BUKIT MERTAJAM: Kereta yang dinaiki Datuk Seri Najib Razak dibaling dengan botol air ketika Timbalan Perdana Menteri meninjau proses mengundi di Sekolah Menengah Seberang Jaya, di Semilang, jam 11 pagi tadi. Dalam kejadian itu, Najib baru masuk ke keretanya selepas berjumpa penyokong Barisan Nasional (BN) dan perbuatan itu dipercayai dilakukan sekumpulan penyokong pembangkang. Menyedari kejadian itu, penykong BN membalas dengan membaling beberapa botol air ke arah penyokong Pakatan Rakyat. Sesetengah daripada mereka cuba menyerbu kereta Najib tetapi dihalang polis. Sebaik Najib meninggalkan kawasan itu, keadaan terus tegang sehingga ada yang membaling kayu dan terkena penyokong BN. Tindakan cepat polis termasuk anggota Unit Pencegah Rusuhan (FRU) berjaya mengawal keadaan.
Selasa, 26 Ogos 2008
SAMBUTAN 51 TAHUN MERDEKA SURAM
KLUANG - Semangat cintakan negara di kalangan rakyat pelbagai bangsa di negara ini perlu dipupuk sepanjang masa tanpa mengira tempoh kemerdekaan yang telah dicapai, kata Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Belia dan Sukan negeri, Md Jais Sarday, semalam. Menurutnya, perasaan cintakan negara dan kemerdekaan daripada sebarang bentuk penjajahan perlu disemai di sanubari setiap rakyat terutamanya golongan muda pada sepanjang masa dan tidak hanya pada bulan Ogos sahaja. “Golongan muda negara ini diibaratkan seperti helaian kain putih yang perlu dicorakkan dengan semangat menghargai pengorbanan dilakukan pejuang-pejuang bangsa dalam usaha mencapai kemerdekaan,” katanya ketika merasmikan Program Semarak Merdeka Jalur Gemilang 2008 Peringkat Negeri Johor anjuran Jabatan Penerangan Negeri di Dewan Kampung Tengah di sini, semalam. Md Jais berkata, program seperti Semarak Merdeka berupaya memastikan rakyat terutamanya golongan muda negara ini mempunyai semangat cintakan negara walaupun mereka kini disajikan dengan pelbagai maklumat serta hiburan bersifat komersial. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Mahkota turut melancarkan Kelab Anak Merdeka yang dianggotai individu yang lahir pada 31 Ogos dan 16 September. - BERNAMA
HUTANG NEGARA SAPER NAK BAYAR ??
KUALA LUMPUR 25 Ogos - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, hutang Kerajaan Persekutuan sehingga 31 Disember tahun lalu ialah RM266.7 bilion.Daripada jumlah itu, kata Perdana Menteri, RM247.1 bilion atau 92.7 peratus ialah hutang daripada sumber dalam negeri dan baki RM19.6 bilion (7.3 peratus) adalah hutang daripada luar negara.
''Hutang luar adalah kecil selaras dengan dasar kerajaan untuk mengurangkan pinjaman berbentuk berkenaan bagi mengurangkan risiko pertukaran mata wang asing," katanya.Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.Menurut Perdana Menteri, pihak luar yang memberikan pinjaman kepada kerajaan ialah Bank Pembangunan Islam (IDB), Bank Pembangunan Asia (ADB), Bank Dunia dan Bank Kerjasama Antarabangsa Jepun (JBIC).
"Bagaimanapun, bagi pinjaman pasaran yang dibuat melalui terbitan bon, pemiutang sukar ditentukan kerana bon diurus niaga di pasaran setiap hari," ujarnya.Dalam pada, kata beliau, Kerajaan Persekutuan juga memberi pinjaman kepada syarikat kerajaan, badan berkanun, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan koperasi."Sehingga 31 Disember lalu, jumlah hutang pihak terbabit dengan Kerajaan Persekutuan ialah RM50.8 bilion," katanya.
komen :
pergh.. banyak gila hutang kerajaan nie ... kalau sesikit boleh lah sama-sama shere bayar nie dah sampai bilion nie saper yang nak bayar ?? nak suruh PR bayar .. PR bukan ada duit nak bayar pun. UMNO nie banyak menghabiskan boreh jo..
sumber : BERITA HARIAN,ASSIRKAMI
MUNGKINKAH HAPPY ENDING BUAT PAKATAN RAKYAT ??
Penamaan calon sudah...tampal poster sudah...berkempen pun sudah...hari ini tiba masanya rakyat di Permatang Pauh menunaikan tanggungjawab mereka memilih pemimpin yang bakal menduduki kerusi Ahli Parlimen yang telah dilepaskan oleh penyandang sebelum ini, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail atas alasan memperkukuhkan perjuangan menjaga kebajikan rakyat. Permatang Pauh sebenarnya memiliki rentetan cerita penuh warna-warni, malah kedudukan kerusi Parlimen itu juga dua kali bertukar warna...daripada biru pekat (Barisan Nasional-BN) kepada biru cair (Parti Keadilan Rakyat-PKR) apabila bekas Ahli Parlimennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri atas dakwaan salah laku seks, bertindak menubuhkan Parti Keadilan Rakyat dan meletakkan isteri beliau, Wan Azizah mempertahankan kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum 1999.
Hari ini setelah 10 tahun meninggalkan kerusi Permatang Pauh... dituduh... dibicara... dipenjarakan - kemudian dilucutkan jawatan Ahli Parlimen: Anwar sekali lagi akan beradu nasib untuk mendapatkan kembali kerusi berkenaan yang sebelum ini berjaya dipertahankan oleh isteri tercinta. BN pula walaupun tiga percubaan untuk merampas Permatang Pauh sebelum ini gagal, namun parti komponen itu tidak pernah berputus asa - apatah lagi kali ini calon yang dipertaruhkan bukan calang-calang; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah - anak tempatan dan juga boleh dianggap orang lama dalam kancah politik Pulau Pinang. Bermula sejak hari penamaan calon 16 Ogos lalu, pelbagai insiden telah berlaku di Permatang Pauh yang boleh memberi gambaran betapa 'panasnya' pilihan raya kecil itu; kejadian dua jurugambar media tempatan dan asing dibelasah penyokong salah satu parti bertanding...insiden baju Puteri UMNO koyak...sehingga kepada peristiwa penemuan kotak yang disyaki ada bahan letupan, membuatkan ramai tertanya-tanya, adakah ini trend baru senario politik serta pilihan raya di Malaysia.
Malah pihak polis sendiri turut mengumumkan sebanyak 26 kertas siasatan telah dibuka berkaitan pelbagai laporan yang ada hubung kait dengan tindakan provokasi sepanjang sembilan hari tempoh berkempen. Jumlah itu merupakan satu rekod baru dalam catatan pilihan raya kecil di negara ini. Bagi penulis, kesemua insiden yang berlaku di Permatang Pauh tidak dapat dinafikan berpunca daripada keghairahan semua pihak untuk menguasai kerusi 'panas dan paling popular' itu. BN - dengan misi untuk memastikan percubaan kali keempat mereka berjaya, dan jika mampu mengambil alih tampuk kekuasaan di Permatang Pauh, ia secara tidak langsung memberi isyarat bahawa maruah Anwar berjaya dirobek dan mantan TPM itu hanya boleh bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6 seperti yang diimpikan selama ini. Manakala bagi Anwar pula; Permatang Pauh adalah segala-galanya - karier politik, kekebalan, maruah dan 1001 impian berlubuk di sana.
Beliau cuba bermati-matian untuk mendapatkan kembali kerusi Ahli Parlimen bagi memastikan survival politik biarpun dihambat tuduhan liwat terbaru dan juga sumpah laknat bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Anwar tiada pilihan, menang ataupun terpaksa merelakan impian yang diperjuangkan untuk menerajui pemerintahan negara menjadi debu. Dan kehadiran Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Hanafi Mamat sebagai calon ketiga, dilihat oleh ramai penganalisis politik tidak lebih daripada sekadar untuk pemecah undi. Biar apapun alasan...sehebat manapun kempen yang dijalankan...penentu undi terletak di tangan-tangan orang Permatang Pauh. Hanya mereka yang berhak untuk menentukan siapakah yang paling layak mewakili mereka nanti. Penulis tidak mahu menjadi hakim ataupun tukang ramal, parti manakah satu yang bakal menang pada pilihan raya hari ini. Biar pengundi Permatang Pauh dengan keizinan Ilahi sahaja yang menjawab segala kesudahannya - 'Happy ending' milik siapa?
Isnin, 4 Ogos 2008
TOKOH PEJUANG : SALEHUDDIN AL-AYUBI
Salahuddin Al-Ayubbi (bahasa Arab: صلاح الدين الأيوبي / Salah-al-Din Yusuf Ibn-Ayyubi, bahasa Kurd: سهلاحه دينێ ئه يووبى / Silhedînê Eyûbî, bahasa Parsi: صلاح الدین ایوبی, bahasa Turki: Selahaddin Eyyubi) (1137 -1193) mengasaskan dinasti Ayyubi bangsa Kurd di Mesir dan Syria. Di Barat beliau dikenali sebagai Saladin. Dia juga terkenal dalam kalangan Nasrani dan Muslim dengan kebolehannya sebagai ketua dan ketangkasannya dalam peperangan yang disertai juga dengan sifat kesateriaan dan belas kasihannya semasa Perang Salib.Salahuddin dilahirkan di dalam sebuah keluarga Kurdish di Tikrit dan dihantar ke Damsyik untuk menghabiskan pelajarannya. Ayahnya, Najm ad-Din Ayyub, ialah gabenor wilayah Baalbek. Selama 10 tahun Salahuddin tinggal di Damsyik di kawasan istana milik Nur ad-Din.
Salahuddin menerima latihan ketenteraan daripada bapa saudaranya, Shirkuh yang juga ketika itu merupakan panglima kepada Nur al-Din dan sering mewakili Nur al-Din dalam kempennya menentang Kerajaan Fatimiyyah di Mesir sekitar tahun 1160. Salahuddin kemudiannya mewarisi tugas menentang Kerajaan Fatimiyyah (akhirnya tumpas) daripada bapa saudaranya dan dilantik menjadi panglima pada tahun 1169. Di sana, dia mengambil alih tugas sukar mempertahankan Mesir daripada diserang tentera Salib dibawah Kerajaan Latin Baitulmuqaddis pimpinan Almaric I. Kemampuan Salahuddin diragui pada peringkat awal perlantikkannya sebagai panglima. Tiada sesiapa yang menyangka beliau dapat bertahan lama ekoran terdapat banyak perubahan dalam kerajaan dalam tahun sebelumnya seperti perebutan kuasa oleh gabenor-gabenor yang sedia ada dalam mendapat perhatian khalifah. Sebagai seorang ketua tentera asing dari Syria, Salahuddin tiada kuasa ke atas askar-askar Mesir yang terdiri daripada golongan Syiah yang ketika itu dipimpin oleh Khalifah Al-Adid.
Apabila khalifah itu meninggal dunia pada bulan September 1171, Salahuddin mengarahkan para imam mengumumkan nama Khalifah Al-Mustadi (Khalifah Abbasiyyah di Baghdad) semasa solat Jumaat. Sekarang, walaupun Salahuddin yang memerintah Mesir tetapi hanya sebagai wakil Nur ad-Din. Selepas dilantik menjadi pemimpin Mesir, Salahuddin melakukan perubahan terhadap ekonomi Mesir, menyusun semula angkatan tentera, dan menuruti nasihat ayahnya supaya mengelak daripada sebarang konflik dengan Nur ad-Din. Beliau menunggu sehingga Nur ad-Din meninggal dunia sebelum memulakan beberapa siri kempen ketenteraan. Pada awalnya terhadap beberapa kerajaan-kerajaan Muslim yang kecil kemudian ke atas tentera Salib. Dengan kewafatan Nur ad-Din pada tahun 1174, beliau menjadi Sultan Mesir. Beliau kemudian mengisytiharkan kemerdekaan daripada kerajaan Seljuk dan mengasaskan Kerajaan Ayubbiyyah. Beliau turut mengembalikan ajaran Sunah Waljamaah di Mesir.Dalam dua peristiwa berbeza iaitu pada tahun 1171 dan 1173, Salahuddin berundur setelah satu siri serangan oleh tentera Salib. Salahuddin berharap bahawa Kerajaan Salib ini tidak diganggu selagi beliau tidak menguasai Syria. Nur ad-Din dan Salahuddin hampir-hampir berperang akibat daripada peristiwa tetapi dengan wafatnya Nur ad-Din pada 1174, perang ini dapat dielakkan. Waris Nur ad-Din iaitu as-Salih Ismail al-Malik hanya seorang kanak-kanak ketika dilantik bagi menggantikan ayahnya. Walau bagaimanapun dia meninggal dunia pada tahun 1181.
Sejurus selepas Nur ad-Din meninggal dunia, Salahuddin berarak ke Damsyik, dan setibanya beliau di sana, dia diberi sambutan sambutan yang meriah. Dia mengukuhkan kedudukannya dengan mengahwini balu Nur ad-Din. Walaupun Salahuddin tidak memerintah Aleppo dan Mosul (dua bandar yang pernah dikuasai Nur ad-Din), beliau dapat menggunakan pengaruhnya dan menguasai kedua bandar itu pada tahun 1176 (Aleppo) dan 1186 (Mosul).
Sementara Salahuddin Al-Ayubbi menumpukan perhatiannya ke atas wilayah-wilayah di Syria, negeri-negeri Salib dibiarkan bebas, walaupun begitu beliau sering mencatatkan kemenangan ke atas tentera Salib di mana saja kedua-dua belah pihak bertempur. Beliau bagaimanapun tumpas dalam Perang Montgisard yang berlaku pada 25 November, 1177. Dia ditewaskan oleh gabungan tentera Baldwin IV dari Baitulmuqaddis, Raynald dari Chatillon dan Knights Templar.
Keamanan di antara Salhuddin dan negeri-negeri Salib tercapai pada 1178. Salahuddin meneruskan serangannya pada 1179 selepas daripada kekalahannya dalam Perang Montsigard, dan dalam serangannya ke atas sebuah kubu kuat tentera Salib beliau berjaya menumpaskan tentera Salib. Walau bagaimanapun, tentera Salib terus menyerang orang-orang Muslim. Raynald dari Chatillon mengganggu laluan perdagangan dan haji orang Islam dengan kapal-kapal laut di Laut Merah. Raynald juga mengancam menyerang kota suci Islam yakni Kota Mekah dan Madinah menjadikannya orang paling dibenci dalam dunia Islam. Sebagai tindak balas, Salahuddin Al-Ayubbi menyerang Kerak, sebuah kubu Raynald pada tahun 1183 dan 1184. Raynald kemudian menyerang dan membunuh kabilah yang dalam perjalanan untuk menunaikan haji pada tahun 1185.
Dalam bulan Julai tahun 1187, Salahuddin menyerang neger-negeri Salib. Pada 4 Julai 1187, beliau bertempur dalam Perang Hattin menentang gabungan kuasa Guy dari Lusignan (sebutan gi bukan guy), Raja Negeri-negeri Salib, dan Raymond III dari Tripoli. Tentera Salib yang letih dan dahagakan air mudah ditumpaskan oleh tentera Salahuddin. Kekalahan tentera Salib ini membei tamparan yang besar buat mereka dan menjadi satu titik perubahan dalam sejarah Perang Salib. Salahuddin berjaya menangkap Raynald dan beliau sendiri memancung kepala Raynald akibat kesalahannya. Raja Guy juga berjaya ditangkap tetapi beliau tidak dipancung.
Timur Tengah, c. 1190. Empayar Salahuddin Al-Ayubbi dan wilayah kuasaannya ditunjukkan dalam waarna merah; wilayah yang berjaya ditawan daripada tentera Salib dalam warna merah jambu. Warna hijau muda menandakan wilayah yang masih dikuasai tentera Salib.
Selepas tamatnya Perang Hattin, Salahuddin berjaya merampas kembali hampir keseluruhan kota-kota yang dikuasai tentera Salib. Beliau berjaya menawan semula Baitulmuqaddis (Jerusalem) pada 2 Oktober tahun 1187 selepas hampir 88 tahun kota itu dikuasai tentera Salib (lihat Kepungan Baitulmuqaddis). Kecuali bandar Tyre tidak ditawan Salahuddin. Salahuddin membenarkan tentera dan masyarakat Kristian pergi ke sana. Kota itu sekarang diperintah oleh Conrad dari Montferrat. Dia mengukuhkan pertahanan Tyre dan berjaya menahan dua kepungan yang dilakukan oleh Salahuddin. Pada tahun 1188, Salahuddin membebaskan Guy dari Lusignan dan menghantar beliau kembali kepada isterinya iaitu Sibylla dari Baitulmuqaddis.
Perang Hattin dan kejayaan tentera Muslim menawan semula Baitulmuqaddis mengakibatkan terjadinya Perang Salib Ketiga yang dibiayai di England melalui cukai khas yang dikenali sebagai "Cukai Salahuddin". Tentera Salib ini berjaya menawan semula Acre, dan tentera Salahuddin bertempur dengan tentera Raja Richard I dari England (Richard Si Hati Singa) dalam Perang Arsuf pada 7 September 1191. Kedua-dua belah pemimpin baik Salahuddin mahupun Richard amat menghormati antara satu sama lain. Mereka juga pernah bercadang untuk berdamai dengan mengahwinkan adik perempuan Richard, Joan dari England kepada adik lelaki Salahuddin, Al-Adil, dengan kota Baitulmuqaddis menjadi hantarannya. Rundingan ini gagal ekoran kebimbangan berhubung hal-hal agama di kedua-dua belah pihak.
Kedua-dua pemimpin mencapai persetujuan dalam Perjanjian Ramla pada tahun 1192 yang mana kota Baitulmuqaddis akan terus berada dalam tangan orang Islam tetapi dibuka kepada penganut-penganut Kristian. Perjanjian itu menjadikan negeri-negeri salib hanyalah gugusan kecil di sepanjang pesisir pantai Tyre hingga ke Jaffa.

Salahuddin Al-Ayubbi wafat pada 4 Mac 1193 di Kota Damsyik tidak lama selepas pemergian Raja Richard. Apabila mereka membuka peti simpanan Salahuddin untuk membiayai upacara pengebumiannya, mereka mendapati ia tidak cukup (diriwayatkan Salahuddin hanya meninggalkan sekeping wang emas dan empat wang perak semasa kematiannya. Ada juga riwayat yang menyebut wang itu henyalah wang 5 Dinar) . Salahuddin telah memberikan hampir kesemua hartanya kepada rakyat-rakyatnya yang miskin. Makamnya yang terletak di Masjid Ummaiyyah merupakan tumpuan tarikan pelancong yang terkenal. Makamnya adalah antara makam yang sering dikunjungi umat Islam di seluruh dunia.
Sungguhpun menerima tentangan hebat dari masyarakat Kristian Eropah, Salahuddin mendapat reputasi besar di Europah sebagai seorang kesatria yang berjaya, sehinggakan wujudnya pada abad ke-14 sastera epik mengenai kejayaannya, dan Dante meletakkannya di kalangan roh baik dalam Limbo. Salahuddin muncul sebagai sebuah watak dalam karya tulisan Sir Walter Scott iaitu The Talisman (1825). Walaupun disebalik peristiwa penyembelihan orang-orang Muslim termasuklah wanita dan kanak-kanak semasa tentera Salib menawan Baitulmuqaddis pada tahun 1099, Salahuddin memberi jaminan keselamatan perjalanan dan nyawa kepada semua masyarakat Katolik dan juga kepada tentera Kristian yang kalah (masyarakat Greek Ortodoks dilayan dengan lebih baik kerana mereka menentang tentera Salib). Satu pandangan menarik tentang Salah al-Din dan dunia yang didiaminya dapat dibaca dalam novel Buku Salahuddin Al-Ayubbi (London: Verso, 1998) karya Tariq Ali.
Walaupun berbeza kepercayaan, Salahuddin Al-Ayubbi amat dihormati di kalangan bangsawan-bangsawan Kristian terutamanya Raja Richard. Raja Richard pernah memuji Salahuddin sebagai seorang putera agung dan merupakan pemimpin paling hebat dalam dunia Islam. Salahuddin juga memuji Richard dengan berkata bahawa beliau lebih rela Baitulmuqaddis jatuh ke tangan Richard daripada jatuh ke tangan orang lain. Selepas perjanjian damai ditandatangani, Richard dan Salahuddin bertukar-tukar hadiah di antara satu sama lain sebagai lambang kehormatan. Walau bagaimanapun kedua-dua pemimpin ini tidak pernah bersua muka.Salahuddin Al-Ayubbi dikebumikan di sebuah makam yang terletak di taman sebelah luar Masjid Ummaiyyah di Damsyik, Syria. Maharaja Wilhelm II dari Jerman mendermakan batu marmar baru kepada makam tersebut. Jenazah Salahuddin bagaimanapun tidak ditempatkan di situ. Sebaliknya makam itu mempunyai dua kubur iaitu satu kubur kosong diperbuat daripada marmar dan satu kubur mengandungi jenazah Salahuddin yang diperbuat daripada kayu.
Sabtu, 2 Ogos 2008
BILA SI PONDAN TAK PUAS HATI
PUTRAJAYA 1 Ogos - Barisan Nasional (BN) akan terus berusaha menawan kerusi Parlimen Permatang Pauh walaupun telah tiga kali tewas sejak 1999.Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pendirian itu adalah jelas apabila parti berjuang atas idealismenya.''Perang tetap perang, tak kiralah kali kedua, ketiga, keempat atau seterusnya kerana ia merupakan satu tuntutan yang telah diputuskan bila berpolitik.''Kami dalam Pemuda akan tetap berdepan dengan sesiapa sahaja jika pilihan raya kecil dilangsungkan di kerusi Parlimen Permatang Pauh," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Perhimpunan Bulan Ogos Kementerian Pelajaran di sini, hari ini.Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan untuk bertanding di kawasan Parlimen Permatang Pauh yang dikosongkan oleh isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkuat kuasa serta-merta.Wan Azizah merupakan Ahli Parlimen kerusi itu sejak Pilihan Raya Umum 1999 iaitu selepas setahun Anwar dipecat daripada parti dan kerajaan.
Hishammuddin bagaimanapun berkata, beliau melihat tindak tanduk Anwar sejak pilihan raya umum lalu sehingga kini seolah-olah mahukan orang ramai melupakan kes liwat yang dihadapinya.''Kalau orang biasa bila buat laporan polis, mengharapkan polis menyiasatnya seperti biasa.''Pemuda sendiri mahu kes liwat yang melibatkan Anwar disiasat secara telus dan adil tanpa dicampuri oleh usaha untuk mengaburinya," katanya.
Sementara itu, Datuk Pirdaus Ismail, calon BN sebanyak dua kali bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh percaya calon pembangkang akan melalui cabaran sukar mengekalkan kerusi itu kerana orang Melayu Pulau Pinang semakin sedar dengan tindak tanduk kerajaan negeri yang banyak merugikan mereka.Mengakui calon BN juga akan menempuh laluan getir untuk merampas kembali kerusi itu, beliau berkata, isu pada pilihan raya kecil itu nanti berbeza berbanding pada pilihan raya umum lepas berikutan tindak tanduk kerajaan campuran pembangkang di negeri itu yang meragukan orang Melayu.
''Isu-isu seperti kenyataan kerajaan negeri pimpinan DAP yang mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB), penukaran status tanah kepada pegangan bebas, penghinaan ke atas Raja-Raja Melayu dan janji 100 hari yang belum tertunai menyedarkan pengundi Melayu tentang tindak tanduk mencurigakan pihak pembangkang.''Apatah lagi Anwar kini berdepan dengan dakwaan kes liwat. Saya bersetuju dengan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa secara realistiknya memang sukar bagi BN tetapi saya lihat perkara sama juga dihadapi Anwar kerana senario sudah berubah sekarang," katanya.
Firdaus ditanya peluang BN untuk merampas kembali kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandang oleh isteri Anwar yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sejak 1999.Wan Azizah menewaskan calon BN, Datuk Dr. Ibrahim Saad pada 1999 sebelum mengekalkan kerusi itu selama dua penggal lagi apabila menewaskan Pirdaus pada pilihan raya umum 2004 dan Mac lalu.Pirdaus turut menyatakan kesediaan menentang Anwar jika diarahkan.

Label:
DSAI,
PAKATAN RAKYAT,
PARLIMEN MALAYSIA,
PKR,
POLITIK MALAYSIA
TARIKH PENAMAAN CALON PR KECIL PERMATANG PAUH RABU INI
PUTRAJAYA 1 Ogos - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat Rabu depan untuk menentukan tarikh pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh.Setiausahanya, Datuk Kamaruzaman Mohd. Noor berkata, surat peletakan jawatan penyandang kerusi itu, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah diterima oleh pihaknya pada pukul 12 tengah hari ini.''Sehubungan itu SPR akan bermesyuarat pada 6 Ogos ini (Rabu depan) untuk menentukan lima perkara termasuk tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian.
''Perkara lain yang akan turut dibincangkan ialah tarikh untuk mengeluarkan writ pilihan raya, tarikh untuk mengeluarkan notis pilihan raya dan daftar pemilih mana yang akan diguna pakai pada pilihan raya kecil itu nanti," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Semalam, Dr. Wan Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh berkuat kuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding pada pilihan raya kecil nanti.Surat peletakan jawatan itu telah diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, semalam.
Menurut Kamaruzaman, mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman pada pukul 10 pagi itu nanti akan disusuli dengan sidang akhbar.''Sebarang bentuk persediaan yang akan dilakukan oleh SPR akan ditentukan hasil daripada keputusan mesyuarat tersebut," katanya.
kad kredit ada unsur riba
JIKA dulu agak sukar untuk memiliki kad kredit, tetapi kini ia lebih mudah, sekali gus memberikan peluang kepada lebih ramai orang menggunakan kemudahan itu dalam mengu ruskan kehidupan seharian.Penggunaan kad kredit secara umumnya ada beberapa manfaat seperti dapat mengelak daripada membawa wang tunai dalam jumlah banyak dan melakukan transaksi jual beli barang atau perkhidmatan di Internet yang sememangnya lebih mudah.Kad kredit dalam lain perkataan yang lebih mudah difahami ialah sejenis kad hutang yang diberikan institusi seperti bank kepada pengguna untuk digunakan dalam sesuatu urusan seperti jual beli barang dan perkhidmatan yang menerima kad terbabit dengan sistem atau syarat tertentu.
Lazimnya, penggunaan kad kredit membenarkan pengguna untuk ‘memusing’ bakinya dengan kos kadar faedah yang dikenakan. Penggunaan kad kredit dikatakan bermula dari Barat. Malah, konsep penggunaan kad untuk pembelian ada di gambarkan pada 1887 oleh Edward Bellamy dalam novel Looking Backward. Bellamy menggunakan perkataan kad kredit lapan kali dalam novel ini.Namun, kad kredit mula digunakan pada 1920-an di Amerika Syarikat, khususnya untuk penjualan minyak kepada sejumlah besar pengguna kenderaan. Pada 1938, beberapa syarikat mula menerima kad ma sing-masing. Begitupun, konsep pembayaran yang lebih baik meng gunakan kad seperti itu direka pada 1950 oleh Ralph Schneider dan Frank X McNamara dalam usaha meng gabungkan penggunaan pelbagai kad.
Kini, penggunaan kad kredit bukan hanya terbatas di Amerika Syarikat dan negara Barat, malah seluruh dunia, termasuk negara dihuni majoriti masyarakat Muslim.Mekanisme penggunaan juga sudah meluas, membabitkan sebahagian besar lapangan kehidupan, malah dalam se setengah kes penggunaan kad kredit diutamakan, berbanding wang tunai dan jangan terkejut jika ada premis yang tidak mahu menerima wang tunai.Jika demikian, apakah pandangan Islam terhadap peng gunaannya, adakah ia sesuai untuk digunakan selepas men dapati beberapa manfaat dan kelebihan daripadanya atau perlu dielak kerana ia bukan produk yang berasal dari dunia Islam?Bekas Presiden Persatuan Islam Amerika Utara, Dr Mu zammil Siddiqi ada menegaskan penggunaan kad kredit seperti menggunakan sistem perbankan moden.
“Kebanyakan bank berdasarkan faedah dan Muslim terpaksa menggunakannya kerana tidak dapat memperoleh bank yang tiada caj faedah. Dibenarkan untuk menggunakan per khidmatan bank terbabit tanpa terbabit dalam faedah.“Dibenarkan untuk menggunakan kad kredit tanpa terbabit dalam riba. Kad kredit adalah satu kemudahan. Ia membantu kita untuk mendapatkan keperluan dan perkhidmatan, tanpa membawa terlalu banyak wang tunai.“Kad ini sekarang sudah digunakan dunia sejagat, malah di negara Muslim. Syarikat kad menjana wang daripada yuran tahunan dan komisen. “Sesetengah syarikat memberikan kad kredit bebas yuran tahunan kerana mereka menjangkakan dapat mengumpulkan faedah yang akan dikenakan kepada pengguna kad, dibayar mengikut kadar baki. “Bagaimanapun, seseorang tidak perlu membayar faedah jika dia dapat membayar bil sepenuhnya pada masa di tetapkan,” katanya sambil menegaskan haram sama sekali membayar faedah.
Katanya, jika seseorang menggunakan kad itu untuk me minjam wang atas kadar faedah tertentu atau untuk tujuan pembelian terhadap sesuatu yang tidak mampu dibayar pada masa ditetapkan, ia terbabit dalam riba yang diharamkan Islam.Ternyata aspek riba menjadi penentu hukum kepada peng gunaan kad kredit, sama ada diharuskan atau tidak. Kad kredit yang mengandungi unsur riba seperti dalam kes pengguna tidak diwajibkan melangsaikan kos guna secara keseluruhan selepas mendapat bil penyata, malah dibenarkan membayar nisbah kecil, manakala bakinya pengguna diberi pilihan melangsaikannya dalam tempoh diberi atau dibiarkan, dengan caj faedah daripada jumlah bil tertangguh.Sama juga dalam kes kad yang membenarkan penggunanya berbelanja sebanyak mana selagi dalam kadar dibenarkan dan hanya perlu membayar nisbah kecil daripada bil dengan kadar faedah dikenakan atas baki penggunaan yang tertangguh selepas melepasi tempoh percuma.Riba adalah jelas haram dalam Islam, sebagaimana di jelaskan al-Quran, maksudnya: “...padahal Allah mengha lalkan jual beli dan mengharamkan riba. Maka sesiapa yang sampai peringatan dari Tuhannya lalu ia berhenti, maka baginya apa yang diambilnya dahulu dan perkaranya ter serahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (mengambil riba) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.” (al-Baqarah:275)
Dalam ayat 278 surah yang sama bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan ting galkanlah sisa riba (yang belum dipungut), jika benar kamu orang yang beriman.”Berdalilkan ayat itu, Dr Abdullah al-Faqih melalui Islamweb menegaskan: “Sekiranya kad kredit mengandungi riba peng gunaannya adalah haram, kerana semua jenis riba dan faedah, kecil atau besar adalah dilarang.”Menurutnya, walaupun kad kredit (berunsur riba) untuk urusan perniagaan, ia tidak menjadikannya halal. Malah, dalam keadaan terpaksa penggunaannya, ia tidak mengubah hukumnya.Pensyarah Kewangan dan Perbankan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zaharuddin Abd Rahman, dipetik berkata, dalam hal seseorang berhasrat menggunakan kad kredit konvensional yang meletakkan syarat riba, tetapi dia berazam sentiasa menjaga tempoh pembayaran semula sebelum dikenakan riba, Kesatuan Fiqah Antarabangsa OIC dalam ketetapannya nombor 108, pada persidangan 23 hingga 28 September 2000 memfatwakan sebagai tidak harus, te rutama ketika kewujudan kad kredit Islam.“Bagaimanapun, ketetapan pada persidangan sama juga mengharuskan membuat kad kredit konvensional yang tidak meletakkan syarat faedah atau riba dalam kontraknya. Na mun, dengan syarat mesti melangsaikan jumlah penggunaan sebelum dikenakan faedah riba,” katanya
PESTA MAKSIAT BAKAL MELANDA NEGARA LAGI
Selain menyanyi, penampilan dan gerak tari yang di paparkan Nicole bersama anggota lain iaitu Melody Thorn ton, Jessica Sutta, Ashley Roberts dan Kemberly Wyatt boleh dikatakan berani dan cukup 'panas'.Keberaniannya menyebabkan gadis berasal dari Honolulu, Hawaii itu disenaraikan antara 100 wanita paling seksi di dunia oleh majalah Maxim's Hot 100.Imej dan gerak tari yang dianggap menjolok mata di tampilkan kumpulan ini pernah menimbulkan kontroversi sewaktu pertama kali mengadakan persembahan di Taman Tema Sunway, Selangor tiga tahun lalu ketika menjayakan konsert jelajah dunia PCD.Kumpulan yang cukup popular dengan lagu Stickwitu itu bagaimanapun berjanji perkara sama tidak akan berulang sewaktu mereka menjayakan persembahan pembukaan Anu gerah MTV Asia di Arena Of Stars, Genting Highland, Pahang, petang ini (Sabtu).
Nicole mewakili anggota lain menjelaskan, perkara yang berlaku tiga tahun lalu itu tidak disengajakan dan mengakui kesilapan itu disebabkan tidak sensitif dengan masyarakat negara ini.“Waktu itu kami tidak diberitahu penganjur. Tindakan dikenakan pihak berkuasa terhadap penganjur hanya kami ketahui selepas pulang.“Tambahan pula kami dalam rangka konsert jelajah dunia dan baju yang digunakan untuk setiap persembahan sudah ditetapkan.“Berbeza kali ini, setiap anggota PCD sudah bersedia. Kami akan memakai pakaian yang diharap tidak menyentuh sen sitiviti masyarakat di sini. “Corak dan gaya tarian lagu bakal dipersembahkan turut diubah,” katanya ketika ditemui di majlis sidang akhbar untuk promosi album terbaru PCD, Doll Domination, baru-baru ini.
Menilai dari penampilan dan aksinya sebelum ini, pasti ramai beranggapan Nicole seorang wanita kental dengan sifat kebaratan seperti lantang bersuara dan agak keras terutama selepas berjaya sebagai penyanyi.Bagaimanapun, apa yang difikirkan mengenai Nicole ber ubah apabila pihak media tempatan pertama kali berpeluang menemubualnya dalam majlis itu.Tutur katanya sewaktu menjawab soalan cukup ramah dan lembut. Sesekali dia tersenyum dan ketawa. Malah, dia menegaskan cukup berbangga kerana mewarisi darah Asia dari sebelah bapanya.“Bapa saya berasal dari Filipina sementara ibu berdarah Rusia. Saya bertuah kerana ia sedikit sebanyak mempengaruhi sifat dan peribadi saya. Seperti kita ketahui orang Asia penuh kelembutan.“Secara peribadi, mempunyai darah Asia membuatkan sifat merendah diri yang ada dalam diri saya begitu kental.“Saya mahu berkongsi kejayaan yang saya peroleh dengan peminat terutama di rantau ini memandangkan sebagai gadis Asia bukan mudah untuk saya menempatkan diri dalam industri hiburan dunia terutama di Amerika Syarikat ataupun Eropah.“Banyak pengalaman pahit terpaksa saya lalui sebelum mencapai kejayaan bersama PCD dan menghasilkan album solo.
Cuma kepada gadis lain yang mahu mengikut jejak langkah saya, satu nasihat iaitu jangan mudah putus asa.“Kadang-kadang kejayaan yang diperoleh dalam jangka masa panjang itu jauh lebih baik berbanding masa singkat. Kalau kita terlalu gopoh mengejar apa yang kita mahukan bimbang kelak ia akan memakan diri,” katanya.Sifat sebagai wanita Asia yang ada dalam diri Nicole turut menyerlah. Sebagai bukti, sebaik menerima hadiah berupa kain sarung batik sutera diberikan syarikat rakaman pe ngedaran albumnya di sini, Universal Music, dia terus membuka dan menunjukkan gaya bagaimana mahu me ngikatnya dengan betul.“Cantiknya, ia sama seperti kain sarung yang sering di gunakan kaum wanita di Filipina,” katanya.Tambah Nicole lagi dalam usaha mengejar cita-cita menjadi penyanyi, dia menjadikan bintang terkenal kelahiran Filipina, Lea Salonga yang berjaya mencipta nama di pentas teater di London, Britain mahupun New York sebagai idola.Bercerita lanjut mengenai kerjaya seninya, Nicole berkata, dia gembira apabila selepas tiga tahun kumpulan PCD kembali menghasilkan album terbaru Doll Domination dan akan mula dipasarkan di sini pada 22 September
.Timbul persoalan bagaimana penyanyi yang turut mampu mencipta lagu ini mampu membahagikan masanya antara kerjaya solo dan PCD.“Pada saya ia bukan satu masalah besar kerana sejak menganggotai kumpulan PCD saya belajar satu perkara paling utama iaitu pengurusan masa. Ia boleh dilaksanakan sekiranya kita memberikan tumpuan penuh.“Saya sendiri lebih teruja untuk kembali bersama anggota kumpulan PCD bagi merakamkan album Doll Domination memandangkan peminat sendiri berasakan sudah terlalu lama kami menyepi tanpa lagu baru.“Pelbagai perancangan turut dirancang dengan kemunculan album ini antaranya konsert jelajah seluruh dunia tahun depan. S
aya harap peminat bersedia dengan konsert jelajah itu. Selepas itu barulah album sulung saya akan dipasarkan“Agak membanggakan, walaupun masih baru, single per tama daripada album kedua iaitu When I Grow Up sudah mula diterima peminat,” katanya. Menyentuh mengenai pengunduran seorang lagi ahli PCD, Carmit Bachar, Nicole berkata, mereka menerima keputusan itu dengan hati terbuka.“Walaupun dia sudah keluar daripada PCD, Carmit akan tetap menjadi sebahagian daripada kami. Sokongan PCD kepadanya akan berterusan, malah kami gembira dia bakal menjayakan satu rancangan televisyen,” katanya.
SUMBER : http://www.hmetro.com.my
PERMATANG PAUH IS RETURN TO ANWAR
Dato' Seri Anwar Ibrahim kembali ke Permatang Pauh. Permatang Pauh adalah kerusi tradisi milik Anwar dan keluarganya yang diwakili selama lebih 25 tahun mulai 1982 sehingga 2008.
Anwar menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh selama 16 tahun mulai 1982 sehingga 1999. Kerusi tersebut yang terpaksa dilepaskannya akibat dipecat, didakwa dan dimalukan oleh kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun) ketika itu.

Kerusi tersebut terus diwakili isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak 1999 hingga semalam (31 Julai 2008). Kerusi Permatang Pauh tidak dikosongkan hanya semata-mata untuk menunjukkan kasih sayang seorang isteri kepada suami. Ke mana sahaja Wan Azizah pergi dan memegang jawatan sama ada Ahli Parlimen atau Presiden parti, rakyat tetap beranggapan atau mempunyai persepsi bahawa beliau adalah proksi Anwar. Memang pun! Kerusi parlimen Permatang Pauh sememangnya kerusi milik Anwar. Wan Azizah menggantikannya seketika, sementara Anwar disekat undang-undang untuk bertanding dalam pilihan raya.
Juga sebagai presiden parti, rakyat tetap beranggapan bahawa Anwar adalah presiden sebenarnya, Wan Azizah hanya sebagai nominee. Sebab itu Anwar digelar Ketua Umum KeADILan atau de facto leader.Parti KeADILan Rakyat, yang sebelum ini dikenali sebagai Parti KeADILan Nasional ditubuhkan kerana Anwar Ibrahim. Untuk memperjuangkan keadilan, cetusan daripada kezaliman melampau yang ditimpakan BN ke atas Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno pada tahun 1998.Dan, Wan Azizah dipilih sebagai presiden parti kerana beliau adalah isteri kepada Anwar, Anwar sebenarnya yang menjadi ikon reformasi politik dalam negara.
Kesediaan Wan Azizah melepaskan jawatan sudah lama. Selama 16 tahun Anwar dalam Umno dan kerajaan (1982 - 1998) Wan Azizah tidak mencampuri urusan politik. Beliau adalah suri rumah sepenuh masa.Dalam tempoh sepuluh tahun, seorang suri rumah yang tidak mencampuri urusan politik, terpaksa mengetuai parti politik, terbabit dalam perancangan politik bagi menggantikan suami yang terpenjara selama enam tahun (1998 - 2004) dan empat tahun dihalang untuk bertanding.Tugas Wan Azizah selama sepuluh tahun ini bukannya mudah, mengambil alih peranan Anwar bukannya mudah, justeru keputusannya berundur sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang, harus dihormati.
Laluan mudah untuk Anwar ke Parlimen
Sebelum ini memang ada pertimbangan untuk Anwar bertanding di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak dan Gombak kerana penyandangnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali sedia memberi laluan.Manakala kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu yang diwakili peguam Zulkifli Noordin yang menghadapi petisyen pilihan raya, sedang menunggu keputusan mahkamah dna dijangka diputuskan 11 Ogos depan.
Jika mengikut trend sokongan rakyat, walaupun mungkin boleh wujud manipulasi BN bagi Bandar Tun Razak, Gombak atau Kulim-Bandar Baharu, Anwar dijangka tidak akan melalui jalan yang sukar untuk memenanginya. Bagaimanapun, jalan terbaik untuk Anwar ialah kembali ke kerusi tradisi yang diwakili beliau dan keluarga sejak 25 tahun yang lalu. Anwar mula mewakili Permatang Pauh pada tahun 1982 menewaskan calon PAS, Zabidi Ali (14,352 majoriti), 1986 menewaskan Mohamad Sabu (10,479 majoriti), 1990 mengalahkan Mahfuz Omar (16,150) dan 1995 menewaskan calon DAP, Abdul Rahman Manap dengan 23,515 majoriti.Pada tahun 1999, Wan Azizah menang dengan majoriti 9077 menewaskan bekas Setiausaha Politik Anwar, Dato' Dr Ibrahim Saad, dikatakan kerana undi simpati terhadap Anwar. Pada 2004 kerusi Permatang Pauh dikekalkan dengan majoriti yang kecil (590 undi) dengan menewaskan bekas Imam Besar Masjid Negara, Dato' Pirdaus Ismail.
2008 menyaksikan Wan Azizah mengekalkan kerusinya dengan majoriti lebih besar iaitu 13,388.
Banyak sumber-sumber dalam Umno sendiri yang mengakui bahawa orang-orang Umno tetap mengundi Wan Azizah kerana Anwar, sebagai penolakan terhadap keputusan pucuk kepimpinan Umno yang memecat Anwar. Ketika Anwar dipecat (1998), beliau bukan sahaja TPM dan Menteri Kewangan. Anwar ketika itu juga adalah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang dan Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh.
Justeru dengan sokongan padu rakyat dari kalangan pelbagai kaum, beserta dengan penyokong tegar Anwar dalam Umno, Anwar dijangka akan memenangi kerusi Permatang Pauh dalam pilihan raya kecil nanti dengan mudah, serta pertambahan majoriti lebih besar. Anwar adalah masalah besar bagi Umno/BN.Masalahnya bagi Umno/BN mereka terpaksa berhadapan dengan tekanan politik yang amat besar dan sukar jika Anwar kembali ke Parlimen. Umno/BN sedar, jika Anwar menang kerusi Permatang Pauh, Anwar akan menggantikan Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Mereka juga amat menyedari apabila Anwar bertanding pilihan raya, masuk ke Parlimen, bukan semata-mata hendak menjadi Ketua Pembangkang. Hasratnya jelas, iaitu, berusaha mengambil alih kerajaan Pusat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6!
Sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat, Anwar sudah mengumumkan bahawa tarikh 16 September 2008 adalah 'deadline' utama pembentukan kerajaan baru. Mungkin akibat daripada pelbagai tekanan politik, khususnya isu tuduhan liwat terhadap Anwar, 'deadline' tersebut akan teranjak sedikit. Barangkali ketika pengumuman yang dibuat Anwar tiga bulan lalu, pemimpin Umno/BN kurang gusar, kerana Anwar bukan Ahli Parlimen, untuk menjadi PM, Anwar harus menjadi wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya.
Dengan kemenangan Anwar di Permatang Pauh nanti, beliau bukan setakat Ahli Parlimen atau Ketua Pembangkang sahaja, malah jalan ke Putrajaya sudah terbuka luas di hadapan beliau.
Jika di luar Parlimen agak sukar bagi Anwar untuk berjumpa, berunding serta bermuqabalah dengan mana-mana wakil rakyat BN yang berminat untuk berhijrah menyertai Pakatan Rakyat.
Maka, sebaik sahaja Anwar menjejakkan kali ke Parlimen sebagai Ahli Dewan Rakyat dan duduk di kerusi Ketua Pembangkang di Parlimen, rakan-rakan yang berada di blok kerajaan, akan menjadi seumpama 'cacing kepanasan.'
Tidak boleh dibayangkan ketika itu wajah-wajah seperti Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak akan berubah 'merah padam' macam 'cacing kepanasan'.
Oleh itu usaha-usaha untuk menyekat Anwar dijangka akan berterusan. Walaupun ada jaminan daripada PM Abdullah, tidak akan wujud sebarang konspirasi untuk 'mengenakan' Anwar, rakyat masih sukar mempercayainya.Isu yang besar di sebalik usaha untuk menyekat Anwar kembali ke Parlimen adalah, bagaimana BN hendak mengekalkan kuasanya dalam sebulan dua ini. Justeru tidak mustahil dalam keadaan yang tertekan sedemikian rupa, tindakan luar jangka bagi menyelamatkan kepentingan politik kelompok tertentu, boleh mengatasi jaminan keselamatan dan keadilan terhadap Anwar.
Jumaat, 1 Ogos 2008
DI SAAT GENTING ITU .. TIBA-TIBA ..
DI SAAT GENTING SEWAKTU DR WAN AZIZAH MELEPASKAN JAWATAN MP PERMATANG PAUH DAN BERI LALUAN PADA SUAMI TERCINTA DAN PAS NGAN UMNO PUN BZ NGAN MUQABALLAH DAN MUZAKARRAH .. TIBA TIBA ..
PAK LAH MENGUMUMKAN MELEPASKAN JAWATAN PEE EMM DAN PRESDEN UMNO UNTUK MENJADI AHLI PAS SEUMUR HIDUP ..BOLEHKAN AHLI UMNO MENERIMANYA NANTI ??
Langgan:
Catatan (Atom)