Isnin, 30 Jun 2008
ISU CALAR IMEJ PAKATAN
ANWAR SAMAN SAIFUL BUKHARI
Anwar katanya, sedia mencabar laporan yang dibuat oleh Saiful bagi mempertahankan reputasi politiknya.
ANWAR DAH DIBERI AMARAN .. TAPI LUPA
Ahad, 29 Jun 2008
AMK KAWAL ANWAR
SUMBER: http://www.malaysiakini.com
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN 2
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN
Pemimpin mudaOng seterusnya berkata beliau "sentiasa menekankan perlunya wujud budaya politikyang sihat dalam MCA" dan kepercayaan ini termasuk perlunya membimbing pemimpin-pemimpin muda sebagai sebahagian daripada proses pembaharuan dan pengukuhan parti."MCA juga percaya tentang perlunya menjamin satu pelan peralihan kuasa yang lancar. Dalam masa enam tahun lepas, ramai pemimpin muda dan berkebolehan MCA muncul dan tentunya, pemimpin parti ini perlu diberi peluang berkhidmat kepada negara, masyarakat dan parti secara lebih efektif," katanya.Ong, bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan kini ahli Parlimen Kulai berkata keputusan pilihanraya umum 8 Mac lalu menyaksikan rakyat Malaysia,termasuk masyarakat Cina, memberikan mesej yang jelas kepada parti. "Tentunya, keputusan itu menunjukkan perlunya kita semua merenung dan memikirkan apa yang teleh berlaku. Pilihanraya itu menyaksikan 15 ahli Parlimen dipilih."Sebagai presiden parti, saya mesti memikul tanggungjawab atas keputusan itu. Pada prinsipnya, saya mengambil keputusan tidak mencalonkan semula diri saya untuk jawatan kabinet," kata Ong. Chan tidak bertandingOng berkata dalam beberapa bulan lalu beliau telah berbincang dengan anggota-anggota parti dan membayangkan kepada mereka bahawa tidak ada pemimpinyang tidak boleh diganti dan pentingnya kerja berpasukan serta tidak terlalu bergantung pada satu-satu personaliti.Adalah penting pemimpin-pemimpin MCA tidak berterusan memegang kuasa, katanya."Parti adalah milik ahli-ahlinya dan bukan individu tertentu," katanya.
PENJELASAN ADIK ANWAR KELUAR KDEB
Rusli juga menjelaskan bahawa kenyataan yang menyatakan beliau adalah penasihat KDEB ialah fitnah dan tidak berasas."Namun setelah desas-desus fitnah dan manipulasi jahat ini timbul dan saya juga telah berbincang secara mendalam dengan Datuk Seri Anwar, saya telah mengemukakan surat perletakkan jawatan pada 25 Jun 2008, 3 petang kepada Presiden KDEB," katanya.
Akaun syarikat dan pelaburan syarikat perlu disusun untuk itu telah dilantik penasihat kewangan kepada Presiden KDEB untuk menyusun semula perancangan strategik berkaitan kewangan. Selain itu demi mendepani perbagai masalah berkaitan undang – undang maka penasihat undang undang korporat kepada Presiden KDEB juga telah dilantik. Ternyata tindakan dan pemilihan penasihat yang betul telah membantu Presiden KDEB memacu syarikat sehingga KDEB dan entiti di bawahnya khususnya.
Kumpulan Peransang Selangor Berhad dan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad telah berjaya menjadi entiti perniagaan yang berdaya saing dan disegani semula. Dunia perniagaan perlu bergerak seiring dan berubah segera sebagai respon terhadap persekitaran untuk mengekalkan daya saing. Seiring dengan perubahan dan meneliti impak PRU 12 maka beberapa perubahan perlu dilakukan. Seperti KDEB perlu memainkan peranan besar dalam membantu memenuhi tanggungjawab terhadap pemegang saham utama iaitu kerajaan negeri yang telah berjanji untuk memberikan air percuma kepada rakyat Selangor.
Maka sudah tentu Presiden KDEB memerlukan satu penasihat khas untuk meneliti ke arah merialisasikan perkara ini. Pada April 2008 saya telah dinamakan sebagai Penasihat Khas kepada Presiden KDEB. Maka kenyataan yang menyatakan saya sebagai Penasihat KDEB ialah fitnah dan tidak berasas. Saya merupakan kakitangan KDEB yang bertanggungjawab terus kepada Presiden KDEB. Saya tidak punya kuasa eksekutif dan bukan ahli lembaga pengarah mana-mana syarikat dibawah KDEB. Selain saya seorang penasihat ekonomi juga telah dinamakan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada KDEB. Bidang tugasan saya ialah untuk mengukuhkan dan membina hubungan dan jaringan kerja baik antara pemegang saham, pengursan sumber, pelabur juga sektor korporat dan awam.
Namun setelah desas desus fitnah dan manipulasi jahat ini timbul dan saya juga telah berbincang secara mendalam dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim saya telah mengemukakan surat perletakkan jawatan pada 25 Jun 2008, 3 petang kepada Presiden KDEB.
MAT EZAM PETUALANG PALING HEBAT
Jumaat, 27 Jun 2008
Pengurus ladang babi minum racun selepas kalah bertaruh
AHLI KELUARGA ANWAR KELUAR KDEB
Selain memaksa adiknya meninggalkan tugasnya di KDEB, menurut sumber-sumber lagi, Anwar juga memaklumkan perkara itu kepada menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.Mereka bagaimanapun tidak mengetahui jawatan atau tugas sebenar adik Anwar di syarikat senaraian awam itu. "Beliau diambil bekerja dan tidak salah untuk bekerja (di KDEB) tetapi Anwar tidak mahu ia merosakkan imej parti," kata sumber-sumber sewaktu diminta mengulas dakwaan bekas pemimpin kanan PKR Mohamad Ezam Mohd Nor semalam. Bekas setiausaha politik Anwar itu berkata pelantikan saudara kandung mantan timbalan perdana menteri itu dibuat "beberapa minggu, bulan lalu"."Apakah betul ada ahli keluarga Anwar Ibrahim yang dilantik menjadi penasihat KDEB? "Saya mahu penjelasan mereka sebelum saya membuat kenyataan lanjut," kata bekas ketua Angkatan Muda PKR itu kepada media selepas ceramah 'Sirih Pulang ke Gagang' di Sungai Besi malam tadi.Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan reaksi presiden KDEB Datuk Abdul Karim Munisar. Difahamkan beliau sedang menghadiri satu mesyuarat lembaga pengarah dan kemungkinan mengambil masa yang panjang.
MT UMNO TERIMA KEAHLIAN EZAM
Khamis, 26 Jun 2008
BN PERAK MERAJUK KELUAR DEWAN ..HUHUHU..
DEMO DI DATARAN PAHLAWAN
SEMPENA 100 HARI PEMERINTAHAN BN MELAKA .. DOSA PADA RAKYAT MELAKA
c) Banyak Menara Telco di bina di kawasan perumahan
d) Penguatkuasaan melampau oleh MBMB ke atas peniaga-peniaga kecil dan pengusaha di Taman Melaka Raya tanpa notis
e) Gagal memulihara dan mengekalkan tempat-tempat bersejarah atau 'buzzer zone'.
f) Gagal mewakili orang Melaka untuk mendapatkan kelulusan UNESCO untuk Bukit Cina
g) Menjadikan Melaka sebuah mini DISNEYLAND yang menyebabkan berlakunya kesesakan jalan dan pembaziran wang rakyat
h) 6 kali berlakunya 'blackout' dalam Dun Duyong ever sejak PRU 12
i) Membangun 3 projek bandar mega yang melibatkan 3 daerah ...(Membelanjakan duit rakyat dengan banyak
j) Meneruskan projek-projek yang tidak perlu dan tidak sepatutnya yang akhirnya menjadi Gajah Putih
SUMBER : http://damianslyeo.blogspot.com/ , http://mutaligat.blogspot.com
SIAPA LAGI KEJAM ??
Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:
- Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
- Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat. - Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
- Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.
Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya. - Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
- Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
- Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
- Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.
KERAJAAN MELAKA MEMANG GOPOH
Rabu, 25 Jun 2008
APA KATA ANDA ??? (SIRI DUA)

Jika kita tanya orang Melayu, judi tu haram ke? tentu mereka akan jawab ya.Tapi apa yang kita perhatikan kat mana-mana kedai yang terpapar "sport toto", ramai antara mereka adalah orang Melayu.Mereka sanggup pakai topi keledar untuk masuk ke kedai . Kita sebagai orang melayu harus sedar apa yang kita buat. Kita sebagai manusia kat dunia ini hanyalah sementara
NAJIB PUCAT LESU JAWAP SOALAN MEDIA
Raja Petra, dalam akuan bersumpahnya 18 Jun lalu, mendakwa Rosmah bersama dua lagi berada di tempat kejadian sebelum wanita Mongolia itu diletupkan. Najib dan isterinya beberapa kali menafikan pembabitan mereka dengan kes ini, yang masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.Pengendali blog Malaysia Today itu juga mendakwa perdana menteri menerima maklumat tentang pembabitan tiga individu itu, termasuk Rosmah, dan enyerahkan laporan perisikan kepada menantunya dan juga naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Bagaimanapun, semalam, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan ada menerima laporan bertulis daripada perisikan tentera mengenai mereka yang terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.Abdullah dilaporkan berkata: "Memang saya concern (dengan dakwaan Raja Petra). "Perbuatan Raja Petra itu tidak boleh diterima. Sebab apa yang dia nyatakan itu adalah sesuatu yang tidak betul."Terutamanya dalam surat itu (akuan berkanun Raja Petra) disebut yang saya dah diberi satu laporan mengenainya dari pihak perisikan tentera."Itu tak betul," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan jawatankuasa khas mempertingkatkan daya saing kelapa sawit di bangunan Parlimen.
JOM KITA GEMPUR DATARAN HAMAS !!!!
Selasa, 24 Jun 2008
100 HARI BN MEMERINTAH MELAKA
1) Datuk Seri menghadapi saman RM10 juta yang akan dibicarakan pada 30 dan 31 Julai ini
2) Datuk Seri bertindak zalim ke atas PASTI ....mengapa Datuk Seri tidak arahkan pendakwaannya di gugurkan
3) Datuk Seri terus mengamalkan pemerintahan yang suka membazir...Eye On RM40 juta dan lain-lain
4) Datuk Seri menipu rakyat menyatakan jumlah orang miskin di Melaka sedikit sahaja sedangkan golongan miskin di Melaka terus meningkat akibat kenaikan harga minyak dan harga barang
5) Datuk Seri terus mengamalkan tindakan yang tidak demokratik menafikan peruntukan untuk ADUN Pakatan Rakyat Melaka
6) Datuk Seri terus melantik kroni Datuk Seri menjadi Datuk Bandar, Speaker dan lain-lain bukannya atas dasar kelayakan ...
7) Datuk Seri terus menambahkan hutang kerajaan negeri Melaka sehingga mencecah lebih RM1 bilion.
8) Datuk Seri terus menyiksa rakyat dengan menggali bijih di Kuala Sungai Baru menyebabkan nelayan di sana susah untuk cari makan
9) Datuk Seri terus menjadi pembodek nombor wahid (satu) terhadap kepimpinan Pak Lah sedangkan Pak Lah adalah pemimpin yang lembap dan lemah.
10)Datuk Seri membiarkan pelacuran berleluasa di Bandar Melaka sejak dari tahun 70-an lagi.
11) Datuk Seri terus menggalakkan program-program maksiat dan melalaikan seperti Pesta Melaka yang menyelitkan pertandingan ratu cantik, karaoke dan sebagainya ....
12) Datuk Seri ............oh........ Datuk Seri .......
KERAJAAN NEGERI GAGAL BASMI KEMISKINAN
Datuk Noraini Ahmad Memalukan Mahsiswa...
Diharap mahasiswa dapat membuat komentar terhadap kenyataan Datuk Noraini ini sama ada mereka bersetuju ataupun tidak dengan kenyataan ini.
------------------------------------------
Siswazah tak tahu ‘resume’ - Harian Metro Online
BATU PAHAT: Kurang pengetahuan menyediakan ‘resume’ ketika memohon pekerjaan dikenal pasti antara kelemahan utama menyebabkan siswazah gagal mendapat pekerjaan sesuai dengan kelayakan mereka.Malah lebih teruk lagi, ada di kalangan graduan di luar negara bukan saja tidak mengetahui maklumat yang perlu diisi, malah tidak mengetahui apa sebenarnya ‘resume’.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad, berkata beliau sendiri melalui pengalaman itu ketika bertemu beberapa graduan tahun akhir di sebuah universiti luar negara, beberapa tahun lalu.
“Ketika itu, saya bersama rakan dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berjumpa pelajar tahun akhir di luar negara dan kami mengadakan taklimat mengajar mereka bagaimana cara menyediakan ‘resume’.“Amat menyedihkan apabila kita tanya, ada antara mereka yang tidak memahami apa itu ‘resume’ dan inilah kelemahan yang harus kita atasi,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Terbuka dan Karnival Pekerjaan di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), di sini, semalam.Sehubungan itu, Noraini berkata, panduan mengenai cara penyediaan ‘resume’ yang betul menjadi keutamaan pihaknya dalam setiap karnival pekerjaan yang diadakan di seluruh negara.“Selain itu, kita mahu pencari pekerja lebih banyak membaca akhbar untuk menambah ilmu pengetahuan am mereka kerana pernah juga berlaku, ada yang tidak tahu nama pemimpin negara ketika ditanya penemuduga,” katanya."
Mufti Perlis Bakal Join Parti Politik
KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyambut baik saranan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat agar beliau memasuki parti politik jika ingin melaksanakan kebaikan serta mencegah kemungkaran."Saya ucapkan terima kasih di atas pandangan Dato' Nik Aziz. Saya lihatnya dari sudut positif cuma kedudukan saya sebagai Mufti, rasanya tidak sesuai. Lagipun saya belum bersedia," kata Dr Asri.
Menurut Nik Aziz, seseorang yang ingin melaksanakan Islam hendaklah memiliki kuasa yakni kerajaan sebagai platform bagi memastikan Islam itu diterjemahkan ke dalam kehidupan. Katanya jika kita mahu melihat Islam berdaulat, maka hendaklah memiliki kerajaan yakni ianya melibatkan parti. Nik Aziz membuat saranan pada Dr Asri dalam satu sidang media perasmian Pusat Gadaian Islam Ar-Rahn di cawangan Jalan Raja Laut Kuala Lumpur hari ini.
Jelas Nik Aziz lagi, sekiranya mana-mana pihak hendak menganjurkan sesuatu tetapi tidak memiliki sebarang kuasa, ianya tidak berguna atau tidak berkesan seumpama omongan kosong.
"Harapnya Mufti Perlis dapat mempertimbangkan untuk memasuki mana-mana parti walaupun pegawai kerajaan di Malaysia ini tidak dibenarkan untuk melibatkan diri dengan mana-mana parti," kata Nik Aziz ketika diminta mengulas kenyataan Dr Asri yang tidak mahu memasuki mana-mana parti semalam.
Dr Asri pula berpendapat, dia sudahpun memasuki daerah politik."Sebenarnya saya sudahpun masuk daerah atau sempadan politik bila saya memberi pandangan tentang isu-isu politik. Tapi saya belum dan tidak menyertai mana-mana politik. Begitu juga halnya bila saya menyentuh hal berkaitan seni, tidak semestinya saya menjadi artis," jelasnya."Bukan semua orang ada kemampuan jadi ahli politik seperti saya. Mungkin selepas ini saya akan beri pertimbangkan dan beri perhatian serius saranan Nik Aziz," katanya.Namun kata Dr Asri lagi, apa yang disuarakan oleh Nik Aziz itu pada sudut-sudut tertentu ada benarnya.
"Pandangannya betul tapi masanya bukan sekarang kerana saya belum ada cukup kemampuan. Saya perlukan kekuatan politik yang 'luar biasa' bukan sekadar jadi orang pinggiran. Untuk jadi 'gergasi politik' saya perlukan cukup peralatan yang mana saya belum berkemampuan," katanya.Walaubagaimanapun, kata Dr Asri, tidak mustahil hatinya akan berubah satu hari nanti.
"Tidak mustahil saya akan pertimbangkan satu hari nanti bila masa dan keadaan sudah berubah. Segalanya mungkin. Tapi di hari ini, perkara ini (masuk mana-mana parti) belum terlintas lagi dalam fikiran saya," katanya.
EZAM KUDA TROJAN BARU PAK LAH
Buat masa ini, adakah logik kalau seseorang terjun daripada kapal persiaran untuk menumpang bot laju, ataupun dia lakukan yang sebaliknya? Apakah dia bengong ataupun sudah gila? Mantan Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Nor bukannya seorang yang bodoh untuk masuk Umno semula. Akan tetapi apakah yang sebenarnya berlaku? Satu ketika dahulu Ezam merupakan seorang pembantu penting kepada Penasihat PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan mereka telah menerima nasib yang sama. Ketika Anwar berkuasa dalam Umno, Ezam merupakan sebutir bintang yang baru bersinar. Ketika Anwar meninggalkan parti, Ezam begitu juga dengan nasib yang semakin pudar.. Semasa Anwar dipenjarakan, Ezam turut dipenjarakan sama. Ketika Anwar dan PKR mengharungi zaman getir Ezam telah berada dengan mereka, tetapi bila parti itu mula bersinar, Ezam telah memilih laluan lain. Amat sukar untuk orang luar memahami apakah penting untuk Ezam melepaskan pengorbanan dan sumbangannya yang sudah berusia lebih sepuluh tahun itu semata-mata kerana kedinginan hubungan dengan Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. Namun, ini bukan satu kejutan lagi apabila Ezam rujuk pada Umno semula kerana sejak tiga tahun dahulu lagi sudah ada desas-desus hal ini apabila dia meninggalkan PKR. Ketika itu dia tidak memilih Umno tetapi telah menubuhkan satu pertubuhan bukan-kerajaan bernama ‘GERAK’. Pada waktu itu dia masih memainkan peranan mengkritik mereka yang berada di anjung kuasa, termasuk mengemukakan satu laporan setebal 600 muka-surat mendakwa seorang menteri kanan yang didakwanya terlibat dengan korupsi. Apa pun, tidak ada tindakan yang diambil setelah laporan itu diserahkan kepada kerajaan. Beberapa tahun dahulu, memang ada desas-desus mengatakan Ezam mahu menyertai Umno semula. Dia sendiri telah menafikannya dan dengan penuh yakin berkata: “Sebagai pemimpin Gerak, saya selalu melaporkan kesalahan yang dilakukan oleh anggota Umno kepada polis. Bagaimana mungkin Umno menerima orang seperti saya?” “Lagi pun, kalau saya mahu memasuki Umno semula, saya perlu dapatkan kedudukan yang tinggi dalam PKR untuk mendapat habuan percaturan yang lebih bernilai.” Tentu kita masih boleh ingat dengan jelas kata-kata Ezam, tetapi apabila keadaan berubah dan sudah tiba pula masanya, pendirian beliau dan sikapnya turut berubah. Buat masa ini Umno memerlukan Ezam seperti mana Ezam memerlukan Umno.
Kemasukan Ezam adalah laksana memasuki gelanggang Roma untuk pertandingan para ‘gladiators’ yang bertarung kerana kuasa dan perhatian. Inilah laksana Prometheus dalam metos Yunani seandainya dia mahu mempamerkan bakatnya di sana kerana masih ada sangkaan apakah dia mampu untuk terus berwibawa. Memang sukar diterima bahawa Ezam adalah laksana Kuda Trojan kerana terlalu terang kisahnya. Dia akan menjadi sasaran sebelum mampu sampai ke tengah-tengah kota. Umno sudah laksana ‘Mount Doom’ yang bergelora dalam filem The Lord of the Rings. Hercules pun boleh menjadi lemah di sana. Apa lagi kalau Ezam bukanlah seorang Hercules.
Isa Samad Terlepas Dari Penggantungan
Isnin, 23 Jun 2008
KESIAN BILA DAPAT BINI MACAM NIE
naskhah itu kemudian diserahkan kepadanya petang semalam di pejabatnya di Bandar Darulaman."Lebih 30 muka surat tertulis perkataan yang mencerca, maki dan mengutuk Allah, di samping lukisan gambar kemaluan lelaki iaitu dari surah al-Baqarah hingga al-Imran," katanya dalam satu kenyataan, dengan memberikan contoh 10 ungkapan maki-hamun yang terdapat dalam naskhah al-Quran yang dirosakkan itu.Malaysiakini bagaimanapun memutuskan tidak menerbitkan semula senarai ungkapan, bertulisan merah, yang penuh cercaan tersebut."Pembuangan al-Quran di dalam tong sampah dengan coretan perkataan yang menghina Allah adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan perlu disiasat oleh pihak yang berwajib," tambahnya.Menurutnya, presiden perkumpulan belia itu Ir Mohd Jamal Nasir bersama beliau akan membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Kubang Pasu esok supaya siasatan lanjut dijalankan berhubung perkara itu.Pembela, sebuah pertubuhan baru yang belum berdaftar secara rasmi, ditubuhkan Mac lalu. Menurut blog Pembela (http://www.pembelawaja.blogspot.com/), penubuhannya dirasmikan oleh ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustaffa semalam. BLOG CHE DET KENA BLOCK
Konsert: Demo bukan keutamaan PAS
Jika konsert itu diteruskan, tambahnya, Ella dan Mas Idayu diharapkan dapat mematuhi garis panduan persembahan yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), antaranya, mematuhi etika berpakaian dan berhenti sebelum solat maghrib.Sementara itu, Pemuda PAS negeri berkata hasrat dewan itu bertemu mufti Selangor, Datuk Seri Tamyes Abdul Wahid hari ini tidak tercapai."Kita tidak bertemu mufti kerana mufti ada kerja hari ini. Saya difahamkan beliau ada mesyuarat hari ini," kata ketua dewan itu Sallehen Mukhyi.Dr Osman dan Sallehen memaklumkan, setakat ini, PAS belum mengetahui tarikh mengadap Sultan Selangor untuk membincangkan perkara itu. DENMARK HINA ISLAM LAGI

Rabu, 18 Jun 2008
PEMAIN BOLA SEPAK EURO DARI KALANGAN ORANG ISLAM
Rami Shaaban-Sweden

Robin Van Persie-Netherland
The most eagerly awaited EURO 2008 and probably second greatest show on earth which began on Sunday, June 8, has the number of largest muslim players over history European football championship.Apart from Turkey, French squad has the largest number of muslim players the likes of Franck Ribery Nicolas/Belal Anelka, a French muslim convert and also Lassana Diarra, a Malian origin with French nationality.These are the lists of muslim players who are representing their respective country in EURO 2008 in Austria and Switzerland.
France :
Nicolas Anelka - Forward
Franck Ribery - Midfielder
Samir Nasri - Midfielder
Karim Benzema -Forward
Lassana Diarra - Midfielder
Austria :
Ramazan Ozcan- Goalkeeper
Umit Korkmaz-Midfielder
Hakan Yakin - Forward
Netherlands:
Robin Van Persie- Forward
Ibrahim Affelay - Midfielder
Khalid Bouhlarouz-Defender
Sweden :
Zlatan Ibrahimovic - Forward
Rami Shaaban - Goalkeeper
The question is, who's gonna win this edition of EURO Championship? Myself personally want Turkey to win it because their squad comprises largest number of muslim players. Go muslims go!
sumber :http://muslimsecho.blogspot.com/
MUSLIMAT CADANG TUBUH SAYAP MUJAHIDAH
"Menyedari bahawa generasi muda melihat Dewan Muslimat PAS sebagai sebuah dewan yang ahli-ahlinya terdiri daripada mereka yang jauh lebih berusia dan juga pemikiran serta tindak-tanduk yang mempunyai frekuensi dan 'wavelength' yang berbeza ianya seolah-olah mewujudkan kelompangan wasilah siasah. "Generasi muda kini semakin berminat untuk bergiat aktif di arena politik, mereka juga mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap pergolakan politik negara, justeru itu, gelombang perubahan ini mesti diurus tadbir dengan keseriusan dan kepertanggungjawaban yang tinggi," ujar beliau. Beliau berkata, generasi muda secara fitrahnya mempunyai semangat yang cukup tinggi, idea-idea baru, pemikiran yang segar serta lontaran-lontaran buah fikiran yang mampu membuat anjakan paradigma untuk kelangsungan Hadharah Islamiyyah.
Seterusnya, beliau menjelaskan bahawa tidak dapat dinafikan pewaris kepada pemimpin negara pada masa akan datang sewajibnya terdiri daripada generasi muda kini yang bertunjangkan fikrah Islamiyyah yang jelas dan mantap serta professional dalam pelbagai disiplin ilmu. Tambahnya, Nisa' yang ditubuhkan sebagai wadah bagi golongan muda hanya menjalankan aktiviti kebajikan dan sosial sahaja serta tidak bergerak atas landasan politik. Akibat ketiadaan platform politik yang sesuai ini menyebabkan ramai para aktivis jemaah di kampus-kampus menjadi lemah atau gagal meneruskan perjuangan mereka selepas bergelar graduan,"katanya
NAK SOKONG KER??
INFO PALESTIN : MUZIUM SYAITAN
Menurut laman The Jerusalem Post, penjajah Zionis-Israel akan membuka Muzium Kabalah di Jerusalem pada tanggal 25 Jun 2008. Dipilihnya kota suci Jerusalem karena diangap kota ini memiliki daya kesaktian yang luar biasa, antara lain kerana terletak di 33 darjah lintang utara dari garis meridian bumi. Kota-kota besar di dunia yang bersejarah juga terletak berdekatan dengan garis ini seperti Baghdad, Hiroshima, Los Angeles, dan Segitiga Bermuda.Muzium Kabbalah ini secara ekslusif akan mempamerkan benda-benda dan kitab-kitab kuno Kabbalah, yang dipajang di empat ruangan besar. Muzium ini dibuka untuk umum dan diharapkan menjadi penyedut devisa yang besar bagi Israel selain kunjungan para pengunjung ke tembok ratapan, sinagog dan terowongan besar yang digali di bawah lantai kompleks Masjidil Aqsa, dan sebagainya. Ini dinyatakan oleh pimpinan projek, Rabbi Chaim Dalfin yang juga aktif di Sinagog New York, AS.“Dengan hanya membayar tiket sebesar NIS 20 atau setara dengan US $5, Anda sudah dapat melihat-lihat koleksi Kabbalah kami, ” demikian Rabbi Dalfin.Baphomet, patung sang dewa kambing yang merupakan penjelmaan dari Lucifer, yang terkenal dengan simbol kepala kambing mendez-nya merupakan salah satu sistem kepercayaan Kabbalah. Mungkin saja simbol iblis ini akan turut dipajang di sana.
UNDI TAK PERCAYA PADA KEPIMPINAN PAKLAH



BADAN PERHUBUNGAN NEGERI LANCAR BLOG
TAHNIAH PASTI BUKIT KATIL .. JASIN JANGAN PUTUS ASA
PEMIMPIN AMENU DI MAHKAMAH
RAKYAT SELANGOR DAPAT NIKMAT .. RAKYAT MELAKE ??
Bagaimana dengan Melaka, rakyatnya yang karat Umno/BN....apa yang kita dapat?
SUMBER :http://pasmelaka.blogspot.com/
DEMO LONI NIE TOK SGUPO MULO
MAHKAMAH MENJATUHKAN HUKUM ..
Bicara Media Ganti Hujah ??
Mahfuz yang memakai kemeja oren dengan gaya bersahaja lancar berbicara sehingga sukar untuk Mohamad Aziz memotong hujah beliau. Penonton rancangan Hujah lega kerana beliau berjaya membawa isu keperitan dan kesusahan rakyat berikutan kenaikan harga minyak setinggi 78 sen. Beliau dengan berani mencabar pak-pak menteri supaya menjadi peniaga dalam masa tiga bulan. Dengan sinis beliau yakin tentu pak-pak menteri yang bersuara lantang menghalang peniaga daripada menaikkan harga barangan akan gulung tikar. Ternyata Mahfuz membuat 'homework' sebelum berhadapan dengan Mohamad Aziz dan paling penting soalan maut daripada Pengerusi Hujah, Profesor Madya Dr Mohamad Agus Yusuff. Penulis memerhatikan Dr Agus turut terpegun dengan hujah yang penuh fakta daripada Mahfuz. Beliau berulang kali menahan Mohamad Aziz daripada menganggu Mahfuz. Walaupun penulis terlalu cetek dalam ilmu politik tetapi apabila mendengar hujah ahli Parlimen Sri Gading, penulis tergelak kerana beliau mengeluarkan hujah mengampu kerajaan. Beliau mengatakan tindakan kerajaan menaikkan harga minyak secara drastk itu satu langkah yang betul. Katanya, jika kerajaan beri tempoh dua bulan untuk menaikkan harga minyak, sudah tentu orang kaya akan berlumba-lumba membeli minyak dan disimpan sehingga habis minyak di semua stesen minyak. Apakah beliau terlupa bahawa Hujah itu disiarkan di seluruh negara dan seluruh rakyat menonton rancangan tersebut. Dari sudut penampilan memang kemas malangnya persembahan ketika berhujah langsung tidak menunjukkan beliau seorang Ahli Parlimen. Sehelai kertas tidak ada di atas meja jauh berbanding dengan persediaan Mahfuz. Tahniah untuk Mahfuz. Bekas tahanan ISA itu memang layak digelar pakar debat. Patut pun Ketua Pemuda Umno, Dato' Hishamuddin Hussein takut untuk menyahut cabaran beliau untuk berdebat ketika Mahfuz diamanahkan sebagai Ketua Pemuda PAS Malaysia. PAS perlu menyediakan ramai lagi tokoh yang berani dan berkeyakinan untuk berdebat atau berhujah supaya pihak kerajaan lebih berhati-hati ketika berhadapan dengan wakil PAS.





