Followers

Memaparkan catatan dengan label MEDIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MEDIA. Papar semua catatan

Khamis, 16 Februari 2012

AZIZ DESA KINI BERKHIDMAT DI KELANTAN

Jarang orang tidak mengenali siapa Aziz Desa, seorang pengacara yang petah bercakap. Wajahnya sering dilihat di kaca-kaca televisyen. Malah masih lagi boleh disaksikan di TV9.Namun agak mengejutkan apabila sekarang beliau berkhidmat di Kelantan Trade Centre (KTC), anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO).Sebelum menyertai TV9, Aziz pernah menjadi Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Junid.


Semalam kenyataan medianya difaks kepada media-media tempatan bagi memaklumkan tugas barunya di KTC.“Atas sokongan rakan rakan fb, saya terima cabaran berkhidmat di Kota Bharu. Bermula semalam saya kini adalah ketua pegawai operasi (COO) Kelantan Trade Centre Hotel, Apartment & Convention Sdn Bhd.“Saya juga masih dalam kontrak dengan TV9 dan akan bersiaran dari masa ke semasa apabila diperlukan. Dari langkawi ke Kota Bharu, selamat pagi, sekadar makluman pemberitahu,” katanya, dipetik dalam facebooknya.


Dalam kenyataan medianya semalam beliau berkata, KTC mensasarkan 76 acara bertaraf nasional dan antarabangsa sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK@12) tahun ini.Katanya, selain inisiatif sendiri, penganjuran acara sempena TMK@12 akan dibuat dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri, agensi kerajaan pusat dan swasta.

Kata beliau KTC mempunyai dewan pameran dan konvensyen seluas 1,200 meter persegi, boleh memuatkan 58 ruang niaga berukuran 3 x 3 meter dan menampung 1,500 tempat duduk.

Sasaran jumlah acara juga sempena memperingati 76 tahun pengisytiharan Bandar Kota Bharu oleh Sultan Muhammad ke-ll pada 1936.

“Antara program yang bakal diadakan Fiesta Kerana Kelapa, Karnival Budaya Iqra’, Fiesta Kanak-Kanak, Pameran Haiwan Peliharaan, Seminar Perubatan dan Rawatan al-Quran,” ujarnya.

Selain itu Pekan Batik, Ekspo Kraftangan, Fantasia Bulan Madu, Ekspo Pengantin Muslim, Ekspo Wakaf Che Yeh, Apresiasi Filem Ketuhanan dan Kemanusiaan dan Karnival Pelancongan Budjet juga akan diperkenalkan.Ruang niaga yang masih berbaki ditawar kepada sesiapa yang berminat. Maklumat lanjut boleh hubungi talian 09-7471222.

Ahad, 14 November 2010

MEDIA HIPOKRIT .. PADAN MUKE KO

Beberapa organisasi media, termasuk Malaysiakini dilarang memasuki DUN Kedah bagi membuat liputan sesi belanjawannya yang bermula pagi ini.

Menurut Muhamad Helmi Mohamad Khalid, setiausaha akhbar kepada menteri besar, larangan itu dibuat ekoran laporan negatif media terhadap banjir yang melanda negeri itu baru-baru ini.

Hanya pemberita daripada The Star, Harakah, Sinar Harian, Makkal Osai, Malaysian Namban, Sin Chew, Kwong Wah, China Press, Nanyang Siang Pau, Guang Ming dan agensi berita Bernama dibenarkan membuat liputan untuk perbahasan belanjawan selama tiga hari itu.

Helmi pada 11 November mengeluarkan surat kepada ketua biro semua media cetak dan elektronik yang berpengkalan di Alor Setar. Ia antaranya merungut tentang liputan berita yang didakwa dimanipulasi sesetengah pihak terhadap kerajaan pimpinan PAS itu.

Mohamad Yusoff Ahmad, pengawal keselamatan di luar bangunan DUN memberitahu, beliau tidak dapat memberikan kebenaran memasuki bangunan kepada sesiapa yang tidak termasuk dalam senarai yang dikeluarkan Hilmi.

"Saya hanya menjalankan tugas," katanya.

Sementara itu, seorang pemberita RTM negeri Samat Majid kelihatan diiring keluar daripada bangunan selepas berjaya memasukinya sebelum itu.

Petugas media berita harian Rahmat Othman, yang berkhidmat di kedah selama 16 tahun memberitahu perkara itu kali pertama berlaku.

Ahad, 7 September 2008

Dari KMU : Orang UMNO Rosakkan UMNO . Baik Tukar pada Pakatan Rakyat -Malaysiakini

UMNO dalam keadaan terumbang-ambing sejak 4 tahun lalu. Malangnya ia tidak dapat dibuktikan sehinggalah dalam pilihan raya umum yang lalu. Ramai pengkritik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dianggap pengkhianat parti. Kami dicop sebagai kroni-kroni Tun Dr. Mahathir yang hidup dalam nostalgia. Dianggap sebagai anak-anak didik Mahathir yang tidak menerima kenyataan peralihan pucuk pimpinan negara.Sehingga sebelum Mac 2008, segala bentuk pandangan, dakwaan dan kritikan penyokong UMNO yang sealiran dengan laman ini dianggap sebagai fitnah, pembohongan dan propaganda palsu. Dakwaan bahawa polisi-polis dan keputusan-keputusan kerajaan tidak menggembirakan rakyat diketepikan sahaja oleh elit politik kerajaan.
Hujah bahawa Abdullah mendapat mandat besar pada 2004 digunakan untuk mematikan sebarang kritikan terhadap kepimpinan beliau. Apakah keputusan pilihan raya umum 2008 menggembirakan kita semua? Sebagai penyokong UMNO, saya tidak fikir kita gembira. Namun inilah pengajaran kepada mereka yang memberi maklumat dan cerita palsu kepada kepimpinan kita.Abdullah diangkat oleh media sebagai tokoh pembaharuan. Tidak dapat dinafikan bahawa dasar-dasar Abdullah memang popular kepada kalangan pemimpin NGO, Majlis Peguam, pemimpin pembangkang dan pengamal media tempatan tertentu yang ingin melihat UMNO lemah bagi mengukuhkan kedudukan MCA dan juga orang cina secara keseluruhan.Malang bagi Abdullah dan UMNO, beliau juga dikelilingi oleh para penasihat yang bukan sahaja tidak mempedulikan rakyat tetapi lebih mementingkan agenda politik yang mewangi kepada Singapura dan Amerika Syarikat.Jika benar seperti dakwaan The Star, akhbar milik kaum Cina dalam MCA, bahawa Pak Lah pemimpin yang terbaik kerana melakukan ketelusan dan pertanggungjawaban seperti mementingkan semua kaum (sehingga mengenepikan hak biasiswa anak-anak Melayu), melakukan pembaharuan dalam Polis dan kehakiman dan memerangi rasuah dengan serius, mengapa undi kaum Cina berpindah begitu banyak kepada DAP dan PKR, malah Pas?Jika kita baca akhbar milik parti Cina ini, hampir saban minggu memuji polisi Abdullah sebagai tepat dan disukai oleh kaum Cina. Kita juga boleh membaca tulisan seorang bekas Ketua Pengarangnya yang memuji Abdullah melangit saban minggu dan mengutuk Dr. Mahathir.Malangnya, mengapa pada zaman Abdullah orang Cina hilang kepercayaan kepada BN tetapi tidak zaman Mahathir? Kita tahu (dan ini juga diakui oleh The Star) bahawa dasar-dasar zaman Abdullah lebih menguntungkan kaum Cina berbanding zaman Mahathir. Namun undi kaum Cina merosot begitu jauh terhadap kepimpinan Abdullah.Abdullah juga diberi pujian melangit oleh Samy Vellu. Presiden MIC ini pernah mendakwa bahawa Abdullah lebih banyak membantu kaum India di malaysia berbanding Mahathir. Sekali lagi, hampir 90% kaum India tidak memberikan undi kepada BN kali ini. Ini tidak berlaku dalam zaman "autokratik mahathir yang ultra Melayu."Kita bertanya lagi, mengapa ketika Abdullah dikatakan tokoh pembaharuan, digembar-gemburkan sebagai Mr Clean tidak lagi dipercayai oleh penyokong-penyokong kuat BN ini?Abdullah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri kerana pendidikan agama beliau dilihat sebagai satu ciri kepimpinan yang diperlukan oleh orang Melayu dan masyarakat Islam keseluruhannya di negara ini.Pada 2004, ikon Abdullah berdoa dan bersolat dijadikan bahan kempen yang ditafsirkan telah menarik sokongan ramai orang Melayu di negara ini. Malangnya pada 2004, ikon Abdullah memegang bahu dan pinggang wanita bukan muhrim telah juga menjadi bahan kempen pilihan raya. Betapa kontradiknya kehidupan Abdullah Ahmad Badawi dalam masa 4 tahun.Jika Mahathir dianggap oleh segelintir orang Melayu sebagai tidak sensitif terhadap kedudukan Islam dan kepentingan Islam, mengapa Abdullah pula yang kehilangan sokongan orang Islam?Sedar atau tidak empat tahun kebelakangan ini, orang Melayu dan umat Islam telah hilang kepercayaan kepada Abdullah. Konflik antara agama, kegagalan menjaga kedudukan agama Islam dan membiarkan kumpulan tertentu mencabar agama Islam sudah sukar diterima oleh orang Islam di negara ini. Orang Cina, India dan Melayu telah hilang kepercayaan terhadap Abdullah. Mereka hilang kepercayaan kerana sepanjang 4 tahun yang lalu negara ini tidak bergerak ke mana.
Negara kita menjadi statik dan beku dengan segala bentuk pelancaran dan perasmian tanpa pelaksanaan.Orang ramai sudah bosan dengan sifat prihatin Abdullah yang dibuat-buat atau bersifat kepura-puraan. Orang ramai sudah bosan dengan kegagalan Abdullah memimpin dan "memandu"(drive) negara ini.Namun BN masih kekal berkuasa pada 2008 ini kerana kesetiaan sebahagian besar ahli UMNO kepada parti sungguhpun sudah meluat kepada Abdullah. Kekalnya Abdullah juga kerana sokongan padu penduduk Sabah dan Sarawak kepada BN kali ini. Itu pun bukan kerana Abdullah tetapi kerana jasa BN sekian lama.Berdasarkan keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh, tahap kesabaran rakyat terhadap Abdullah sudah semakin menipis. Di Permatang Pauh, ahli UMNO sendiri sudah tidak mengundi BN kerana hilang kepercayaan kepada UMNO. Mereka tidak mahu lagi peralihan kuasa 2010. Mereka mahukan sekarang.Seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam ucapan tertutupnya baru-baru ini menegaskan bahawa negara ini memerlukan driven leader bukannya cheerleader. Beliau membuat perbandingan antara zaman Mahathir dan zaman Abdullah."Mahathir bukan seorang pemimpin. Sebaliknya beliau adalah 'drebar bas'. Negara ini umpama bas, kita ini penumpang. Apabila Mahathir umumkan kita akan melalui Jambatan ke Pulau Pinang, penumpang di dalam bas ini bergasak ada yang setuju dan ada yang tidak.
Pembaziran, gajah putih, kronisme dan pelbagai hujahan dikemukakan. Ketika kita di dalam bas sibuk bergaduh, rupa-rupanya telah siap jambatan. Demikian juga apabila mahu 'menggunakan' lebuh raya Utara-Selatan. Kita sebagai penumpang bergasak lagi, penat bergaduh, kita lihat di luar telah sampai ke Bukit Kayu Hitam. "Sebaliknya pada zaman Pak Lah kita tidak ada drebar. Kita hanya ada cheerleader. Lancar pelbagai projek IDR, NCER, dan macam-macam koridor. Pakat bertepuk tangan dalam bas. Tapi punya lama tunggu kita dok di situ juga. Sebab itu rakyat menjadi restless, tertekan dan hilang keyakinan terhadap keupayaan kepimpinan negara." UMNO harus menerima hakikat bahawa mereka hampir mustahil untuk menang dalam mana-mana pilihan raya kecil selagi Pak Lah memegang jawatan. Ini juga disedari oleh ramai pemimpin UMNO di peringkat bahagian. Rata-rata tidak bersetuju peralihan kuasa 2010.
Malangnya mereka memilih untuk menghormati peralihan itu bagi menghormati Datuk Seri Najib. Mereka tidak mahu meletakkan Najib dalam keadaan serba salah.Pandangan ini bukan sahaja tidak tepat malah boleh merosakkan UMNO. UMNO bukan milik Pak Lah dan Najib sahaja. UMNO milik ahlinya yang sepatutnya membuat keputusan berasaskan survival parti bukannya survival pemimpin.Jika ahli UMNO berpendapat perubahan pucuk pimpinan perlu dilakukan menjelang Perhimpunan Agung UMNO kali ini, maka bahagian-bahagian UMNO harus bersedia mencalonkan orang lain selain Pak Lah untuk jawatan Presiden.
komen Pendekar Serkam:
Oleh kerana kapal Umno dan Bee End dan nak pecah .. cepat-cepatlah isi borang Pas dan Borang pakatan Rakyat yang berada berdekatan dengan Tempat tinggal anda. Berjuanglah Untuk Islam Merdekan diri anda dan keluarga anda dari penjajahan UMNO dan Barisan Nasional.

Rabu, 18 Jun 2008

BADAN PERHUBUNGAN NEGERI LANCAR BLOG

PAS Negeri Melaka hari ini melancarkan Blognya sendiri di alamat http://pasmelaka.blogspot.com.Blog akan memuatkan kenyataan akhbar pemimpin negeri, isu-isu semasa dan aktiviti PAS terutama PAS Negeri, Kawasan dan Dewan-dewan. Di harapkan blog ini akan menjadi medan untuk PAS Negeri mendekati rakyat dalam dunia cyber.Segala feedback dan maklumbalas boleh diemailkan kepada kpnmelaka@gmail.com.

Bicara Media Ganti Hujah ??

Ramai penonton dan peminat setia rancangan Hujah yang biasa disiarkan jam 9.30 malam Selasa kecewa dan terkejut kerana siaran tersebut diganti dengan Bicara Media. Penulis yang setia menanti rancangan tersebut turut terkejut lantas mengubah siaran ke RTM1 dan NTV7. Semuanya mempaparkan rancangan yang sama, Bicara Media membincangkan isu minyak yang dipengerusikan Dato' Johan Jaafar. Tanpa berlenggah penulis terus menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Ketua Penerangan PAS, YB Mahfuz Omar; "Mengapa Hujah tiada?" Mahfuz dengan ringkas membalas, 10.30 pm. Fikiran penulis mula bersoal jawab mengapa dialih waktu siaran. Apakah kerajaan kena 'tibai' teruk oleh Mahfuz. Apakah Mahfuz berjaya menguraikan dengan lebih tepat bahawa kenaikan tidak sepatutnya berlaku kerana negara memperolehi pendapatan tinggi kesan daripada kenaikan harga minyak? Sementara menanti siaran Hujah, penulis terpaksa menahan telinga menonton Bicara Media. Apa yang menyakitkan hati apabila wakil akhbar langsung tidak menghuraikan soalannya dengan baik. Bertambah sakit hati Bicara Media diulang tayang di TV3 jam 11.00 malam. Mungkin kerajaan sudah tertekan dengan desakan dan bantahan daripada rakyat. Rakyat yang semakin cerdik sudah tidak percaya dengan jawapan daripada pihak kerajaan berhubung alasan menaikkan harga minyak. Sembang santai selepas menonton rancangan tersebut bersama Mahfuz melalui talian telefon bimbit, beliau yakin sudah tentu ada agenda terancang supaya kali ini rakyat akan melepaskan marah kepada Petronas. Sebab itu katanya, kerajaan terpaksa memperalatkan Tan Sri Hassan Merican untuk menyakinkan rakyat mengapa harga minyak petrol dan diesel perlu dinaikkan. Penulis terfikir betul juga tanggapan Mahfuz sebab jika selepas ini rakyat hendak marah sudah tentu segala kemarahan itu akan dilemparkan kepada Petronas. Mengulas hujah antara Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz dengan Ahli Parlimen Sri Gading, Mohamad Aziz, penulis yakin rakyat Malaysia yang menonton malam itu menarik nafas lega berpuas hati dengan persembahan bekas tahanan ISA itu.
Mahfuz yang memakai kemeja oren dengan gaya bersahaja lancar berbicara sehingga sukar untuk Mohamad Aziz memotong hujah beliau. Penonton rancangan Hujah lega kerana beliau berjaya membawa isu keperitan dan kesusahan rakyat berikutan kenaikan harga minyak setinggi 78 sen. Beliau dengan berani mencabar pak-pak menteri supaya menjadi peniaga dalam masa tiga bulan. Dengan sinis beliau yakin tentu pak-pak menteri yang bersuara lantang menghalang peniaga daripada menaikkan harga barangan akan gulung tikar. Ternyata Mahfuz membuat 'homework' sebelum berhadapan dengan Mohamad Aziz dan paling penting soalan maut daripada Pengerusi Hujah, Profesor Madya Dr Mohamad Agus Yusuff. Penulis memerhatikan Dr Agus turut terpegun dengan hujah yang penuh fakta daripada Mahfuz. Beliau berulang kali menahan Mohamad Aziz daripada menganggu Mahfuz. Walaupun penulis terlalu cetek dalam ilmu politik tetapi apabila mendengar hujah ahli Parlimen Sri Gading, penulis tergelak kerana beliau mengeluarkan hujah mengampu kerajaan. Beliau mengatakan tindakan kerajaan menaikkan harga minyak secara drastk itu satu langkah yang betul. Katanya, jika kerajaan beri tempoh dua bulan untuk menaikkan harga minyak, sudah tentu orang kaya akan berlumba-lumba membeli minyak dan disimpan sehingga habis minyak di semua stesen minyak. Apakah beliau terlupa bahawa Hujah itu disiarkan di seluruh negara dan seluruh rakyat menonton rancangan tersebut. Dari sudut penampilan memang kemas malangnya persembahan ketika berhujah langsung tidak menunjukkan beliau seorang Ahli Parlimen. Sehelai kertas tidak ada di atas meja jauh berbanding dengan persediaan Mahfuz.
Tahniah untuk Mahfuz. Bekas tahanan ISA itu memang layak digelar pakar debat. Patut pun Ketua Pemuda Umno, Dato' Hishamuddin Hussein takut untuk menyahut cabaran beliau untuk berdebat ketika Mahfuz diamanahkan sebagai Ketua Pemuda PAS Malaysia. PAS perlu menyediakan ramai lagi tokoh yang berani dan berkeyakinan untuk berdebat atau berhujah supaya pihak kerajaan lebih berhati-hati ketika berhadapan dengan wakil PAS.