Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
16
September 1963 merupakan hari penting bagi negara. Pada tarikh tersebut
terbentuknya negara Malaysia, dengan penyertaan Sabah dan Sarawak
menjadi komponen penting pembentukan negara. Tarikh ini disambut sebagai
Hari Malaysia setiap tahun.
Namun apa yang mendukacitakan tarikh
tersebut dibiarkan berlalu untuk kali ke-50 tanpa sebarang perayaan
besar atau sambutan utama sebagaimana negara menyambut Hari Kemerdekaan.
31 Ogos 1957 mungkin bukan tarikh
penting bagi Sabah dan Sarawak kerana penyertaan mereka bermula tahun
1963, bukan 1957 sewaktu Semenanjung meraikan kemerdekaan negara.
Penyertaan mereka jangan hanya dilihat
Semenanjung mengaut pelbagai keuntungan ekonomi dan politik sedangkan
masyarakat di Sabah dan Sarawak dibiarkan jauh ketinggalan berbanding
Semenanjung. Walhal, kedua-dua negeri mempunyai sumber yang maha kaya
berbanding negeri-negeri di Semenanjung.
Akibat dari kegagalan kerajaan
menjadikan 16 September sebagai hari penting, masih ada rakyat di Sabah
dan Sarawak merasai Semenanjung menjajah mereka. Suara-suara sumbang
yang masih kedengaran ini menggambarkan isu perpaduan nasional antara
rakyat masih belum selesai.
Begitu juga masalah pembangunan yang
tidak seimbang, kemiskinan, buta huruf dan peraturan ekonomi seperti
dasar kabotaj negara yang menyebabkan kos barangan di Sabah dan Sarawak
jauh lebih tinggi berbanding Semenanjung. Ini adalah antara beberapa isu
utama yang perlu diberi perhatian segera.
Kita berdukacita di atas kehilangan Singapura, namun apakah kita menghargai kemasukan Sabah dan Sarawak?Kerajaan harus sedar daripada
ketidak-sensitifannya yang mengambil masa 46 tahun untuk mengiktiraf
betapa pentingnya tarikh hari lahir Malaysia diumum sebagai cuti umum.
Kalau bukan desakan Pakatan Rakyat, 16 September masih akan kekal
sebagai hari biasa tanpa keistimewaan.
Hari pembentukan Malaysia adalah tarikh sangat penting, bahkan ia lebih penting dari tarikh berundurnya Inggeris dari bumi ini.PAS melihat kerajaan mesti menjadikan
tarikh 16 September setiap tahun sebagai hari perpaduan dan peringatan
pembentukan negara. Rakyat Sabah dan Sarawak seharusnya merasai
kehadiran mereka dalam pembentukan Malaysia.
Oleh itu, kerajaan harus berusaha lebih
untuk menyatakan kegembiraan di hari tersebut dan mengajak rakyat agar
turut merasai kegembiraan dengan mengingati pembentukan Malaysia.Selepas ini, diharap 16 September setiap tahun jangan dibiarkan berlalu tanpa sebarang agenda bermakna bagi masa depan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan