Operasi membanteras dadah anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang diadakan di Kampung Serkam tengah malam tadi, bertukar kecoh apabila sekumpulan penduduk bertindak memarahi pemberita dan jurugambar yang bertugas membuat liputan operasi.
Penduduk terbabit yang berusia lingkungan 30 hingga 50-an bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan tindakan jurugambar merakam kumpulan pemuda kampung itu ketika mereka dibawa menaiki trak bagi menjalani ujian air kencing.
Sambil mempersoalkan tindakan jurugambar terbabit, penduduk kampung mendakwa, agensi itu tidak sepatutnya menahan sekumpulan pemuda berkenaan dalam operasi kira-kira pukul 2 pagi itu dengan alasan mereka hanya berbual bersama rakan sebaya.
Pengarah AADK Melaka, Ibrahim Bujang berkata, keadaan itu tidak seharusnya berlaku sekiranya penduduk kampung dan ketua pemimpin masyarakat memahami tugas AADK dalam membanteras kegiatan penagihan dadah.
"Mereka tidak faham, kerana konsep operasi AADK kini lebih kepada pencegahan dan penguatkuasaan malah ia mula dipraktikkan Januari lalu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai 'Ops Serkam' yang disertai kira-kira 53 pegawai dan anggota AADK negeri serta dibantu 15 anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) negeri.
Dalam operasi yang bermula pukul 1 hingga 5 pagi itu, seramai 26 orang berusia 20 hingga 31 tahun ditahan di empat lokasi yang dikenal pasti sebagai sarang penagihan di kampung itu dan kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat AADK di Ayer Keroh bagi pemeriksaan air kencing.
Bagaimanapun, kesemua mereka didapati negatif dadah dan dihantar pulang ke rumah masing-masing selepas selesai menjalani ujian tersebut.
Selain itu, kata Ibrahim, pihaknya telah membuat intipan selama sebulan di lokasi yang dikenal pasti setelah menerima aduan daripada penduduk kampung di situ mengenai terdapatnya kegiatan penagihan dadah.
Katanya, berdasarkan aduan penduduk, empat sarang penagih itu ialah di Serkam Pantai, Jeti Anjung Batu, laluan kecil Serkam dan pondok buruk berhampiran tapak pasar malam kampung tersebut.
Menurut beliau, AADK perlu menjalankan siasatan berhubung aduan tersebut dan menjadi satu kesalahan kepada pihaknya jika tidak mengendahkan laporan berkenaan.
Ujarnya, operasi malam tadi tertumpu di kawasan Serkam memandangkan kampung tersebut mencatatkan bilangan penagih dadah tertinggi bagi daerah Jasin iaitu seramai 62 orang sepanjang tahun lalu hingga Jun ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan