Followers

Isnin, 22 Jun 2009

PJ MELAKA UMUM KABINET 2009-2011

Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat telah mengumumkan saf kepimpinan PAS Melaka yang baru pada mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka yang diadakan baru-baru ini.

Timbalan Pesuruhjaya (TPJ) 1 PAS Melaka bagi sesi lepas Adly Zahari masih lagi dikekalkan jawatannya untuk sesi ini manakala, Mejar (B) Jasme Tompang yang merupakan mantan TPJ 3 dilantik sebagai TPJ 2 dan dikekalkan sebagai Pengarah Pilihanraya Negeri Melaka sementara itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Ustaz Kamis Saat diamanahkan sebagai TPJ 3.

Di samping itu, AJK Dewan Harian yang lain ialah Ketua Dewan Ulama, Ustaz Zulkifli Ismail, Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Kamarudin Sidek dan Ketua Dewan Muslimat, Dr Khatijah Jumangat.

Selain itu, Setiausaha sesi lalu turut dikekalkan iaitu Harun Mohamad dan Bendahari sesi lalu Husni Balis Ali juga dikekalkan serta diamanahkan sebagai Pengerusi Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan sementara Ketua Penerangan, Sofi Wahab, juga dilantik sekali lagi memegang jawatan tersebut.

Dua orang AJK yang dilantik iaitu Wan Zahidi Wan Ismail diamanahkan sebagai Pengerusi Lajnah ICT dan Ismail Abd Latif sebagai Pengerusi Lajnah Kebajikan dan antara AJK lain yang turut dilantik ialah Hasan Md Dahan, Kapten (B) Mohamad Jaafar, Ali Sharif, Ustaz Imran Abd Rahman, Yuhaizad Abdullah, Anidah Harun, Hawa Yaakub dan Ustaz Faisol Shaikh Mohamad.

Pelantikan ini diharapkan dapat memantapkan dan memacu PAS Melaka bagi meningkatkan prestasinya pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang memandangkan pada PRU yang lalu PAS Melaka masih belum lagi berjaya memenangi satu kerusi pun samada di peringkat Parlimen mahupun Dun.

Tiada ulasan: