pos.Difahamkan rebet tersebut akan dibayar apabila pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka.Kerajaan dijangka menjimatkan RM4 bilion di bawah penstrukturan semula skim subsidi tersebut.Jika harga petrol dijual mengikut harga penuh pasaran, ia boleh mencecah setinggi hampir RM4 seliter - naik 100 peratus.Bagaimanapun, kerajaan dijangka menuju ke arah memansuhkan terus pemberian subsidi pada masa depan

RESPONDAN MENGIGAU SALAH UMUM KEPUTUSAN

KANGAR, 4 Jun (Hrkh) - Mahkamah pilihan raya yang bersidang di sini hari ini menyaksikan peguam yang mewakili responden ketiga (Calon BN, Abdullah Hassan) turut mengakui berlakunya kesilapan dalam keputusan pilihan raya umum (PRU) 8 Mac lalu yang mengakibatkan calon PAS, Ustaz Hashim Jasin tidak diisytharkan sebagai pemenang.

Jega Karuppiah yang mewakili Abdullah berkata demikian di hadapan hakim pilihan raya, Dato' Zainal Adzam Abdul Ghani yang mendengar kes petisyen pilihan raya Dun N.15 Sanglang.
Minggu lalu, Timbalan Ketua Bahagian Guaman Jabatan Peguam Negara, Dato' Kamaluddin Md Said yang mewakili Mohammad Daud Abdul Hamid (Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Arau) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selaku responden pertama dan kedua membuat pengakuan yang sama berkaitan kesilapan tersebut.Mahkamah yang bersidang minggu lalu mendengar penghujahan tentang bantahan awal yang dikemukakan Abdullah ke atas petisyen tersebut.Petisyen ini difailkan oleh oleh Ustaz Hashim untuk mengisytiharkan beliau sebagai pemenang dalam PRU pada 8 Mac lalu. Beliau yang bertanding mempertahankan kerusi Dun tersebut diisytiharkan kalah kepada Abdullah dengan majoriti 149 undi.Bagaimanapun berlaku kesilapan semasa mengisi nama calon pada borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi) yang mana Ustaz Hashim sepatutnya menang dengan majoriti 47 undi.Hari ini Zainal Adzam sepatutnya memberikan keputusan berkaitan bantahan awal berkenaan. Bagaimanapun setelah pengakuan yang dibuat tentang kesilapan yang berlaku, maka beliau menetapkan esok untuk mendengar penghujahan sama ada mahkamah boleh memerintahkan Ustaz Hashim diisyhtiharkan sebagai pemenang atau diadakan pilihan raya semula.Menurut Mohamed Hanipa Maidin, peguam yang mewakili Ustaz Hashim, dalam kes ini sekiranya diadakan pilihan raya semula maka berlakunya ketidakadilan terutamanya kepada para pengundi yang telah memilih Ustaz Hashim dalam PRU yang lalu."Kita akan mengemukakan penghujahan esok dan berdasarkan kuasa yang sedia ada pada mahkamah untuk memberikan keadilan, maka sewajarnya Ustaz Hashim perlu diisytiharkan sebagai pemenang,"katanya