Followers

Selasa, 26 Ogos 2008

SAMBUTAN 51 TAHUN MERDEKA SURAM

KLUANG - Semangat cintakan negara di kalangan rakyat pelbagai bangsa di negara ini perlu dipupuk sepanjang masa tanpa mengira tempoh kemerdekaan yang telah dicapai, kata Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Belia dan Sukan negeri, Md Jais Sarday, semalam. Menurutnya, perasaan cintakan negara dan kemerdekaan daripada sebarang bentuk penjajahan perlu disemai di sanubari setiap rakyat terutamanya golongan muda pada sepanjang masa dan tidak hanya pada bulan Ogos sahaja. “Golongan muda negara ini diibaratkan seperti helaian kain putih yang perlu dicorakkan dengan semangat menghargai pengorbanan dilakukan pejuang-pejuang bangsa dalam usaha mencapai kemerdekaan,” katanya ketika merasmikan Program Semarak Merdeka Jalur Gemilang 2008 Peringkat Negeri Johor anjuran Jabatan Penerangan Negeri di Dewan Kampung Tengah di sini, semalam. Md Jais berkata, program seperti Semarak Merdeka berupaya memastikan rakyat terutamanya golongan muda negara ini mempunyai semangat cintakan negara walaupun mereka kini disajikan dengan pelbagai maklumat serta hiburan bersifat komersial. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Mahkota turut melancarkan Kelab Anak Merdeka yang dianggotai individu yang lahir pada 31 Ogos dan 16 September. - BERNAMA

Tiada ulasan: