Followers

Selasa, 4 Disember 2007

SIAPA YANG BUAT KEPUTUSAN ?? PAKLAH ATAU UMNO ???

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, beliau berpendapat pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf) tidak perlu berjumpa dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana mereka telah melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang negara dengan menganjurkan perhimpunan haram di ibu negara bulan lepas.“Saya tidak ada bantahan sekiranya Perdana Menteri bersetuju untuk berjumpa dengan mereka tapi kerajaan tidak perlu tunduk kepada ugutan sesiapa kerana selama ini tiada kaum yang dipinggirkan di Malaysia,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini ketika diminta mengulas hasrat Hindraf untuk menemui Abdullah bagi berbincang mengenai masalah yang dihadapi oleh masyarakat India di Malaysia.Nazri berkata, sekiranya Hindraf masih ingin meneruskan hasrat itu, pertemuan itu perlu dihadiri bersama oleh MIC selaku parti politik terbesar yang mewakili masyarakat India di Malaysia.Di Langkawi, Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin sependapat dengan Mohamed Nazri kerana pertubuhan itu tidak diiktiraf oleh sesiapapun.
“Bukan taraf seorang Perdana Menteri untuk bertemu dengan sebuah pertubuhan yang hina dan mempunyai taraf yang rendah kerana bertindak seperti samseng jalanan dengan melanggar undang-undang negara,” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat media di Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (LIMA) di sini, hari ini.Zainuddin berkata, bukanlah taraf bagi seorang Perdana Menteri untuk bertemu dengan golongan yang telah menimbulkan huru-hara dan menggunakan cara kekerasan untuk mengugut kerajaan.Menurut beliau, usaha untuk bertemu dengan pemimpin negara bagi meluahkan segala rasa tidak puas hati seharusnya berlangsung sebelum Hindraf mengambil tindakan untuk menganjur perhimpunan haram dan bukan selepasnya.Zainuddin berkata, kaum India telah jauh maju berbanding zaman mencapai kemerdekaan iaitu daripada datang ke negara ini sebagai pekerja ladang, kini ramai yang menjadi golongan profesional termasuklah yang menyokong Hindraf.“Kita juga kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang mengambil kesempatan untuk menangguk di air keruh dengan mendakwa kononnya presiden India dan Ketua Menteri Tamil Nadu telah menyokong tindakan Hindraf,” kata Zainuddin.

Tiada ulasan: