Followers

Memaparkan catatan dengan label MELAKA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MELAKA. Papar semua catatan

Ahad, 7 September 2008

UMNO DUN SERKAM TANDUS PEWARIS - Malaysiakini

artikel ini saya ambil dari kawan saya Silembiks... almaklum kami nie kawan sekampung ..
Sambil lepak-lepak ngan member sejemaah, ceritala juga pasal isu politik semasa. Di Dun Serkam hampir kesemua pucuk pimpinan UMNO peringkat cawangan telah membuat rombakan. Antara yang saya ketahui ialah Serkam, Serkam Darat, Tedong dan Sempang. Itu hanya peringkat Dun sayala. Tempat lain tak dapat nak pastikan.

Yang pastinya ramai muka-muka lama yang kecundang dalam pemilihan kali ini. Dari sumber yang saya perolehi, antara sebab utama muka-muka lama ini kecundang dalam pemilihan kali ini adalah disebabkan berlakunya masalah penyelewengan wang di dalam Parti tersebut..tu baru pasal wang dalam parti, tak cerita lagi perihal penyelewengan wang JKKK... Tempat dan siapa orangnya saya terpaksa rahsiakan, orang UMNO boleh cari sendiri sapa mangkuk hayun tersebut...mungkin black & white dari saya kurang, "tetapi masakan pokok akan bergoyang dengan sendirinya jika angin tidak bertiup, mesti ada orang yang mengoyangkannya"..jadi masing-masing berfikirlah dengan sempurna...

Jadi apa yang dapat saya simpulkan disini ialah kalau pemimpin peringkat pusat dah tak betul apatah lagi pimpinan peringkat cawangan. Tapi yang specialnya, pimpinan pusat ini 'maksum' dan tidak boleh ditangkap jika terlibat dengan masalah politik wang, pimpinan yang kecik ?? mmmm pandai-pandai kamula labu.... Yang haram semuanya jadi halal belaka. Bak kata P. Ramlee dalam cerita 'Tiga Abdul', "dah elokla tu, si perompak makan si penyamun"...Senang kata, akibat sikap mereka yang macam binatang buas, rakyat tempatan yang semakin kesempitan...
silembiks : mmm patutla dah nak karam, dok bikin perkara salah je kejenya..
Komen assirkami:
Pertamanya nak perbetul statemen "penyamum jual si penyangak bukan Perompak jual si penyamum.Serkam darat tu kampung saya lah tu.. pergh.. Ketua Umno dia siap boleh makan duit cawangan plak tu .. guna duit main judi.. pak aji plak tu dah tu dilantik sebagai pengerusi masjid plak . Tu pun nasib baik duit masjid pun tak di kebas. Duit cawangan pun abis inikan pulak duit2 yang lain . tak tau lah cukup makan ke tak

Selasa, 24 Jun 2008

100 HARI BN MEMERINTAH MELAKA

Setelah Datuk Seri memerintah selama 100 hari selepas Pilihanraya Umum ke -12 :-
1) Datuk Seri menghadapi saman RM10 juta yang akan dibicarakan pada 30 dan 31 Julai ini

2) Datuk Seri bertindak zalim ke atas PASTI ....mengapa Datuk Seri tidak arahkan pendakwaannya di gugurkan

3) Datuk Seri terus mengamalkan pemerintahan yang suka membazir...Eye On RM40 juta dan lain-lain

4) Datuk Seri menipu rakyat menyatakan jumlah orang miskin di Melaka sedikit sahaja sedangkan golongan miskin di Melaka terus meningkat akibat kenaikan harga minyak dan harga barang

5) Datuk Seri terus mengamalkan tindakan yang tidak demokratik menafikan peruntukan untuk ADUN Pakatan Rakyat Melaka

6) Datuk Seri terus melantik kroni Datuk Seri menjadi Datuk Bandar, Speaker dan lain-lain bukannya atas dasar kelayakan ...

7) Datuk Seri terus menambahkan hutang kerajaan negeri Melaka sehingga mencecah lebih RM1 bilion.

8) Datuk Seri terus menyiksa rakyat dengan menggali bijih di Kuala Sungai Baru menyebabkan nelayan di sana susah untuk cari makan

9) Datuk Seri terus menjadi pembodek nombor wahid (satu) terhadap kepimpinan Pak Lah sedangkan Pak Lah adalah pemimpin yang lembap dan lemah.

10)Datuk Seri membiarkan pelacuran berleluasa di Bandar Melaka sejak dari tahun 70-an lagi.

11) Datuk Seri terus menggalakkan program-program maksiat dan melalaikan seperti Pesta Melaka yang menyelitkan pertandingan ratu cantik, karaoke dan sebagainya ....

12) Datuk Seri ............oh........ Datuk Seri .......

KERAJAAN NEGERI GAGAL BASMI KEMISKINAN

Kerajaan Negeri Melaka mestilah menilai semula Paras Garis Kemiskinan (PGK) di kalangan penduduk negeri ini bagi mendapatkan jumlah sebenar keluarga dan orang miskin di negeri ini.Perkara ini penting bagi memastikan semua pihak dapat merancang dan mengatur program yang benar-benar dapat membantu golongan ini.
Dalam konteks negeri Melaka umpamanya jumlah keluarga yang diumumkan oleh Ketua Menteri sebelum ini adalah 785 keluarga. Dengan keadaan semasa yang semakin mendesak ini sudah tentu jumlah ini bertambah dengan berlipatkaliganda.Adalah dijangkakan jumlah keluarga miskin di negeri Melaka ini melebihi 25 % jika PGK adalah RM1,500. Angka ini adalah sangat besar jika kita bandingkan dengan jumlah penduduk Melaka yang jumlahnya lebih kurang 1 juta orang.Kerajaan Negeri Melaka mesti mengeluarkan statistik terbaru tentang jumlah sebenar keluarga miskin dan diharapkan fakta sebenar ini tidak disembunyikan. Program dan rancangan bersepadu dan menyeluruh mesti dijalankan dengan segera bagi memastikan golongan yang miskin tidak terus hidup dalam kedhaifan dan kesengsaraan.
PAS Melaka mendesak kerajaan negeri Melaka agar berbincang dan mengusulkan kepada kerajaan pusat supaya menurunkan harga minyak dan mengawal harga barangan harian sebagai satu usaha untuk mencegah inflasi. Jika ini dapat dilakukan sudah pasti negara kita akan lebih aman dan sejahtera dengan penduduk miskin akan semakin berkurangan.

Rabu, 18 Jun 2008

MUSLIMAT CADANG TUBUH SAYAP MUJAHIDAH

BUKIT KATIL, 17 Jun (Hrkh) - Muktamar Dewan Muslimat PAS Melaka kali ke-39 yang diadakan di INB Resort, di sini, telah meluluskan usul agar PAS Pusat menubuhkan sayap baru iaitu Dewan Mujahidah PAS Malaysia (DMPM).Penubuhan dewan tersebut adalah bertujuan bagi menggalakkan penyertaan generasi muda dan para graduan IPT yang terdiri daripada golongan di bawah umur 40 tahun kerana mereka dilihat kurang berminat menyertai PAS disebabkan tiada wadah yang sesuai. Usul itu diterima sebulat suara dan dibentangkan oleh Setiausaha Dewan Muslimat PAS Melaka, Kintan Man, yang antara lain menyatakan bahawa tiadanya wadah politik yang sesuai untuk mereka kerana Dewan Muslimat itu sendiri terdiri daripada golongan yang agak berumur.

"Menyedari bahawa generasi muda melihat Dewan Muslimat PAS sebagai sebuah dewan yang ahli-ahlinya terdiri daripada mereka yang jauh lebih berusia dan juga pemikiran serta tindak-tanduk yang mempunyai frekuensi dan 'wavelength' yang berbeza ianya seolah-olah mewujudkan kelompangan wasilah siasah. "Generasi muda kini semakin berminat untuk bergiat aktif di arena politik, mereka juga mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap pergolakan politik negara, justeru itu, gelombang perubahan ini mesti diurus tadbir dengan keseriusan dan kepertanggungjawaban yang tinggi," ujar beliau. Beliau berkata, generasi muda secara fitrahnya mempunyai semangat yang cukup tinggi, idea-idea baru, pemikiran yang segar serta lontaran-lontaran buah fikiran yang mampu membuat anjakan paradigma untuk kelangsungan Hadharah Islamiyyah.

Seterusnya, beliau menjelaskan bahawa tidak dapat dinafikan pewaris kepada pemimpin negara pada masa akan datang sewajibnya terdiri daripada generasi muda kini yang bertunjangkan fikrah Islamiyyah yang jelas dan mantap serta professional dalam pelbagai disiplin ilmu. Tambahnya, Nisa' yang ditubuhkan sebagai wadah bagi golongan muda hanya menjalankan aktiviti kebajikan dan sosial sahaja serta tidak bergerak atas landasan politik. Akibat ketiadaan platform politik yang sesuai ini menyebabkan ramai para aktivis jemaah di kampus-kampus menjadi lemah atau gagal meneruskan perjuangan mereka selepas bergelar graduan,"katanya

BADAN PERHUBUNGAN NEGERI LANCAR BLOG

PAS Negeri Melaka hari ini melancarkan Blognya sendiri di alamat http://pasmelaka.blogspot.com.Blog akan memuatkan kenyataan akhbar pemimpin negeri, isu-isu semasa dan aktiviti PAS terutama PAS Negeri, Kawasan dan Dewan-dewan. Di harapkan blog ini akan menjadi medan untuk PAS Negeri mendekati rakyat dalam dunia cyber.Segala feedback dan maklumbalas boleh diemailkan kepada kpnmelaka@gmail.com.

PEMIMPIN AMENU DI MAHKAMAH

Hujung Julai ini satu perbicaraan melibatkan seorang pemimpin Umno Melaka akan didengar di Mahkamah Tinggi Melaka. Ianya melibatkan kes saman fitnah seorang bekas pegawai tinggi anak syarikat kerajaan negeri Melaka yang dipecat dari jawatannya.Beliau yang masih dirahsiakan namanya mendakwa bahawa difitnah kerana gagal memberikan perkhidmatan terbaik kepada Exco dan isteri pemimpin negeri semasa masih memegang jawatan tersebut.Beliau juga didakwa terlibat dengan rasuah. Namun semua tuduhan tersebut dinafikan oleh beliau.Wakil Blog ini dan SKUAD SIASAT Pemuda Bukit Katil telah menemui beliau dan mendapatkan cerita terperinci. Insya Allah semuanya akan dilaporkan didalam media massa hujung minggu ini.Kes ini adalah 1 dari 3 kes yang melibat pembesar negeri Melaka. Dua orang daripada mereka dituntut membayar gantirugi sebanyak RM10 juta dan seorang lagi sebanyak RM5juta.Selain itu mangsa yang pegawai tinggi yang diberhentikan ini juga akan mengemukakan tuntutan di mahkamah buruh supaya jawatannya dikembalikan. Perbicaraannya akan di jalankan di mahkamah buruh Melaka pada 28 dan 29 Julai ini.Siapa pembesar itu, Insya Allah Sabtu ini semuanya akan terjawab, apabila beritanya akan dimuatkan didalam salah satu akhbar politik tersohor............TUNGGU

RAKYAT SELANGOR DAPAT NIKMAT .. RAKYAT MELAKE ??

Rakyat Negeri Selangor mula merasai nikmat diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) walaupun belum pun sampai 100 hari PR memenrintah.Mereka akan mendapat 20 liter padu air percuma tidak lama lagi apabila kerajaan negeri telah mencapai persetujuan dengan SYABAS dalam isu pemberian air percuma ini.Kira-kira 10,000 anak-anak rakyat Selangor yang berjaya menjejaki kaki ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan mendapat wang sumbangan sebanyak RM1,000 seorang mulai bulan depan.Selepas ini kerajaan negeri Selangor juga akan memperkenalkan skim Takaful Kifaalah untuk warga emas dan Takaful Armalah untuk ibu tunggal seperti yang dijalankan di Kelantan.Itulah hadiah untuk rakyat Selangor yang memilih kerajaan negeri yang ingin mengamalkan negeri berkebajikan.

Bagaimana dengan Melaka, rakyatnya yang karat Umno/BN....apa yang kita dapat?
SUMBER :http://pasmelaka.blogspot.com/

Jumaat, 6 Jun 2008

KUBU BN SERKAM DARAT BOCOR

Oleh : abuya

Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Jasin terus subur dan mendapat kepercayaan rakyat apabila berjaya membuka satu lagi cawangan baru di Kampung Serkam Darat.Majlis ringkas penyerahan borang keahlian seramai 80 orang itu telah disempurnakan oleh Ketua Penaja PKR Cawangan Sdr Jamil Bin Ani kepada YB Nik Nazmi Bin Nik Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia yang juga setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor .Biarpun hujan turun dengan lebatnya pada malam itu namun tidak sedikit pun mematahkan semangat para hadirin untuk mendengar ucapan dan kupasan isu isu terkini dari para penceramah..Ketua Penaja PKR Cawangan Serkam Darat Sdr Jamil melahirkan rasa kesyukuran diatas kejayaan menubuhkan cawangan tersebut. Beliau yang juga aktivis parti telah merancang beberapa program khususnya yang melibatkan masyarakat India kerana sebahagian besar ahli yang mendaftar ialah dari kaum tersebut.“saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kawan –kawan dari PAS yang banyak membantu dalam semua perkara. Mudah mudah dengan ada cawangan PKR ini akan menjadi penghubung antara bukan islam dengan PAS dan menguatkan lagi Pakatan Rakyat diperingkat DUN Serkam khususnya”. tegas beliau.


Seorang ahli baru PKR Encik Kurupiyah a/l Munusamy bercadang membawa kaum India yang menganggotai Parti Peadilan Rakyat ini melawat negeri –negeri yang telah diperintah Pakatan Rakyat agar mereka didedahkan dengan cara kerajaan PR memerintah. Beliau yang juga ahli Kelab Penyokong PAS begitu teruja dengan pengalaman ketika melawat Negeri Kelantan baru –baru ini.Turut hadir dalam program pada malam itu Timbalan PKR Jasin Tuan Haji Manan, Setiausaha Bahagian Puan Mahani dan juga Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka , Ustaz kamarudin Bin Haji Sedek.

Isnin, 26 Mei 2008

PELACURAN DIGALAKKAN, PENGAJIAN AGAMA DIPANTAU

Pelacuran semakin berleluasa masjid semakin lengang. Itulah realiti yang dihadapi oleh umat Islam di Melaka.Apa tidaknya semalam sebuah media mendedahkan bagaimana kegiatan pelacuran yang bermula sejak tahun 70-an masih gagal dibenteras oleh pihak berwajib di negeri Melaka ini. Malah dari sehari ke hari ianya bertambah.Sekurang-kurangnya 8 hotel murah disekitar Jalan Bunga Raya, Jalan Jalan Kee Ann, Jalan Munshi Abdullah dan Kampung Jawa terus menjadi syurga pelaku-pelaku maksiat. Mengapa perkara ini dibiarkan oleh kerajaan negeri, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan JAIM dan lain-lain.Pada masa yang sama kerajaan negeri dan JAIM begitu serius memantau masjid dan surau agar tidak menjalankan ceramah-ceramah agama yang dikatakan bersifat politik. Akibatnya masjid semakin sepi dan layu. Inilah sikap double standard kerajaan negeri dan JAIM.Sementara itu Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Sofi Wahab di dalam Blognya menggesa kerajaan negeri, JAIM, TNB dan PAM mengambil langkah-langkah drastik untuk mencegah penularan kegiatan maksiat ini.KENYATAAN BELIAU DIPETIK DARI BLOGNYA mutaligat.blogspot.com :-MBMB sebagai sebuah kerajaan tempatan semestinya berkuasa untuk menamatkan lesen sesebuah premis yang melanggar peraturan. Atau apakah MBMB memberi lesen untuk hotel menjalankan kegiatan pelacuran???Begitu juga dengan Kerajaan Negeri, adakah Ketua Menteri dan Exco-exco takut untuk bertindak. Bukankah kerajaan negeri boleh meminta jasabaik TNB dan anak syarikatnya Perbadanan Air Melaka (PAM) memotong bekalan elektrik dan air ke premis-premis 'celaka' tersebut.
KERAJAAN NEGERI, MBMB, TNB DAN PAM MESTILAH MENGAMBIL TINDAKAN SERTA MERTA KE ATAS SEMUA HOTEL YANG MENJALANKAN KEGIATAN PELACURAN TERSEBUT. HANYA TINDAKAN DRASTIK SEPERTI MEMBATALKAN LESEN PREMIS PERNIAGAAN, MEMOTONG BEKALAN AIR DAN ELEKTRIK SERTA MENYAMAN PIHAK-PIHAK YANG MELANGGAR UNDANG-UNDANG MUNGKIN DAPAT MENYEDARKAN MEREKA.JANGAN KITA MENGUNDANG BALA ALLAH DI ATAS MAKSIAT YANG DILAKUKAN DI DALAM NEGERI KITA.

Khamis, 8 Mei 2008

PAS Melaka kesal atas penangkapan wakil rakyat DAP

Zaili Muhammad
MELAKA, 6 Mei (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab menyatakan kekesalannya dengan penahanan tiga orang wakil rakyat DAP iaitu Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him; ADUN Kesidang, Goh Leong San dan ADUN Bachang, Lim Jak Wong.Penangkapan ketiga-tiga wakil rakyat tersebut merupakan suatu pencabulan kepada kedaulatan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat di mana tiada sebab yang jelas mengapa mereka bertiga ditangkap. "Polis mesti menyatakan sebab mengapa ketiga-tiga mereka ditangkap kerana rakyat mahu tahu mengapa tindakan itu diambil, apakah Polis boleh menangkap sewenang-wenangnya sesiapa sahaja tanpa sebab? "Sedangkan wakil rakyat pun boleh ditangkap tanpa alasan munasabah inikan pula rakyat biasa," kata beliau ketika diminta mengulas isu ini. Ketiga-tiga wakil rakyat tersebut ditangkap di dalam insiden Khamis lalu di Kampung Lapan, berdekatan Sekolah Tun Tuah, di mana Lim Jak Wong telah ditangkap kira-kira jam 11.00 pagi. Selepas itu, Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dan ADUN Kesidang, Goh Leong San pula diarahkan memberikan kenyataan di Balai Polis Melaka Tengah dan mereka juga di tahan bersama-sama Lim di Balai Polis tersebut