Followers

Rabu, 30 April 2008

KOMENTAR IBU AZIZAH

KUALA LUMPUR, 29 April (Hrkh) - Kalau Indonesia ada (pemimpin wanita) seperti Presiden Megawati kenapa tidak di Malaysia? Demikian lontaran Ketua Pembangkang Parlimen yang baru, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail ketika menjawab pertanyaan wartawan mengenai peluangnya menjadi Perdana Menteri (PM) pada Majlis Makan Malam Ahli Parlimen bersama Ketua Pembangkang dan Dato' Seri Anwar Ibrahim di bangunan Parlimen malam tadi. "Peluang sebagai PM (akan muncul) ketika kami mempunyai banyak kerusi Parlimen, insya-Allah. Sebelum Anwar dapat memegang teraju itu kerana dia belum lagi menjadi ahli Parlimen serta belum berlaku pilihan raya umum, jadi kalau itu berlaku, saya akan menjadi Perdana Menteri, insya-Allah. Kalau Indonesia boleh ada Presiden Megawati kenapa tidak Malaysia?" ujar beliau penuh yakin dalam lembut tutur katanya. Ditanya perasaannya kali pertama sebagai Ketua Pembangkang, beliau menjelaskan bahawa ahli Parlimen pembangkang mempunyai matlamat antara lain memberi perbahasan berkualiti. "Kita menjurus kepada kerajaan yang lebih baik, lebih bertanggungjawab dan lebih telus. Jadi saya rasa tugas ini sedikit mencabar, tetapi berikan saya sedikit masa kerana saya masih baru, ini baru hari pertama. "Mereka (ahli Parlimen pembangkang) telah memberi saya sokongan padu dan kita akan melihat satu perbahasan yang rancak dalam sesi Parlimen ini," jelasnya. Beliau turut mengimbau perjalanannya dalam politik sehingga memegang jawatan Ketua Pembangkang. "Saya seorang ahli politik yang bukan melalui jalan biasa kerana keadaan dan situasi yang membolehkan saya sampai ke tahap ini. "Namun seperti yang saya katakan, dengan bilangan ahli pembangkang yang ramai, saya akan mendapat sokongan kuat dan padu bagi memudahkan tugas dipikul dan ada keringanan kerana kerja bersama," ujarnya.

Ahad, 20 April 2008

SIAPA LAGI CERDIK ?? MELAKA ATAU SELANGOR ??

KUALA LUMPUR, 19 April (Hrkh) - Kerajaan negeri Selangor tidak berminat untuk mengeksport babi ke luar negara termasuk China kata, Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim. Katanya, ini kerana tujuan kerajaan mewujudkan pusat babi yang besar di Selangor adalah untuk memberi fokus kepada penternak di seluruh Selangor menjalankan kegiatan mereka hanya di satu tempat. "Kita tidak berminat untuk menjadikan Selangor pusat pengeksport khinzir (babi) walaupun ia menguntungkan," katanya ketika menjawab soalan sama ada kerajaan Selangor berminat atau tidak mengeksport babi ke negara China. Beliau yang bercakap kepada media dalam Majlis Perasmian Kempen Keselamatan Jalan raya Penunggang Motosikal dan Pemilikian Lesen memandu B2 (Motosikal) di Dataran Shah Alam, Selangor hari ini berkata, pembinaan pusat babi yang terletak di Sepang itu adalah salah satu tanggung jawab sosial kerajaan negeri. Ini katanya, semua kaum berhak untuk menjalankan operasi budaya dan sosial mereka. "Tugas kami adalah memberikan peruntukkan tetapi ia terhad kepada kaum yang memerlukan saja," katanya. Katanya, sekalipun ada permintaan yang tinggi terhadap babi mereka boleh membeli di banyak lagi negara lain yang menternak binatang tersebut. Sementara itu, sebuah akhbar tempatan hari ini dipetik, sekumpulan ahli perniagaan China baru-baru ini mengemukakan cadangan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pengeksport babi ke negaranya. Tan Sri Khalid berkata, Selangor berminat mengusahakan benda lain dengan mengikut 'economy of skill'. "Jika kita hendak mengembangkan sektor penternakan babi ia memerlukan tanah yang luas. "Tetapi kerajaan Selangor tidak akan memberi tanah lebih daripada apa yang kita rancangkan," katanya sambil berkata keluasan tanah tersebut adalah 400 ekar. Katanya, penternakan babi secara komersial juga bukan bererti untuk pengeskportan sebaliknya untuk membantu aktiviti penternakan secara moden dan komersial. Cara tersebut katanya, boleh mengurangkan risiko kepada negeri Selangor sendiri. Tambahan pula katanya, penyatuan lokasi penternakan dapat mengelakkan daripada dijangkiti penyakit Japanese Encephalitis (JE). "Maknanya ia boleh memberikan kesan yang tinggi dan sebab itu kami memfokus kepada satu tempat. "Kesan penternakan babi juga akan menyebabkan pencemaran kepada sungai-sungai dan akhirnya memberi kesan yang tidak baik kepada rakyat Selangor," katanya. Katanya, jika tidak teratur, projek tersebut boleh menimbulkan kesan yang tidak menyenangkan kepada penduduk setempat. Sehubungan itu katanya, berdasarkan kepada perkembangan tersebut kerajaan negeri mengambil keputusan menyatukan pusat penternakan babi di Selangor. Sementara itu menyentuh mengenai kempen keselamatan jalan raya penunggang motosikal yang dirasmikan beliau, Khalid berkata, pada tahun 2007 Selangor mencatatkan jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya yang tertinngi di Malaysia iaitu sebanyak 1,027 kematian. Daripada jumlah tersebut katanya, 616 atau 60 peratus terdiri daripada penunggang dan pembonceng motosikal. Manakala pada Januari hingga March 2008 sebanyak 286 kematian dicatatkan dalam kemalangan jalan raya di negeri tersebut. Katanya, sebanyak 186 kematian atau 65 peratus melibatkan motosikal. "Program seumpama ini amat diperlukan kerana penunggang dan pembonceng motosikal merupakan golongan yang berisiko tinggi terlibat dalam kemalangan maut bukan hanya di Selangor bahkan di seluruh Malaysia," katanya. Program tersebut dianjurkan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) negeri Selangor. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah exco kerajaan iaitu, iaitu Ronie Liu, Dr Halimah Ali, Roziah Ismail dan Yaakob Safari serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ramli Mahmud. Beberapa jabatan kerajaan dan swasta antaranya Jabatan Kesihatan, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Pusat Zakat Selangor, Jabatan Pengangkutan Jalan raya (JPJ) dan TM Net turut mengambil bahagian dalam program tersebut yang diadakan hari ini dan esok. Satu demontrasi mengenai cara menunggang mosikal yang betul juga dipersembahkan kepada hadirin.

Rabu, 16 April 2008

SIAPA DALANG YANG SEBENAR ??

Oleh: jingoza
Kebelakangan ini kisah makhluk yang haram dimakan orang Islam jadi topik hangat,yang pada mula cuba diekploitasikan Umno/BN untuk memburuk-burukkan kerajaan PR Selangor tiba-tiba terbongkar segala kebejatan dan penipuan fakta bila ahli seangkatan Barisan Nasional mendedahkan kisah sebenar.Di sebalik kelicikkan Khir Toyo memutarbelitkan fakta dengan berbagai helah memalukan diri sendiri bila kisah sebenar terdedah, tidak ada pula tuduhan pada pembangkang seperti dulu yang selalu saja Khir lemparkan sebagai fitnah ! Kini 'rakan seperjuangan' dalam Barisan Nasional mengisahkan kisah benar,tidak ada lagi dalil atau apasaja hujah yang boleh mengubah fakta tersebut,munafiknya orang seperti bekas SETPOL Khir bernama Karim Mansor dengan 'syarikat joint-venture'nya juga ketua kampung Ladang Tumbuk iaitu Mohd Tarmudi Tushiran yang sama-sama mengekor rombongan ke Jerman untuk mengkaji teknologi

yang digunakan menternak babi disana ,tapi ketua kampung yang Umno ini jugalah yang mengetuai para demonstrasi di depan Bangunan SUK Selangor yang kini menentang ,konon kerajaan PR punya angkara, dimanakah akhlak dan pekerti manusia seperti ini?Kini banyak kisah kebobrokkan para pemimpin Umno/BN terserlah yang mana semakin mereka mahu sembunyikan semakin terbongkar segala onar & nanah ! Satu persatu kisah khianat mereka terdedah hanya menunjukkan pada rakyat marhaen semua bahawa inikah pemimpin-pemimpin yang ingin membela Melayu dan Islam , janji-janji serta lafaz mereka konon mempertahankan Melayu & Islam,hak-hak dan apasaja semuanya pembohongan belaka,seolah-olah Melayu ini mudah lupa ibarat kata mamak Madey anak Kutty ,mungkin Melayu Umno mudah lupa tapi Melayu kini bukan yang senang mereka perbodohkan ,jelas 'ketidaklupaan' Melayu dan rakyat lain telah mengakibatkan hanyutnya 5 buah negeri dibawa arus deras singgah pada Pakatan Rakyat yang dulunya dibawah kerajaan Umno/BN !Ibarat kata orang tua-tua sepandai pandai (ditukar supaya sesuai) babi melompat akhirnya ketanah juga jatuhnya ! Tunggulah banyak lagi kisah-kisah benar dan khianat dari pemimpin-pemimpin Umno/BN akan terbongkar yang mana kita perlu bersyukur dan redha pada Allah SWT atas qada dan qadar Nya,wassalam


Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar

AMARAN KAKI DAN TANGAN KERAJAAN

Keras juga kenyataan Dolah untuk kali ini. Yela, sebelum ni mana dia mau bersuara sampai macam tu..dari kenyataan beliau semakin jelas menunjukkan yang beliau benar-benar berada di dalam situasi yang tertekan...Al maklumlah, tsunami yang melanda PRU baru-baru ini sedikit sebanyak telah memberikan tekanan kepada beliau..tambahan TDM makin menekan-nekan beliau..lagilah terseksa jiwa Pak Lah...tak dapat lah dia nak tidur lena lagi....
PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu para pegawai dan kakitangan awam menyerahkan urusan berkaitan politik kepada ahli-ahli politik untuk menyelesaikannya.Tegas Perdana Menteri, ini kerana penjawat awam perlu memberikan tumpuan kepada pelaksanaan dasar yang dirancang termasuk arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa."Soal politik biar orang politik selesaikan. Peranan pegawai kerajaan adalah melaksanakan apa juga tugas dan tanggungjawab yang diberikan serta arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa," katanya yang juga Menteri Kewangan pada Perhimpunan Bulanan kementerian berkenaan di sini hari ini.Hadir sama ialah Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan timbalannya, Datuk Kong Cho Ha.
BETAH PENDEKARSERKAM:
AGAK2LAH KALAU KAKITANGAN KERAJAAN YANG BERKHIDMAT BAWAH PAK LAH .. RASA2NYA PAK LAH NIE BOLEH KEKAL LAGI TAK ATAS TAHTA ?? LUMRAH MANUSIA .. BILA DIATAS .. TAK NAMPAK DAN TAK RASA APA YANG ORANG BAWAH RASA .. TAPI ORANG BAWAH SAJA YANG TAU NASIB MEREKA SENDIRI .. APA KATA PAKLAH AMBIK SIKAP MACAM SAHABAT NABI SAIDINA UMAR ALKHATTAB .. TURUN DENGAN TANPA ADA PENGIRING DATANG SORANG TENGOK LAGAK RAKYAT CAMMANA. NAK TURUN JANGAN PAKAI KERETA KERAJAAN .. PAKAI SEGALA YANG BERKAITAN DENGAN KERAJAAN .. AGAK2 APA YANG PAK LAH BOLEH NILAI PANDANGAN RAKYAT ?? INI YANG RAKYAT MAHU DARI SEORANG PEMIMPIN .

SILAP SIAPA ?? AYAM TERLEPAS TANGAN BAU TAHI

Johari Jaafar
IPOH, 16 Apr (Hrkh)- Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Dato Dr Hassan Ali mempersoalkan sikap bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mendakwa tidak tahu menahu tentang projek ternakan babi di negeri itu atau pun sengaja buat tidak tahu. Katanya, projek ternakan babi yang dirancang menggunakan teknologi Jerman itu mendapat bantahan termasuk dari Umno. Menurut beliau, sebuah syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno berada "di belakang" projek tersebut, kata seorang pemimpin MCA seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Sun semalam.. Syarikat tersebut, dikatakan terlibat dalam satu projek usahasama, bercadang menggunakan wang - dilaporkan menelan belanja RM100 juta - daripada dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). "Ketua biro pertanian tradisional MCA Dato' Dr Lee Chong Meng berkata syarikat bumiputera itu berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Sun," ujarnya. Akhbar The Sun yang mengutip laporan The Oriental Daily semalam menyebut, wakil rakyat BN-Umno bagi kerusi Tajung Sepat, Dato' Karim Mansor, bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara untuk melihat teknologi tersebut. Rombongan itu dihantar oleh kerajaan Selangor bawah pentadbiran BN bagi menilai teknologi yang boleh menguruskan penternakan babi - masalah yang serius di negeri itu sejak lebih dua dekad. Menurut The Sun lagi, Dr Lee mempunyai minit mesyuarat dan rekod untuk membuktikan dakwaannya. Menteri Besar Selangor waktu itu Khir Toyo sendiri dikatakan meluluskan projek pemindahan 132 ladang babi ke projek seluas 460 hektar itu, kata Dr Lee, melalui dua ahli exco kerajaan negeri Dato' Ch'ng Toh Eng dan Dato' Tang See Hang pada awal tahun lepas. "Inilah pemimpin pemimpin BN ,apa yang dibuatnya pun dia tidak ingat, apabila Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil keputusan meneruskan projek ternakan babi Kerajaan Negeri dicemoh dan tidak sensetif dengan bantahan rakyat." "Jika tindakan ini dilakukan oleh Kerajaan Umno/BN, ianya wajar untuk kebaikan rakyat , tetapi jika Pakatan Rakyat, ianya diserang begitu teruk," katanya

Selasa, 15 April 2008

Jamuan rakyat PAS Melaka berjaya himpun pelbagai kaum

Zaili Muhammad
JASIN, 15 April (Hrkh) - Sambutan orang-ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat ke jamuan rakyat anjuran Badan Perhubungan PAS Melaka, Sabtu lalu, di sini, membuktikan bahawa 'Pakatan Rakyat' semakin mendapat tempat di Melaka. Jamuan itu diadakan bagi meraikan petugas dan semua yang terlibat dalam memberikan sumbangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 yang lalu sama ada dari segi tenaga, masa dan wang ringgit bagi memastikan kejayaan Pakatan Rakyat menumbangkan Umno/BN. Antara yang hadir ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman; Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mahfodz Mohamed; Ahli Parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad; Calon Bukan Islam PAS, P Kumuta Raman; Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San dan Timbalan Pengerusi KeADILan Melaka, Lim Swee. Orang-ramai mula membanjiri Dataran Hamas di Jasin itu pada jam 5 petang untuk menikmati jamuan yang disediakan, manakala pada sebelah malamnya diadakan ceramah umum daripada pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir. Ustaz Ghani dalam ucapannya melahirkan kegembiraan di atas sambutan hebat diberikan oleh rakyat Melaka terdiri daripada pelbagai kaum yang datang beramai-ramai ke majlis itu dan menyatakan bahawa ini adalah satu kejayaan besar dalam meruntuhkan tembok penghalang antara kaum terhadap PAS yang dibina oleh Umno Melaka selama ini. Beliau juga berharap momentum ini dapat diteruskan dan dipertingkatkan lagi bagi menumbangkan Umno/BN pada PRU ke-13 nanti. "Kita harap kerjasama antara PAS, KeADILan dan DAP ini dapat diteruskan serta dipertingkatkan lagi bagi membolehkan Pakatan Rakyat mengambil-alih pemerintahan di Melaka ini kerana kita lihat rakyat sudah mahukan perubahan walaupun PAS dan KeADILan belum lagi memenangi kerusi," kata beliau.

Isnin, 14 April 2008

LAMAN BLOG MP JASIN DAN KONCO-KONCONYA

UMNO SELANGOR BALING BATU SEMBUNYI DOKUMEN

KUALA LUMPUR, 14 April (Hrkh) - Syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno "di belakangnya", kata seorang pemimpin MCA.Menurut laporan Malaysikini, syarikat tersebut, yang terlibat dalam satu usahasama, bercadang menggunakan wang - dilaporkan menelan belanja RM100 juta - daripada sumber-sumber dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Mendedahkan perkara itu kepada satu sidang media hujung minggu lalu, ketua biro pertanian tradisi MCA Dato' Dr Lee Chong Meng berkata syarikat bumiputera itu berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut. Akhbar The Sun hari ini yang mengutip laporan The Oriental Daily kelmarin menyebut, wakil rakyat BN-Umno bagi kerusi Tajung Sepat, Datuk Karim Mansor, bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara untuk melihat teknologi tersebut. Karim antara pemimpin Umno yang lantang membantah isu itu di akhbar-akhbar berbahasa Melayu minggu lepas. Sementara ketua kampung di Ladang Tumbuk - tempat projek itu diadakan - turut menyertai bantahan projek tersebut di depan bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam. Rabu lalu, 200 penduduk kampung di sekitar Sepang mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai membantah projek berkenaan. Dr Lee berkata beliau mengetahui segala-galanya tentang projek tersebut "seperti tapak tangannya sendiri" kerana terlibat sendiri dengan semua mesyuarat berhubung perkara tersebut. Menteri Besar Selangor waktu itu Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo sendiri telah meluluskan projek pemindahan 132 ladang babi ke projek tersebut, kata Dr Lee, melalui dua ahli exco kerajaan negeri Datuk Ch'ng Toh Eng dan Datuk Tang See Hang. Dr Lee menambah, sebelum pembubaran parlimen, kerajaan Selangor bawah pentadbiran BN meluluskan projek tersebut dan Karim sendiri menyokong projek tersebut. Ketua biro MCA itu kesal kerana Karim dan ketua kampung itu sanggup membantah projek tersebut semata-mata kerana kepentingan politik. Karim, dihubungi Malaysiakini hari ini, menafikan beliau membantah projek tersebut.
sementara itu sumber-sumber PKR memberitahu, risalah-risalah penerangan tentang isu tersebut - termasuk maklumat yang didedahkan oleh MCA ini - akan diedarkan kepada penduduk Selangor. PAS sebelum ini dilaporkan akan menemui rakyat Selangor untuk menjelaskan isu tersebut yang mendapat liputan meluas - yang membawa kesan negatif kepada pentadbiran Pakatan Rakyat - di akhbar-akhbar berbahasa Melayu selama beberapa hari minggu lepas. - mk

Sabtu, 12 April 2008

MUAFAKAT BAWA BERKAT

KUALA LUMPUR, 12 April (Hrkh) - Para pemimpin Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama menegaskan bahawa Pakatan amat komited untuk meneruskan agenda besar membangunkan negara dan memakmurkan rakyat tanpa ada sempadan kaum, agama serta budaya dan selaras dengan hak asasi sejagat manusia. Dasar-dasar Pakatan adalah berpaksikan kepada perkara-perkara yang telah dipersetujui dan disepakati oleh semua pemimpin tiga parti iaitu, KeADILan, DAP dan PAS, kata kenyataan bersama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini. Antaranya ialah membina negara ini atas landasan keadilan, membuka peluang untuk semua rakyat menikmati kemakmuran negara dengan memberi keutamaan kepada mereka yang miskin dan terpinggir, kata kenyataan itu. Pakatan bukanlah medan bagi mana-mana pihak untuk memperjuang ideologi persendirian atau parti masing-masing, katanya. Walaupun ada pihak yang memberi pandangan berbeza dari yang telah dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin utama tiga parti dalam Pakatan, pandangan itu adalah pandangan peribadi yang tidak sama sekali mewakili mana-mana parti dalam Pakatan, kata kenyataan itu. Oleh demikian, semua pemimpin dan ahli dalam Pakatan telah diarahkan menghentikan pandangan yang lain daripada muafakat bersama ini, katanya. "Tidak ada parti yang menjadi tunjang Pakatan. Bahkan tunjang kekuatan Pakatan berpaksikan prinsip sama taraf dan berasaskan semangat pemuafakatan pimpinan Pakatan berteraskan mandat yang diberikan oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu. "Pakatan berazam melaksanakan dan membawa perubahan berlandaskan prinsip-prinsip demokrasi, keadilan sosio-ekonomi, peluang ekonomi yang saksama dan kebebasan beragma. Tugas besar ini kami tanggung bersama selaras dengan janji kami semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu," katanya. Menurut kenyataan itu Pakatan telah melangkah ke hadapan dengan menyusun dan memantapkan lagi dasar untuk dilaksanakan oleh semua kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan dan juga untuk digunapakai oleh semua ahli Parlimen Pakatan apabila Parlimen bersidang nanti. "Kami akan mengumumkan satu perisytiharan prinsip yang lebih menyeluruh kelak," kata kenyataan bersama itu.

Mat Taib kata Umno kalah sebab pemimpin angkuh

Oleh Bernama
Sabtu, 12 April 2008
PJ: Perasaan selesa dan sedikit angkuh yang ditunjukkan sesetengah pemimpin Umno selepas Barisan Nasional (BN) menang besar pada Pilihan Raya Umum 2004, memberikan mesej yang salah kepada kaum-kaum lain sekaligus menjadi antara penyebab undi BN jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihan raya umum baru-baru ini.Ketua Penerangan Umno Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata sedar atau tidak sesetengah keputusan yang dibuat oleh pemimpin Umno menyakitkan hati kaum lain terutamanya kaum Cina dan India di Semenanjung Malaysia. Ketua Penerangan Umno Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata sedar atau tidak sesetengah keputusan yang dibuat oleh pemimpin Umno menyakitkan hati kaum lain terutamanya kaum Cina dan India di Semenanjung Malaysia. "Sesetengah pemimpin kita (Umno) bila bercakap -- sini Melayu, sana Melayu, tender Melayu dan hunus keris Melayu. Dekat luar sana bila mereka (kaum lain) tengok pemimpin kita bercakap (jadi) takut mereka tengok kita. Jadi nampak macam kita ini angkuh," katanya pada Majlis Penerangan dan Dialog Umno Petaling Jaya Selatan di sini malam tadi.Katanya apabila sesuatu isu sensitif yang dipolitikkan menyebabkan perasaan tidak selesa dalam hubungan antara kaum, kaum-kaum lain mudah berubah kepada pembangkang yang dilihat lebih liberal dalam konsep hubungan antara kaum mereka, walaupun agenda mereka kelihatan tidak jelas.Yang memburukkan lagi keadaan ialah apabila orang Melayu sendiri gagal memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan BN terutamanya di kawasan pengundi majoriti Melayu, kata Muhammad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.Sehubungan itu, katanya pemimpin-pemimpin Umno perlu menilai semula cara berpolitik mereka dan cuba untuk lebih peka kepada isu-isu yang boleh menyebabkan ketegangan antara kaum.Tambah beliau lagi, walaupun Malaysia boleh dianggap sebagai negara majoriti Melayu pemimpin Umno tidak semestinya berhak untuk bercakap dan bertindak sesuka hati tanpa memikirkan kepentingan kaum lain.

AMK JUMPA PRES. TURKI


ANGKATAN Muda Parti Keadilan Rakyat hari ini akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Turki Erdogan kata ketuanya Shamsul Iskandar Mohamad Akin kepada KLpos.com.
Menurut Shamsul, selain Perdana Menteri Turki tersebut, rombongan Angkatan Muda juga mengadakan pertemuan dengan Pemuda Parti Keadilan dan Pembangunan pimpinan Erdogan yang kini memerintah Turki.Jelasnya lagi, perbincangan akan menjurus kepada perkembangan politk terkini di Malaysia pasca PRU 12 dan juga perkembangan mengenai kemelut politik yang dihadapi oleh Ak Party yang sedang berhadapan dengan tindakan mahkamah perlembagaan untuk mengharamkan Parti Keadilan dan Pembangunan."Pada pagi Sabtu perbincangan dengan Ketua Pemuda, Hakan Tutuncu akan berlangsung. AMK akan mengkhususkan perbincangan kepada suatu inisiatif untuk mewujudkan beberapa siri latihan mengenai politik dan pemahaman demokrasi di antara sayap pemuda kedua-dua parti supaya hubungan silaturrahim yang terjalin akan lebih bermanfaat," katanya.Turut serta dalam rombongan ke Turki tersebut adalam Timbalan Ketua AMK Faris Musa dan Pengerusi Biro Antarabangsa AMK Yusmadi Yusuf.
Selain Angkatan Muda PKR terdapat lebih 64 organisasi pemuda seluruh dunia dijemput menghadiri Kongres tersebut. Sementara itu, mengulas mengenai perhimpunan Black 14 di Kuala Lumpur pada 14 April ini, Shamsul berkata, telah mengarahkan Angkatan Muda memperhebatkan mobilisasi rakyat menyambut Black 14. "Sebelum saya berangkat ke Ankara, satu mesyuarat telah diadakan khusus untuk tujuan mobilisasi yang dipengerusikan oleh Naib Ketua AMK, Khairul Anuar."Sepanjang beberapa hari di sini, saya lihat sambutan masyarakat antarabangsa khususnya generasi muda terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim PKR begitu baik dan mereka memang mengharapkan agar kita berjaya menjadi kerajaan Malaysia. "Justeru, jumlah kehadiran rakyat yang besar di dalam program Black 14 ini amat besar maknanya. Saya menyeru kepada semua anak muda Malaysia agar dapat bersama-sama mengembalikan kegemilangan Gerakan Reformasi yang dipimpin satu dekad yang lalu oleh kita, anak muda Malaysia."katanya.

Empat Adun BN Kedah sertai PAS?

Oleh Muda Mohd Noor
Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Kedah didakwa telah mengadakan rundingan untuk menyertai PAS baru-baru ini.Pertemuan mereka dengan seorang anggota exco negeri itu “menampakkan tanda-tanda positif”.Keempat-empatnya berjumpa dengan Amiruddin Hamzah selama 80 minit di satu tempat yang dirahsiakan, lapor satu blog politik ‘Dari Yan’ (ceritayan.blogspot.com).Tiga Adun terbabit didakwa akan mendapat jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) dalam anak syarikat kerajaan negeri dengan tawaran gaji yang lumayan.Manakala seorang lagi Adun ditawarkan jawatan datuk bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).Namun, menurut blog tersebut lagi, tawaran jawatan datuk bandar MBAS mendapat tentangan sekumpulan pemimpin PAS yang lebih berminat meletakkan pegawai daerah Kota Setar, Datuk Wira Ahmad Md Isa untuk jawatan tersebut.Sehingga lewat petang ini, panggilan telefon dan mesej SMS Malaysiakini kepada Amiruddin sejak semalam belum dijawab.PAS mengambil alih kerajaan negeri Kedah daripada BN setelah menang besar dalam pilihanraya umum 8 Mac.Sementara itu, ahli jawatankuasa Umno bahagian Pendang, Datuk Othman Abdul berkata, laporan bahawa ada Adun BN akan menyertai PAS tidak berasas sama sekali.Katanya kepada Malaysiakini, laporan sedemikian rupa adalah permainan PAS untuk menimbulkan suasana tidak tenang di kalangan penyokong BN khususnya Umno.“Tiada kedengaran langsung Adun BN mahu menyertai PAS dan kerana itu saya anggap ia laporan yang tidak boleh dipercayai,” katanya.Ketua penerangan PAS dan ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar ketika dihubungi berkata, beliau tidak tahu mengenai laporan tersebut.“Saya tidak tahu laporan tersebut betul atau tidak,” katanya lagi.“Kalau (mereka) jumpa PAS, saya tahu. Kalau jumpa Amiruddin, saya tidak tahu.”

SEDAR PUN ORANG DAH TAK NAK ..

KUALA LUMPUR, 12 April - Perdana menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi akhirnya mengakui secara terbuka bahawa beliau antara punca kemerosotan undi BN pada pilihan raya umum 8 Mac. Semalam Abdullah berkata, disebabkan perkara tersebut beliau berasa bertanggungjawab berbuat sebaik-baiknya bagi memulihkan BN dan Umno. "Saya merasakan saya adalah penyebab kepada 'pembuangan undi' (undi tidak diberikan) kepada Barisan Nasional. "Dan saya merasakan bertanggungjawab untuk membuat sebaiknya-baiknya untuk memulihkan BN dan Umno," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan badan perhubungan Umno negeri petang semalam. Pertemuan lebih dua jam itu menjadi perhatian utama selepas Umno negeri dilaporkan akan "mendesak secara lembut" pengunduran Abdullah sebagai memikul tanggungjawab kekalahan teruk BN dan Umno dalam pilihan raya umum ke-12. Umno Johor semalam mencadangkan Abdullah menyediakan 'pelan tindakan peralihan' penggantinya tanpa memberikan tarikh beliau harus berundur konsensus yang dicapai negeri itu pada mesyuarat 5 April lalu. Pertemuan itu diketuai oleh menteri besar, yang juga ketua badan itu, Datuk Abdul Ghani Othman. Turut hadir, menteri perdagangan antarabangsa dan industri Tan Sri Muhyiddin Yassin (juba naib presiden Umno), menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar, menteri pengajian tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad. Ketua Pemuda Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak hadir kerana ada urusan rasmi di luar negara. Menurut agensi Bernama lagi, perdana menteri menyedari banyak perubahan dijanjikannya kepada rakyat masih belum ditunaikan sehingga kini. Perubahan itu, antaranya, reformasi sistem kehakiman, pembanterasan rasuah, mengawal jenayah dan merapatkan hubungan antara kaum.

Jumaat, 11 April 2008

Runtuhnya Islam kerana amalan dan akhlak penganutnya

Kalau dibanding antara Islam yang ada di bumi umat Islam dan Islam yang berada di bumi orang bukan Islam majoritinya seperti di sebahagian negara Eropah, kita akan dapat lihat seolah-olah Islam memang wujud dalam segenap aspek kehidupan seperti kebersihan persekitaran, tandas awam, peraturan jalan raya yang dipatuhi undang-undang dan sebagainya, di mana yang mengamalkannya adalah mereka yang bukan beragama Islam. Tetapi apabila kita menjenguk beberapa negara umat Islam khususnya di timur tengah, kita akan dapati seolah-olah kehidupan secara Islam telah lama mati angkara pemerintah yang kurang prihatin terhadap persoalan tersebut, atau dengan perkataan lain mereka tidak bersungguh-sungguh untuk melihat Islam itu memerintah negara. Segala ideologi dan pemikiran Barat dijadikan rujukan utama negara, dan memperjuangkannya sampai ke peringkat akar umbi. Hal ini begitu ketara sehingga aspek pendidikan, politik, sosial, ekonomi dan sebagainya tidak dipadankan dengan tuntutan agama Islam. Umat Islam hari ini amat berbangga dengan menonjolkan identiti diri dengan kehidupan ala barat dalam segenap aktiviti hidup mereka. Pengasingan cara hidup orang Islam daripada Islam adalah salah satu faktor lahirnya insan-insan yang sumbang gerak-lakunya , ini adalah kerana pengajaran Islam bukanlah menjadi faktor utama hidup mereka.
Setiap anak sejak dilahirkan, ibu bapanya mempertaruhkan nasibnya kepada Allah selaku Pencipta supaya anaknya selamat, ini dapat dilihat dari pelaksanaan syariat azan dan iqomat pada kedua-dua telinga anak, bertujuan supaya si anak itu mempunyai hubungan dengan Tuhannya. Tidak cukup dengan itu, Islam mengajar kita supaya memahami konsep ibadat solat serta falsafah pelaksanaanya, bermula dengan surah al-Fatehah yang menjadi rukun dalam solat, ia mempunyai mesej tersendiri untuk melahirkan insan muslim yang hanya takut kepada Allah SWT. Tetapi apabila dirujuk kepada kehidupan orang Islam hari ini, menggambarkan bahawa mereka bagaikan tiada hubungan dengan Islam pada sebahagian tuntutannya. Apa yang pernah ditegah oleh nabi s.a.w 1429 tahun yang lalu muncul kembali, lelaki muslim berpakaian seperti wanita, sebaliknya wanita muslimah bagaikan lelaki dan banyak lagi, menggambarkan realiti umat Islam yang tidak boleh menjadi contoh kepada yang lain. Fenomena ini berlanjutan dan memberi kesan negatif kepada semua pihak, samada peringkat golongan pemerintah, karyawan, pekerja, ibu-bapa, golongan pelajar dan sebagainya. Jelas sekali kehidupan secara tidak Islam telah menguasai cara bertutur, berfikir, berkomunikasi, berpolitik, berkeluarga, berumah-tangga, berekonomi dan banyak lagi termasuklah bidang hiburan yang mendapat tempat dalam masyarakat. Aspek hiburan yang sudah banyak lari konsepnya dari apa yang diketengahkan oleh Islam, ianya tidak ditegur oleh pihak berkuasa khususnya pada "dress code" para artis. Gambar-gambar mereka yang mendedahkan aurat memenuhi ruang akhbar, gambar kulit majalah, tv dan sebagainya tanpa segan silu, mereka dianggap idola oleh sesetengah pihak.
Kadang-kadang gelagat mereka memperlihatkan kecetekan ilmu agama yang tidak sepatutnya ditonjolkan buat tatapan umum. Ini dapat dilihat dalam persembahan para artis menerusi konsert yang sekali dipandang menyerupai artis-artis barat iaitu dari segi pakaian, watak dan sebagainya yang tidak melambangkan insan yang bertamadun. Sekiranya hal ini berpanjangan, dikhuatiri masyarakat bukan Islam menilai bahawa Islam juga membenarkan umatnya berhibur secara keterlaluan, dan secara tidak langsung menyumbang kepada tidak minat mereka kepada Islam, kerana tidak ada perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam. Justeru pihak berkuasa mestilah memainkan peranan penting bagi memastikan agar anak-anak muda yang menceburi bidang hiburan ini diasah dengan kefahaman Islam yang betul, supaya matlamat hidup mereka menepati tujuan asal penciptaan mereka. Apabila Islam dijadikan sandaran hidup setiap muslim dengan segala kesungguhan, pasti bumi yang dipijak ini akan menaungi manusia dengan hukuman yang seadil-adilnya

Sayang... PAS dan PKR tidak menang di Melaka - Betty Chew

Ahmad Tajdid Fri Apr 11, 08 3:38:13 pm MYT
MELAKA, 11 April (Hrkh) - Betty Chew bukan nama kecil dalam arena politik Melaka. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana itu memikul tanggung jawab sebagai Ketua Pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka, penggal lalu. Tapi bagi penggal ini, anak penarik beca dari Durian Daun, Melaka itu menolak apabila dicalonkan kerana kesibukan tugasnya sebagai wakil rakyat, isteri kepada Ketua Menteri dan ibu kepada lima anak yang sedang membesar. Walaupun bertubuh kecil dan menjadi ibu kepada lima anak berumur 8 hingga 15 tahun, isteri Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ini tidak kekok untuk menjuarai isu-isu rakyat di negeri Hang Tuah itu. Kerjaya politiknya bermula pada 1999 setelah beliau terpilih sebagai Adun Durian Daun, Melaka. "Sayanglah, PAS dan PKR (KeADILan) tak menang (di Melaka) pilihan raya lalu," katanya ketika memulakan bual bicara dengan Harakah di pejabat guamannya di Melaka Raya. "Awak kena balik Melaka lah, kita sama-sama kerja lawan BN," katanya berseloroh setelah diberitahu penulis berasal dari Melaka. Perbualan kami sering diganggu dengan nada dering telefon bimbitnya. Ada yang merungut kerana gagal menghubungi Guan Eng yang kini menerajui pentadbiran kerajaan Pulau Pinang. "Dia sentiasa sibuk dengan program sekarang. Awak kena hubungi dia melalui setiausahanya. Nanti saya berikan nombor hubungan beliau," katanya dalam bahasa Inggeris kepada pemanggil itu. Betty mengakui banyak perubahan yang berlaku pada keluarganya selepas pilihan raya umum, 8 Mac lalu. Berkahwin dengan Lim Guan Eng pada 1989, beliau tidak menyangka bertemu jodoh dengan lelaki dari 'keluarga politik'. Guan Eng pada waktu itu Ahli Parlimen Kota Melaka manakala bapa mentuanya Lim Kit Siang ialah Ketua Pembangkang Dewan Rakyat. "Bagaimana puan menguruskan hal ini. Puan Adun di Kota Laksamana, Melaka sedangkan Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang, bila puan dan Guan Eng berjumpa?" soal Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman. Betty terdiam sambil menguntum senyum... "Kami sedang berusaha untuk memikirkan cara terbaik... saya sendiri tak sangka begini... saya tak jangka (DAP) boleh menang banyak," katanya jujur. "Semasa pilihan raya dulu Guan Eng di mana?" soal Lutfi. "Dia di Penang," jawab Betty. "Puan di mana?" soal Lutfi lagi. "Saya di Melaka," ujarnya sambil ketawa. Menurut Betty, Guan Eng menghubunginya beberapa kali semasa penjumlahan undi untuk bertanyakan keadaan di Melaka. Betty mengakui tidak tentu arah dan 'takut' apabila diberitahu DAP menang semua kerusi yang ditandingi di Pulau Pinang. "Kita hanya yakin menang di Bagan tetapi tidak di seluruh (kerusi yang ditandingi DAP) Pulau Pinang. Peluang menang 50-50," jelasnya.

Rabu, 9 April 2008

PERGH.... UNTUNG BESAU

Semua tindakan undang-undang yang diambil oleh kerajaan negeri terhadap individu di Selangor akan digugurkan, kata exco kerajaan tempatan, kajian dan penyelidikan, Ronnie Liu."Saya telah meminta semua yang dipertua majlis tempatan mengumpulkan semua jumlah kes tersebut. Kita telahpun memutuskan apa juga saman terhadap individu, akan digugurkan."Manakala tindakan undang-undang yang difailkan terhadap kita (kerajaan negeri), kita akan minta mereka tarik balik supaya semuanya diselesaikan di meja rundingan," katanya.Liu, 50, memberitahu demikian kepada Malaysiakini dalam satu wawancara di pejabatnya di Shah Alam semalam."Sehingga ini, kita telah menarik balik perintah pemindahan terhadap penduduk, seperti di Papan di Pandamaran (Klang) dan di Kampung Berembang. "Dan mengenai isu kabel elektrik berkuasa tinggi di Rawang, kami telahpun menasihatkan peguam kedua belah pihak supaya menangguhkan dahulu semua tindakan," katanya.Dalam wawancara tersebut, ahli dewan undangan negeri (Adun) Pandamaran itu turut ditanya mengenai dakwaan bahawa Adun DAP Sungai Pinang, Teng Chang Khim telah dipinggir dalam parti dan kerajaan negeri."Tidak benar. Teng membantu parti menang pilihanraya dan menubuhkan kerajaan campuran (di Selangor). Diharapkan beliau akan dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN). "Dengan adanya Teng, kita akan dapat mentadbir dan menaiktaraf (DUN) kerana ia adalah sebahagian daripada matlamat parti untuk menjadikan parlimen dan DUN bertaraf dunia," katanya."Speaker merupakan satu jawatan terkanan dan penting di segi protokol dan pentadbiran DUN. Beliau akan mempunyai 25 kakitangan di bawahnya. Saya? hanya seorang kerani. Apakah itu anda anggap (beliau) dipinggirkan? Tidak," tambah Liu

Pakatan Rakyat tuntut kerusi Timbalan Speaker Dewan Rakyat

Oleh Bernama
Rabu, 09 April 2008
KL: Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas sedang berusaha meyakinkan kerajaan supaya membenarkan sekurang-kurangnya satu daripada dua jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat diisi oleh seorang anggota yang dipilih daripada pembangkang. Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, berkata langkah ini perlu bagi menggambarkan keadaan sebenar dalam Parlimen selepas pilihan raya umum baru-baru ini apabila parti pembangkang memenangi 82 kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) iaitu 140 kerusi.Dalam pilihan raya itu, BN buat kali pertama, gagal memperoleh majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. “Kami akan meyakinkan kerajaan dalam usaha untuk berlaku adil kepada semua parti. Sekurang-kurangnya satu jawatan Timbalan Yang Dipertua diwakili oleh pembangkang. Ini akan memberikan gambaran yang lebih adil,” katanya hari ini.Timbalan Yang Dipertua perlu dipilih daripada anggota Dewan Rakyat dan jawatan itu sebelum ini disandang oleh anggota yang dipilih daripada BN selaku parti yang memerintah — Datuk Lim Si Cheng daripada MCA (BN-Kulai) dan Datuk Dr Yusof Yacob daripada Umno (BN-Sipitang).Lim dan Dr Yusof tidak bertanding dalam pilihan raya umum, baru-baru ini

Selasa, 8 April 2008

TAN SRI KHALID LEPAS JAWATAN MP ??

KUALA LUMPUR, 4 April: MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim disebut-sebut akan meletakkan jawatannya sebagai anggota Parlimen Bandar Tun Razak bagi membolehkan Datuk Seri Anwar bertanding dalam pilihan raya kecil di situ dan seterusnya memimpin Pakatan Rakyat secara rasmi. Selepas menang, Anwar dijangka akan secara rasmi menjadi Pengerusi Pakatan Rakyat (ringkasnya Pakatan) yang telah dibentuk oleh PAS, PKR dan DAP baru-baru ini. Anwar akan tamat tempoh sekatan aktif politiknya pada 15 April ini. Bagaimanapun, pilihan raya kecil hanya akan boleh diadakan selepas 8 Ogos 2008 iaitu enam bulan selepas pilihan raya umum ke 12 baru-baru ini. Menjelang waktu itu, Anwar mempunyai beberapa cara untuk dilantik sebagai pemimpin negara termasuklah dilantik sebagai senator.

Bekas Pengarah PEGAWAI PPD sertai PAS

BIDOR, 8 April (Hrkh) - Bekas Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Dato' Adnan Ibrahim bersama 80 orang pengikutnya membulatkan tekad menyertai PAS sekaligus membentuk jawatankuasa penaja PAS Cawangan Jeram Mengkuang semalam. Di majlis yang sama, Adnan turut mengumpulkan 50 orang India bagi membentuk Kelab Penyokong PAS Masyarakat India.
Majlis berlangsung di Dewan Orang Ramai Jeram Mengkuang. Penyerahan borang keahlian PAS dan borang penyertaan Kelab Penyokong PAS dilakukan Adnan kepada Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Nor Azli Musa. Beliau yang ditemui selepas majlis penyerahan borang keahlian PAS itu memberitahu pernah menjadi Ketua Penerangan Umno cawangan pada 1982.
"Pada tahun 1983 saya tidak dipanggil ke mesyuarat cawangan dan setelah diselidiki rupanya surat lambat dihantar kepada saya; ini tindakan sabotaj untuk pastikan saya tidak dapat hadir ke mesyuarat itu," katanya. Apabila Umno masuk ke Sabah pada awal tahun 1990-an beliau adalah antara orang yang terlibat. "Saya bersara dari Pengarah Pendidikan Perak pada 2004 dan bercadang bergiat di peringkat cawangan; sekali lagi saya dihalang malah pengikut saya seramai 40 orang tidak didaftarkan, saya cukup kecewa," jelasnya. Beliau mengakui membantu jentera gerak gempur BN bagi mempastikan calon PAS kalah pada pilihan raya umum 2004 sehingga menyebabkan tiga Adun dan dua ahli Parlimen PAS gagal mengekalkan kerusi yang dimenangi pada 1999. Menurut Adnan, hilang keyakinan kepada Umno mendorong beliau menyertai PAS. Semasa berucap, dua kali beliau terpaksa memberhentikan ucapan kerana sebak mengenangkan peristiwa lalu. "Saya ini banyak buat salah, menukarkan guru-guru ke tempat yang jauh; saya ingin menebus kesalahan saya, kerana itulah saya menyertai PAS, bimbinglah saya sekeluarga," katanya dengan nada sayu. Beliau berjanji akan berjuang bersama PAS, dan menawarkan khidmat sekiranya diperlukan. "Saya boleh berperanan mengikut keupayaan saya, peranan yang kecil pun tidak apa; jangan jadi Umno langsung tidak memberikan ruang kepada saya untuk menabur khidmat," ujarnya. -

BETAH PENDEKARSERKAM:
AGAK-AGAK PEGAWAI PPD MELAKA BERANI BUAT TAK MACAM NIE ?? TEPUK DADA TANYA IMAN DAN AIMAN ... AIMAN TAK KISAH ..

Kampus Universiti Al-Azhar di Rembau

SEREMBAN: Demi memartabatkan umat Islam, Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS) memperuntukkan kira-kira RM9 juta untuk membina kampus cawangan Universiti Al-Azhar di Rembau, dekat sini.Ketua Biro Pendidikan YSNS, Salahuddin Azarai, berkata kampus lengkap itu akan dibina di kawasan seluas kira-kira 20 hektar di Kilometer 35, Jalan Seremban-Tampin.Beliau berkata, majlis pecah tanah tapak kampus berkenaan dijadualkan Sabtu ini, bakal menjadi mercu tanda baru bagi Negeri Sembilan sekali gus meletakkan negeri ini dikenali di rantau ini.“Pembinaan kampus cawangan Universiti Al-Azhar di negeri ini bukan saja membuka lembaran baru kepada negeri ini, malah dalam sejarah universiti itu sendiri kerana ia menjadi kampus pertama diadakan di luar Mesir, sebagai sumber rujukan dan tempat melahirkan lebih ramai cendiakiawan Islam pada masa depan.“Matlamat kami penubuhan kampus Malaysia ini adalah bagi menyediakan tempat untuk melahirkan pemimpin dan ulama yang berketrampilan dari segi ilmu, keperibadian dan pemikiran yang seiring dengan kemajuan dunia.“Selain itu membantu menjayakan inisiatif kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab pengajian tinggi serantau sekali gus memacu negara ini ke arah destinasi pengajian tinggi peringkat antarabangsa,” katanya di sini, semalam.Katanya, pembinaan kampus yang dijangka siap dalam tempoh 18 bulan akan mengandungi bangunan pentadbiran, dewan kuliah, dewan syarahan, pusat sukan, perpustakaan dan kafeteria.Salahuddin berkata, idea mewujudkan kampus ini dicetuskan bekas tokoh Maal Hijrah Negeri Sembilan yang juga Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Sheikh Muhammad Fuad Kamaluddin, yang berasal dari Rembau.“Langkah mewujudkan kampus itu adalah bagi menyahut cabaran dan merebut peluang yang diberikan pengurusan universiti berkenaan bagi meneruskan misi Al-Azhar yang dibina sejak 1,000 tahun lalu.

KALAU DIA NAK BALIK .... KALAU TAK NAK ???

PUTRAJAYA: “Jika dia setuju nak balik ke negara ini, masalahnya lebih mudah diselesaikan,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang diberi mandat menyelesaikan masalah remaja genius matematik, Sufiah Yusof, 23, yang terbabit dalam pelacuran di London.Bagaimanapun, kata Dr Mashitah, persoalannya sama ada dia bersetuju untuk dibawa pulang. Beliau berkata demikian kerana menyedari terdapat kekangan dari segi perundangan berikutan Sufiah warga Britain dan sebarang campur tangan secara langsung akan hanya mengundang masalah antara kedua-dua negara.“Ruang untuk campur tangan secara langsung amat kecil. Jika kita ambil pendekatan keterlaluan, ia akan tinggalkan kesan tak baik antara kedua-dua negara,” katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi di sini, semalam.Dr Mashitah berkata, beliau tidak akan terburu-buru ke London bagi mengesan dan seterusnya membantu menyelesaikan masalah Sufiah tanpa ada sebarang petunjuk kukuh mengenai lokasi sebenar tempat tinggalnya ketika ini.“Mungkin selepas kisahnya disiarkan akhbar di sana, dia menyembunyikan diri dan usaha mengesannya semakin sukar.“Sudah tentu saya tidak akan ke sana (London) tanpa ada strategi tertentu,” katanya.Berikutan itu, beliau berkata, satu daripada langkah terbaik buat masa ini ialah bekerjasama dengan Kesatuan Melayu United Kingdom dan persatuan pelajar Malaysia bagi mengesan Sufiah.“Saya juga akan cuba mendapatkan bantuan daripada saudara-maranya berikutan saya dimaklumkan, Sufiah tidak lagi rapat dengan ibunya,” katanya.Mengenai tempoh pemulihan yang diperlukan Sufiah berikutan kemungkinan gangguan emosi membuatkannya terbabit dalam pelacuran meskipun mempunyai otak geliga, Dr Mashitah berkata, ia mungkin mengambil masa panjang berikutan bukan saja membabitkan emosi, tetapi juga daripada psikologi.“Namun, kita akan berusaha dengan gigih bagi membantunya kerana kita mempunyai tanggungjawab untuk menyelamatkan akidahnya. Kita berasa sungguh rugi kerana intelektual sepertinya sudah tersasar jauh daripada ajaran Islam,” katanya.Sementara itu, siasatan awal Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di London mendapati Sufiah meninggalkan pengajiannya di Oxford sejak 2000.
BETAH PENDEKARSERKAM :
tupun kalau si sufiah tu nak balik .. kalau tak nak balik hantau jer DR. Mashitah gi sana, lain kali jangan suka-suka keluarkan statement yang bukan-bukan .. kan Allah Ta'ala dah tunjuk .

KISAH SEDIH DIK SUFIAH DI LONDON

MUAR 31 Mac – Keluarga Sufiah Yusof di Malaysia terkejut dan sedih membaca berita mengenai tragedi hidup gadis pintar matematik itu yang kini dilaporkan terpaksa menjadi pekerja seks di London.Bagi mereka, berita yang disiarkan itu bukan sahaja menggemparkan ahli keluarga Sufiah, malah mengejutkan seluruh rakyat yang sebelum ini mengagumi kepintaran gadis itu yang layak memasuki University Oxford pada usia 13 tahun. Utusan Malaysia - 1 April 2008.


Pandangan pensyarah psikologi.
KUALA LUMPUR 31 Mac – Gadis pintar Sufiah Yusof gagal dalam hidup sehingga terlibat dengan aktiviti tidak bermoral dipercayai berpunca daripada kongkongan ibu bapanya sewaktu kecil.Pensyarah Psikologi, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Noran Fauziah Yaakub berkata, kuasa kongkongan itu menyebabkan gadis itu gagal untuk mengurus diri sendiri dan tidak pandai memilih jalan kehidupan yang terbaik buat dirinya sendiri.Sementara itu, Pensyarah Jabatan Sosiologi dan Antropologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Dr. Fatimah Daud berkata, Sufiah Yusof mungkin mengalami krisis identiti dan nilai yang boleh dirawat secara psikologi dan bimbingan agama.Beliau berpendapat, tindakannya menjerumus dalam aktiviti sedemikian mungkin berpunca daripada perasaan memberontak selain keinginan dirinya untuk mencuba sesuatu yang asing dan benar-benar mencabar kemampuan inteleknya.Jelasnya, gadis berusia 23 tahun itu sedar mengenai kesan dan akibat daripada perbuatannya itu, namun, ia tetap dilakukan untuk kepuasan diri sendiri. Utusan Malaysia - 1 April 2008.
Kisah Sufiah Yusof ini sebenarnya menunjukkan kepada kita bahawa orang yang cemerlang akademik semata-mata belum tentu boleh menjadi aset yang berguna kepada negara jika tidak dibekalkan dengan kekuatan kerohanian. Apa yang kita lihat dunia hari ini terlalu menyanjung dan mengiktiraf mereka yang cemerlang dalam akademik tanpa mengambil berat akhlak dan moral mereka. Tidak kisah bagaimana akhlak mereka yang penting mereka boleh menjadi kebanggaan negara. Akibatnya jadilah apa yang kita lihat sekarang ini iaitu keruntuhan akhlak menular di kalangan pelajar universiti dan sebenarnya kisah Sufiah Yusof adalah secebis daripada kisah keruntuhan akhlak orang-orang yang bijak pandai.Berkenaan penghantaran pelajar ke luar negara saya mendapat makluman bahawa tiada pun aspek kerohanian ditekankan kepada para pelajar yang akan melanjutkan pengajian di luar negara dalam kursus-kursus persediaan yang dianjurkan. Sedangkan penekanan kepada aspek agama ini penting terutamanya kepada pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke negara-negara barat yang berbeza budaya dengan negara ini. Kerana jika tiada kekuatan kerohanian begitu mudah sahaja mereka akan terpengaruh dengan budaya-budaya negatif yang tidak sihat di negara barat sana.
betah pendekarserkam :
kalau tanya iman memang iman kata tak boleh buat maksiat sebab dimurkai Allah , tapi kalau tanya aiman .. com form aiman kata ....... AIMAN TAK KESAH !!! BUATLAH LAGI ..

Biau Betul nih ??





Seorang rakan memaklumkan saya berkenaan suatu artikel dalam KL Pos berkenaan kenalan saya Sang Kelembai atau Zaharin Md Yasin.Kata beliau blogger Sang Kelembai telah konar baring di Kota Kinabalu. Dalam keadaan percaya tak percaya saya segera melayari KL Pos. Kemudian saya baru teringat yang MSO juga berada di Kota Kinabalu, untuk membuat liputan kunjungan Dolah ke sana.Apabila melayari Merah Tinta MSO, saya lihat sendiri 3 gambar yang dipost oleh MSO menunjukkan aksi Sang Kelembai bersama Dollah ( 1 darinya saya turunkan di sini). MSO turut merakamkan apa yang diucapkan oleh Sang Kelembai semasa mengucup tangan Dollah di Lapangan Terbang KK itu:Pak Lah saya akan berama Pak Lah di saat Pak Lah diserang. Pak Lah kita berkawan. Pak Lah teruskan perjuangan! Saya tetap bersama Pak Lah. Saya berjanji! Bila saya amat-amati gambar-gambar MSO itu, kalau tidak silap baju batik yang Sang Kelembai gunakan adalah baju yang sama ketika berceramah dengan saya atas pentas PAS sebelum PRU 12 lalu. Ketika itu Sang Kelembai bukan hanya memaki hamun Dollah malah habis suku sakat dan keturunan Dollah dimaki hamun dan disumpah serapah. Mujurlah nama sahaja Sang Kelembai tetapi kuasa Sang Kelembai itu tidak diwarisinya jika tidak entah-entah yang disumpah serapahnya danh pun bertukar menjadi batu! Saya segera pergi pula ke laman blognya, ternyata beliau belum sempat meng "update" blognya yang sarat dengan serangan peribadi terhadap Dollah dan dinastinya. Satu artikel yang masih tersangkut diblognya bertajuk: Dari bodoh ke nyanyukyang menceritakan darihal krisis MB di Terengganu.

Dikaki artikelnya dicatatkan ulasannya:
Maka ramai-ramailah kita tengok siapa yang sanggup mati kerana Idris Jusuh dan sejauh mana Partrick Badawi sanggup taja semua perbelanjaan. Kesimpulan semua wakil rakyat Terengganu itu yang dah macam anjing kepada Partick Lim dan Wan Farid bila agaknya nak menggigit kaki Idris Jusoh.

Itulah Sang Kelembai yang saya kenal, rupanya Abang Zaharin akhirnya keletihan dan kini memilih untuk kembali mengucup dan mencium Dollah yang beliau popularkan sebagai Abdullah Hj Ahmad (kata beliau mana ada Badawi dalam IC nya) itu. Lalu apa lagi nak dikata. Selamat jalan Abang, semoga Abang berjaya dalam bahtera "titanic" (artikel terakhir beliau bertajuk Umno dan "titanic" nya) Abang itu. Senang-senang boleh kita minum teh tarik, nak dengar cerita baru Abang.




Betah Pendekar serkam :

sungguh tak kusangka, kau yang kusangka penentang pada Bee End kini kau jilat balik kahak dan najis yang dah dilempar pada mereka. buat abang zaharin (abang Z) bak kata Hj. Mahfuz n Che' Mat kalau nak bersih najis tu jangan duk dekat ngan tong najis nanti payah nak ilang bau .. kalau nak elok guna clorocbleach atau apa saja peluntur yang boleh menyucikan dari najis dan karat jahiliyah yang masih ada .

JOM TUKAU LAH ..

TASEK GELUGOR, 6 April (Hrkh) - Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusuf Rawa yakin pertukaran kerajaan daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Rakyat (PR) pasti berlaku dalam masa terdekat memandangkan senario politik yang kian menyebelahi pembangkang. Jelasnya, Umno kini sudah rapuh dan menanti rebah ke bumi manakala PR terus memuncak dengan berbagai nada dan gaya. Beliau tidak menafikan slogan "PAS For All" banyak membantu sokongan masyarakat bukan Islam terhadap PAS dan PR semasa pilihan raya umum lalu. "PAS For All" kini sudah senonim dengan masyarakat India dan Cina maka majlis penerangan harus dipertingkatkan supaya mereka dapat menghayati apa yang dikatakan Negara Berkebajikan. Majlis angkat sumpah Ahli Parlimen pada 28 April ini mungkin menyaksikan satu lagi kejutan baru dalam senario politik tanah air. Apapun kita tunggu dan lihat perkembanganya," tegasnya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ketika berucap dalam program Jamuan dan ceramah Perdana anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor di Dewan Besar, Sungai Dua semalam. Perkembangan terbaru jika tiada apa-apa yang menghalang akan berlaku kemasukan ahli parlimen BN ke PR secara berperingkat-peringkat. Ini menandakan kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi semakin condong dan besar kemungkinan berita perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri menjadi kenyataan. Keadaan timbalanya, Dato' Seri Najib Razak juga sukar ekoran orang harapanya telah tewas awal apabila banyak tidak disenaraikan sebagai nama sebagai calon pilihan raya ke-12 lalu. "Kemelut yang melanda Umno dan BN memberi peluang kepada PR untuk menerajui negara pada masa akan datang. Inilah realiti sekarang," jelasnya. Menyentuh mengenai kemasukan orang bukan Islam ke dalam Kelab Penyokong PAS, ia amat menggalakan dan paling ketara ialah pembubaran cawangan MIC di Taiping, Perak semata-mata mahu bersama parti Islam dalam Kelab Penyokong PAS. Turut berceramah dalam program tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man, Ahli Parlimen Padang Serai, Gobalakrisnan dan Setiausaha PAS Kedah, Yusuf Husin. Turut hadir ialah Timbalan Yang DiPertua PAS Tasek Gelugor, Ustaz Suib Mohd Amin, Ketua Penerangan PAS Negeri, Haji Abdul Halim Salleh dan bekas calon Dun Permatang Berangan, Arshad Saleh.

Jom Ke Jamuan Rakyat PAS Melaka

MELAKA, 8 April (Hrkh) -PAS Melaka menjemput orang ramai yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat untuk turut sama hadir ke Jamuan Rakyat dan Majlis Meraikan Petugas Pilihan Raya pada 12 April ini.Majlis yang bermula dari pukul 5 petang hingga 12 malam itu akan diadakan di Dataran Hamas, Kompleks PAS Kawasan Jasin, Simpang Kemendor, Jasin, Melaka.
Menurut Setiausaha PAS Melaka, Harun Mohamed, aturcara pada sebelah petang akan dimulakan dengan jamuan kepada semua hadirin yang hadir manakala pada sebelah malamnya pula diadakan ceramah umum yang membariskan penceramah terdiri daripada calon bukan Islam PAS, Kumutha Raman; Ahli Parlimen Kota Melaka, Goh Leong San (DAP); Pengerusi KeADILan Melaka, Khalid Jaafar; Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mahfodz Mohamed dan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman. "Di samping meraikan petugas pilihan raya jamuan ini juga diadakan sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah mengundi calon-calon Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu," katanya. Sebarang pertanyaan boleh dibuat di talian 019-6675521 atau 06-2841780.

Press Statement Presiden PAS

PAS melihat kabinet baru Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ini lebih merupakan kabinet untuk menyelamatkan kedudukan politik beliau sebagai PM dan Presiden Umno dan bukannya untuk membina Malaysia yang baru.Nama-nama yang telah diumumkan itu kebanyakkannya merupakan mereka yang setia dengan Abdullah manakala mereka yang dikira rapat dengan Timbalan Presiden Umno Dato Seri Najib Tun Razak telah dicantas. Perlantikan beberapa Senator untuk menganggotai kabinet khasnya dari kalangan pimpinan Umno membuktikan yang Abdullah menganggap bahawa ahli-ahli Parlimen Umno yang lain yang telah berjaya dalam pilihan raya umum lalu sebagai tidak layak untuk duduk di dalam kabinet. PAS juga mendapati kabinet ini turut dianggotai oleh tokoh-tokoh yang moral dan kebersihannya sangat diragukan oleh rakyat dan ini sudah pasti tidak akan membantu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerjaaan BN. Bagi PAS kabinet baru Perdana Menteri ini tidak memiliki kekuatan untuk mengubat ketidakpuasan hati rakyat yang telah diterjemahkan melalui keputusan PRU ke-12 lalu. Abdullah jelas tidak mengambil iktibar dari kemerosotan sokongan rakyat terhadap beliau itu dan diyakini melalui kabinet ini beliau akan terus mengulangi kesilapan dan kelemahannya yang lalu.
DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Presiden,

Parti Islam Se Malaysia (PAS)

18 Mac 2008

Jom Kita Check Semula

Pertama kali diucapkan selamat menyambut hari kelahiran baginda Rasulullah s.a.w kepada semua kaum muslimin dan muslimat, semoga sambutan kali ini memberi nafas baru kepada kita untuk menjadikan segenap ajaran baginda inspirasi menuju kecemerlangan hakiki. Namun apa yang perlu diutarakan kepada sidang pembaca setia harakahdaily.net, ialah satu persoalan yang mungkin tidak terlintas dalam pemikiran kita semua, berhubung kebenaran kecintaan dan ikutan kita terhadap baginda Rasulullah s.a.w Isu perarakan yang dilakukan pada awal pagi 12 Rabiulawal saban tahun seolah-olah menggambarkan bahawa rakyat Malaysia yang beragama Islam menunjukkan kesungguhan mereka untuk mencintai Rasulullah, tetapi apakah benar mereka mencintai Rasulullah setelah selesai melakukan perarakan?. Sesungguhnya kecintaan terhadap Rasulullah tidak terhenti pada majlis perarakan, kalau itu yang berlaku, ia bermakna tidak ada perbezaan dengan tindakan Abu Lahab (Pak Cik Nabi) setelah mengetahui bahawa Rasulullah diputerakan, lantas beliau mendakap jasad baginda yang mulia dan membawanya mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali pusingan (serupa amalan tawaf mengelilingi Kaabah).
Tetapi apa yang terjadi kepada Abu Lahab setelah baginda meningkat dewasa dan dilantik pula menjadi Rasul terakhir, beliaulah orang yang paling keras menentang kebenaran yang dibawa oleh anak saudaranya sendiri. Inilah yang terjadi kepada kebanyakan umat Islam dalam negara kita, pada waktu pagi berarak, dan di waktu petang hari melakukan tindakan yang menentang Islam dengan penganjuran program maksiat seperti membenarkan konsert Akademi Fantasia 6 disiarkan menerusi Astro dua hari selepas berarak (22 Mac 2008). Tidakkah golongan seperti ini perlu memerhatikan ayat Allah menerusi surah Ali Imran ayat 31 yang bermaksud: Katakanlah Wahai Muhammad (kepada umatmu) Jika kamu cintakan Allah, maka ikutlah aku, pasti Allah cinta kepada kamu. Dalam ayat 21 surah al-Ahzab, Allah menegaskan bahawa: Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh teladan ikutan yang baik. Sementara dalam ayat 8 surah as-Soff maksudnya: Dialah (Allah) mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dengannya dapat mengalahkan agama seluruhnya walaupun tindakan baginda itu tidak disukai oleh golongan orang-orang musyrikin. Apabila kita merujuk kepada ketiga-tiga ayat di atas, yang menganjurkan kepada kita agar mencintai baginda, menjadikan baginda contoh teladan, membawa petunjuk ke jalan kebenaran, dan banyak lagi, tetapi adakah kita telah mengikut saranan ayat-ayat di atas. Umat hari ini selepas berarak, mereka membenci sunnah-sunnah Nabi, sebagai contoh melantik para pemimpin yang tidak menjalankan hukum-hukum Allah sampai hari ini walaupun negara sudah merdeka lebih lima puluh tahun. Mereka juga tidak menjadikan baginda Rasulullah s.a.w sebagai contoh dalam segenap aspek kehidupan sebagai muslim, ini termasuk dalam aspek pentadbiran negara, institusi kewangan, kemasyarakatan, persekitaran dan lain-lain, semuanya diikat dengan sistem Sekularisme, Kapitalisme dan lain-lain. Malah mereka juga tidak yakin bahawa agama Islam adalah agama yang betul dengan prinsip rukunnya yang lima, hingga mencipta satu agama baru "Islam Hadhari" dengan prinsip yang sepuluh dengan pelbagai alasan. Dalam Islam, perkataan Islam dan Iman tidak boleh dipisahkan bagaikan aur dengan tebing, jadi kalau ada Islam Hadhari, mestilah juga ada istilah Iman Hadhari, Islam Hadhari diterjemahkan dengan Islam yang bertamadun, ini menunjukkan ada lagi istilah Islam yang tidak bertamadun. Inilah yang dikatakan bahawa kalau tidak mahu terima Islam sebenar, itu adalah haknya untuk menolak, tetapi jangan sampai mengajak orang ramai (rakyat) menentangnya juga. Ingatlah apa yang pernah diungkapkan oleh Saidina Omar Bin al-Khattab: "Dulu kami adalah golongan yang hina kerana menolak Islam, kemudian Allah muliakan kami dengan Islam, tetapi apabila jika kami mencari kemuliaan selain daripada Islam, pasti Allah akan timpakan penghinaan atas diri kami"

Bee End cuba main api ..

GEORGETOWN, 8 April (Hrkh) - Pertemuan antara Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pagi tadi di Pejabat Ketua Menteri aras 28 Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) merangka jalinan muhibbah untuk menghindarkan percakaran perkauman di Malaysia.Ketua Menteri ketika bercakap pada pemberita dalam sidang media bersama Presiden PAS menegaskan, isu perkauman sengaja dimainkan oleh Barisan Nasional (BN) bagi merenggangkan parti-parti khususnya Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan PAS. "Jika renggang bermakna BN boleh menang lagi maka tindakan merapatkan Pakatan Rakyat (PR) perlu dilaksanakan untuk menyelamatkan rakyat daripada terus dihimpit penderitaan dan kezaliman termasuk kenaikan harga barangan dan petroleum, " ujarnya.
Kerajaan Pulau Pinang akan menubuhkan 'Majlis Silatulrahim Antara Agama' bagi merealisasikan situasi sekarang kerana rakyat melihat perkembangan baik untuk melahirkan pendekatan antara kaum. Ini kerana, setiap pendekatan PAS ada persamaan yang boleh digerakkan bersama kerajaan negeri selain bertindak merancang sebagai halatuju. Sementara itu, Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya menegaskan, Malaysia memerlukan satu gagasan di bawah Pakatan Rakyat bagi mengimbangkan kesedaran rakyat dalam pilihan raya umum ke-12 lalu. Sekarang ini tidak timbul lagi ketakutan orang Islam mengundi DAP atau bukan Islam mengundi PAS. Atas rasa kepentingan penyatuan berada dalam satu gagasan, PAS tetap berpendapat ia amat wajar diadakan bagi menghadapi BN yang semakin rapuh. "Kunjungan hormat saya pada hari ini juga inginkan satu pendekatan bersama bagi menyelamatkan rakyat sekaligus membawa rakyat ke satu tahap yang membanggakan, " tegasnya yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu. Hadir serta bersama rombongan kunjung hormat pagi tadi ialah Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman; Setiausaha PAS Negeri, Fazhil Kemi dan Ketua Penerangan PAS Negeri, Haji Halim Saleh

NUMRAM BUAT DAJAL ???

Ya, hasrat Datuk Duta untuk menjahanamkan keutuhan kesatuan pelajar Malaysia di Mesir hampir tercapai (setelah dijelaskan dalam entry Case 1 di bawah subtopik 'Why Mansoura-Manchester Medical Programme Should Not Be Recognized'). Selepas penghantaran pelajar tajaan kerajaan yang di'brainwash’ oleh Biro Tatanegara pun tak menjadi (kerana mereka pun tak menyokong aspirasi kerajaan a.k.a UMNO), Datuk Duta cuba pula dengan kaedah yang lebih daring.Macam mana? Jawapannya: agensi. Agensilah yang bertanggungjawab menghantar pelajar yang tak ada latar pendidikan agama, tak berakhlak dan free hair untuk menghancurkan natural pelajar Malaysia yang menuntut ilmu Islam di sini. Akibatnya, pelajar al-Azhar tak semena-mena terpalit akan lumpur yang pelajar agensi sebegini bawa.Contohnya, baru-baru ini Nadi UMNO Republik Arab Mesir telah mengadakan suatu forum berkenaan murtad ketika pelajar tahun satu akan menghadiri Kolokium Ilmuwan. Orang dah heboh benda ni nak sampai separuh dekad baru kalut nak buat forum. Adakah patut? Setakat yang aku tahu, orang yang murtad kenalah disuruh taubat dan kembali kepada Islam. Jika mereka enggan, mereka patut dihukum bunuh. Tak ada pula hukum fiqh kata, ‘kalau murtad hendaklah dibuat forum.’DPMM pula sekadar bercakap saja. Tak ada tindakan dibuat untuk membanteras kegiatan politicking yang tak bertempat sebegini biarpun ramai mahasiswa ‘jantan’ dan ‘betina’ menyertai NUMRAM walaupun undang-undang Negara iaitu AUKU terang-terang melarang penglibatan pelajar dalam politik. Memperjuangkan kebangsaan Melayu di Mesir? Masuk akalkah? Lain la kalau memperjuangkan kebangsaan Melayu di Malaysia.DPMM dan PCM digesa tak lagi ambil sikap ‘redha, berlapang dada dan berdiam diri.’ Celiklah sikit. Kalau mauqif macam ni berterusan, nanti ramailah orang masuk UMNO. Balik nanti, mereka inilah yang tangkap pejuang-pejuang Islam dan sekat ceramah-ceramah disamping robohkan rumah Allah selain rumah orang-orang miskin. Orang dah tolak perjuangan kebangsaan. Kalaupun ada orang yang masih lagi perjuangkan ke'melayuan’nya, orang ni taklain tak bukan ketinggalan zaman. Orang berjuang untuk Islam la sekarang ni. UMNO dah tak relevan.Untuk makluman kalian, pengerusi penaja NUMRAM di PCM ialah Mohd Zulfadhli bin Mohd Zaki. Tak mustahil dia ni akan dicalonkan sebagai Pengerusi PCM nanti. Waspadalah!

Khamis, 3 April 2008

"Dr Mahathir kebal" Mat Taib


Oleh Metro

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad yang lantang mengecam kepimpinan Umno dengan mengeluarkan kenyataan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan disifatkan sebagai ‘orang kebal’.Ini berikutan tindakan disiplin tidak boleh diambil ke atas bekas Perdana Menteri itu.Ketua Penerangan Umno, Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata situasi itu amat berbeza pada era 70-an dan 80-an dulu apabila pemimpin yang menentang Umno dan dianggap menyokong parti pembangkang dikenakan tindakan.“Kita boleh periksa balik, orang yang menentang atau menyokong parti pembangkang tahun 70-an, tahun 80-an, apa jadi kepada mereka...mereka disingkir, dibuang daripada parti.
“Tapi sekarang perbuatan sama dilakukan, dan orang tak berani cadang, sebab pemimpin itu pemimpin besar, yang terang menyokong pembangkang, tetapi siapa berani cadang supaya diambil tindakan disiplin.“Inilah keadilan politik hari ini, sekali lagi Pak Lah jadi mangsa kerana yang salah ialah Pak Lah,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.Beliau mengulas mengenai tindakan disiplin yang boleh diambil ke atas Dr Mahathir yang menggesa Abdullah bertanggungjawab atas kemerosotan prestasi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-12 baru-baru ini.

AMK gesa Abdullah jangan letak jawatan

Oleh Mohamad Mukhreez
Ketua sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Shamsul Iskandar Mohd Akin meminta semua pihak terutamanya ahli-ahli Umno agar tidak mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.Ini kerana menurut Shamsul, Abdullah merupakan aset paling berharga kepada pembangkang ketika ini. "Lebih lama beliau berkuasa, lebih baik kepada kita (pembangkang)," katanya kepada KLpos.com.Shamsul berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penafian Abdullah bahawa beliau akan meletak jawatan dalam tempoh terdekat.Mengenai peluang pembangkang membentuk kerajaan pusat, kata Shamsul, "Insyallah dengan Abdullah memimpin BN, dan Anwar (Ibrahim) memimpin Pakatan Rakyat, saya beri tempoh empat bulan dari 15 April ini,""Selepas 15 Ogos, kerajaan pusat akan berubah tangan dan kita akan mengumumkan Pakatan Rakyat mengantikan Barisan Nasional," katanya.
Abdullah semalam memberitahu media bahawa beliau tidak akan lari daripada tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri."Saya masih di sini. Saya masih di sini. Saya masih di sini. Mereka semua membuat spekulasi. Saya larilah. Saya letak jawatan. Kenapa perlu saya letak jawatan."Kerajaan saya mendapat majoriti besar (walaupun) bukan dua pertiga tetapi amat kukuh... itulah sokongan yang diterima. Takkan saya nak lari, tinggal saya punya tanggungjawab," katanya.

Pecah lagi ...

KUALA LUMPUR, 3 April (Hrkh) - Laporan dari sebuah laman web menyebut, bekas Timbalan Menteri Penerangan Dato' Fauzi Abdul Rahman disebut-sebut akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) tidak lama lagi, kata satu sumber yang dipetik dari laman web tersebut.
Fauzi yang terkenal pada tahun 2000 kerana membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Besar Pahang Tan Sri Khalil Yaakob atas dakwaan terbabit dengan penyelewengan kawasan balak, digugurkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dalam pilihan raya 2004.
Sebelum Anwar dipecat, Fauzi merupakan ahli Parlimen Temerloh dan sering dikaitkan sebagai salah seorang penyokong setia Anwar. "Beliau memang orang Anwar, selepas Anwar dipecat, beliau dipanggil oleh pemimpin tertinggi Umno untuk mengesahkan Anwar terlibat dalam aktiviti tidak bermoral, tetapi beliau enggan dan akhirnya digugurkan dari senarai calon ahli Parlimen BN dalam pilihan raya 1999, tetapi bertanding di peringkat Dun di Pahang. "Ketika itulah beliau membuat laporan polis berkaitan rasuah Khalil Yaakob yang sehingga kini tidak dinyatakan hasil siasatannya,"kata sumber. Menurutnya lagi, pengaruh bekas timbalan menteri terbabit akan digunakan untuk memperkukuhkan KeADILan Pahang. "Insyallah, Anwar sendiri yang akan mengumumkan penyertaan tokoh terbabit," ujarnya. Sementara ada laporan menyatakan bahawa salah seorang anak Fauzi, Mohamad Farhan merupakan pengasas Kelab Penyokong Anwar Ibrahim di Malaysia. Beliau yang kini melanjutkan pelajaran di London juga merupakan antara pengerak utama KeADILan antarabangsa.

Remaja dan perbezaan pendapat

Oleh MOHD. FARID MD. ALIAS
SETIAP makhluk ciptaan Allah mempunyai keunikannya yang tersendiri yang membuatkannya berbeza antara satu dengan yang lain.Penciptaan manusia juga terkandung diversiti sama ada dari segi luaran mahupun dalaman. Semua ini merupakan tanda kebesaran Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana dalam penciptaan alam. Kepelbagaian yang wujud turut merangkumi perbezaan pendapat atau persepsi di kalangan manusia itu sendiri dalam pelbagai perkara. Fenomena ini sebenarnya merupakan satu rahmat buat manusia ke arah mencapai kemaslahatan hidup.Persoalannya ialah bagaimana kita hendak menanggapi perbezaan pendapat yang berlaku agar penyelesaian konflik tercapai, kesyumulan agama terdukung dan perpaduan terpelihara. Hal ini tentunya memerlukan kebijaksanaan kita dalam menginterpretasi dukungan fikrah terhadap realiti semasa yang serba mencabar.

Mengenali pemikiran sehala, dua hala

Pemikiran sehala menjadikan seseorang itu hanya berfikir bahawa hanya pendapatnya sahaja yang betul dan tidak memandang kepada pendapat orang lain. Hal ini mendorong ke arah pemikiran yang tidak kreatif dan cepat berasa tersinggung jika pendapatnya disanggah. Pemikiran dua hala berlaku apabila terdapat perbezaan atau pertambahan pendapat terhadap suatu isu pokok yang diutarakan. Pendapat yang pelbagai dalam sesebuah perbincangan akan menjadikan perbincangan tersebut lebih terisi dan sudut pandangannya akan menjadi lebih luas.
Kaedah berbeza pendapat pula mestilah selari dengan adab-adab supaya apa yang disampaikan lebih mudah difahami pihak yang mendengar serta tercapai matlamat perbincangan untuk menemui kesimpulan bersama.

Dalam usaha kita untuk mencapai kesepakatan berkenaan sesuatu perkara, Islam menganjurkan kita melakukan kegiatan bermusyawarah. Dengan bermusyawarah maka kita dapat mempertimbangkan pelbagai saranan bersama hujah dibawa. Natijahnya keputusan terbaik mungkin dapat dicapai serta mendapat sokongan semua pihak terlibat.
Dalam surah Ali Imran ayat 159 Allah berfirman yang bermaksud: Dan bermesyuaratlah dengan mereka, dan apabila kamu telah berazam, bertawakkallah kepada Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT menyukai orang-orang yang bertawakal.Melalui musyawarah yang diadakan, ahli musyawarah perlu berniat ke arah mencapai kesepakatan dan kemaslahatan yang lebih baik. Ketua atau amir yang dipilih akan menerangkan isu yang ingin diperbincangkan. Amir akan meminta pendapat atau cadangan semua pihak sebelum keputusan akhir ditentukannya. Dalam hal ini, amir bertawakal dalam mengambil keputusan untuk dipatuhi dan disokong oleh ahli-ahli musyawarah tersebut.Dalam sesebuah perbincangan yang melibatkan sekurang-kurangnya dua pihak, keterbukaan pemikiran kedua-dua belah pihak adalah perlu dalam usaha mencapai kesepakatan dalam perkara yang diperbincangkan.Ini memerlukan pihak pertama untuk memberi peluang dalam menyuarakan sudut pandangannya dan pihak kedua pula berusaha mendengar dengan niat memahami dan menilai. Setelah tamat penjelasan pihak pertama, barulah pihak kedua memberi pendapat supaya pihak pertama pula dapat memahami perspektif pihak kedua. Sekiranya kedua-dua belah pihak lebih cenderung menyampaikan pendapat masing-masing tanpa mahu berusaha mendengar atau memahami antara satu sama lain, maka ia hanya menjadi perdebatan yang mungkin tidak sampai ke penghujungnya. Diyakini bahawa apabila satu pihak mula bertoleransi untuk mendengar, pihak yang lagi satu pula akan menyusul untuk turut sama mendengar pendapat pihak yang pertama tadi.

Kita perlu menyuarakan pandangan kita secara berasas, yakni berdasarkan fakta atau bukti yang benar yang boleh menguatkan hujah kita. Hujah tanpa sandaran bukti atau dalil sebenarnya melemahkan penegasan hujah itu sendiri. Perbezaan pendapat juga harus berlandaskan kepada nilai keilmuan serta kekuatan akal yang mahu berfikir serta merenung dan bukan semata-mata berpandukan kepada emosi. Hal ini kerana seandainya emosi menjadi sandaran tunggal maka perkara yang ternyata baik serta benar mungkin ditolak hanya kerana ia dianjurkan oleh pihak yang berlainan pendapat tadi. Justeru adalah penting untuk kita melengkapkan diri dengan ilmu yang berkaitan agar pendapat yang dihujahkan itu mempunyai asas dan kredibiliti untuk dipertimbangkan serta diterima oleh pihak lain.

Yang berbeza tetap berbeza

Namun tidak semua perkara perlu menjurus kepada persamaan, yakni yang mana boleh diterima kita terima, dan yang berbeza akan tetap berbeza. Dalam anutan akidah khasnya, sudah tentu kita berbeza dengan yang bukan Muslim. Firman Allah melalui ayat kelima surah Al-Kafiruun yang bermaksud: Bagi kamu agamamu dan bagiku agamaku. Bab akidah merupakan perkara pokok dan muktamad yang tidak boleh wujud perbezaan di kalangan umat Islam yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dalam hal cabang atau furu', perbezaan pendapat atau khilaf berkenaan pentafsiran sesuatu perkara mungkin berlaku di kalangan ulama yang berusaha berijtihad sebaik mungkin. Bukan semua perkara yang berasal dari Barat itu dapat diterima secara bulat-bulat tetapi bukan semuanya perlu ditolak sepenuhnya. Apa yang hadir dari Barat tetapi tidak bercanggah dengan ajaran Islam, seharusnya ia dipelajari dan diperkembangkan. Sebagai contoh, sifat ketekunan masyarakat Barat dalam menuntut ilmu seharusnya dicontohi dan diasimilasikan ke dalam kehidupan seharian seorang Muslim. Islam sendiri sebenarnya amat menggalakkan umatnya untuk menyuburkan budaya keilmuan agar kemajuan tercapai demi manfaat sejagat. Pada masa yang sama remaja Islam harus membina kekuatan ilmu yang berpandukan Al-Quran dan Sunah supaya ia menjadi benteng dalam menepis serangan pemikiran (ghazwatul fikr) yang bercanggah dengan ajaran Islam. Kini terdapat segelintir tokoh-tokoh Barat yang berusaha menerbitkan karya-karya yang menyinggung sensitiviti umat Islam di seluruh dunia. Sememangnya dalam hal ini kita perlu bangkit untuk membela kesucian agama Islam yang tercinta. Di samping bantahan yang mungkin bersifat defensif atau menghukum, kita juga perlu menganalisis faktor wujudnya persepsi negatif mereka terhadap agama Islam, adakah ia semata-mata berpunca daripada rentetan emosi kebencian terhadap Islam atau mungkin turut berpunca daripada kejahilan mereka berkenaan ajaran Islam yang sebenar.Justeru situasi yang tegang seperti mutakhir ini juga perlu dijernihkan dengan pendekatan yang bersifat berhemah serta mendidik seperti penganjuran dialog antara agama dan tamadun agar yang jelas berbeza dihormati bersama dan yang bersifat sejagat didukung bersama.

Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, perbezaan pendapat merupakan satu lumrah dalam kehidupan manusia seharian. Islam telah menggariskan adab-adab dalam perbezaan pendapat yang sememangnya bertujuan mencapai kemaslahatan bersama.
Dalam kita menyuarakan bantahan kepada tindak tanduk Barat yang melampaui batas terhadap Islam, kita juga perlu membina kekuatan umat serta memperluaskan dakwah demi menjamin kesejahteraan umat dan ketinggian syiar Islam dalam jangka panjang.

Selasa, 1 April 2008

Rakyat Selangor 20 meter padu air free mulai 1 Jun... Datuk Ali boleh bagi ker ??

Posted on March 29, 2008 by mtdgombaksetia
Semua pengguna air bagi rumah kediaman di Selangor akan mendapat bekalan air 20 meter padu secara percuma mulai 1 Jun depan. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri telah mengkaji rancangan membekalkan 20 meter padu air secara percuma kepada isi rumah di negeri itu seperti biasa melalui pembekalan air terawat oleh syarikat Syabas, dan mendapati ia boleh dilaksanakan bagi meter individu untuk pengguna kediaman.“Kerajaan negeri Selangor membuat keputusan untuk melaksanakannya bermula pada 1 Jun 2008,” kata Khalid dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat menteri besar hari ini.“Kerajaan negeri telah membuat kajian berhubung mekanisme untuk melaksanakan dasar ini dan sedang menimbangkan mekanisme terbaik bagi menjaga kepentingan kerajaan negeri, alam sekitar dan orang ramai.“Tujuan kerajaan negeri memperkenalkan dasar ini ialah bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah,” katanya.Justeru, tambah beliau, rakyat masih perlu mengamalkan penggunaan air secara berhemah serta bertanggungjawab bagi mengelak pembaziran sumber agar sumber air negeri Selangor dapat dipelihara dalam jangka masa yang panjang.“Bagi membantu usaha ini, kerajaan negeri turut akan memperkenalkan langkah mempelbagaikan sumber bekalan air secara menyeluruh dalam masa terdekat,” katanya.

UMNO KECOT ......

PETALING JAYA, 1 April (Hrkh) - Seorang Ketua Pemuda Umno Bahagian di Selangor diheret keluar dewan oleh orang ramai hari ini dalam program Forum Umno Pasca Pilihan Raya Umum ke-12 berikutan cadangannya supaya bekas Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Abwar Ibrahim diajak masuk semula ke dalam Umno. Aznizam Adham yang bangun berucap dan mendakwa menyampaikan pandangan kalangan pemuda elit terpaksa menerima hakikat bahawa beliau tersalah 'gelanggang' hingga menyatakan cadangan sedemikian. Beliau pada mulanya melontarkan idea supaya Umno dipulihkan selepas mengalami kekalahan pada pilihan raya umum yang lalu dengan agenda pembaharuan. Namun berikutan menamakan Anwar dalam cadanngannya itu, Aznizam yang memakai baju bewarna cokelat gelap diheret oleh beberapa orang pemuda dan penonton, sementara penonton yang lain turut bertempik marah dengan cadangan Aznizam. Keadaan menjadi kalut kira-kira 5 minit sebelum ditenangkan oleh pengerusi forum dan beberapa orang pengawal bagi pihak penganjur. Turut hadir dalam program itu ialah, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo; Ketua Penerangan Umno Johor, Dr Mohd Puad Zarkashi; anak Tun Mahathir, Dato' Mukriz, Tan Sri Sanusi Junid; Dato' Mohd Khalid Yunus; Dato' Hassan Ahmad; Dato' Rejal Arbee, Marina Mahathir dan kira-kira 2000 penonton.

PAKATAN RAKYAT GANTI BARISAN RAKYAT

AKHIRNYA, IMPIAN MENJADI REALITI, tiga parti pembangkang utama - PAS, DAP dan PKR - hari ini bersetuju untuk menubuhkan gabungan yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat demikian dilaporkan Malaysiakini.Penubuhan pakatan tersebut turut menyaksikan PAS dan DAP memulihkan kerjasama antara kedua-dua parti tersebut. Sebelum ini, DAP, PKR dan PAS, menganggotai Barisan Alternatif (BA) yang ditubuhkan pada tahun 1999.Bagaimanapun, DAP bertindak keluar dari barisan tersebut dua tahun kemudiannya kerana membantah agenda negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS.Keputusan menubuhkan pakatan tersebut dibuat dalam satu perjumpaan hari ini yang dihadiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail; pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang; dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang."Dalam perjumpaan hari ini, kami telah mencadangkan untuk menggabung kerjasama antara ketiga-ketiga parti tersebut di bawah nama Pakatan Rakyat," kata para pemimpin berkenaan dalam satu kenyataan bersama hari ini.
Mereka berkata, nama tersebut dicadangkan sementara menunggu pengesahan parti-parti terbabit.

Majlis Kepimpinan

Menurut kenyataan itu lagi, Pakatan Rakyat berikrar untuk melindungi hak-hak dan kepentingan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, sepertimana yang terkandung dalam Perlembagaan.Berikutan itu, kata mereka, kerajaan-kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor akan dikenali sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat."Dasar-dasar kerajaan-kerajaan negeri berkenaan akan dijalankan mengikut dasar-dasar yang dipersetujui Pakatan Rakyat," kata kenyataan itu lagi. Menurutnya lagi, bagi mengukuhkan lagi kefahaman bersama mengenai dasar-dasar berkenaan, satu konvensyen wakil rakyat Pakatan Rakyat akan diadakan pada 27 April depan.Bagi mengukuhkan struktur Pakatan Rakyat, sebuah Majlis Kepimpinan ditubuhkan, yang dianggotai pemimpin tiga parti berkenaan.Di samping itu, kata kenyataan itu lagi, Urusetia Bersama, yang dianggotai tiga pemimpin dari setiap parti terbabit, turut ditubuhkan dengan tugas untuk membina asas dan rangka kerja Pakatan Rakyat untuk disahkan oleh Majlis Kepimpinan.

Stadium Melawati bergegar dengan laungan takbir, reformasi, Makkal Shakti

Saidah Hairan
SHAH ALAM, 1 April (Hrkh) - Jika selama ini Stadium Melawati bergema dengan tepukan dan sorakan penyokong pelbagai jenis sukan, tetapi malam 31 Mac terukir dalam sejarah, stadium tersebut bergema laungan 'Allah Hu Akbar', 'Reformasi' dan 'Makkal Shakti'.Laungan suara rakyat menandakan berakhirnya penyeksaan selama mereka khususnya rakyat Selangor berada di bawah pemerintahan BN-Umno. Lebih 25,000 rakyat membanjiri stadium yang hanya menyediakan 15,000 kerusi. Stadium yang selama ini dijadikan tempat bermain badminton telah bertukar wajah. Dari wajah bersorak tanpa mengenal batas pergaulan, muslimin dan muslimat bersatu hati rukuk dan sujud menunaikan solat Isyak dan Hajat yang dipimpin oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Lagu Negaraku dan Bersatulah (lagu PAS) turut dinyanyikan dengan penuh semangat oleh lebih 25,000 hadirin. Kelihatan bendera PAS, KeADILan dan DAP berkibar di segenap penjuru. Sungguh menakjubkan. Wajah-wajah yang hadir dalam program Himpunan Rakyat kelihatan ceria. Lebih 20 bas persiaran, kilang dan sekolah berada di tempat letak kenderaan bersebelahan stadium. Bukan hanya rakyat Selangor bahkan Kelantan; Pahang; Negeri Sembilan; Johor; Wilayah Persekutuan dan Terengganu turut hadir dalam program tersebut. Mereka mahu bersama meraikan kemenangan Selangor walaupun di bawah Pakatan Rakyat. Turut hadir dalam program gilang gemilang itu antaranya, To' Puan Zainab Awang (isteri Presiden); Ketua Muslimat Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan; ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Mohamad Ghazali; ahli Parlimen dan Adun PAS Selangor.
Semua pimpinan yang berceramah sepakat mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Selangor yang memilih PAS, KeADILan dan DAP dalam pilihan raya, 8 Mac lalu. Tuan Guru Abdul Hadi dalam ceramahnya mencadangkan agar satu gagasan pakatan politik baru ditubuhkan bagi mendepani cabaran politik baru di Malaysia. Katanya, Pakatan Rakyat yang terdiri daripada gabungan PAS, KeADILan dan DAP yang diberikan mandat besar wajar menghulurkan tangan kepada rakan-rakan dalam BN khasnya wakil-wakil rakyat Umno, MCA, MIC dan Gerakan. Menurut beliau, ia perlu dilakukan supaya bersama-sama menyertai gagasan politik baru bagi membina negara yang lebih selamat, sejahtera dan makmur. Beliau yang juga ahli Parlimen Marang dan Adun Rhu Rendang berkata, ternyata hasil gelombang kebangkitan rakyat dalam pilihan raya lalu, BN semakin dipinggirkan dan tidak relevan dalam arus politik negara. Katanya, gagasan pakatan itu perlu menyemak semula dengan meminda atau menghapuskan mana-mana undang-undang dan peraturan yang zalim dan mendiskriminasi terutamanya ISA, Auku, OSA dan sebagainya. Beliau berharap gagasan itu perlu segera melakukan reformasi terhadap amalan demokrasi dalam negara dengan memulihkan proses pilihan raya sebagaimana yang dituntut rakyat dan badan-badan bukan kerajaan khususnya yang melibatkan bidang tugas dan operasi SPR. Presiden PAS turut menekankan supya Badan Pencegah Rasuah (BPR) diberi kebebasan sebagai sebuah agensi pencegahan rasuah yang efektif dan tidak mengamalkan pendakwaan terpilih. Katanya, keyakinan rakyat terhadap badan kehakiman negara dengan memastikan ianya benar-benar bebas dan tidak tertakluk kepada mana-mana badan atau kuasa politik juga perlu dikembalikan. Kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim turut menyentuh jiwa rakyat Selangor apabila beliau memulakan ucapan dengan menyanjung pengorbanan rakyat untuk menyokongnya. "Kalau tidak ada tuan-tuan, saya tidak ada di sini, jadi saya terhutang budi, budi ini sangat besar, saya dan rakan-rakan akan balas, insya-Allah," luah beliau pada awal ucapan. Beliau yang berbaju Melayu kuning itu melahirkan ketakutan dengan kepercayaan Presiden PAS yang menyokongnya menjadi Menteri Besar Selangor. Di hadapan puluhan ribu rakyat beliau berjanji akan memansuhkan undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), akta percetakan dan penerbitan. Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyatakan kemenangan rakyat Selangor membuktikan bahawa suara rakyat negeri termaju itu telah dapat disatukan. Katanya, tiga parti yang berbeza fahaman dan agama PAS, KeADILan dan DAP dapat bersatu dan bekerjasama untuk menjamin keadilan rakyat. Beliau yang juga ahli Parlimen Bachok berkata, setelah 50 tahun merdeka dan 12 kali rakyat menghadapi pilihan raya baru kali ini rakyat berani membuktikan kebenaran. "Orang sudah tidak guna dacing saya yakin dalam pilihan raya ke-13 keris dan dacing akan dicampak oleh rakyat," katanya sambil disambut sorakan dan laungan takbir. Menurut beliau, bukan sahaja rakyat tidak percaya dengan Umno bahkan pimpinan mereka sendiri turut tidak mempercayai kredibiliti pimpinan parti itu. Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Ali turut memperkenalkan ahli Parlimen, Adun serta exco PAS. Dalam ceramah itu beliau berjanji semua wakil rakyat akan berusaha melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab secara adil dengan menghapuskan segala kezaliman yang menjadi amalan pimpinan BN-Umno. "Kita akan pastikan tiada seorang pun rakyat Selangor sama ada kaum India dan Cina yang diketepikan haknya," katanya. Dalam mesyuarat pertama exco di pejabat SUK beliau rasa terharu dengan kesungguhan Menteri Besar sendiri yang membaca doa. Beliau yang diamanahkan menjadi exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam berkata; "Saya terharu mendengar bacaan doa beliau seolah-olah beliau menahan air mata, air mata untuk menjadi hamba rakyat'. Sehubungan itu tambah beliau, kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor tidak mempunyai erti jika Allah tidak menyayangi dan mencintai hamba-Nya. Pengarah program, Dr Osman Sabran menyatakan setelah 50 tahun Umno-BN memerintah barulah rakyat Selangor dapat menikmati hak mereka yang dinafikan oleh pimpinan kerajaan. Beliau mengingatkan ahli dan pimpinan PAS, KeADILan dan DAP perlu sepakat dan bersatu hati menjaga harta benda yang selama ini dirampas oleh BN. Program berikut dijangka pada 3 Mei di Stadium Melawati, antara penceramahnya Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.

FILEM HINA ISLAM: MAHATHIR GESA DUNIA ISLAM BOIKOT PRODUK BELANDA


KL: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru umat Islam di seluruh dunia memulaukan produk Belanda sebagai satu bantahan berkesan berikutan sebuah filem Belanda, Fitna, yang mengkritik Al-Quran yang disiarkan di Internet.Beliau berkata pemulauan itu boleh menyebabkan Belanda lumpuh kerana umat Islam meliputi sebahagian besar penduduk dunia yang kaya dan juga pengimport terbesar.Bagaimanapun, semua 1.3 bilion umat islam di dunia mestilah bersatu dan meletakkan kepentingan Islam dan umat Islam daripada keperluan individu jika mahukan pemulauan ini berkesan."Kalau orang Islam bersatu kita mudah saja ambil tindakan. Kalau kita pulau barangan dari Belanda dia tutup negeri, pasal yang beli banyak sekali, yang kaya sekali di dunia ini adalah orang Islam. "Kalau semua 1,300 juta orang Islam kata kami tidak kan beli barang dari Belanda, maka barulah berkesan. "Kalau nak pulau buatlah betul-betul.Tapi orang kita kata, dia (Belanda) pun berniaga dengan kita juga, kalau kita tahan dia, dia rugilah. Jadi (kalau begini) kita tak fikir sebagai orang Islam, kita fikir untuk kepentingan diri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-46 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini hari ini.Filem Fitna itu, selama 15 minit yang disiarkan dalam sebuah laman web pada 27 Mac yang mengkritik Islam, yang menunjukkan surah Al-Quran dengan berlatar belakangkan imej keganasan akibat serangan pengganas.Ahli majlis perundangan Belanda Geert Wilders menerbitkan filem itu, yang menunjukkan kenyataan daripada paderi yang radikal dan menyebut surah Al-Quran dengan diselitkan imej serangan 11 Sept terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengelur filem Belanda Theo van Gogh di Amsterdam street pada akhir tahun itu.Sebelum itu, Dr Mahathir berkata filem tesebut disiarkan berikutan salah faham dan "sudah pasti ada motif kritikal"."Mereka akan terus berbuat demikian sehingga kita menunjukkan Islam itu satu agama yang baik, kita bukan orang yang ganas, bahawa kita tidak berbohong kepada orang ramai...tetapi ini mesti ditunjukkan dalam amalan oleh masyarakat Islam ," kata beliau.


betah pendekarserkam :

kalau takat kutuk jer n nak ajak boikot tapi tak sungguh-sungguh baik tak payah . nak boikot .. boikot sekali pasukan belanda .. durian belanda .. paku belanda .. dan segala yang berkait dengan belanda. dan satu lagi bangunan tinggalan belanda pun jangan dok simpan lagi bebanyak ..

UCAPAN EXCO PALING BENGAP ..

MELAKA: Dakwaan seorang pelajar tingkatan tiga, Norsahalan Roslan, 15, dari Sekolah Menengah Jasin (SMJ) dia tidak mempunyai wang tambang untuk ke sekolah sekali gus mengakibatkan beliau terpaksa ‘ponteng’ sekurang-kurangnya tiga hari dalam seminggu tidak harus dijadikan alasan untuk tidak ke sekolah.Exco Pelajaran Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Yaakub Md Amin berkata, ramai pelajar berasal dari keluarga miskin tetapi mereka tetap pergi ke sekolah. Katanya, masalah kesulitan hidup yang dialami pelajar tingkatan tiga terbabit bukannya suatu alasan munasabah untuk tidak ke sekolah dan menjadikannya sebagai satu masalah.Ini kerana kisah pelajar miskin yang berdepan dengan kesulitan hidup sudah wujud sejak dulu dan ia tidak menjadi penghalang pelajar miskin ketika itu untuk berjaya dalam akademik.“Umum tahu ramai pelajar miskin yang sudah mencapai kejayaan dan mereka tidak menjadikan masalah kemiskinan keluarga sebagai penghalang.
“Saya berpendapat pelajar berkenaan tidak seharusnya menjadikan isu kemiskinan hidup sebagai alasan untuk ponteng sedangkan kerajaan menyediakan pelbagai bantuan untuk membela nasib pelajar miskin,” katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan pelajar tingkatan tiga Norsahalan dari Rumah Awam Chenderah, Jasin, di sini yang mendakwa hanya ke sekolah dua kali seminggu berikutan ketiadaan wang tambang bas dan wang belanja sekolah akibat kedaifan keluarga hingga menyebabkan beliau terpaksa `ponteng’ sekolah.Malah ibu pelajar terbabit, Mesah Yahaya, 53, berkata, masalah anaknya itu sudah berlarutan tujuh tahun lalu selepas suaminya menghilangkan diri.Beliau turut mendakwa, tidak mampu memberikan wang tambang bas dan wang saku bagi membolehkan anaknya ke sekolah setiap hari kerana gajinya sebagai pengawal keselamatan tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan sekolah.Yaakub berkata, beliau tidak tahu perkara sebenar yang berlaku ke atas pelajar terbabit sehingga kerap tidak ke sekolah.“Dalam hal pelajar berkenaan, saya berpendapat ia berpunca daripada masalah keluarga. Bagaimanapun dia perlu merujuk masalah ini kepada wakil rakyat untuk mendapatkan bantuan,” katanya.
betah pendekarserkam:
Dah tau pelajar tu .. pelajar miskin kenapa tak nak bantu ?? kalau kawasan chenderah sampai ke chohong tu memang payah nak dapat bas ler kalau nak dibandingkan kawasan lain. Datuk , belajarlah jadi orang miskin budi ..jangan asik nak kayakan diri saja ..