Followers

Isnin, 30 September 2013

Mesyuarat Agung : 4 YDP Kekal 1 YDP Baru


Lima Kawasan telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung masing-masing cuma tinggal satu kawasan sahaja lagi di Melaka yang belum menyelesaikan tanggungjawab tersebut. Kawasan-kawasan telah mengadakan mesyuarata agung ialah Bukit Katil, Kota Melaka, Jasin, Masjid Tanah dan Tangga Batu. Manakala kawasan Alor Gajah akan mengadakan mesyauratnya pada 5 Oktober depan.
Dari 5 Kawasan yang mengadakan mesyuarat tersebut, 4 orang Yang Dipertua(YDP) kekal manakala seorang sahaja YDP baru yang dilantik. Timbalan Pesuruhjaya 1, 2 dan 3 PAS Melaka iaitu Ustaz Kamaruddin Sidek, Ustaz Mohd Nor Omar dan Mohd Sofi Abdul Wahab kekal di kawasan-kawasan masing-masing iaitu Jasin, Tangga Batu dan Bukit Katil. Manakala Harun Mohammed juga mengekalkan jawatannya di Kota Melaka.

PAS Kawasan Masjid Tanah mendapat Yang Dipertua baru apabila Ustaz Imran Abdul Imran yang dilantik menggantikan Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman yang uzur. Beliau merupakan Timbalan Yang Dipertua sebelum ini.

Di Jasin Ustaz Kamaruddin mengekalkan jawatannya bersama-sama dengan Timbalan Yang Dipertua, Yuhaizad Abdullah dan Naib Yang Dipertua Azrin Majid. Ketiga-tiga mereka dipilih pada mesyuarat agung PAS Kawasan Jasin Ahad lalu di mana mereka mengenepikan calon-calon dalam pertandingan satu lawan satu. Ketua Urusan lama disandang oleh Ustaz Faizol Ahmad, Ketua Dewan Pemuda Yuzi Azhar dan Ketua Dewan Muslimat pula diamanahkan kepada Hajah Shopiah Ahmad.

Kawasan Tangga Batu menyaksikan semua jawatan utama kecuali Ketua Urusan Ulama dipilih tanpa bertanding. Timbalan YDP diamanahkan sekali lagi kepada Rafie Ahmad dan Naib YDP disandang oleh Husni Balis Ali. Ketua Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat diamanahkan kepada Mohd Hanim Haron dan Anida Haron. Ustaz Musa Mohamed pula dipilih sebagai Ketua Urusan Ulama.

Bagi Kawasan Masjid Tanah semua jawatan utama juga dimenangi tanpa bertanding di mana Naib Yang Dipertua PAS Kawasan sessi lalu, Ustaz Julasapiyah Kassim diamanahkan sebagai Timbalan YDP dan Ibrahim Daud dilantik sebagai Naib YDP manakala Ustaz Hilmi Harun dilantik sebagai Ketua Urusan Ulama./Mutaligat

Tiada ulasan: