Festival yang sudah tidak releven lagi di Pulau Pinang itu seolah sengaja digempurkan untuk tujuan pilihanraya setelah Perdana Menteri merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi terasa bahang ketakutan apabila orang Cina dan India di negeri ini menunjukkan angin perubahan. Memandangkan, orang Melayu masih lagi khayal dengan hiburan terutamanya golongan belia maka pemerintah Barisan Nasional (BN) tidak semena-mena mahu mengambil kesempatan menengahkan irama boria yang sudah pupus di negeri yang bakal maju dengan Penang Global City Centre (PGCC).

Ramai orang terkial-kial mendengar nama boria walhal sudah lama tidak kedengaran di corong radio nyanyian atau lawak yang kadang-kadang mual ekoran pujian yang tidak habis-habis kepada BN yang didakwa boleh membawa kemajuan di negeri ini.
Seorang rakan saya menelefon mengkhabarkan program yang dirasmikan oleh Perdana Menteri itu. "Hello Sabri, hang tak mai tengok boria ka? Depa bukan main meloncat, pakai topeng dengan lenggang lenggok macam kera!," katanya. Saya yang waktu itu baru selesai menyudahkan bahan fokus kedudukan melayu di Bayan Baru, Pulau Pinang sudah mengagak pasti ada orang kuat PAS Penaja Kawasan Tanjung, Rasidi Salim akan memberitahu perkara itu.
Saya sendiri sudah mendapat info dari TV dan banner di merata tempat cuma tidak sempat meninjau ke situ sahaja. Saya tabik pada Rasidi kerana banyak bantu saya mencari isu di negeri ini macam Allahyarham ayahnya, Salim Hashim yang tidak lekang-lekang menghubungi saya di era 1990 an sehingga ke akhir hayatnya kira-kira dua tahun lalu jika ada isu membabitkan kezaliman BN dan Umno.Isu tanah wakaf Kampung Makam sendiri di waktu hayatnya sukar digugat tapi bila ketiadaanya barulah Majlis Agama Islam (Maipp) berani melakar pembangunan hebat kononya untuk kebaikan Melayu juga. Saya dah pi tengok, petang tadi, bukan main ramai budak muda terkinja-kinja ikut irama boria. Bas Kementerian Pendidikan, Kementerian Pelancungan dan banyak lagi kementerian mai sama. Bukan saja pemimpin BN bahkan, penuh bendera Umno dari Pulau Pinang seakan majlis tajaan Umno sepenuhnya. Tu la! sambungnya, depa bukan tau mana satu projek kerajaan atau parti. Pakai main hentam saja yang pacak bendera pula sekadar mahu upah bukan semangat untuk merealisasikan semula kesenian boria. Saya teringat sewaktu mencari bahan berita di salah sebuah kampung melayu di Tanjung Bungah. Saya lihat lebih kurang 20 remaja bukan main rancak menari irama boria. Pada hal, kampung yang mereka duduki terancam dengan pembangunan bertaraf mewah. Fenomena itu boleh dilihat di keliling kampung yang tinggal suku ekar lagi akan hilang indentiti. Boria Tanjung Bungah mahu pembangunan! itulah lirik yang masih terngiang-ngiang di telinga saya sampai kini. Melihat gelajat pemuda-pemudi itu mereka merupakan generasi yang bakal meneruskan perjuangan Umno di situ. Tapi, setahun lepas itu saya sekali lagi terpanggil untuk menulis cerita pembangunan Tanjung Bungah dan terkejut beruk dibuatnya! bila saya dapati dah tak dak kampung yang mana remajanya terkinja-kinja mahukan pembangunan. Semuanya dalam pembinaan rumah bertingkat bertaraf elit dan ramai penduduk tidak puas hati dengan pembangunan yang menyebabkan mereka berpecah belah. Umno yang berboria waktu itu mana perginya?. Mana pemimpin Umno di Bahagian Bukit Bendera, Dato' Ahmad Ismail yang juga Presiden Sepak Takraw Malaysia?. Jangan asyik tidak puas hati Thailand mahu guna bola lain di Sukan Sea sehingga nak memulau kejohanan berprestij di Asean tapi lihat sama nasib Melayu di parlimenya yang tidak ada masa depan. Apa yang dikatakan oleh Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu setiap kali berceramah di sebelah pulau terutamanya mana dia kumpulan boria di Sungai Pinang, Kampung Rawa, Kampung Dodoi, Jalan Awana dan sebagainya. Semua dah pindah bila pembangunan datang ada yang lari ke Kulim, Mahang dan Sungai Petani malahan ada yang mati semasa menyewa rumah bila perkampungan asal diambil untuk tujuan pembangunan. Itulah nasib melayu Pulau Pinang yang sampai kini tiada masa depan. Tiba-tiba Umno bawa festival boria pemuda untuk mengembalikan noltagia kesenian yang hampir tiada warisan bersama beberapa penaja lain antaranya, Kerajaan Negeri, Umno Pulau Pinang, Utusan, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Rira Bina Sdn Bhd, Koridor Utara, Queenbay Mall, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Wahai anak muda Islam Pulau Pinang buatlah perubahan jangan lagi lalai dengan projek BN yang asyik seronok tanpa batasan yang akhirnya merugikan mereka sendiri apabila menjadi hamba di tanahair sendiri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan