Followers

Sabtu, 12 Oktober 2013

Dr. Morsi Di Bicara Bulan Depan


KAHERAH - MESIR . Mahkamah Rayuan Mesir, semalam menetapkan 4 November depan sebagai tarikh perbicaraan bekas presiden digulingkan, Mohammed Mursi bersama 14 anggota Ikhwanul Muslimin (IM).Agensi berita MENA melaporkan kesemua mereka akan didakwa atas kesalahan menghasut pembunuhan penunjuk perasaan di luar Istana Presiden yang turut meragut 10 nyawa, 5 Disember lalu.Difahamkan, insiden keganasan itu tercetus selepas penyokong IM bertindak mengusir penunjuk perasaan yang membantah dekri presiden.        
Kelmarin, Kabinet mengarahkan pihak berkuasa untuk memadamkan IM daripada senarai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diluluskan kerajaan.
Langkah itu diambil susulan daripada keputusan mahkamah yang melarang gerakan itu menjalankan sebarang kegiatan pada 23 September lalu.

Minggu lalu, kerajaan sementara turut mengumumkan keputusan merampas kesemua aset milik IM yang turut dilihat sebagai taktik untuk menghapuskan pengaruh gerakan tersebut di Mesir.Dalam perkembangan lain, protes anti tentera terus diadakan pada hari kedua selepas keganasan kembali tercetus di negara itu, Ahad lalu.
Ratusan pelajar dilaporkan berhimpun di luar Universiti Kaherah sambil melaungkan slogan mengutuk tindakan ganas tentera ketika penyokong dan penentang Mursi bertempur di ibu negara.
Susulan daripada insiden berdarah itu, seramai 57 orang disahkan terkorban ketika menyertai sambutan ulang tahun ke-40, Perang 1973 (Mesir menentang Israel). dipetik dari laporan Al-Jazeera.

Tiada ulasan: