Rabu, 30 April 2008
KOMENTAR IBU AZIZAH
Ahad, 20 April 2008
SIAPA LAGI CERDIK ?? MELAKA ATAU SELANGOR ??
Rabu, 16 April 2008
SIAPA DALANG YANG SEBENAR ??
Kebelakangan ini kisah makhluk yang haram dimakan orang Islam jadi topik hangat,yang pada mula cuba diekploitasikan Umno/BN untuk memburuk-burukkan kerajaan PR Selangor tiba-tiba terbongkar segala kebejatan dan penipuan fakta bila ahli seangkatan Barisan Nasional mendedahkan kisah sebenar.Di sebalik kelicikkan Khir Toyo memutarbelitkan fakta dengan berbagai helah memalukan diri sendiri bila kisah sebenar terdedah, tidak ada pula tuduhan pada pembangkang seperti dulu yang selalu saja Khir lemparkan sebagai fitnah ! Kini 'rakan seperjuangan' dalam Barisan Nasional mengisahkan kisah benar,tidak ada lagi dalil atau apasaja hujah yang boleh mengubah fakta tersebut,munafiknya orang seperti bekas SETPOL Khir bernama Karim Mansor dengan 'syarikat joint-venture'nya juga ketua kampung Ladang Tumbuk iaitu Mohd Tarmudi Tushiran yang sama-sama mengekor rombongan ke Jerman untuk mengkaji teknologi
yang digunakan menternak babi disana ,tapi ketua kampung yang Umno ini jugalah yang mengetuai para demonstrasi di depan Bangunan SUK Selangor yang kini menentang ,konon kerajaan PR punya angkara, dimanakah akhlak dan pekerti manusia seperti ini?Kini banyak kisah kebobrokkan para pemimpin Umno/BN terserlah yang mana semakin mereka mahu sembunyikan semakin terbongkar segala onar & nanah ! Satu persatu kisah khianat mereka terdedah hanya menunjukkan pada rakyat marhaen semua bahawa inikah pemimpin-pemimpin yang ingin membela Melayu dan Islam , janji-janji serta lafaz mereka konon mempertahankan Melayu & Islam,hak-hak dan apasaja semuanya pembohongan belaka,seolah-olah Melayu ini mudah lupa ibarat kata mamak Madey anak Kutty ,mungkin Melayu Umno mudah lupa tapi Melayu kini bukan yang senang mereka perbodohkan ,jelas 'ketidaklupaan' Melayu dan rakyat lain telah mengakibatkan hanyutnya 5 buah negeri dibawa arus deras singgah pada Pakatan Rakyat yang dulunya dibawah kerajaan Umno/BN !Ibarat kata orang tua-tua sepandai pandai (ditukar supaya sesuai) babi melompat akhirnya ketanah juga jatuhnya ! Tunggulah banyak lagi kisah-kisah benar dan khianat dari pemimpin-pemimpin Umno/BN akan terbongkar yang mana kita perlu bersyukur dan redha pada Allah SWT atas qada dan qadar Nya,wassalam
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar
AMARAN KAKI DAN TANGAN KERAJAAN
SILAP SIAPA ?? AYAM TERLEPAS TANGAN BAU TAHI
IPOH, 16 Apr (Hrkh)- Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Dato Dr Hassan Ali mempersoalkan sikap bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mendakwa tidak tahu menahu tentang projek ternakan babi di negeri itu atau pun sengaja buat tidak tahu. Katanya, projek ternakan babi yang dirancang menggunakan teknologi Jerman itu mendapat bantahan termasuk dari Umno. Menurut beliau, sebuah syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno berada "di belakang" projek tersebut, kata seorang pemimpin MCA seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Sun semalam.. Syarikat tersebut, dikatakan terlibat dalam satu projek usahasama, bercadang menggunakan wang - dilaporkan menelan belanja RM100 juta - daripada dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). "Ketua biro pertanian tradisional MCA Dato' Dr Lee Chong Meng berkata syarikat bumiputera itu berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Sun," ujarnya. Akhbar The Sun yang mengutip laporan The Oriental Daily semalam menyebut, wakil rakyat BN-Umno bagi kerusi Tajung Sepat, Dato' Karim Mansor, bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara untuk melihat teknologi tersebut. Rombongan itu dihantar oleh kerajaan Selangor bawah pentadbiran BN bagi menilai teknologi yang boleh menguruskan penternakan babi - masalah yang serius di negeri itu sejak lebih dua dekad. Menurut The Sun lagi, Dr Lee mempunyai minit mesyuarat dan rekod untuk membuktikan dakwaannya. Menteri Besar Selangor waktu itu Khir Toyo sendiri dikatakan meluluskan projek pemindahan 132 ladang babi ke projek seluas 460 hektar itu, kata Dr Lee, melalui dua ahli exco kerajaan negeri Dato' Ch'ng Toh Eng dan Dato' Tang See Hang pada awal tahun lepas. "Inilah pemimpin pemimpin BN ,apa yang dibuatnya pun dia tidak ingat, apabila Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil keputusan meneruskan projek ternakan babi Kerajaan Negeri dicemoh dan tidak sensetif dengan bantahan rakyat." "Jika tindakan ini dilakukan oleh Kerajaan Umno/BN, ianya wajar untuk kebaikan rakyat , tetapi jika Pakatan Rakyat, ianya diserang begitu teruk," katanya
Selasa, 15 April 2008
Jamuan rakyat PAS Melaka berjaya himpun pelbagai kaum
JASIN, 15 April (Hrkh) - Sambutan orang-ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat ke jamuan rakyat anjuran Badan Perhubungan PAS Melaka, Sabtu lalu, di sini, membuktikan bahawa 'Pakatan Rakyat' semakin mendapat tempat di Melaka. Jamuan itu diadakan bagi meraikan petugas dan semua yang terlibat dalam memberikan sumbangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 yang lalu sama ada dari segi tenaga, masa dan wang ringgit bagi memastikan kejayaan Pakatan Rakyat menumbangkan Umno/BN. Antara yang hadir ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman; Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mahfodz Mohamed; Ahli Parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad; Calon Bukan Islam PAS, P Kumuta Raman; Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San dan Timbalan Pengerusi KeADILan Melaka, Lim Swee. Orang-ramai mula membanjiri Dataran Hamas di Jasin itu pada jam 5 petang untuk menikmati jamuan yang disediakan, manakala pada sebelah malamnya diadakan ceramah umum daripada pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir. Ustaz Ghani dalam ucapannya melahirkan kegembiraan di atas sambutan hebat diberikan oleh rakyat Melaka terdiri daripada pelbagai kaum yang datang beramai-ramai ke majlis itu dan menyatakan bahawa ini adalah satu kejayaan besar dalam meruntuhkan tembok penghalang antara kaum terhadap PAS yang dibina oleh Umno Melaka selama ini. Beliau juga berharap momentum ini dapat diteruskan dan dipertingkatkan lagi bagi menumbangkan Umno/BN pada PRU ke-13 nanti. "Kita harap kerjasama antara PAS, KeADILan dan DAP ini dapat diteruskan serta dipertingkatkan lagi bagi membolehkan Pakatan Rakyat mengambil-alih pemerintahan di Melaka ini kerana kita lihat rakyat sudah mahukan perubahan walaupun PAS dan KeADILan belum lagi memenangi kerusi," kata beliau.
Isnin, 14 April 2008
UMNO SELANGOR BALING BATU SEMBUNYI DOKUMEN
sementara itu sumber-sumber PKR memberitahu, risalah-risalah penerangan tentang isu tersebut - termasuk maklumat yang didedahkan oleh MCA ini - akan diedarkan kepada penduduk Selangor. PAS sebelum ini dilaporkan akan menemui rakyat Selangor untuk menjelaskan isu tersebut yang mendapat liputan meluas - yang membawa kesan negatif kepada pentadbiran Pakatan Rakyat - di akhbar-akhbar berbahasa Melayu selama beberapa hari minggu lepas. - mk
Sabtu, 12 April 2008
MUAFAKAT BAWA BERKAT
Mat Taib kata Umno kalah sebab pemimpin angkuh
Sabtu, 12 April 2008
PJ: Perasaan selesa dan sedikit angkuh yang ditunjukkan sesetengah pemimpin Umno selepas Barisan Nasional (BN) menang besar pada Pilihan Raya Umum 2004, memberikan mesej yang salah kepada kaum-kaum lain sekaligus menjadi antara penyebab undi BN jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihan raya umum baru-baru ini.Ketua Penerangan Umno Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata sedar atau tidak sesetengah keputusan yang dibuat oleh pemimpin Umno menyakitkan hati kaum lain terutamanya kaum Cina dan India di Semenanjung Malaysia. Ketua Penerangan Umno Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata sedar atau tidak sesetengah keputusan yang dibuat oleh pemimpin Umno menyakitkan hati kaum lain terutamanya kaum Cina dan India di Semenanjung Malaysia. "Sesetengah pemimpin kita (Umno) bila bercakap -- sini Melayu, sana Melayu, tender Melayu dan hunus keris Melayu. Dekat luar sana bila mereka (kaum lain) tengok pemimpin kita bercakap (jadi) takut mereka tengok kita. Jadi nampak macam kita ini angkuh," katanya pada Majlis Penerangan dan Dialog Umno Petaling Jaya Selatan di sini malam tadi.Katanya apabila sesuatu isu sensitif yang dipolitikkan menyebabkan perasaan tidak selesa dalam hubungan antara kaum, kaum-kaum lain mudah berubah kepada pembangkang yang dilihat lebih liberal dalam konsep hubungan antara kaum mereka, walaupun agenda mereka kelihatan tidak jelas.Yang memburukkan lagi keadaan ialah apabila orang Melayu sendiri gagal memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan BN terutamanya di kawasan pengundi majoriti Melayu, kata Muhammad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.Sehubungan itu, katanya pemimpin-pemimpin Umno perlu menilai semula cara berpolitik mereka dan cuba untuk lebih peka kepada isu-isu yang boleh menyebabkan ketegangan antara kaum.Tambah beliau lagi, walaupun Malaysia boleh dianggap sebagai negara majoriti Melayu pemimpin Umno tidak semestinya berhak untuk bercakap dan bertindak sesuka hati tanpa memikirkan kepentingan kaum lain.
AMK JUMPA PRES. TURKI

Menurut Shamsul, selain Perdana Menteri Turki tersebut, rombongan Angkatan Muda juga mengadakan pertemuan dengan Pemuda Parti Keadilan dan Pembangunan pimpinan Erdogan yang kini memerintah Turki.Jelasnya lagi, perbincangan akan menjurus kepada perkembangan politk terkini di Malaysia pasca PRU 12 dan juga perkembangan mengenai kemelut politik yang dihadapi oleh Ak Party yang sedang berhadapan dengan tindakan mahkamah perlembagaan untuk mengharamkan Parti Keadilan dan Pembangunan."Pada pagi Sabtu perbincangan dengan Ketua Pemuda, Hakan Tutuncu akan berlangsung. AMK akan mengkhususkan perbincangan kepada suatu inisiatif untuk mewujudkan beberapa siri latihan mengenai politik dan pemahaman demokrasi di antara sayap pemuda kedua-dua parti supaya hubungan silaturrahim yang terjalin akan lebih bermanfaat," katanya.Turut serta dalam rombongan ke Turki tersebut adalam Timbalan Ketua AMK Faris Musa dan Pengerusi Biro Antarabangsa AMK Yusmadi Yusuf.
Selain Angkatan Muda PKR terdapat lebih 64 organisasi pemuda seluruh dunia dijemput menghadiri Kongres tersebut. Sementara itu, mengulas mengenai perhimpunan Black 14 di Kuala Lumpur pada 14 April ini, Shamsul berkata, telah mengarahkan Angkatan Muda memperhebatkan mobilisasi rakyat menyambut Black 14. "Sebelum saya berangkat ke Ankara, satu mesyuarat telah diadakan khusus untuk tujuan mobilisasi yang dipengerusikan oleh Naib Ketua AMK, Khairul Anuar."Sepanjang beberapa hari di sini, saya lihat sambutan masyarakat antarabangsa khususnya generasi muda terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim PKR begitu baik dan mereka memang mengharapkan agar kita berjaya menjadi kerajaan Malaysia. "Justeru, jumlah kehadiran rakyat yang besar di dalam program Black 14 ini amat besar maknanya. Saya menyeru kepada semua anak muda Malaysia agar dapat bersama-sama mengembalikan kegemilangan Gerakan Reformasi yang dipimpin satu dekad yang lalu oleh kita, anak muda Malaysia."katanya.
Empat Adun BN Kedah sertai PAS?
Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Kedah didakwa telah mengadakan rundingan untuk menyertai PAS baru-baru ini.Pertemuan mereka dengan seorang anggota exco negeri itu “menampakkan tanda-tanda positif”.Keempat-empatnya berjumpa dengan Amiruddin Hamzah selama 80 minit di satu tempat yang dirahsiakan, lapor satu blog politik ‘Dari Yan’ (ceritayan.blogspot.com).Tiga Adun terbabit didakwa akan mendapat jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) dalam anak syarikat kerajaan negeri dengan tawaran gaji yang lumayan.Manakala seorang lagi Adun ditawarkan jawatan datuk bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).Namun, menurut blog tersebut lagi, tawaran jawatan datuk bandar MBAS mendapat tentangan sekumpulan pemimpin PAS yang lebih berminat meletakkan pegawai daerah Kota Setar, Datuk Wira Ahmad Md Isa untuk jawatan tersebut.Sehingga lewat petang ini, panggilan telefon dan mesej SMS Malaysiakini kepada Amiruddin sejak semalam belum dijawab.PAS mengambil alih kerajaan negeri Kedah daripada BN setelah menang besar dalam pilihanraya umum 8 Mac.Sementara itu, ahli jawatankuasa Umno bahagian Pendang, Datuk Othman Abdul berkata, laporan bahawa ada Adun BN akan menyertai PAS tidak berasas sama sekali.Katanya kepada Malaysiakini, laporan sedemikian rupa adalah permainan PAS untuk menimbulkan suasana tidak tenang di kalangan penyokong BN khususnya Umno.“Tiada kedengaran langsung Adun BN mahu menyertai PAS dan kerana itu saya anggap ia laporan yang tidak boleh dipercayai,” katanya.Ketua penerangan PAS dan ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar ketika dihubungi berkata, beliau tidak tahu mengenai laporan tersebut.“Saya tidak tahu laporan tersebut betul atau tidak,” katanya lagi.“Kalau (mereka) jumpa PAS, saya tahu. Kalau jumpa Amiruddin, saya tidak tahu.”
SEDAR PUN ORANG DAH TAK NAK ..
Jumaat, 11 April 2008
Runtuhnya Islam kerana amalan dan akhlak penganutnya
Setiap anak sejak dilahirkan, ibu bapanya mempertaruhkan nasibnya kepada Allah selaku Pencipta supaya anaknya selamat, ini dapat dilihat dari pelaksanaan syariat azan dan iqomat pada kedua-dua telinga anak, bertujuan supaya si anak itu mempunyai hubungan dengan Tuhannya. Tidak cukup dengan itu, Islam mengajar kita supaya memahami konsep ibadat solat serta falsafah pelaksanaanya, bermula dengan surah al-Fatehah yang menjadi rukun dalam solat, ia mempunyai mesej tersendiri untuk melahirkan insan muslim yang hanya takut kepada Allah SWT. Tetapi apabila dirujuk kepada kehidupan orang Islam hari ini, menggambarkan bahawa mereka bagaikan tiada hubungan dengan Islam pada sebahagian tuntutannya. Apa yang pernah ditegah oleh nabi s.a.w 1429 tahun yang lalu muncul kembali, lelaki muslim berpakaian seperti wanita, sebaliknya wanita muslimah bagaikan lelaki dan banyak lagi, menggambarkan realiti umat Islam yang tidak boleh menjadi contoh kepada yang lain. Fenomena ini berlanjutan dan memberi kesan negatif kepada semua pihak, samada peringkat golongan pemerintah, karyawan, pekerja, ibu-bapa, golongan pelajar dan sebagainya. Jelas sekali kehidupan secara tidak Islam telah menguasai cara bertutur, berfikir, berkomunikasi, berpolitik, berkeluarga, berumah-tangga, berekonomi dan banyak lagi termasuklah bidang hiburan yang mendapat tempat dalam masyarakat. Aspek hiburan yang sudah banyak lari konsepnya dari apa yang diketengahkan oleh Islam, ianya tidak ditegur oleh pihak berkuasa khususnya pada "dress code" para artis. Gambar-gambar mereka yang mendedahkan aurat memenuhi ruang akhbar, gambar kulit majalah, tv dan sebagainya tanpa segan silu, mereka dianggap idola oleh sesetengah pihak.
Kadang-kadang gelagat mereka memperlihatkan kecetekan ilmu agama yang tidak sepatutnya ditonjolkan buat tatapan umum. Ini dapat dilihat dalam persembahan para artis menerusi konsert yang sekali dipandang menyerupai artis-artis barat iaitu dari segi pakaian, watak dan sebagainya yang tidak melambangkan insan yang bertamadun. Sekiranya hal ini berpanjangan, dikhuatiri masyarakat bukan Islam menilai bahawa Islam juga membenarkan umatnya berhibur secara keterlaluan, dan secara tidak langsung menyumbang kepada tidak minat mereka kepada Islam, kerana tidak ada perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam. Justeru pihak berkuasa mestilah memainkan peranan penting bagi memastikan agar anak-anak muda yang menceburi bidang hiburan ini diasah dengan kefahaman Islam yang betul, supaya matlamat hidup mereka menepati tujuan asal penciptaan mereka. Apabila Islam dijadikan sandaran hidup setiap muslim dengan segala kesungguhan, pasti bumi yang dipijak ini akan menaungi manusia dengan hukuman yang seadil-adilnya
Sayang... PAS dan PKR tidak menang di Melaka - Betty Chew
MELAKA, 11 April (Hrkh) - Betty Chew bukan nama kecil dalam arena politik Melaka. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana itu memikul tanggung jawab sebagai Ketua Pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka, penggal lalu. Tapi bagi penggal ini, anak penarik beca dari Durian Daun, Melaka itu menolak apabila dicalonkan kerana kesibukan tugasnya sebagai wakil rakyat, isteri kepada Ketua Menteri dan ibu kepada lima anak yang sedang membesar. Walaupun bertubuh kecil dan menjadi ibu kepada lima anak berumur 8 hingga 15 tahun, isteri Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ini tidak kekok untuk menjuarai isu-isu rakyat di negeri Hang Tuah itu. Kerjaya politiknya bermula pada 1999 setelah beliau terpilih sebagai Adun Durian Daun, Melaka. "Sayanglah, PAS dan PKR (KeADILan) tak menang (di Melaka) pilihan raya lalu," katanya ketika memulakan bual bicara dengan Harakah di pejabat guamannya di Melaka Raya. "Awak kena balik Melaka lah, kita sama-sama kerja lawan BN," katanya berseloroh setelah diberitahu penulis berasal dari Melaka. Perbualan kami sering diganggu dengan nada dering telefon bimbitnya. Ada yang merungut kerana gagal menghubungi Guan Eng yang kini menerajui pentadbiran kerajaan Pulau Pinang. "Dia sentiasa sibuk dengan program sekarang. Awak kena hubungi dia melalui setiausahanya. Nanti saya berikan nombor hubungan beliau," katanya dalam bahasa Inggeris kepada pemanggil itu. Betty mengakui banyak perubahan yang berlaku pada keluarganya selepas pilihan raya umum, 8 Mac lalu. Berkahwin dengan Lim Guan Eng pada 1989, beliau tidak menyangka bertemu jodoh dengan lelaki dari 'keluarga politik'. Guan Eng pada waktu itu Ahli Parlimen Kota Melaka manakala bapa mentuanya Lim Kit Siang ialah Ketua Pembangkang Dewan Rakyat. "Bagaimana puan menguruskan hal ini. Puan Adun di Kota Laksamana, Melaka sedangkan Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang, bila puan dan Guan Eng berjumpa?" soal Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman. Betty terdiam sambil menguntum senyum... "Kami sedang berusaha untuk memikirkan cara terbaik... saya sendiri tak sangka begini... saya tak jangka (DAP) boleh menang banyak," katanya jujur. "Semasa pilihan raya dulu Guan Eng di mana?" soal Lutfi. "Dia di Penang," jawab Betty. "Puan di mana?" soal Lutfi lagi. "Saya di Melaka," ujarnya sambil ketawa. Menurut Betty, Guan Eng menghubunginya beberapa kali semasa penjumlahan undi untuk bertanyakan keadaan di Melaka. Betty mengakui tidak tentu arah dan 'takut' apabila diberitahu DAP menang semua kerusi yang ditandingi di Pulau Pinang. "Kita hanya yakin menang di Bagan tetapi tidak di seluruh (kerusi yang ditandingi DAP) Pulau Pinang. Peluang menang 50-50," jelasnya.
Rabu, 9 April 2008
PERGH.... UNTUNG BESAU
Pakatan Rakyat tuntut kerusi Timbalan Speaker Dewan Rakyat
Rabu, 09 April 2008
KL: Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas sedang berusaha meyakinkan kerajaan supaya membenarkan sekurang-kurangnya satu daripada dua jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat diisi oleh seorang anggota yang dipilih daripada pembangkang. Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, berkata langkah ini perlu bagi menggambarkan keadaan sebenar dalam Parlimen selepas pilihan raya umum baru-baru ini apabila parti pembangkang memenangi 82 kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) iaitu 140 kerusi.Dalam pilihan raya itu, BN buat kali pertama, gagal memperoleh majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. “Kami akan meyakinkan kerajaan dalam usaha untuk berlaku adil kepada semua parti. Sekurang-kurangnya satu jawatan Timbalan Yang Dipertua diwakili oleh pembangkang. Ini akan memberikan gambaran yang lebih adil,” katanya hari ini.Timbalan Yang Dipertua perlu dipilih daripada anggota Dewan Rakyat dan jawatan itu sebelum ini disandang oleh anggota yang dipilih daripada BN selaku parti yang memerintah — Datuk Lim Si Cheng daripada MCA (BN-Kulai) dan Datuk Dr Yusof Yacob daripada Umno (BN-Sipitang).Lim dan Dr Yusof tidak bertanding dalam pilihan raya umum, baru-baru ini
Selasa, 8 April 2008
TAN SRI KHALID LEPAS JAWATAN MP ??
KUALA LUMPUR, 4 April: MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim disebut-sebut akan meletakkan jawatannya sebagai anggota Parlimen Bandar Tun Razak bagi membolehkan Datuk Seri Anwar bertanding dalam pilihan raya kecil di situ dan seterusnya memimpin Pakatan Rakyat secara rasmi. Selepas menang, Anwar dijangka akan secara rasmi menjadi Pengerusi Pakatan Rakyat (ringkasnya Pakatan) yang telah dibentuk oleh PAS, PKR dan DAP baru-baru ini. Anwar akan tamat tempoh sekatan aktif politiknya pada 15 April ini. Bagaimanapun, pilihan raya kecil hanya akan boleh diadakan selepas 8 Ogos 2008 iaitu enam bulan selepas pilihan raya umum ke 12 baru-baru ini. Menjelang waktu itu, Anwar mempunyai beberapa cara untuk dilantik sebagai pemimpin negara termasuklah dilantik sebagai senator.Bekas Pengarah PEGAWAI PPD sertai PAS
Majlis berlangsung di Dewan Orang Ramai Jeram Mengkuang. Penyerahan borang keahlian PAS dan borang penyertaan Kelab Penyokong PAS dilakukan Adnan kepada Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Nor Azli Musa. Beliau yang ditemui selepas majlis penyerahan borang keahlian PAS itu memberitahu pernah menjadi Ketua Penerangan Umno cawangan pada 1982.
"Pada tahun 1983 saya tidak dipanggil ke mesyuarat cawangan dan setelah diselidiki rupanya surat lambat dihantar kepada saya; ini tindakan sabotaj untuk pastikan saya tidak dapat hadir ke mesyuarat itu," katanya. Apabila Umno masuk ke Sabah pada awal tahun 1990-an beliau adalah antara orang yang terlibat. "Saya bersara dari Pengarah Pendidikan Perak pada 2004 dan bercadang bergiat di peringkat cawangan; sekali lagi saya dihalang malah pengikut saya seramai 40 orang tidak didaftarkan, saya cukup kecewa," jelasnya. Beliau mengakui membantu jentera gerak gempur BN bagi mempastikan calon PAS kalah pada pilihan raya umum 2004 sehingga menyebabkan tiga Adun dan dua ahli Parlimen PAS gagal mengekalkan kerusi yang dimenangi pada 1999. Menurut Adnan, hilang keyakinan kepada Umno mendorong beliau menyertai PAS. Semasa berucap, dua kali beliau terpaksa memberhentikan ucapan kerana sebak mengenangkan peristiwa lalu. "Saya ini banyak buat salah, menukarkan guru-guru ke tempat yang jauh; saya ingin menebus kesalahan saya, kerana itulah saya menyertai PAS, bimbinglah saya sekeluarga," katanya dengan nada sayu. Beliau berjanji akan berjuang bersama PAS, dan menawarkan khidmat sekiranya diperlukan. "Saya boleh berperanan mengikut keupayaan saya, peranan yang kecil pun tidak apa; jangan jadi Umno langsung tidak memberikan ruang kepada saya untuk menabur khidmat," ujarnya. -
BETAH PENDEKARSERKAM:
AGAK-AGAK PEGAWAI PPD MELAKA BERANI BUAT TAK MACAM NIE ?? TEPUK DADA TANYA IMAN DAN AIMAN ... AIMAN TAK KISAH ..
Kampus Universiti Al-Azhar di Rembau
KALAU DIA NAK BALIK .... KALAU TAK NAK ???
KISAH SEDIH DIK SUFIAH DI LONDON
Biau Betul nih ??


Maka ramai-ramailah kita tengok siapa yang sanggup mati kerana Idris Jusuh dan sejauh mana Partrick Badawi sanggup taja semua perbelanjaan. Kesimpulan semua wakil rakyat Terengganu itu yang dah macam anjing kepada Partick Lim dan Wan Farid bila agaknya nak menggigit kaki Idris Jusoh.
Itulah Sang Kelembai yang saya kenal, rupanya Abang Zaharin akhirnya keletihan dan kini memilih untuk kembali mengucup dan mencium Dollah yang beliau popularkan sebagai Abdullah Hj Ahmad (kata beliau mana ada Badawi dalam IC nya) itu. Lalu apa lagi nak dikata. Selamat jalan Abang, semoga Abang berjaya dalam bahtera "titanic" (artikel terakhir beliau bertajuk Umno dan "titanic" nya) Abang itu. Senang-senang boleh kita minum teh tarik, nak dengar cerita baru Abang.
JOM TUKAU LAH ..
Jom Ke Jamuan Rakyat PAS Melaka
Menurut Setiausaha PAS Melaka, Harun Mohamed, aturcara pada sebelah petang akan dimulakan dengan jamuan kepada semua hadirin yang hadir manakala pada sebelah malamnya pula diadakan ceramah umum yang membariskan penceramah terdiri daripada calon bukan Islam PAS, Kumutha Raman; Ahli Parlimen Kota Melaka, Goh Leong San (DAP); Pengerusi KeADILan Melaka, Khalid Jaafar; Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mahfodz Mohamed dan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman. "Di samping meraikan petugas pilihan raya jamuan ini juga diadakan sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah mengundi calon-calon Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu," katanya. Sebarang pertanyaan boleh dibuat di talian 019-6675521 atau 06-2841780.
Press Statement Presiden PAS
PAS melihat kabinet baru Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ini lebih merupakan kabinet untuk menyelamatkan kedudukan politik beliau sebagai PM dan Presiden Umno dan bukannya untuk membina Malaysia yang baru.Nama-nama yang telah diumumkan itu kebanyakkannya merupakan mereka yang setia dengan Abdullah manakala mereka yang dikira rapat dengan Timbalan Presiden Umno Dato Seri Najib Tun Razak telah dicantas. Perlantikan beberapa Senator untuk menganggotai kabinet khasnya dari kalangan pimpinan Umno membuktikan yang Abdullah menganggap bahawa ahli-ahli Parlimen Umno yang lain yang telah berjaya dalam pilihan raya umum lalu sebagai tidak layak untuk duduk di dalam kabinet. PAS juga mendapati kabinet ini turut dianggotai oleh tokoh-tokoh yang moral dan kebersihannya sangat diragukan oleh rakyat dan ini sudah pasti tidak akan membantu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerjaaan BN. Bagi PAS kabinet baru Perdana Menteri ini tidak memiliki kekuatan untuk mengubat ketidakpuasan hati rakyat yang telah diterjemahkan melalui keputusan PRU ke-12 lalu. Abdullah jelas tidak mengambil iktibar dari kemerosotan sokongan rakyat terhadap beliau itu dan diyakini melalui kabinet ini beliau akan terus mengulangi kesilapan dan kelemahannya yang lalu.DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Jom Kita Check Semula
Tetapi apa yang terjadi kepada Abu Lahab setelah baginda meningkat dewasa dan dilantik pula menjadi Rasul terakhir, beliaulah orang yang paling keras menentang kebenaran yang dibawa oleh anak saudaranya sendiri. Inilah yang terjadi kepada kebanyakan umat Islam dalam negara kita, pada waktu pagi berarak, dan di waktu petang hari melakukan tindakan yang menentang Islam dengan penganjuran program maksiat seperti membenarkan konsert Akademi Fantasia 6 disiarkan menerusi Astro dua hari selepas berarak (22 Mac 2008). Tidakkah golongan seperti ini perlu memerhatikan ayat Allah menerusi surah Ali Imran ayat 31 yang bermaksud: Katakanlah Wahai Muhammad (kepada umatmu) Jika kamu cintakan Allah, maka ikutlah aku, pasti Allah cinta kepada kamu. Dalam ayat 21 surah al-Ahzab, Allah menegaskan bahawa: Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh teladan ikutan yang baik. Sementara dalam ayat 8 surah as-Soff maksudnya: Dialah (Allah) mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dengannya dapat mengalahkan agama seluruhnya walaupun tindakan baginda itu tidak disukai oleh golongan orang-orang musyrikin. Apabila kita merujuk kepada ketiga-tiga ayat di atas, yang menganjurkan kepada kita agar mencintai baginda, menjadikan baginda contoh teladan, membawa petunjuk ke jalan kebenaran, dan banyak lagi, tetapi adakah kita telah mengikut saranan ayat-ayat di atas. Umat hari ini selepas berarak, mereka membenci sunnah-sunnah Nabi, sebagai contoh melantik para pemimpin yang tidak menjalankan hukum-hukum Allah sampai hari ini walaupun negara sudah merdeka lebih lima puluh tahun. Mereka juga tidak menjadikan baginda Rasulullah s.a.w sebagai contoh dalam segenap aspek kehidupan sebagai muslim, ini termasuk dalam aspek pentadbiran negara, institusi kewangan, kemasyarakatan, persekitaran dan lain-lain, semuanya diikat dengan sistem Sekularisme, Kapitalisme dan lain-lain. Malah mereka juga tidak yakin bahawa agama Islam adalah agama yang betul dengan prinsip rukunnya yang lima, hingga mencipta satu agama baru "Islam Hadhari" dengan prinsip yang sepuluh dengan pelbagai alasan. Dalam Islam, perkataan Islam dan Iman tidak boleh dipisahkan bagaikan aur dengan tebing, jadi kalau ada Islam Hadhari, mestilah juga ada istilah Iman Hadhari, Islam Hadhari diterjemahkan dengan Islam yang bertamadun, ini menunjukkan ada lagi istilah Islam yang tidak bertamadun. Inilah yang dikatakan bahawa kalau tidak mahu terima Islam sebenar, itu adalah haknya untuk menolak, tetapi jangan sampai mengajak orang ramai (rakyat) menentangnya juga. Ingatlah apa yang pernah diungkapkan oleh Saidina Omar Bin al-Khattab: "Dulu kami adalah golongan yang hina kerana menolak Islam, kemudian Allah muliakan kami dengan Islam, tetapi apabila jika kami mencari kemuliaan selain daripada Islam, pasti Allah akan timpakan penghinaan atas diri kami"
Bee End cuba main api ..
Kerajaan Pulau Pinang akan menubuhkan 'Majlis Silatulrahim Antara Agama' bagi merealisasikan situasi sekarang kerana rakyat melihat perkembangan baik untuk melahirkan pendekatan antara kaum. Ini kerana, setiap pendekatan PAS ada persamaan yang boleh digerakkan bersama kerajaan negeri selain bertindak merancang sebagai halatuju. Sementara itu, Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya menegaskan, Malaysia memerlukan satu gagasan di bawah Pakatan Rakyat bagi mengimbangkan kesedaran rakyat dalam pilihan raya umum ke-12 lalu. Sekarang ini tidak timbul lagi ketakutan orang Islam mengundi DAP atau bukan Islam mengundi PAS. Atas rasa kepentingan penyatuan berada dalam satu gagasan, PAS tetap berpendapat ia amat wajar diadakan bagi menghadapi BN yang semakin rapuh. "Kunjungan hormat saya pada hari ini juga inginkan satu pendekatan bersama bagi menyelamatkan rakyat sekaligus membawa rakyat ke satu tahap yang membanggakan, " tegasnya yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu. Hadir serta bersama rombongan kunjung hormat pagi tadi ialah Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman; Setiausaha PAS Negeri, Fazhil Kemi dan Ketua Penerangan PAS Negeri, Haji Halim Saleh
NUMRAM BUAT DAJAL ???
Khamis, 3 April 2008
"Dr Mahathir kebal" Mat Taib

“Tapi sekarang perbuatan sama dilakukan, dan orang tak berani cadang, sebab pemimpin itu pemimpin besar, yang terang menyokong pembangkang, tetapi siapa berani cadang supaya diambil tindakan disiplin.“Inilah keadilan politik hari ini, sekali lagi Pak Lah jadi mangsa kerana yang salah ialah Pak Lah,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.Beliau mengulas mengenai tindakan disiplin yang boleh diambil ke atas Dr Mahathir yang menggesa Abdullah bertanggungjawab atas kemerosotan prestasi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-12 baru-baru ini.
AMK gesa Abdullah jangan letak jawatan
Abdullah semalam memberitahu media bahawa beliau tidak akan lari daripada tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri."Saya masih di sini. Saya masih di sini. Saya masih di sini. Mereka semua membuat spekulasi. Saya larilah. Saya letak jawatan. Kenapa perlu saya letak jawatan."Kerajaan saya mendapat majoriti besar (walaupun) bukan dua pertiga tetapi amat kukuh... itulah sokongan yang diterima. Takkan saya nak lari, tinggal saya punya tanggungjawab," katanya.
Pecah lagi ...
Fauzi yang terkenal pada tahun 2000 kerana membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Besar Pahang Tan Sri Khalil Yaakob atas dakwaan terbabit dengan penyelewengan kawasan balak, digugurkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dalam pilihan raya 2004.
Sebelum Anwar dipecat, Fauzi merupakan ahli Parlimen Temerloh dan sering dikaitkan sebagai salah seorang penyokong setia Anwar. "Beliau memang orang Anwar, selepas Anwar dipecat, beliau dipanggil oleh pemimpin tertinggi Umno untuk mengesahkan Anwar terlibat dalam aktiviti tidak bermoral, tetapi beliau enggan dan akhirnya digugurkan dari senarai calon ahli Parlimen BN dalam pilihan raya 1999, tetapi bertanding di peringkat Dun di Pahang. "Ketika itulah beliau membuat laporan polis berkaitan rasuah Khalil Yaakob yang sehingga kini tidak dinyatakan hasil siasatannya,"kata sumber. Menurutnya lagi, pengaruh bekas timbalan menteri terbabit akan digunakan untuk memperkukuhkan KeADILan Pahang. "Insyallah, Anwar sendiri yang akan mengumumkan penyertaan tokoh terbabit," ujarnya. Sementara ada laporan menyatakan bahawa salah seorang anak Fauzi, Mohamad Farhan merupakan pengasas Kelab Penyokong Anwar Ibrahim di Malaysia. Beliau yang kini melanjutkan pelajaran di London juga merupakan antara pengerak utama KeADILan antarabangsa.
Remaja dan perbezaan pendapat
SETIAP makhluk ciptaan Allah mempunyai keunikannya yang tersendiri yang membuatkannya berbeza antara satu dengan yang lain.Penciptaan manusia juga terkandung diversiti sama ada dari segi luaran mahupun dalaman. Semua ini merupakan tanda kebesaran Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana dalam penciptaan alam. Kepelbagaian yang wujud turut merangkumi perbezaan pendapat atau persepsi di kalangan manusia itu sendiri dalam pelbagai perkara. Fenomena ini sebenarnya merupakan satu rahmat buat manusia ke arah mencapai kemaslahatan hidup.Persoalannya ialah bagaimana kita hendak menanggapi perbezaan pendapat yang berlaku agar penyelesaian konflik tercapai, kesyumulan agama terdukung dan perpaduan terpelihara. Hal ini tentunya memerlukan kebijaksanaan kita dalam menginterpretasi dukungan fikrah terhadap realiti semasa yang serba mencabar.
Mengenali pemikiran sehala, dua hala
Pemikiran sehala menjadikan seseorang itu hanya berfikir bahawa hanya pendapatnya sahaja yang betul dan tidak memandang kepada pendapat orang lain. Hal ini mendorong ke arah pemikiran yang tidak kreatif dan cepat berasa tersinggung jika pendapatnya disanggah. Pemikiran dua hala berlaku apabila terdapat perbezaan atau pertambahan pendapat terhadap suatu isu pokok yang diutarakan. Pendapat yang pelbagai dalam sesebuah perbincangan akan menjadikan perbincangan tersebut lebih terisi dan sudut pandangannya akan menjadi lebih luas.
Kaedah berbeza pendapat pula mestilah selari dengan adab-adab supaya apa yang disampaikan lebih mudah difahami pihak yang mendengar serta tercapai matlamat perbincangan untuk menemui kesimpulan bersama.
Dalam usaha kita untuk mencapai kesepakatan berkenaan sesuatu perkara, Islam menganjurkan kita melakukan kegiatan bermusyawarah. Dengan bermusyawarah maka kita dapat mempertimbangkan pelbagai saranan bersama hujah dibawa. Natijahnya keputusan terbaik mungkin dapat dicapai serta mendapat sokongan semua pihak terlibat.
Dalam surah Ali Imran ayat 159 Allah berfirman yang bermaksud: Dan bermesyuaratlah dengan mereka, dan apabila kamu telah berazam, bertawakkallah kepada Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT menyukai orang-orang yang bertawakal.Melalui musyawarah yang diadakan, ahli musyawarah perlu berniat ke arah mencapai kesepakatan dan kemaslahatan yang lebih baik. Ketua atau amir yang dipilih akan menerangkan isu yang ingin diperbincangkan. Amir akan meminta pendapat atau cadangan semua pihak sebelum keputusan akhir ditentukannya. Dalam hal ini, amir bertawakal dalam mengambil keputusan untuk dipatuhi dan disokong oleh ahli-ahli musyawarah tersebut.Dalam sesebuah perbincangan yang melibatkan sekurang-kurangnya dua pihak, keterbukaan pemikiran kedua-dua belah pihak adalah perlu dalam usaha mencapai kesepakatan dalam perkara yang diperbincangkan.Ini memerlukan pihak pertama untuk memberi peluang dalam menyuarakan sudut pandangannya dan pihak kedua pula berusaha mendengar dengan niat memahami dan menilai. Setelah tamat penjelasan pihak pertama, barulah pihak kedua memberi pendapat supaya pihak pertama pula dapat memahami perspektif pihak kedua. Sekiranya kedua-dua belah pihak lebih cenderung menyampaikan pendapat masing-masing tanpa mahu berusaha mendengar atau memahami antara satu sama lain, maka ia hanya menjadi perdebatan yang mungkin tidak sampai ke penghujungnya. Diyakini bahawa apabila satu pihak mula bertoleransi untuk mendengar, pihak yang lagi satu pula akan menyusul untuk turut sama mendengar pendapat pihak yang pertama tadi.
Kita perlu menyuarakan pandangan kita secara berasas, yakni berdasarkan fakta atau bukti yang benar yang boleh menguatkan hujah kita. Hujah tanpa sandaran bukti atau dalil sebenarnya melemahkan penegasan hujah itu sendiri. Perbezaan pendapat juga harus berlandaskan kepada nilai keilmuan serta kekuatan akal yang mahu berfikir serta merenung dan bukan semata-mata berpandukan kepada emosi. Hal ini kerana seandainya emosi menjadi sandaran tunggal maka perkara yang ternyata baik serta benar mungkin ditolak hanya kerana ia dianjurkan oleh pihak yang berlainan pendapat tadi. Justeru adalah penting untuk kita melengkapkan diri dengan ilmu yang berkaitan agar pendapat yang dihujahkan itu mempunyai asas dan kredibiliti untuk dipertimbangkan serta diterima oleh pihak lain.
Yang berbeza tetap berbeza
Namun tidak semua perkara perlu menjurus kepada persamaan, yakni yang mana boleh diterima kita terima, dan yang berbeza akan tetap berbeza. Dalam anutan akidah khasnya, sudah tentu kita berbeza dengan yang bukan Muslim. Firman Allah melalui ayat kelima surah Al-Kafiruun yang bermaksud: Bagi kamu agamamu dan bagiku agamaku. Bab akidah merupakan perkara pokok dan muktamad yang tidak boleh wujud perbezaan di kalangan umat Islam yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dalam hal cabang atau furu', perbezaan pendapat atau khilaf berkenaan pentafsiran sesuatu perkara mungkin berlaku di kalangan ulama yang berusaha berijtihad sebaik mungkin. Bukan semua perkara yang berasal dari Barat itu dapat diterima secara bulat-bulat tetapi bukan semuanya perlu ditolak sepenuhnya. Apa yang hadir dari Barat tetapi tidak bercanggah dengan ajaran Islam, seharusnya ia dipelajari dan diperkembangkan. Sebagai contoh, sifat ketekunan masyarakat Barat dalam menuntut ilmu seharusnya dicontohi dan diasimilasikan ke dalam kehidupan seharian seorang Muslim. Islam sendiri sebenarnya amat menggalakkan umatnya untuk menyuburkan budaya keilmuan agar kemajuan tercapai demi manfaat sejagat. Pada masa yang sama remaja Islam harus membina kekuatan ilmu yang berpandukan Al-Quran dan Sunah supaya ia menjadi benteng dalam menepis serangan pemikiran (ghazwatul fikr) yang bercanggah dengan ajaran Islam. Kini terdapat segelintir tokoh-tokoh Barat yang berusaha menerbitkan karya-karya yang menyinggung sensitiviti umat Islam di seluruh dunia. Sememangnya dalam hal ini kita perlu bangkit untuk membela kesucian agama Islam yang tercinta. Di samping bantahan yang mungkin bersifat defensif atau menghukum, kita juga perlu menganalisis faktor wujudnya persepsi negatif mereka terhadap agama Islam, adakah ia semata-mata berpunca daripada rentetan emosi kebencian terhadap Islam atau mungkin turut berpunca daripada kejahilan mereka berkenaan ajaran Islam yang sebenar.Justeru situasi yang tegang seperti mutakhir ini juga perlu dijernihkan dengan pendekatan yang bersifat berhemah serta mendidik seperti penganjuran dialog antara agama dan tamadun agar yang jelas berbeza dihormati bersama dan yang bersifat sejagat didukung bersama.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, perbezaan pendapat merupakan satu lumrah dalam kehidupan manusia seharian. Islam telah menggariskan adab-adab dalam perbezaan pendapat yang sememangnya bertujuan mencapai kemaslahatan bersama.
Dalam kita menyuarakan bantahan kepada tindak tanduk Barat yang melampaui batas terhadap Islam, kita juga perlu membina kekuatan umat serta memperluaskan dakwah demi menjamin kesejahteraan umat dan ketinggian syiar Islam dalam jangka panjang.
Selasa, 1 April 2008
Rakyat Selangor 20 meter padu air free mulai 1 Jun... Datuk Ali boleh bagi ker ??
Semua pengguna air bagi rumah kediaman di Selangor akan mendapat bekalan air 20 meter padu secara percuma mulai 1 Jun depan. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri telah mengkaji rancangan membekalkan 20 meter padu air secara percuma kepada isi rumah di negeri itu seperti biasa melalui pembekalan air terawat oleh syarikat Syabas, dan mendapati ia boleh dilaksanakan bagi meter individu untuk pengguna kediaman.“Kerajaan negeri Selangor membuat keputusan untuk melaksanakannya bermula pada 1 Jun 2008,” kata Khalid dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat menteri besar hari ini.“Kerajaan negeri telah membuat kajian berhubung mekanisme untuk melaksanakan dasar ini dan sedang menimbangkan mekanisme terbaik bagi menjaga kepentingan kerajaan negeri, alam sekitar dan orang ramai.“Tujuan kerajaan negeri memperkenalkan dasar ini ialah bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah,” katanya.Justeru, tambah beliau, rakyat masih perlu mengamalkan penggunaan air secara berhemah serta bertanggungjawab bagi mengelak pembaziran sumber agar sumber air negeri Selangor dapat dipelihara dalam jangka masa yang panjang.“Bagi membantu usaha ini, kerajaan negeri turut akan memperkenalkan langkah mempelbagaikan sumber bekalan air secara menyeluruh dalam masa terdekat,” katanya.
UMNO KECOT ......
PAKATAN RAKYAT GANTI BARISAN RAKYAT
Mereka berkata, nama tersebut dicadangkan sementara menunggu pengesahan parti-parti terbabit.
Majlis Kepimpinan
Menurut kenyataan itu lagi, Pakatan Rakyat berikrar untuk melindungi hak-hak dan kepentingan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, sepertimana yang terkandung dalam Perlembagaan.Berikutan itu, kata mereka, kerajaan-kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor akan dikenali sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat."Dasar-dasar kerajaan-kerajaan negeri berkenaan akan dijalankan mengikut dasar-dasar yang dipersetujui Pakatan Rakyat," kata kenyataan itu lagi. Menurutnya lagi, bagi mengukuhkan lagi kefahaman bersama mengenai dasar-dasar berkenaan, satu konvensyen wakil rakyat Pakatan Rakyat akan diadakan pada 27 April depan.Bagi mengukuhkan struktur Pakatan Rakyat, sebuah Majlis Kepimpinan ditubuhkan, yang dianggotai pemimpin tiga parti berkenaan.Di samping itu, kata kenyataan itu lagi, Urusetia Bersama, yang dianggotai tiga pemimpin dari setiap parti terbabit, turut ditubuhkan dengan tugas untuk membina asas dan rangka kerja Pakatan Rakyat untuk disahkan oleh Majlis Kepimpinan.
Stadium Melawati bergegar dengan laungan takbir, reformasi, Makkal Shakti
SHAH ALAM, 1 April (Hrkh) - Jika selama ini Stadium Melawati bergema dengan tepukan dan sorakan penyokong pelbagai jenis sukan, tetapi malam 31 Mac terukir dalam sejarah, stadium tersebut bergema laungan 'Allah Hu Akbar', 'Reformasi' dan 'Makkal Shakti'.Laungan suara rakyat menandakan berakhirnya penyeksaan selama mereka khususnya rakyat Selangor berada di bawah pemerintahan BN-Umno. Lebih 25,000 rakyat membanjiri stadium yang hanya menyediakan 15,000 kerusi. Stadium yang selama ini dijadikan tempat bermain badminton telah bertukar wajah. Dari wajah bersorak tanpa mengenal batas pergaulan, muslimin dan muslimat bersatu hati rukuk dan sujud menunaikan solat Isyak dan Hajat yang dipimpin oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Lagu Negaraku dan Bersatulah (lagu PAS) turut dinyanyikan dengan penuh semangat oleh lebih 25,000 hadirin. Kelihatan bendera PAS, KeADILan dan DAP berkibar di segenap penjuru. Sungguh menakjubkan. Wajah-wajah yang hadir dalam program Himpunan Rakyat kelihatan ceria. Lebih 20 bas persiaran, kilang dan sekolah berada di tempat letak kenderaan bersebelahan stadium. Bukan hanya rakyat Selangor bahkan Kelantan; Pahang; Negeri Sembilan; Johor; Wilayah Persekutuan dan Terengganu turut hadir dalam program tersebut. Mereka mahu bersama meraikan kemenangan Selangor walaupun di bawah Pakatan Rakyat. Turut hadir dalam program gilang gemilang itu antaranya, To' Puan Zainab Awang (isteri Presiden); Ketua Muslimat Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan; ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Mohamad Ghazali; ahli Parlimen dan Adun PAS Selangor.
Semua pimpinan yang berceramah sepakat mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Selangor yang memilih PAS, KeADILan dan DAP dalam pilihan raya, 8 Mac lalu. Tuan Guru Abdul Hadi dalam ceramahnya mencadangkan agar satu gagasan pakatan politik baru ditubuhkan bagi mendepani cabaran politik baru di Malaysia. Katanya, Pakatan Rakyat yang terdiri daripada gabungan PAS, KeADILan dan DAP yang diberikan mandat besar wajar menghulurkan tangan kepada rakan-rakan dalam BN khasnya wakil-wakil rakyat Umno, MCA, MIC dan Gerakan. Menurut beliau, ia perlu dilakukan supaya bersama-sama menyertai gagasan politik baru bagi membina negara yang lebih selamat, sejahtera dan makmur. Beliau yang juga ahli Parlimen Marang dan Adun Rhu Rendang berkata, ternyata hasil gelombang kebangkitan rakyat dalam pilihan raya lalu, BN semakin dipinggirkan dan tidak relevan dalam arus politik negara. Katanya, gagasan pakatan itu perlu menyemak semula dengan meminda atau menghapuskan mana-mana undang-undang dan peraturan yang zalim dan mendiskriminasi terutamanya ISA, Auku, OSA dan sebagainya. Beliau berharap gagasan itu perlu segera melakukan reformasi terhadap amalan demokrasi dalam negara dengan memulihkan proses pilihan raya sebagaimana yang dituntut rakyat dan badan-badan bukan kerajaan khususnya yang melibatkan bidang tugas dan operasi SPR. Presiden PAS turut menekankan supya Badan Pencegah Rasuah (BPR) diberi kebebasan sebagai sebuah agensi pencegahan rasuah yang efektif dan tidak mengamalkan pendakwaan terpilih. Katanya, keyakinan rakyat terhadap badan kehakiman negara dengan memastikan ianya benar-benar bebas dan tidak tertakluk kepada mana-mana badan atau kuasa politik juga perlu dikembalikan. Kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim turut menyentuh jiwa rakyat Selangor apabila beliau memulakan ucapan dengan menyanjung pengorbanan rakyat untuk menyokongnya. "Kalau tidak ada tuan-tuan, saya tidak ada di sini, jadi saya terhutang budi, budi ini sangat besar, saya dan rakan-rakan akan balas, insya-Allah," luah beliau pada awal ucapan. Beliau yang berbaju Melayu kuning itu melahirkan ketakutan dengan kepercayaan Presiden PAS yang menyokongnya menjadi Menteri Besar Selangor. Di hadapan puluhan ribu rakyat beliau berjanji akan memansuhkan undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), akta percetakan dan penerbitan. Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyatakan kemenangan rakyat Selangor membuktikan bahawa suara rakyat negeri termaju itu telah dapat disatukan. Katanya, tiga parti yang berbeza fahaman dan agama PAS, KeADILan dan DAP dapat bersatu dan bekerjasama untuk menjamin keadilan rakyat. Beliau yang juga ahli Parlimen Bachok berkata, setelah 50 tahun merdeka dan 12 kali rakyat menghadapi pilihan raya baru kali ini rakyat berani membuktikan kebenaran. "Orang sudah tidak guna dacing saya yakin dalam pilihan raya ke-13 keris dan dacing akan dicampak oleh rakyat," katanya sambil disambut sorakan dan laungan takbir. Menurut beliau, bukan sahaja rakyat tidak percaya dengan Umno bahkan pimpinan mereka sendiri turut tidak mempercayai kredibiliti pimpinan parti itu. Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Ali turut memperkenalkan ahli Parlimen, Adun serta exco PAS. Dalam ceramah itu beliau berjanji semua wakil rakyat akan berusaha melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab secara adil dengan menghapuskan segala kezaliman yang menjadi amalan pimpinan BN-Umno. "Kita akan pastikan tiada seorang pun rakyat Selangor sama ada kaum India dan Cina yang diketepikan haknya," katanya. Dalam mesyuarat pertama exco di pejabat SUK beliau rasa terharu dengan kesungguhan Menteri Besar sendiri yang membaca doa. Beliau yang diamanahkan menjadi exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam berkata; "Saya terharu mendengar bacaan doa beliau seolah-olah beliau menahan air mata, air mata untuk menjadi hamba rakyat'. Sehubungan itu tambah beliau, kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor tidak mempunyai erti jika Allah tidak menyayangi dan mencintai hamba-Nya. Pengarah program, Dr Osman Sabran menyatakan setelah 50 tahun Umno-BN memerintah barulah rakyat Selangor dapat menikmati hak mereka yang dinafikan oleh pimpinan kerajaan. Beliau mengingatkan ahli dan pimpinan PAS, KeADILan dan DAP perlu sepakat dan bersatu hati menjaga harta benda yang selama ini dirampas oleh BN. Program berikut dijangka pada 3 Mei di Stadium Melawati, antara penceramahnya Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.
FILEM HINA ISLAM: MAHATHIR GESA DUNIA ISLAM BOIKOT PRODUK BELANDA

UCAPAN EXCO PALING BENGAP ..
“Saya berpendapat pelajar berkenaan tidak seharusnya menjadikan isu kemiskinan hidup sebagai alasan untuk ponteng sedangkan kerajaan menyediakan pelbagai bantuan untuk membela nasib pelajar miskin,” katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan pelajar tingkatan tiga Norsahalan dari Rumah Awam Chenderah, Jasin, di sini yang mendakwa hanya ke sekolah dua kali seminggu berikutan ketiadaan wang tambang bas dan wang belanja sekolah akibat kedaifan keluarga hingga menyebabkan beliau terpaksa `ponteng’ sekolah.Malah ibu pelajar terbabit, Mesah Yahaya, 53, berkata, masalah anaknya itu sudah berlarutan tujuh tahun lalu selepas suaminya menghilangkan diri.Beliau turut mendakwa, tidak mampu memberikan wang tambang bas dan wang saku bagi membolehkan anaknya ke sekolah setiap hari kerana gajinya sebagai pengawal keselamatan tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan sekolah.Yaakub berkata, beliau tidak tahu perkara sebenar yang berlaku ke atas pelajar terbabit sehingga kerap tidak ke sekolah.“Dalam hal pelajar berkenaan, saya berpendapat ia berpunca daripada masalah keluarga. Bagaimanapun dia perlu merujuk masalah ini kepada wakil rakyat untuk mendapatkan bantuan,” katanya.
