Followers

Sabtu, 24 Mei 2008

ELAKKAN NASI BUNGKUS ??

WANITA solehah perlu sabar mengerjakan perintah Allah dan melayan kerenah suami, menjauhi segala prasangka, tidak berhias berlebihan ketika keluar rumah sebaliknya menghiasi diri bagi memikat hati pasangan demi kerukunan rumah tangga.Mereka jangan memandang remeh tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada anak serta menghormati jiran tetangga.
Penceramah bebas, Datuk Dr Fatimah El-Zahrah, berkata wanita solehah tidak sepatutnya menghidangkan mi segera atau nasi bungkus kepada suami jika mahukan keharmonian berpanjangan walaupun sibuk sekalipun.“Wanita solehah mesti menunaikan amanah Allah dan Rasul-Nya, taat kepada suami, ibu penyayang kepada anak dan jiran beretika, selain menunaikan tanggungjawab sebagai Muslimah,” katanya di majlis ceramah sempena Hari Ibu, baru-baru ini.Ceramah itu bertemakan ‘Isteri Sejati, Ibu Mithali, Keluarga Harmoni' dianjurkan Biro Muslimah Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes, dekat Rawang, Selangor.Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sempena majlis itu, termasuk acara zikir munajat dijayakan bekas pelajar tahfiz dari Kajang, Selangor dan pameran koleksi busana Muslimah.Dr Fatimah turut memberikan beberapa panduan kepada Muslimah supaya kerukunan rumah tangga berkekalan.“Wanita solehah juga seharusnya tidak bercakap dalam telefon dengan bukan muhram dengan suara manja kerana itu boleh menimbulkan fitnah.“Semasa di rumah, jangan asyik bergayut di telefon dan menghantar sistem pesanan ringkas.“Semasa di rumah, mereka mestilah berhias dengan baik bagi memikat hati suami. Jangan pula menghias diri berlebihan ketika keluar rumah,” katanya.Beliau juga menceritakan satu kisah seorang wanita yang taat pada suami pada zaman Rasulullah s.a.w, sehingga tidak menziarahi ibunya yang meninggal kerana tidak mendapat keizinan suami yang keluar untuk berperang.

Tiada ulasan: