SEREMBAN: Demi memartabatkan umat Islam, Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS) memperuntukkan kira-kira RM9 juta untuk membina kampus cawangan Universiti Al-Azhar di Rembau, dekat sini.Ketua Biro Pendidikan YSNS, Salahuddin Azarai, berkata kampus lengkap itu akan dibina di kawasan seluas kira-kira 20 hektar di Kilometer 35, Jalan Seremban-Tampin.Beliau berkata, majlis pecah tanah tapak kampus berkenaan dijadualkan Sabtu ini, bakal menjadi mercu tanda baru bagi Negeri Sembilan sekali gus meletakkan negeri ini dikenali di rantau ini.“Pembinaan kampus cawangan Universiti Al-Azhar di negeri ini bukan saja membuka lembaran baru kepada negeri ini, malah dalam sejarah universiti itu sendiri kerana ia menjadi kampus pertama diadakan di luar Mesir, sebagai sumber rujukan dan tempat melahirkan lebih ramai cendiakiawan Islam pada masa depan.“Matlamat kami penubuhan kampus Malaysia ini adalah bagi menyediakan tempat untuk melahirkan pemimpin dan ulama yang berketrampilan dari segi ilmu, keperibadian dan pemikiran yang seiring dengan kemajuan dunia.“Selain itu membantu menjayakan inisiatif kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab pengajian tinggi serantau sekali gus memacu negara ini ke arah destinasi pengajian tinggi peringkat antarabangsa,” katanya di sini, semalam.Katanya, pembinaan kampus yang dijangka siap dalam tempoh 18 bulan akan mengandungi bangunan pentadbiran, dewan kuliah, dewan syarahan, pusat sukan, perpustakaan dan kafeteria.Salahuddin berkata, idea mewujudkan kampus ini dicetuskan bekas tokoh Maal Hijrah Negeri Sembilan yang juga Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Sheikh Muhammad Fuad Kamaluddin, yang berasal dari Rembau.“Langkah mewujudkan kampus itu adalah bagi menyahut cabaran dan merebut peluang yang diberikan pengurusan universiti berkenaan bagi meneruskan misi Al-Azhar yang dibina sejak 1,000 tahun lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan