Followers

Selasa, 30 Oktober 2007

Masalah diskriminasi tidak pernah wujud ???

BUKIT PAYUNG, 29 Okt.: Kerajaan Negeri Melaka yakin masalah diskriminasi seperti membezakan jurang atau menganaktirikan setiap lapisan masyarakat di negeri ini tidak pernah timbul.Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, sebarang permasalahan utama berkaitan keperluan asas seperti keadaan rumah dan kedudukan ekonomi masyarakat sentiasa dipantau dari semasa ke semasa.Jika dilihat, pada tahun ini, ujarnya, kerajaan negeri juga telah menyusun pelbagai program dan agenda khususnya kepada masyarakat dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi dan pendidikan menjelang Melaka Maju 2010.Sebagai contoh, Mohd Ali berkata, kerajaan negeri menawarkan bantuan pinjaman pendidikan kepada anak-anak yang kurang mampu untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S) dan membina rumah bagi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk mereka yang memerlukan.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bersama Masyarakat Orang Asli di Bukit Payung, Alor Gajah dekat sini, semalam.Sehubungan itu, menurutnya, masyarakat Orang Asli di negeri ini sewajarnya memanfaatkan segala jenis peluang yang ada sebaik mungkin untuk menjadi masyarakat yang berdaya saing serta mempunyai modal insan yang tinggi."Usaha kerajaan Malaysia untuk menjana pembangunan modal insan adalah satu usaha terpuji malah masyarakat Orang Asli disaran agar turut sama membabitkan diri untuk sama-sama maju ke hadapan bersama masyarakat lain di negara ini,"katanya.Jelasnya, masalah dari segi kemudahan infrastruktur dan prasarana seperti bekalan elektrik, bekalan air dan jalan raya kini sudah berjaya dipenuhi oleh kerajaan negeri. Beliau berharap, masyarakat Orang Asli dapat mengenal jati diri mereka dan seterusnya berusaha meningkatkan taraf sosial kehidupan masyarakat mereka di mana pendidikan dan kesihatan merupakan dua faktor utama yang boleh membawa kualiti serta pembangunan masyarakat Orang Asli ke tahap yang lebih membanggakan."Sekiranya ia berjaya dilaksanakan...tidak mustahil jika ada antara masyarakat Orang Asli akan menjadi seorang angkasawan yang bakal mengharumkan nama negara menjelang 2020,"katanya.

Tiada ulasan: