Followers

Sabtu, 31 Mei 2008

Umno akan terus kucar-kacir sehingga Disember - Che Mat

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Hrkh) - Umno-BN dijangka akan terus mengalami pergolakan dan perpecahan sehingga Disember ini.Pandangan tersebut dilontarkan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu kepada Harakahdaily dekat sini ketika memberikan penjelasan berhubung kenyataan mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Dato' Wan Abdul Rahim yang memohon maaf kepada Suruhanjaya Pilihan Raya semalam."Umno akan terus begini sehingga Disember apatah lagi selepas pemilihan dan pelantikan pucuk kepimpinan akan datang," katanya.

Tambahnya, keadaan akan menjadi lebih parah sekiranya kerajaan bertukar tampuk kepimpinan kepada Pakatan Rakyat.Bahkan katanya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan meneruskan siri serangan beliau menerusi satu program ucaptama yang akan berlangsung di Hotel Crystal Crown Petaling Jaya pada jam 9 pagi esok.Mengulas mengenai kembalinya Pengerusi Gerak, Ezam Mohd Nor semula ke pangkuan Umno, Mohamad yang merupakan Pengerusi Mobilisasi Demokrasi berpendapat ia tidak akan banyak mengubah keadaan dalaman Umno yang telah sedia kucar-kacir."Tindakan Ezam tersebut merupakan pilihan beliau secara peribadi, cuma yang saya kurang pasti sekarang adalah sama ada prinsip perjuangan Ezam untuk membasmi rasuah dan penyelewengan dalam kerajaan boleh dilaksanakan melalui parti yang ditentangnya selama ini?" katanya.Ujarnya, terpulanglah kepada Ezam untuk meneruskan prinsip perjuangannya itu."Saya fikir Ezam perlu menjelaskan tindakan dan keputusan beliau itu sendiri kepada mereka yang pernah mengikuti ceramah dan rapat umum sebelum ini yang mengharapkan ianya dibuat," ujarnya.Sementara itu, Mohamad yang pernah mengetuai Jawatankuasa Perhimpunan 100,000 Rakyat pada 10 November lalu anjuran Bersih menyifatkan kenyataan yang dibuat Wan Abdul Rahim semalam sebagai bersifat peribadi."Sesiapapun yang membuat tuntutan maaf itu adalah pandangan peribadi, bahkan keputusan Mobilisasi Demokrasi dan Bersih akan meneruskan tuntutan kami sebelum ini termasuklah memorandum yang telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong tahun lalu."Walaupun Pakatan Rakyat berjaya menawan lima buah negeri dalam pilihan raya umum lalu, ia tidak bermakna sistem pilihan raya kita telah pun bersih dan baik," ujarnya lagi.ini kerana tegasnya, penyelewengan tersebut tenggelam oleh tsunami politik yang dilakukan oleh kebangkitan rakyat berdasarkan faktor luaran dan senario politik semasa ketika itu."Justeru, kejahatan dan penipuan oleh pihak SPR tidak dapat dihidu dan tidak kelihatan dengan ketara, namun kita mendapat maklumat calon Pakatan Rakyat tewas di beberapa tempat setelah pengiraan semula dijalankan," katanya.Jelasnya ini menyebabkan suatu suruhanjaya perlu ditubuhkan bagi menyiasat masalah ini."Kami tidak pernah berganjak daripada meneruskan tuntutan sebelum ini kerana kemenangan yang diperolehi Pakatan Rakyat bukanlah bermakna sistem pilihan raya di negara ini telah pulih dan bersih."Ia masih kotor dan tidak telus," katanya lagi.Bersih sebelum ini pernah mengemukakan empat tuntutan termasuk pembersihan daftar pemilih, mengkaji semula pelaksanaan undi pos, serta penggunaan dakwat kekal pada jari pengundi menerusi memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong pada 10 November lalu.

STRATEGI TERDESAK UMNO

Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan konsep ketuanan bangsa Malaysia yang dikemukakan Timbalan Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Razak adalah strategi terdesak Umno tatkala parti itu semakin tidak diterima umum. Bercakap kepada Harakah di Pejabat Pembangkang di Parlimen semalam, Presiden PAS berkata, konsep yang diperkenal Umno itu sebenarnya usaha terdesak untuk memenangi semula hati rakyat. PAS melihat Umno gagal menjadi pembela kepada rakyat pelbagai bangsa, malah ‘Ketuanan Melayu’ yang diagungkan Umno sejak dahulu tidak mampu membela nasib bangsa Melayu sendiri.

Pada pilihan raya umum lalu, Umno menerima tamparan hebat selepas parti tunggak kepada BN itu tidak menjadi pilihan kepada rakyat yang akhirnya bertukar kepada Pakatan Rakyat, ujarnya. Kini katanya perpecahan dalam Umno dengan keluarnya Tun Dr Mahathir Mohamad menambah kemelut dalaman parti itu yang akhirnya hanya akan menyebabkan parti itu tidak lagi relevan kepada rakyat Malaysia. Melihat kepada sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat semakin tinggi, Umno dilihat terpaksa menggunakan istilah baru (Ketuanan Bangsa Malaysia) untuk menarik kembali sokongan rakyat, ujarnya. Sementara itu Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa menyifatkan slogan yang dilaungkan Najib itu sebagai satu lagi strategi politik Umno. Umno terdesak tatkala parti itu berhadapan dengan masalah dalaman yang cukup serius yang menyebabkan rakyat kurang yakin dengan kepimpinan Umno, ujarnya

MASJID TEMPAT SOLAT ATAU TEMPAT PELANCONG ??

Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (PAS Titiwangsa) menggesa supaya kerajaan di bawah Kementerian Pelancongan memberi perhatian serius terhadap institusi masjid dalam negara dan tandas awam yang sering kali diabaikan termasuk oleh rakyat yang tidak prihatin. Kataya masjid merupakan sebuah monumen atau bangunan yang sepatutnya menjadi tarikan pelancongan dilihat tidak ‘mesra’ pelancong dan pelawat menyebabakan ia kurang mendapat sambutan. Ini terjadi katanya akibat kurangnya layanan mesra pihak kakitangan masjid terhadap pelancong untuk melawat dan mengehathui lebih mendalam tentang sejarah masjid di Malaysia ini “Masjid boleh dilawati hatta di dalam kawasan musollat (tempat sembahayang) oleh orang bukan Islam dengan syarat memakai pakaian yang disediakan ataupun pakaian yang tidak menjolok mata.
“Masalahnya, terdapat segelintir kakitangan masjid yang tidak mesra dan kurang menyambut baik dan memberi penerangan sekali gus menjejaskan imej agama Islam itu sendiri. Selain menyediakan katalog untuk masjid berkaiatan asal usul atau sejarah, risalah juga boleh disediakan bagi menerangkan tentang isu-isu yang membabitkan agama Islam yang sering kali disalah tafsir oleh orang bukan Islam termasuk para pelancong luar negara. “Saya pernah ke Sri Langka dan masjidnya menyediakan risalah kepada semua pihak sama ada untuk pelancong Kristian dan Buddha untuk tujuan tarikan pelancong dan penerangan yang sebenar.

Selain itu dalam sidang Dewan tadi beliau turut membangkitkan isu tandas awam yang masih lagi tidak mencapai standard atau ISO antarabangsa dan perlu diberi perhatian termasuk memberi kesedaran sivik kepada rakyat yang dilihat kurang mengambil berat soal kebersihan tandas awam. Sering kali dalam ceramah beliau menyatakan bahawa sebagai tanda aras kebersihan sesebuah institusi ataupun keluarga hendaklah memastikan kebersihan tandas diutamakan terlebih dahulu. “Kalau nak tahu tahap kebersihan sesebuah keluarga itu, tengok tandas mereka. Jika bersih itulah ’standard’ kebersihan mereka,” katanya yang meminta Kementerian Pelanciongan memeberi tumpuan kepada kelemahan aspek tandas awam dan masjid.

EZAM SUDAH TIDAK RELEVAN LAGI ..




KUALA LUMPUR: “Ezam sudah tidak relevan dengan politik Malaysia dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).” Demikian komen Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Shamsul Iskandar Mohamad ketika diminta mengulas kemasukan semula Mohamad Ezam Mohd Nor ke dalam Umno, semalam. Beliau berkata, PKR mencapai kejayaan yang baik dalam pilihan raya ke-12 tanpa Ezam dan Angkatan Muda juga berjaya di bawah kepimpinanannya. “Sebelum pilihan raya pun, beliau sudah tidak jadi ahli PKR dan kita tetap berjuang. “Alhamdulillah, dalam Parlimen, kita ada lapan wakil Angkatan Muda Keadilan dan akan teruskan perjuangan. “Bagaimanapun, saya nak ucap tahniah kepada Umno kerana bersetuju mengambil Ezam masuk semula ke dalam Umno. Saya tiada sebarang masalah,” katanya. Shamsul berkata, beliau percaya tidak akan ada ahli PKR khususnya Angkatan Muda yang akan mengikut jejak langkah Ezam.

Jumaat, 30 Mei 2008

Pakaian sekolah seksi - Respon Dewan Muslimat PAS

DMPP berpendapat bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia wajar memandang serius akan cadangan yang dikemukakan oleh PKPIM berhubung sistem pemakaian seragam pelajar-pelajar perempuan di sekolah. Sudah tentu keberanian mereka mengemukakan kritikan dan seterusnya cadangan itu adalah didorong oleh keyakinan mereka kepada agama dan nilai-nilai hidup Islam.Bahkan cadangan PKPIM itu wajar disambut dengan hikmah kebijaksanaan seorang menteri yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Adat dan budaya Melayu mengajar bangsanya agar berpakaian tidak menjolok mata, sopan dalam penampilannya dan santun dalam gerak langkahnya.Dicantikkan lagi dengan hadirnya Islam yang menganjurkan ummatnya menjaga batasan-batasan aurat. Justeru, apa jua tindakan menteri terbabit terhadap cadangan ini akan menjadi isyarat kepada generasi muda tentang pendirian Ketua Pemuda itu terhadap bangsa dan agamanya.Justeru, apakah salahnya Menteri Pelajaran, YB. Datuk Seri Hishamuddin Hussein Onn yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bersikap terbuka dengan cadangan PKPIM ini? Apa salahnya sekiranya PKPIM yang merupakan sebuah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (persatuan berdaftar) cuba mengambil sikap prihatin dan bertanggungjawab terhadap kelompok masyarakat mereka iaitu masyarakat pelajar?DMPP sedar bahawa pakaian bukanlah merupakan satu-satunya faktor terjadi dan seterusnya meningkatnya jenayah seksual. Ada banyak faktor yang terlibat bagi keadaan itu. Namun, DMPP menegaskan bahawa faktor pemakaian seseorang perempuan masih tergolong sebagai antara faktor pemangkin kepada berlaku dan meningkatnya jenayah tersebut. Justeru, bagi menghadapi apa jua krisis sosial dalam masyarakat termasuklah jenayah seksual misalnya, maka setiap faktor perlu dikenalpasti. Manakala tindakan bagi menangani krisis tersebut mesti dibuat dengan cara menanganinya satu persatu dan PKPIM sedang berusaha membantu kita bagi menangani punca masalah ini dengan mengambil tanggungjawab ke atas faktor pakaian.

DMPP percaya bahawa adalah tidak wajar untuk mana-mana pihak melenting terhadap cadangan PKPIM ini. Mengapa perlu setiap kali kita bicara soal pakaian maka kelihatan beberapa pihak akan mengambil sikap ”Personal” mempertahankan kebebasan diri sebagai perkara yang lebih utama. Bahkan tidak kurang yang akan menolaknya mentah-mentah dengan seterusnya memberi pelbagai faktor lain yang lebih utama menjadi punca.Justeru, DMPP mendesak agar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat serta badan-badan NGO’s wanita yang prihatin agar segera membuat kajian menyeluruh berhubung dengan perkara ini.DMPP percaya bahawa pendirian beberapa pihak yang menolak mentah-mentah akan wujudnya hubungan antara pakaian dan jenayah seksual adalah dibuat berdasarkan pandangan peribadi, pandangan sekumpul kecil mereka dan bukannya pandangan masyarakat teramai di seluruh negara.DMPP juga menyarankan kepada PKPIM agar segera membuat pungutan suara di kalangan pelajar di seluruh negara terhadap pandangan mereka berkaitan faktor pakaian sebagai antara faktor pemangkin berlaku serta meningkatnya jenayah seksual.Dalam konteks pemakaian baju kurung putih bagi pelajar perempuan di sekolah, DMPP percaya bahawa bukanlah warna pakaian seragam itu yang wajar menjadi tumpuan kita. Tetapi material kain putih yang digunakan untuk membuat baju sekolah itu. Kita tidak dapat menafikan bahawa material kain putih yang digunakan selama ini adalah agak nipis dan menyebabkan pelajar-pelajar perempuan kelihatan agak seksi khususnya bila tidak mengenakan tudung yang dapat membantu menutup dada mereka (sekiranya dilabuhkan sedikit).

Apatah lagi sekiranya mereka hanya memakai bra tanpa mengenakan singlet dalam. Lebih ketara bilamana warna pakaian dalam mereka lebih terang/ kontra dengan seragam putih yang mereka pakai. Hakikat ini tidak mungkin dapat kita sembunyikan. Lebih malang bagi pelajar perempuan ialah bilamana hari hujan. Justeru, cadangan PKPIM kepada Kementerian Pelajaran itu merupakan cadangan yang sangat bertanggungjawab dan munasabah mengambilkira prinsip-prinsip perundangan Islam dan kaedah-kaedah usul fiqh.Bahkan dalam hal ini, DMPP mendesak agar Majlis Fatwa Kebangsaan segera mengeluarkan (refresh) satu Fatwa berkaitan pakaian dan aurat bagi wanita Islam (termasuk pelajar-pelajar wanita Islam). Ini kerana meskipun di dalam Al Quran seperti contohnya dalam Surah An Nur: 31, Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud : ”Hendaknya mereka melabuhkan tudungnya sampai ke dada, dan jangan kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir..”.Namun sehingga kini ternyata ramai pihak masih berdolak dalik dalam hal aurat seorang wanita Islam. Sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab kepada hal ehwal Islam dan ummatnya, maka Majlis Fatwa Kebangsaan wajar memperbetulkan pandangan songsang pihak pemerintah khususnya Perdana Menteri sendiri terhadap persoalan ini. Sikap membisu para alim ulama’ kerajaan dan tidak tegasnya segelintir mufti dalam hal ini akan hanya mengheret ummat Islam kepada salah faham dan tidak faham kepada Islam.

Bahkan terdapat juga kalangan yang bersikap buat-buat tidak faham terhadap Islam. Lebih malang bilamana terdapat juga segelintir pihak yang menggunakan kesempatan sebegini untuk mempersenda-sendakan Islam.DMPP seterusnya merafa’ sembah ke bawah Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong serta Duli Yang Mulia Majlis Raja-Raja Melayu yang bertanggungjawab terhadap agama Islam agar terus mempertahankan kemuliaan dan ketinggian hukum-hakam Islam khususnya syariat yang berkaitan dengan batasan-batasan aurat bagi seorang wanita Islam.DMPP menyelar mana-mana pihak yang cuba mempermainkan Islam dan ummatnya termasuk tindakan mereka yang sengaja melabelkan PKPIM atau mana-mana Gerakan Islam di Malaysia sebagai ”Little Taliban” dan kononnya berusaha membawa Talibanisme ke dalam masyarakat Islam negara ini. Tindakan ini adalah sangat keterlaluan dan biadab !Akhirnya, DMPP mengucapkan syabas kepada PKPIM khususnya Pengerusi HeWinya iaitu Saudari Munirah Bahari atas keprihatinannya, kebertanggungjawabannya dan keberaniannya mengemukakan satu cadangan yang begitu baik. Sudah sampai masanya Kementerian Pelajaran menghadapi saranan-saranan masyarakat dengan hati terbuka, adab melayu dan berjiwa Islam.

Hormat Daripada,
DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT

AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
Setiausaha
25 Mei 2008, Kuala Lumpur .

SANGLANG DALAM PENANTIAN

KANGAR, 29 Mei (Hrkh) - Timbalan Ketua Bahagian Guaman Jabatan Peguam Negara, Dato' Kamaluddin Md Said yang mewakili Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Mohammad Daud Abdul Hamid (Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Arau) mengakui bahawa SPR membuat kesilapan semasa mengumumkan keputusan pilihan raya 8 Mac lalu.Beliau berkata demikian ketika membuat ulasan ke atas bantahan awal yang dikemukakan calon BN, Abdullah Hassan ke atas petisyen pilihan raya Dun N.15 Sanglang yang dikemukakan oleh calon PAS, Ustaz Hashim Jasin di mahkamah pilihan raya yang bersidang di sini semalam."Kami mengakui bahawa berlakunya kesilapan. Berdasarkan Akta Peraturan dan Perjalanan Pilihan raya, sepatutnya calon yang memperolehi undi yang lebih diisytiharkan menang. Sebaliknya yang memperolehi undi yang kurang diisytiharkan menang," katanya ketika diminta oleh hakim pilihan raya, Dato' Zainal Adzam Abdul Ghani untuk memberikan komen berkaitan bantahan awal tersebut.Kamaluddin turut menyatakan bahawa pihak responden pertama (SPR) dan responden kedua (Mohammad Daud) tidak pernah mengarahkan peguam yang mewakili responden ketiga untuk mengetepikan mereka daripada petisyen tersebut.

Peguam yang mewakili responden ketiga, Jega Karuppiah semasa penghujahannya telah menyebut bahawa pihak pempetisyen tidak boleh meletakkan SPR dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya sebagai responden dalam petisyen tersebut.Dalam petisyen ini, responden pertama dan kedua tidak mengemukakan sebarang bantahan."Saya berpendapat bahawa kes ini perlu dibicarakan," kata Kamaluddin.Terdahulu, Zainal Adzam menolak bantahan yang dikemukakan Ustaz Hashim ke atas bantahan awal Abdullah.Jega kemudiannya mengemukakan penghujahan panjang ke atas bantahan awal tersebut disusuli Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Ustaz Hashim.Mohamed Hanipa antara lainnya menyebut bantahan awal yang dikemukakan itu bersifat teknikal dan mengguna pakai peraturan lama yang telah dibuat pindaan serta memohon agar kes tersebut dibicarakan.Zainal Adzam kemudiannya menangguhkan persidangan mahkamah dengan memutuskan tarikh 4 Jun ini untuk beliau memberikan keputusan sama ada menerima bantahan awal tersebut atau meneruskan dengan perbicaraan.Selain Mohamed Hanipa, Ustaz Hashim turut diwakili oleh Zulmi Sabri dan Aqbal Shiffudin Adnan Sallehuddin.Kamaluddin pula dibantu oleh Peguam Kanan Persekutuan, Rozi Bainon dan Wan Roslan Wan Ismail manakala Jega pula dibantu oleh A. Albert Antonie.Petisyen ini difailkan oleh oleh Ustaz Hashim untuk mengisytiharkan beliau sebagai pemenang dalam PRU pada 8 Mac lalu.Beliau yang bertanding mempertahankan kerusi Dun tersebut diisytiharkan kalah kepada Abdullah dengan majoriti 149 undi.Bagaimanapun berlaku kesilapan semasa mengisi nama calon pada borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi) yang mana Ustaz Hashim sepatutnya menang dengan majoriti 47 undi. -

Khamis, 29 Mei 2008

Peguam Negara lebih minat Batu Buruk daripada P. Batu Puteh

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Apa yang disebutkan oleh Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu bahawa Peguam Negara (AG) lebih berminat kepada Batu Buruk berbanding Pulau Batu Puteh, mungkin terdapat kebenarannya.Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Badruzzaman Yusof berkata ia mempunyai cerminan kepada kesungguhan AG dalam memperjuangkan hak negara untuk mendapatkan hak milik Pulau Batu Puteh itu daripada negara Singapura."Berbanding Singapura, negara kita kelihatan kurang bersungguh jika dinilai daripada kehadiran pihak AG Malaysia yang tidak konsisten, kekadang ada, kekadang tidak semasa perbicaraan tersebut di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (CIJ)," katanya ketika dihubungi Harakah.Jelasnya, hal ini menonjolkan kepentingan diri dan politik tertentu pihak AG yang ternyata lebih cepat menangani isu-isu dalam negara lantas tidak mengendahkan isu-isu antarabangsa.

"Umno-BN tidak mengutamakan usaha untuk mempertahankan kedaulatan negara sekali gus memperlihatkan kegagalan pihak kerajaan Umno-BN dalam menilai kepentingan negara dan politik parti mereka," ujarnya.Katanya, antara punca kegagalan tersebut adalah sikap kerajaan yang tidak mahu mengiktiraf pakar-pakar tempatan dalam bidang hubungan antarabangsa."Buktinya terdapat sesetengah profesional yang terpaksa berusaha sendiri dalam memperjuangkan agenda negara tanpa perhatian sewajarnya daripada kerajaan ketika menghadiri program dan urusan yang mewakili kepentingan negara," katanya lagi.Menghuraikan mengenai penghakiman kes Pulau Batu Puteh, Dr Kamaruzzaman menyatakan bahawa Singapura telah menggunakan surat yang dihantar oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1953 yang menyatakan Pulau Batu Puteh sebagai bukan sebahagian daripada Johor."Walau bagaimanapun, keputusan yang dibuat pihak CIJ sedikit sebanyak memberikan kelebihan kepada Malaysia apabila dua lagi pulau terumbu karang yang mengarah kepada Pulau Batu Puteh diserahkan kepada Malaysia. "Kebaikannya adalah pihak Singapura terpaksa melalui kedua-dua pulau tersebut sekiranya mereka ingin pergi ke Pulau Batu Puteh kerana kedudukannya yang terkepung, inilah keuntungannya," demikian katanya.

Kisah blog dan blogger di Maghribi

MUNGKIN tidak sehebat dengan jutaan blog yang terdapat di Barat tetapi dunia blog di Maghribi telah melangkaui satu era baru dengan pengelasan sebagai zon bebas untuk berucap atau menulis pendapat dalam negara yang majoritinya terdiri daripada penganut Islam konservatif.
Terletak di utara benua Afrika, blog di Maghribi atau juga dikenali sebagai Blogoma menjadi rumah kepada kira-kira 30,000 laman.
Berinspirasikan penulis blog lain di dunia Arab, penduduk Maghribi dengan cepat melihat potensi laman peribadi ini sebagai medium terbaik mengelakkan proses penyaringan atau penapisan pendapat sambil menyentuh topik yang dilihat sebagai tabu atau sensitif. Antaranya ialah pemerintahan monarki, agama Islam dan juga perbalahan isu barat Sahara."Ia adalah satu revolusi asli kerana semua orang bebas untuk memberi komen pada topik-topik yang sensitif," jelas penulis blog veteran, Larbi El Hilali yang menjadi pengasas kepada Larbi.org. Lebih daripada 450 komen yang dikeluarkannya dalam blog sejak lewat tahun 2004 mendapat sambutan daripada 18,000 orang pengirim.

Sekarang, dia menerima hampir 3,500 pengunjung setiap hari dengan banyak perbincangan menjurus kepada isu perlembagaan. Ada yang berpendapat bahawa terlalu banyak kuasa diberikan kepada raja.Saluran ini dilihat sebagai medium yang baik memandangkan di negara ini, kebebasan wartawan amat terhad dengan kekerapan golongan ini dikenakan denda atau digantung daripada tugas kerana mencerca Islam dan monarki.Walaupun kesatuan persuratkhabaran kebangsaan Maghribi, SNPM menyatakan ada sedikit peningkatan dari segi kebebasan penulisan dalam suratkhabar, namun ramai yang beranggapan sebaliknya termasuk pemerhati global."Blogoma seumpama sebuah kafe yang mesra," ujar Mehdi yang suka berbincang mengenai isu yang tidak terlalu berat dan gosip hinggalah kepada lawatan raja, laporan tentang kegiatan pelacuran dan penanaman kanabis. Kerajaan Maghribi berusaha keras untuk menghapuskan perdagangan dadah secara haram.

Maghribi hari ini mempunyai 30,000 blog dengan empat juta langganan internet. "Ia tidaklah banyak sangat berbanding dengan 1.7 juta blog di Perancis tetapi agak tinggi berbanding dengan negara jiran," kata El Hilali.Algeria lima kali ganda kurang daripada negara ini, menurut laman DZblog,com. manakala Tunisia belum lagi mencapai angka seribu.Blog di Tunisia dan Mesir lebih menarik golongan wartawan daripada penduduk tempatan yang melayari laman ini. Keadaan ini berlainan di Maghribi.Hampir 1.6 juta penduduk Tunisia melayari laman ini manakala Mesir jatuh dalam nisbah 1:10. Teknologi itu memberi impak kepada rantau ini.

Wael Abbas, 33, dari Mesir, diberi kredit pada November lalu oleh Pusat Antarabangsa untuk wartawan yang bertapak di Washington, Amerika Syarikat kerana berjaya menahan dua orang polis yang didakwa mendera dan dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun.egitupun, penulis blog di Afrika Utara tidak bebas daripada risiko. Karim Amer, 22, ditahan selama empat tahun sejak tahun lalu atas kesalahan mengkritik Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan Islam dalam laman blog, Al Azhar.Pada tahun 2002, penulis blog dari Tunisia, Zouhair Yahyaoui dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun atas kesalahan 'mencetak maklumat salah' berkenaan dengan penyalahgunaan hak asasi manusia.
Mehdi berkata: "Maghribi adalah sebuah negara di mana anda masih boleh mengendalikan sebuah laman blog dengan baik. Saya belum pernah mendengar sebuah blog yang telah ditapis di Maghribi."Sebuah badan bukan kerajaan, Sokongan Suara Global yang memperjuangkan hak tidak menyaring kandungan laman blog, mendedahkan senarai 17 buah negara dalam peta akses terhalang. Tujuh daripadanya adalah dari negara Arab termasuk Morocco.

Penulis blog di Arab yang menggunakan variasi bahasa dari bahasa Arab hinggalah kepada bahasa Inggeris, Perancis dan dialek lain, telah menegakkan satu pendirian yang memperjuangkan hak mereka.Dalam monarki negara-negara Teluk yang diperintah oleh golongan Muslim di Bahrain, komuniti blog telah menyokong tiga moderator yang mengendalikan forum ruang sembang yang ditahan pada 2005. Mereka dengan beraninya mengumumkan di mana dan pukul berapa demonstrasi akan diadakan."Di Maghribi, ada sesetengah kumpulan politik telah cuba menghasut Blogoma tetapi ia tetap berpendirian tegas," luah perunding laman Maghribi, Othmane Boummali

Cakap tak serupa bikinlah ..

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Kerajaan hari ini sekali lagi dikritik berikutan sikap dan tindakannya yang sering kali memperuntukan jumlah wang negara yang banyak kepada perkara-perkara yang tidak memberi kepentingan kepada negara dan rakyat jelata.Malah dilihat menyalurkan wang kepada projek-projek yang tertentu seperti penganjuran kejohanan yang tiada kaitan dengan keperluan rakyat khususnya yang sangat memerlukan.Dato' Kamaruddin Jaffar (PAS-Tumpat) mempersoalkan sikap kerajaan yang pandai menasihati dan memberi saranan kepada rakyat agar berjima cermat berhubung peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi tetapi dalam masa sama memberi peruntukan yang besar kepada syarikat-syarikat swasta yang menganjurkan kejohanan sukan seperti Le Tour de Langkawi yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan.

"Pandai suruh rakyat ubah gaya hidup, jimat cermat...suruh makan nasi sikit tetapi kerajaan sanggup memberi peruntukan jutaan ringgit kepada syarikat-syarikat yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan," katanya sewaktu meminta penjelasan kepada ucapan Dato' Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang membangkitkan isu peruntukan penganjuran lumba basikal itu.Beliau mencadangkn agar satu semakan semula dibuat ke atas akaun dan laporan syarikat-syarikat yang menganjurkan kejohanan itu untuk memastikan dan mempertimbangkan sama ada sudah sampai masanya penganjur 'berdikari' tanpa melibatkan peruntukan kerajaan.Sementara itu Tian Chua (Batu-KEADIlan) turut menambah bahawa kerajaan perlu sedar dan tidak membantu lagi syarikat yang menganjurkan Le Tour de Langkawi ini kerana menghadapi masalah kewangan malah kes mereka sedang dibicarakan di mahkamah.

Dalam pada itu Ibrahim Ai menambah bahawa perlu diteliti dengan lebih terperinci supaya ianya tidak dilihat membazir wang kerajaan dan bersetuju dengan pendapat Kamarudin supaya mengkaji semula laporan kewangan syarikat terbabit."Monsoon Cup di Terengganu menelan belanja sampai RM300 juta. Le Tour de Langkawi juga jutaan ringgit setiap kali kejohanan."Apa kata kalau jumlah wang yang banyak itu kerajaan berikan kepada mereka yang berhak mendapat biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran. Ramai yang layak untuk dapat biasiswa tetapi kerajaan hanya mampu beri kepada sedikit sahaja," katanya yang dilihat membidas ucapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Nazri Aziz sebelum ini yang menyatakan bahawa kerajaan hanya mampu memberi biasiswa kepada seramai 2,000 orang sahaja.

STATEMENT CHEGU BARD

" Saya Badrul Hisham Bin Shaharin, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Parti Keadilan Rakyat dengan ini menafikan mempunyai hasrat memasuki Umno dan menolak dikaitkan dengan kemasukan Saudara Mohamad Ezam Mohd Nor ke dalam Umno.
Saya juga menafikan bahawa Ezam ada memujuk saya memasuki Umno dan jauh lagi menawarkan habuan untuk saya memasuki Umno atau keluar keADILan. Saya kurang pasti niat mengenai laporan perbagai media yang melaporkan ada pertemuan sulit saya dan Ezam. Memang diakui saya ada bertemu beliau dan kerap berhubung dengan beliau mutaakhir ini, sebagai seorang teman. Tiada pertemuan sulit. Kami membincangkan secara serius mengenai masa depan GERAK sebuah gerakan muda yang memfokuskan usaha pembenterasan rasuah dan pemerkasaan demokrasi yang saya terlibat membantu Ezam menubuhkanya.GERAK telah diserahkan kepada sekumpulan anak muda untuk mengekalkan sikap non partisan demi matlamat kelahiranya yang lebih besar.

Sebelum ini saya mengelak memberikan komen kerana melihat perkembangan Ezam yang sememangnya sudah setahun lebih keluar parti tidak perlu diperbesarkan. Saya tidak mahu terperangkap untuk memberi komen dalam peristiwa yang kurang penting. Saya selaku MPT yang di pilih melalui pertandingan parti tidak akan sekali kali mengkhianati mandat yang diberikan kepada saya oleh perwakilan parti.Ezam masih teman saya. Semoga beliau tidak 'hanyut' dalam Umno.Saya kini dan saya percaya teman MPT yang lain juga sedang secara serius dan bersungguh - sungguh mempersiapkan keADILan dan PAKATAN yang berada di peringkat akhir untuk mengambil alih kerajaan pusat. Saya menyeru seluruh pimpinan, ahli parti dan aktivis reformasi terus bekerja keras demi merialisasikan agenda pemerkasaan kedaulatan rakyat.

Salam REFORMASI.

BADRUL HISHAM SHAHARIN

Majlis Pimpinan Tertinggi

Parti Keadilan Rakyat

http://chegubard.blogspot.com

chegubard@gmail.com

RAKYAT MALAYSIA TERTIPU LAGI OLEH BEE END

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) membangkitkan di Dewan Rakyat hari ini isu yang begitu hangat di dalam Internet yang mendedahkan apa yang dihebohkan sebagai kepalsuan gambar yang digunakan oleh pasukan Malaysia dalam perbicaraan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai Pulau Batu Puteh.

Gambar tersebut menyebabkan kredibiliti pasukan Malaysia di ICJ itu dipertikaikan kerana dilaporkan sebagai gambar yang diplagiat malah dipalsukan (doctored) dari sebuah laman blog (rujuk berita The Straits Times Singapore bertajuk "Blog with disputed photo lifted Wiki content").Wee menyifatkan apa yang berlaku itu bukan sahaja menghilangkan kredibiliti pasukan tersebut malah amat memalukan negara.Sebelum itu, Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau beliau difahamkan tentang usaha para diplomat Singapura yang mengambil masa bertahun-tahun untuk mendapatkan pelbagai maklumat dan dokumen mengenai Pulau Batu Puteh.Para diplomat Singapura juga, kata Ketua Pemuda PAS itu, telah membelanjakan wang yang begitu banyak untuk mengupah pakar-pakar bagi tujuan itu.Kajian-kajian tersebut, kata beliau, banyak dilakukan di Goa, di mana berpengkalannya Syarikat Hindia Timur yang menjadi sayap penjajahan British dahulu.

Mengambilkira bahawa Malaysia kini berhadapan dengan pertindihan tuntutan ke atas Kepulauan Spratley, Salahuddin bertanya apakah persediaan para diplomat Malaysia, sama ada di Britain atau India, untuk membuat kajian dan persediaan bagi menghadapi pelbagai kes pertindihan tuntutan.Banyak dokumen mengenai negara ini yang telah diambil oleh penjajah tersimpan di luar negara, seperti di London dan Goa.Beliau juga meminta para diplomat berkenaan bertindak dengan lebih pro-aktif khuusnya dalam isu tersebut.

Datuk Kamaruddin Jaffar (PAS-Tumpat) pula mempersoalkan tindakan Malaysia yang sanggup melepaskan Malaysia Hall di Bryanston Square yang penuh nilai sejarah dan warisan dan membeli yang lebih kecil di Bayswater di London sedangkan rumah Pesuruhjaya Tinggi di Malaysia "kekal hebat dan mahal".Setiausaha Agung PAS itu juga meminta kerajaan mempertimbangkan untuk menambah pegawai dan konsulat di Indonesia memandangkan negara tersebut merupakan antara jiran terpenting malah dilihat sebagai "potential ally" ketika kedutaan Malaysia meninggikan pagarnya untuk mengelak serangan.

Dalam beberapa peristiwa sebelum ini, kedutaan Malaysia sering menjadi tumpuan para penunjuk perasaan Indonesia yang tidak puas hati dengan negara ini.Mengenai kedutaan Malaysia yang tidak wujud di bumi Palestin atau sekurang-kurangnya di kota-kota berdekatan seperti di Amman, Jordan, beliau menyifatkan perkara itu sangat serius.

Rabu, 28 Mei 2008

PM digesa kaji semula perlantikan Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Zaid Ibrahim yang mahu Umno dan Barisan Nasional (BN) mengenakan tindakan kepada ahli parlimen Umno yang mengkritik dasar kerajaan dan kepimpinan Dato; Seri Abdullah Ahmad Badawi dikecam hebat di Dewan Rakyat.Ahli Parlimen Dato' Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) sewaktu membahaskan peruntukan tambahan dalam belanjawan menyatakan rasa kesal dengan kenyataan Zaid yang tidak mahu menerima sebarang pandangan berbeza dan membuat tuduhan tanpa usul periksa.Tugas ahli parlimen kata Tajuddin ialah memberi pandangan, menegur dan berbahas pelbagai isu malah bukan sahaja ahli parlimen pembangkang yang hanya mengkritik kerajaan malah 'back benchers' juga boleh melakukan tindakan yang sama.Tajuddin merujuk kepada laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa Zaid seolah-olah mendakwa beliau dan Dato' Mukhriz Mahathir (BN-Jerlun) mengkritik kerajaan dan mencadangkan supaya Umno dan BN mengambil tindakan ke atas mereka."Saya mahu nafikan bahawa ucapan yang dibuat itu menghina Perdana Menteri atau mengkritik dasar kerajaan. Saya tidak bersetuju dengannya dan saya harap dia bertanggung jawab."Tetapi jika begini sikapnya, saya gesa Perdana Menteri kaji semula perlantikannnya," katanya yang disambut sorakan ahli parlimen pembangkang.Tajuddin kemudiannya turut mempertikaikan kesetiaan Zaid kepada Umno dan BN berbanding jangka masa beliau yanh sudah lama menjadi ahli."Saya sudah bersama Umno 36 tahun. Saya sentiasa memepertahankan Perdana Menteri tetapi menteri ini, berapa lama dia ada dalam BN dan Umno. Saya tahu dia tidak ada di kawasan dia sewaktu pilihan raya malah pergi bercuti ke luar negara," katanya.

EZAM AKAN JILAT DAN MAKAN NAJIS SENDIRI ??

Bekas ketua Angkatan Muda (AMK) PKR) Ezam Mohd Noor akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi petang ini.Pertemuan tersebut dipercayai berhubung soal kemasukan semula bekas orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim itu ke dalam Umno.Difahamkan beliau akan menemui Abdullah jam 3 petang ini.Difahamkan, pertemuan tersebut dijangka diadakan di Parlimen.Sejak dua minggu lalu, timbul desus-desas yang mengadakan Ezam akan menyertai semula Umno.Bagaimanapun, sehingga ini, Ezam belum mengesahkan perkara itu.Ezam dijadual mengadakan sidang esok dipercayai berhubung hasil pertemuan dengan perdana menteri hari ini.

BUKAN MURID SAJA JADI MANGSA , CIKGU PUN SAMA

Munirah Bahari
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada cadangan awal untuk menilai pakaian pelajar perempuan di sekolah yang perlu dinilai semula. Masyarakat perlu mengetahui dan melihat bahawa cadangan ini dibuat hanya kepada pelajar perempuan Islam sahaja. Kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini adalah berteraskan kepada lima asas yang utama.

Pertamanya, isu ini bukan mahu menyalahkan pelajar perempuan, akan tetapi ia sebagai salah satu kaedah pencegahan (sad zarai'ik) di dalam Islam supaya pelajar perempuan tidak terdedah kepada ancaman luar dan masalah sosial akibat daripada pemakaian yang terlalu jarang.
Langkah pencegahan ini sangat penting supaya mereka bebas daripada ancaman persekitaran mereka.
Keduanya, cadangan penukaran pakaian berwarna ini ditujukan kepada pelajar Islam, supaya cara pemakaian pelajar Islam selarii dengan Syariah dan tuntutan Islam itu sendiri.

Dalam Islam, baju kurung sahaja tidak lengkap jika masih menayangkan tubuh badan. Pemakaian baju kurung kepada pelajar bukan Islam bukanlah satu paksaan kepada mereka, akan tetapi mereka yang berminat memakai baju kurung berwarna sangat digalakkan.

Asas yang ketiga ialah, ramai guru turut mengeluh sebenarnya kerana pemakaian pelajar perempuan yang terlalu jarang menyebabkan tumpuan guru terganggu. Ini akan menyebabkan keadaan yang tidak selesa kepada guru-guru tersebut.

Keempat, peranan ibu bapa sangat penting dalam urusan persekolahan pelajar di mana ibu bapa juga berperanan memilih pemakaian yang sesuai untuk anak-anak mereka.

Asas yang terakhir ialah PKPIM tidak menuduh persepsi lelaki Malaysia semua sebagai mata keranjang akan tetapi secara fitrahnya mata lelaki akan mudah teransang dengan pemakaian yang seksi atau yang tidak menutup aurat. Apatah lagi yang melihatnya nanti guru- guru yang bertanggungjawab mendidik mereka. PKPIM berpandangan bahawa pakaian awam ini merupakan salah satu faktor daripada banyak faktor-faktor lain yang menyumbang kepada jenayah seksual. Tidak semua mereka yang berpakaian tidak menutup aurat atau terdedah itu semestinya menjadi mangsa, akan tetapi merupakan salah satu daripada faktor menyumbang kepada masalah gangguan seksual. Selain itu juga, pakaian yang terdedah itu turut menimbulkan rangsangan kepada lelaki-lelaki di persekitarannya. Sebenarnya, penjenayah itu dapat melihat dan teransang daripada orang yang tidak memakai tudung berbanding mereka yang bertudung atau menutup aurat. PKPIM juga tidak menafikan bahawa mangsa jenayah seksual ada terdiri daripada mereka yang bertudung dan menutup aurat, di mana penjenayah tidak mengenal mangsanya.

Tetapi hakikatnya, penjenayah seksual ini telah didedahkan dengan faktor-faktor seperti imej lucah, imej tidak menutup aurat di media, internet, vcd lucah dan sebagainya. PKPIM bertegas bahawa imej-imej lucah, pendedahan aurat, etika berpakaian ini merupakan antara salah satu faktor menyumbang kepada masalah ini. PKPIM mengharapkan Kementerian Pelajaran dapat mempertimbangkan cadangan ini dan dinilai kembali kerana ia sangat penting kepada semua. Semoga usaha ini mendapat sokongan daripada pihak luar.


komentar pendekarserkam :

sebenarnya dalam islam dah digariskan dan ditegaskan bahawa aurat seorang wanita muslimah adalah seluruh tubuh badannya kecuali muka dan tapak tangan , dan terdapat juga qaul yang mengatakan kena tutup semua . Tapi apa yang berlaku pada hari ini adalah fenomena yang sangat-sangat membimbangkan kita. ini mungkin juga disebabkan pengaruh persekitaran pelajar sekolah yang terdedah dengan pelbagai perkara yang kurang sihat. selain itu juga pengaruh hiburan yang melampau dan kurang prihatin daripada ibu bapa mengenai pakaian anak-anak juga punca berlakunya perkara ini.

Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t dalam surah al-ahzab ayat 33 yang bermaksud :

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.Dengan menutup aurat, wanita islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.Wanita yang menutup aurat akan mudah dikenali.Jika sekiranya mereka membuka aurat dengan sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk mengganggunya. Maka berlakulah perkara-perkara sumbang,dengan itu juga akan timbullah berbagai-bagai fitnah dari masyarakat tentang diri mereka.

Dalam hal ini allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-ahzab ayat 59 yang bermaksud :

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu , anak -anak perempuanmu, dan perempuan
-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani.

jelas sekali disini perintah untuk menutup aurat dan melabuhkan pakaian bagi wanita sejajar dengan perintah Allah. jika kita benar benar memahami islam dan mahukan islam lekat dalam diri kita kita perlulah melaksanakan segala perintah dan suruhan Allah.



Selasa, 27 Mei 2008

SELANGOR HARAMKAN ISLAM HADHARI

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengharamkan sebarang bentuk program yang mempunyai kaitan dengan Islam Hadhari mulai semalam kerana tidak mahu konsep yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dikembangkan di negeri itu. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali, berkata selaras arahan itu, semua masjid dan surau tidak dibenarkan mengadakan program termasuk khutbah yang menyentuh dan ada hubung kait dengan Islam Hadhari. Beliau memberi alasan konsep Islam Hadhari tidak diperlukan kerana ajaran Islam yang diamalkan umat Islam di negara ini sudah lengkap dan menyeluruh membabitkan semua aspek kehidupan manusia sejagat.

"Kita tidak mahu konsep Islam Hadhari dikembangkan di negeri ini. Ajaran Islam yang kita amalkan sudah lengkap dan ajaran inilah yang kita mahu sandarkan untuk memerintah Selangor," katanya pada sesi penggulungan hari terakhir sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.
Pesuruhjaya Pas Selangor itu juga menafikan pemimpin Pas di negeri itu pernah berjanji menutup semua pusat hiburan dan kilang arak sekiranya mengambil alih pemerintahan negeri. Beliau mencabar mana-mana pihak supaya tampil memberikan bukti yang menunjukkan ada pemimpin Pas termasuk dirinya yang membuat janji itu kepada rakyat pada pilihan raya.

Isnin, 26 Mei 2008

LAMAN BARU ...JOM SURF ..

laman web aman palestin : http://www.amanpalestin.org/

PELACURAN DIGALAKKAN, PENGAJIAN AGAMA DIPANTAU

Pelacuran semakin berleluasa masjid semakin lengang. Itulah realiti yang dihadapi oleh umat Islam di Melaka.Apa tidaknya semalam sebuah media mendedahkan bagaimana kegiatan pelacuran yang bermula sejak tahun 70-an masih gagal dibenteras oleh pihak berwajib di negeri Melaka ini. Malah dari sehari ke hari ianya bertambah.Sekurang-kurangnya 8 hotel murah disekitar Jalan Bunga Raya, Jalan Jalan Kee Ann, Jalan Munshi Abdullah dan Kampung Jawa terus menjadi syurga pelaku-pelaku maksiat. Mengapa perkara ini dibiarkan oleh kerajaan negeri, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan JAIM dan lain-lain.Pada masa yang sama kerajaan negeri dan JAIM begitu serius memantau masjid dan surau agar tidak menjalankan ceramah-ceramah agama yang dikatakan bersifat politik. Akibatnya masjid semakin sepi dan layu. Inilah sikap double standard kerajaan negeri dan JAIM.Sementara itu Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Sofi Wahab di dalam Blognya menggesa kerajaan negeri, JAIM, TNB dan PAM mengambil langkah-langkah drastik untuk mencegah penularan kegiatan maksiat ini.KENYATAAN BELIAU DIPETIK DARI BLOGNYA mutaligat.blogspot.com :-MBMB sebagai sebuah kerajaan tempatan semestinya berkuasa untuk menamatkan lesen sesebuah premis yang melanggar peraturan. Atau apakah MBMB memberi lesen untuk hotel menjalankan kegiatan pelacuran???Begitu juga dengan Kerajaan Negeri, adakah Ketua Menteri dan Exco-exco takut untuk bertindak. Bukankah kerajaan negeri boleh meminta jasabaik TNB dan anak syarikatnya Perbadanan Air Melaka (PAM) memotong bekalan elektrik dan air ke premis-premis 'celaka' tersebut.
KERAJAAN NEGERI, MBMB, TNB DAN PAM MESTILAH MENGAMBIL TINDAKAN SERTA MERTA KE ATAS SEMUA HOTEL YANG MENJALANKAN KEGIATAN PELACURAN TERSEBUT. HANYA TINDAKAN DRASTIK SEPERTI MEMBATALKAN LESEN PREMIS PERNIAGAAN, MEMOTONG BEKALAN AIR DAN ELEKTRIK SERTA MENYAMAN PIHAK-PIHAK YANG MELANGGAR UNDANG-UNDANG MUNGKIN DAPAT MENYEDARKAN MEREKA.JANGAN KITA MENGUNDANG BALA ALLAH DI ATAS MAKSIAT YANG DILAKUKAN DI DALAM NEGERI KITA.

Sabtu, 24 Mei 2008

RAHSIA SEBENAR KEJATUHAN KERAJAN MELAYU MELAKA

Assalamualaikum warahmatullah hi ta'ala wabarakatu.Salah satu sebab utama saya memberanikan diri menulis buku "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti" yang isinya menongkah arus zaman walaupun ramai memberi peringatan ia mungkin tidak akan memberi apa-apa keuntungan malah belum tentu lagi dapat mengembalikan modal adalah untuk memperjuangkan beberapa perkara yang saya yakin penting untuk mengembalikan jatidiri sebenar bangsa Melayu Islam. Salah satu perkara tersebut ialah sejarah Melayu yang digelapkan. Kenapa sebut digelapkan? Kerana saya percaya banyak sebenarnya yang kita tidak tahu tentang kekuatan sebenar bangsa kita dahulukala dan memang ada pihak berkepentingan yang tidak mahu kita tahu. Pihak yang mana? Banyak... Paling utama adalah penjajah Barat pro Zionis, disokong para pemikir Orientalis. Bersama, mereka amat berkuasa menentukan arah hala-tuju sosio-politik dunia di samping mengawal kurikulum pelajaran sejagat lalu menulis sejarah termasuk tentang tanah-air kita mengikut kaca-mata dan kepentingan mereka sahaja... Dan saya juga percaya, rangkaian Zionis serta sekutu mereka yang bergerak di balik tabir sambil memakai pelbagai topeng muluk seperti persatuan membela hak asasi manusia dan gerakan politik pembaharuan amat arif akan ilmu jiwa dan sosiologi yang diperlukan untuk meneruskan agenda penggelapan ini kerana memang mahukan umat Islam sentiasa rasa kerdil dan celaru jatidiri akibat kurang faham hakikat asal-usul kita yang sebenar.Kita sering disogokkan dengan sejarah "rasmi" bahawa keSultanan Melaka yang merupakan simbol kegemilangan bangsa Melayu dahulukala jatuh ke tangan Portugis kerana ia bersifat kuno berbanding kuasa Barat. Kita diajar, budaya ilmu kita tidak sehebat Barat maka itu kita tidak mampu menepis kedatangan mereka. Kita diberitahu berulang-kali, kita kalah kerana pejuang kita cuma mengharapkan keris, tombak dan pedang sedangkan Portugis dan bangsa-bangsa Barat lain memiliki pistol, senapang dan meriam yang mampu membunuh daripada jauh. Maka itu, kita pun digambarkan seperti orang hutan yang duduk atas pokok lalu "sudah patutlah" kita dikalahkan dengan senang. Betulkah semua ini? Pernahkah kita fikirkan apakah kebenarannya secara mendalam?Catatan ketua panglima Portugis, Alfonso di Alburqueque sendiri menyebut, setelah Kota Melaka dikalahkan, Portugis telah merampas 3,000 pucuk meriam dan katanya itu baru separuh daripada meriam milik Melaka. Maknanya kota itu sudah ada 6,000 pucuk meriam ketika itu dan ini adalah cerita 500 tahun dahulu! Ada cerita menyebut, orang Portugis terjumpa sebuah benda ajaib di istana Melaka. Bila dipandang objek tersebut, muncullah muka manusia di dalamnya. Apabila diteliti balik, muka manusia itu adalah muka orang yang memandang... Rupa-rupanya objek itu adalah cermin tetapi orang Portugis baru kali pertama melihatnya! Jadi siapakah yang kuno dan siapakah yang lebih bertamadun? Kalau orang Melaka sudah bertamadun lebih tinggi daripada Portugis, kenapa pula ia boleh jatuh ke tangan Barat?
Buku "Berpetualang ke Aceh" cuba mengajak bangsa Melayu supaya memikirkan perkara ini dan mengukur balik sejarah "rasmi". Beberapa bulan lepas, sedutan berkenaan sebab sebenar kejatuhan Melaka ini pernah dibangkitkan dalam website terpilih di Internet dan telah mendapat reaksi yang menggalakkan. Maka biarlah ia dibangkitkan lagi supaya perjuangan membongkar balik kebenaran agar yang bathil gugur dengan sendirinya dapat diteruskan. Insyaallah!Pernahkah anda bertanya secara jujur, mengapa Kota Melaka yang digelar Barat sebagai “Venice of the East” boleh kalah dengan mudah? Bukankah ia diakui ramai sebagai kota paling makmur di rantau ini pada zaman itu? Dan untuk mempertahankannya, bukankah Melaka memiliki angkatan perang hebat termasuk kelengkapan laut yang amat besar dan paling canggih di bumi Melayu? Lalu bagaimana ia boleh jatuh ke tangan Portugis yang menurut ceritanya cuma membawa beberapa buah kapal sahaja? Apakah kelengkapan Melaka begitu lemah?Sejarah rasmi sering menyebut Melaka jatuh kerana kelengkapan moden angkatan Portugis mengatasi kelengkapan kuno orang Melayu. Mereka memiliki meriam-meriam berkuasa tinggi, istinggar (pistol lama), baju dan perisai besi sedangkan orang Melayu kononnya cuma mengharapkan tombak, lembing, pedang dan keris. Pakai pula baju Melayu yang senang dirobek senjata. Orang Portugis pakai baju besi yang tidak lut dek keris. Mana tak Melayu kalah? Kuno dan mundur ketinggalan zaman...Tetapi tanyalah diri anda secara jujur. Apakah orang Melaka yang ketika itu telah lama menerima para pengunjung dan pedagang dari peradaban-peradaban besar seperti empayar Islam di Timur Tengah, China dan India begitu daif dan mundur? Kita telah lama menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara yang jauh lebih maju daripada Barat zaman itu. Apakah orang Melayu tidak mengerti keperluan pertahanan untuk menjaga sebuah kota yang menjadi nadi perdagangan Nusantara malah seluruh dunia? Apakah bangsa kita begitu kolot dan bodoh?—————————“Tidak. Melaka jatuh bukan kerana orang Melayu kuno,” Rasyid bercerita ala seorang pejuang bangsa di hadapan beberapa orang kenalan lain pula. “Dahulu lagiMelaka sudah memiliki meriam dan istinggar yang boleh dibeli dari Timur Tengah atau Cina, sudah kenal apa itu baju besi. Malah aku yakin orang Melayu sudah mampu membuat semua alatan perang ini sendiri. Ingat Melayu dahulu bodoh sangatkah?”“Mereka yang memilih untuk berlawan dengan keris, tombak dan lembing pula bukan calang-calang orang,” dia meneruskan. “Bukan tidak pernah melihat senjata moden atau berfikiran kuno. Percaya atau tidak, mereka memiliki kebolehan tertentu untuk mengatasi alatan canggih.”Angkatan laut Melaka yang sering meronda sepanjang Selat Melaka, laluan dagang tersibuk di dunia sampai sekarang pula diakui kecekapannya. Di bawah kepimpinan tokoh-tokoh berwibawa seperti Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah, ia telah berjaya memukul mundur armada laut Siam, juga ancaman mana-mana pihak...“Bukankah ia cukup besar dan kuat untuk menjamin keselamatan penduduk, pendatang dan pedagang sepanjang Selat Melaka?” Rasyid mengutarakan. “Mampu meronda dari utara Semenanjung sehingga selatan ke Pulau Jawa, memantau dan menghidu pergerakan musuh sebelum mereka dapat menghampiri pusat pemerintahan di Kota Melaka?”Lalu bagaimana Kota Melaka boleh jatuh? Lebih pelik lagi, di manakah angkatan laut Melaka ketika ia diserang? Satu soalan cepumas yang membuat ramai kenalan pemuda itu ternganga...“Bacalah mana-mana buku cerita atau sejarah mengenai kejatuhan Melaka termasuk tulisan Barat yang berat sebelah,” dia mencabar pula. “Angkatan laut ini langsung tidak terlibat sehingga Melaka dengan senangnya boleh dibedil Portugis dari laut. Tidak ada satu pun kapal Melaka menghalang, tidak ada apa-apa sekatan. Tidakkah ini aneh?”
“Inilah akibatnya bila raja yang bodoh dan rakus diangkat menaiki takhta sementara pembesar yang korup diharap menjaga negara.” Rasyid terus bercerita. “Mereka yang benar-benar berkebolehan dipinggirkan sedangkan pembesar berwibawa yang masih ada menjadi tawar hati. Bagaimana jentera pertahanan hendak digerakkan dengan cekap? Mungkin penduduk Melaka sendiri serta para pedangang luar sudah siap sedia membelot, membuka laluan untuk Portugis menawan Melaka? Atau memang sudah lama wujud gunting dalam lipatan yang inginkan Melaka jatuh sehingga angkatan laut Melaka tidak berfungsi sama sekali?”Ada cerita lama orang tua-tua Melayu menyebut kebanyakan kapal yang menyerang Kota Melaka sebenarnya bukan milik Portugis tetapi Melayu, kapal angkatan laut Melaka juga! Rasyid juga pernah terbaca, tidak ingat di mana, sebuah laporan Portugis pula menyebut mereka ada ternampak sebuah angkatan laut yang dikenalpasti milik orang Melayu sedang disediakan untuk menyerang dari satu tempat di perairan Melaka. Mungkin benar Tun Mutahir sedang bersiap-sedia untuk merampas takhta atau ada pihak lain bertanggungjawab tetapi menuduh Bendahara pula yang ingin berlaku khianat? Yang pasti, ada pihak yang membelot...Apapun, nasi sudah menjadi bubur. Melaka jatuh dan terus dijajah selama lebih 400 tahun. Sultan Mahmud pula menjadi orang pelarian dan menurut ceritanya, terpaksa meninggalkan Kota Melaka lari selatan ke Muar. Itupun terus dikejar Portugis, tidak boleh duduk aman lama di satu lokasi, terpaksalah hidup merempat dari satu tempat ke satu tempat. Apakah dia menyesal atas segala perbuatannya dahulu?“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!” Rasyid menambah seraya bermadah pula. Madah berhelah agaknya... “Hendak kata dia menyesal pun tidak pasti kerana dalam pelarian itulah Sultan Mahmud sempat membunuh anak kandungnya sendiri, Raja Ahmad!”

Cina lulusan Azhar boleh jadi MB

Menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata jawatannya itu boleh disandang oleh orang Cina asalkan beliau berkelulusan Universiti al-Azhar."Kalau ada orang Cina yang keluar dari al-Azhar, saya sanggup (serahkan jawatan menteri besar)," katanya.Menurut laporan Bernama, Nik Aziz menegaskan demikian ketika berucap dalam ceramah anjuran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor di Klang malam tadi. Di majlis yang sama, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pula berkata kejayaan Pakatan menguasai lima negeri selepas pilihanraya umum baru-baru ini menandakan satu anjakan paradigma telah berlaku dalam kalangan rakyat di negara ini. Beliau berkata ia dibuktikan apabila kaum Cina dan India bertindak mengundi calon PAS manakala penyokong PAS turut mengundi DAP dan PKR. "Kita telah berjaya pecahkan tembok pemisah antara kaum yang gagal dipecahkan oleh Umno," katanya.

ELAKKAN NASI BUNGKUS ??

WANITA solehah perlu sabar mengerjakan perintah Allah dan melayan kerenah suami, menjauhi segala prasangka, tidak berhias berlebihan ketika keluar rumah sebaliknya menghiasi diri bagi memikat hati pasangan demi kerukunan rumah tangga.Mereka jangan memandang remeh tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada anak serta menghormati jiran tetangga.
Penceramah bebas, Datuk Dr Fatimah El-Zahrah, berkata wanita solehah tidak sepatutnya menghidangkan mi segera atau nasi bungkus kepada suami jika mahukan keharmonian berpanjangan walaupun sibuk sekalipun.“Wanita solehah mesti menunaikan amanah Allah dan Rasul-Nya, taat kepada suami, ibu penyayang kepada anak dan jiran beretika, selain menunaikan tanggungjawab sebagai Muslimah,” katanya di majlis ceramah sempena Hari Ibu, baru-baru ini.Ceramah itu bertemakan ‘Isteri Sejati, Ibu Mithali, Keluarga Harmoni' dianjurkan Biro Muslimah Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes, dekat Rawang, Selangor.Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sempena majlis itu, termasuk acara zikir munajat dijayakan bekas pelajar tahfiz dari Kajang, Selangor dan pameran koleksi busana Muslimah.Dr Fatimah turut memberikan beberapa panduan kepada Muslimah supaya kerukunan rumah tangga berkekalan.“Wanita solehah juga seharusnya tidak bercakap dalam telefon dengan bukan muhram dengan suara manja kerana itu boleh menimbulkan fitnah.“Semasa di rumah, jangan asyik bergayut di telefon dan menghantar sistem pesanan ringkas.“Semasa di rumah, mereka mestilah berhias dengan baik bagi memikat hati suami. Jangan pula menghias diri berlebihan ketika keluar rumah,” katanya.Beliau juga menceritakan satu kisah seorang wanita yang taat pada suami pada zaman Rasulullah s.a.w, sehingga tidak menziarahi ibunya yang meninggal kerana tidak mendapat keizinan suami yang keluar untuk berperang.

RENUNGAN KETUANAN JAHILIYAH

GEJALA sosial bukan fenomena baru, malah berlaku sejak zaman Jahiliah, iaitu sebelum keputeraan Rasulullah s.a.w, sehingga apabila meningkat usianya baginda menyaksikan sendiri kerosakan dilakukan kaum Arab.Jika mutakhir ini Amerika kuasa besar, ketika itu Rom dan Parsi yang berkuasa dengan empayar tamadun begitu tinggi. Dua kuasa ini bapa penjajah, sentiasa mencengkam negara dan bangsa yang lemah.

Bangsa Parsi dan Rom ketika itu mempunyai pentadbiran yang bersistem, malah bala tentera yang besar lagi kuat dan menempa kemajuan dalam pelbagai bidang, terutama pada struktur bangunan, sedangkan kaum Arab sebaliknya.Kehidupan orang Arab ketika itu primitif, tetapi daripada aspek lain mereka cemerlang misalnya dalam bidang kesenian - sering mengadakan pertandingan sayembara sastera ma nakala hasil karya digantung di Kaabah.Selain itu, diadakan Pesta Ukaz, yang turut diwarnakan dengan pelbagai acara seperti pertandingan ratu cantik, angkat berat, tari menari dan lawan pedang.Masyarakat Arab ketika itu putus hubungan dengan Tuhan dan langsung tidak mengenali pencipta. Mereka sekadar mengaku Tuhan wujud, tetapi tidak mengimani kekuasaan Tuhan dalam kehidupan mereka. Jiwa mereka kosong. Apabila berhadapan dengan masalah hidup, ramai yang cepat kecewa, putus asa dan membunuh diri, akibat tidak tahan dengan masalah dihadapi.Pemujaan terhadap berhala begitu menebal. Di sekitar Kaabah ada kira-kira 360 berhala, malah ada yang membuat sendiri patung dan menyembah ‘tuhan’ buatan itu.Saidina Umar ada bercerita selepas beliau menjadi Muslim: “Kadang-kadang ‘tuhan’ itu diperbuat daripada kuih. ‘Tuhan’ itu akan aku bawa ke mana-mana pada masa aman damai, pada masa perang, mengembara dan bermusafir. Apabila keletihan ia akan aku letakkan di depan dan aku puja tetapi jika lapar, aku makan, kemudian aku buat tuhan baru.” Pada zaman Jahiliyah juga persengketaan lumrah. Mereka saling berdendam, malah disebabkan rasa tidak puas hati dan atas dasar menebus maruah, mereka memerangi satu puak atau kabilah lain, sehingga pertumpahan darah menjadi kebiasaan.Golongan yang kuat menindas yang lemah, menyebabkan golongan lemah, miskin dan hidup merempat sentiasa men jadi mangsa, tanpa pembelaan.Perempuan misalnya tiada tempat di dalam masyarakat, hanya dijadikan pemuas nafsu lelaki terutama si kaya. Mereka akan mengambil secara paksa mana-mana wanita yang mereka berkenan tanpa peduli anak atau isteri orang. Tindakan ini juga menjadikan mana-mana keluarga yang ada anak perempuan hidup tertekan. Anak gadis akan diambil dan dirogol. Sudah tentu bagi ibu bapa yang memiliki anak perempuan berasa malu, hingga ada membunuh anak perempuan apabila dilahirkan.Dalam bidang ekonomi, kaum Arab mengamalkan riba, supaya si kaya dapat menekan si miskin. Amalan riba menjadi budaya dalam sistem ekonomi ketika itu, mengakibatkan orang miskin terperangkap dalam hu tang- piutang, sehingga apabila tidak terbayar kerana terlalu banyak wang faedahnya, orang miskin diambil menjadi hamba. Kehidupan mereka bersifat individualistik. Susah dan se nang ditanggung sendiri, tiada yang datang menghulurkan bantuan, sekiranya tiada kepentingan. Rompak, penipuan dan pelbagai bentuk kesalahan gara-gara bertuhankan nafsu menjadi-jadi pada zaman Jahiliyah se hingga masyarakat berada dalam keadaan tidak aman, malah yang lemah dalam dilanda ketakutan sepanjang masa.Tetapi dengan pengutusan Rasulullah s.a.w, semua kebejatan penyakit sosial itu dapat dirawat, malah sistem nilai ma syarakat dapat diperbetulkan dalam tempoh singkat, jika dibandingkan dengan umat nabi lain, sehingga amalan yang buruk bertukar menjadi baik.Dari sebuah masyarakat yang suka hidup atas dasar ke pentingan diri sendiri, hasad dengki dan bersengketa, ber tukar kepada masyarakat yang bekerjasama, berkasih sayang dan saling hormat antara mereka..Jika sebelum itu patung berhala dipuja, malah membuat sendiri patung pujaan terbabit, tetapi dengan kedatangan Rasulullah, mereka menjadi manusia yang mengenal Tuhan Yang Esa, malah menjadi hamba yang taat setia. Perubahan dalam segenap aspek baik dari sudut ideologi, amalan seharian, keperibadian dan sistem nilai menunjukkan kejayaan cukup cemerlang dalam perjuangan Rasulullah s.a.w. Tetapi pada zaman orbit dunia berputar laju kini, gejala yang serupa makin bertapak, sedangkan dalam masa yang sama Islam semakin diterima ramai, seolah-olah contoh yang terkandung dalam lipatan sejarah dilupai dan tidak dijadikan pedoman.

BAHAYA MARAH .

IMAM Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:

1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.
2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.
3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.
5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.
6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca isti'azah kerana marah itu datang daripada syaitan.
7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.
9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?
10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.
11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.

BAPAK BOREK ANAK RINTIK ..

THE HAGUE, 23 Mei - Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) hari ini menetapkan bahawa Singapura mempunyai hak kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh manakala Malaysia mempunyai hak kedaulatan terhadap Terumbu Karang Tengah. Mahkamah itu juga, menurut laporan Bernama, menetapkan bahawa Terumbu Karang Selatin adalah milik negara di mana terletaknya perairan wilayah. Penghakiman itu menamatkan pertikaian selama 28 tahun antara Malaysia dan Singapura berhubung pulau itu, yang dikenali di Singapura sebagai Pedra Blanca, dan juga dua terumbu karang itu. Pulau Batu Puteh terletak 7.7 batu nautika dari pantai Tanjung Penyusuh di Johor. Kedua-dua negara telah memberi jaminan akan akur dengan keputusan ICJ, badan kehakiman utama Pertubuhan Bangsa Bersatu. Keputusan mahkamah itu adalah muktamad dan tidak boleh dirayu. Malaysia dan Singapura juga berulang kali menyatakan bahawa apa sahaja keputusan tidak akan menjejaskan hubungan dua hala.

Penghakiman itu dibacakan oleh Naib Presiden ICJ Shawkat Al-Khasawneh, yang bersama dengan 15 hakim lain, telah mendengar penghujahan dari kedua-dua negara pada perbicaraan kes itu dari 6 hingga 23 Nov tahun lepas. Keputusan itu disiarkan secara langsung oleh RTM1 mulai 10 pagi di sini (4 petang di Malaysia). Menteri Luar Dato' Seri Dr Rais Yatim yang mengetuai rombongan Malaysia mendengar penghakiman itu di sini menyifatkan keputusan itu sebagai "menang-menang".

JOHOR MESTI MINTA GANTI RUGI

sebol
Saya amat sedih mendengar berita kehilangan Pulau Batu Putih yang jatuh ke tangan Singapura secara rasmi. terus kukenang bagaimana patani jatuh ke tangan Siam secara rasmi pada Perjanjian Bangkok.Bagi orang Johor, Nasib pulau milik Negeri itu ditentukan bukan oleh mereka. Ianya ditentukan peguam persekutuan lawan peguam Singapura ditentukan oleh hakim asing.Menurut sejarah, apabila siam menyerang patani, tentera dari terengganu juga turut membantu tetapi tetap gagal. Mungkin kerana tidak cukup bantuan.Kini Johor umpama diserang Singapura. Tanahnya "dibeli" sedikit demi sedikit oleh Singapura untuk mengembangkan empayar mereka.Mungkin ada hikmah disebalik kegagalan mempertahankan Pulau Batu Putih.Sekurang-kurangnya kita sedar akan kedaulatan negara itu penting. Kedaulatan Johor yang bersempadan dengan Singapura juga penting.
Langkah yang saya kira penting untuk menyedarkan lagi tentang peri pentingnya kedaulatan Negara dan Johor ialah mengambil tindakan keras terhadap Persekutuan.1. Rakyat Johor, Sultan Johor, Kerajaan Johor, Pakatan Rakyat Johor, Ketua Pemuda PAS Johor menuntut gantirugi atas kehilangan tanah johor daripada persekutuan.
2. Semua di atas mendesak Peguam Negara supaya meletak jawatan di atas kegagalan dia mempertahankan Pulau Batu Putih.
3. Menuntut "iskandar Malaysia" dihentikan dan digantikan dengan Jambatan Bengkok.

Khamis, 22 Mei 2008

RAHSIA TERBONGKAR ??

Pembatalan dakwat kekal menjelang pilihanraya umum lalu hasil "komplot" tiga badan utama negara untuk "menggagalkan usaha memastikan pilihanraya itu tidak dicemari penipuan", dakwa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih).Dalam laporan polisnya, jurucakap gabungan itu Faisal Mustaffa mendakwa usaha terancang itu melibatkan pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.bersih police report indelible ink 220508 01"Saya meminta agar pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia untuk membuat penyiasatan ke atas pengerusi SPR, perdana menteri, peguam negara dan ketua polis negara demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia," kata Faisal.Aduan polis itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur pagi tadi susulan kenyataan beberapa tokoh ini sejak minggu lalu Sabtu lepas, Abdul Rashid mendedahkan, kabinet memutuskan pada hari pembubaran parlimen 13 Februari untuk menolak pelaksanaan dakwat kekal di jari pengundi dalam pilihanraya umum 8 Mac.Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada hari yang sama bagaimanapun menafikan kabinet mengarahkan suruhanjaya itu berbuat demikian.Tahun lalu SPR bersetuju melaksanakan langkah tersebut dalam pilihanraya umum ke-12 tetapi kemudian membatalkannya empat hari menjelang pengundian dengan alasan keselamatan.Abdul Gani dan Musa turut hadir di sidang media SPR sewaktu mengumumkan pembatalan tersebut pada 4 Mac lalu.Kira-kira RM2.9 juta dibelanjakan untuk membeli 48,000 botol dakwat tidak mudah padam dari India tetapi pelaksanaannya dibatalkan kerana bimbang wujud unsur sabotaj seperti telah dikesan oleh polis.Menteri keselamatan dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar minggu lepas memberitahu Dewan Rakyat bahawa SPR membatalkan cadangan dakwat kekal berdasarkan "bukti khabar angin".Bercakap di satu seminar di Universiti Islam Antarabangsa, Abdul Rashid juga mendedahkan bahawa kabinet telah terpengaruh dengan maklumat polis bahawa wujud parti-parti politik yang membeli sendiri dakwat-dakwat kekal dari luar negara."Saya dimaklumkan bahawa PAS di pantai timur membeli dakwat dari Thailand. Kemudian Umno mendapat tahu (mengenainya) dan Umno juga membeli dakwat tersebut."(Maklumat) ini diberikan kepada saya secara hitam putih oleh polis dan laporan yang sama diberikan kepada kabinet dan mereka (menteri) percaya ia memang benar-benar wujud," katanya.bersih police report indelible ink 220508 03Turut hadir di balai polis, pengarah eksekutif Institut Integriti Pilihanraya Kebangsaan (NIEI) Amin Iskandar (foto, kiri sekali).Bersih dan NIEI dalam kenyataan bersama selepas itu turut menyebut penglibatan perdana menteri dalam kontroversi ini.Menurut mereka, ketua polis mendakwa terdapat laporan polis dibuat di Kelantan, Kedah, Perlis di antara 16 hingga 21 Februari lalu.Namun, tambah mereka, jawapan bertulis yang dikemukakan oleh Syed Hamid ketika menjawab soalan ahli parlimen Batu Gajah, Fong Poh Kuan mengesahkan "sebenarnya tiada sebarang bukti berkenaan penyeludupan dakwat kekal dari negara jiran."Membacakan kenyataan itu, Faisal berkata, percanggahan dakwaan keempat-empat pihak ini menunjukkan bahawa "Abdul Rashid berada di bawah telunjuk ahli kabinet".Sepatutnya SPR membentangkan pindaan kepada Parlimen bagi membolehkan pelaksanaannya menurut undang-undang, tambahnya."SPR hanya merujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mendapatkan kelulusan berikutan penggunaan dakwat kekal tanpa ada pindaan (akta) kepada Parlimen," tambahnya lagi.Bersih dan NIEI juga mendesak pengerusi SPR meletakkan jawatan serta-merta berdasarkan sikapnya yang didakwa "tidak profesional". Amin pula berkata, alasan untuk membatalkan penggunaan dakwat "tidak masuk akal" kerana prosedur pembelian dakwat itu amat ketat."Dakwat ini bukan boleh beli di kedai alat tulis. Kena ada surat, kena ada suruhanjaya. Bukan boleh senang-senang pergi beli," katanya. Mengulas tentang dakwaan terdapat pembelian dakwat ini daripada negara jiran, Amin berkata, "Thailand sendiri mengimport dakwat kekal daripada India."Menurut pemantau pilihanraya itu lagi, India adalah pengeksport utama dakwat kekal untuk pilihanraya di rantau ini.
"Dakwat (kekal) yang dikemukakan kepada pihak (majlis) mufti itu sendiri adalah daripada India," katanya, yang turut memantau pilihanraya umum di Nepal baru-baru ini.Dalam aduan polisnya, Bersih melampirkan 12 keratan akhbar berhubung kontroversi ini, termasuk laporan Bernama, The Star dan Malaysiakini.

Selamatkah anak kita ??

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) - Sebanyak 128 daripada 242 kanak-kanak masih hilang sepanjang ia direkodkan sejak Januari hingga Mac 2008 lalu, dan hanya 114 kanak-kanak hilang ditemui semula.Statistik itu dinyatakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, di Dewan Rakyat, hari ini.


Dalam pada itu, kementerian terbabit diminta menyatakan punca sebenar kanak-kanak berumur 14 hingga 17 tahun kerap hilang, selain kajian terperinci mengenainya serta sejauh mana nasihat yang diberikan, memandangkan mereka yang berusia 14 hingga 17 tahun itu ialah pelajar.Persoalan itu dibangkitkan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang), di Dewan Rakyat, hari ini.Menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri Noriah Kasnon berkata, program yang dilaksanakan antaranya pasukan pelindung peringkat daerah iaitu sebanyak 131 kumpulan, yang melibatkan golongan profesional dan pemimpin masyarakat, masuk ke sekolah-sekolah untuk menyampaikan kempen kesedaran di kalangan pelajar."Kita juga berharap ibu bapa bekerjasama supaya memantau perkembangan dan aktiviti anak-anak sendiri bagi mmastikan anak-anak tidak terpengaruh dengan anasir luar yang boleh menyebabkan kehilangan mereka," kata beliau.Dalam soalan asal kepada kementerian terbabit, Nancy Shukri (BN-Batang Sadong) meminta kementerian menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi membendung masalah kehilangan kanak-kanak yang semakin hari semakin berleluasa.Menjawab soalan tersebut, Noriah berkata kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat melaksanakan pelbagai program untuk membanteras isu ini dengan kerjasama PDM, Jabatan Imigresen, dan NGO

Isnin, 19 Mei 2008

MERAJUK KEJAP JER NI

ALOR SETAR, 19 Mei (Hrkh) � Berita terbaru benar-benar mengejutkan apabila mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno dan hanya bersedia kembali ke pangkuan parti itu selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.Ini seakan-akan membayangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) bakal tumbang dalam masa terdekat ini selepas kehilangan kuasa majoriti pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Perletakan jawatannya berkuatkuasa serta merta. Bukan sekadar meletak jawatan sebaliknya beliau menyaran ahli-ahli Umno supaya turut berbuat demikian.Dr Mahathir memberitahu beliau bertindak keluar Umno kerana tidak yakin dengan kepemimpinan Abdullah.Saya akan hanya kembali semula ke parti tersebut apabila pucuk pimpinan ditukar,katanya sebagaimana dipetik Malaysiakini.com.Beliau mengumumkan perkara itu ketika berucap dalam satu forum di Alor Setar pagi tadi.Dr Mahathir juga menggesa kesemua menteri Umno, timbalan menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar dari parti.Beliau bertindak keluar parti yang diterajuinya selama 22 tahun, seakan-akan menurut jejak langkah dibuat Perdana Menteri pertama selepas merdeka, Tuanku Abdul Rahman.Tuanku Abdul Rahman menyertai Semangat 46 selepas Umno diharamkan ekoran kekalutan pada pemilihan merebut jawatan presiden 1987.
Bagaimanapun, Dr Mahathir meminta mereka (pemimpin Umno) supaya jangan menyertai parti-parti yang lain."Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden parti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno," katanya.Dr Mahathir merupakan perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 sejak 1981.

Lim Guan Eng tekad guna pendekatan Umar Abdul Aziz

BAYAN LEPAS, 19 Mei (Hrkh) Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi menyatakan kesediaan menggunakan pendekatan sebagaimana diamalkan Khalifah Umar Abdul Aziz dalam pentadbirannya.

"Bagaimanapun saya tidak mahu pemerintahan saya berakhir seperti Khalifah Umar yang hanya sempat memerintah tiga tahun kerana dibunuh musuh yang tamakkan kuasa dan projek," katanya pada perasmian pusat khidmat rakyat KeADILan Parlimen Bayan Baru di sini, kelmarin.

Image Perasmian pusat khidmat itu disempunakan Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Guan Eng berkata, kerajaan negeri mengamalkan konsep CAT government iaitu (contingency - berpasukan, accountanbility - bertanggungjawab dan transparency - telus dan adil).

Menurutnya tiada diskriminasi dalam menguruskan permasalahan rakyat di mana kerajaan Pulau Pinang akan mencari dana sebanyak mungkin untuk diagihkan bagi menyediakan kemudahan rakyat. Beliau juga berkata, walaupun kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang masih baru namun telah berjaya menarik pelaburan asing berjumlah RM1 bilion. �Ini menunjukkan keyakinan pelabur asing terhadap kerajaan baru di bawah Pakatan Rakyat,� ujarnya. Beliau juga memberitahu kerajaan negeri akan memperkemaskan jentera bagi menarik lebih ramai pelancong asing datang melawat Pulau Pinang. Sementara itu, Dr Wan Azizah berkata, setiap wakil rakyat terutamanya daripada KeADILan perlu bekerja berorientasikan kehendak rakyat dengan mendengar, melihat dan meninjau keadaan mereka. Kata beliau adalah diharapkan tidak ada wakil KeADILan di Pulau Pinang yang bersikap seperti diamalkan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini yang hanya mementingkan diri sendiri, kroni dan tidak amanah.

Oleh itu beliau berkata, rakyat yang mempunyai maklumat mengenai perlakuan tidak wajar wakil rakyat KeADILan disaran melapor segera kepada Majlis Pimpinan Tertinggi untuk diambil tindakan. Dr Wan Azizah yang juga anggota parlimen Permatang Pauh menjelaskan pembelian kapal selam Malaysia jauh lebih mahal berbanding dengan dibeli kerajaan India kerana wujud pembayaran komisen kepada pihak ketiga. Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata, Bayan Baru merupakan kubu kuat KeADILan di Pulau Pinang memandangkan memenangi kesemua kerusi di kawasan itu pada pilihan raya umum lalu iaitu Dun Batu Maung, Batu Uban dan Pantai Jerjak. eliau juga berharap kerajaan baru Pulau Pinang mentadbir negeri ini dengan cemerlang sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang. Hadir sama pada majlis itu anggota Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Adun Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman.

RAKYAT TERTIPU LAGI

Kabinet batalkan dakwat kekal, bukan SPR - Abdul Rashid
Ahmad Tajdid
Sun | May 18, 08 | 10:23:14 am MYT

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Hrkh) - Pendedahan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bahawa keputusan membatalkan penggunaan dakwat kekal pada jari pengundi dibuat oleh kabinet pada hari pembubaran Parlimen mengejutkan para peserta "Seminar Kebangsaan Pilihan Raya 2008: Demokrasi Terlaksana" di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dekat sini, semalam.Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang dijemput memberikan ucapan pembukaan dalam seminar itu, mendedahkan perkara tersebut ketika menjawab soalan Ketua Pengarang Malaysiakini.com, Steven Gan semasa sesi soal jawab."Saya belum menyatakan sebelum ini bahawa yang sebenarnya terjadi ialah kabinet telah menolak cadangan kami (untuk memperkenalkan dakwat kekal) pada 13 Februari, hari parlimen dibubarkan," kata Rashid.
Menurut beliau, SPR sudah bersedia memperkenalkan kaedah yang disifatkannya sebagai 'ketinggalan' itu untuk menolak keraguan orang ramai tentang pengundian berganda.
"Kami menerima tekanan dari banyak pihak (untuk melaksanakan dakwat).
"Saya tidak menyatakan ia hanya datangnya daripada parti pembangkang tetapi juga badan bukan kerajaan (NGO) yang mendesak kami berbuat sesuatu demi menghilangkan kebimbangan akan berlaku penipuan dalam pilihan raya," ujarnya.

Atas desakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), sebuah badan yang menggabungkan parti-parti politik dan puluhan NGO negara, SPR bersetuju melaksanakan salah satu daripada tiga tuntutan utama Bersih tetapi membatalkannya empat hari menjelang hari pengundian atas alasan 'keselamatan'.

Pengumuman mengenainya dibuat Rashid dalam satu sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail, empat hari sebelum hari pengundian.Menurut sumber, kira-kira RM2.9 juta dibelanjakan untuk membeli 48,000 botol dakwat tidak mudah padam dari India.Menjelas lebih lanjut, Rashid berkata, kabinet telah diberitahu wujudnya usaha penyokong PAS di Kelantan yang membeli dakwat kekal dari Thailand untuk memperdayakan orang-orang tua di kampung-kampung."Saya dimaklumkan bahawa PAS di pantai timur membeli dakwat dari Thailand. Kemudian Umno mendapat tahu (mengenainya) dan Umno juga membeli dakwat tersebut," katanya.Sehubungan itu, jelas beliau, keputusan membatalkan penggunaan dakwat kekal itu dibuat bagi mengelakkan keadaan huru-hara pada hari pengundian ekoran tindakan sabotaj pihak-pihak terbabit.Rashid juga mendakwa penggunaan dakwat kekal bertentangan dengan Artikel 119 Perlembagaan berhubung hak setiap rakyat untuk mengundi.Sementara itu Bernama melaporkan kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa keputusan supaya membatalkan penggunaan dakwat khas dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu bukan satu arahan, sebaliknya pandangan kerajaan kepada SPR.

Perdana Menteri berkata, walaupun pada dasarnya keputusan itu dibuat oleh kerajaan, namun ia disampaikan dalam bentuk pandangan dan keputusan akhir tetap tertakluk kepada budi bicara SPR selaku suruhanjaya yang menggerakkan perjalanan pilihan raya di negara ini.

"Memang perkara itu menjadi tajuk yang dibincangkan dalam Kabinet sebab kita ada beberapa maklumat berkaitan perkara ini, antaranya ada pihak-pihak tertentu yang telahpun membeli dakwat ini walaupun mereka tidak ada kuasa untuk membelinya.

"Dan kita mencurigai bahawa dakwat itu akan digunakan dengan cara-cara yang boleh mengelirukan dan menimbulkan keadaan yang boleh menyulitkan, boleh membawa masalah kepada proses pengundian yang berlaku pada hari itu," katanya.

"Pilihan raya sudah berjalan dengan baik, keputusan sudah diumumkan dan semua pihak dah menerima, jadi apa lagi yang hendak dijadikan isu," katanya.

Dewan Rakyat, 6 Mei lalu diberitahu polis tidak menemui sebarang bukti terdapatnya individu yang membawa masuk dakwat penanda kuku dari Thailand untuk digunakan dalam PRU-12.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar memberitahu, polis telah membuka tiga kertas siasatan di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan berikutan laporan kononnya dakwat itu telah dibawa masuk oleh beberapa individu dari Thailand.

"Polis telah menemubual pengadu serta saksi-saksi, didapati tiada sebarang bukti menunjukkan dakwat tersebut dibawa dari Thailand," jelasnya dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Poh Kuan

Pakatan Rakyat sedia mentadbir Johor

JOHOR BAHRU, 18 Mei (Hrkh) - Kejayaan Pakatan Rakyat memerintah beberapa negeri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu mendorong PR di negeri ini mencari jalan serta melipatgandakan usaha bagi menuruti jejak langkah negeri-negeri tersebut.Kesungguhan serta komitmen yang ditunjukkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat ini terbukti apabila mereka sentiasa duduk semeja berbincang serta merancang bagi merealisasikan matlamat dan hala tuju perjuangan gabungan itu pada masa depan."Apa yang kita lakukan ini menunjukkan bahawa kita memang serius untuk mengambil-alih pemerintahan negeri ini dari BN pada PRU akan datang; hasrat dan cita-cita ini tidak mustahil untuk menjadi kenyataan jika semua pihak terus konsisten dan ikhlas untuk membela nasib rakyat," kata Pesuruhjaya PAS negeri, Dato' Dr Mahfodz Muhamad selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat Johor di Skudai, 13 Mei lalu.Hadir sama pada perjumpaan itu ialah Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Haw, Pengerusi KeADILan Johor, Abdul Halim Dawam, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan para pemimpin Pakatan Rakyat Johor.Pakatan Rakyat Johor mempunyai lima wakil di Dun Johor iaitu Dr Mohamad Taslim (Maharani), Dr Sheikh Ibrahim Sheikh Salleh (Sungai Abong), Dr Boo Cheng Haw (Skudai), Ong Kow Meng (Senai) dan Ng Lam Hua (Mengkibul).Menurut Dr Mahfodz, berbagai perkara telah dibincangkan dan dipersetujui pada pertemuan kali ini."Saya mempunyai keyakinan yang cukup tinggi terhadap masa depan Pakatan Rakyat di negeri ini berasaskan kepada keputusan PRU lalu."Bagaimana pun sokongan rakyat ini masih belum mencukupi bagi PR untuk meraih kemenangan besar sehingga membolehkan kita memerintah negeri ini, begitu pun kita tetap bersyukur dengan kemenangan beberapa kerusi Dun dan satu Parlimen di Johor, ini adalah petanda yang sangat baik bagi Pakatan Rakyat negeri ini."Kita mengharapkan kemenangan yang lebih besar akan diperolehi pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Sabtu, 17 Mei 2008

SAH .. MAHKAMAH SYARIAH LEMAH

Mahkamah Syariah Pulau Pinang hari ini membenarkan seorang mualaf - Siti Fatimah Tan Abdullah - keluar daripada Islam.Hakim Othman Ibrahim berkata mahkamah tiada pilihan selain membenarkan permohonan Siti Fatimah, seorang tukang masak, keluar dari Islam dan kembali ke agama asalnya Buddha.Othman berkata mahkamah tiada pilihan dan mengumumkan Siti Fatihah bukan lagi seorang Islam kerana dia tidak pernah mengamalkan ajaran Islam.Oleh itu, beliau mengarahkansupaya dibatalkan sijil (Siti Fatimah) memeluk Islam.Siti Fatimah atau Tan Ean Huang, 38, berkata dia tidak pernah mengamalkan ajaran Islam sejak memeluk agama itu pada 1998.Katanya, dia memeluk agama Islam untuk berkahwin dengan seorang rakyat Iran, Ferdoun Ashanian.Pasangan itu berkahwin pada tahun 2004 tetapi suaminya telah meninggalkannya. Ekoran itu dia memfailkan permohonan untuk keluar Islam.Siti gembiraOthman berkata, adalah jelas dari keterangan saksi dan bukti-bukti yang dikemukakan bahawa Siti Fatimah telah kembali mengamalkan ajaran Buddha walaupun selepas memeluk Islam.Beliau menegur majlis agama Islam negeri kerana tidak memberi khidmatan nasihat dan menjaga kebajikan para mualaf.Dalam kes ini, tambahnya, adalah jelas majlis tersebut gagal memenuhi tanggungjawab dan akibatnya adalah apa yang berlaku hari ini.Siti Fatimah berkata beliau gembira dengan keputusan mahkamah tersebut.Katanya, dia merasa lega kerana selepas dua tahun lamanya, kesnya telah dapat diselesai untuk membolehkannya meneruskan kehidupannya.

HASIL NEGARA KITA MILIK NEGARA LUAR ??

Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) mendakwa 30 peratus saham Padiberas Nasional Bhd (Bernas) dikuasai oleh sebuah negara luar.Bernas merupakan sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia."Saham Bernas telah dibeli secara konsisten oleh pihak tertentu sehingga mereka kini menguasai 30 peratus sahamnya," kata pengerusi Gabem, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.Ekoran itu, Bernama memetik beliau sebagai meminta kerajaan menyediakan dana untuk membeli semula semua saham yang dimiliki oleh syarikat luar itu dan Bernas kembali dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan."Ini juga untuk mengurangkan permasalahan beras selain lesen pengagihan beras diberikan secara saksama kepada bumiputera," katanya kepada pemberita di Melaka malam semalam.Rahim berkata, kerajaan diminta menguasai kembali 100 peratus saham Bernas atau memastikan ia dijadikan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) demi menjaga kepentingan nasional ketika krisis makanan kini.Gabem, tegasnya, tidak mahu Bernas berkongsi kuasa dengan pihak luar berkenaan pada suatu masa kelak dalam menangani hal-hal berkaitan komoditi itu.Abdul Rahim berkata Gabem mahu kerajaan memastikan agensi-agensi yang menjadi pelaksana Dasar Ekonomi Baru (DEB) diwujudkan semula untuk kembali memainkanperanan mereka seperti Pernas-Edar yang mengedar bahan-bahan binaan.Beliau berkata industri bahan binaan kini dikawal atas faktor bekalan dan permintaan yang dikuasai pihak tertentu yang menyukarkan penyertaan bumiputera."Memandangkan keadaan itu, kedudukan pembangunan bumiputera dalam sektor bahan binaan tidak mendapat penyertaan sepenuhnya seperti yang dikehendaki,"katanya.Gabem juga mahu supaya satu dasar baru diperkenalkan kerajaan seperti langkah membenarkan import besi yang sepatutnya turut dimanfaat syarikat bumiputera dan bukan hanya syarikat gergasi.Katanya syarikat bumiputera tidak harus sekadar menjadi penumpang dalam penerokaan peluang-peluang perniagaan baru.Abdul Rahim berkata Gabem akan bertemu dengan pucuk pimpinan kerajaan bagi membincangkan perkara itu dalam masa terdekat.

YAB LIM LAGI CERDIK DARI YB BEE END

RM130,000 sebulan? Itulah gaji bulanan yang dibayar kepada konduktor Orkestra filharmonik Malaysia (MP0).Dan menurut ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, langkah mengekal konduktor dan anggota MPO yang ramai rakyat asing, adalah satu pembaziran wang Petronas.Setiausaha agung DAP itu membangkitkan isu tersebut sewaktu membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.Lim mendedahkan bahawa kos membiayai anggota MPO itu mencecah RM3.5 juta sebulan.Menurutnya, 95 peratus pemuzik asing itu dibayar antara RM16,000 hingga RM28,000 sebulan dan mendapat dua bulan cuti bergaji setiap tahun. Konduktornya pula dibayar RM130,000 sebulan manakala penolongnya dibayar gaji RM50,000 sebulan.
Sejak 10 tahun ia ditubuhkan, kata Lim, kos pembiayaan orkestra tersebut berjumlah RM500 juta.Lim juga mendakwa, bekas konduktor residen MPO, rakyat Malaysia - Ooi Chean See - telah meletakkan jawatan selepas tidak diberi peranan sewajarnya.Sehubungan itu, beliau bertanya, mengapakah Petronas membelanjakan wang yang banyak tetapi tidak memberi faedah kepada pemuzik tempatan.Katanya, pemuzik tempatan dipinggirkan manakala Petronas membelanja begitu banyak wang untuk melayan orang asing, terutama dari Eropah.Menurut Lim, sikap tersebut yang membuat rakyat begitu marah dengan Barisan Nasional (BN).Sebaliknya, Lim yang juga ahli parlimen Bagan, menggesa kerajaan supaya mengagihkan secara saksama perolehan dan keuntungan syarikat minyak nasional itu untuk faedah rakyat Malaysia, terutama yang miskin, bukannya mementingkan Pengeluar Kuasa Bebas (IPP).
Sebagai contoh, katanya, ia termasuk bayaran bonus RM6,000 setiap tahun kepada setiap keluarga dan ia tidak akan menjejaskan keuntungan Petroasn yang mencecah hampir RM80 bilion.Mengenai pembelian jet pejuang Sukhoi dari Russia, Lim bertanya mengapa harga yang dipersetujui adalah AS$50 juta sebuah, sedangkan India membeli pesawat yang sama pada harga AS$40 juta sebuah.Ramalan pelaburan.
Sementara itu, menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim (PKR-Bandar Tun Razak), dalam ucapannya, mempersoalkan unjuran bahawa 12 juta pekerjaan akan diwujudkan dalam tempoh lima tahun akan datang, ke arah mewujudkan 23 juta peluang pekerjaan pada 2013.Katanya, andaian hendaklah berdasarkan kepada angka-angka yang betul, kerana memandangkan keadaan ekonomi semasa dunia, angka tersebut mungkin terpaksa diubah.Beliau juga mempersoalkan ramalan bahawa RM30 bilion akan dilaburkan dalam bidang hartanah, pelancongan dan sektor rekreasi memandangkan "bencana" yang menimpa Zon Bebas Pelabuhan Klang dan mempersoalkan faedah projek Iskandar Malaysia di Johor kepada negara.Mengenai keputusan kerajaan Selangor memberi bekalan 20 kubik meter air percuma, Khalid berkata, risiko pembaziran air diimbangi dengan sistem bil progresif di mana penggunakan air seterusnya akan lebih mahal.
Berhubung dakwaan Ahmad Maslan (BN-Pontian) bahawa pemberian bekalan air percuma itu boleh dianggap sebagai 'merasuah' rakyat, Khalid mencadangkan ahli-ahli Umno Selangor yang tidak bersetuju dengan langkah tersebut, supaya jangan menerima bekalan air percuma dari kerajaan negeri.Dengan itu, katanya, bekalan tersebut boleh disalurkan kepada sekolah agama, sekolah Cina dan sekolah Tamil.