Followers

Sabtu, 26 Oktober 2013

TPM Sengaja Cari Pasal Di Sungai Limau

Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan kempen yang tidak berakhlak dan tidak beradab. Muhyiddin hari ini cuba mempertahankan pemotongan subsidi gula sebanyak 34 sen dengan mengaitkan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang terpaksa memotong kakinya akibat kencing manis. Jelas Mahfuz, kenyataan Muhyiddin itu tidak berakhlak khususnya kepada ahli keluarga Allahyarham...

Rabu, 23 Oktober 2013

Sindiran Tajam Azmin Ali

Dalam keriuhan penamaan calon PRK Dun Sg. Limau, pemimpin PKR Azmin Ali sempat bertemu Muhriz Mahathir. Dalam pertemuan tersebut Azmin Ali sempat menyindir Muhriz Mahathir berkenaan pemilihan agung Umno yang menyaksikan Mukhriz Mahathir kalah tipis dengan penyandang Hishamuddin Hussein. Ikuti petikan artikel dari Malaysiakini berkenaan sindiran...

Sabtu, 19 Oktober 2013

PAS Serkam Darat Cipta Sejarah Tersendiri

PAS Cawangan Serkam Darat pada tahun in telah berjaya melaksanakan beberapa sumbangan bersempena Hari Raya Aidil Adha antaranya melaksanakan Badal Haji untuk 3 Orang Ahli serta Melaksanakan Aqiqah di Kemboja 7 Bahagian dan Korban di Kemboja 1 Bahagian. Selain itu PAS Serkam Darat juga turut melaksanakan Korban Kambing 2 Ekor di Sempadan Jordan ...

Rabu, 16 Oktober 2013

Pembinaan Jambatan Melaka - Pulau Rupat Merugikan

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menolak cadangan kerajaan Melaka untuk membina jambatan Melaka-Dumai sepanjang lebih 48 kilometer bernilai lebih RM44 bilion.Menyifatkan ianya sebagai cadangan mengejutkan, NGO itu mendawa rakyat tidak dapat menerima bagaimana idea yang sudah mati ini dihidupkan kembali dalam...

Sesekali Dato' Nooh Gadut Kena Tiau

Tindakan memurtadkan umat Islam yang membenarkan penganut Kristian menyebut kalimah Allah mempunyai kesan yang amat besar sehingga melibatkan seluruh dunia Arab dan ulama-ulama terkemuka, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.Ini kerana, selain semenanjung Malaysia, seluruh dunia Arab, sejak zaman permulaan Islam lagi membenarkan golongan Kristian...

Ketua Dewan Ulama Gesa Pertahan Agama

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib berkata beliau menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam mingguan The Herald dalam penerbitan bahasa Melayunya.Harun yang dipetik dalam laporan Utusan Malaysia hari ini turut menggesa umat Islam, tanpa mengira fahaman politik, mempertahankankan agama...

Pertikai Keputusan Isu Kalimah Allah Boleh Jatuh Murtad

Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut memberi amaran bahawa umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah 'Allah' boleh menjadi kafir dan murtad.Nooh Gadut (kanan) juga berkata, tindakan mempertikai keputusan berkenaan juga “mencerminkan akidah dan syariat mereka sesat serta keji dari segi...

Media Antarabangsa Dedah Pekung UMNO Isu Kalimah Allah

Keputusan Mahkamah Rayuan menghalang penganut Kristian daripada menggunakan kalimah Allah dilihat sebagai usaha Umno memenangi semula sokongan orang Melayu menurut BBC dalam ruangan komentarnya semalam. Wakilnya, Jennifer Pak yang hadir ketika keputusan dibacakan mahkamah menjelaskan bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana populasi penganut Kristian di Malaysia hanyalah 9%.  "Ramai yang percaya isu ini tercetus daripada pertelingkahan...

Ahad, 13 Oktober 2013

Suhaizan Kaiat Calon Ketua Pemuda PAS Yang Baru ??

Pemuda PAS kawasan Batu Pahat sebulat suara bersetuju untuk mencalonkan Suhaizan Kaiat sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dalam pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada November ini.Ketua pemuda PAS kawasan, Mohd Salleh Tamjis berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kepimpinan Dewan Pemuda PAS kawasan Batu Pahat bagi sesi ini yang telah dijalankan pada hujung September lalu. “Kami sebulat suara mencalonkan...

Sabtu, 12 Oktober 2013

Dr. Morsi Di Bicara Bulan Depan

KAHERAH - MESIR . Mahkamah Rayuan Mesir, semalam menetapkan 4 November depan sebagai tarikh perbicaraan bekas presiden digulingkan, Mohammed Mursi bersama 14 anggota Ikhwanul Muslimin (IM).Agensi berita MENA melaporkan kesemua mereka akan didakwa atas kesalahan menghasut pembunuhan penunjuk perasaan di luar Istana Presiden yang turut meragut 10 nyawa, 5 Disember lalu.Difahamkan, insiden keganasan itu tercetus selepas penyokong IM bertindak...

Isnin, 30 September 2013

Mesyuarat Agung : 4 YDP Kekal 1 YDP Baru

Lima Kawasan telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung masing-masing cuma tinggal satu kawasan sahaja lagi di Melaka yang belum menyelesaikan tanggungjawab tersebut. Kawasan-kawasan telah mengadakan mesyuarata agung ialah Bukit Katil, Kota Melaka, Jasin, Masjid Tanah dan Tangga Batu. Manakala kawasan Alor Gajah akan mengadakan mesyauratnya pada 5 Oktober depan. Dari 5 Kawasan yang mengadakan mesyuarat tersebut, 4 orang Yang Dipertua(YDP)...

AKIBAT TERMAKAN SUMPAH SENDIRI

KUALA TERENGGANU: Kerajaan BN Terengganu diibaratkan 'termakan sumpah' apabila satu demi satu binaan bangunan termasuk masjid runtuh.Hal ini berlaku, selepas Masjid Bujal yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Kijal di Kemaman dirobohkan oleh kerajaan BN ketika itu diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh pada 26 Mei 2005 lalu.  Selepas ...

Jumaat, 27 September 2013

CAKNA NASIB RAKYAT: TOK GURU LELONG TONGKAT

Cakna nasib dialami mangsa kebakaran rumah di Kampung Sireh Bawah Lembah awal bulan ini, bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berbesar hati melelong tongkatnya untuk membantu keluarga terbabit. Hasrat itu dinyatakan Nik Abdul Aziz menerusi Dewan Pemuda Pas Kawasan Kota Bharu dalam usaha mengurangkan bebanan ditanggung keluarga terbabit ...

Khamis, 26 September 2013

Takziah Untuk Almarhum Ustaz Azizan Razak Mantan MB Kedah

Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah pada jam 11.15 pagi tadi.Perkara itu disahkan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Muhkriz Mahathir, Tan Sri Azizan Abdul Razak merupakan ADUN Sungai Limau dan berada dalam Parlimen Jerai. Jenazah Ustaz Azizan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Negeri...

Selasa, 17 September 2013

PERKUKUH SISTEM DUA PARTI

PAS akan meneruskan kerjasama dalam Pakatan Rakyat memandangkan hubungan parti itu lebih kukuh dan baik berbanding hubungan antara parti dalam Barisan Nasional. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, berkata hubungan dalam Pakatan Rakyat itu perlu diteruskan sebagai sistem dua parti. "Memang semua parti politik dalam Pakatan Rakyat mempelajari cara parti masing-masing. Sehingga kini kita teruskan kerjasama dengan...

Resolusi Multaqa Ulama Utamakan Semua

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berpendapat resolusi Multaqa Ulama PAS yang berlangsung di Kedah Sabtu lalu disifatkan sebagai luahan perasaan daripada sayap parti untuk memelihara PAS atas dasar Islam.  Abdul Hadi berkata, perkara itu tidak menimbulkan apa-apa masalah kepada parti dan ahli kerana PAS sejak awal ditubuhkan oleh ulama yang melibatkan profesional. "Apa yang berlaku adalah luahan perasaan untuk memelihara...

Jangan Sia-siakan Sambutan Hari Malaysia

Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man  16 September 1963 merupakan hari penting bagi negara. Pada tarikh tersebut terbentuknya negara Malaysia, dengan penyertaan Sabah dan Sarawak menjadi komponen penting pembentukan negara. Tarikh ini disambut sebagai Hari Malaysia setiap tahun. Namun apa yang mendukacitakan tarikh tersebut dibiarkan berlalu untuk kali ke-50 tanpa sebarang perayaan besar atau sambutan utama sebagaimana negara menyambut...

Tahalluf Siyasi Tingkat Kerjasama PR

Keputusan mengadakan kerjasama dengan parti-parti lain bukan sahaja tidak merugikan malah meningkatkan sokongan kepada PAS, kata Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar. Dengan mengambil kira kejayaan tersebut, beliau menyokong penuh pendirian Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mahu memperkuatkan lagi pakatan politik di dalam Pakatan Rakyat. Sambil...

Isnin, 25 Februari 2013

PR Lancar Menifesto PRU 13

Pakatan Rakyat (PR) hari ini melancarkan manifesto pilihan raya mereka dengan tema “Pakatan Harapan Rakyat” menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang memberikan fokus kepada tata kelola yang baik berteraskan prinsip moral dan nilai sejagat yang memberikan keutamaan kepada kebajikan rakyat.  Manifesto keempat pakatan pembangkang pembangkang...

Gaya "Pejuang " Kalimah Allah ??

Gaya "Pejuang " Kalimah Allah ??  ...