Followers

Rabu, 31 Oktober 2007

kisah Babi lagi ...

Isu babi di Melaka jelaskan kelemahan pemimpin Umno

MELAKA, 31 Okt (Hrkh) - Pemimpin Umno dilihat lemah dan gagal menyelesaikan isu babi walaupun sudah 50 tahun merdeka menyebabkan penduduk sekitar yang berharap menyambut hari raya pada kali ini tanpa menghidu bau najis babi hanya tinggal harapan.
Menurut Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, sebenarnya isu babi ini bukan pemimpin Umno yang bangkitkan walaupun sudah 50 tahun berlarutan tetapi Karam Singh Walia yang bangkitkan.
"Selesaikan isu babi dulu! Najib di Kuala Lumpur kata dah selesai, kamu apa tahu kapal selam pun tak selesai rasuahnya dan Ali Rustam sampai sekarang tak jawab," kata beliau ketika berceramah di Sebatu, di sini, baru-baru ini.


Beliau berkata,"Saya tanya orang yang bekerja di pejabat Tanah Alor Gajah, mereka kata kami dah keluar surat ustaz, tapi ada campur tangan politik, ini rasuah."
Sambil itu, beliau meminta BPR melakukan siasatan terhadap Majlis Perbandaran Alor Gajah kerana tidak mengambil tindakan walaupun diketahui penternakkan babi tersebut tidak mempunyai lesen sehingga menjadi kawasan babi yang terbesar di Asia Tenggara.
"Bercakap membela Melayu tapi kes babi tak selesai, pemimpin Umno hipokrit, ini maruah pemimpin Umno bila kebesaran Allah tidak dihayati dan tuan- tuan jangan seronok dapat bantuan sikit nanti bila kena batang hidung sendiri baru tahu," katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa Umno telah menipu dari dulu lagi dan itulah sebabnya sekarang ramai orang tidak pandai membaca Al-Quran kerana sistem yang dipertahankan Umno menyamakan pendidikan Islam dengan lukisan dalam peperiksaan di sekolah kerajaan.
"Sebab dengan ada suara PAS baru Umno buat Islam kalau tidak mereka lagi bermaharajalela, jagan kata anjing menyalak bukit takkan runtuh, betul takkan runtuh tapi ular sawa atas tu lari, rimau lari.
"Kalau tidak dia asyik baham hak orang saja, kita ambil contoh tentang penyelewengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), setelah kita desak baru mereka beritahu bahawa pegawai yang mereka lantik tidak amanah kalau tak desak dia diam saja," katanya.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri Melaka bersetuju untuk melanjutkan tarikh akhir pemindahan lebihan ternakan babi di Paya Mengkuang, Alor Gajah, Melaka sehingga 31 Mac tahun depan.
Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa khas kabinet mengenai isu babi, yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak

Selasa, 30 Oktober 2007

Masalah diskriminasi tidak pernah wujud ???

BUKIT PAYUNG, 29 Okt.: Kerajaan Negeri Melaka yakin masalah diskriminasi seperti membezakan jurang atau menganaktirikan setiap lapisan masyarakat di negeri ini tidak pernah timbul.Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, sebarang permasalahan utama berkaitan keperluan asas seperti keadaan rumah dan kedudukan ekonomi masyarakat sentiasa dipantau dari semasa ke semasa.Jika dilihat, pada tahun ini, ujarnya, kerajaan negeri juga telah menyusun pelbagai program dan agenda khususnya kepada masyarakat dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi dan pendidikan menjelang Melaka Maju 2010.Sebagai contoh, Mohd Ali berkata, kerajaan negeri menawarkan bantuan pinjaman pendidikan kepada anak-anak yang kurang mampu untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S) dan membina rumah bagi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk mereka yang memerlukan.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bersama Masyarakat Orang Asli di Bukit Payung, Alor Gajah dekat sini, semalam.Sehubungan itu, menurutnya, masyarakat Orang Asli di negeri ini sewajarnya memanfaatkan segala jenis peluang yang ada sebaik mungkin untuk menjadi masyarakat yang berdaya saing serta mempunyai modal insan yang tinggi."Usaha kerajaan Malaysia untuk menjana pembangunan modal insan adalah satu usaha terpuji malah masyarakat Orang Asli disaran agar turut sama membabitkan diri untuk sama-sama maju ke hadapan bersama masyarakat lain di negara ini,"katanya.Jelasnya, masalah dari segi kemudahan infrastruktur dan prasarana seperti bekalan elektrik, bekalan air dan jalan raya kini sudah berjaya dipenuhi oleh kerajaan negeri. Beliau berharap, masyarakat Orang Asli dapat mengenal jati diri mereka dan seterusnya berusaha meningkatkan taraf sosial kehidupan masyarakat mereka di mana pendidikan dan kesihatan merupakan dua faktor utama yang boleh membawa kualiti serta pembangunan masyarakat Orang Asli ke tahap yang lebih membanggakan."Sekiranya ia berjaya dilaksanakan...tidak mustahil jika ada antara masyarakat Orang Asli akan menjadi seorang angkasawan yang bakal mengharumkan nama negara menjelang 2020,"katanya.

Ucapan Ali Rustam Hanya Setaraf JKKK Kampung






Marah benar pemimpin dan ahli Parti Progresif Rakyat (PPP) kepada Naib Presiden Umno, Datuk Mohd Ali Rustam yang mengecam parti komponen Barisan Nasional (BN) tersebut dalam ucapannya ketika perhimpunan PPP Melaka baru-baru ini.Oleh kerana marahnya mereka, satu aduan telah dikemukakan kepada Pengerusi BN, Imam Badawi Wal Hadhari.
Satu sumber PPP memberitahu media bahawa pegawai dari Jabatan Perdana Menteri mahu mendapatkan bukti rakaman video ucapan Mohd Ali itu.
Sumber itu berkata, para pegawai PPP telah cuba meminta ahli-ahli parti itu atau individu lain yang mempunyai rakaman ucapan Mohd Ali itu supaya tampil kehadapan.
Bagaimanapun, sumber itu berkata, para pegawai Jabatan Perdana Menteri tidak akan menghadapi masalah untuk mendapatkan bahan buktinya kerana terdapat lebih 500 saksi yang mendengar ucapan Mohd Ali itu.
Sebelum ini, sumber-sumber media telah mengesahkan bahawa Mohd Ali telah meminta mereka supaya tidak melaporkan bahagian ucapan itu. Nampaknya Ali Rustam ini merupakan pemimpin yang pengecut, dah kecam baru takut, akhirnya minta media sembunyikan fakta.
Rabu lalu, akhbar the Sun melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Minister Abdullah Ahmad Badawi telah mengarah para pegawainya supaya menyiasat ucapan Mohd Ali itu sewaktu merasmikan konvensyen PPP Melaka pada 15 Oktober lalu.
Malangnya berbahasa Melayu yang sememangnya 'penjilat' Umno no.1 tidak menyiarkan berita ini sebagaimana The Sun.
Mohd Ali didakwa membuat ucapan yang mengecam PPP kerana "mengugut" kerajaan BN untuk mendapatkan lebih banyak kerusi dalam pilihanraya umum akan datang.
Para saksi berkata, beberapa ahli parti itu bertindak meninggalkan dewan kerana membantah ucapan Mohd Ali itu.
Mohd Ali berkata, PPP boleh keluar dari BN.
Sambil menuding jari ke arah para pewakilan, beliau berkata mereka semua boleh keluar dari BN, sama ada hari ini atau esok dan mengapa harus menunggu hingga pilihanraya umum.
Kecewa dengan ucapan terbuka Mohd Ali yang merupakan pemimpin ketiga tertinggi Umno, PPP telah membuat aduan rasmi kepada Abdullah, yang juga presiden Umno, beberapa hari kemudiannya.
Hasil siasatan tersebut dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MT).
UNTUK MAKLUMAN PPP, PAS MELAKA SUDAH MASAK DENGAN PERANGAI ALI RUSTAM YANG LEBIH MESRA DENGAN PANGGILAN ALI KETAM. (SEPIT SANA SEPIT SINI).
UCAPAN-UCAPAN ALI RUSTAM SAMA TARAFNYA DENGAN UCAPAN PENGERUSI JKKK KAMPUNG. SEBAB ITULAH SEBELUM PILIHANRAYA 2004 DAHULU ALI RUSTAM MENGARAHKAN JENTERA UMNO MENGACAU CERAMAH PAS. DI MANA ADA CERAMAH PAS, DI SITU UMNO AKAN BUAT CERAMAH DALAM JARAK YANG SANGAT HAMPIR. KADANG-KADANG SEBELAH RUMAH SAHAJA. ALI RUSTAM SENDIRI AKAN TURUN BERCERAMAH UNTUK MENGACAU CERAMAH PAS. UCAPANNYA LEBIH TERUK DARI UCAPAN PENGERUSI JKKK. SEHINGGA SEMASA BELIAU MENGACAU CERAMAH PRESIDEN PAS DI JASIN BELIAU SANGGUP BERKOKOK MACAM AYAM JANTAN. INILAH TARAF SEORANG PEMIMPIN UMNO BERJAWATAN NO. 3 DALAM UMNO.

Dr. Mathitah Kena Bedal ???


KUALA LUMPUR, 29 Okt (Hrkh) - Suasana Parlimen yang agak hambar pada awalnya bertukar menjadi sedikit 'kecoh' apabila Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri Dato' Dr Mashitah Ibrahim dikritik kerana gagal menjawap soalan dengan tepat dan mengundang kemarahan beberapa ahli parlimen yang lain.Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen yang sebelum ini mengemukakan pertanyaan kepada Perdana Menteri tentang berapakah jumlah peruntukan untuk ahli Parlimen bagi kawasan Parlimen Bandar Kuching dalam tahun 2003 hingga 2007 yang telah dipohon dan dikeluarkan termasuk senarai kos projek dan badan yang telah menerima peruntukan tersebut dan jumlah masing-masingnya.
Namun setelah Mashitah menjawab, Chong Chieng membidas dan merasa kecewa kerana soalan yang ditanya tidak dijawab dengan betul, sekadar secara umum malah tanpa butiran terperinci seperti yang diminta.
Jawapan Mashitah ini dilihat seolah-olah cuba mengelak daripada memberi jawapan secara terperinci, katanya.
"Siapakah penerima peruntukan? Saya minta satu senarai. Saya difahamkan setiap 'state development officer' negeri mendapat peruntukan untuk pembangunan rumah RM3 juta dan adakah peruntukan di Bandar Kuching disalurkan?" katanya yang tidak berpuasa hati dengan penjelasan Mashitah.
Mashitah yang kemudiannya menjawap bahawa beliau akan memberi jawapan bertulis kepada soalan tersebut dan turut menafikan dakwaan tentang peruntukan pembangunan perumahan yang disebut oleh ahli parlimen DAP itu.
Chong Chieng kemudian bingkas bangun dan menyatakan rasa kesangsiannya bagaimana Mashitah boleh menafikan dakwaannya sedangkan beliau sendiri tidak memberi jawapan secara tepat.
"Tanpa membuat sebarang siasatan, YB kata saya salah tentang peruntukannya RM 3 juta, jika salah apakah angka sebenarnya?" soal beliau lagi yang mahu penjelasan.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bukit Mertajam Chong Eng yang turut mencelah kesal kerana setiap kali soalan ditanya lazimnya dijawab secara ringkas dan seolah-olah menyembunyi sesuatu.
"Saya hairan mengapa tidak ada jawapan, kerana soalan telah diberikan beberapa bulan lalu sampai sekarang tak boleh beri senarainya?" kata Chong.
Suasana dewan menjadi sedikit hingar-bingar apabila kedua-dua pihak ahli parlimen kerajaan dan pembangkang cuba meluahkan rasa tidak puasa hati atas situasi yang berlaku yang kemudiannya cuba ditenangkan oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Ramli Ngah Talib
"Adakah dia memang tak mahu membekalkan 'detailnya' dan apakah sebabnya? Ini tidak telus," katanya dan Speaker juga turut menjelaskan bahawa Mashitah sudah berjanji akan mengemukakan jawapan bertulis.
Celah Chong pula:" apa yang kita tak tanya, dia jawab, yang kita tanya dia tak jawab."
Dewan Rakyat hari ini menyaksikan sesi perbahasan sedikit hambar pada sebelah paginya memandangkan kurang kehadiran ahli-ahli parlimen yang hanya mencecah sekitar 30 ke 40 orang sahaja, dan ada kalangan pemerhati berpendapat berkemungkinan ahli-ahli parlimen masih dalam 'mood' hari raya Aidilfitri biarpun pelbagai isu nasional perlu dibahaskan demi kepentingan rakyat jelata.
Lebih mengecewakan beberapa ahli parlimen yang mengemuka pertanyaan bagi jawapan lisan pada sesi perbahasan pagi ini juga tidak hadir sehingga mengundang Speaker mengeluarkan arahan untuk mencacat rekod kehadiran mereka. - mks.

SPR dah bersedia jika PRU 12 November Ini..

Kamarulzaman Pid
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah bersedia mengendalikan pilihan raya umum ke-12 jika ia diadakan pada November ini."Saya sudah bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bulan lalu dan menyatakan kesediaan SPR menganjurkan pilihan raya bila-bila masa November ini."Perdana Menteri nampak gembira apabila mendapat tahu kita sudah bersedia menghadapi pilihan raya," kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.Beliau berkata, dakwat khas yang akan digunakan buat pertama kali dalam pilihan raya umum negara ini juga sudah dibeli dan dihantar ke seluruh negara bersama peralatan lain secara berperingkat.
"Kita juga akan mula menggunakan dakwat khas untuk mengecap ibu jari pengundi ketika proses pilihan raya, semua sudah dibeli.Dari aspek kelengkapan, sudah hampir 100 peratus siap," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri SPR 2007 di sini, semalam.Hadir sama, Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor.Pada pilihan raya umum akan datang, seramai 10,516,256 pengundi yang mendaftar dengan SPR layak mengundi.Abdul Rashid berkata, SPR akan mengeluarkan garis panduan mengenai pemasangan poster, kain rentang dan bendera parti yang perlu dipatuhi semua parti politik bertanding pada pilihan raya umum akan datang.Ketika diminta menjelaskan peraturan itu, Abdul Rashid memberi alasan pihaknya mahukan pilihan raya umum akan datang dijalankan dalam suasana lebih berdisiplin dan aman."Selepas pilihan raya kecil di Pengkalan Pasir (Kelantan) dulu, saya melihat keadaan poster yang tidak terkawal, jadi kita nak kurangkan masalah perang poster ini."Kemudian kita mengkaji dengan mendalam, dan kita berbincang juga dengan parti politik dan rata-rata dipersetujui bahawa harus ada satu bentuk kawalan untuk menggunakan poster dalam dalam pilihan raya umum ini."Jadi, kita sudah sediakan satu garis panduan untuk ini dan garis panduan ini akan dikeluarkan tidak lama lagi oleh urus setia yang akan bertemu parti politik dan memberi keterangan selanjutnya mengenai garis panduan itu," katanya. Abdul Rashid menjelaskan bahawa antara inti pati garis panduan yang akan diumumkan itu meliputi had bilangan peralatan kempen pilihan raya seperti poster yang akan digunakan parti politik sepanjang tempoh kempen dijalankan."Kita hadkan jumlah poster dan kita tentukan di mana dan bagaimana ia mahu digantung."Selain itu, sebagai contoh kita juga akan mengehadkan bilangan bendera yang dipasang di kereta kepada hanya tiga bendera saja kerana sebelum ini, ahli parti politik memasang terlampau banyak bendera di kereta masing-masing," katanya.Beliau berkata, bagi tujuan pemasangan poster juga, parti politik akan diberi panduan untuk tujuan itu bagi mengelakkan berlakunya masalah di antara parti politik yang bertanding."Semua orang akan mendapat keadilan, tidak perlu lagi bertelagah untuk mendapatkan ruang untuk menggantung poster dan peralatan kempen serta banyak duit yang boleh dijimatkan," katanya.Abdul Rashid berkata, kerajaan sudah bersetuju dengan langkah yang akan diurus dan dikawal SPR itu."SPR mempunyai unit penguatkuasaan sendiri ketika pilihan raya dan mereka akan memantau sama ada garis panduan itu dipatuhi atau sebaliknya," katanya.

23 pelatih keracunan makanan??

MELAKA: Seramai 23 pelatih wanita yang mengikuti kursus di Pusat Latihan Kemas Bukit Baru, dekat sini terpaksa dikejarkan ke Hospital Melaka secara bergilir-gilir selepas mengadu sakit perut dipercayai akibat keracunan makanan, malam kelmarin.Bagaimanapun, semua wanita terbabit yang berusia antara 20 dan 34 tahun hanya dirawat sebagai pesakit luar selepas menerima rawatan dan pemeriksaan di hospital berkenaan.Jurulatih pusat berkenaan, Ridzuan Isa, 24, berkata pelatih terbabit mula dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan secara berperingkat mulai jam 10 malam hingga 1 tengah malam.Katanya, pelatih wanita yang lain juga mengadu mengalami masalah sama tetapi tidak mendapatkan rawatan apabila keadaan mereka pulih selepas makan ubat.
Beliau berkata, sebelum itu, pada tengah hari, seramai 62 pelatih wanita menghadiri jamuan hari raya yang diadakan Ahli Majlis di kawasan Masjid Tanah dengan menaiki enam van."Sekembalinya daripada jamuan itu ada di antara pelatih mengadu sakit perut dan sering ke tandas mulai jam 4 petang."Pada mulanya, kejadian itu tidak membimbangkan. Bagaimanapun, kejadian itu menjadi serius apabila tiga pelatih wanita mula mengalami muntah dan cirit-birit."Berikutan itu, kami membuat keputusan membawa mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Himpunan 10 November, semua disaran hadir - Dr Hatta

JASIN, 29 Okt (Hrkh) - Semua rakyat digesa datang beramai-ramai untuk berhimpun pada 10 November ini bermula pada jam 3 petang di Dataran Merdeka dan kemudian akan berarak menuju ke Istana Negara bagi upacara penyerahan memorandum menuntut pilihan raya bersih kepada Yang diPertuan Agong.

Menurut Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, kebebasan bersuara atau berhimpun secara aman sangat penting untuk kita junjung kerana kalau ianya disekat negara akan jadi autokratik serta pemimpin tidak boleh ditegur.
"Himpunan 10 November ini tuan-tuan kena hadir, jangan takut kerana ini hak kita untuk berhimpun secara aman dan setakat ini kita tiada mendengar apa-apa halangan dari pihak pemerintah.
"Kalau boleh tuan-tuan datang satu hari lebih awal kerana kita akan adakan satu perhimpunan di Taman Melewar bagi memberi taklimat akhir pada malam itu dan InsyaAllah kita akan buat sikit jamuan rakyat untuk para peserta," katanya ketika menyampaikan ceramah berkenaan isu semasa di Pulai, di sini.
Beliau menjelaskan,"Kerana apa kita mahukan 100 ribu, kerana kita hendakkan supaya ini jadi suara rakyat yang ramai bagi menuntut perjalanan pilihan raya yang bersih dan adil kerana ianya merupakan satu daripada aktiviti dan ciri proses demokrasi".
"Kalau ia berjalan dengan adil kita sebagai peserta pilihan raya akan menerima keputusan walaupun ia tidak memihak kepada kita, tapi kita tidak rela kalau dalam pilihan raya kalah kerana tindakan yang tidak adil dan penipuan seperti yang berlaku pada 2004.
"Kita tak boleh terima ini, bukan kita nak berarak marah nak mengamuk pada sesiapa tapi sebab kita sangat tak puas hati, kalau ini keaadaannya kita akan mempunyai satu kerajaan yang dipilih secara tidak sah dan bila ini berlaku kita akan tengok kerajaan itu tidak berwibawa," katanya.
Beliau menambah,"jadi pada 10 November ini seluruh parti politik alternatif dan NGO akan turun beramai-ramai untuk berhimpun, kita akan pakai baju warna kuning sebagai lambang pembebasan suara rakyat". - mns

PM perguna JPM habiskan wang rakyat siasat Ali Rustam

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Hrkh) - Baru-baru ini akhbar The Sun melaporkan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarah para pegawainya supaya menyiasat ucapan Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam sewaktu merasmikan konvensyen Parti Progresif Penduduk (PPP) Melaka pada 15 Oktober lalu.

Berita berkaitan kemudiannya turut disiarkan oleh beberapa media yang menyebut mengenai Pegawai Jabatan Perdana Menteri (JPM) di bawah arahan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno telah bertemu dengan beberapa individu tertentu untuk menyiasat perkara tersebut.
"Ini jelas salah guna kuasa, bagaimana mungkin pegawai kerajaan yang dibayar gaji menggunakan wang cukai dan hasil negara dipergunakan untuk menyiasat krisis dalaman parti politik,"kata Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin kepada Harakahdaily semalam.
Kata Badrul Hisham, Umno, PPP mahupun BN ialah parti politik yang seharusnya terpisah dari kerajaan kerana negara ini bukan negara komunis satu parti yang tidak memisahkan kerajaan dan parti 'komunis' memerintah.
Sama ada PM secara sedar menyalahgunakan kuasanya atau PM sendiri tidak memahami sistem bagaimana negara ini harus dikendalikan, katanya.
Tindakan salah guna kuasa ini seharusnya dikecam dalam keadaan pentadbiran PM yang lemah dan rakyat semakin terhimpit, katanya.
Seharusnya PM menggunakan seluruh tenaga pegawai di bawahnya untuk memperbaiki pentadbirannya dan mencari jalan penyelesaian masalah yang terkait terus dengan rakyat terbanyak, bukan membuang masa menyelesaikan masalah dalaman parti politik, ujarnya.
Selain membazirkan guna tenaga pegawai tersebut, siasatan tersebut juga melibatkan elaun tambahan, katanya.
"Lebih jauh lagi hasil siasatan pasukan pegawai JPM yang secara salah guna kuasa diarahkan oleh PM itu tidak mampu mengubah apa-apa. Ini semua terjadi kerana kelemahan PM dan pemimpin di bawah beliau bertindak sendirian kerana mula hilang rasa hormat terhadapnya yang dilihat sebagai Presiden Umno paling lemah dalam sejarah,"ujarnya.
Jika benar Abdullah mempunyai kredibiliti selaku Presiden Umno atau Pengerusi Barisan Nasional (BN) beliau digesa memanggil sahaja Ali Rustam untuk memberikan penjelasan, katanya.
"Tidak perlu salah guna kuasa dan bazirkan wang rakyat bentuk pasukan penyiasat gunakan pegawai JPM.PM juga menyedari hakikat ini tetapi beliau terpaksa menyalahguna kuasa mengarahkan pegawai JPM untuk konon menyiasat untuk meredakan PPP, khususnya Presiden PPP Dato' M.Kayveas yang juga Timbalan Menteri di JPM," ujarnya.
Badan Pencegah Rasuah (BPR) seharusnya bertindak terhadap perkara ini, yang merupakan salahguna kuasa dan jika ini dibiarkan ia akan menjadi contoh negatif kepada rakyat, katanya.
Sementara itu dalam satu laporan akhbar internet semalam, Ali Rustam dikatakan tidak pernah mengeluarkan kenyataan meminta PPP keluar dari Barisan Nasional (BN) jika parti itu tidak puas hati, kata seorang pegawai Pejabat Ketua Menteri Melaka.
Dalam laporan itu, pegawai tersebut sebaliknya mendakwa pihak media telah tersilap melaporkan ucapan Ali di konvensyen PPP Melaka, 15 Oktober lalu.
"Ali tidak pernah berucap meminta PPP keluar dari BN tetapi pihak media melaporkan sebaliknya, antaranya Malaysia Today dalam laporannya yang bertarikh 20 Oktober," katanya.
Pegawai tersebut berkata, beliau sendiri hadir di majlis tersebut dan mengikuti ucapan Ketua Menteri Melaka itu ketika merasmikan konvensyen PPP Melaka pada 15 Oktober lalu.
"Tidak masuk akal bagi Dato' Seri Mohd Ali, selaku Naib Presiden Umno yang paling kanan, untuk mengecam dan mengugut parti komponen BN supaya keluar dari gabungan itu,"katanya. - mks.

Aurat wanita 'dera' emosi kaum lelaki - Nik Aziz


KOTA BHARU, 30 Okt (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata aurat kaum wanita yang terdedah secara meluas adalah suatu 'penderaan emosi' yang jarang dibincangkan dalam mana-mana perbincangan akademik.
Tambah beliau, perbincangan tentang penindasan tidak boleh dilihat daripada bentuk penderaan fizikal semata-mata.


"Lazimnya, kita selalu melihat kes penderaan kanak-kanak dan isteri dalam rumah tangga yang mudah kelihatan oleh mata, tapi penderaan emosi ke atas kaum lelaki tidak dilihat. "Solat tidak khusyuk malah tidur kita juga kerap terganggu. Jadi, inilah penderaan emosi ke atas kaum lelaki, tapi tidak ramai dibincangkan dalam bentuk intelektual,"kata beliau dalam persidangan Skima di sini anjuran pertubuhan NGO-NGO Muslim baru-baru ini.
Tambah beliau, melalui kuasa politik yang dicapai oleh PAS Kelantan, maka kerajaan di bawah pimpinannya berusaha menerapkan beberapa nilai Islam semampu mungkin.
"Dalam pelaksanan sistem Islam, Kerajaan Kelantan cukup menekan dalam segala aspek. bermula dari pembinaan infrastruktur sehinggalah kepada hal penjagaan aurat.
"Kita perlu faham bahawa kita berada di bumi Islam, makanya sistem Islam itu perlu dilaksanakan secara menyeluruh," kata beliau.
Menurut beliau, sikap enggan melaksanakan pemerintahan Islam bermula daripada sikap manusia pemimpin yang tidak reda, tidak rela atau berpuas hati menjadi seorang Muslim.
"Secara tidak sedar mereka sebenarnya memang tidak berpuas hati dengan hukum Allah. Mereka tak sedar nikmat bernafas, makan, minum dan mereka hidup di atas di bumi-Nya, tapi tidak mahu mengikut suruhan Allah.
"Ini menandakan mereka tidak reda dengan Allah, tapi mereka ingat selama ini mereka telah reda. Kalau mereka reda, ertinya mereka akan guna hukum-hukum Allah ini.
"Kita selalu menyebut, aku reda Allah sebagai Tuhanku, dan Islam sebagai ad-Deen dan Muhammad sebagai nabi dan rasul, tetapi sejauhmanakah penghayatan ke atas lafaz itu?" tambah beliau lagi.
Menurutnya, perbincangan mengenai aspek pemurnian dalam institusi kehidupan seperti ekonomi, pendidikan, siasah dan sosial tidak terpisah dengan dosa, pahala, syurga, neraka dan alam akhirat.
"Kalau kita ingat ini semua, maka setiap langkah pentadbiran kita akan menjurus kepada keharmonian hidup bukan sahaja di dunia, malah di akhirat.
Nik Abdul Aziz sebelum itu tidak dapat memberi ucapan pada malam sebelumnya kerana sedikit keuzuran akibat 'salah bantal'. Beliau bagaimanapun akhirnya dapat bersama para peserta keesokannya bagi menggantikan ucapan beliau yang tertunda.
"Saya sebenarnya dah tiba semalam, minum bersama semua. Tetapi, kerana sakit akibat 'salah bantal', akhirnya saya terpaksa minta diri untuk pulang. Jadi, saya mohon maaf.
"Ini pun penyakit kita juga. Suka salahkan orang lain. Kita sendiri yang salah letak bantal hingga leher sakit, tapi bantal pula yang dipersalahkan," katanya diiringi ketawa hadirin. - mks.

Antara imam 5 minit dan imam 5 tahun

Umar Abdul Aziz (daripada Dinasti Umaiyah) yang kerap dianggap Khalifah Al-Rasyidin ke-5 (selepas Khalifah Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali), memerintah dua tahun enam bulan saja (99-101 Hijrah). Menurut buku Sejarah, ketika pemerintahannya tiada orang layak menerima zakat. Ini menunjukkan negara penuh barakah. Demikian begitu berkesan dan adilnya beliau mentadbir negara. Tetapi selepas kematiannya, ada ulama besar bermimpi bertemu Umar Abdul Aziz dalam kepayahan yang amat sangat. Berpeluh-peluh dirinya. Lencun pakaiannya. Dalam mimpinya itu, ulama berkenaan bertanya mengapa Umar berkenaan begitu. Umar menjawab dia sedang dihisab mengenai pemerintahannya. Katanya, tempoh dia memerintah singkat saja (dua tahun enam bulan) tetapi sudah dihisab 12 tahun lamanya. Itulah yang menyebabkan dia bermandi keringat. Demikian kisah ini dibawakan oleh Tuan Guru dalam kuliah mingguannya di sebuah masjid di selatan tanah air baru-baru ini. Saya yang mendengar kuliah itu membuka telinga besar-besar apabila Tuan Guru menyatakan kehairanan mengapa ramai orang berebut-rebut menjadi pemimpin sedangkan pemimpinlah yang paling berat disoal di akhirat kelak. Katanya, Khalifah Al-Rasyidin sungguh takut memegang jawatan itu. Tetapi disebabkan amanah daripada umat Islam, mereka menerimanya. Kata Tuan Guru, Umar Al-Khattab menjadi gementar dan takut jika ada keldai mati tidak terurus di tebing Sungai Furat di Iraq kerana sebagai pemerintah, perkara sekecil itu pun akan diletakkan di pundaknya. Sekali pun keldai itu di Iraq yang ribuan kilometer dari Madinah, Umar menjadi begitu bimbang. Pemimpin beramanah menangis ketakutan apabila dipikulkan jawatan ke pundaknya. Pemimpin hari ini pula ketawa berdekah-dekah dan mengadakan jamuan dan pesta sempena kemenangannya menjadi wakil rakyat, ahli Parlimen dan menteri. Terbayanglah impian menjadi kenyataan untuk memiliki kuasa besar, pangkat besar, gelaran besar, rumah besar (mahligai) dan kereta besar tetapi isteri tetap mahu yang comel!
Tuan Guru berkata, semua golongan daif seperti anak yatim, ibu tunggal, orang miskin dan orang berhutang menjadi kewajipan pemimpin dan kerajaan untuk menanganinya. Berat, sungguh berat, kata Tuan Guru. Di akhirat kekal, golongan ini akan memegang pemimpin. Tiada peluang pemimpin hendak melarikan diri.
Pemimpin dan kerajaan bertanggungjawab ke atas rakyatnya. Pemerintah bukan boleh buat sesuka hati ke atas dana rakyat. Itu wang rakyat, bukan mereka punya harta. Setiap apa yang dikutip daripada rakyat (misalnya zakat) perlu diagihkan kepada golongan yang berhak menerimanya. Jika mereka tidak menerimanya, mereka akan tuntut di akhirat kelak. Masa itu hendak dibayar dengan apa, sebab dinar, dolar dan ringgit tidak ada lagi!
Dua tahun enam bulan saja Umar Abdul Aziz jadi pemerintah, begitu teruk dia melalui pemeriksaan. Berdasarkan ini, wahai pemimpin, Muslimin dan Muslimat (termasuk diri saya sendiri), bayangkanlah kepayahan yang akan kita hadapi nanti. Bagaimana kita mahu menjawab dakwaan orang-orang teraniaya.
Bagaimana pemimpin mahu menjawab dakwaan Si Melan yang kisahnya disiarkan dalam rancangan Bersamamu. Bagaimana pemimpin mahu menjawab dakwaan Si Samad yang disumbat dalam Kem Kamunting kerana kes ISA. Bagaimana pemimpin mahu menjawab derita Si Ani, anak Si Samad yang beraya tanpa bapa di sisi buat sekian kalinya?
Bagaimana pemimpin mahu menjawab dakwaan Nurin, Nurulhuda dan ramai lagi bahawa pembunuh berlegar-legar kerana hukum Islam tidak terlaksana?
Bagaimanapun, pemimpin tidak berada di puncak kuasa tanpa campur tangan rakyat. Ini zaman moden, bukan zaman feudal di mana seseorang menjadi pemimpin dengan kekuatan pedangnya. Pada zaman ini orang mengundi untuk memilih pemimpin.
Dalam bab memilih pemimpin ini, saya tertarik dengan pandangan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman. Katanya memilih pemimpin adalah seperti memilih imam sembahyang. Masa imam sembahyang 5 minit saja (satu waktu) manakala imam negara (pemimpin) 5 tahun.
Dalam salah satu ceramahnya, Ustaz Abdul Ghani berkata: Kalau pilih imam solat, wah, kita cari orang yang betul-betul baik. Orang yang betul-betul kita yakini. Kita tak pilih orang kaki judi. Kita tidak pilih kaki botol.
“Bagaimanapun apabila lantik pemimpin, ini imam juga, kita pilih yang tak baik. Kita pilih yang rasuah. Kita pilih yang tak amanah. Imam sembayang lima minit aja, tapi kita nak yang terbaik, tapi imam di luar sana, masanya panjang, mungkin lima tahun (satu penggal pilihan raya), takkan kita nak serahkan nasib kita pada pemimpin jenis ini. Hah, nanti di akhirat nanti ikutlah pemimpin jenis ini.Betul juga, kalau pemimpin tidak menunjukkan contoh baik, bagaimana dapat dilahirkan masyarakat yang baik.
Jika imam masjid saja dipilih di kalangan orang baik-baik sedangkan di luar sana penyamun dan perasuah dijadikan pemimpin, maka akan lahirkan umat yang baik semasa di masjid (atau ketika solat saja), tapi apabila keluar daripada lingkungan itu, mereka tidak lagi kenal batas dosa atau pahala.
Dikhuatiri itulah masyarakat yang kita lahirkan hari ini, buktinya anak-anak semakin kurang ajar, rasuah dan maksiat bermaharajalela manakala kebajikan tidak dipandang sebelah mata.

Selasa, 9 Oktober 2007

Perkampungan Artis: Ali Rustam nafi hak rakyat

ALOR GAJAH, 9 Okt (Hrkh) - Tindakan Ali Rustam melalui Yayasan Negeri Melaka menawarkan 130 ekar tanah untuk dibangunkan sebagai Perkampungan Artis boleh diibaratkan 'kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan'.

Sepatutnya kerajaan negeri merancang penggunaan tanah secara bijak memandangkan keluasannya yang terhad dan mengkaji kesannya dari pelbagai aspek sosial, budaya atau moral bagi jangka masa panjang akibat gejala memuja hiburan melampau khususnya kepada golongan muda.
Menurut Ketua Dewan Ulamak PAS Melaka, Ustaz Zulkifli Ismail, tindakan tersebut bercanggah dengan Islam sedangkan masih ramai rakyat yang lebih memerlukan tanah dinafikan hak mereka dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya.
Selain itu katanya,"Tindakan itu akan menggalakkan dan menyuburkan kemungkaran dan masiat yang sememangnya budaya kebanyakan artis".
"Ianya juga menggambarkan mentaliti pemimpin yang suka berhibur dan tidak prihatin dengan jenayah, akhlak dan moral rakyat yang semakin hari semakin merudum.
"Sepatutnya pemimpin lebih peka dan bersikap sensitif kerana antara yang menyumbang maksiat ialah golongan artis barat dan tanah air yang gagal menjadi contoh kepada masyarakat," kata beliau.
Beliau menambah, "Kerajaan menggalakkan pemujaan artis dan peniruan cara hidup barat yang jelas terpesong dari Islam serta mewujudkan satu aktiviti kurang bermoral".
Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam berkata, projek pembangunan hartanah terbaru oleh Kerajaan Negeri Melaka yang dinamakan Melaka Indah itu membabitkan keluasan berjumlah 130 ekar.
"Selain perkampungan tersusun, kita juga akan membina studio penggambaran, pentas untuk membuat persembahan dan kemudahan perfileman bersesuaian dengan matlamat kita untuk menjadikannya sebagai Perkampungan Artis," katanya.
Mohd Ali berkata, kewujudan Perkampungan Artis nanti akan memberikan nilai tambah terhadap pembangunan Melaka Indah yang seterusnya menjadi tarikan pelancongan terbaru di negeri itu.

Isnin, 8 Oktober 2007

Beberapa amalan menghidupkan malam, pagi raya Aidilfitri

Dalam beberapa hari lagi Ramadan yang mulia akan melabuhkan tirainya yang menandakan berakhirnya kemuliaan bulan ini dan disusuli pula dengan kedatangan Hari Raya Aidilfitri, atau menurut bahasa Arabnya ialah ‘Idul Fitri yang bermaksud kembali kepada fitrah.
Ini kerana sepanjang sebulan di bulan Ramadan, seseorang itu telah memenuhkan agenda bulan tersebut dengan pelaksanaan amal ibadat yang mampu menjadikannya sebagai hamba Allah yang terbaik seperti membaca dan bertadarus al-Quran, bersolat jamaah sama ada solat-solat fardu dan tarawih, bersedekah, beriktikaf dalam masjid, memberi atau menyediakan juadah berbuka puasa kepada mereka yang berpuasa dan banyak lagi.
Seolah-olah amalan yang dilakukan itu menjadikannya bersih serta suci bagaikan anak-anak kecil yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu mereka, inilah yang dikatakan kembali kepada fitrah, selagi mana seseorang tidak memelihara fitrah selepas Ramadan, maka tidak mustahil fitrah dirinya terdedah kepada virus yang menjerumuskannya ke dalam lembah kehinaan.
Walau bagaimanapun kejayaan mentarbiahkan diri sebulan pada bulan Ramadan dan berakhir dengan sambutan Aidilfitri, tidak disia-siakan kerana Allah SWT memuliakan mereka dengan hari raya seperti yang diungkapkan-Nya menerusi ayat 185 surah al-Baqarah yang bermaksud: "Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadan dan supaya kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid serta Takdis kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur."
Sesungguhnya umat Islam merayakan hari raya ini dengan penuh kesyukuran dan dengan pelbagai jenis amal bakti yang diredai oleh Allah SWT, di antaranya solat Hari Raya, ziarah menziarahi di antara sesama mereka, bersedekah dan lain-lain lagi.
Kemuliaan Hari Raya
Kemuliaan Hari Aidil Fitri diterangkan oleh Allah di dalam Al-Quran dan oleh Rasulullah di dalam beberapa hadisnya.
Oleh itu umat Islam amat digalakkan untuk menghidupkan malam Hari Raya sama ada Hari Raya Puasa atau Hari Raya Korban.
Sehubungan dengan inilah Allah berfirman di dalam Al Quran menerusi ayat 185 surah al-Baqarah yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan (hari terakhir Ramadan 30 hari) dan kamu mengagungkan Allah (bertakbir raya) atas petunjuk-Nya yang dianugerahkan kepada kamu agar kamu menjadi orang-orang yang bersyukur."
Kemuliaan Hari Raya juga diterangkan di dalam Hadis seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Daripada Umamah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda barang siapa mengerjakan amal ibadah pada malam Hari Raya Aidilfitri dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati pada hari kiamat sebagai matinya hati orang-orang yang kafir ingkar pada hari kiamat.
Daripada hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa Hari Raya satu perkara yang disyariatkan dalam Islam dan pada Hari Kiamat kelak orang-orang yang beriman dan beramal soleh hatinya hidup bahagia dan gembira kerana berjaya mendapat balasan yang baik dan keredaan Allah azzawajallah hasil daripada amal-amal kebajikan yang mereka kerjakan di dunia seperti berpuasa di bulan Ramadan.
Sebaliknya orang yang kufur dan ingkar hatinya mati mereka hampa dan kecewa pada hari itu kerana dimurkai oleh Allah dan mereka ditimpa dengan seburuk-buruk balasan.
Terdapat juga hadis-hadis yang lain yang menceritakan tentang menghidupkan malam Hari Raya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tabrani r.a. yang bermaksud:
"Barang siapa menghayati malam Hari Raya Aidil Fitri dan malam Hari Raya Aidil Adha dengan amal ibadah sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati seperti hati orang-orang kafir."
Umat Islam digalakkan menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan tahmid sebagai bersyukur kepada Allah bersempena dengan hari yang mulia itu. Ini diterangkan di dalam Al-Quran dan juga di dalam hadis Rasulullah s.a.w.
Firman Allah SWT, maksudnya: Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan supaya kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid kerana kamu telah mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur."
Daripada hadis pula sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. maksudnya: Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir dan Tahmid.
Di dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda daripada Anas r.a. maksudnya: Hiasilah kedua-dua Hari Raya kamu iaitu Hari Raya Puasa dan juga Hari Raya Korban dengan Takbir, Tahmid dan Taqdis.
Ini bermakna, seseorang muslim itu adalah digalakkan agar menghidupkan malam hari raya dengan amalan-amalan yang boleh mendekatkan dirinya kepada Allah bagi menjamin hatinya tidak akan mati pada hari kiamat.
Adalah lebih baik mengemas rumah, menjahit baju yang masih belum siap, menggosok pakaian raya untuk persiapan solat pagi raya bagi membesarkan Allah, menggantung langsir dengan niat mencantikkan rumah, kerana Allah suka kepada yang indah dan cantik, daripada menghabiskan sepanjang malam raya dengan menonton rancangan televisen, apatah lagi rancangan hiburan, filem, seloka Aidilfitri, mendengar lagu raya yang mengasyikkan, kerana tindakan itu sedikit sebanyak boleh menjejas pahala yang kita raih sepanjang bulan Ramadan.
Aktiviti pagi raya
1. Aidilfitri digalakkan bersarapan terlebih dahulu.
2. Mengenakan pakaian raya yang baru (tapi ia bukan satu kemestian) serta berwangi-wangian bagi orang lelaki.
3. Bersegera pergi ke tempat solat, sama ada masjid, surau, dewan terbuka atau di tanah lapang, iaitu dengan melalui jalan lain dari jalan yang dilalui sebelum menunaikan solat.
4. Antara amalan yang patut dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri.
5. Pada pagi Hari Raya, umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin.
6. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah jiran tetangga, sanak saudara dan rakan taulan.
Ini kerana mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.
7. Menceriakan suasana hari raya dengan memberi anak-anak sampul duit raya (sebagai amalan 'idkhal as-surur' iaitu menggembirakan orang lain terutama kanak-kanak.) - mks.

SALAM 'IDULFITRI DARI GEGARSERKAM.blogspot.com

Jadilah graduan Universiti Ramadan yang mantap

Alangkah bahagia dan gembiranya pasangan kedua ibu bapa, apabila mendapat tahu bahawa anak mereka berjaya dalam pengajian dan pendidikan, apatah lagi mendapat cemerlang dengan keputusan yang memberangsangkan.
Maka layaklah anak mereka digelar sebagai graduan atau mahasiswaserta layak menghadiri upacara kemuncak iaitu hari konvokesyen yang penuh bersejarah.
Graduan yang hebat bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, malah cemerlang dalam segenap tindakan, tutur-kata, budi bahasa bukan hanya ketika berada di kampus universiti, malah ia menjadi darah daging sepanjang hidup.
Begitulah dengan umat Islam yang menjalani ibadat puasa selama sebulan di bulan Ramadan, mereka sedang berada dalam sebuah universiti yang menawarkan pelbagai pengajaran yang terdiri daripada Tarbiah Ruhiyyah (kerohanian), Tarbiah Nafsiah (kejiwaan seperti mendidik jadi orang yang bersabar), Tarbiah Imaniah (keimanan hingga meraih golongan bertakwa yang merupakan kemuncak daripada matlamat berpuasa), Tarbiah Aqliah (membentul akal agar sentiasa positif kepada Islam seperti menitik-beratkan motivasi al-Quran) di bulan Ramadan.
Apabila kesemua bentuk tarbiah itu diadun dalam satu diri muslim yang komited dengan Islam khususnya pada bulan Ramadan, ditambah dengan penggarapan ilmu menerusi program tazkirah, maka akan lahirlah insan muslim yang bertakwa sungguh-sungguh kepada Allah SWT, iaitu dalam erti kata takwa yang menjadikannya takut kepada Allah, beramal dengan segala perintah-Nya di dalam al-Quran, reda terhadap qada’ dan qadar-Nya serta bersiap-siap dengan bekalan untuk menghadapi-Nya.
Insan muslim seumpama ini tidak akan keluar daripada Universiti Ramadan menjadi orang yang menantang hukum-hakam Allah SWT, kerana maksud menentang dalam bahasa Arab ialah orang yang kafir, istilah kafir bukannya ditujukan kepada mereka yang belum Islam, kerana bukan semua yang belum Islam menentang kebenaran Islam, malah ia lebih ditujukan kepada orang yang menentang Allah, kerana yang membaca al-Quran adalah terdiri daripada yang bernama, yang bukan Islam tidak akan membacanya, justeru dia lupa untuk memperhalusi ayat 101 surah Ali ‘Imran yang bermaksud: "Bagaimana kamu boleh jadi kafir (golongan penentang), sedangkan kamu baca al-Quran dan Rasulullah bersama dengan kamu?
Merekalah golongan yang sebenarnya layak untuk memeriah serta menyambut malam konvokesyen iaitu malam hari raya kerana hampir sebulan mereka melakukan amal-amal ibadat yang seolah-olah mengembalikan mereka kepada fitrah ('Idul Fitri) yang tidak berdosa bagaikan baru lahir daripada perut ibu-ibu mereka.
Seterusnya mereka tidak sekali-kali reda untuk terlibat dalam perkara yang merosakkan malam raya, kerana mereka sedar bahawa orang yang merosakkannya menerima akibat (implikasi) hati yang mati, sedangkan hati yang mati tidak akan dipandang oleh Allah SWT, firman-Nya dalam surah as-Syu'ara ayat 89 bermaksud: "Di hari (kiamat) harta dan anak pinak tidak berguna, melainkan orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera (hidup) dengan Islam."
Graduan-graduan Ramadan yang cemerlang akan menghidupkan malam hari raya dengan bertakbir, berzikir, membaca al-Quran, bersolat sunat, mereka sekali-kali tidak akan reda membasahi bibir dengan perkataan yang sia-sia.
Mereka sedar bahawa lafaz-lafaz takbir mengandungi maksud tarbiah ruh dan iman yang kental yang mampu membawa mereka mencapai status insan-insan yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT. - mns

JAIM akui kesilapan kenakan pelbagai tekanan ke atas PASTI

MELAKA, 8 Okt (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka (DPPM) baru- baru ini telah bersemuka dengan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) berhubung tindakan jabatan tersebut yang terus melakukan pelbagai tekanan dan ugutan terhadap Pusat Asuhan Tunas Islam di Melaka.

DPP diketuai oleh Ketua Pemuda, Ustaz Kamarudin Sidek dan Naib Ketua Pemuda, Yuhaizad Abdullah serta Setiausaha Badan Perhubungan PAS Melaka, Harun Mohamad telah menemui Ketua Penolong Pengarah Pendidikan JAIM, Ai'iri Abu Bakar dan Penolong Pengarah Penaziran JAIM, Aminuddin Hassan untuk mencari jalan penyelesaian bersama.
Menurut Ustaz Kamarudin Sidek, PASTI adalah tertakluk di bawah aktiviti sebuah parti politik yang berdaftar dan tidak perlu mendaftar dengan mana-mana pihak seperti yang diminta oleh JAIM.
"Kita juga telah memaklumkan bahawa sebarang permasalahan hendaklah dirujuk kepada DPPM bukannya terus berurusan dengan PASTI cawangan seperti yang telah dilakukan oleh JAIM.
"Dari segi prosedur sudah salah, kalau kita nak masuk rumah orang kita kena tanya tuan rumahnya dulu bukan terus masuk saja," kata beliau.
Beliau menambah,"saya mengesyaki JAIM ada menghantar wakilnya ke PASTI bagi mendapat maklumat dengan menyamar sebagai Pegawai Kesihatan dan Jabatan Buruh".
"Ada PASTI membuat aduan didatangi beberapa orang yang memperkenalkan diri sebagai Pegawai Kesihatan tapi bila kita ingin berurusan, mereka melarikan diri," katanya.
Menurut beliau, JAIM perlu ambil tindakan yang lebih profesional dalam menjalankan tugasnya bukannya mengganggu dan menyekat institusi pendidikan Islam, kenapa anak orang Islam belajar di Tadika kelolaan Gereja tidak diambil tindakan?
Menurut Ai'iri, beliau mengakui kesilapan kerana tidak merujuk terlebih dahulu kepada DPPM, dan beliau akan menyemak semula fail- fail berkaitan dan akan berurusan dengan DPPM selepas ini.
Beliau berkata, surat yang diedarkan kepada PASTI bagi mendapatkan maklumat terkini yang bertarikh 9 Julai lalu adalah di bawah arahan JAKIM untuk mengetahui bilangan sebenar murid yang belajar di institusi swasta.
"JAKIM ingin tahu bilangan sebenar mereka bagi memudahkannya merangka program 'modal insan' yang disarankan oleh Pak Lah," katanya.
Ketika ditanya mengapa hanya Melaka sahaja yang beria-ia mendaftarkannya, Aminuddin menjelaskan, bahawa JAKIM telah mengarahkan kepada semua negeri tetapi bila tiba kepada pelaksanaannya, negeri lain gagal melakukannya dan cuma Melaka saja yang berusaha menyambut arahan tersebut.
JAIM sebelum ini telah melakukan beberapa ugutan dan ancaman kepada PASTI di Melaka supaya berdaftar di bawahnya kerana didakwa tertakluk dengan institusi pendidikan Islam.
Namun JAIM dilihat digunakan bagi menjalankan arahan Umno yang irihati melihat perkembangan PASTI, sehingga telah mengheret beberapa buah PASTI di Melaka ke mahkamah berikutan keenganan PASTI berdaftar di bawah JAIM kerana tertakluk di bawah aktiviti parti politik.