Zaili Muhammad Thu | Jun 05, 08 | 3:06:05 pm MYT | |
MELAKA, 5 Jun (Hrkh) - Kemelut kepimpinan Parti Gerakan Rakyat Malaysia Melaka (PGRM), yang telah lama bergolak semakin hampir ke kemuncaknya apabila lebih separuh dari ketua bahagian akan meletakkan jawatan daripada parti dalam masa terdekat.Terdahulu, pada 30 Mei lalu Naib Pengerusi PGRM Melaka, Mohd Abbass Abdullah yang juga merangkap Pengerusi Cawangan PGRM Pengkalan Batu bersama 60 orang ahlinya mengisytiharkan keluar parti dan seterusnya membubarkan cawangan tersebut.Semalam pula, Pengerusi Cawangan PGRM Krubong, Wong Foh Lim melakukan tindakan yang serupa dengan mengumumkan perletakan jawatannya sebagai pengerusi cawangan itu berkuat kuasa 22 Mei lalu. Menurut sumber yang dipercayai, perpecahan dalaman itu berlaku disebabkan beberapa pimpinan dan ahli PGRM Melaka tidak berpuas hati dengan kepimpinan Pengerusi PGRM Melaka, Ng Lip Yong serta Setiausaha PGRM Melaka, Goh Sin Look, yang didakwa mengamalkan dasar 'pecah perintah' tanpa menghiraukan pandangan ahli lain. Tindakan itu mewujudkan jurang yang luas di antara pimpinan dan ahli serta menyebabkan parti berpecah kepada beberapa puak seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum lalu, di mana PGRM gagal mempertahankan kerusi Dun Bachang kerana Ng meletakan calon yang kurang popular dari kalangan kroninya walaupun dibantah ahli lain, dakwa sumber tersebut. Ng yang dipinjamkan daripada pusat didakwa banyak melakukan tindakan yang hanya mementingkan diri dan kroninya sahaja serta melakukan diskriminasi terhadap ahli yang tidak sehaluan dengan beliau, ini menyebabkan 'orang lama' pimpinan dan ahli PGRM yang merupakan anak jati Melaka berasa dipinggirkan |
Jumaat, 6 Jun 2008
GERAKAN MELAKA BERGEGAU
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan