Followers

Jumaat, 5 Jun 2009

ULAMA PERLU LEBIH PROFESIONAL

Ulama diseru agar memiliki jati diri dengan kelengkapan yang mantap seperti ilmu menerusi tarbiyah dan kemahiran untuk menerajui kepimpinan dan perubahan dalam parti dan negara.

Menurut Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Muhammad Daud Iraqi pada sesi penggulungan Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS pusat kali ke-48.

"Ulamak biar ada jati diri dan ini perlu kepada tarbiyah dan kemahiran agar tidak diperlekehkan oleh mana-mana pihak," katanya.

Beliau mengakui bahawa kemampuan yang dimiliki ulama adalah berbeza antara satu sama lain.

"Kemampuan ilmu yang dimiliki ulama adalah tidak sama," ujarnya.

Namun, beliau tetap menekankan agar para ulama sentiasa memenuhi dada mereka dengan ilmu pengetahuan.

Beliau turut menafikan khabar angin yang menyatakan bahawa ulama dalam PAS dipinggirkan.

"Dalam PAS tiada masalah ulama dipinggirkan tetapi sekali sekala jadi begitu kerana kelemahan yang dimiliki oleh ulama sendiri," katanya lagi.

Sementara itu beliau turut menyatakan bahawa ulama pelapis hendaklah diperkasakan.

"Saya menyatakan bahawa ulama pelapis ini kelihatan kurang menonjol kerana mereka 'malu alah' dan memberi laluan kepada yang lebih berpengalaman sebagai tanda hormat," demikian tegasnya

Tiada ulasan: