Followers

Rabu, 24 Jun 2009

JOM DENGAR AMANAT -Malaysiakini

Isnin, 22 Jun 2009

TAK CUKUP PEMBANTU RUMAH ,PEMBANTU GURU LAH PULAK

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan jawatan pembantu guru di sekolah-sekolah bagi menjalankan tugas sosial terhadap pelajar yang sebelum ini terpaksa dilaksanakan guru-guru sendiri.

Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata, langkah itu bagi memastikan guru-guru dapat memberi perhatian kepada tugas-tugas mengajar sahaja.

''Sebelum ini mereka terpaksa menguruskan hal-hal sosial pelajar seperti kokurikulum, urusan dokumen pelajar dan aspek luar kelas yang lain, jadi dengan adanya pembantu, mereka tidak dibebankan lagi dengan tugas seperti itu,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Penilaian Berasaskan Sekolah dan Transformasi Pendidikan anjuran NUTP di sini hari ini.

Hashim berkata, buat masa sekarang, jawatan tersebut sudahpun diwujudkan sejak lima tahun lalu namun hanya untuk guru-guru kelas pemulihan khas.

Katanya, kira-kira 11,000 pembantu guru diperlukan di sekolah-sekolah dengan nisbah seorang pembantu guru bagi 500 pelajar.

''Langkah ini akan menjamin kualiti pengajaran guru-guru dapat dipertingkatkan terutama apabila kerajaan kini mahu memberi perhatian untuk memperkukuhkan beberapa mata pelajaran seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu di kalangan pelajar.

''Langkah mewujudkan jawatan ini juga penting apabila berlaku transformasi pendidikan termasuk apabila kerajaan melaksanakan penilaian berdasarkan sekolah kelak,'' katanya.

Menyentuh mengenai cadangan mewajibkan calon SPM lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris, Hashim berkata, NUTP menyokong penuh jika ia dilaksanakan kelak.

Namun, katanya, kementerian perlu mencari mekanisme yang boleh menjamin bahawa langkah tersebut tidak akan menjejaskan pelajar itu sendiri jika gagal menguasai bahasa itu dengan baik.

ORANG SERKAM TAK MASUK SENARAI LANGSUNG

Sebanyak 23 buah pekan kecil akan dimajukan selaras dengan sasaran Melaka Maju 2010.

Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia, Datuk Yaakub Md. Amin berkata, pada asalnya hanya 16 buah pekan kecil dipilih sebagai perintis kepada pembangunan pekan kecil.

Bagaimanapun, katanya, hingga sekarang ia ditambah menjadi kepada 23 buah pekan kecil yang akan dimajukan merangkumi dua pekan di Melaka Tengah, lapan buah di Alor Gajah dan 13 buah lagi di Jasin.

''Pembangunan semula pekan kecil ini meliputi merobohkan bangunan usang, kerja-kerja pengindahan dan landskap yang menarik," katanya ketika menjawab soalan Ghazale Mohamad (BN-Serkam) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Seri Negeri di sini hari ini.

Di Melaka Tengah tiga pekan yang akan dimajukan ialah Kandang, Bukit Katil dan Sungai Udang manakala di Jasin pula melibatkan Selandar, Bemban, Umbai, Sungai Rambai, Simpang Bekoh, Asahan, Nyalas dan Batang Melaka.

Bagi Alor Gajah pula melibatkan Pekan Lendu, Gadek, Pulau Sebang, Lubok Cina, Ramuan Cina Besar, Kuala Sungai Baru, Melaka Pindah, Kuala Sungga dan Simpang Ampat.

Yaakub yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang berkata, pembangunan pekan kecil itu perlu mengambil kira aspek fizikal dan sosiobudaya masyarakat setempat.

''Tujuan utama pembangunan ini adalah meningkatkan kualiti fizikal pekan kecil dan secara tidak langsung ia akan dapat meningkatkan taraf hidup penduduk di setiap kawasan yang akan dimajukan," katanya.

KAN DAH KENA BAMBU

Operasi membanteras dadah anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang diadakan di Kampung Serkam tengah malam tadi, bertukar kecoh apabila sekumpulan penduduk bertindak memarahi pemberita dan jurugambar yang bertugas membuat liputan operasi.

Penduduk terbabit yang berusia lingkungan 30 hingga 50-an bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan tindakan jurugambar merakam kumpulan pemuda kampung itu ketika mereka dibawa menaiki trak bagi menjalani ujian air kencing.

Sambil mempersoalkan tindakan jurugambar terbabit, penduduk kampung mendakwa, agensi itu tidak sepatutnya menahan sekumpulan pemuda berkenaan dalam operasi kira-kira pukul 2 pagi itu dengan alasan mereka hanya berbual bersama rakan sebaya.

Pengarah AADK Melaka, Ibrahim Bujang berkata, keadaan itu tidak seharusnya berlaku sekiranya penduduk kampung dan ketua pemimpin masyarakat memahami tugas AADK dalam membanteras kegiatan penagihan dadah.

"Mereka tidak faham, kerana konsep operasi AADK kini lebih kepada pencegahan dan penguatkuasaan malah ia mula dipraktikkan Januari lalu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai 'Ops Serkam' yang disertai kira-kira 53 pegawai dan anggota AADK negeri serta dibantu 15 anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) negeri.

Dalam operasi yang bermula pukul 1 hingga 5 pagi itu, seramai 26 orang berusia 20 hingga 31 tahun ditahan di empat lokasi yang dikenal pasti sebagai sarang penagihan di kampung itu dan kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat AADK di Ayer Keroh bagi pemeriksaan air kencing.

Bagaimanapun, kesemua mereka didapati negatif dadah dan dihantar pulang ke rumah masing-masing selepas selesai menjalani ujian tersebut.

Selain itu, kata Ibrahim, pihaknya telah membuat intipan selama sebulan di lokasi yang dikenal pasti setelah menerima aduan daripada penduduk kampung di situ mengenai terdapatnya kegiatan penagihan dadah.

Katanya, berdasarkan aduan penduduk, empat sarang penagih itu ialah di Serkam Pantai, Jeti Anjung Batu, laluan kecil Serkam dan pondok buruk berhampiran tapak pasar malam kampung tersebut.

Menurut beliau, AADK perlu menjalankan siasatan berhubung aduan tersebut dan menjadi satu kesalahan kepada pihaknya jika tidak mengendahkan laporan berkenaan.

Ujarnya, operasi malam tadi tertumpu di kawasan Serkam memandangkan kampung tersebut mencatatkan bilangan penagih dadah tertinggi bagi daerah Jasin iaitu seramai 62 orang sepanjang tahun lalu hingga Jun ini.

ISU UG- TUNGGU MALAM NIE

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, apa jua agenda dan isu berkaitan dengan parti termasuk cadangan kerajaan perpaduan hanya akan dibincangkan dalam mesyuarat khas parti itu malam esok.

Abdul Hadi berkata, beliau belum dapat apa-apa maklumat.

"Nantilah saya baru balik, tunggulah esok,'' katanya kepada pemberita sebaik sejurus tiba dari London di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini malam ini.

Abdul Hadi tiba pukul 10.10 malam dengan pesawat Emirates Airline dan disambut ahli keluarga serta pegawai-pegawainya.

Bagaimanapun pemimpin kanan Pas termasuk Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa yang turut menyokong idea kerajaan perpaduan tidak kelihatan menyambut kepulangan Hadi. Cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan telah dicetuskan oleh Abdul Hadi ketika muktamar ke-55 parti itu 6 Jun lalu.

Ia mendapat reaksi positif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta barisan pucuk pimpinan UMNO yang lain.

Bagaimanapun ia ditentang hebat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan beberapa pimpinan parti berkenaan.

Namun hari ini, Nik Aziz menyatakan persetujuan mengenai cadangan penubuhan kerajaan perpaduan tetapi ia perlu dibincang serta diputuskan melalui saluran parti dan juga pakatan pembangkang.

SUMBER : UTUSAN MELOYA

TOK GURU BERLEMBUT ??

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyatakan persetujuan mengenai cadangan penubuhan kerajaan perpaduan, tetapi ia perlu dibincang serta diputuskan melalui saluran parti dan juga pakatan pembangkang.

Beliau yang sebelum ini dengan keras menyanggah cadangan tersebut dalam nada lebih lembut tetapi tegas hari ini berkata, perkara yang diputuskan dalam muktamar di Ipoh tahun lalu itu tidak boleh diketepikan begitu sahaja.

Katanya, sebarang kata putus mengenai cadangan yang dicetuskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu dibincangkan secara bersama dengan turut melibatkan pakatan pembangkang bagi mengelak kekacauan dalam hubungan antara mereka.

''Jadi, bila ada pihak dalam Pas (timbulkan cadangan), pakatan rakyat pun nak jaga, dengan UMNO pun nak jaga, itu sudah kacau. Jadi saya nasihat jangan buat begitu.. kalau nak juga, kita mesti buat mesyuarat. Kena ikut saluran, tak boleh kita nak ketepi keputusan mesyuarat dengan 'pandai-pandai', kita tak boleh... dan tambah lagi kenapa tidak ada orang Pas jumpa dengan UMNO pujuk dia supaya tukar dasar kebangsaan jadi dasar Islam.

''Kita dalam pakatan ini telah berjaya meredakan Islamofobia. Kalau nak buat, bawa dalam Pas Pusat, di peringkat negeri-negeri dan kemudian bawa dalam pakatan. Ini tidak, pakatan pun marah kepada kita. Dia buat kenyataan bahawa Pas mesti jawab kepada DAP," tegas beliau.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian kepada pemberita sebelum mengadakan perbincangan empat mata dengan ketua pakatan pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kediaman rasminya di JKR 10 di sini hari ini.

Mengulas mengenai tentangan kerasnya selama ini berkenaan cadangan kerajaan perpaduan melalui kerjasama dengan UMNO, Nik Aziz berkata, itu bukan bermaksud beliau berdegil tetapi lebih kepada beristiqamah atau menegakkan sesuatu yang benar.

"Ada pihak yang mengatakan saya berdegil tak mahu bincang mengenai kerajaan perpaduan. Saya nak jawab bukan berdegil, tetapi beristiqamah.

"Degil ini bermaksud kita mempertahankan barang salah mati-matian, itu kita panggil degil. Tahu benda salah, pertahan juga, tetapi bila kita pertahankan barang betul itu namanya istiqamah, istiqamah ini dipuji dalam al-Quran," jelas beliau.

Sementara itu, diminta mengulas saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar beliau melupakan sengketa lama dan membuka lembaran baru dalam hubungan dua parti Melayu itu beliau menjawab:

"Suruh lupa? Senang je lupa? Adakah makna saya boleh lupa? Ingat, ini barang automatik. Kalau lupa, takdelah sejarah" ujarnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada beliau sanggup bermaaf-maafan dengan UMNO dan memperbaiki semula hubungan, Nik Aziz menggesa supaya UMNO terlebih dahulu meminta maaf.

"Biar dia mengaku dulu salah. Kalau orang yang salah dengan saya, saya boleh maafkan, tetapi mengaku dulu. Saya minta maaf dan saya mengaku salah, takpa. Mana UMNO mengaku salah," tambahnya.

Sementara itu, ketika ditanya tujuan Anwar datang berjumpa dengannya, beliau enggan mengulas lanjut.

SUMBER : UTUSAN MELOYA

PJ MELAKA UMUM KABINET 2009-2011

Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat telah mengumumkan saf kepimpinan PAS Melaka yang baru pada mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka yang diadakan baru-baru ini.

Timbalan Pesuruhjaya (TPJ) 1 PAS Melaka bagi sesi lepas Adly Zahari masih lagi dikekalkan jawatannya untuk sesi ini manakala, Mejar (B) Jasme Tompang yang merupakan mantan TPJ 3 dilantik sebagai TPJ 2 dan dikekalkan sebagai Pengarah Pilihanraya Negeri Melaka sementara itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Ustaz Kamis Saat diamanahkan sebagai TPJ 3.

Di samping itu, AJK Dewan Harian yang lain ialah Ketua Dewan Ulama, Ustaz Zulkifli Ismail, Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Kamarudin Sidek dan Ketua Dewan Muslimat, Dr Khatijah Jumangat.

Selain itu, Setiausaha sesi lalu turut dikekalkan iaitu Harun Mohamad dan Bendahari sesi lalu Husni Balis Ali juga dikekalkan serta diamanahkan sebagai Pengerusi Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan sementara Ketua Penerangan, Sofi Wahab, juga dilantik sekali lagi memegang jawatan tersebut.

Dua orang AJK yang dilantik iaitu Wan Zahidi Wan Ismail diamanahkan sebagai Pengerusi Lajnah ICT dan Ismail Abd Latif sebagai Pengerusi Lajnah Kebajikan dan antara AJK lain yang turut dilantik ialah Hasan Md Dahan, Kapten (B) Mohamad Jaafar, Ali Sharif, Ustaz Imran Abd Rahman, Yuhaizad Abdullah, Anidah Harun, Hawa Yaakub dan Ustaz Faisol Shaikh Mohamad.

Pelantikan ini diharapkan dapat memantapkan dan memacu PAS Melaka bagi meningkatkan prestasinya pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang memandangkan pada PRU yang lalu PAS Melaka masih belum lagi berjaya memenangi satu kerusi pun samada di peringkat Parlimen mahupun Dun.

PAK SHEIKH PERANGAT KEMPEN

Kehangatan pilihan raya kecil Dun Manek Urai kini semakin terasa apabila kempen kedua-dua parti semakin agresif.PAS sudah memulakan gerak kerja kempen sejak akhir Mei lalu di Kampung Manek Urai Baru yang disempurnakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Begitu juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Mustafa Mohamed sudah beberapa kali datang ke Manek Urai.Kelmarin Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan penduduk di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok.

Dun Manek Urai akan tambah sendat malam ini dengan kehadiran tokoh-tokoh pemimpin Pakatan Rakyat pada program ceramah perdana di Padang Majlis Daerah Laloh.Kehadiran Menteri Besar bersama Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim tentunya menarik perhatian penduduk tempatan.Anwar juga dijangka menziarahi keluarga Adun Manek Urai, Allahyarham Ismail Yaacob di Kampung Manek Urai Lama sebelum menyampaikan tazkirah di sebuah masjid.

Anwar dikatakan akan mengadakan pertemuan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebaik sahaja tiba di Kota Bharu petang ini.

Beberapa penduduk di Laloh ketika ditemui petang semalam menjangka kampung tersebut akan sendat dengan limpahan manusia malam ini.Beberapa peniaga termasuk dari Pulau Pinang sudah tiba sejak semalam.Manakala petugas bahagian keselamatan PAS sudah memulakan gerak kerja sejak beberapa hari lalu bagi memastikan program tersebut berjalan lancar.

Pasukan polis juga sudah memasang khemah besar di simpang tiga Laloh yang difahamkan akan dijadikan markaz taktikal.

SUMBER : HARAKAH

PEMUDA PAS TEMPELAK MUHYUDDIN YASIN

Pemuda PAS menempelak kenyataan Timbalan Perdana Menteri Dato' Muhyddin Yasin yang mahu PAS melupakan sengketa lama bagi membina semula hubungan baru.

Ketuanya, Nasruddin Hasan Tantawi berkata meskipun PAS sebagai sebuah gerakan Islam harus mempraktikkan sikap terbuka dan memberi maaf kepada sesiapa jua, namun pada masa sama pihak yang memohon maaf perlu menghormati dasar serta prinsip perjuangan PAS.

"Bagaimana Muhiyidin boleh membangkitkan isu 'lupakan sengketa lama' sedangkan usaha untuk usaha-usaha yang Umno-BN lakukan selama ini langsung tidak menunjukkan ke arah untuk menamatkan sengketa itu, tindakan mereka ini tidak ubah seperti 'ajak-ajak ayam'," katanya kepada Harakahdaily.

Jelasnya, isu yang berlaku sekarang ini bukanlah sengketa lama tetapi Umno hendaklah menghapuskan punca sengketa tersebut.

"Kerana Pemuda PAS Pusat melihat punca itu ada pada Umno dan ianya bermula dengan BN, ianya masih kekal bersama BN," ujarnya mengulas kenyataan Muhiyidin yang mahu PAS melupakan sengketa lama.

Oleh yang demikian ujarnya, alternatif yang ada sekarang ini adalah yang pastinya akan mencederakan perasaan rakyat apabila meneruskan Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) dengan tangkapan-tangkapan yang kebanyakannya memangsakan pemimpin-pemimpin parti lawan (pembangkang) dengan tuduhan yang tidak munasabah dan tidak dibuktikan di mahkamah.

Selain itu, Umno juga diragui apabila tidak memansuhkan program Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris atau PPSMI yang telah banyak melukakan perasaan pejuang-pejuang bahasa.

"Ia turut memangsakan pelajar-pelajar di luar bandar dengan pelaksanaan PPSMI," katanya lagi.

Nasrudin menambah, begitu juga dengan beberapa kepincangan lain yang melibatkan isu institusi kehakiman dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

"Kesemua itu masih tidak dilihat kesungguhan Umno-BN untuk memperbaiki keadaan yang ada, oleh PAS dan rakyat.

"Jika Umno-BN hendak kita (PAS) bersikap terbuka, mereka juga perlu menghormati dan menerima dasar perjuangan PAS," demikian ujarnya

Khamis, 11 Jun 2009

TOK GURU NAK LIHAT CINA MUSLIM PIMPIN PAS

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ingin melihat suatu hari nanti PAS dipimpin oleh kaum Cina Muslim.

Berucap dalam majlis anjuran Badan Perhubungan PAS Pahang di Kerau, dekat sini beliau berkata, semasa melawat negara China beliau berkesempatan menziarahi makam sahabat nabi di negara berkenaan.

Ini, katanya menandakan Islam lebih dahulu bertapak di negara itu berbanding Malaysia iaitu pada zaman para sahabat lagi.

Tambahnya,di Tanah Melayu yang dibawa pedagang India ke Melaka hanya zaman pemerintahan Parameswara pada tahun 1414 terkemudian ratusan tahun berbanding dengan Islam di China yang dibawa para sahabat.

Katanya, di China juga terdapat ratusan masjid dan umat Islam boleh beribadah di dalamnya sama seperti di negara ini walaupun negara itu Komunis dan negara ini diperintah parti Nasionalis Umno-BN.

Nik Aziz juga menaruh harapan suatu hari nanti Cina Muslim turut memimpin dan menganggotai Dewan Ulama PAS yang kini dikuasai kaum Melayu Islam.

Turut berucap pada majlis berkenaan iaitu Pengerusi KaAdilan Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman dan Teo Kok Siong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bahau, Negeri Sembilan.

Sementara itu pada majlis sama Nik Aziz turut diberi penghormatan menyampaikan sumbangan manfaat Takaful kepada lima waris peserta Dana Taqwa-iTQA, PAS Pahang yang meninggal dunia berjumlah lebih RM40,000, dua menerima RM19,000 manakala tiga lagi RM3,000.

Isnin, 8 Jun 2009

MEDIA YANG MAKIN CELARU .. CACABARBA

SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang diilhamkan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menteri Besar Kelantan itu menyifatkan penubuhan kerajaan perpaduan itu sebagai ‘mengarut’ dan merugikan Pas.“Kita sudah buat keputusan menyokong Pakatan Rakyat dalam muktamar Pas yang lalu. Kalau nak berunding dengan UMNO, tak usah.

“Kerajaan perpaduan ni tak usahlah, mengarut,” katanya ketika berucap dalam program Ceramah Perdana sempena muktamar Pas di Stadium Malawati di Shah Alam, malam kelmarin.

Kenyataan terbaru Menteri Besar Kelantan itu dilihat bercanggah dengan Abdul Hadi yang melihat idea itu merupakan satu pendekatan yang baik dan mampu dilaksanakan namun ia perlu ditangguhkan atas alasan perubahan kepimpinanan Bari­san Nasional (BN).

Sambil menyifatkan UMNO sebagai 'samseng politik', Nik Aziz turut mengingatkan ahli Pas supaya parti itu terus dimusuhi dan dibasmi dengan bersunggih sungguh.

“Otak UMNO (ada) di Perak, kerajaan PR yang menang dia ambil menjadi kerajaan dia.(Jadi) kita perlu matikan UMNO habis-habisan, parti itu adalah telur-telur yang ditinggalkan oleh penjajah Inggeris, “ katanya.

Nik Aziz turut menegur sesetengah perwakilan kelmarin yang dilihat banyak membahaskan usul diluar konteks ucapan dasar presiden.
“Saya sempat dengar dua tiga orang berucap, (ibarat)ini restoran, kalau kita masuk restoran (sepatutnya) kita minta makanan dan minuman. tetapi kita minta minyak silinder, kita hendak betulkan tayar motokar. Ini pelik, orang ketawakan kita apabila kita bercakap benda lain di dalam muktamar ini,” katanya.

Selain itu Nik Aziz berkata beliau turut membantah sebarang usaha sama atau rundingan bersama UMNO yang bermatlamat untuk membincangkan mengenai perkongsian kuasa.

Jangan tutup pintu kepada ruang perbincangan: Hadi

SHAH ALAM - Pas tidak boleh menutup terus pintu kepada ruang perbincangan dengan mana-mana pihak termasuk UMNO kerana ia bercanggah dengan perintah Allah, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Jangan tutup pintu langsung kerana ia bercanggah dengan perintah Allah Taala,” katanya pada ucapan penangguhan Muktamar Tahunan Pas kali ke-55 di Stadium Malawati, di sini, semalam.

Beliau berkata, walaupun Pas tidak mahu menumpang bahtera Barisan Nasional (BN) atau bahtera-bahtera orang lain, Pas perlu mengadakan persefahaman dengan pelbagai pihak berhubung isu-isu tertentu.

“Kita wajib menyelamatkan orang lain yang tenggelam dengan kejahilan atau yang tidak tahu menyelamatkan diri ketika menghadapi sesuatu krisis,” katanya.

Abdul Hadi berkata, anggota dan barisan kepimpinan Pas perlu tahu membezakan jenis musuh yang mereka hadapi.
“Musuh ada dua jenis iaitu musuh sebenar dan musuh yang direka dan dicipta. Jangan kita habiskan masa menghadapi musuh yang
direka dan dicipta sehingga melupakan musuh sebenar kita. Ada juga yang bermusuh dengan kita sebab mereka tidak faham,” katanya.
Justeru, katanya, Pas mesti bertemu dengan semua pihak dan tidak boleh sekadar mengedar risalah berkaitan perjuangan parti itu.

Islam juga, katanya, mengutamakan perdamaian memandangkan matlamatnya adalah untuk menyelamatkan umat manusia walaupun dibenar berperang jika langsung tidak diberi ruang kerana Allah sesekali tidak mengizinkan umat Islam menyerah kalah.

Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata untuk melakukan perkara ini memerlukan kesabaran dan pengorbanan yang sangat besar.
“Ini hanya boleh dilakukan orang yang besar jiwanya saja,” katanya.

Muktamar Pas kali ini juga, katanya, membuka ruang kepada media supaya mereka boleh melihat sendiri suasana dan apa yang berlaku dalam parti itu dan menyalurkannya kepada masyarakat.- BERNAMA

SUMBER : SINAR HARIAN

Jumaat, 5 Jun 2009

KERAJAAN PERPADUAN BERTERASKAN ISLAM YANG SEBENAR

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi hari ini menyeru golongan ulama supaya sentiasa berusaha meyakinkan ahli-ahli parti terhadap idea-dea baru yang dicetuskan oleh pucuk pimpinan, contohnya pembentukan kerajaan perpaduan.

Katanya, ketika Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan idea tersebut, sepatutnya ulama adalah golongan utama yang menjalankan penyelidikan dan melihat sejauh mana idea ini tersurat dalam lipatan sejarah.

‘‘Selepas sedikit kajian dibuat, didapati Afrika Selatan dan Indonesia adalah antara negara yang awal mengamalkan konsep negara perpaduan selepas United Kingdom pada suatu masa dahulu selepas Perang Dunia Pertama.

‘‘Penjelasan dari perspektif syarak yang digabungkan dengan pendapat cendekiawan politik semasa akan dapat membantu mengukuhkan idea Presiden yang juga seorang ulama. Ini sekadar contoh apa yang berlaku pada sesi lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama di Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas, di sini hari ini.

Mohamed Iraq berkata, sebagai sebuah dewan yang tinggi dalam Pas, golongan ulama perlu mengikuti perkembangan dalaman parti dan seterusnya membantu kepimpinan dalam mengeluarkan, mempromosikan dan mempertahankan idea-idea yang dikemukakan oleh kepimpinan parti.

Selain itu juga, Mohamed Iraq meminta ulama dalam parti itu supaya membuka minda dan memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang dapat diselaraskan dengan tuntutan agama untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.

Katanya, golongan ulama juga perlu mendekatkan diri dan bertukar pandangan dengan golongan profesional seperti ahli ekonomi, tokoh undang-undang, pakar teknologi dan ahli politik bagi meningkatkan pengetahuan dan kecekapan mereka untuk mentadbir.

‘‘Ini adalah kerana ada ulama yang tinggi ilmu agamanya tetapi kurang dari segi kemampuan pentadbiran atau memahami isu semasa.

‘‘Ulama tidak boleh lari daripada sejarah dan situasi kemasyarakatan. Kalau dapat, majlis-majlis wacana antara ulama dan golongan profesional hendaklah diadakan dengan lebih kerap,” katanya.

Beliau mengingatkan anggota parti itu supaya taat kepada keputusan yang dibuat oleh pimpinan parti selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran al-Quran dan hadis.

‘‘Jangan kita tertipu dan dipermainkan oleh nafsu kita sehingga mengutamakan kepentingan peribadi, keperluan semasa dan andaian kita sahaja sehingga prinsip taat tidak terlaksana,” katanya.

Mohamed Iraq berkata, perbezaan pendapat sememangnya dibolehkan dalam perkara furu’ (cabang) tetapi selepas sesuatu keputusan dibuat, tiada pilihan lagi kecuali taat dan patuh kepada keputusan itu, walaupun mungkin bertentangan dengan pandangan sendiri.

PEMUDA UMNO SERKAM DARAT BAKAL BUBAR

assalamualaikum .. salam perjuangan

baru tadi, pendekar serkam mendapat berita daripada setiausaha pas cawangan serkam darat mengenai hasrat yang dikemukakan oleh beberapa orang ahli pergerakan pemuda UMNO cawangan Serkam Darat yang ingin sekali bersama untuk berada dalam gerakan islam yang berada dalam bumi serkam darat. ini kerana mereka merasakan sudah jauh hati dengan apa yang dilakukan oleh pimpinan umno negeri yang langsung tidak mementingkan pendidikan yang menjurus kepada pembentukkan akhlak yang mulia dan melaksanakan islam yang syumul.

salah seorang dari pimpinan pemuda tersebut menyatakan UMNO Melaka kini adalah salah satu daripada parti yang cukup teruk dari segi kepimpinan dan mereka merasa kecewa dengan apa yang dilakukan oleh pimpinan dengan tidak memberikan penekanan terhadap pendidikan aqidah serta penerapan islam yang sebenar dalam segenap aspek kehidupan.

semoga apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan. Selamat Datang Kami ucapkan kepada Ahli-ahli Pemuda UMNO cawangan yang ingin menyertai perjuangan islam. Sayonara kepada UMNO Serkam Darat

Jangan benarkan Chin Peng jejak kaki

Jangan benarkan Chin Peng jejak kaki di negara ini, dia tidak layak pijak bumi bertuah ini.’’Begitulah luahan lima bekas anggota komando Regimen 21 Kem Sungai Udang, di sini yang kini menanggung kepayahan hidup akibat kekejaman pengganas komunis.

Empat daripada mereka kehilangan kaki manakala seorang telah putus tangan kanan akibat terkena jerangkap samar yang dipasang pengganas sewaktu berkhidmat memerangi komunis sekitar tahun 1976.Menurut mereka, kezaliman Chin Peng menyebabkan mereka sengsara seumur hidup dan saban hari cuba melupakan kejadian ngeri itu namun hasrat pihak tertentu membawa pulang ketua pengganas terbabit membuatkan luka mereka berdarah semula.

Yaakob Hassan, 56, berkata, dia kehilangan tangan kanan akibat terkena jerangkap samar di hutan Gubir pada 1976 dalam usaha memburu komunis pada ketika itu.

‘‘Hampir setiap hari, saya cuba melupakan peristiwa hitam itu namun hati saya amat pedih kerana masih ada di kalangan rakyat negara kita yang tidak bersimpati dengan penderitaan yang dialami oleh bekas tentera akibat kekejaman Chin Peng.


‘‘Lihatlah apa yang terjadi kepada kami bekas tentera, saya sendiri kudung tangan kanan manakala rakan seperjuangan lain, hilang kaki, tidak cukupkah lagi bukti kekejaman Chin Peng kepada pihak yang berkenaan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui bersama anggota-anggota tentera yang tercedera semasa menentang pengganas komunis di sini hari ini.

Dia yang berkhidmat dalam pasukan tentera bermula tahun 1970 hingga 1976 itu berkata, penyokong Chin Peng atau pihak yang menyarankan agar Setiausaha Parti Komunis Malaysia (PKM) itu dibenarkan pulang ke negara ini wajar dikenakan tindakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Zulkifli Mohd. Ghouse, 51, pula menganggap pihak yang berhasrat membawa balik Chin Peng ke Malaysia sebagai buta sejarah dan enggan bersimpati dengan nasib mereka yang pernah menjadi mangsa kekejaman komunis.

Dia yang kudung kaki kanannya akibat terkena bom pada tahun 1978 itu melahirkan rasa kecewanya kerana tidak menyangka terdapat di kalangan rakyat negara ini yang menyokong kekejaman komunis.Dalam pada itu, Husin Mahbeb, 60, berkata, dia tidak akan memaafkan Chin Peng dan pengikutnya di atas kekejaman yang pernah dilakukan ke atas bekas tentera dan masyarakat negara ini.

Menurutnya, beliau bukan sahaja membenci Chin Peng dan pengikutnya, malah seluruh anggota keluarga dan keturunan komunis.‘‘Mereka tidak ada hak untuk menjadikan saya cacat pada hari ini.‘‘Sepatutnya, Chin Peng diadili dengan hukuman yang setimpal dengan kekejaman yang sudah dia lakukan ke atas kami bekas tentera,’’ katanya yang kudung kaki kiri.

Kata Razmi Mat Sharif, 52, dia akan menjadi orang pertama untuk membalas dendam ke atas Chin Peng sekiranya pemimpin PKR itu tetap berdegil untuk kembali ke negara ini.‘‘Namun, saya kesal kerana masih ada di kalangan rakyat negara ini yang sengaja ingin mengguris perasaan kami, bekas tentera, elok-elok kami pendam sahaja luka ini tetapi mereka sengaja ingin menoreh kembali luka lama ini,’’ katanya.

Sementara itu, Damanhuri Husien, 55, berkata, kekejaman Chin Peng perlu dibalas dengan hukuman setimpal dengan perbuatan yang pernah dilakukan ke atas rakyat negara ini.Katanya, dia sendiri akan ‘mengajar’ pengganas itu sekiranya menjejakkan kaki ke bumi Malaysia.‘‘Seluruh pasukan keselamatan di negara ini tidak akan memaafkan perbuatan kejam Chin Peng,’’ katanya.

DEWAN ULAMAK BERJAYA MANTAPKAN AHLI

Penggulungan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Ulama, Ustaz Hashim Jasin berkenaan isu wala, ukhuwah dan tarbiyah mendapat perhatian penuh daripada perwakilan yang menghadiri Muktamar dewan berkenaan kali ke-48 di Auditorium Muzium Shah Alam dekat sini semalam.

Beliau berkata, sesungguhnya Dewan Ulama PAS berjaya memantapkan ahli-ahli PAS seluruh negara dalam program usrah hingga menjadikan mereka sangat berlainan dengan ahli-ahli Umno dari sudut penampilan, cara berfikir dan penggarapan maklumat mengenai Islam.

Beliau membuat contoh di Perlis, walaupun negeri itu kecil, namun PAS yang terdiri daripada dewan hariannya serta sayap-sayap parti berhimpun sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk berunsrah bagi memantapkan jati diri serta kefahaman terhadap perjuangan Islam.

Muktamar kali ini merupakan yang terakhir baginya kerana beliau tidak mempertahankan jawatan selaku Timbalan Ketua Dewan Ulama bagi memberi laluan kepada mereka yang lebih berhak, berketerampilan dari sudut fizikal dan ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi.

Dari sudut wala pula tegas beliau, secara peribadi beliau berpuas hati kerana ia masih berjalan pada landasan yang betul, walaupun tidak akan mempertahan sebarang jawatan dalam parti, namun beliau akan memberikan sepenuh wala kepada pimpinan selagi ia tidak bercanggah dengan hukum Allah SWT.

ULAMA PERLU LEBIH PROFESIONAL

Ulama diseru agar memiliki jati diri dengan kelengkapan yang mantap seperti ilmu menerusi tarbiyah dan kemahiran untuk menerajui kepimpinan dan perubahan dalam parti dan negara.

Menurut Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Muhammad Daud Iraqi pada sesi penggulungan Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS pusat kali ke-48.

"Ulamak biar ada jati diri dan ini perlu kepada tarbiyah dan kemahiran agar tidak diperlekehkan oleh mana-mana pihak," katanya.

Beliau mengakui bahawa kemampuan yang dimiliki ulama adalah berbeza antara satu sama lain.

"Kemampuan ilmu yang dimiliki ulama adalah tidak sama," ujarnya.

Namun, beliau tetap menekankan agar para ulama sentiasa memenuhi dada mereka dengan ilmu pengetahuan.

Beliau turut menafikan khabar angin yang menyatakan bahawa ulama dalam PAS dipinggirkan.

"Dalam PAS tiada masalah ulama dipinggirkan tetapi sekali sekala jadi begitu kerana kelemahan yang dimiliki oleh ulama sendiri," katanya lagi.

Sementara itu beliau turut menyatakan bahawa ulama pelapis hendaklah diperkasakan.

"Saya menyatakan bahawa ulama pelapis ini kelihatan kurang menonjol kerana mereka 'malu alah' dan memberi laluan kepada yang lebih berpengalaman sebagai tanda hormat," demikian tegasnya

Selasa, 2 Jun 2009

BERDAKWAH GUNA ICT

Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, hari ini bertitah pentadbiran Islam wajib bersedia merangka satu dasar secara jelas berhubung program dakwah menggunakan gelombang media baru atau teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

"Satu jalinan kerja di antara ulama dan ahli teknologi mestilah dirintis agar kebaikan dari teknologi gelombang dunia ICT dapat memberi manfaat kepada ulama," titah baginda.

Umat Islam mesti mengakui bahawa penguasaan dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah pra-syarat penting bagi menyebarkan Islam secara lebih berkesan demi manfaat umat pada hari ini dan akan datang, titah baginda.

Titah baginda, perkembangan sistem teknologi maklumat pada hari ini melalui media internet dengan kewujudan laman web, blog dan lain-lain sudah digunakan secara meluas untuk memenuhi matlamat dan tujuan pelbagai kumpulan.

Media cetak dan media elektronik konvensional tidak lagi menjadi pilihan utama dalam jaringan komunikasi moden tanpa sempadan, titah baginda sebelum mempengerusikan Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIMP) kali ke-166 di Kompleks Islam, di sini.

Titah baginda, ketidakupayaan mana-mana pihak untuk menggunakan serta memanfaatkan gelombang komunikasi baru ini akan menyebabkan umat Islam sekali lagi dilihat tidak berupaya mengikuti kemajuan dan perkembangan sains dan teknologi.

"Jangan sampai generasi akan datang terpaksa membayar harga, tertinggal di belakang disebabkan kealpaan generasi hari ini, jangan dibenarkan berlaku senario yang membolehkan generasi akan datang menyalahkan generasi hari ini," titah baginda.

Raja Nazrin turut bertitah kepelbagaian etnik, budaya dan bahasa di kalangan umat manusia adalah satu rahmat ciptaan Allah yang mesti dimanfaatkan untuk membuktikan bahawa Islam adalah bersifat universal.

"Islam tidak hanya indah secara teori bahkan lebih terserlah dalam amalan hidup seharian. Contoh teladan yang murni dan sifat "mengota apa yang dikata" adalah pendekatan dakwah lebih ketara dan lebih bermakna berbanding aktiviti berbentuk kuliah dan ceramah," titah baginda.

Baginda bertitah, Islam tidak menolak amalan budaya yang tidak bercanggah dengan prinsip asas ajarannya dan selagi budaya tersebut tidak bercanggah dengan prinsip Islam, perkembangannya tidak harus disekat atau dihalang.

"Kegagalan mentafsir kepelbagaian budaya dan bahasa sebagai aset adalah satu kelemahan yang perlu diatasi. Justeru itu, persepsi Islam jangan sama sekali disempitkan.

"Penjelasan antara konsep dan hubung kait agama dengan budaya dan kumpulan etnik perlu difahami. Agama Islam adalah untuk seluruh umat dunia tanpa ada sempadan kaum atau budaya," titah baginda.

Raja Nazrin bertitah, Islam bukan milik masyarakat Melayu semata-mata kerana kaum lain yang mempunyai nilai budaya, mereka mempunyai hak yang sama mengamalkan Islam dan merayakan peristiwa penting Islam berlandaskan nilai budaya masing-masing.

"Dakwah Islam dan penyebaran Islam akan difahami dan lebih dapat diterima melalui perantaraan bahasa dan budaya yang difahami oleh kumpulan etnik masing-masing," titah baginda.

Raja Nazrin turut mengumumkan geran pelancaran sebanyak RM2 juta sumbangan MAIAMP bagi membina sebuah masjid baru di kawasan seluas 3,776 meter persegi di Taman Tasek Jaya di sini dengan reka bentuk ciri-ciri seni bina kebudayaan Cina.

"Masjid ini akan dapat menjadi pusat ibadat, pusat perkembangan ilmu, pusat maklumat, pusat kemasyarakatan untuk manfaat tujuh kawasan perumahan iaitu Taman Seri Tasek, Taman Tasek Baru, Taman Manikavasagam, Taman Tasek Jaya, Taman Musim Bunga, Taman Tasek Mutiara dan Taman Tasek Berlian," titah baginda.

Baginda juga menyarankan supaya komponen pusat niaga dan kafeteria turut dimasukkan supaya masjid berkenaan memiliki kemudahan yang lebih lengkap dan menyeluruh. - Bernama

STADIUM SUKMA TERENGGANU RANAP ??: DAKWA IDRIS JUSUH



Sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan di Kompleks Sukan Gong Badak, di sini, yang baru setahun digunakan, runtuh jam 9.30 pagi tadi.

Runtuhan itu tidak menyebabkan kehilangan nyawa tetapi sebuah kereta dan empat motosikal yang diletakkan di sekitar stadium itu ranap.

Runtuhan itu membabitkan bumbung sepanjang 80 meter meliputi kawasan grandstand termasuk pentas diRaja.

KERAJAAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menafikan dakwaan beberapa pihak kononnya kerajaan telah memungkiri perkara-perkara yang dipersetujui di dalam Perjanjian Peletakan Senjata Parti Komunis Malaysia (PKM) yang dimeterai pada 2 Disember 1989 berhubung isu Chin Peng.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman, berkata seramai 442 bekas PKM memohon untuk kembali ke Malaysia, tetapi hanya 406 menghadiri temuduga yang ditetapkan kepada kesemua anggota PKM yang memohon dan memenuhi syarat diterima kembali ke negara ini.

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hwa telah mengemukakan permohonan sehari sebelum tempoh permohonan berakhir, bagaimanapun Chin Peng tidak menghadiri proses temuduga ditetapkan pada 31 Oktober 1992.

"Selepas itu dia tidak pernah mengemukakan permohonan baru sebaliknya menggunakan saluran mahkamah untuk menentukan status kewargenegaraannya.

"Tindakan itu jelas menunjukkan beliau enggan mematuhi syarat-syarat perjanjian yang ditandatangani dan juga tidak mematuhi undang-undang negara seperti mana yang dikehendaki dalam perjanjian tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengikut rekod, dalam usahanya untuk kembali ke negara ini sejak 4 Mac hingga 4 April 2005, Chin Peng telah memfailkan lima afidavit di mahkamah.

Abu Seman berkata, dalam kes Chin Peng, KDN berpendirian tegas dan tidak akan bertolak ansur mengenainya dan merasakan Chin Peng bukanlah wira yang patut dibela.

Terdahulu, Abu Seman mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk kempen kesedaran membanteras gejala peminjam wang tidak berlesen iaitu ceti haram atau along.

Beliau berkata, satu jawatankuasa kerja ditubuhkan untuk bertanggungjawab memastikan kempen kesedaran dijalankan secara berterusan serta tindakan penguatkuasaan dilaksanakan sepenuhnya.

Dalam aspek penguatkuasaan membanteras kegiatan along, Abu Seman berkata Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Akta Pencegahan Pembiayaan Kewangan 2001 memperuntukkan hukuman lebih berat.

Akta itu memperuntukkan mereka yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM5 juta dan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

"Sebelum ini mereka yang didapati bersalah hanya disabitkan hukuman di bawah Akta Peminjam Wang yang memperuntukan denda tidak kurang daripada RM20,000 atau tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-dua sekali," katanya.

Beliau berkata, sehingga kini sebanyak lima kes masih disiasat termasuk kes terbaru kekejaman along yang memperlakukan tiga lelaki seperti binatang dengan merantai leher dan kaki mereka kerana gagal membayar hutang. - Bernama

Isnin, 1 Jun 2009

ZAMBERY DIHALAU PENDUDUK KAMPUNG

Salam Sejahtera...

Semalam dalam jam 2.30pth lebih kurang mungkin tercatat dalam sejarah Zambri selaku MB Mahkamah Rayuan telah dihalau oleh Tuan Tanah/Rumah di Batu 8 Lekir. Gambar sebelah kiri...Tuan tanahnya,.

Mengikut dari cerita salah sorang mengiringi DS IR Nizar kepada aku sebentar tadi, Zambri bersama Kong Chong Ha selaku AP Lumut yg juga Menteri Kerajaan Perumahan & Tempatan dan beberpa orang anggota polis yang mengiringinya ingin melawat ke sebuah rumah penduduk di situ yang rumahnya mengalami musibah akibat angin ribut malam tadi.

Disebabkan jalan untuk laluan kereta untuk ke rumah tersebut tak ada.. maka kereta Rasmi Zambri. Kong Cha dan Polis telah diletak di kawasan halaman rumah si tuan ni, tanpa minta izin kebenarannya. Apalagi tuan rumah ni terus minta keluar dari tanah kawasannya.. mereka tak indah larangannya.. malah mereka semakin gostan keretanya ke belakang, menyebab dia memekik tak faham bahasa ka sambil menepuk kereta tersebut.

Bila dah malu tak ada arah, mulalah cari pasal.. tanya kat tuan rumah ni, tanahnya tu bayar cukai ke tidak.. lagi la hangat tuan rumah, dapatlah maki percuma darinya "Pukimak hangpa", seawktu mereka nak keluar dari rumahnya ada lagi suara-suara mengatakan jangan layan orang tak betul...situan rumah balik balik sapa yang tak betul, kalau berani mari.. tak ada sapa yang beranila nak masuk.. dah bersalah.. nak tak nak mula tebal keluar balik... lawatan pun tak jadi..

Malu besarlah Zambri, kerana tak jauh dari situ kat Batu 10 Lekir adalah rumah mertuanya, tup-tup dia sendiri kena halau...Pada sebelah petang DS IR Hj Nizar pulak pergi melawat ke situ, dah HJ Nizar pun risau juga pada mulanya.. takut kena halau.. sebab sangkaan mereka tuan tanah ni jenis orang tak betul... suspen aja mereka nak turun dari kereta,,, rupanya bila ia nampak Hj Nizar sampai berlari ia sambut Hj Nizarkat kereta, siap cium tangan lagi... berbangga dia dapat bertemu Hj Nizar dan ia menceritakan kisahnya yang berlaku pd Hj Nizar.. rakaman ceritanya bersama HJ Nizar ada di blog otai-manjung.

Tuan Tanah/Rumah ni menetap di KL.. entah habuannya nak jadi cerita balik kerumahnya dapat bertemu Zambri.. nasib Zambrilahhh... itulah MB yang bukan pilihan rakyat.. Padan muka kau Zambri... Kau dimalukan depan anggota polis.... depan Menteri Kabinet MCA...korang mereka tahu yang rakyat betul-betul tak suka...pi la ngadu kat Pak Mentua kau tu... apa dia nak kata....

sumber: pastambun.blogspot.com