Followers

Memaparkan catatan dengan label LUAR MELAKA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LUAR MELAKA. Papar semua catatan

Sabtu, 31 Mei 2008

STRATEGI TERDESAK UMNO

Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan konsep ketuanan bangsa Malaysia yang dikemukakan Timbalan Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Razak adalah strategi terdesak Umno tatkala parti itu semakin tidak diterima umum. Bercakap kepada Harakah di Pejabat Pembangkang di Parlimen semalam, Presiden PAS berkata, konsep yang diperkenal Umno itu sebenarnya usaha terdesak untuk memenangi semula hati rakyat. PAS melihat Umno gagal menjadi pembela kepada rakyat pelbagai bangsa, malah ‘Ketuanan Melayu’ yang diagungkan Umno sejak dahulu tidak mampu membela nasib bangsa Melayu sendiri.

Pada pilihan raya umum lalu, Umno menerima tamparan hebat selepas parti tunggak kepada BN itu tidak menjadi pilihan kepada rakyat yang akhirnya bertukar kepada Pakatan Rakyat, ujarnya. Kini katanya perpecahan dalam Umno dengan keluarnya Tun Dr Mahathir Mohamad menambah kemelut dalaman parti itu yang akhirnya hanya akan menyebabkan parti itu tidak lagi relevan kepada rakyat Malaysia. Melihat kepada sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat semakin tinggi, Umno dilihat terpaksa menggunakan istilah baru (Ketuanan Bangsa Malaysia) untuk menarik kembali sokongan rakyat, ujarnya. Sementara itu Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa menyifatkan slogan yang dilaungkan Najib itu sebagai satu lagi strategi politik Umno. Umno terdesak tatkala parti itu berhadapan dengan masalah dalaman yang cukup serius yang menyebabkan rakyat kurang yakin dengan kepimpinan Umno, ujarnya

Jumaat, 30 Mei 2008

SANGLANG DALAM PENANTIAN

KANGAR, 29 Mei (Hrkh) - Timbalan Ketua Bahagian Guaman Jabatan Peguam Negara, Dato' Kamaluddin Md Said yang mewakili Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Mohammad Daud Abdul Hamid (Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Arau) mengakui bahawa SPR membuat kesilapan semasa mengumumkan keputusan pilihan raya 8 Mac lalu.Beliau berkata demikian ketika membuat ulasan ke atas bantahan awal yang dikemukakan calon BN, Abdullah Hassan ke atas petisyen pilihan raya Dun N.15 Sanglang yang dikemukakan oleh calon PAS, Ustaz Hashim Jasin di mahkamah pilihan raya yang bersidang di sini semalam."Kami mengakui bahawa berlakunya kesilapan. Berdasarkan Akta Peraturan dan Perjalanan Pilihan raya, sepatutnya calon yang memperolehi undi yang lebih diisytiharkan menang. Sebaliknya yang memperolehi undi yang kurang diisytiharkan menang," katanya ketika diminta oleh hakim pilihan raya, Dato' Zainal Adzam Abdul Ghani untuk memberikan komen berkaitan bantahan awal tersebut.Kamaluddin turut menyatakan bahawa pihak responden pertama (SPR) dan responden kedua (Mohammad Daud) tidak pernah mengarahkan peguam yang mewakili responden ketiga untuk mengetepikan mereka daripada petisyen tersebut.

Peguam yang mewakili responden ketiga, Jega Karuppiah semasa penghujahannya telah menyebut bahawa pihak pempetisyen tidak boleh meletakkan SPR dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya sebagai responden dalam petisyen tersebut.Dalam petisyen ini, responden pertama dan kedua tidak mengemukakan sebarang bantahan."Saya berpendapat bahawa kes ini perlu dibicarakan," kata Kamaluddin.Terdahulu, Zainal Adzam menolak bantahan yang dikemukakan Ustaz Hashim ke atas bantahan awal Abdullah.Jega kemudiannya mengemukakan penghujahan panjang ke atas bantahan awal tersebut disusuli Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Ustaz Hashim.Mohamed Hanipa antara lainnya menyebut bantahan awal yang dikemukakan itu bersifat teknikal dan mengguna pakai peraturan lama yang telah dibuat pindaan serta memohon agar kes tersebut dibicarakan.Zainal Adzam kemudiannya menangguhkan persidangan mahkamah dengan memutuskan tarikh 4 Jun ini untuk beliau memberikan keputusan sama ada menerima bantahan awal tersebut atau meneruskan dengan perbicaraan.Selain Mohamed Hanipa, Ustaz Hashim turut diwakili oleh Zulmi Sabri dan Aqbal Shiffudin Adnan Sallehuddin.Kamaluddin pula dibantu oleh Peguam Kanan Persekutuan, Rozi Bainon dan Wan Roslan Wan Ismail manakala Jega pula dibantu oleh A. Albert Antonie.Petisyen ini difailkan oleh oleh Ustaz Hashim untuk mengisytiharkan beliau sebagai pemenang dalam PRU pada 8 Mac lalu.Beliau yang bertanding mempertahankan kerusi Dun tersebut diisytiharkan kalah kepada Abdullah dengan majoriti 149 undi.Bagaimanapun berlaku kesilapan semasa mengisi nama calon pada borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi) yang mana Ustaz Hashim sepatutnya menang dengan majoriti 47 undi. -

Khamis, 29 Mei 2008

Kisah blog dan blogger di Maghribi

MUNGKIN tidak sehebat dengan jutaan blog yang terdapat di Barat tetapi dunia blog di Maghribi telah melangkaui satu era baru dengan pengelasan sebagai zon bebas untuk berucap atau menulis pendapat dalam negara yang majoritinya terdiri daripada penganut Islam konservatif.
Terletak di utara benua Afrika, blog di Maghribi atau juga dikenali sebagai Blogoma menjadi rumah kepada kira-kira 30,000 laman.
Berinspirasikan penulis blog lain di dunia Arab, penduduk Maghribi dengan cepat melihat potensi laman peribadi ini sebagai medium terbaik mengelakkan proses penyaringan atau penapisan pendapat sambil menyentuh topik yang dilihat sebagai tabu atau sensitif. Antaranya ialah pemerintahan monarki, agama Islam dan juga perbalahan isu barat Sahara."Ia adalah satu revolusi asli kerana semua orang bebas untuk memberi komen pada topik-topik yang sensitif," jelas penulis blog veteran, Larbi El Hilali yang menjadi pengasas kepada Larbi.org. Lebih daripada 450 komen yang dikeluarkannya dalam blog sejak lewat tahun 2004 mendapat sambutan daripada 18,000 orang pengirim.

Sekarang, dia menerima hampir 3,500 pengunjung setiap hari dengan banyak perbincangan menjurus kepada isu perlembagaan. Ada yang berpendapat bahawa terlalu banyak kuasa diberikan kepada raja.Saluran ini dilihat sebagai medium yang baik memandangkan di negara ini, kebebasan wartawan amat terhad dengan kekerapan golongan ini dikenakan denda atau digantung daripada tugas kerana mencerca Islam dan monarki.Walaupun kesatuan persuratkhabaran kebangsaan Maghribi, SNPM menyatakan ada sedikit peningkatan dari segi kebebasan penulisan dalam suratkhabar, namun ramai yang beranggapan sebaliknya termasuk pemerhati global."Blogoma seumpama sebuah kafe yang mesra," ujar Mehdi yang suka berbincang mengenai isu yang tidak terlalu berat dan gosip hinggalah kepada lawatan raja, laporan tentang kegiatan pelacuran dan penanaman kanabis. Kerajaan Maghribi berusaha keras untuk menghapuskan perdagangan dadah secara haram.

Maghribi hari ini mempunyai 30,000 blog dengan empat juta langganan internet. "Ia tidaklah banyak sangat berbanding dengan 1.7 juta blog di Perancis tetapi agak tinggi berbanding dengan negara jiran," kata El Hilali.Algeria lima kali ganda kurang daripada negara ini, menurut laman DZblog,com. manakala Tunisia belum lagi mencapai angka seribu.Blog di Tunisia dan Mesir lebih menarik golongan wartawan daripada penduduk tempatan yang melayari laman ini. Keadaan ini berlainan di Maghribi.Hampir 1.6 juta penduduk Tunisia melayari laman ini manakala Mesir jatuh dalam nisbah 1:10. Teknologi itu memberi impak kepada rantau ini.

Wael Abbas, 33, dari Mesir, diberi kredit pada November lalu oleh Pusat Antarabangsa untuk wartawan yang bertapak di Washington, Amerika Syarikat kerana berjaya menahan dua orang polis yang didakwa mendera dan dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun.egitupun, penulis blog di Afrika Utara tidak bebas daripada risiko. Karim Amer, 22, ditahan selama empat tahun sejak tahun lalu atas kesalahan mengkritik Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan Islam dalam laman blog, Al Azhar.Pada tahun 2002, penulis blog dari Tunisia, Zouhair Yahyaoui dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun atas kesalahan 'mencetak maklumat salah' berkenaan dengan penyalahgunaan hak asasi manusia.
Mehdi berkata: "Maghribi adalah sebuah negara di mana anda masih boleh mengendalikan sebuah laman blog dengan baik. Saya belum pernah mendengar sebuah blog yang telah ditapis di Maghribi."Sebuah badan bukan kerajaan, Sokongan Suara Global yang memperjuangkan hak tidak menyaring kandungan laman blog, mendedahkan senarai 17 buah negara dalam peta akses terhalang. Tujuh daripadanya adalah dari negara Arab termasuk Morocco.

Penulis blog di Arab yang menggunakan variasi bahasa dari bahasa Arab hinggalah kepada bahasa Inggeris, Perancis dan dialek lain, telah menegakkan satu pendirian yang memperjuangkan hak mereka.Dalam monarki negara-negara Teluk yang diperintah oleh golongan Muslim di Bahrain, komuniti blog telah menyokong tiga moderator yang mengendalikan forum ruang sembang yang ditahan pada 2005. Mereka dengan beraninya mengumumkan di mana dan pukul berapa demonstrasi akan diadakan."Di Maghribi, ada sesetengah kumpulan politik telah cuba menghasut Blogoma tetapi ia tetap berpendirian tegas," luah perunding laman Maghribi, Othmane Boummali

Cakap tak serupa bikinlah ..

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Kerajaan hari ini sekali lagi dikritik berikutan sikap dan tindakannya yang sering kali memperuntukan jumlah wang negara yang banyak kepada perkara-perkara yang tidak memberi kepentingan kepada negara dan rakyat jelata.Malah dilihat menyalurkan wang kepada projek-projek yang tertentu seperti penganjuran kejohanan yang tiada kaitan dengan keperluan rakyat khususnya yang sangat memerlukan.Dato' Kamaruddin Jaffar (PAS-Tumpat) mempersoalkan sikap kerajaan yang pandai menasihati dan memberi saranan kepada rakyat agar berjima cermat berhubung peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi tetapi dalam masa sama memberi peruntukan yang besar kepada syarikat-syarikat swasta yang menganjurkan kejohanan sukan seperti Le Tour de Langkawi yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan.

"Pandai suruh rakyat ubah gaya hidup, jimat cermat...suruh makan nasi sikit tetapi kerajaan sanggup memberi peruntukan jutaan ringgit kepada syarikat-syarikat yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan," katanya sewaktu meminta penjelasan kepada ucapan Dato' Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang membangkitkan isu peruntukan penganjuran lumba basikal itu.Beliau mencadangkn agar satu semakan semula dibuat ke atas akaun dan laporan syarikat-syarikat yang menganjurkan kejohanan itu untuk memastikan dan mempertimbangkan sama ada sudah sampai masanya penganjur 'berdikari' tanpa melibatkan peruntukan kerajaan.Sementara itu Tian Chua (Batu-KEADIlan) turut menambah bahawa kerajaan perlu sedar dan tidak membantu lagi syarikat yang menganjurkan Le Tour de Langkawi ini kerana menghadapi masalah kewangan malah kes mereka sedang dibicarakan di mahkamah.

Dalam pada itu Ibrahim Ai menambah bahawa perlu diteliti dengan lebih terperinci supaya ianya tidak dilihat membazir wang kerajaan dan bersetuju dengan pendapat Kamarudin supaya mengkaji semula laporan kewangan syarikat terbabit."Monsoon Cup di Terengganu menelan belanja sampai RM300 juta. Le Tour de Langkawi juga jutaan ringgit setiap kali kejohanan."Apa kata kalau jumlah wang yang banyak itu kerajaan berikan kepada mereka yang berhak mendapat biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran. Ramai yang layak untuk dapat biasiswa tetapi kerajaan hanya mampu beri kepada sedikit sahaja," katanya yang dilihat membidas ucapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Nazri Aziz sebelum ini yang menyatakan bahawa kerajaan hanya mampu memberi biasiswa kepada seramai 2,000 orang sahaja.

STATEMENT CHEGU BARD

" Saya Badrul Hisham Bin Shaharin, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Parti Keadilan Rakyat dengan ini menafikan mempunyai hasrat memasuki Umno dan menolak dikaitkan dengan kemasukan Saudara Mohamad Ezam Mohd Nor ke dalam Umno.
Saya juga menafikan bahawa Ezam ada memujuk saya memasuki Umno dan jauh lagi menawarkan habuan untuk saya memasuki Umno atau keluar keADILan. Saya kurang pasti niat mengenai laporan perbagai media yang melaporkan ada pertemuan sulit saya dan Ezam. Memang diakui saya ada bertemu beliau dan kerap berhubung dengan beliau mutaakhir ini, sebagai seorang teman. Tiada pertemuan sulit. Kami membincangkan secara serius mengenai masa depan GERAK sebuah gerakan muda yang memfokuskan usaha pembenterasan rasuah dan pemerkasaan demokrasi yang saya terlibat membantu Ezam menubuhkanya.GERAK telah diserahkan kepada sekumpulan anak muda untuk mengekalkan sikap non partisan demi matlamat kelahiranya yang lebih besar.

Sebelum ini saya mengelak memberikan komen kerana melihat perkembangan Ezam yang sememangnya sudah setahun lebih keluar parti tidak perlu diperbesarkan. Saya tidak mahu terperangkap untuk memberi komen dalam peristiwa yang kurang penting. Saya selaku MPT yang di pilih melalui pertandingan parti tidak akan sekali kali mengkhianati mandat yang diberikan kepada saya oleh perwakilan parti.Ezam masih teman saya. Semoga beliau tidak 'hanyut' dalam Umno.Saya kini dan saya percaya teman MPT yang lain juga sedang secara serius dan bersungguh - sungguh mempersiapkan keADILan dan PAKATAN yang berada di peringkat akhir untuk mengambil alih kerajaan pusat. Saya menyeru seluruh pimpinan, ahli parti dan aktivis reformasi terus bekerja keras demi merialisasikan agenda pemerkasaan kedaulatan rakyat.

Salam REFORMASI.

BADRUL HISHAM SHAHARIN

Majlis Pimpinan Tertinggi

Parti Keadilan Rakyat

http://chegubard.blogspot.com

chegubard@gmail.com

Selasa, 27 Mei 2008

SELANGOR HARAMKAN ISLAM HADHARI

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengharamkan sebarang bentuk program yang mempunyai kaitan dengan Islam Hadhari mulai semalam kerana tidak mahu konsep yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dikembangkan di negeri itu. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali, berkata selaras arahan itu, semua masjid dan surau tidak dibenarkan mengadakan program termasuk khutbah yang menyentuh dan ada hubung kait dengan Islam Hadhari. Beliau memberi alasan konsep Islam Hadhari tidak diperlukan kerana ajaran Islam yang diamalkan umat Islam di negara ini sudah lengkap dan menyeluruh membabitkan semua aspek kehidupan manusia sejagat.

"Kita tidak mahu konsep Islam Hadhari dikembangkan di negeri ini. Ajaran Islam yang kita amalkan sudah lengkap dan ajaran inilah yang kita mahu sandarkan untuk memerintah Selangor," katanya pada sesi penggulungan hari terakhir sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.
Pesuruhjaya Pas Selangor itu juga menafikan pemimpin Pas di negeri itu pernah berjanji menutup semua pusat hiburan dan kilang arak sekiranya mengambil alih pemerintahan negeri. Beliau mencabar mana-mana pihak supaya tampil memberikan bukti yang menunjukkan ada pemimpin Pas termasuk dirinya yang membuat janji itu kepada rakyat pada pilihan raya.

Sabtu, 24 Mei 2008

JOHOR MESTI MINTA GANTI RUGI

sebol
Saya amat sedih mendengar berita kehilangan Pulau Batu Putih yang jatuh ke tangan Singapura secara rasmi. terus kukenang bagaimana patani jatuh ke tangan Siam secara rasmi pada Perjanjian Bangkok.Bagi orang Johor, Nasib pulau milik Negeri itu ditentukan bukan oleh mereka. Ianya ditentukan peguam persekutuan lawan peguam Singapura ditentukan oleh hakim asing.Menurut sejarah, apabila siam menyerang patani, tentera dari terengganu juga turut membantu tetapi tetap gagal. Mungkin kerana tidak cukup bantuan.Kini Johor umpama diserang Singapura. Tanahnya "dibeli" sedikit demi sedikit oleh Singapura untuk mengembangkan empayar mereka.Mungkin ada hikmah disebalik kegagalan mempertahankan Pulau Batu Putih.Sekurang-kurangnya kita sedar akan kedaulatan negara itu penting. Kedaulatan Johor yang bersempadan dengan Singapura juga penting.
Langkah yang saya kira penting untuk menyedarkan lagi tentang peri pentingnya kedaulatan Negara dan Johor ialah mengambil tindakan keras terhadap Persekutuan.1. Rakyat Johor, Sultan Johor, Kerajaan Johor, Pakatan Rakyat Johor, Ketua Pemuda PAS Johor menuntut gantirugi atas kehilangan tanah johor daripada persekutuan.
2. Semua di atas mendesak Peguam Negara supaya meletak jawatan di atas kegagalan dia mempertahankan Pulau Batu Putih.
3. Menuntut "iskandar Malaysia" dihentikan dan digantikan dengan Jambatan Bengkok.

Khamis, 15 Mei 2008

Sempena Nakbah Palestin: Salahuddin perlu diteladani

Negara Palestin sering dikaitkan dengan wilayah-wilayah yang masyhur seperti Baitulmaqdis (Jerusalem), Gaza dan Baitullahm yang merupakan tempat terpenting dan melakar sejarah tersendiri kerana pelbagai peristiwa, kisah, agenda tertentu melandanya. Apatah lagi wujud Masjid al-Aqsa dalam jajahan Baitulmaqdis yang disebut oleh al-Quran berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum ditukar ke arah Masjidilharam. Kerana pentingnya Masjid al-Aqsa, maka Panglima Salahuddin al-Ayubi rasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk membebaskannya daripada cengkaman dan penaklukan tentera Salib yang diketuai 'Raja Richard the Lion Heart' dari England bersama tentera-tentera Eropah lain seperti Jerman, Belanda, Itali dan Sepanyol.
Walaupun beliau (Salahuddin) bukan daripada keturunan bangsa Arab, isu Masjid al-Aqsa tidak dianggapnya isu bangsa malah isu agama kerana ia adalah kiblat pertama orang Islam. Beliau telah berjaya menarik minat dan memikat hati banyak pihak khususnya di kalangan bangsa Arab untuk menyertainya dalam satu pakatan tentera Islam mengusir keluar tentera-tentera Salib dari bumipada Anbiya' itu.

Siapakah sebenarnya Salahuddin?
Beliau adalah Salahuddin Yusuf bin Najmuddin Ayyub, lahir pada 532 Hijrah/1138 Masihi di Tikrit, Iraq daripada rumpun bangsa Kurdis, meninggal pada tahun 589 Hijrah/1193 Masihi di Damsyik. Pengasas Daulah Ayyubiah dan bergelar Sultan Salahuddin, seorang pahlwan Islam yang paling gagah berani dalam Perang Salib dan berhasil merebut kembali Baitulmaqdis daripada tangan tentera Salib Kristian. Persoalannya, mengapakah suatu ketika dahulu 'Salahuddin Al-Ayubi' bersama tentera Islam bermati-matian mempertahankan Baitulmaqdis ketika diserang oleh tentera Salibiah Eropah sedangkan beliau sendiri bukan rakyat Arab Palestin, beliau adalah daripada keturunan Kurdis, satu bangsa yang mendiami utara Iraq yang bersempadan dengan Turki. Beliau berjaya menumpaskan serangan tersebut, malah berjaya menghalau saki baki tentera Kristian itu daripada bumi Palestin. Apakah yang mendorong beliau bertindak demikian, dan tidak menyerahkan urusan mempertahan kota Baitulmaqdis itu kepada rakyat Palestin untuk mempertahankan tanah air mereka sendiri? Sebaliknya Salahuddin ketika pada penghujung hayatnya telah berpesan supaya segala pakaian penuh berdebu yang digunakan semasa berperang, agar dimasukkan di dalam liang kubur dan ditanam bersama jenazahnya dengan tujuan supaya menjadi saksi bahawa beliau telah menghabis segala tenaga dan fikiran untuk mengetuai tentera Islam bagi mempertahankan Baitulmaqdis daripada serangan tentera Kristian Eropah. Sesungguhnya yang mendorong Salahuddin bertindak demikian adalah kerana kesedaran yang tinggi untuk mempertahan kota suci iaitu kota yang telah menemukan Nabi Muhammad s.a.w. dengan para anbiya' yang lain, khususnya dalam peristiwa Israk Mikraj. Sebagai seorang Islam beliau berkeyakinan bahawa apabila bumi suci Baitulmaqdis itu diganggu oleh golongan kuffar, adalah menjadi kewajipan kepadanya dan juga umat Islam seluruhnya bangun untuk mempertahankan atau membebaskan bumi tersebut dari cengkaman musuh Allah SWT itu, tidak kira sama ada mereka orang Palestin ataupun bukan. Empat puluh tahun selepas peristiwa itu, Lord Olenby yang mengetuai pasukan Salibiah berjaya memasuki semula kota Baitulmaqdis, dia pergi ke kubur Salahuddin dan menginjakkan kakinya ke atas kubur Salahuddin sambil berkata: "Sekarang aku datang semula ke sini." Alangkah baculnya ketua tentera Salibiah itu, dia hanya berani berdepan dengan Salahuddin yang telah mati, dengan mesej bahawa pihak Salibiah sentiasa menyimpan dendam terhadap Islam. Bagi Salahuddin, beliau telah melaksanakan tanggungjawabnya mempertahankan kota suci terletaknya Masjid al-Aqsa yang mulia, tempat Nabi Muhammad s.a.w. mendirikan solat dua rakaat dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Tanggal hitam 15 Mei 1948Pada tarikh ini, genaplah usia 60 tahun Palestin ditakluk, betapa malunya kita sebagai umat Islam hari dengan kelengkapan serba serbi peralatan persenjataan masih tidak terdaya membebaskan bumi Palestin, malah Masjid al-Aqsa juga dikuasai rejim Yahudi. Kalau dilihat dari sudut logik akal manusia, negara Israel dilingkungi beberapa negara Arab yang kaya dengan senjata minyak seperti Arab Saudi, Kuwait, Iraq, Syria, Lubnan, Bahrain, Oman, Yaman dan sebagainya sepatutnya pada 1948, orang-orang Arab berjaya menghalang penubuhan negara haram itu, namun ia tidak berlaku. Sebabnya, para pemimpin Arab hanya banyak menganjurkan persidangan menjaga kepentingan mereka daripada memikirkan keselamatan rakyat bangsa Palestin yang ditindas, dianiayai, dinafikan hak mereka sepanjang 60 tahun, iaitu satu jangka masa yang begitu lama mengatasi usia Malaysia merdeka (51 tahun).
Imam Syahid Hasan al-Banna pengasas Gerakan Ikhwanul Muslimin pernah mengemukakan pandangannya kepada Perdana Menteri Mesir pada masa itu, Noqrashi Basha agar membantu rakyat Palestin dengan menghantar pasukan tentera ke Palestin bagi menghadapi segala kemungkinan agar kuasa asing tidak bertapak di kawasan yang diduduki bangsa Arab, apatah lagi beragama Islam. Pandangannya itu bukan mahu membangkitkan isu kebangsaan, malah kebimbangannya terhadap pengaruh bukan Islam akan masuk ke dalam negara-negara yang dihuni oleh orang Arab.
Noqrashi menolak pandangannya itu malah bertindak mengharamkan segala aktiviti gerakan Ikhwanul Muslimin. Imam Hasan tidak berputus asa dan mengerahkan unit pasukan jihad gerakan itu supaya pergi ke Palestin bertujuan untuk membantu rakyat negara itu, walau bagaimanapun tentera-tentera yang dihantar itu ada yang mati syahid dan ada yang sempat pulang semula ke Mesir dengan pelbagai kesusahan yang menanti mereka. Kejatuhan Palestin di tangan Israel disifatkan oleh Imam Hasan sebagai satu kesilapan dan pengkhianatan besar ke atas rakyat Palestin yang beragama Islam. Selang tidak berapa lama selepas kejatuhan Palestin, pada 12 Februari 1949, Imam Hasan ditembak mati secara misteri tanpa seorang pun yang tahu kejadian itu hingga ahli keluarganya juga tidak dapat mengesan di manakah jenazahnya di kuburkan hingga hari ini. 1948 dikenali sebagai tahun perang Arab?Israel
Perang Arab-Israel 1948, dikenali juga sebagai Perang Kemerdekaan Israel, adalah merupakan perang yang pertama di dalam satu siri peperangan antara negara Israel dan negara jiran Arabnya dalam konflik Arab-Israel. Bagi orang Yahudi Israel, peperangan ini menandakan kejayaan penubuhan negara Israel, tetapi bagi orang-orang Arab Palestin, ia menandakan permulaan bagi peristiwa-peristiwa yang dirujuk daripada bahasa Arab sebagai 'Al-Nakba' yang bermaksud 'malapetaka', perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pengusiran keluar beratus-ratus ribu penduduk Palestin tempatan dari negara Israel yang baru dibentuk, dan kemudiannya pelarangan pihak Israel kembali ke kampung halaman mereka. Pada tahun 1947, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mencadangkan memisahkan tanah Palestin kepada negara Yahudi dan negara Arab, satu rancangan yang ditolak oleh masyarakat Arab. Mandat British terhadap Palestin sepatutnya berakhir pada 15 Mei 1948, tetapi kepemimpinan Yahudi, diketuai oleh bakal Perdana Menteri David Ben-Gurion, telah mengisytiharkan kemerdekaan pada 14 Mei. Kemerdekaan Israel dengan cepatnya diiktiraf oleh Kesatuan Soviet, Amerika Syarikat, dan banyak negara lain. Pada akhir Mei 1948, 6000 tentera Syria, 4500 Iraq, 6000 Transjordan, 1000 Lubnan dan 5000 Mesir telah melancarkan serangan terhadap negara Israel yang baru lahir. Namun, mereka ditewaskan oleh Israel yang berjaya menawan hampir setengah wilayah yang diberikan oleh PBB kepada penduduk Arab serta Baitulmaqdis Barat. Dalam perjanjian gencatan senjata, Semenanjung Gaza diserahkan kepada Mesir, manakala Tebing Barat diserahkan kepada Jordan, dan tanah mandat British terhadap Palestin dahulu yang lain menjadi Israel.

Tragedi Sabra dan Shatila
Umum di kalangan umat Islam mengetahui, bahawa Yahudi adalah satu bangsa yang paling jahat di dunia, justeru Rasulullah s.a.w. ada menegaskan dalam salah satu hadisnya yang bermaksud: Tidak akan boleh dua agama berada dalam satu negara (ia merujuk kepada Semenanjung Tanah Arab iaitu antara Islam dan Yahudi). Pada zaman pemerintahan Sayidina Omar bin al-Khattab, beliau telah mengusir saki baki etnik Yahudi yang masih tinggal di Madinah, ekoran daripada peristiwa pengusiran itu, maka bangsa Yahudi tidak ada sebuah negara khusus, ada di kalangan mereka yang bertempiaran lari ke Eropah, Asia, Amerika dan benua Afrika yang dikenali sebagai Fallasyah.
Mereka menyimpan rasa dendam kesumat khususnya terhadap bangsa Arab dan agama Islam, justeru mereka akan perlakukan apa sahaja terhadap orang Arab tidak kira orang-orang tua, kaum wanita dan kanak-kanak walaupun ia dianggap melanggar hak asasi manusia, sehingga hari ini kekejaman mereka tidak diseret ke mahkamah antarabangsa. Penyembelihan Sabra (Shatila/Chatila) berlaku pada September 1982, di Beirut, Lubnan, dalam kawasan di bawah kawalan Israel, oleh Nasrani Lubnan sebagai bukti kekejaman mengatasi undang-undang. Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyifatkannya sebagai 'penghapusan kaum (genocide)' - satu istilah yang mempunyai kesan perhakiman antarabangsa. Kebanyakan perdebatan bertumpu kepada tanggungjawab Israel.

Tuduhan terhadap Israel
Berita penyembelihan tersebut tersebar melalui media seluruh dunia. Berikutan kontroversi itu, pihak Israel membentuk Suruhanjaya Penyiasatan yang diketuai oleh bekas Hakim Agung Kahan. Laporan tersebut termasuk bukti daripada kakitangan tentera Israel, termasuk juga tokoh politik, dan pegawai Phalange. Dalam laporan ini, diterbitkan pada musim bunga 1983, Suruhanjaya menyatakan bahawa tidak terdapat bukti unit Israel terbabit dalam penyembelihan secara langsung, tetapi ia adalah sepenuhnya dilakukan oleh Elie Hobeika dan orang-orangnya. Bagaimanapun, Suruhanjaya Kahan merakamkan bahawa kakitangan tentera Israel telah menyedari mengenai penyembelihan yang berlaku beberapa kali tanpa melakukan sebarang tindakan serius untuk menghentikannya, dan juga laporan mengenai penyembelihan sedang berlaku dilaporkan kepada menteri Kabinet Israel. Ia mencadangkan bahawa Menteri Pertahanan Israel pada waktu itu, Ariel Sharon berhenti atau dipecat dan juga mengutuk serta mencela beberapa pegawai perisikan dan tentera. Yang lain tidak bersetuju dengan laporan tersebut. Pembunuhan beramai-ramai itu bukan merupakan tindakan membalas dendam terhadap pembunuhan Bachir Gemayel yang dilakukan secara spontan tetapi merupakan satu operasi yang telah dirancang terlebih dahulu bertujuan memberi kesan terhadap perpindahan beramai-ramai rakyat Palestin daripada Beirut serta bahagian-bahagian lain di Lubnan.
Penglibatan Israel dalam pembunuhan terhadap rakyat Palestin telah mewujudkan satu corak perjuangan politik yang mengusutkan melalui tindakan keganasan massa terhadap orang awam, termasuk wanita, kanak-kanak dan orang tua.

Terbentuk Hamas bagi pembebasan al-Aqsa
Hamas adalah singkatan Harakat al-Muqawama al-Islamiyya, Gerakan Penentang Islam merupakan satu pertubuhan Islam Palestin yang ketika ini (sejak pilihan raya Januari 2006) parti berkuasa Pihak Berkuasa Palestin. Berikutan pilihan raya itu, pemimpinnya, Ismail Haniyeh telah dilantik menjadi Perdana Menteri Palestin. Namun, pada 14 Jun 2007, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah membubarkan parlimen dan memecat kerajaan Palestin bersatu yang diketuai oleh Hamas akibat pertempuran antara Hamas dan Fatah di Gaza. Abbas telah melantik Salam Fayyad sebagai pengganti Ismail Haniyeh. Hamas diasaskan oleh Syeikh Ahmed Yassin dari bahagian Gaza al-Ikhwanul al-Muslimun. Sejak penubuhannya, Hamas telah melancarkan serangan terhadap penduduk Israel, negara yang menakluki wilayah Palestin. Piagam Hamas menyeru supaya negara Israel dimusnahkan dan digantikan dengan sebuah negara Islam. Hamas sering menunjukkan sentimen anti-Israel dan berjuang untuk mengusir pihak Israel keluar dari Palestin melalui Jihad. Dalam pilihan raya umum 2006, Hamas berjaya memenangi jumlah kerusi yang terbanyak dalam parlimen dan telah membentuk kerajaan baru. Hal ini membuktikan populariti Hamas berbanding dengan Fatah yang dianggap tidak berkesan dan tidak berakhlak oleh penduduk Palestin. Hamas juga melaksanakan beberapa program kebajikan di wilayah Palestin, termasuk menabung sekolah, rumah yatim piatu dan klinik kesihatan. Pertempuran antara kumpulan militan Fatah dan Hamas sejak pilihan raya Januari 2006 telah banyak berlaku, dan menyebabkan kemusnahan infrastruktur dan kegawatan ekonomi. Hamas dianggap sebagai pihak pengganas oleh Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Australia, Israel, Jepun dan Kesatuan Eropah. Selepas kemenangan Hamas dalam pilihan raya 2006, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah telah menyekat bantuan ekonomi kepada Palestin, demi memulaukan Hamas. Pada 8 Februari 2007, Hamas telah bersetuju mangagihkan kuasa antara pihak Hamas dan Fatah dengan harapan menghentikan sekatan itu. Namun, Israel dan Amerika Syarikat masih tidak berpuas hati dengan penglibatan Hamas dalam kerajaan. Pertempuran antara Hamas dan Fatah diteruskan sehingga Jun 2007, apabila Mahmoud Abbas membubarkan parlimen untuk melantik kerajaannya sendiri. Tindakan ini ditentang habis-habisan oleh Hamas. Pada hari yang sama itu, militan Hamas berjaya menguasai seluruh Jalur Gaza dan menghancurkan pengaruh dan kuasa Fatah di kawasan tersebut. Syeikh Ahmad Yasin, Dr Abdul Aziz Rantisi dibom hingga matiBagi mengurangkan pengaruh jihad di kalangan rakyat Palestin, maka rejim Yahudi telah mengupah tali barutnya di kalangan rakyat dan bangsa Arab Palestin sendiri supaya memantau kegiatan yang dilakukan oleh Syeikh Ahmad Yasin, bukan sahaja pengasas Hamas, malah beliau dianggap sebagai pemimpin kerohanian yang membangkitkan semangat jihad menghadapi golongan Yahudi. Risikan demi risikan melibatkan jangka waktu tertentu, hingga pada tarikh 20 Mac 2004, setelah selesai solat Subuh, Syeikh Ahmad keluar dari masjid dan satu serangan peluru berpandu dilancarkan dari bumi Israel menepati tubuh badan al-marhum Syeikh Ahmad yang menyebabkan beliau syahid di situ juga. Pada 17 April 2004, giliran pemimpin Hamas, Dr Abdul Aziz Rantisi pula menemui syahid, apabila beliau dibedil oleh serangan helikopter yang menyebabkan beliau mati syahid, kepimpinan Hamas diterajui oleh Khaled Masy'al yang berada dalam buangan di Damsyiq, Syria hingga ke hari ini.
Nakbah 60 tahun Palestin perlu sambut perjuangan ulama
Sejarah Palestin telah mencatatkan beberapa individu di kalangan pahlawan dan ulama Islam yang tidak kurang penting untuk disambut sebagai membangkitkan cetusan jihad menentang musuh Allah yang tidak akan berkesudahan hingga berlakunya kiamat. Nama-nama seperti Sultan Salahuddin al-Ayubi, Imam Syahid Hasan al-Banna, Syeikah Ahmad Yasin, Dr Abdul Aziz Rantisi perlu diajarkan kepada para remaja bagi mengembalikan kemuliaan Islam di dalam negara masing-masing bagi mendaulatkan Islam sebagai satu cara hidup yang sempurna.

Selasa, 13 Mei 2008

Selangor jadi 'Hub Ilmuwan'... Melaka Jadi Hub Hiburan ..

KLANG, 12 Mei (Hrkh) - Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pemodalan Insan Selangor, Dr Halimah Ali sedang merancang projek 'Jejak Ilmuan Selangor' yang bakal dilaksanakan pada Jun nanti. Menurut beliau, kerajaan Pakatan Rakyat akan berusaha untuk menjadi Selangor sebagai 'Hub Ilmuwan' iaitu pusat tokoh-tokoh ilmuwan. "Kita tahu institut pengajian tinggi (IPT) terbaik, terbanyak, terkini ada di Selangor tetapi ia masih tidak diperkasakan," katanya ketika ditemui di Pejabat Adun, Selat Kelang, baru-baru ini. Beliau kesal kerana tokoh keilmuan yang boleh dijadikan role model tidak diiktiraf oleh masyarakat Selangor sebaliknya mereka lebih mengkagumi artis dan penggiat seni.
Katanya, dalam bulan Jun nanti kerajaan negeri akan mengumpulkan semua tokoh ilmu bagi mengiktiraf nilai sumbangan mereka dan memperkasakan imej mereka. Tambah Dr Halimah, untuk jangka masa panjang kerajaan Selangor berhasrat melahirkan ilmuwan baru dengan memperkenalkan bakal-bakal ilmuwan di kalangan para pelajar terpilih. "Sekarang kita hendak jadikan Selangor seumpama 'magnet' supaya tokoh-tokoh keilmuan ini kembali semula ke Selangor," katanya. Dalam pada itu beliau berbangga dengan pencapaian Universiti Industri Selangor (Unisel) yang baru-baru ini telah mendapat anugerah antarabangsa dalam pertandingan merekacipta satelit.
Katanya, pelajar Unisel juga mampu mencipta perahu daripada simen yang terapung dan ia boleh digunakan untuk membina rumah pasang siap. Kosnya pula lebih murah dan ia turut boleh dikomersialkan.

Jumaat, 2 Mei 2008

KES ZAHID HAMIDI DIBONGKAR??

Pendedahan Jenayah Ahmad Zahidi Hamidi itulah tajuk buku yang dikesan sedang diedarkan secara percuma kebelakangan ini. Buku yang diterbitkan atas nama Anak Kelantan Prihatin itu memuatkan dakwaan seorang lelaki bernama Amir Bazli Abdullah yang didakwa dipukul oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sehingga menyebabkan kecederaan kekal di wajahnya. Kejadian itu berlaku di Country Height,Kajang pada 16 Januari 2006. Laporan mengenainya pernah keluar dalam beberapa buah akhbar dan internet. Waktu kejadian itu Zahid ialah Timbalan Menteri Penerangan. Selain Zahid semasa kejadian itu ada beberapa orang lain termasuk anak lelaki dan menantu beliau. Wartawan Agendadaily mendapat satu naskah buku itu pada malam berlangsung mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di tingkat 38 PWTC Selasa lalu. Sewaktu berjalan menuju ke menara Dato Onn di mana terletaknya ibupejabat UMNO seorang rakan menunjukkan sampul surat berisi sebuah buku kecil dan sekeping VCD.
Katanya ada orang yang letak sebilangan naskah buku dan VCD dekat sebuah tangga di bangunan itu. Ikut ceritanya ia ditemui pada hari berlangsung mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di situ petang Isnin. Ini adalah taktik biasa mereka yang nak sebarkan bahan-bahan seperti itu. Berdasarkan dakwaan Amir Bazli dalam rakaman yang dipaparkan dalam VCD itu insiden dia dipukul itu berpunca daripada hubungan cintanya dengan anak Zahid bernama Nuruhidayah yang tidak direstui. Difahamkan waktu itu Nuruhidayah masih bersuami.Namun rumahtangga mereka dikatakan menjadi tegang ekoran hubungan itu. Berdasarkan cerita yang dipaparkan, Amir Bazli memberikan perincian peristiwa yang berlaku bermula dengan perkenalannya dengan Nurulhidayah sehinggalah kepada insiden beliau didakwa menculik Nurulhidayah dan anaknya. Untuk rekod, Amir Bazli pernah menjadi anggota konvoi motosikal besar yang diketuai oleh Zahid dan gambar mereka berdua dimuatkan dalam buku berkenaan. Bagi menguatkan dakwaannya, Amir Bazli memuatkan beberapa dokumen seperti laporan polis, laporan perubatan Hospital USM Kubang Kerian, surat menyurat dengan pihak polis dan pejabat Peguam Negara, afidavit penafian Zahid, serta bukti penyewaan rumah tempat beliau didakwa mengurung Nurulhidayah yang dokumen penyewaan itu ditandatangani oleh Nurulhidayah sendiri sebagai saksi. Selain itu, buku tersebut turut memuatkan gambar-gambar Amir Bazali dengan Nurulhidayah dan anaknya (cucu Zahid) semasa mereka berada di Kelantan sebagai menguatkan hujahnya menafikan Nurulhidayah diculik olehnya dan dilarikan ke Kelantan.

Antara gambarnya menunjukkan Amir Bazli sedang bermain dalam kolam renang dengan anak Nurulhidayah.
Gambar yang disiarkan dalam buku berkenaan agak berkualiti kerana cetakan buku itu dan VCD berkenaan adalah berkualiti tinggi. Ia bukan jenis cetakan fotokopi yang kebiasaannya oleh mereka yang mengedar surat layang. Secara keseluruhannya, buku tersebut selain penuh dengan dakwaan tentang apa yang berlaku ialah untuk meminta pihak yang berkuasa untuk memberikan keadilan kepada Amir Bazli. Kesimpulan yang boleh dibuat ia satu usaha terancang dan sasarannya ialah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu. Malah sebelum pilihanraya umum baru ini timbul cakap-cakap karier politik Zahid mungkin terjejas kerana insiden berkenaan. Namun ia meleset.Beliau bertanding semula di kerusi parlimen Bagan Datoh dan kemudiannya dilantik pula sebagai menteri. Soalnya kenapa sekarang tiba-tiba ada usaha pihak tertentu untuk ' tembak' Zahid mengunakan buku dan VCD insiden itu? Zahid nampak tenang saja ketika Agendadaily kebetulan bersua dengannya dekat pintu masuk bangunan Parlimen pagi Rabu sebelum sidang Dewan Rakyat hari pertama bermula.

"Apa cerita ni?,"katanya secara berjenaka ketika merujuk kepada laporan ringkas Agendadaily bertajuk "Buku Jenayah Menteri" yang disiarkan hari itu yang telah dibacanya. Lepas itu dengan nada yang lebih serius menteri itu mengakui beliau sudah tahu mengenai pengedaran buku dan VCD itu. "Ini semua cerita lama… polis dah siasat …tujuh orang anggota polis datang ambil keterangan dari saya.Dalam parlimen pun pernah dibangkitkan.Ada suratkhabar yang dah laporkannya. "Sekarang dah tak ada apa…. bagi saya ia bermotif politik.Saya dilantik menteri dan kemudiannya ada orang cakap saya nak bertanding Naib Presiden UMNO…mulanya semua ini keluar balik,"katanya. Menjawab satu soalan Zahid berkata Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tahu mengenai kes itu. Kepada soalan lain beliau mengakui berada di tempat kejadian dimana Ahmad Bazli mendakwa dia dipukul. Zahid menjelaskan kes itu melibatkan banyak hal-hal tidak dapat diceritakannya kerana ia terlalu peribadi. "Bagaimana saya nak ceritakan supaya semua orang faham sedangkan banyak yang tidak dapat saya ceritakan kepada umum,"katanya. Beliau seterusnya bertanya, "cuba bayangkan saudara ada anak perempuan yang berdepan dengan keadaan itu.Ada hal yang kita boleh ceritakan kepada umum dan ada yang memang kita tak boleh.Masalahnya bila gambaran sebenar tidak dapat diberi orang boleh putarbelitkan macam-macam cara." Menurut Zahid sebelum ini ada kalangan rakan politik termasuk ahli parlimen yang bertanya sendiri kepada beliau mengenai kes itu. "Selepas saya jelaskan keadaan sebenarnya… mereka baru faham,"katanya. Zahid juga beritahu kepada Agendadaily secara off the record beberapa hal mengenainya untuk menjelaskan apa yang dimaksudkannya sebagai terlalu peribadi itu

Selasa, 8 April 2008

Kampus Universiti Al-Azhar di Rembau

SEREMBAN: Demi memartabatkan umat Islam, Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS) memperuntukkan kira-kira RM9 juta untuk membina kampus cawangan Universiti Al-Azhar di Rembau, dekat sini.Ketua Biro Pendidikan YSNS, Salahuddin Azarai, berkata kampus lengkap itu akan dibina di kawasan seluas kira-kira 20 hektar di Kilometer 35, Jalan Seremban-Tampin.Beliau berkata, majlis pecah tanah tapak kampus berkenaan dijadualkan Sabtu ini, bakal menjadi mercu tanda baru bagi Negeri Sembilan sekali gus meletakkan negeri ini dikenali di rantau ini.“Pembinaan kampus cawangan Universiti Al-Azhar di negeri ini bukan saja membuka lembaran baru kepada negeri ini, malah dalam sejarah universiti itu sendiri kerana ia menjadi kampus pertama diadakan di luar Mesir, sebagai sumber rujukan dan tempat melahirkan lebih ramai cendiakiawan Islam pada masa depan.“Matlamat kami penubuhan kampus Malaysia ini adalah bagi menyediakan tempat untuk melahirkan pemimpin dan ulama yang berketrampilan dari segi ilmu, keperibadian dan pemikiran yang seiring dengan kemajuan dunia.“Selain itu membantu menjayakan inisiatif kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab pengajian tinggi serantau sekali gus memacu negara ini ke arah destinasi pengajian tinggi peringkat antarabangsa,” katanya di sini, semalam.Katanya, pembinaan kampus yang dijangka siap dalam tempoh 18 bulan akan mengandungi bangunan pentadbiran, dewan kuliah, dewan syarahan, pusat sukan, perpustakaan dan kafeteria.Salahuddin berkata, idea mewujudkan kampus ini dicetuskan bekas tokoh Maal Hijrah Negeri Sembilan yang juga Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Sheikh Muhammad Fuad Kamaluddin, yang berasal dari Rembau.“Langkah mewujudkan kampus itu adalah bagi menyahut cabaran dan merebut peluang yang diberikan pengurusan universiti berkenaan bagi meneruskan misi Al-Azhar yang dibina sejak 1,000 tahun lalu.