Followers

Selasa, 4 Disember 2007

Tuntutan Melampau .. Umno lagi Melampau ..

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Pas menafikan parti itu tidak berpendirian berhubung isu Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang mengadakan demonstrasi haram pada 25 November lalu, sebaliknya menganggap sebahagian tuntutan kumpulan itu sebagai melampau.Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun berkata, beliau juga mahu semua pihak di negara ini diberikan hak atau kebebasan untuk berhimpun dan bersuara seperti dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. ‘‘Sebarang isu yang dicetuskan untuk menghasut sentimen mana-mana kaum sama ada India, Melayu atau Cina hendaklah ditolak. ‘‘Pas menganggap sebahagian tuntutan dan tuduhan pihak Hindraf adalah melampau dan dengan ini menuntut agar kerajaan segera menubuhkan badan bebas untuk menyiasatnya,’’ katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Tiada ulasan: