Turut berucap dalam majlis tersebut ialah Pesuruhjaya Sarawak, Ustaz Osman Mustapha yang member jaminan kepada masyarakat Iban setempat bahawa PAS adalah parti untuk semua kaum tanpa mengira keturunan kaum, bangsa atau agama. Sementara itu, selepas perasmian tersebut, Mujahid turut meninjau keadaan di rumah panjang Mulun dan beramah mesra dengan masyarakat di sana. Mujahid turut menyuarakan beliau berpuas hati dengan sambutan program PAS for All setakat ini kerana mendapat respon yang baik dari semua lapisan kaum dan agama di negara ini, yang mana penubuhan Kelab Penyokong PAS Iban membuktikan PAS tidak mengabaikan nasib kaum lain di negara ini. Bagaimanapun Mujahid melahirkan kekecewaanya apabila melihat keadaan di beberapa rumah panjang yang seolah-olah tidak dipedulikan wakil rakyat kawasan berkenaan. Jelasnya walaupun sudah merdeka jalan dan keperluan infrastruktur di beberapa kawasan rumah panjang Dun Lingga agak daif dan masih seperti tahun 60-an. "Jalan masuk yang tidak diturap serta bergantung kepada generator untuk menggunakan elektrik, begitu juga kemudahan lain yang sepatutnya disediakan oleh kerajaan yang memerintah. "Keadaan ini menjadikan masyarakat Iban dilihat sebagai tersisih oleh arus pembangunan yang dibawa oleh BN,"katanya. Sehubungan itu jelas Mujahid, PAS berjanji untuk memastikan rumah panjang tersebut diberi kemudahan asas sebagai komitmen PAS memastikan masyarakat rumah panjang tidak terpisah dengan kemudahan asas yang sepatutnya disediakan oleh parti pemerintah. Usaha gigih PAS cawangan Kampung Lingga, katanya telah melahirkan hubungan yang mesra antara PAS dan masyarakat Iban setempat. Dalam perkembangan lain, satu memorandum telah diserahkan kepada Pesuruhjaya Sarawak untuk memohon kepada Majlis Agama Sarawak satu tanah perkuburan baru di kampung Lingga. Aduan itu dibuat oleh PAS Lingga yang kesal permohonan kepada wakil rakyat kawasan tersebut tidak dihiraukan walaupun sudah memohon beberapa kali. Memorandum tersebut menyatakan tanah perkuburan yang sedia ada sudah tidak dapat menampung lagi kerana kedudukannya di tepi sungai kadang-kadang menyukarkan urusan jenazah kerana tidak cukup ruang. Malahan air juga masuk ke dalam lubang galian kerana terpaksa menanam jenazah di tebing sungai.Khamis, 27 Disember 2007
Kaum Iban mula tolak BN, tubuh Kelab Penyokong PAS di Sarawak
Turut berucap dalam majlis tersebut ialah Pesuruhjaya Sarawak, Ustaz Osman Mustapha yang member jaminan kepada masyarakat Iban setempat bahawa PAS adalah parti untuk semua kaum tanpa mengira keturunan kaum, bangsa atau agama. Sementara itu, selepas perasmian tersebut, Mujahid turut meninjau keadaan di rumah panjang Mulun dan beramah mesra dengan masyarakat di sana. Mujahid turut menyuarakan beliau berpuas hati dengan sambutan program PAS for All setakat ini kerana mendapat respon yang baik dari semua lapisan kaum dan agama di negara ini, yang mana penubuhan Kelab Penyokong PAS Iban membuktikan PAS tidak mengabaikan nasib kaum lain di negara ini. Bagaimanapun Mujahid melahirkan kekecewaanya apabila melihat keadaan di beberapa rumah panjang yang seolah-olah tidak dipedulikan wakil rakyat kawasan berkenaan. Jelasnya walaupun sudah merdeka jalan dan keperluan infrastruktur di beberapa kawasan rumah panjang Dun Lingga agak daif dan masih seperti tahun 60-an. "Jalan masuk yang tidak diturap serta bergantung kepada generator untuk menggunakan elektrik, begitu juga kemudahan lain yang sepatutnya disediakan oleh kerajaan yang memerintah. "Keadaan ini menjadikan masyarakat Iban dilihat sebagai tersisih oleh arus pembangunan yang dibawa oleh BN,"katanya. Sehubungan itu jelas Mujahid, PAS berjanji untuk memastikan rumah panjang tersebut diberi kemudahan asas sebagai komitmen PAS memastikan masyarakat rumah panjang tidak terpisah dengan kemudahan asas yang sepatutnya disediakan oleh parti pemerintah. Usaha gigih PAS cawangan Kampung Lingga, katanya telah melahirkan hubungan yang mesra antara PAS dan masyarakat Iban setempat. Dalam perkembangan lain, satu memorandum telah diserahkan kepada Pesuruhjaya Sarawak untuk memohon kepada Majlis Agama Sarawak satu tanah perkuburan baru di kampung Lingga. Aduan itu dibuat oleh PAS Lingga yang kesal permohonan kepada wakil rakyat kawasan tersebut tidak dihiraukan walaupun sudah memohon beberapa kali. Memorandum tersebut menyatakan tanah perkuburan yang sedia ada sudah tidak dapat menampung lagi kerana kedudukannya di tepi sungai kadang-kadang menyukarkan urusan jenazah kerana tidak cukup ruang. Malahan air juga masuk ke dalam lubang galian kerana terpaksa menanam jenazah di tebing sungai.Ahad, 16 Disember 2007
ancaman barat terhadap islam di sudan
Demi untuk mengembangkan pengaruh mereka ke seluruh dunia, Barat tidak pernah berhenti untuk ampurtangan di dalam urusan negara lain, khususnya negara kaum muslimin. Ini dapat dibuktikan di dalam kes terbaru bagaimana British bertindak untuk campurtangan di dalam urusan perundangan di Sudan. Di bawah tekanan daripada Kerajaan British, kerajaan Sudan membebaskan Gillian Gibbon. Gibbon, seorang guru British, yang beberapa hari sebelumnya telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah Sudan kerana menghina Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam dengan memberi nama sejenis teddy bear dengan nama ‘Muhammad’. Mengapa dia dibebaskan? Tanpa ragu-ragu, ianya sudah tentu mempunyai kaitan dengan wujudnya pengaruh Emperialis British di Afrika.Sebaik sahaja hukuman penjara 15 hari dijatuhkan ke atas Gibbon, pejabat luar negeri British meminta duta Sudan di UK untuk memberi penjelasan berhubung hukuman tersebut. Tindakan pejabat luar negeri itu adalah satu tamparan yang memalukan bagi pihak kedutaan Sudan. Pada masa yang sama, media-media British menyelar Sudan secara khusus. Lebih teruk lagi, umat Islam dan Islam secara umumnya.Tindakan British mengirim delegasi British ke Sudan untuk mencari jalan penyelesaian kepada kes Gibbon itu mendedahkan bahawa mereka sentiasa bersedia untuk campurtangan. Sebaik sahaja delegasi tersebut disambut oleh Hassan al Bashir, iaitu Presiden Sudan, maka keputusan akhir sudah pun dapat dijangka iaitu hukuman yang dijatuhkan ke atas Gibbon akan dimansuhkan dan dia dibebaskan dengan lebih awal. Amat jelas bahawa pada masa kini wujudnya legasi pemerintahan kolonial seperti Hassan al Bashir yang mudah ‘dijinakkan’ dan kegagalannya untuk memerintah dengan sendiri.
Tindakan campurtangan yang dilakukan oleh pejabat luar Negari di UK itu sebenarnya adalah sama seperti yang dilakukan oleh generasi kolonial mereka yang terdahulu. Iaitu melakukan penjajahan, kolonialism dan peperangan di Sudan pada kurun ke-19 dan kurun ke-20.
Mantan Perdana Menteri UK (1951-1955), Winston Churchill pernah menulis tentang eksploitasi dan kolonialisma negaranya di Sudan di dalam bukunya yang berjudul ‘The River War: An account of the reconquest of Sudan’ di dalam tahun 1899:“Sungguh dahsyat sumpahan yang Muhammad telah kenakan ke atas pengikutnya. Di samping sifat kefanatikan, iaitu sifat yang bahaya bagi seseorang manusia sebagaimana bahayanya hydrophobia pada seekor anjing, wujud di kalangan pengikutnya sikap tidak kisah dan tidak peduli yang amat menakutkan. Mereka langsung tidak mahu memikirkan persediaan bagi keperluan untuk masa akan datang, sistem pertanian yang kotor dan tidak tidak teratur, aktiviti perdagangan yang lembap, tiada keselamatan harta benda di mana sahaja terdapat para pengikut Muhammad”.Campurtangan barat ke atas urusan dalam negeri negara lain bukan sahaja terhad kepada kes yang membabitkan Gibbon. Hal yang hampir sama juga pernah berlaku tidak berapa lama dahulu. Barat menganggap bahawa sistem merekalah yang paling tinggi berbanding sistem lain, terutamanya Islam. Pembebasan dua jururawat British daripada penjara Arab Saudi kerana disabitkan kesalahan membunuh rakan sekerja mereka pada lewat tahun 1990-an dan pembatalan hukuman kesalahan murtad yang dikenakan ke atas seorang lelaki muslim yang telah menukar agamanya kepada Kristian oleh rejim Afganistan adalah sekadar dua contoh untuk membuktikan hal di atas. Daripada semua kes itu, ini menunjukkan bahawa tekanan yang dikenakan oleh Barat ke atas pemimpin boneka mereka yang zalim akan berterusan sehinggalah Negara Khilafah ditegakkan.Lanjutan daripada kes penghinaan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam yang didakwa oleh media British dilakukan di dalam keadaan keliru oleh Gillian Gibbon ini, kaum muslimin tidak perlu memberi hormat atau memandang tinggi kepada kata-kata ataupun slogan daripada Barat tentang hal-hal yang berkaitan dengan kehormatan dan harga diri. Kaum muslimin seharusnya tidak mengendahkan kritikan dan tuduhan Barat ke atas mereka kerana masyarakat Barat sendiri telah hilang kewarasan akal sehingga agama, tuhan dan Nabi Isa (AS) sendiri terlalu kerap dimaki, dijadikan bahan jenaka dan sinis.Kita mungkin sudah boleh membayangkan bagaimana agaknya reaksi daripada kerajaan British jika undang-undang anti-keganasannya dipertikaikan serta meminta penjelasan kepada tindakan pihak polis British menembak mati orang yang baru disyaki sebagai pengganas serta British diminta untuk mengampunkan dan memberi pembebasan awal kepada beratus-ratus orang yang telah ditangkap tanpa pendakwaan .Sikap angkuh dan bongkak inilah yang akan menjadi petanda buruk di seluruh bahagian dunia bagi kuasa-kuasa neo-kolonialisma. Barat harus menyedari bahawa, pada ketika ini, seruan kepada kebangkitan politik Islam dan penegakkan semula Khilafah lebih kuat daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Mereka harus juga menyedari bahawa sejarah dunia bukanlah milik Barat, tamadun Barat bukanlah tamadun universal yang berhak memaksa semua negara menerapkannya. Ia merupakan tamadun yang akhirnya akan bertembung dan dihancurkan oleh Islam. Kenyataan Samuel Huntington's akan terus releven sehingga tiba saat yang dijanjikan. Menurutnya:
"Barat menguasai dunia bukanlah disebabkan oleh kehebatan mereka atau idea atau nilai atau agama tetapi mereka menguasai dunia dengan cara menggunakan keganasan yang dirancang. Barat kerap melupakan hal ini tetapi bangsa lain yang dikuasainya tidak akan pernah melupakannya."
Sumber : http://www.khilafah.com/
Rabu, 5 Disember 2007
Angin Perubahan Mula bertiup dari Estate Serkam ???
Satu majlis ramah mesra bersama kaum india telah diadakan disini yang dianjurkan bersama oleh PKR Jasin dan Majlis Tin dakan DUN Serkam.Pada majlis tersebut mereka telah menzahirkan sokongan kepada BA dengan mengisi borang menjadi ahli PKR. Timbalan PKR-Jasin, Sdr Azmi Bin Khamis telah menyampaikan sedikit penerangan tentang dasar BA dan keperluan untuk menyokong BA khususnya dalam pilihanraya akan datang. Rata rata masyarakat india yang hadir hari itu faham dengan keadaan semasa politik tanahair. Mereka kebanyakannya orang muda adalah golongan yang berpelajaran dan tinggal ditaman taman perumahan Serkam Darat.
Salah seorang dari wakil masyarakat india yang hadir telah menyatakan kekesalannya selama ini kerana memberi sokongan kepada BN khususnya MIC. Beliau meletakan harapan dan keyakinan yang tinggi bahawa BA akan menjadi kerajaan yang lebih bertanggungjawab khususnya dalam membela nasib masyarakat india dinegara ini.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah ketua Dewan pemuda PAS Melaka - Ustaz Kamarudin Sedek, SU PKR-Jasin - Pn Mahani Mazban,naib ketua PKR-jasin Endunpayan Manickam dan beberapa pimpinan PKR dan jawatankuasa MTD-serkam. 
Sementara itu menurut SU- PKR Jasin Puan Mahani, ramai lagi masyarakat india dari estet dan taman perumahan diserkam darat akan mengikut jejak rakan mereka untuk menyertai PKR. Satu majlis penyerahan borang keahlian akan diadakan pada majlis ceramah yang akan diadakan diSerkam Darat pada 17 disember nanti.
Ketika diminta mengulas perkembangan tersebut ,ketua Dewan Pemuda PAS Ustaz Kamarudin menyatakan kesyukuran dengan apa yang berlaku ."Ini satu perkembangan yang baik, dan saya harap masyarakat melayu di DUN serkam ini juga akan sedar dan melakukan perubahan dalam pilihanraya akan datang " ujarnya yang juga bekas calon di DUN Serkam dalam pilihanraya lalu. persoalan disini adakah ianya akan berterusan ?? kita tunggu pilihanraya ke 12 dan pastikan BN tersingkir dari DUN Melaka..

Selasa, 4 Disember 2007
Tuntutan Melampau .. Umno lagi Melampau ..
SIAPA YANG BUAT KEPUTUSAN ?? PAKLAH ATAU UMNO ???
“Bukan taraf seorang Perdana Menteri untuk bertemu dengan sebuah pertubuhan yang hina dan mempunyai taraf yang rendah kerana bertindak seperti samseng jalanan dengan melanggar undang-undang negara,” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat media di Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (LIMA) di sini, hari ini.Zainuddin berkata, bukanlah taraf bagi seorang Perdana Menteri untuk bertemu dengan golongan yang telah menimbulkan huru-hara dan menggunakan cara kekerasan untuk mengugut kerajaan.Menurut beliau, usaha untuk bertemu dengan pemimpin negara bagi meluahkan segala rasa tidak puas hati seharusnya berlangsung sebelum Hindraf mengambil tindakan untuk menganjur perhimpunan haram dan bukan selepasnya.Zainuddin berkata, kaum India telah jauh maju berbanding zaman mencapai kemerdekaan iaitu daripada datang ke negara ini sebagai pekerja ladang, kini ramai yang menjadi golongan profesional termasuklah yang menyokong Hindraf.“Kita juga kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang mengambil kesempatan untuk menangguk di air keruh dengan mendakwa kononnya presiden India dan Ketua Menteri Tamil Nadu telah menyokong tindakan Hindraf,” kata Zainuddin.
Duit Zakat Dihabiskan Umno ??? biasaler ...

Isnin, 3 Disember 2007
ISLAM YANG SEDIA ADA TAK LENGKAP KE ???
Perdana Menteri berkata melalui pendekatan ini, apa yang disebut mengenai Islam Hadhari akan dapat dilihat dalam bentuk program dan projek yang telah dijalankan."Sepuluh prinsip Islam Hadhari adalah pendekatan yang membawa kita kemajuan dan keamaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Perkampungan Islam Hadhari peringkat negeri Melaka di Dataran Pantai Perkelahan Tanjung Bidara dekat sini, hari ini.Abdullah berkata melalui pendekatan Islam Hadhari itu, kerajaan tidak akan melakukan program dan projek yang boleh menimbulkan keresahan kepada mana-mana pihak.Beliau berkata Islam Hadhari telah diterjemahkan pelaksanaannya dalam bentuk program dan projek."Maka sebab itu bagi setiap 10 prinsip itu, ada ditunjukkan dengan jelas, itu projek yang dijalankan ada berkaitan pertahanan, keselamatan, alam sekitar, kualiti hidup dan sebagainya," katanya.Terdahulu ketika berucap di hadapan kira-kira 50,000 orang, Perdana Menteri mahukan rakyat menguasai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang supaya mereka dapat memanfaatkan kemakmuran negara.Beliau berkata kemajuan yang dikecapi kini adalah hasil kepandaian anak tempatan yang bersungguh-sungguh memanfaatkan nikmat yang dianugerahkan tuhan.Katanya pembangunan dan keamanan adalah untuk dinikmati semua kaum dan kerajaan sentiasa memastikan tiada kaum yang terpinggir.Pada majlis itu, Abdullah yang diiringi isteri Datin Seri Jeanne Abdullah turut melancarkan buku bertajuk "Perkampungan Hadhari Tanjung Bidara" iaitu sebuah buku yang membuktikan kesungguhan kerajaan Melaka dalam melaksanakan Islam Hadhari.Perdana Menteri kemudiannya merasmikan Kompleks Al-Kawarizmi yang terletak berdekatan Perkampungan Hadhari itu.Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Md Zin. Bernama
Pak Ali Cetus Propaganda Perkauman ???
Badrol Amin lancar ringtone 'Correct..Correct..Correct'
"Dengan pelancaran 'ringtone' ini, kita mahu rakyat tahu isu ini kerana ianya isu terbesar yang membabitkan soal kehakiman negara.Pendedahan klip video ini memberi gambaran bahawa sistem kehakiman di negara ini telah rosak, dan kedudukan hakim ditentukan oleh tauke-tauke judi," katanya semasa mengulas mengenai isu 'Pita Lingam'. Penglibatan Vincent Tan; VK Lingam dan beberapa individu lain yang merupakan tauke judi di negara ini dalam menentukan kedudukan hakim dan membeli hakim bagi memenangi kes mereka hanya membenarkan dakwaan sebelum ini bahawa sistem perundangan Malaysia hancur, katanya. Ketika skandal pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ustaz Badrol Amin yang ketika itu seorang Pensyarah Kanan Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim UIAM terbabit dalam memperjuangkan nasib Anwar.
Ketika itu katanya beliau menjangkakan bahawa perbicaraan kes Anwar ini berkemungkinan telah diatur dan ditentukan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan mereka. "Dan dengan pendedahan Anwar mengenai klip video ini, sahlah dakwaan itu benar bahawa institusi kehakiman di negara ini rosak kerana kepentingan orang tertentu yang ditentukan oleh tauke-tauke judi," ujarnya. Justeru, beliau menyeru kepada rakyat Malaysia agar memperbetulkan kepincangan ini dengan menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah hari ini pada pilihan raya umum akan datang. Masanya telah tiba untuk rakyat menghukum kerajaan yang gagal membela nasib rakyat dan kerajaan yang telah menyerahkan nasib rakyat di tangan tauke-tauke judi, katanya.Umno taja festival boleh ria ???
Festival yang sudah tidak releven lagi di Pulau Pinang itu seolah sengaja digempurkan untuk tujuan pilihanraya setelah Perdana Menteri merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi terasa bahang ketakutan apabila orang Cina dan India di negeri ini menunjukkan angin perubahan. Memandangkan, orang Melayu masih lagi khayal dengan hiburan terutamanya golongan belia maka pemerintah Barisan Nasional (BN) tidak semena-mena mahu mengambil kesempatan menengahkan irama boria yang sudah pupus di negeri yang bakal maju dengan Penang Global City Centre (PGCC).

Ramai orang terkial-kial mendengar nama boria walhal sudah lama tidak kedengaran di corong radio nyanyian atau lawak yang kadang-kadang mual ekoran pujian yang tidak habis-habis kepada BN yang didakwa boleh membawa kemajuan di negeri ini.
Seorang rakan saya menelefon mengkhabarkan program yang dirasmikan oleh Perdana Menteri itu. "Hello Sabri, hang tak mai tengok boria ka? Depa bukan main meloncat, pakai topeng dengan lenggang lenggok macam kera!," katanya. Saya yang waktu itu baru selesai menyudahkan bahan fokus kedudukan melayu di Bayan Baru, Pulau Pinang sudah mengagak pasti ada orang kuat PAS Penaja Kawasan Tanjung, Rasidi Salim akan memberitahu perkara itu.
Saya sendiri sudah mendapat info dari TV dan banner di merata tempat cuma tidak sempat meninjau ke situ sahaja. Saya tabik pada Rasidi kerana banyak bantu saya mencari isu di negeri ini macam Allahyarham ayahnya, Salim Hashim yang tidak lekang-lekang menghubungi saya di era 1990 an sehingga ke akhir hayatnya kira-kira dua tahun lalu jika ada isu membabitkan kezaliman BN dan Umno.Isu tanah wakaf Kampung Makam sendiri di waktu hayatnya sukar digugat tapi bila ketiadaanya barulah Majlis Agama Islam (Maipp) berani melakar pembangunan hebat kononya untuk kebaikan Melayu juga. Saya dah pi tengok, petang tadi, bukan main ramai budak muda terkinja-kinja ikut irama boria. Bas Kementerian Pendidikan, Kementerian Pelancungan dan banyak lagi kementerian mai sama. Bukan saja pemimpin BN bahkan, penuh bendera Umno dari Pulau Pinang seakan majlis tajaan Umno sepenuhnya. Tu la! sambungnya, depa bukan tau mana satu projek kerajaan atau parti. Pakai main hentam saja yang pacak bendera pula sekadar mahu upah bukan semangat untuk merealisasikan semula kesenian boria. Saya teringat sewaktu mencari bahan berita di salah sebuah kampung melayu di Tanjung Bungah. Saya lihat lebih kurang 20 remaja bukan main rancak menari irama boria. Pada hal, kampung yang mereka duduki terancam dengan pembangunan bertaraf mewah. Fenomena itu boleh dilihat di keliling kampung yang tinggal suku ekar lagi akan hilang indentiti. Boria Tanjung Bungah mahu pembangunan! itulah lirik yang masih terngiang-ngiang di telinga saya sampai kini. Melihat gelajat pemuda-pemudi itu mereka merupakan generasi yang bakal meneruskan perjuangan Umno di situ. Tapi, setahun lepas itu saya sekali lagi terpanggil untuk menulis cerita pembangunan Tanjung Bungah dan terkejut beruk dibuatnya! bila saya dapati dah tak dak kampung yang mana remajanya terkinja-kinja mahukan pembangunan. Semuanya dalam pembinaan rumah bertingkat bertaraf elit dan ramai penduduk tidak puas hati dengan pembangunan yang menyebabkan mereka berpecah belah. Umno yang berboria waktu itu mana perginya?. Mana pemimpin Umno di Bahagian Bukit Bendera, Dato' Ahmad Ismail yang juga Presiden Sepak Takraw Malaysia?. Jangan asyik tidak puas hati Thailand mahu guna bola lain di Sukan Sea sehingga nak memulau kejohanan berprestij di Asean tapi lihat sama nasib Melayu di parlimenya yang tidak ada masa depan. Apa yang dikatakan oleh Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu setiap kali berceramah di sebelah pulau terutamanya mana dia kumpulan boria di Sungai Pinang, Kampung Rawa, Kampung Dodoi, Jalan Awana dan sebagainya. Semua dah pindah bila pembangunan datang ada yang lari ke Kulim, Mahang dan Sungai Petani malahan ada yang mati semasa menyewa rumah bila perkampungan asal diambil untuk tujuan pembangunan. Itulah nasib melayu Pulau Pinang yang sampai kini tiada masa depan. Tiba-tiba Umno bawa festival boria pemuda untuk mengembalikan noltagia kesenian yang hampir tiada warisan bersama beberapa penaja lain antaranya, Kerajaan Negeri, Umno Pulau Pinang, Utusan, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Rira Bina Sdn Bhd, Koridor Utara, Queenbay Mall, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Wahai anak muda Islam Pulau Pinang buatlah perubahan jangan lagi lalai dengan projek BN yang asyik seronok tanpa batasan yang akhirnya merugikan mereka sendiri apabila menjadi hamba di tanahair sendiri
Perhimpunan Hindraf ditaja oleh Umno?
"HINDRAF pada pendapat saya dibentuk oleh Umno sendiri, dibentuk oleh MIC sendiri, tiada sebab bodohnya seorang peguam India ini yang hendak memasukkan satu benda yang tak relevan dalam tuntutan dia iaitu supaya menghapuskan hak istimewa orang Melayu.
"Ia untuk nak mencetuskan satu kegelisahan, mencetuskan kemarahan di kalangan orang Melayu khasnya orang Umno yang buta politik sebab itu Umno mengalihkan isu HINDRAF yang memberikan satu tamparan hebat kepadanya menjadi isu perkauman," katanya yang juga bekas Setiausaha Umno Bahagian Cheras ketika berceramah di Markas PAS Parit Putat, di sini baru-baru ini. Tambah beliau,"Walhal tiada kena-mengena pun kerana di Malaysia ini bukan perkara baru, soal tuntutan ini orang Melayu saja yang bodoh yang tak pernah menuntut apa-apa".
"Sebab waktu Jepun menyerang Tanah Melayu ramai orang Cina dibunuh Jepun, selepas merdeka mereka berjuang untuk menuntut hutang darah dari Jepun dan Tunku selaku Perdana Menteri menyokong tuntutan hutang darah itu yang akhirnya dapat kapal."Dalam konsep HINDRAF ini kita kena lihat dari sudut pepatah Melayu 'ku tembak pelanduk, rusa yang kena tetapi bila ku lihat gajah yang mati' sebab dia nak tembak pelanduk, pelanduknya MIC tetapi rusa yang kena ialah British dan bila kita tengok dekat BNlah yang akan mati," kata beliau.
Beliau turut menjelaskan, pemimpin Umno akan gunakan semua anggota partinya seperti kerbau waktu membajak tetapi apabila sawah menjadi padi dan padi menjadi beras kerbau itu akan disembelih untuk dimakan bersama beras.
"Ini memang budaya dalam Umno dah tradisi zaman berzaman kerana saya masuk Umno masa muda, saya cuba buat perubahan di peringkat yang terendah dan di atas lagi tak boleh sebab budaya dalam Umno budaya materialistik. "Umno tak tahu pahala dan dosa dia telan semacam, PAS pada pendapat saya secara peribadi dia akan jadi satu parti yang mahu tak mahu terpaksa orang Melayu terima nanti tetapi memakan masa yang panjang, perjuangan yang panjang," katanya dengan optimis. Beliau berkata, pemimpin Umno berdosa dengan orang Melayu umpamanya pengkhianatan, rasuah, penyelewengan, ketidak-ikhlasan, menipu hidup-hidup dan menjual Melayu macam hamba-abdi, semua pemimpin Umno bercakap soal Melayu tetapi tiada satu pemimpin Umno pun yang tak boleh hidup tanpa adanya orang bukan Melayu di sekelilingnya."Soalnya bukan persoalan Melayu atau bukan Melayu, kita dah merdeka 50 tahun tetapi tanah orang Melayu makin lama makin hapus, makin lama makin tak ada, tanah kerajaan bertukar tangan kepada bukan Melayu jadi kita nak salahkan ke bukan Melayu ini? Ini sentimen perkauman yang dimainkan oleh Umno untuk menipu orang kampung," katanya. Seterusnya, beliau melihat bahawa kebangkitan 100,000 baru-baru ini bukan tanda protes kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi satu kebangkitan baru golongan muda bawah 40 tahun iaitu generasi perubahan sudah berlaku dan yang ada sekarang generasi Melayu baru serta mereka itu akan berjaya. "Sebab lebih baik kita berjuang sekarang walaupun nikmat kejayaan itu kita tidak dapat daripada kita tak buat apa-apa dan bangsa kita akan hancur di satu masa nanti jika Melayu tidak berubah paradigma politiknya," ujar beliau
BARU LAMBANG DAH KECHOT PERUT ??
Pejabat Umno berlambang PAS
KOTA TINGGI: Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi, Rasman Ithnin naik berang apabila pintu unit pejabat UMNO di Wisma JKKK Felda Air Tawar Dua di sini telah dicat dengan lambang parti pembangkang.Kejadian itu bermula apabila Pusat Latihan Bio Teknologi EM yang turut menggunakan unit pejabat itu telah menawarkan pintu pejabat dengan warna hijau sebagai warna alam sekitar dan memajukan bidang pertanian.Ketua UMNO Cawangan Kampung Felda Air Tawar Dua, Suradi Kassim berkata, apa yang berlaku ialah ada pihak tidak bertanggungjawab telah melukis bulatan putih di pintu hijau itu menyebabkan ia seolah-olah pejabat sebuah parti pembangkang.Katanya, perbuatan yang baru disedari semalam itu telah mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan ahli UMNO dan petugas pusat latihan itu tetapi keadaan diredakan dengan baik.
"Tetapi kita telah melaporkan kejadian ini di balai polis untuk mencari pihak yang tidak bertanggungjawab melukis gambar bulan putih di pintu tersebut,"katanya.Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Mohd. Sebut ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kes tersebut dan ia sedang disiasat. Utusan.
HARGA MINYAK : ADAKAH IA MEMBEBANKAN KEPADA PENGGUNA ??

Sabtu, 1 Disember 2007
HADIS PERINGATAN BUAT SEMUA
1) Orang yang mempunyai bekalan air yang banyak di suatu kawasan lapang atau sahara tapi ia enggan untuk memberi minum Ibnu al-Sabil (para musafir yang kehabisan bekalan minuman).
2) Orang yang menawar untuk membeli barangan selepas asar dengan bersumpah atas nama Allah; bahawa dia akan membeli atau mengambil barang itu dengan harga tertentu. Janjinya itu dipercayai benar oleh penjual. Pada hal dia sebenarnya langsung tidak berniat untuk membelinya.
3) Orang membai‘ah pemimpin (mengundi dan memilih atau melantik pemimpin) semata-mata kerana perhitungan keduniaan (kebendaan). Kalau orang yang dipilihnya itu memberikan janji habuannya maka barulah dia akan menunaikan kewajibannya. Kalau tidak ia akan bersikap enggan (atau ingkar).” (Hadith Muttafaqun ‘Alaihi).
MALAYSIA IKTIRAF YAHUDI ?????
Kehadiran Malaysia dalam sidang damai Annapolis bagai mengiktiraf Israel - JIM
Roy Rasul Foto Wan Zahari Wan Salleh Fri Nov 30, 07 5:00:01 pm MYT
KUALA LUMPUR, 30 Nov (Hrkh) - Kehadiran Malaysia bersama negara-negara Arab dan negara Islam lain dalam konferens Annapolis di Maryland Amerika Syarikat (AS) pada 27 November lalu bagi mencapai perdamaian di antara Israel dan rakyat Pelestin sebagai sesuatu yang amat malang. Menurut Pengarah Pusat Kecemerlangan Palestin (Pace), Dr Hafidzi Mohd Noor, ini kerana kehadiran mereka ke persidangan yang ditaja AS itu memberi satu justifikasi dan kemenangan moral dan politik kepada negara zionis itu. "Saya melihat kehadiran negara-negara Arab dan negara Islam lain termasuk termasuk Malaysia seolah-olah memberi pengitirafan kepada Israel. Sepatutnya apa yang mereka lakukan ialah mengena dan menghentikan desakan antarabangsa supaya AS dan sekutunya seperti Kesatuan Eropah dan Israel menghentikan semua sekatan ekonomi yang berlaku di Gaza sekarang," katanya dalam satu sidang akhbar Jawatankuasa Perhubungan Antarabangasa berkenaan Konferensi Annapolis di ibu Pejabat Jim, Taman Malawati, dekat sini, hari ini. Sebaliknya beliau berkata, apa yang mengewakan pendirian negara-negara Islam menyokong konferens tersebut di mana akan mengukuh lagi kedudukan Irael. Sementara itu, konferens tersebut dihadiri 50 negara yang disertai negara-negara Arab dan Islam dan Malaysia diwakili Menteri Luar Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar. Katanya, keabsahan konferens itu ialah paling tidaknya ia dipersoakan kerana apa yang dikatakan sebagai perwakilan Palestin tidak melambangkan suara dan aspirasi rakyat Palestin. Malah kehadiran negara-negara Arab dan Islam akan merumitkan lagi kemelut yang dihadapi rakyat Palestin. "Ini kerana secara tidak langsung mengesahkan pendudukan Israel dan pelanggaran berterusan Israel ke atas hak rakyat palestin," katanya. Ktanya, konferens tersebut bertujuan menguatkan cengakaman Israel ke atas wilayah Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur di samping mengenakan kepungan ke atas Gaza. Sehubungan itu katanya PACE menyeru rakyat Malaysia megikuti hasil konferens tersebut kerana ia berkemungkinan membuka laluan kepada hubungan diplomatik dengan Israel di mana tiada peruntukkan bagi Malaysia. Turut hadir dalam sidang media itu ialah Naib Presiden Jim, Zairulshahfuddin Zainal Abidin, Timbalan Pengerusi Jim Antarabangsa, Selamat Aliman dan beberapa exco. Dalam sidang akhbar tersebut Zairulshahfuddin, berkata Visi Pace ditubuhkan oleh Jim Antarabangsa ialah untuk Pusat kecemerlangan dan penyelidikan demi pembebasan Palestin. Misinya pula ialah menjakankan kajian dan penyelidikan serta penyebaran maklumat, menjalinkan hubungan strategik dengan pelbagai pihak dan menjana, mengumpul dan menyalurkan dana secara berkesan
Gasak media perdana secara keseluruhan!
DALAM tahun 1998, saya masih teringat seorang duta yang menjadi kenalan kerana pernah menjadi tetamu negaranya, ada menelefon saya di satu pagi.Katanya, "Sudah baca NST hari ini?" Saya menjawab belum. Dia menyuruh saya mendapatkan NST sambil ketawa. Saya waktu itu sudah memboikot NST segera ke sebuah kedai mamak di Kelana Jaya. Terpampang di muka depan NST, satu gambar besar pasukan senam robik wanita negara duta tersebut meraikan pingat emas pertama SUKOM'98. Tetapi tajuk utama NST hari itu ialah, "WE WERE SODOMISED". Dua cerita berbeda di muka depan, satu mengenai kes sodomi di mahkamah yang cuba mengaibkan Anwar Ibrahim dan satu lagi gambar pasukan senamrobik pasukan sebuah negara. Tidak kena mengena tetapi sekali imbas seolah-olah berita yang satu. Tetapi dalam keghairahan NST menjatuhkan maruah Anwar Ibrahim, turut sama mengaibkan sekumpulan etlit wanita! Rasanya pada ketika itu, A. Kadir Jasin yang kini berblog masih menjadi Ketua Editor Kumpulan NST. Manakala saya masih bekerja di sebuah stesen TV dalam kumpulan syarikat yang sama. Dalam perbualan berikutnya dengan duta tersebut di rumahnya, kami bersependapat yang media Malaysia sudah menjadi tidak siuman dalam cuba menenggelamkan kebangkitan reformasi ketika itu. Tentunya media perdana yang dikuasai oleh parti pemerintah akan menjadi sebahagian dari mesin propaganda yang mementingkan survival pihak berkepentingan. Maka matlamat menghalalkan cara. Saya juga masih teringat yang pada masa kemeriahan demo petang Sabtu, akhbar Utusan pernah melaporkan dengan gambar yang ada di antara wanita yang menyertai demo adalah sekumpulan pelacur. Dalam keghairahan menfitnah, Utusan tidak menyedari diantara mereka yang dituduh pelacur itu adalah golongan intelektual tetapi begitulah pemberitaan yang bertaraf pelacur. Hina dan menghinakan. Dari era reformasi sehingga kini, strategi pemberitaan yang berat sebelah, tidak seimbang dan penuh dengan fakta separuh benar mahupun fitnah (terutama kalau melibatkan parti dan pemimpin serta ahli pembangkang) terus menjadi jenama media perdana tertentu. Lebih kuat dan ganas menjelang pilihan raya. Sebelum reformasi lagi, siapa yang boleh melupakan gambar Tengku Razaleigh memakai tengkolok bersalib Kadazan yang terpampang di akhbar ketika kempen pilihanraya satu masa dahulu. Gambar tersebut dikatakan mampu mengubah haluan pengundi Melayu yang kebanyakan mengundi berdasarkan sentimen. Saya tidak pasti perasaan dan moral pendukung utama media perdana yang tentunya diletakkan sebagai mata dan telinga pemimpin politik yang berkuasa. Mereka mungkin telah lama melupakan etika profesional kewartawanan demi perut dan kepentingan peribadi lain. Walau mungkin mereka boleh berkata, seperti dakwaan Lingam sewaktu bercakap dengan seoarang hakim, lebihkurang berbunyi "Semua ini demi negara, bukan untuk kita!" Ya, 'correct, correct, correct, correct, correct!' Apakah mereka melupakan tentang pembalasan di hari akhirat? Tetapi bagi ramai yang bekerja di media perdana dan tidak mempunyai pilihan kerana mencari makan, walau tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh bos-bos besar tersebut, mereka terpaksa bersetongkol dan mempunyai 'saham'. Seorang bekas wartawan menulis dalam blognya, kalau memboikot media perdana, seperti akhbar Melayu akan menimbulkan kesan dari segi penjualan dan seterusnya menyukarkan pembayaran gaji untuk kakitangan berbangsa Melayu. Bermakna yang menjadi mangsa ialah pekerja Melayu juga. Pendapat beliau ini mungkin berdasarkan perspektif yang agak sempit. Kita seharusnya melihat agenda yang lebih besar dalam memperkasakan serta mengangkasakan bangsa. Memboikot media perdana adalah dengan tujuan memulihkan kredibiliti dan taraf media dari bakul sampah ke mencerna minda. Tentunya dalam setiap perjuangan, ada akan menjadi mangsa. Sejarah kemerdekaan turut mengorbankan sejumlah perwira. Tetapi dalam keadaan sekarang, mangsa sebenar ialah warganegara (majoriti bangsa Melayu) yang telah menjadi mangsa kepada pemberitaan yang tidak simbang, palsu, ditokok-tambah dan penuh pembohongan. Para pekerja media boleh mengubah keadaan, walau agak mustahil di Malaysia, dalam mencapai wawasan mentaliti kelas pertama dengan membuka ruang demokrasi dan kebebasan bersuara yang lebih luas kepada semua pihak, majoriti mahupun minoriti. Secara amnya, kita sebagai pengguna boleh mengelakkan dari membazirkan wang untuk membeli akhbar atau menghabiskan masa untuk menonton berita TV atau mendengar berita radio yang dipenuhi berita tidak benar serta berita yang memesongkan fakta. Apalagi kalau empunya media tersebut adalah parti pemerintah atau kroni yang membolot keuntungan. Malah dengan memiliki syarikat media secara monopoli dan tidak membenarkan pihak lain menerbitkan akhbar, mempunyai stesen TV dan radio sendiri adalah salah dari segi moral dan agama, termasuk nilai-nilai Had hari. Mengapa dalam isu sebegini, kita mahu menggunakan sentimen bangsa walhal yang beruntung bukan bangsa secara keseluruhannya tetapi elit politik yang terus haloba untuk berkuasa dan mengaut kekayaan. Paling utama, pembaca sebagai pengguna mempunyai hak untuk membuat pilihan. Tindakan memboikot tidak kena mengena dengan politik, sentimen bangsa mahupun agama, tetapi sebahagian dari demokrasi serta kapitalisme. Dalam pelbagai sekatan dan kongkongan kerajaan, kita mesti suburkan media alternatif dan penyebaran maklumat yang lebih luas terutama dalam membongkar pelbagai penyelewengan dan kebobrokan mereka yang tidak mahu pencen dari berkuasa. Pendukung media alternatif juga mesti lebih bertanggungjawab dengan kredibiliti dan etika yang baik. Walau sukar untuk membendung gejala negatif dalam ruang yang bebas, kita mesti meneruskan usaha yang telah berkembang dari era reformasi dan boikot media 1999. Demi untuk menjadi Malaysia lebih hebat dan bertaraf glokal serta global, apalagi untuk bertaraf angkasa raya, juga demi masa depan generasi untuk bersaing di pentas dunia dengan minda terbuka dan dinamik, kita mesti membetulkan salah satu dari aset penting demokrasi, yaitu media. Maka bersama-sama untuk mengGASAK media perdana keseluruhannya (bukan sekadar yang tertentu
PILIHANRAYA DARI PERSPEKTIF ISLAM
Penerangan Hadis:
Memandangkan pilihanraya umum semakin hampir maka umat Islam kerap berhadapan dengan pandangan yang mengajak mereka menjauhkan diri dari persepsi agama atau Islam dengan alasan bahawas; berfikir dan berperinsip berdasarkan agama dalam pilihanraya akan mencemarkan agama (Islam). Manakala yang wajarnya ialah tidak menurut landasan atau tujuhala agama. Pandangan seperti ini sebenarnya adalah lanjutan dari faham sekularisme yang mahu memencilkan Islam dari menjadi asas atau landasan perjuangan umat.
Menurut pandangan golongan sekularis ini, menjadikan tuntutan agama sebagai asas pertimbangan dalam politik dan pilihanraya adalah suatu tindakan mencemarkan agama. Manakala amalan sekularisme yang membelakangkan atau malah tidak menghiraukan ajaran agama (Islam) adalah satu cara pemurnian amalan beragama berkenaan. Inilah bentuk kesilapan akidah yang menjadi amalan golongan sekularis. Pemikiran herot dan keliru seperti ini mereka hendak jaja dan popularkan agar menjadi amalan umat Islam di negara kita. Pada hemat kita kekeliruan seperti ini perlu didedahkan agar tidak menyesatkan keyakinan dan penghayatan umat Islam kepada agama Islam yang suci.
Dalam hubungan ini ada baiknya kita petik ucapan dasar YDP PUM dalam Muktamar 2003 yang menegaskan antara lain:
“Dalam konteks Malaysia umat Islam dan rakyat Malaysia perlu ada keyakinan terhadap dasar agama dan jatidiri yang telah menjadi asas negara Malaysia. Islam yang menjadi agama rasmi perlu dipatuhi dalam setiap aspek tuntutannya agar apa yang dirancang tidak lari dan bercanggah dengan dasar-dasarnya. Kerajaan dan rakyat diajak agar mengamalkan syariat dan nilai-nilai keadilan yang divine berteraskan paradigma Islam.
Kerajaan dan rakyat diseru agar berusaha keras menghapuskan rasuah, nepotisme, penyalahgunaan kuasa, penyalahgunaan jentera kerajaan, di samping membangun sebuah pentadbiran yang bersih, telus dan bertanggungjawab kepada Allah dan rakyat.
Isu Pilihanraya dan Peranan SPR
Dalam kesibukan mengundi kadang-kadang kita terdengar pandangan sumbang yang memandang remeh pilihanraya sebagai suatu yang tidak ada pada zaman Rasulullah. Pada hal ini adalah suatu kewajiban agama dan politik yang sah. Tanpa kesedaran ini umat Islam mungkin sukar untuk membuat perubahan dan reformasi dalam masyarakat. Dalam menegaskan perkara ini Syaikh Faisal Maulawi menerangkan: Orang-orang Islam berkewajiban melaksanakan amr ma’ruf dan nahy ‘anil munkar dalam masyarakat di mana dia hidup. Pilihanraya adalah salah satu cara di mana dengannya dia dapat menunaikan kewajipan itu. Jadi dengan berlandaskan kaedah meraih yang paling kurang mudharat orang Islam boleh mengundi calon-calon tertentu dalam pilihanraya. Justeru itu berhak memilih calon yang lebih baik dari perspektif Islam. Kalau dia tidak temui yang lebih baik maka ia wajar memilih calon yang kurang mudharatnya terhadap umat Islam. Dengan cara itu ia berupaya menolak mudharat daripada orang Islam setakat yang terdaya. Dengan itu juga penglibatan dalam pilihanraya adalah satu bentuk jihad. Saya berpendapat bahawa ikut serta dalam proses pilihanraya itu adalah merupakan jihad yang utama; Ia jihad sebab:
1) Ia memerlukan pengorbanan tenaga yang bukan sedikit untuk memenangkan Islam dan orang Islam. Atau sekurang-kurangnya menghindarkan mereka dari sebahagian kesusahan. Atau dapat menangkis beberapa kemunkaran dari kehidupan mereka sedaya yang boleh.
2) Ia merupakan jihad yang utama sebab ia merupakan kewajipan masa kini menurut diskripsi ulama. Masalah Islam hari ini ialah masalah penyimpangan para pemerintah dari agama Allah. Mereformasikan pemerintah atau menggantikan mereka dengan yang lain adalah jihad yang terbesar. Manakala ikut serta dalam pengundian adalah cara yang lumrah untuk zaman sekarang. Itupun dalam batas kemampuan.
Manakala kumpulan Islam yang tidak ikut serta dalam proses ini pasti terlepas dari peluang melaksanakan kewajipan ini. Memang mereka mempunyai beberapa kewajipan lain yang mereka boleh laksanakan. Tapi itu bukan alasan untuk tidak melaksanakan kewajipan mengundi ini mengikut pandangan kami. Mereka juga tidak dapat melepaskan diri dari dosa tidak menunaikan kewajipan ini. Perlaksanaan kewajipan ada pahalanya. Manakala cuai dalam melaksanakannya tetap berdosa. Allah berfirman : “Pada hari Kami memasang timbangan keadilan pada hari kiamat kelak, (pada waktu itu) tidak ada sesiapa pun yang teraniaya.(Amalan) walau sebesar zarrah pun akan Kami tampilkan dalam pertimbangan Kami. Memadailah Kami sahaja sebagai penghitung (yang membuat pengadilan)” Beliau menegaskan lagi: Dari sudut Syara’ jika seseorang itu diberi kesempatan untuk menentukan penguasa (pemerintah) maka ia wajib memilih pemerintah Islam yang akan memerintah berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Dalam pilihanraya orang Islam dilarang membeli atau menjual undi sebab itu adalah semacam rasuah. Mufti Islam online menegaskan:Pilihanraya adalah salah satu mekanisme dimana seorang muslim boleh – melaluinya- menegakkan kewajipan Amr Makruf dan Nahi Anil Munkar. Oleh itu orang Islam wajib mengundi calon yang terbaik untuk memberi khidmat kepada Islam. Orang Islam harus sedar bahawa suaranya atau undinya adalah amanah. Amanah wajip ditunaikan mengikut cara yang diredhai Allah; jauh dari memikirkan kepentingan diri dan hawa nafsu. Mengundi ini adalah suatu jihad Madani, malah sebagai suatu cara menyokong kebenaran dan menumpaskan kebatilan. Pengundi Islam mesti menghindarkan diri dari membeli atau menjualkan suara atau undinya; justeru itu adalah termasuk dalam rasuah yang diharamkan. Bila mengundi ia hendaklah memilih orang yang kelihatannya baik dan soleh, orang yang bersedia untuk memberi khidmat kepada agamanya; jauh dari syubhah.
Dalam konteks yang lain, SPR perlu menetapkan keutamaan dari perspektif Islam yang betul dan wajar. Di samping pemahaman yang jelas terhadap mandat dan tanggungjawabnya. Ia tidak boleh beranggapan bahawa isu poster / panji adalah lebih penting daripada skandal pengundi hantu, penyalahgunaan seperti politik wang, penyalahgunaan sumber awam dan media yang tidak adil. Sekurang-kurangnya terdapat lapan bidang tugas penting yang harus diberi perhatian oleh SPR, iaitu:
1. Menggariskan senarai pengundi yang bersih dengan menghapuskan tiga juta pengundi hantu dalam operasi yang melibatkan semua parti politik. Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir dan Timbalannya, YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah berkata bahawa mereka mempunyai bukti mengenai 2.8 juta pengundi hantu. Ini merupakan suatu kecacatan atas kebebasan, profesionalisme dan integriti SPR jika 30% daripada 10 juta pengundi ialah pengundi hantu dan SPR tidak bersedia untuk menyelesaikan masalah ini;
2. Memastikan senarai pengundi yang komprehensif dengan peratusan pengundi berkelayakan yang paling tinggi dalam senarai itu. Wan Ahmad berkata bahawa terdapat 1.5 juta rakyat Malaysia berumur di antara 21 dan 30 tahun yang belum berdaftar sebagai pengundi. Bersama dengan pengundi yang berumur 30 tahun dan belum berdaftar, jumlah ini mungkin mencapai dua juta di negara ini. SPR harus menumpu untuk mendaftarkan sekurang-kurang 90% daripada dua juta pengundi yang belum berdaftar dalam masa enam bulan akan datang. Tambahan pula, dalam era teknologi maklumat, pengundi pasti dapat berdaftar dalam masa satu bulan sebelum hari pengundian sedangkan di New Zealand, pengundi boleh mengundi dalam pilihan raya umum selepas 24 jam berdaftar.
3. Memastikan pilihan raya yang bebas, adil dan bersih, dengan menyediakan pengawasan terhadap proses mengundi oleh calon-calon dan parti politik yang berminat di semua bangunan polis dan pertahanan yang digunakan sebagai pusat pengundian.
4. Melarang liputan media yang tidak adil, tidak jujur dan berat sebelah, sama ada media bercetak, radio, televisyen menjelang kempen pilihan raya supaya jenaka, penulisan, siaran televisyen dan iklan yang tidak beretika terhadap parti pembangkang dalam pilihan raya umum 1999 tidak wujud semula.
5. Melarang politik wang oleh calon-calon dan parti politik serta perbelanjaan pilihan raya yang berlebihan.
6. Melarang penyalahgunaan sumber kerajaan dan tabung awam menjelang kempen pilihan raya.
7. Kod tingkah laku yang menyatakan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh Kerajaan Sementara selepas Parlimen dibubarkan.
8. Pelaksanaan "akujanji" oleh Pengerusi SPR, ahli-ahli dan pegawai untuk mengadakan pilihan raya yang bebas, adil dan bersih; mempertahan dan melindungi kebebasan, profesionalisme dan integriti SPR dan memastikan tingkah laku etika seperti menghalang pegawai menerima anugerah kebangsaan atau negeri, gelaran dan pengurniaan lain yang akan menjejaskan kebebasan, kredibiliti dan kesahan mereka.Memandangkan SPR, seperti yang dinyatakan oleh Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas) di Universiti Kebangsaan Malaysia menghadapi krisis kredibiliti, kesahan dan keyakinan, dan salah satu pembaharuan utama yang harus dilaksanakan ialah jawatan Pengerusi dan Pesuruhjaya SPR hendaklah diisi dari kalangan orang terkenal dari pelbagai latar belakang misalnya, kehakiman, akademi, badan profesional dan bekas diplomat kanan yang kuat berpegang kepada prinsip keadilan, mempunyai integriti yang tinggi dan tidak memihak kecuali kepada kebenaran Menurut Sdr YB Nasaruddin Md. Isa: Pihak Barisan Nasional telah memperkenal 4 akta baru yang mana ianya melibatkan Akujanji Parti Politik yang bertanding, Akujanji Calon, penubuhan Pasukan Pemantau yang diketuai oleh Pegawai Daerah dan Pegawai Kanan Kerajaan sebagai pemerhati, serta undang–undang pendaftaran parti. Menurut beliau, apa yang melucukan ialah mengenai para 3.3.3 dalam akujanji parti politik ialah pihak SPR tidak membenarkan agar para penyokong menggunakan telefon bimbit semasa pilihanraya. “Ini adalah sesuatu yang amat malang, sedangkan negara mempunyai berbagai kemudahan ICT, MSC dan sebagainya yang di war-warkan oleh kerajaan, kini tidak membenarkan para penyokong menggunakan kemudahan tersebut."Lebih malang lagi jelas beliau ialah bagaimana wang deposit yang dikenakan sebanyak RM 10,000 keatas calon yang bertanding dalam pilihanraya kawasan Parlimen, akan mudah kehilangan wang deposit tersebut dengan alasan apabila tamatnya tempoh pilihanraya, pihak SPR tidak mahu walau satu pun bendera yang dipasang kelihatan, jika tidak, wang tersebut di kira hangus. Malahan jika para penyokong sesebuah parti politik ditahan atas kesalahan dalam akta pilihanraya, maka calon tersebut di kira tewas. ”
Sumber : Laman web PUM
UMNO YANG PELUPA DAN MUDAH LUPA ...
Sekiranya orang Melayu pada masa itu menunggu permit polis dari Kerajaan British nescaya Malayan Union tidak dapat dihalang dan Umno tidak akan wujud. Malaya akan tetap di bawah British. Jadi demo dan himpunan rakyat untuk menyatakan ketidakpuasan hati adalah budaya kita sejak dulu, budaya Umno,budaya PAS, budaya NGO dan sebahagian mereka yang berprinsip dan bangun mewakili rakyat majoriti. Mengapa Umno dengan tiada segan dan silu kerap kali mengungkapkan perkataan Perhimpunan Haram bagi melabel tindakan rakyat Malaysia berhimpun dan menyatakan sikap mereka? Adakah Umno 'mengata dulang paku serpih'? Sedangkan sudah berapa kali Umno, MCA dan lain-lain NGO berdemo atas isu antarabangsa serta tempatan, malah dalam filem 'Hati Malaya' yang saya tonton video klip promosinya, dipaparkan sejarah rakyat yang celik dan berani bangun menentang kezaliman penjajah. Yang tidak mahu berdemo selain kerana keuzuran adalah mereka dari golongan pengampu,penakut dan dayus. Malah di Kelantan himpunan anjuran Umno didalangi Annuar Musa dalam percubaan Umno untuk menabal sultan lain selain dari Sultan Kelantan yang ada sekarang. Mengapa Umno boleh melakukannya sedang orang lain tidak?Jangan buat-buat lupa. Himpunan rakyat mencerminkan masyarakat madani. Kini dua hero rakyat lahir dari kegelapan Umno/BN . Hero dari Parlimen Cameron Highland YB S.K.Devamany dan YB dari Pulau Pinang. Mereka sekurang-kurangnya meminta pimpinan Umno/BN melihat dan mengkaji mesej yang dihantar oleh para pendemo dan rakyat yang berhimpun, bukannya mengugut. Hujah tentang demonstrasi dan himpunan menentang British di atas ini juga digunapakai oleh YB Nasaruddin Daud dalam Perbahasan Titah Sultan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini, hingga wakil-wakil rakyat UMNO seperti terkejut (sebab menafikan sejarah). Itulah sikap hipokrit dan tidak cerdiknya mereka. Berbagai-bagai alasan bodoh telah cuba digunakan oleh wakil-wakil rakyat Umno bagi membenarkan sikap 'double standard' mereka. Tidak hairanlah juga antara mereka ada seorang YB yang masih tidak cukup umur dan cukup akal. Masih duduk dalaam khayalan zaman kanak-kanak di mana kaki dan tangan jadi senjata bila kalah berhujah. Kasihan, YB itu patut masuk Pasti untuk mula balik belajar akhlak dan kemahiran bertolak ansur.
Buta sejarah, dangkal jika perhimpunan 1946 tidak haram
Hujah yang mengatakan Perhimpunan 1946 bukan perhimpunan haram kerana waktu itu tiada undang-undang adalah dangkal dan buta sejarah. Mana ada negara yang tiada undang-undang meskipun dijajah. Jika British menjajah, undang-undang yang digunapakai adalah undang-undang British. Jika pada zaman Jepun, undang-undangnya adalah undang-undang Jepun. Jepun lagi keras,kejam dan tidak bertolak ansur, tapi datuk dan nenek kita dulu bangun berdemo dan berhimpun ramai-ramai untuk nyatakan perasaan. Kerana apa? Kerana penjajah atau pemerintah yang ada tidak mendengar dan menafikan keluhan dan ketidakpuasan hati rakyat. Hujah yang menyatakan demonstrasi sekarang ini tidak dibenarkan kerana ianya membawa kepada keganasan juga tidak berpijak di bumi nyata.Kalau sejarah 13 Mei yang dijadikan sandaran, ramai orang sudah tahu fakta sejarah bahawa yang menyebabkan peristiwa 13 Mei adalah kerana provokasi melampau dari penyokong-penyokong Umno dan faktor ketidakadilan sosial dan ekonomi pada masa tersebut. Selepas itu 'Bloody Sunday' yang terkenal, mereka yang cedera parah adalah para demonstran kerana campur tangan dan provokasi polis. Bayangkan, saya rasa sangat kelakar bila ada demonstran yang dikasari hanya kerana demonstrasi membantah kenaikan hargaa barang. Tak logik betul polis Malaysia ni. Peristiwa Batu Burok pula bukan program demo tetapi ceramah di laman rumah individu yang tak perlu permit. Sebelum ini, berpuluh kali ceramah telah diadakan di situ tanpa sebarang insiden. Demo dan perhimpunan menjadi ganas hanya apabila berlaku campur tangan serta tindakan biadap pihak polis terhadap ahli perkumpulan. Apabila tiada campur tangang pihak polis, semua perhimpunan tersebut menjadi aman. Hujah seterusnya, perhimpunan tersebut menjadi haram kerana tiada permit (yakni bertentangan dengan undang-undang negara). Ia tiada permit kerana Umno/BN tidak mahu memberi permit tanpa alasan yang kukuh. Hanya kerana perhimpunan-perhimpunan ini merugikan Umno dari segi politik sahaja dan ia juga mendedahkan kebobrokan, kepincangan dan kemungkaran Umno dan BN kepada rakyat. PM Malaysia pun sama, dia hanya mahu dengar yang muluk-muluk sahaja. Tutup mata, tutup telinga. Yang dia dengar cakap menantu, anak dan menteri penyangak macam Nazri. Cuba sekali bagi permit, misalnya untuk himpunan bersih di negeri-negeri, kami akan buktikan kemahiran kami mengawal ahli dan penyokong-penyokong kami dengan syarat tiada provokasi SB yang terancang. Salah seorang pimpinan mengatakan bahawa perhimpunan Bersih itu adalah anjuran parti politik dan bukannya anjuran rakyat Malaysia. Adakah ahli dan penyokong parti pembangkang ini bukan rakyat Malaysia? Ada pula yang menyatakan tiada siapa yang akan keluar secara beramai-ramai. Ada yang kata 20,000 hingga 30,000 pendemonstran tidaak mewakili rakyat. Cuba baca tulisan Zainul Arifin (NST, 28 Nov halaman 13). Jika berpuluh ribu boleh digerakkan untuk turun ke jalan raya, apalagi beratus ribu, boleh dikatakan dengan yakin bahawa jumlah ini sebenarnya mewakili beberapa kali lipat.
Harus diingat bahawa permit diberikan oleh Polis manakala Polis diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang dikawal oleh Umno/BN. Sekiranya pihak polis menolak permit mana-mana pihak bererti ianya adalah penolakan dari Umno/BN. Pihak Polis di Malaysia tidak lebih dari biro di dalam Umno yang bertanggungjawab mengekalkan kuasa Barisan Nasional di Malaysia. Mereka hanya mengikut arahan Umno dan bertindak dengan begitu rakus menggagalkan sesiapa sahaja yang dikhuatiri merugikan Barisan Nasional. Ini dibuktikan dalam soal siasat terhadap tahanan-tahanan ISA. Yang ditanyakan hanyalah soalan-soalan politik dan pimpinan politik parti-parti selain BN, padahal soalan-soalan tentang keselamatan negara langsung tidak popular. Pihak Polis lebih sanggup menjalankan sekatan-sekatan jalan raya di dalam usaha menggagalkan perhimpunan rakyat berhari-hari dari berusaha mencegah jenayah. Tidak pernah lagi kita dengar polis menyuraikan himpunan Mat Rempit. Sampai sekarang pembunuh kejam Nurin belum ditangkap. Devamany budak India 9 tahun pula jadi mangsa. Kenapa tidak dikerahkan seluruh kekuatan polis untuk menangani jenayah yang makin menggerunkan? Polis sanggup menumpukan tenaga dan usaha mereka ke arah menjayakan agenda politik Barisan Nasional, tapi tidak bersungguh untuk jaga keselamatan rakyat.
Jelas kepada kita bahawa Polis Diraja Malaysia sudah hilang komitment mereka kepada rakyat Malaysia. Kasihan rakyat Malaysia seolah-olah tiada tempat lagi untuk berteduh dan berlindung.
Kerajaan dan pihak berkuasa hanya mahu melindungi kepentingan dan kekayaan beberapa kerat kroni dan Umno Putra dan rakyat terpaksa bersusah payah dan menderita.
Apabila rakyat bersuara tidak puas hati, Polis digunakan untuk bertindak kasar dan zalim kepada rakyat. Media pun sama, sanggup jadi pelacur murah yang melacurkan habis etika kewartawanan mereka. 40 peratus pegawai atasan boleh didakwa keranaa hidup mewah melebihi pendapatan, pelantikan hakim yang diatur melalui panggilan telefon, pesalah rasuah yang masih bergelar YB dalam DUN dan Parlimen, jenayah yang masuk dalam rumah dan kejiranan kita, harga barang dan sara hidup yang berlipat kali ganda naik, bangunan yang bocor dan runtuh. Rumah, masjid, surau, kuil rakyat yang diroboh pihak penguasa atas nama pembangunan. Saya tidak tahu bagaimanakah nasib anak-cucu serta keturunan saya selepas ini jika Umno/BN terus menipu, memerintah dan menghancurkan Malaysia. Sekarang rakyat kena cepat bertindak dan lakukan apa yang betul bukan ikut nafsu yang hanya pentingkan keselesaan diri dan keluarga masing-masing sahaja. Ramai yang perlukan pembelaan anda.

