Followers

Khamis, 29 Mei 2008

STATEMENT CHEGU BARD

" Saya Badrul Hisham Bin Shaharin, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Parti Keadilan Rakyat dengan ini menafikan mempunyai hasrat memasuki Umno dan menolak dikaitkan dengan kemasukan Saudara Mohamad Ezam Mohd Nor ke dalam Umno.
Saya juga menafikan bahawa Ezam ada memujuk saya memasuki Umno dan jauh lagi menawarkan habuan untuk saya memasuki Umno atau keluar keADILan. Saya kurang pasti niat mengenai laporan perbagai media yang melaporkan ada pertemuan sulit saya dan Ezam. Memang diakui saya ada bertemu beliau dan kerap berhubung dengan beliau mutaakhir ini, sebagai seorang teman. Tiada pertemuan sulit. Kami membincangkan secara serius mengenai masa depan GERAK sebuah gerakan muda yang memfokuskan usaha pembenterasan rasuah dan pemerkasaan demokrasi yang saya terlibat membantu Ezam menubuhkanya.GERAK telah diserahkan kepada sekumpulan anak muda untuk mengekalkan sikap non partisan demi matlamat kelahiranya yang lebih besar.

Sebelum ini saya mengelak memberikan komen kerana melihat perkembangan Ezam yang sememangnya sudah setahun lebih keluar parti tidak perlu diperbesarkan. Saya tidak mahu terperangkap untuk memberi komen dalam peristiwa yang kurang penting. Saya selaku MPT yang di pilih melalui pertandingan parti tidak akan sekali kali mengkhianati mandat yang diberikan kepada saya oleh perwakilan parti.Ezam masih teman saya. Semoga beliau tidak 'hanyut' dalam Umno.Saya kini dan saya percaya teman MPT yang lain juga sedang secara serius dan bersungguh - sungguh mempersiapkan keADILan dan PAKATAN yang berada di peringkat akhir untuk mengambil alih kerajaan pusat. Saya menyeru seluruh pimpinan, ahli parti dan aktivis reformasi terus bekerja keras demi merialisasikan agenda pemerkasaan kedaulatan rakyat.

Salam REFORMASI.

BADRUL HISHAM SHAHARIN

Majlis Pimpinan Tertinggi

Parti Keadilan Rakyat

http://chegubard.blogspot.com

chegubard@gmail.com

Tiada ulasan: