Selain menyanyi, penampilan dan gerak tari yang di paparkan Nicole bersama anggota lain iaitu Melody Thorn ton, Jessica Sutta, Ashley Roberts dan Kemberly Wyatt boleh dikatakan berani dan cukup 'panas'.Keberaniannya menyebabkan gadis berasal dari Honolulu, Hawaii itu disenaraikan antara 100 wanita paling seksi di dunia oleh majalah Maxim's Hot 100.Imej dan gerak tari yang dianggap menjolok mata di tampilkan kumpulan ini pernah menimbulkan kontroversi sewaktu pertama kali mengadakan persembahan di Taman Tema Sunway, Selangor tiga tahun lalu ketika menjayakan konsert jelajah dunia PCD.Kumpulan yang cukup popular dengan lagu Stickwitu itu bagaimanapun berjanji perkara sama tidak akan berulang sewaktu mereka menjayakan persembahan pembukaan Anu gerah MTV Asia di Arena Of Stars, Genting Highland, Pahang, petang ini (Sabtu).
Nicole mewakili anggota lain menjelaskan, perkara yang berlaku tiga tahun lalu itu tidak disengajakan dan mengakui kesilapan itu disebabkan tidak sensitif dengan masyarakat negara ini.“Waktu itu kami tidak diberitahu penganjur. Tindakan dikenakan pihak berkuasa terhadap penganjur hanya kami ketahui selepas pulang.“Tambahan pula kami dalam rangka konsert jelajah dunia dan baju yang digunakan untuk setiap persembahan sudah ditetapkan.“Berbeza kali ini, setiap anggota PCD sudah bersedia. Kami akan memakai pakaian yang diharap tidak menyentuh sen sitiviti masyarakat di sini. “Corak dan gaya tarian lagu bakal dipersembahkan turut diubah,” katanya ketika ditemui di majlis sidang akhbar untuk promosi album terbaru PCD, Doll Domination, baru-baru ini.
Menilai dari penampilan dan aksinya sebelum ini, pasti ramai beranggapan Nicole seorang wanita kental dengan sifat kebaratan seperti lantang bersuara dan agak keras terutama selepas berjaya sebagai penyanyi.Bagaimanapun, apa yang difikirkan mengenai Nicole ber ubah apabila pihak media tempatan pertama kali berpeluang menemubualnya dalam majlis itu.Tutur katanya sewaktu menjawab soalan cukup ramah dan lembut. Sesekali dia tersenyum dan ketawa. Malah, dia menegaskan cukup berbangga kerana mewarisi darah Asia dari sebelah bapanya.“Bapa saya berasal dari Filipina sementara ibu berdarah Rusia. Saya bertuah kerana ia sedikit sebanyak mempengaruhi sifat dan peribadi saya. Seperti kita ketahui orang Asia penuh kelembutan.“Secara peribadi, mempunyai darah Asia membuatkan sifat merendah diri yang ada dalam diri saya begitu kental.“Saya mahu berkongsi kejayaan yang saya peroleh dengan peminat terutama di rantau ini memandangkan sebagai gadis Asia bukan mudah untuk saya menempatkan diri dalam industri hiburan dunia terutama di Amerika Syarikat ataupun Eropah.“Banyak pengalaman pahit terpaksa saya lalui sebelum mencapai kejayaan bersama PCD dan menghasilkan album solo.
Cuma kepada gadis lain yang mahu mengikut jejak langkah saya, satu nasihat iaitu jangan mudah putus asa.“Kadang-kadang kejayaan yang diperoleh dalam jangka masa panjang itu jauh lebih baik berbanding masa singkat. Kalau kita terlalu gopoh mengejar apa yang kita mahukan bimbang kelak ia akan memakan diri,” katanya.Sifat sebagai wanita Asia yang ada dalam diri Nicole turut menyerlah. Sebagai bukti, sebaik menerima hadiah berupa kain sarung batik sutera diberikan syarikat rakaman pe ngedaran albumnya di sini, Universal Music, dia terus membuka dan menunjukkan gaya bagaimana mahu me ngikatnya dengan betul.“Cantiknya, ia sama seperti kain sarung yang sering di gunakan kaum wanita di Filipina,” katanya.Tambah Nicole lagi dalam usaha mengejar cita-cita menjadi penyanyi, dia menjadikan bintang terkenal kelahiran Filipina, Lea Salonga yang berjaya mencipta nama di pentas teater di London, Britain mahupun New York sebagai idola.Bercerita lanjut mengenai kerjaya seninya, Nicole berkata, dia gembira apabila selepas tiga tahun kumpulan PCD kembali menghasilkan album terbaru Doll Domination dan akan mula dipasarkan di sini pada 22 September
.Timbul persoalan bagaimana penyanyi yang turut mampu mencipta lagu ini mampu membahagikan masanya antara kerjaya solo dan PCD.“Pada saya ia bukan satu masalah besar kerana sejak menganggotai kumpulan PCD saya belajar satu perkara paling utama iaitu pengurusan masa. Ia boleh dilaksanakan sekiranya kita memberikan tumpuan penuh.“Saya sendiri lebih teruja untuk kembali bersama anggota kumpulan PCD bagi merakamkan album Doll Domination memandangkan peminat sendiri berasakan sudah terlalu lama kami menyepi tanpa lagu baru.“Pelbagai perancangan turut dirancang dengan kemunculan album ini antaranya konsert jelajah seluruh dunia tahun depan. S
aya harap peminat bersedia dengan konsert jelajah itu. Selepas itu barulah album sulung saya akan dipasarkan“Agak membanggakan, walaupun masih baru, single per tama daripada album kedua iaitu When I Grow Up sudah mula diterima peminat,” katanya. Menyentuh mengenai pengunduran seorang lagi ahli PCD, Carmit Bachar, Nicole berkata, mereka menerima keputusan itu dengan hati terbuka.“Walaupun dia sudah keluar daripada PCD, Carmit akan tetap menjadi sebahagian daripada kami. Sokongan PCD kepadanya akan berterusan, malah kami gembira dia bakal menjayakan satu rancangan televisyen,” katanya.
SUMBER : http://www.hmetro.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan