Followers

Sabtu, 1 Disember 2007

Gasak media perdana secara keseluruhan!

Oleh Fudzail
DALAM tahun 1998, saya masih teringat seorang duta yang menjadi kenalan kerana pernah menjadi tetamu negaranya, ada menelefon saya di satu pagi.Katanya, "Sudah baca NST hari ini?" Saya menjawab belum. Dia menyuruh saya mendapatkan NST sambil ketawa. Saya waktu itu sudah memboikot NST segera ke sebuah kedai mamak di Kelana Jaya. Terpampang di muka depan NST, satu gambar besar pasukan senam robik wanita negara duta tersebut meraikan pingat emas pertama SUKOM'98. Tetapi tajuk utama NST hari itu ialah, "WE WERE SODOMISED". Dua cerita berbeda di muka depan, satu mengenai kes sodomi di mahkamah yang cuba mengaibkan Anwar Ibrahim dan satu lagi gambar pasukan senamrobik pasukan sebuah negara. Tidak kena mengena tetapi sekali imbas seolah-olah berita yang satu. Tetapi dalam keghairahan NST menjatuhkan maruah Anwar Ibrahim, turut sama mengaibkan sekumpulan etlit wanita! Rasanya pada ketika itu, A. Kadir Jasin yang kini berblog masih menjadi Ketua Editor Kumpulan NST. Manakala saya masih bekerja di sebuah stesen TV dalam kumpulan syarikat yang sama. Dalam perbualan berikutnya dengan duta tersebut di rumahnya, kami bersependapat yang media Malaysia sudah menjadi tidak siuman dalam cuba menenggelamkan kebangkitan reformasi ketika itu. Tentunya media perdana yang dikuasai oleh parti pemerintah akan menjadi sebahagian dari mesin propaganda yang mementingkan survival pihak berkepentingan. Maka matlamat menghalalkan cara. Saya juga masih teringat yang pada masa kemeriahan demo petang Sabtu, akhbar Utusan pernah melaporkan dengan gambar yang ada di antara wanita yang menyertai demo adalah sekumpulan pelacur. Dalam keghairahan menfitnah, Utusan tidak menyedari diantara mereka yang dituduh pelacur itu adalah golongan intelektual tetapi begitulah pemberitaan yang bertaraf pelacur. Hina dan menghinakan. Dari era reformasi sehingga kini, strategi pemberitaan yang berat sebelah, tidak seimbang dan penuh dengan fakta separuh benar mahupun fitnah (terutama kalau melibatkan parti dan pemimpin serta ahli pembangkang) terus menjadi jenama media perdana tertentu. Lebih kuat dan ganas menjelang pilihan raya. Sebelum reformasi lagi, siapa yang boleh melupakan gambar Tengku Razaleigh memakai tengkolok bersalib Kadazan yang terpampang di akhbar ketika kempen pilihanraya satu masa dahulu. Gambar tersebut dikatakan mampu mengubah haluan pengundi Melayu yang kebanyakan mengundi berdasarkan sentimen. Saya tidak pasti perasaan dan moral pendukung utama media perdana yang tentunya diletakkan sebagai mata dan telinga pemimpin politik yang berkuasa. Mereka mungkin telah lama melupakan etika profesional kewartawanan demi perut dan kepentingan peribadi lain. Walau mungkin mereka boleh berkata, seperti dakwaan Lingam sewaktu bercakap dengan seoarang hakim, lebihkurang berbunyi "Semua ini demi negara, bukan untuk kita!" Ya, 'correct, correct, correct, correct, correct!' Apakah mereka melupakan tentang pembalasan di hari akhirat? Tetapi bagi ramai yang bekerja di media perdana dan tidak mempunyai pilihan kerana mencari makan, walau tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh bos-bos besar tersebut, mereka terpaksa bersetongkol dan mempunyai 'saham'. Seorang bekas wartawan menulis dalam blognya, kalau memboikot media perdana, seperti akhbar Melayu akan menimbulkan kesan dari segi penjualan dan seterusnya menyukarkan pembayaran gaji untuk kakitangan berbangsa Melayu. Bermakna yang menjadi mangsa ialah pekerja Melayu juga. Pendapat beliau ini mungkin berdasarkan perspektif yang agak sempit. Kita seharusnya melihat agenda yang lebih besar dalam memperkasakan serta mengangkasakan bangsa. Memboikot media perdana adalah dengan tujuan memulihkan kredibiliti dan taraf media dari bakul sampah ke mencerna minda. Tentunya dalam setiap perjuangan, ada akan menjadi mangsa. Sejarah kemerdekaan turut mengorbankan sejumlah perwira. Tetapi dalam keadaan sekarang, mangsa sebenar ialah warganegara (majoriti bangsa Melayu) yang telah menjadi mangsa kepada pemberitaan yang tidak simbang, palsu, ditokok-tambah dan penuh pembohongan. Para pekerja media boleh mengubah keadaan, walau agak mustahil di Malaysia, dalam mencapai wawasan mentaliti kelas pertama dengan membuka ruang demokrasi dan kebebasan bersuara yang lebih luas kepada semua pihak, majoriti mahupun minoriti. Secara amnya, kita sebagai pengguna boleh mengelakkan dari membazirkan wang untuk membeli akhbar atau menghabiskan masa untuk menonton berita TV atau mendengar berita radio yang dipenuhi berita tidak benar serta berita yang memesongkan fakta. Apalagi kalau empunya media tersebut adalah parti pemerintah atau kroni yang membolot keuntungan. Malah dengan memiliki syarikat media secara monopoli dan tidak membenarkan pihak lain menerbitkan akhbar, mempunyai stesen TV dan radio sendiri adalah salah dari segi moral dan agama, termasuk nilai-nilai Had hari. Mengapa dalam isu sebegini, kita mahu menggunakan sentimen bangsa walhal yang beruntung bukan bangsa secara keseluruhannya tetapi elit politik yang terus haloba untuk berkuasa dan mengaut kekayaan. Paling utama, pembaca sebagai pengguna mempunyai hak untuk membuat pilihan. Tindakan memboikot tidak kena mengena dengan politik, sentimen bangsa mahupun agama, tetapi sebahagian dari demokrasi serta kapitalisme. Dalam pelbagai sekatan dan kongkongan kerajaan, kita mesti suburkan media alternatif dan penyebaran maklumat yang lebih luas terutama dalam membongkar pelbagai penyelewengan dan kebobrokan mereka yang tidak mahu pencen dari berkuasa. Pendukung media alternatif juga mesti lebih bertanggungjawab dengan kredibiliti dan etika yang baik. Walau sukar untuk membendung gejala negatif dalam ruang yang bebas, kita mesti meneruskan usaha yang telah berkembang dari era reformasi dan boikot media 1999. Demi untuk menjadi Malaysia lebih hebat dan bertaraf glokal serta global, apalagi untuk bertaraf angkasa raya, juga demi masa depan generasi untuk bersaing di pentas dunia dengan minda terbuka dan dinamik, kita mesti membetulkan salah satu dari aset penting demokrasi, yaitu media. Maka bersama-sama untuk mengGASAK media perdana keseluruhannya (bukan sekadar yang tertentu

Tiada ulasan: