Followers

Selasa, 8 April 2008

KALAU DIA NAK BALIK .... KALAU TAK NAK ???

PUTRAJAYA: “Jika dia setuju nak balik ke negara ini, masalahnya lebih mudah diselesaikan,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang diberi mandat menyelesaikan masalah remaja genius matematik, Sufiah Yusof, 23, yang terbabit dalam pelacuran di London.Bagaimanapun, kata Dr Mashitah, persoalannya sama ada dia bersetuju untuk dibawa pulang. Beliau berkata demikian kerana menyedari terdapat kekangan dari segi perundangan berikutan Sufiah warga Britain dan sebarang campur tangan secara langsung akan hanya mengundang masalah antara kedua-dua negara.“Ruang untuk campur tangan secara langsung amat kecil. Jika kita ambil pendekatan keterlaluan, ia akan tinggalkan kesan tak baik antara kedua-dua negara,” katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi di sini, semalam.Dr Mashitah berkata, beliau tidak akan terburu-buru ke London bagi mengesan dan seterusnya membantu menyelesaikan masalah Sufiah tanpa ada sebarang petunjuk kukuh mengenai lokasi sebenar tempat tinggalnya ketika ini.“Mungkin selepas kisahnya disiarkan akhbar di sana, dia menyembunyikan diri dan usaha mengesannya semakin sukar.“Sudah tentu saya tidak akan ke sana (London) tanpa ada strategi tertentu,” katanya.Berikutan itu, beliau berkata, satu daripada langkah terbaik buat masa ini ialah bekerjasama dengan Kesatuan Melayu United Kingdom dan persatuan pelajar Malaysia bagi mengesan Sufiah.“Saya juga akan cuba mendapatkan bantuan daripada saudara-maranya berikutan saya dimaklumkan, Sufiah tidak lagi rapat dengan ibunya,” katanya.Mengenai tempoh pemulihan yang diperlukan Sufiah berikutan kemungkinan gangguan emosi membuatkannya terbabit dalam pelacuran meskipun mempunyai otak geliga, Dr Mashitah berkata, ia mungkin mengambil masa panjang berikutan bukan saja membabitkan emosi, tetapi juga daripada psikologi.“Namun, kita akan berusaha dengan gigih bagi membantunya kerana kita mempunyai tanggungjawab untuk menyelamatkan akidahnya. Kita berasa sungguh rugi kerana intelektual sepertinya sudah tersasar jauh daripada ajaran Islam,” katanya.Sementara itu, siasatan awal Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di London mendapati Sufiah meninggalkan pengajiannya di Oxford sejak 2000.
BETAH PENDEKARSERKAM :
tupun kalau si sufiah tu nak balik .. kalau tak nak balik hantau jer DR. Mashitah gi sana, lain kali jangan suka-suka keluarkan statement yang bukan-bukan .. kan Allah Ta'ala dah tunjuk .

Tiada ulasan: