Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut memberi amaran
bahawa umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung
kes penggunaan kalimah 'Allah' boleh menjadi kafir dan murtad.Nooh Gadut (kanan)
juga berkata, tindakan mempertikai keputusan berkenaan juga
“mencerminkan akidah dan syariat mereka sesat serta keji dari segi
akhlak”, lapor Utusan Malaysia.
“Kalau takdirnya yang mempertikaikan itu umat Islam, mereka boleh menjadi kafir dan murtad sekiranya (kenyataan mempertikaikan) itu dilakukan dengan sengaja,” katanya.
Tindakan itu menggambarkan bahawa individu terbabit mempersoalkan bahawa kalimah 'Allah' hanya untuk orang Islam, katanya yang mendakwa perkara tersebut digariskan dalam al-Quran.
“Kalau jatuh murtad, gugurlah amalan mereka di dunia dan akhirat. Segala amalan kebaikan tidak akan diterima.
“Oleh itu, mereka wajib segera bertaubat dengan mengucap dua klimah shahadah dan berjanji tidak akan mengulangi dosa itu lagi,” katanya lagi seperti dipetik dalam laporan berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan