Followers

Isnin, 25 Februari 2013

PR Lancar Menifesto PRU 13

Pakatan Rakyat (PR) hari ini melancarkan manifesto pilihan raya mereka dengan tema “Pakatan Harapan Rakyat” menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang memberikan fokus kepada tata kelola yang baik berteraskan prinsip moral dan nilai sejagat yang memberikan keutamaan kepada kebajikan rakyat. 

Manifesto keempat pakatan pembangkang pembangkang itu dilancarkan di Pusat Konvensyen SACC di sini memberikan fokus kepada empat paksi utama; rakyat bersaudara; ekonomi rakyat; kesejahteraan rakyat; dan kerajaan rakyat. Antara intipati manifesto itu adalah memerangi rasuah secara agresif melalui pemujudan Dasar Banteras Rasuah Negara (DEBARAN), Suruhanjaya Anti Monopoli, dan Suruhanjaya Kontrak Awam, bagi memecahkan monopoli dan kontrak-kontrak awam yang telah dianugerahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi menyemak semula keadilan kontrak berkenaan. 

“Kami akan mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan baru kepada rakyat negara ini secara berperingkat dengan kita pastikan 1 juta buruh asing dikeluarkan dalam tahun kelima PR memegang kuasa di Putrajaya,” kata Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli (gambar) ketika membentangkan manifesto tersebut. Selain penghapusan beberapa program kerajaan BN seperti, PR juga di hadapan 1,500 perwakilan berjanji akan mereformasi institusi kehakiman, Kamar Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), termasuk mereformasi Parlimen.

 Pembangkang itu turut menjanjikan pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sistem penguatkuasaan trafik yang menimbulkan kontroversi, Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), pengambilan berperingkat lebuhraya di Malaysia dan pemansuhan tol, menghentikan operasi kilang nadir bumi Lynas, kajian semula semua fasa Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), dan banyak lagi.

Tiada ulasan: