Followers

Sabtu, 17 Mei 2008

SAH .. MAHKAMAH SYARIAH LEMAH

Mahkamah Syariah Pulau Pinang hari ini membenarkan seorang mualaf - Siti Fatimah Tan Abdullah - keluar daripada Islam.Hakim Othman Ibrahim berkata mahkamah tiada pilihan selain membenarkan permohonan Siti Fatimah, seorang tukang masak, keluar dari Islam dan kembali ke agama asalnya Buddha.Othman berkata mahkamah tiada pilihan dan mengumumkan Siti Fatihah bukan lagi seorang Islam kerana dia tidak pernah mengamalkan ajaran Islam.Oleh itu, beliau mengarahkansupaya dibatalkan sijil (Siti Fatimah) memeluk Islam.Siti Fatimah atau Tan Ean Huang, 38, berkata dia tidak pernah mengamalkan ajaran Islam sejak memeluk agama itu pada 1998.Katanya, dia memeluk agama Islam untuk berkahwin dengan seorang rakyat Iran, Ferdoun Ashanian.Pasangan itu berkahwin pada tahun 2004 tetapi suaminya telah meninggalkannya. Ekoran itu dia memfailkan permohonan untuk keluar Islam.Siti gembiraOthman berkata, adalah jelas dari keterangan saksi dan bukti-bukti yang dikemukakan bahawa Siti Fatimah telah kembali mengamalkan ajaran Buddha walaupun selepas memeluk Islam.Beliau menegur majlis agama Islam negeri kerana tidak memberi khidmatan nasihat dan menjaga kebajikan para mualaf.Dalam kes ini, tambahnya, adalah jelas majlis tersebut gagal memenuhi tanggungjawab dan akibatnya adalah apa yang berlaku hari ini.Siti Fatimah berkata beliau gembira dengan keputusan mahkamah tersebut.Katanya, dia merasa lega kerana selepas dua tahun lamanya, kesnya telah dapat diselesai untuk membolehkannya meneruskan kehidupannya.

Tiada ulasan: