Followers

Rabu, 16 Oktober 2013

Pembinaan Jambatan Melaka - Pulau Rupat Merugikan


KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menolak cadangan kerajaan Melaka untuk membina jambatan Melaka-Dumai sepanjang lebih 48 kilometer bernilai lebih RM44 bilion.Menyifatkan ianya sebagai cadangan mengejutkan, NGO itu mendawa rakyat tidak dapat menerima bagaimana idea yang sudah mati ini dihidupkan kembali dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu .

"Kami kesal dengan cadangan yang tidak rasional ini memandangkan kos dan risiko alam sekitar yang tinggi  serta keperluan sebenar yang tidak jelas untuk membina jambatan yang dikatakan terpanjang di dunia ini."Apakah sebenarnya yang dikatakan jambatan ini berpotensi untuk pertumbuhan ekonomi ke dua negara, padahal apa yang lebih utama dan  sepatutnya diperkemaskan ialah program pembinaan sumber manusia dan keperluan asas penduduk kedua negara," kata Presiden Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid.

Menurutnya, IMT GT yang mengeluarkan cadangan ini sama sekali tidak melihat perkembangan ekonomi serantau yang tidak memberangsangkan apatah lagi ekonomi dunia yang diandai akan mengelami pertumbuhan yang  perlahan.Betapa hebat sekalipun teknologi pembinaan jambatan itu katanya, tidak dapat menjamin risiko yang akan dihadapi di rantau ini yang sangat sensitif kepada gempa bumi.

Ini kerana, jambatan panjang seperti ini sangat tertakluk kepada kajian sismik selat Melaka yang sentiasa terdedah kepada kesan gempa bumi.Mapim ujarnya, tidak melihat keperluan jambatan ini bukan sahaja kerana kos yang sangat tinggi akan tetapi juga implikasi alam sekitar yang bakal dihadapi di selat Melaka yang merupakan antara laluan selat antarabangsa yang paling sibuk di dunia."Kami tidak dapat menerima bahawa oleh kerana dikatakan 85% akan dibiaya oleh Bank Exim Import-Export China maka ia tidak akan membebankan ekonomi negara.

"Akan tetapi ia tidak semudah itu sebab sebarang kos penyelenggaraan akan akhirnya ditanggung oleh rakyat kedua negara," katanya lagi.Selain itu, kajian Penilaian Risiko serta Life Cycle Cost yang diguna dalam pembinaan jambatan panjang seperti ini terutama dalam kawasan yang berisiko gempa bumi dikhuatiri akan mengguna sumber perbelanjaan yang tinggi.Katanya, persoalan yang penting perlu diketengahkan ialah apa perlunya jambatan ini padahal fasiliti pengangkutan yang sedia ada hanya perlu diperkemaskan antara kedua negara untuk melancarkan lagi pertumbuhan ekonomi.

"Tidak perlu dibina projek mega seperti yang dicadang tersebut. Kecuali ada pihak yang akan meraut keuntungan besar dari projek ini, kami tidak melihat keperluan yang mendesak mahupun rasional yang kukuh untuk projek ini diteruskan."Kami khuatir dengan projek mega seperti ini yang lebih bersifat " prime pumping " untuk merangsang ekonomi yang tidak berasaskan fundamental yang kukuh, negara akan terperangkap dalam ekonomi spekulatif semata-mata," tegasnya.

Tiada ulasan: