Followers

Sabtu, 24 Mei 2008

Cina lulusan Azhar boleh jadi MB

Menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata jawatannya itu boleh disandang oleh orang Cina asalkan beliau berkelulusan Universiti al-Azhar."Kalau ada orang Cina yang keluar dari al-Azhar, saya sanggup (serahkan jawatan menteri besar)," katanya.Menurut laporan Bernama, Nik Aziz menegaskan demikian ketika berucap dalam ceramah anjuran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor di Klang malam tadi. Di majlis yang sama, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pula berkata kejayaan Pakatan menguasai lima negeri selepas pilihanraya umum baru-baru ini menandakan satu anjakan paradigma telah berlaku dalam kalangan rakyat di negara ini. Beliau berkata ia dibuktikan apabila kaum Cina dan India bertindak mengundi calon PAS manakala penyokong PAS turut mengundi DAP dan PKR. "Kita telah berjaya pecahkan tembok pemisah antara kaum yang gagal dipecahkan oleh Umno," katanya.

Tiada ulasan: