Followers

Sabtu, 1 Disember 2007

UMNO YANG PELUPA DAN MUDAH LUPA ...

Sejarah telah merakamkan bahawa setelah orang Melayu keluar beramai-ramai dan berdemonstrasi menentang Malayan Union, mereka telah berkumpul dan menubuhkan Umno.
Sekiranya orang Melayu pada masa itu menunggu permit polis dari Kerajaan British nescaya Malayan Union tidak dapat dihalang dan Umno tidak akan wujud. Malaya akan tetap di bawah British. Jadi demo dan himpunan rakyat untuk menyatakan ketidakpuasan hati adalah budaya kita sejak dulu, budaya Umno,budaya PAS, budaya NGO dan sebahagian mereka yang berprinsip dan bangun mewakili rakyat majoriti. Mengapa Umno dengan tiada segan dan silu kerap kali mengungkapkan perkataan Perhimpunan Haram bagi melabel tindakan rakyat Malaysia berhimpun dan menyatakan sikap mereka? Adakah Umno 'mengata dulang paku serpih'? Sedangkan sudah berapa kali Umno, MCA dan lain-lain NGO berdemo atas isu antarabangsa serta tempatan, malah dalam filem 'Hati Malaya' yang saya tonton video klip promosinya, dipaparkan sejarah rakyat yang celik dan berani bangun menentang kezaliman penjajah. Yang tidak mahu berdemo selain kerana keuzuran adalah mereka dari golongan pengampu,penakut dan dayus. Malah di Kelantan himpunan anjuran Umno didalangi Annuar Musa dalam percubaan Umno untuk menabal sultan lain selain dari Sultan Kelantan yang ada sekarang. Mengapa Umno boleh melakukannya sedang orang lain tidak?Jangan buat-buat lupa. Himpunan rakyat mencerminkan masyarakat madani. Kini dua hero rakyat lahir dari kegelapan Umno/BN . Hero dari Parlimen Cameron Highland YB S.K.Devamany dan YB dari Pulau Pinang. Mereka sekurang-kurangnya meminta pimpinan Umno/BN melihat dan mengkaji mesej yang dihantar oleh para pendemo dan rakyat yang berhimpun, bukannya mengugut. Hujah tentang demonstrasi dan himpunan menentang British di atas ini juga digunapakai oleh YB Nasaruddin Daud dalam Perbahasan Titah Sultan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini, hingga wakil-wakil rakyat UMNO seperti terkejut (sebab menafikan sejarah). Itulah sikap hipokrit dan tidak cerdiknya mereka. Berbagai-bagai alasan bodoh telah cuba digunakan oleh wakil-wakil rakyat Umno bagi membenarkan sikap 'double standard' mereka. Tidak hairanlah juga antara mereka ada seorang YB yang masih tidak cukup umur dan cukup akal. Masih duduk dalaam khayalan zaman kanak-kanak di mana kaki dan tangan jadi senjata bila kalah berhujah. Kasihan, YB itu patut masuk Pasti untuk mula balik belajar akhlak dan kemahiran bertolak ansur.
Buta sejarah, dangkal jika perhimpunan 1946 tidak haram
Hujah yang mengatakan Perhimpunan 1946 bukan perhimpunan haram kerana waktu itu tiada undang-undang adalah dangkal dan buta sejarah. Mana ada negara yang tiada undang-undang meskipun dijajah. Jika British menjajah, undang-undang yang digunapakai adalah undang-undang British. Jika pada zaman Jepun, undang-undangnya adalah undang-undang Jepun. Jepun lagi keras,kejam dan tidak bertolak ansur, tapi datuk dan nenek kita dulu bangun berdemo dan berhimpun ramai-ramai untuk nyatakan perasaan. Kerana apa? Kerana penjajah atau pemerintah yang ada tidak mendengar dan menafikan keluhan dan ketidakpuasan hati rakyat. Hujah yang menyatakan demonstrasi sekarang ini tidak dibenarkan kerana ianya membawa kepada keganasan juga tidak berpijak di bumi nyata.Kalau sejarah 13 Mei yang dijadikan sandaran, ramai orang sudah tahu fakta sejarah bahawa yang menyebabkan peristiwa 13 Mei adalah kerana provokasi melampau dari penyokong-penyokong Umno dan faktor ketidakadilan sosial dan ekonomi pada masa tersebut. Selepas itu 'Bloody Sunday' yang terkenal, mereka yang cedera parah adalah para demonstran kerana campur tangan dan provokasi polis. Bayangkan, saya rasa sangat kelakar bila ada demonstran yang dikasari hanya kerana demonstrasi membantah kenaikan hargaa barang. Tak logik betul polis Malaysia ni. Peristiwa Batu Burok pula bukan program demo tetapi ceramah di laman rumah individu yang tak perlu permit. Sebelum ini, berpuluh kali ceramah telah diadakan di situ tanpa sebarang insiden. Demo dan perhimpunan menjadi ganas hanya apabila berlaku campur tangan serta tindakan biadap pihak polis terhadap ahli perkumpulan. Apabila tiada campur tangang pihak polis, semua perhimpunan tersebut menjadi aman. Hujah seterusnya, perhimpunan tersebut menjadi haram kerana tiada permit (yakni bertentangan dengan undang-undang negara). Ia tiada permit kerana Umno/BN tidak mahu memberi permit tanpa alasan yang kukuh. Hanya kerana perhimpunan-perhimpunan ini merugikan Umno dari segi politik sahaja dan ia juga mendedahkan kebobrokan, kepincangan dan kemungkaran Umno dan BN kepada rakyat. PM Malaysia pun sama, dia hanya mahu dengar yang muluk-muluk sahaja. Tutup mata, tutup telinga. Yang dia dengar cakap menantu, anak dan menteri penyangak macam Nazri. Cuba sekali bagi permit, misalnya untuk himpunan bersih di negeri-negeri, kami akan buktikan kemahiran kami mengawal ahli dan penyokong-penyokong kami dengan syarat tiada provokasi SB yang terancang. Salah seorang pimpinan mengatakan bahawa perhimpunan Bersih itu adalah anjuran parti politik dan bukannya anjuran rakyat Malaysia. Adakah ahli dan penyokong parti pembangkang ini bukan rakyat Malaysia? Ada pula yang menyatakan tiada siapa yang akan keluar secara beramai-ramai. Ada yang kata 20,000 hingga 30,000 pendemonstran tidaak mewakili rakyat. Cuba baca tulisan Zainul Arifin (NST, 28 Nov halaman 13). Jika berpuluh ribu boleh digerakkan untuk turun ke jalan raya, apalagi beratus ribu, boleh dikatakan dengan yakin bahawa jumlah ini sebenarnya mewakili beberapa kali lipat.
Harus diingat bahawa permit diberikan oleh Polis manakala Polis diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang dikawal oleh Umno/BN. Sekiranya pihak polis menolak permit mana-mana pihak bererti ianya adalah penolakan dari Umno/BN. Pihak Polis di Malaysia tidak lebih dari biro di dalam Umno yang bertanggungjawab mengekalkan kuasa Barisan Nasional di Malaysia. Mereka hanya mengikut arahan Umno dan bertindak dengan begitu rakus menggagalkan sesiapa sahaja yang dikhuatiri merugikan Barisan Nasional. Ini dibuktikan dalam soal siasat terhadap tahanan-tahanan ISA. Yang ditanyakan hanyalah soalan-soalan politik dan pimpinan politik parti-parti selain BN, padahal soalan-soalan tentang keselamatan negara langsung tidak popular. Pihak Polis lebih sanggup menjalankan sekatan-sekatan jalan raya di dalam usaha menggagalkan perhimpunan rakyat berhari-hari dari berusaha mencegah jenayah. Tidak pernah lagi kita dengar polis menyuraikan himpunan Mat Rempit. Sampai sekarang pembunuh kejam Nurin belum ditangkap. Devamany budak India 9 tahun pula jadi mangsa. Kenapa tidak dikerahkan seluruh kekuatan polis untuk menangani jenayah yang makin menggerunkan? Polis sanggup menumpukan tenaga dan usaha mereka ke arah menjayakan agenda politik Barisan Nasional, tapi tidak bersungguh untuk jaga keselamatan rakyat.
Jelas kepada kita bahawa Polis Diraja Malaysia sudah hilang komitment mereka kepada rakyat Malaysia. Kasihan rakyat Malaysia seolah-olah tiada tempat lagi untuk berteduh dan berlindung.
Kerajaan dan pihak berkuasa hanya mahu melindungi kepentingan dan kekayaan beberapa kerat kroni dan Umno Putra dan rakyat terpaksa bersusah payah dan menderita.
Apabila rakyat bersuara tidak puas hati, Polis digunakan untuk bertindak kasar dan zalim kepada rakyat. Media pun sama, sanggup jadi pelacur murah yang melacurkan habis etika kewartawanan mereka. 40 peratus pegawai atasan boleh didakwa keranaa hidup mewah melebihi pendapatan, pelantikan hakim yang diatur melalui panggilan telefon, pesalah rasuah yang masih bergelar YB dalam DUN dan Parlimen, jenayah yang masuk dalam rumah dan kejiranan kita, harga barang dan sara hidup yang berlipat kali ganda naik, bangunan yang bocor dan runtuh. Rumah, masjid, surau, kuil rakyat yang diroboh pihak penguasa atas nama pembangunan. Saya tidak tahu bagaimanakah nasib anak-cucu serta keturunan saya selepas ini jika Umno/BN terus menipu, memerintah dan menghancurkan Malaysia. Sekarang rakyat kena cepat bertindak dan lakukan apa yang betul bukan ikut nafsu yang hanya pentingkan keselesaan diri dan keluarga masing-masing sahaja. Ramai yang perlukan pembelaan anda.

Tiada ulasan: