Followers

Selasa, 17 September 2013

Resolusi Multaqa Ulama Utamakan Semua

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berpendapat resolusi Multaqa Ulama PAS yang berlangsung di Kedah Sabtu lalu disifatkan sebagai luahan perasaan daripada sayap parti untuk memelihara PAS atas dasar Islam.

 Abdul Hadi berkata, perkara itu tidak menimbulkan apa-apa masalah kepada parti dan ahli kerana PAS sejak awal ditubuhkan oleh ulama yang melibatkan profesional. "Apa yang berlaku adalah luahan perasaan untuk memelihara PAS, saya rasa tidak jadi apa-apa masalah semua ahli parti terbuka, " katanya kepada Harakahdaily. Tegasnya, gabungan kaum tua dan muda bukanlah perkara baru di dalam PAS, bahkan PAS sudah melalui pergolakan sebelum ini namun mereka tidak berpecah malah bersatu dan semakin kuat. Beliau tidak menolak sudah menjadi kebiasaan media yang menimbulkan pelbagai persepsi dan masalah serta kekecohan di dalam PAS dan di kalangan ahli lebih-lebih lagi menjelang Muktamar PAS November nanti.

 "Selepas Muktamar selesai masalah, bila pilihan raya semua kerja tidak jadi masalah kepada parti, " katanya. Abdul Hadi turut menyifatkan Multaqa Ulama yang diadakan baru-baru ini satu kejayaan yang besar kerana berjaya mengumpul hampir 2000 ulama dan pemerhati dari seluruh negara. Abdul Hadi berkata demikian kepada Harakahdaily selepas Majlis Konvokesyen kolej Universiti Islam Zulkifli Muhamad (Kuizm) di kolej berkenaan di Taman Melewar hari ini. 

 Beliau memberi ucaptama di Majlis Konvokesyen buat kali pertama selepas menyampaikan sijil dan diploma kepada 30 graduan yang terlibat. Terdahulu, Multaqa Ulamak Se-Malaysia yang bersidang pada 14 September 2013 telah menetapkan lapan resolusi yang terkandung di dalam ucaptama, bagaimanapun satu daripada resolusi tersebut disalah tafsir oleh pihak tertentu sehingga menimbulkan pelbagai persepsi dan polimik.

Tiada ulasan: