ALOR GAJAH-2 Dis : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pendekatan Islam Hadhari adalah pendekatan yang lengkap dan baik yang boleh memberi petunjuk untuk memajukan rakyat dan negara.
Perdana Menteri berkata melalui pendekatan ini, apa yang disebut mengenai Islam Hadhari akan dapat dilihat dalam bentuk program dan projek yang telah dijalankan."Sepuluh prinsip Islam Hadhari adalah pendekatan yang membawa kita kemajuan dan keamaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Perkampungan Islam Hadhari peringkat negeri Melaka di Dataran Pantai Perkelahan Tanjung Bidara dekat sini, hari ini.Abdullah berkata melalui pendekatan Islam Hadhari itu, kerajaan tidak akan melakukan program dan projek yang boleh menimbulkan keresahan kepada mana-mana pihak.Beliau berkata Islam Hadhari telah diterjemahkan pelaksanaannya dalam bentuk program dan projek."Maka sebab itu bagi setiap 10 prinsip itu, ada ditunjukkan dengan jelas, itu projek yang dijalankan ada berkaitan pertahanan, keselamatan, alam sekitar, kualiti hidup dan sebagainya," katanya.Terdahulu ketika berucap di hadapan kira-kira 50,000 orang, Perdana Menteri mahukan rakyat menguasai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang supaya mereka dapat memanfaatkan kemakmuran negara.Beliau berkata kemajuan yang dikecapi kini adalah hasil kepandaian anak tempatan yang bersungguh-sungguh memanfaatkan nikmat yang dianugerahkan tuhan.Katanya pembangunan dan keamanan adalah untuk dinikmati semua kaum dan kerajaan sentiasa memastikan tiada kaum yang terpinggir.Pada majlis itu, Abdullah yang diiringi isteri Datin Seri Jeanne Abdullah turut melancarkan buku bertajuk "Perkampungan Hadhari Tanjung Bidara" iaitu sebuah buku yang membuktikan kesungguhan kerajaan Melaka dalam melaksanakan Islam Hadhari.Perdana Menteri kemudiannya merasmikan Kompleks Al-Kawarizmi yang terletak berdekatan Perkampungan Hadhari itu.Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Md Zin. Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan