Followers

Selasa, 30 Oktober 2007

23 pelatih keracunan makanan??

MELAKA: Seramai 23 pelatih wanita yang mengikuti kursus di Pusat Latihan Kemas Bukit Baru, dekat sini terpaksa dikejarkan ke Hospital Melaka secara bergilir-gilir selepas mengadu sakit perut dipercayai akibat keracunan makanan, malam kelmarin.Bagaimanapun, semua wanita terbabit yang berusia antara 20 dan 34 tahun hanya dirawat sebagai pesakit luar selepas menerima rawatan dan pemeriksaan di hospital berkenaan.Jurulatih pusat berkenaan, Ridzuan Isa, 24, berkata pelatih terbabit mula dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan secara berperingkat mulai jam 10 malam hingga 1 tengah malam.Katanya, pelatih wanita yang lain juga mengadu mengalami masalah sama tetapi tidak mendapatkan rawatan apabila keadaan mereka pulih selepas makan ubat.
Beliau berkata, sebelum itu, pada tengah hari, seramai 62 pelatih wanita menghadiri jamuan hari raya yang diadakan Ahli Majlis di kawasan Masjid Tanah dengan menaiki enam van."Sekembalinya daripada jamuan itu ada di antara pelatih mengadu sakit perut dan sering ke tandas mulai jam 4 petang."Pada mulanya, kejadian itu tidak membimbangkan. Bagaimanapun, kejadian itu menjadi serius apabila tiga pelatih wanita mula mengalami muntah dan cirit-birit."Berikutan itu, kami membuat keputusan membawa mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Tiada ulasan: