
Menurut Khairul, jika duit zakat ini diuruskan dengan baik dan betul sudah tentu ekonomi Orang Islam akan bertambah baik dan jumlah fakir miskin akan berkurang dari masa ke semasa."Kita bimbang wang zakat ini tidak disalurkan kepada golongan asnaf yang sepatutnya menerima zakat tersebut. Kita mengharapkan Kerajaan Negeri dapat membentangkan laporan terperinci dan telus ke mana perginya wang zakat yang banyak ini" tambah Khairul lagi.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dua laporan media arus perdana, di mana disiarkan bahawa kerajaan negeri Melaka ingin mencari dana sebanyak RM14 juta untuk membantu fakir miskin.Satu laporan lagi menyebut bahawa PZM berjaya mengutip wang zakat sebanyak RM17.3 juta sehingga bulan lalu iaitu melebihi RM1.1 juta dari tempoh sama tahun lepas.Dalam laporan media itu, kerajaan dilaporkan akan mencari peruntukan baru sebanyak RM14 juta tahun depan dalam usaha memastikan kemiskinan sifar di Melaka tercapai menjelang Januari 2008 iaitu dengan menyediakan pekerjaan kepada golongan miskin.Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata selain itu, kerajaan negeri juga akan menambah bantuan kewangan sebanyak RM35 kepada setiap keluarga miskin di negeri ini supaya mereka tidak tergolong dalam kumpulan miskin tegar iaitu melepasi pendapatan RM385 sebulan. (TAKKAN RM35 SAHAJA, APA YANG BOLEH DIBUAT DENGAN RM35 TU)Beliau berkata, pada masa ini keluarga miskin terbabit menerima bantuan sebanyak RM350 sebulan dan sekiranya ditambah lagi RM35 mereka akan terkeluar daripada golongan miskin tegar. (KALAU SETAKAT UNTUK CUKUP KUOTA RM385 SUPAYA TERKELUAR DARI PARAS KEMISKINAN, JELAS MENUNJUKKAN KERAJAAN NEGERI TIDAK IKHLAS MEMBANTU FAKIR MISKIN. WANG RM385 SEBULAN SUDAH TENTU TIDAK DAPAT MENAMPUNG KEPERLUAN KELUARGA DI SAAT HARGA BARANGAN KEPERLUAN NAIK MELAMBUNG. CUBA KITA BAGI RM385 PADA ALI RUSTAM SEBULAN SURUH DIA BELANJA CUKUP TAK.????)
Golongan miskin tegar di negeri ini adalah seramai 785 keluarga iaitu membabitkan seramai 348 keluarga di Melaka Tengah, 234 keluarga di Alor Gajah dan 203 keluarga di Jasin. (RAMAI LAGI JUMLAH FAKIR MISKIN DI MELAKA RUPANYA. MANA PERGINYA WANG ZAKAT SABAN TAHUN PUNGUT BELASAN JUTA RINGGIT. BUKANKAH IANYA BOLEH DIBERIKAN KEPADA FAKIR MISKIN UNTUK MEMBANTU MEREKA MENERUSKAN USAHA PERNIAGAAN DAN SEBAGAINYA)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan