Followers

Rabu, 31 Oktober 2007

kisah Babi lagi ...

Isu babi di Melaka jelaskan kelemahan pemimpin Umno

MELAKA, 31 Okt (Hrkh) - Pemimpin Umno dilihat lemah dan gagal menyelesaikan isu babi walaupun sudah 50 tahun merdeka menyebabkan penduduk sekitar yang berharap menyambut hari raya pada kali ini tanpa menghidu bau najis babi hanya tinggal harapan.
Menurut Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, sebenarnya isu babi ini bukan pemimpin Umno yang bangkitkan walaupun sudah 50 tahun berlarutan tetapi Karam Singh Walia yang bangkitkan.
"Selesaikan isu babi dulu! Najib di Kuala Lumpur kata dah selesai, kamu apa tahu kapal selam pun tak selesai rasuahnya dan Ali Rustam sampai sekarang tak jawab," kata beliau ketika berceramah di Sebatu, di sini, baru-baru ini.


Beliau berkata,"Saya tanya orang yang bekerja di pejabat Tanah Alor Gajah, mereka kata kami dah keluar surat ustaz, tapi ada campur tangan politik, ini rasuah."
Sambil itu, beliau meminta BPR melakukan siasatan terhadap Majlis Perbandaran Alor Gajah kerana tidak mengambil tindakan walaupun diketahui penternakkan babi tersebut tidak mempunyai lesen sehingga menjadi kawasan babi yang terbesar di Asia Tenggara.
"Bercakap membela Melayu tapi kes babi tak selesai, pemimpin Umno hipokrit, ini maruah pemimpin Umno bila kebesaran Allah tidak dihayati dan tuan- tuan jangan seronok dapat bantuan sikit nanti bila kena batang hidung sendiri baru tahu," katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa Umno telah menipu dari dulu lagi dan itulah sebabnya sekarang ramai orang tidak pandai membaca Al-Quran kerana sistem yang dipertahankan Umno menyamakan pendidikan Islam dengan lukisan dalam peperiksaan di sekolah kerajaan.
"Sebab dengan ada suara PAS baru Umno buat Islam kalau tidak mereka lagi bermaharajalela, jagan kata anjing menyalak bukit takkan runtuh, betul takkan runtuh tapi ular sawa atas tu lari, rimau lari.
"Kalau tidak dia asyik baham hak orang saja, kita ambil contoh tentang penyelewengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), setelah kita desak baru mereka beritahu bahawa pegawai yang mereka lantik tidak amanah kalau tak desak dia diam saja," katanya.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri Melaka bersetuju untuk melanjutkan tarikh akhir pemindahan lebihan ternakan babi di Paya Mengkuang, Alor Gajah, Melaka sehingga 31 Mac tahun depan.
Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa khas kabinet mengenai isu babi, yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak

Tiada ulasan: