TANJUNG SEPAT: Menurutnya dia sudah berhenti daripada tabiatnya yang gemar bertaruh dalam keputusan bola sepak.Namun, godaan kejohanan bola sepak Euro 2008 terlalu menarik kepada Chuang Toh Huat, seorang pengurus ladang ternakan babi milik bapanya. Akhirnya, lelaki berusia 31 tahun itu terpaksa menggadai nyawanya kerana tabiat berjudinya itu.Kira-kira 12 jam selepas perlawanan suku akhir Euro 2008 antara Sepanyol dengan Italy, Toh Huat ditemui separuh tidak sedarkan diri kerana meminum racun pembunuh rumpai.'Saya telah mengeluarkan RM1 juta melunaskan hutangnya dan dia berjanji tidak akan bertaruh lagi,' kata ayah Toh Huat, Chuang Hock Meng, 56 tahun, kelmarin semasa ditemui di rumahnya di Taman Pelangi.Toh Huat meninggal dunia pada 7.30 pagi Selasa lalu di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang. Keluarganya percaya jumlah hutangnya kini mencecah RM90,000 selepas dia gagal membayar taruhannya sepanjang kejohanan Euro 2008. 'Akhir-akhir ini, dengan adanya Euro 2008, dia kembali kepada tabiat buruknya tanpa kami sedari,' kata Encik Chuang.Menurutnya, Toh Huat mula bertaruh dalam bola sepak tiga tahun lalu apabila seorang lelaki, yang didakwanya seorang bookie, menemuinya. Chuang berkata beliau terpaksa mengambil pinjaman dan menjual babi-babi dari ladang ternakannya untuk melunaskan hutang anaknya itu.
p/s agak2 kalau pas menang kat melaka , Umno sanggup minum racun rumpai tak yer ..??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan