Followers

Isnin, 30 Julai 2007

Muslimat Serkam Cammana ???

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh) - Muslimat PAS Selangor disaran supaya menjalankan kerja-kerja yang lebih fokus khususnya untuk memantapkan jentera pilihan raya negeri itu bagi menghadapi pilihan raya umum pada bila-bila masa.
Perkara itu ditegaskan oleh Pengarah Jabatan Pilihan Raya Selangor, Mohd Radzi sewaktu membentangkan kertas kerja bertajuk, "Persiapan Gerak Kerja HalWa Menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-12" di Konvensyen HalWa Selangor yang berlangsung di Markas PAS Taman Melewar semalam.

Walaupun pada keseluruhan muslimat dikatakan berada di hadapan berbanding unit-unit lain dalam PAS, Radzi berkata, dalam kerja penculaan, muslimat sepatutnya memberi fokus kepada orang yang sepatutnya dicula.

Malahan, katanya, bukan semua pengundi perlu dicula kerana beberapa peringkat yang perlu diculakan terutamanya, pengundi di atas pagar, orang-orang Umno dan akhirnya kepada orang-orang bukan Melayu.

"Kalau mereka (Muslimat) ikut 'step' ini insya-Allah perkembangan kerja-kerja pilihan raya ini akan meningkat dan bertambah baik," katanya.

Radzi juga menegaskan, di samping mencula itu muslimat juga melakukan kerja-kerja daftar pemilih, terutama mereka yang belum mendaftar sebagai pemilih dan bagi pengundi yang susah ke tempat mengundi diberi tempat tinggal yang berdekatan dengan tempat membuang undi.

Beliau juga menekankan sikap di kalangan muslimat yang menjadi pokok utama perlu diubah untuk mengerakkan jentera parti setelah diberi panduan dan taklimat bagi menghadapi pilihan raya nanti.

"Apa yang paling penting ditekankan muslimat perlu ubah sikap kerana sikap ini merupakan perkara dalaman dan kalau sikap berubah semuanya boleh berubah tetapi kalau sikap tidak berubah sekadar datang konvesyen balik konvensyen sekali pun mereka berada di takuk lama.

"Apa yang kita beri dalam konvensyen ini ialah ilmu dia faham dengan ilmu itu maka dia boleh buat kerja, harap dia balik kepada UPU masing-masing dia boleh buat kerja sebagaimana yang kita beri bukan sahaja dalam bentuk taklimat, kita juga beri dalam bentuk bertulis iaitu rangka kerja, plan tindakan cuma dia isi tempat kosong dan lakukan apa yang diarah," katanya.

Sementara itu, Ketua Muslimat Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan dalam ucapan penggulungan menyenaraikan lapan resolusi yang perlu diambil perhatian oleh setiap muslimat kawasan bagi memantapkan jentera pilihan raya.

Di antara resolusi itu ialah, memastikan portfolio HalWa wujud di setiap peringkat Jabatan Pilihan Raya Kawasan, Majlis Tindakan Dun (MTD) dan Unit Peti Undi (UPU), bilik gerakan berfungsi bermula sekarang, meneruskan gerak kerja daftar pemilih, menyusun aktiviti bertemu masyarakat secara berkala, dan mewujudkan kerjasama dengan Barisan Alternatif.

Wan Hasrina juga berharap muslimat menggunakan seluruh ruang yang ada untuk mengambil kesempatan bagi menyampaikan amanat parti kepada semua pengundi-pengundi di negeri itu.

"Misalnya dalam suasana Umat Islam menyambut Aidilfitri nanti, kita perlu bijak menggunakan kesempatan ini untuk menziarahi masyarakat di samping menyampaikan matlamat kita untuk mengajak mereka sama-sama berada dalam perjuangan kita," katanya.

Konvesyen HalWa Selangor yang berlangsung setengah hari itu dihadiri kira-kira 600 muslimat dari seluruh kawasan negeri itu. - mks.

Strategi Umno Hadapi Pembangkang (Penting)

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak mahu Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) menggunakan pendekatan 4M iaitu merapatkan barisan, meramaikan pengundi, meneruskan program mesra rakyat dan menyelesaikan masalah sebagai panduan sebelum menghadapi pilihan raya umum ke-12.

Timbalan Perdana Menteri berkata, empat perkara yang menjadi panduan serta persiapan parti untuk pilihan raya akan datang, mesti dilaksana segera bagi memastikan rakyat terus terbela.

ni (4M) sebagai panduan, sebab kita dah melebihi tiga tahun sejak pilihan raya (umum) dulu, jadi tentu sekali persiapan untuk pilihan raya perlu dilakukan, tapi tarikhnya bukan bererti ia akan berlaku dalam masa yang singkat ini.

anduan ini boleh digunakan pada semua peringkat,?katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pekan, di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Najib berkata, perkara pertama yang perlu dilakukan parti komponen BN ialah merapatkan barisan dan memperkukuhkan kekuatan dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

arisan itu bukan saja dalam Umno, tetapi barisan dan hubungan kita dengan parti BN yang lain serta golongan bukan Melayu, juga kumpulan pegawai dan kakitangan kerajaan,?katanya.

Najib yang juga Ketua Umno Bahagian Pekan, berkata perkara kedua yang harus dilakukan ialah menambah bilangan pengundi berdaftar serta ahli Umno.
ebabnya jelas kerana jika kita ada pengundi berdaftar, maka kita mempunyai asas padu pada pilihan raya umum nanti, sekali gus memastikan kejayaan besar,?katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, mesra rakyat bermakna usaha dilakukan atas nama peribadi atau parti mesti menghala kepada kaedah disenangi rakyat, termasuk dalam merangka aktiviti parti dan kerajaan.

eempat, menyelesaikan masalah rakyat, iaitu segala masalah rakyat tidak dapat diselesaikan, atau yang masih terbengkalai hendaklah diberi perhatian supaya segala-galanya dapat diselesaikan,?katanya.

Ketika ditanya sama ada pilihan raya umum ke-12 sudah semakin hampir, Najib yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, apa yang beliau gariskan itu hanyalah panduan kepada parti.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Najib meminta ahli Umno memperbetulkan pemikiran mereka dengan mengetepikan perkara membabitkan kepentingan peribadi sepanjang berjuang dalam Umno.

Beliau sedih kerana masih kedengaran mereka yang berkata elepas berjuang dalam parti lebih 30 tahun apa yang dia dapat? seolah-olah menidakkan perjuangan parti yang begitu besar jasa dan sumbangannya kepada agama, bangsa dan negara.

emikiran bahawa jika kita hendakkan sesuatu, kita perlu berada dalam Umno perlu dilenyapkan.

anganlah berpandangan singkat hanya memikirkan diri sendiri dan kepentingan peribadi. Saya percaya jika kita berjuang dengan ikhlas, Tuhan akan bersama kita,?katanya

Dah Kacau bilau dah ...

Henti bangkitkan isu pengagihan kerusi: Najib
PEKAN: Datuk Seri Najib Razak mahu parti komponen Barisan Nasional (BN) berhenti membangkitkan isu pengagihan kerusi pilihan raya umum akan datang.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN menegaskan keputusan pengagihan kerusi diputuskan berdasarkan prinsip dan semangat setiakawan BN dan akan dibuat pada masa sesuai.

“Apa juga soal kerusi pun, apabila sampai masanya, kita rundingkan. Ini bukan masa untuk kita gembar-gemburkan isu ini. Memang kita akan buat keputusan dan ia dibuat berdasarkan kesepakatan kita.

“Setakat ini, tiada kerusi tambahan, kita guna persempadanan sedia ada dan semua kerusi sudah diperuntukkan.

“Jika nak ada perubahan, kita kena runding dengan parti komponen yang lain, kita tak buat keputusan berdasarkan satu-satu parti komponen, tetapi berdasarkan kepada prinsip dan semangat BN,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pekan, di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Umno Bahagian Pekan, Datuk Ishak Muhammad, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pahang, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman dan lebih 500 perwakilan dari 137 cawangan dalam bahagian berkenaan.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M Kayveas yang mengancam membawa parti itu keluar daripada BN jika tuntutan mendapatkan tambahan kerusi pada pilihan raya umum akan datang tidak dipenuhi.

Kayveas memberitahu perkara itu selepas menghadiri Majlis Ulang Tahun PPP ke-54, di Johor Bahru, baru-baru ini, berkata, PPP tidak mahu terus menjadi pengemis kepada BN ketika ahlinya menuntut penjelasan mengapa parti itu tidak diberikan kerusi pada pilihan raya umum.

Mengulas lanjut, Najib yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau tidak percaya Kayveas akan membawa PPP keluar daripada BN.

“Saya tidak percaya dia (PPP) akan menarik diri daripada BN,” katanya sambil menambah, isu itu tidak sekali-kali menjejaskan atau memberi tekanan kepada BN.

Jangan tipu rakyat dengan istilah 'negara Islam' - Presiden

KUALA KANGSAR,30 Julai (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang menyatakan beliau tidak terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang mengistiharkan bahawa Malaysia adalah negara Islam.
"Bagus, kita terima dengan baik. Malaysia sebuah negara Islam!"katanya ketika berceramah di hadapan 5,000 orang di Markas PAS Bukit Chandan dekat sini malam tadi.

"Tetapi negara Malaysia ini harus ada acuan dia!Ada dasar dia, ada objektif dia sendiri dan tujuannya sendiri,"tegas beliau.

Dahulu, katanya, Nabi Muhammad s.a.w. mengajar orang-orang Islam mendirikan negara macam mengajar hendak menikah, seperti mengajar jual-beli dan bersembahayang.

Ini kerana semua amalan Islam, tegasnya, adalah berasaskan dari ajaran al-Quran dan hadis Nabi s.a.w.

"Oleh itu PAS melalui Timbalan Presidennya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa di mana kita mengajak umno kerana terlihat benar seperti dia ikhlas benar hendak tegakkan negara Islam, mari kita bermuzakarah.

"Dari itu,mari kita adakan muzakarah antara pemimpin PAS dengan umno. Kerana PAS ada Majlis Syura dan Umno ada Biro Agama. Serta kerajaan Umno ada mufti-mufti. Mari kita adakan muzakarah apa dia bentuk negara Islam yang sebenar seperti yang ditentukan oleh dalam al-Quran dan hadis-hadis,"jelasnya.

Dari itu, katanya, pemimpin Umno janganlah bercakap tentang Islam dan menipu serta menganiaya rakyat.

"Kalau sungguh-sungguh, mari kita bincang. Tapi hingga kini tidak ada jawapan! Macam dulu juga.Kalau tidak ada jawapan itu maknanya menipu,"tegasnya.

Penjajah bawa ajaran Injil dalam negara

Sementara itu, Abdul Hadi ketika berceramah di Kangar menjelaskan, "baginda s.a.w. telah mengajar bagaimana untuk memerintah negara mengikut Islam apabila berhijrah ke Madinah untuk menjelaskan bahawa orang Islam wajib berpolitik."

Katanya lagi, punca umat Islam dipermain-mainkan dan menjadi umat yang hina kerana mereka tidak mengambil kisah berkenaan politik dan kerana itulah hari ini sukar untuk PAS membawa politik Islam.

"Rakyat telah diajar dengan dengan sedemikian oleh penjajah dan kini oleh pemerintah yang ada meneruskan dasar yang dibawa oleh penjajah.

"Ajaran yang kata politik tak ada kena mengena dengan agama adalah ajaran kitab Injil Matthew yang dibawa masuk oleh penjajah barat ke negara ini dan rakyat di negara ini telah terpengaruh," jelasnya.

Beliau turut menolak tanggapan yang mengatakan siapa sahaja yang memerintah adalah sama kerana wakil rakyat masing-masing mencari rezeki.

"Ada yang kata, yang jadi wakil rakyat nak makan gaji, cari duit. Memang semua manusia cari duit, Nabi pun cari nafkah, cari rezeki tapi dalam masa yang sama baginda mengajar umat Islam berpolitik, mengajar cara perintah negara.

"Dalam Piagam Madinah menyebut dan apa-apa perkara yang menjadi pertelingkahan di kalangan semua pihak yang terlibat dalam perjanjian ini yg dibimbangi boleh merosakkan perjanjian ini maka hendaklah dirujuk kepada Allah (Al-Quran) dan Nabi s.a.w.

"Ini rukun penting dalam politik dan pemerintahan yang Nabi ajar, negara tidak sah kalau tak ada benda ini," jelasnya lagi.

Umno ranapkan Jawi, dirikan kilang arak

Tambahnya, selepas 50 tahun negara mencapai kemerdekaan, semakin hari semakin banyak penyakit yang lebih parah telah diwarisi dari orang putih yang memerintah dahulu.

"Selepas orang putih balik dan bagi merdeka, Umno yang ambil-alih meneruskan pemerintahan mengikut apa yang orang putih ajar dan lebih teruk lagi.

"Dulu masa orang putih tulisan jawi ada, masa Umno ranap tulisan jawi. Dulu ada judi, bila orang putih balik judi lama kekal, kini ada loteri dan ditambah lagi. Dulu arak ada masa, bila orang putih balik dibuat pula kilang arak," selarnya.

Menyentuh tentang PAS yang memasuki sistem demokrasi berpilihan raya, Abdul Hadi melihat kepentingan mendapatkan kuasa yang ada sebagaimana juga yang disyariatkan oleh Al-Quran.

"Dengan adanya kuasa dapatlah kita melaksanakan syariat Islam. Untuk membuat hukum Islam walaupun disebut dalam Al-Quran tak boleh dibuat sendiri.

"Tak boleh kita tangkap orang mencuri dan dikerat tangannya. Cara Nabi ajar mesti ada mahkamah, nak ada mahkamah kena ada kerajaan. Maka wajib orang Islam mendirikan kerajaan yang memerintah," tegasnya.

Jadi, katanya dalam dunia yang mengamalkan demokrasi, maka PAS melantik calon-calon di kawasan-kawasan piihan raya dan mengajak rakyat mengundi calon PAS untuk membolehkan perlaksanaan syariat Allah seperti yang terkandung dalam AL-Quran dan hadis Nabi s.a.w.

"Tapi oleh kerana orang Melayu diajar politik tak ada dalam Islam, mereka jadikan pilihan raya untuk ambil upah tampal poster, untuk dapat upah berkempen, dapat kebendaan. Mereka tak fikir pilihan raya untuk dirikan kerajaan.

"Tapi di negeri lain, pilihan raya adalah mahkamah rakyat. Rakyat boleh hukum parti memerintah yang buat silap," jelasnya.

Katanya, di negara ini keadaan sedemikian tidak berlaku kerana parti memerintah mahu kekal selamanya kerana adalah parti yang tidak bertangungjawab.

"Mereka anggap jadi pemerintah boleh duit banyak, boleh bagi duit pada suku-sakat, bukan untuk menunaikan amanah yang diperintah oleh Allah SWT.

"Maka rakyat yang tidak faham memilih parti yang boleh bagi duit, bukan memilih parti yang hendak menegakkan AL-Quran dan AS-Sunnah," katanya lagi. - - mks.

Rebut kerusi menjelang pilihan raya, semangat setiakawan BN hanya lakonan

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh) - Budaya 'berebut' kerusi di saat menjelang pilihan raya sudah menjadi satu tradisi yang tidak asing dalam Barisan Nasional (BN) sehingga dilihat seolah-olah lebih mengutamakan kepentingan peribadi atau parti masing-masing berbanding agenda melindungi nasib rakyat jelata.

Terbukti, kesatuan atau kerjasama yang 'dimomokkan' oleh BN melalui komponennya kepada rakyat selama ini adalah sekadar lakonan dan telah dizahirkan dengan tindakan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Dato' M Kayveas mengugut keluar daripada BN jika tuntutan kerusi tidak dipenuhi.

Kayveas dilaporkan mahukan BN mengembalikan semula empat kerusi Parlimen, 12 kerusi negeri, 79 kerusi majlis dan jawatan Datuk Bandar Ipoh yang pernah dipegang PPP, satu ketika dulu.

Mengulas perkembangan ini, Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub berkata gabungan parti komponen BN selama ini adalah berasas kepada sentimen perkauman dan kepentingan peribadi yang tidak langsung merujuk kepada agenda membela nasib rakyat jelata malah 'setiakawan' yang diuar-uarkan sekadar kosmetik untuk mengaburi rakyat selama ini.

"Setelah 50 tahun merdeka, saya tidak yakin wujud persefahaman dan semangat nasional di antara parti komponen BN tetapi mereka bertahan disebabkan wujudnya kuasa,"katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

"Tanpa kuasa, ketaatan kepada BN akan berakhir pada bila-bila masa dan kes PPP ini merupakan 'time-bomb' yang akan meledak kepada parti komponen BN," katanya.

Katanya rakyat khususnya para pengundi sewajarnya sedar akan kelemahan dan 'lakonan' yang dimainkan oleh BN selama ini dan beralih kepada parti alternatif seperti Barisan Alternatif (BA) yang lebih telus memperjuangkan nasib rakyat dan benar-benar mahu menuntut sebuah demokrasi tulen di negara ini yang semakin pincang akibat kerakusan salah guna kuasa pemimpin BN selama ini.

"Berbanding BN, BA mempunyai sikap 'mutual respect' saling hormat antara satu sama lain dan PAS sentiasa mengutamakan pendirian ini memandang ianya merupakan tuntutan Islam selama ini, " katanya.

Beliau menjelaskan bahawa kewujudan berbangsa-bangsa atau berpuak-puak merupakan 'god given' ataupun anugerah Allah yang seharusnya ditangani dengan kaedah yang dianjurkan oleh Islam iaitu 'Litaraffu' atau konsep 'saling kenal-mengenal dan hormat-menghormati' dan bukannya mengutamakan kaum atau etnik masing-masing sehingga mecetuskan perbalahan seperti yang berlaku dalam BN kini.

"Lihat sahaja, Umno perjuangkan agenda Melayu, MCA dengan sentimen Cinanya begitu juga dengan parti-parti lain yang boleh mengakibatkan ketegangan dan suasana yang tidak tenteram dalam negara," katanya lagi.

"Bagi PAS dan BA, perjuangan tidak langsung berlandas kepada kaum tertentu tetapi atas dasar hak bersama untuk menentang kezaliman dan menegakkan keadilan dalam negara yang tercinta," katanya. - mks.

Khamis, 26 Julai 2007

Kenapa artis Melayu terkenal dengan dadah dan dadanya?

Kisah artis terlibat dengan najis dadah bukan perkara baru lagi. Kes mereka ini ada yang di bawa hingga ke mahkamah contoh seperti penyanyi terkenal, Jamal Abdillah; penyanyi yang top dengan lagu ‘suci dalam debu, Salem dan pelawak dari kumpulan Senario, Yassin. Terbaru, penyanyi diminati ramai, Mawi tiba-tiba namanya terpampang di sebuah akhbar tempatan dengan tajuk ‘Mawi lalok ketagih dadah di Australia’.

Terkedu sebentar terutamanya peminat fanatik Mawi. Sama ada gosip ataupun betul, itulah persoalan yang timbul biarpun empunya badan menafikan berita itu baru-baru ini.

Penyanyi yang dikatakan warak dan pandai mengaji takkan boleh ambil dadah.

Namun betul atau tidak Wallahhuallam. Itu saja yang penulis mampu jawab.

Dan jawapan yang sama penulis jawab apabila Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh mahukan kepastian ketika bersamanya dalam sesi temubual di pejabatnya di Pejabat Agung pada 17 Julai lalu.

Kerut di dahi Ustazah Nuridah dapat penulis tafsirkan betapa beliau juga prihatin mengenai gejala dadah yang tidak habis-habis dikaitkan dengan artis.

Jika sungguh bagai dikata, sayanglah sebab Mawi adalah artis yang pernah mendapat perhatian daripada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, luahnya kepada penulis.

Lalu beliau bersuara, mengapakah artis-artis terkenal khasnya artis lelaki suka abdikan diri dengan dadah?

Apa sebabnya, pelik juga dadah pula yang mereka cari sedangkan mereka sendiri tahu bahaya benda durjana itu.

Agaknya boleh ‘feeling’ habis kut, jawab penulis.

Dalam perkembangan yang sama Perangkaan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menyebut sebanyak 284 kes penyalahgunaan dadah membabitkan penggiat hiburan tanah air dilaporkan dalam tempoh lima tahun lalu.

Ini menggambarkan pengambilan bahan terlarang seolah-olah menjadi sebahagian daripada cara hidup mereka.

Lebih membimbangkan, dilaporkan jumlah penagih membabitkan golongan itu sentiasa menunjukkan peningkatan, malah sepanjang empat bulan tahun ini saja, 14 artis tempatan termasuk personaliti televisyen ditahan kerana disyaki mengambil dadah.

Dalam pada itu ada benarnya juga pandangan Ustazah Nuridah bahawa perkara ini jarang berlaku ke atas penyanyi wanita.

Umpamanya Siti Nurhaliza, Sharifah Aini tanpa dadah mereka tersohor dan dikenali.

Lelaki dengan dadah, wanita dengan dadanya

Tetapi di pejabat lain pula jadinya bila penulis bersembang dengan rakan-rakan seperjuangan. Bersilat juga mereka terutamanya rakan-rakan seperjuangan di Jabatan Pengarang, Wan Nordin, Azamin dan Mohd Noor kerana mereka anggap penulis dan Ustazah Nuridah cuba bangkit isu gender biarpun tidak terlintas untuk berniat begitu.

Penulis faham mungkin mereka lelaki. Tercabar agaknya.

Dalam pertahankan dunia lelaki, tiba-tiba mereka berkata, kena ingat kalau artis lelaki ambil dadah artis wanita pula suka tayang dada!

Dalam hal ini penulis tidak bantah, sebab sudah terang lagi bersuluh.

Semua orang letih tengok kebanyakan artis-artis wanita, baik yang dara mahupun bini orang atau nenek orang kalau tak tayang dada tak sah.

Mutakhir ini pun akhbar-akhbar perdana yang banyak sebelum ini merekalah juara mempromosi gambar artis-artis yang terbelah sana terbelah sini, terbonjol sana dan sini sehingga lurah-lurah sulit pun ternampak, mula memperkatakan prihal artis-artis yang tidak bersopan itu.

Alhamdulillah jika apa yang cuba diketengah itu menjadi pedoman kepada artis-artis kita.

Kerana pakaian itu melambang keperibadian. Jika artis yang menjadi idola masyarakat berpakaian ala tarzan, lebih baik tak pakai terus, kata seorang rakan bahawa senang untuk di tempatkan artis-artis ini ke tempat yang selayaknya dengan perbuatan mereka.

Dengan hati yang ikhlas dan jujur, tanpa niat menjatuhkan maruah sesiapa sebagai orang Islam penulis dan orang lain ingin menegur sikap segelintir artis yang suka bergaya terlalu seksi lebih dari orang Barat.

Ini dapat dilihat setiap kali adanya majlis anugerah, karpet merah rata-ratanya artis wanita Melayu dan beragama Islam tanpa segan silu bermegah dengan pakaian seksi melampau.

Malu rasanya kerana ada yang sanggup menayangkan pangkal buah dada, ketiak dan terdedah habis pada bahagian belakang tidak kiralah sama ada baju yang dipakai itu berharga ribuan ringgit.

Hakikatnya badan yang gebu itu mesti ditunjuk pada khalayak.

Jadi sama-sama kita renungkan, kata-kata kawan-kawan penulis bahawa trend artis sekarang, biarpun pun mereka anak Melayu yang dilahir dalam sebuah negara yang akan merayakan 50 tahun merdeka masih dengan dengan dadah dan dadanya. - mks.

Nota: Tulisan ini adalah catatan oleh wartawan yang memprihalkan segala pengalaman yang mereka lalui dalam dunia kewartawanan dan akan dimuatkan dalam ruangan 'Catatan Wartawan'.

Negara Islam: Mujahid cabar MCA keluar dari BN

Kalau MCA menganggp Malaysia sebagai sebuah negara sekular, parti itu dicabar keluar daripada Barisan Nasional (BN) kerana ia bukan sahaja mempertikai perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, bahkan ia turut mempertikaikan kenyataan pemimpin mereka sendiri. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mujahid Yusuf Rawa menjelaskan, kenyataan Setiausaha Agung MCA, Dato' Ong Ka Chuan adalah tidak berasas kerana sebelum terbentuknya Perlembagaan Persekutuan, Malaysia sudah mempunyai undang-undang yang menjadi rujukan utama iaitu undang-undang syariah.

Jelasnya, hanya pada 1807, Inggeris campur tangan untuk mengubah undang-undang yang telah ada di negara ini. Tetapi pada waktu yang sama katanya, wujudnya undang-undang syariah. Di samping itu terdapat fakta sejarah yang membuktikan dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan, ia turut mengambil kira latar belakang negara ini di mana Islam menjadi asas yang kukuh dalam perundangan.

"Sebab itu hasilnya hari ini, kita dapati negeri-negeri mempunyai peruntukan undang-undang Islam. Ini bermakna negara sekular yang dimaksudkan ialah negara yang tidak langsung mengamalkan Islam.

"Dari segi perlaksanaan di negara kita, ia diakui oleh pakar undang-undang bahawa kita tidak boleh menamakan Malaysia ini 'totok' sekular sebab undang-undang Islam juga dilaksanakan. Begitu juga Islam sebagai agama rasmi yang meletakkan Islam yang tidak hanya difaham sebagai agama tetapi sebagai satu cara hidup.

"Apa sahaja yang boleh mencemar maksud Islam sebagai satu cara hidup, maka Perlembagaan Persekutuan sendiri memperuntukkan kelebihan Islam," kata Mujahid, yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional.

Tambahnya lagi, kenyataan Ka Chuan itu juga seolah-olah memperlekehkan Islam.

Bagaimanapun katanya, kenyataan Najib itu juga dilihat 'berterabur' kerana sebelum ini pemimpin Umno ada menyatakan Malaysia bukan sebuah negara Islam.

Katanya jika Najib menyatakan Malaysia adalah negara Islam, ia harus mempastikan mengikut peruntukan yang sepatutnya. Ini termasuk mendaulatkan asas dalam menentukan hala tuju negara termasuk Islam sebagai cara hidup yang lengkap termasuk kebebasan beragama.

"Saya bercakap berlandaskan fakta. Jadi sesiapa sahaja di kalangan komponen BN termasuk DAP diminta tidak mempertikai asas yang penting dalam pembentukan negara. Orang Islam sendiri mempunyai latar belakang penting dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Beliau memberi contoh dalam kes seperti Lina Joy, hakim meletakkan pengtakrifan Islam bukan dalam konteks agama sahaja. Ia termasuk dalam konteks syariah, serta cara hidup.

Jelasnya kebebasan beragama dalam konteks perlembagaan bukan bermakna boleh mempersenda serta menyentuh aspek Islam sebagai cara hidup.

Semalam, Setiausaha Agung MCA, Dato' Ong Ka Chuan mempertikai kenyataan Dato' Seri Najib Tun Razak yang menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam.

Dalam kenyataannya, Ka Chuan menegaskan bahawa semua dokumen sejarah berhubung pembentukan Perlembagaan Persekutuan dan penubuhan sebuah negara yang merdeka menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.

Oleh itu, katanya, kenyataan Najib itu adalah tidak bertepatan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Najib yang mewakili Perdana Menteri sewaktu merasmikan persidangan antarabangsa mengenai Negara Islam Dalam Dunia Global semalam berkata, Malaysia bukan negara sekular tetapi sebuah negara Islam dengan takrifnya yang tersendiri.

Najib yang juga Timbalan Presiden Umno menyatakan Malaysia tidak pernah berpegang kepada sekularisme tetapi didorong oleh asas Islam kerana perlembagaan jelas menyebut bahawa Islam adalah agama rasmi. - /wann/mns

Sidang DUN Melaka kecoh gara-gara soalan lawatan Ali Rustam

MELAKA, 25 Julai (Hrkh) - Persidangan Kedua Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri Melaka Ke sebelas kecoh selama 20 minit, gara-gara ketidakpuasan hati Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) (Kota Laksamana-DAP), Betty Chew Gek Cheng di mana soalan lisan yang sepatutnya berada di tempat pertama, akhirnya diletakkan pada soalan yang ke-58.

Keadaan Dewan Undangan Negeri, Seri Negeri, bertambah gamat lagi, apabila ADUN (Banda Hilir-DAP), Goh Leong San turut bangun mengambil bahagian kerana tidak berpuashati dengan soalan lisan yang dihantar olehnya, diletakkan pada soalan ke-48.
Menurut Betty, soalan lisan itu adalah mengenai lawatan delegasi Negeri Melaka ke Amerika Latin yang diketuai oleh Ketua Menteri bersama 28 orang.
"Saya ingin tahu berapakah kos yang digunakan, siapa yang ikut dalam rombongan itu dan apakah kaitan serta keperluannya.
"Mereka bertujuan untuk mengelakkan diri dari menjawab soalan saya sebab itu, apabila tiba giliran saya menyoal, Dato' Seri Ali Rustam dengan mudah mengatakan bahawa soalan tersebut telah dijawab sebelum itu, ketika soalan yang diajukan oleh ADUN (Bemban-BN), Dato' Chong Tam On.
Kedua- dua ADUN DAP itu mempertahankan hak mereka yang akhirnya telah diarahkan oleh Speaker DUN, Dato' Mo'min Abdul Aziz supaya duduk.
"Sebelum ini pun soalan-soalan dari ADUN DAP kita terima dan masalah kedudukan soalan sepatutnya tidak perlu timbul dan dibangkitkan dalam dewan.
"Saya akan memaklumkan perkara ini kepada pihak pentadbiran," katanya ketika meleraikan kekecohan tersebut.
Kekecohan kedua-dua ADUN itu, turut menarik minat ADUN (Serkam-BN), Dato' Wira Ahmad Hamzah; ADUN (Gadek- BN), Dato' Abdul Ghafaar Atan dan ADUN (Telok Mas-BN), Dato' Amid Nordin.
Ketiga- tiga wakil rakyat tersebut meminta agar persidangan dewan bermula dan tidak menghiraukan kekecohan yang dibawa oleh kedua- dua pemimpin DAP itu. - mks

PAS Jasin, Pasir Putih capai persefahaman kawasan 'parlimen berkembar’

JASIN, 24 Julai (Hrkh) - PAS Kawasan Jasin (PKJ) dan PAS Kawasan Pasir Putih (PKPP) mencapai persefahaman bersama mewujudkan kawasan parlimen berkembar sebagai persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum ketika program 'lawatan sambil belajar’ ke negeri Kelantan pada 21 dan 22 Julai lalu.
Delegasi seramai 40 orang yang diketuai oleh Yang Dipertua (YDP) PAS Jasin, Mejar (B) Jasme Tompang; Naib YDP, Yuhaizad Abdullah; Setiausaha, Kamarulzaman Ahmad; Bendahari, Aminuddin Ali; Ketua Penerangan, Mamad Khamis dan wakil dari setiap DUN serta Dewan Muslimat.

Menurut Mejar Jasme, objektif utama program adalah untuk menambah ilmu dan juga bertukar-tukar pandangan serta pengalaman khususnya dalam menghadapi pelbagai kerenah pilihan raya.

Beliau juga, melahirkan kesyukuran dan berpuas hati dengan perjalanan program lawatan tersebut serta mengharapkan agar peserta dapat mempraktikkan ilmu yang diperolehi sebaik mungkin untuk dilaksanakan gerak kerja di peringkat DUN masing– masing.

Mengulas mengenai PKJ dan PKPP sebagai kawasan berkembar, beliau mengharapkan lebih banyak manfaat diperolehi khususnya bagi Kawasan Jasin dalam mengurus dan memajukan jentera parti di peringkat kawasan.

“Kerjasama ini perlu digembeleng dan diperluaskan kepada semua bidang sama ada ekonomi, tarbiyah dan sebagainya,” katanya.

Tambah beliau,“ jalinan ini akan terus kekal dan beberapa siri lawatan susulan akan diatur selepas ini, saya juga telah menjemput pimpinan PKPP untuk berkunjung ke Jasin sebagai tanda kunjungan balas.

“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih di atas sambutan dan layanan pihak PKPP yang begitu hebat sekali,” kata beliau.

Seorang peserta, Abdul Karim Kasim, melahirkan rasa kesyukuran dengan apa yang diperolehi sepanjang program lawatan tersebut.

Beliau juga mengharapkan definasi “kawasan berkembar” segera diterjemah ke dalam bentuk gerak- kerja yang menguntungkan perjuangan dan janji Pusat Kajian Strategik PAS Negeri Kelantan untuk membantu amat dialu- alukan.

Sepanjang dua hari itu peserta rombongan telah disediakan jadual dan pengisian yang padat.

Bermula di sebelah pagi diadakan dailog bersama dan ahli rombongan telah diberikan taklimat persiapan pilihan raya oleh beberapa pimpinan tertinggi PKPP yang turut dihadiri YDP Pas kawasan Pasir Putih, Drs Zainudin Awang Hamat.

Di akhir sesi kedua-dua belah pihak telah mencapai persetujuan untuk menjadikan PKJ dan PKPP sebagai kawasan berkembar.

Pada sebelah petangnya, ahli rombongan telah diberikan taklimat dan perkembangan mutakhir politik Kelantan oleh Ketua Pemuda PAS Kelantan, Zaki Ibrahim.

Manakala, di sebelah malam satu taklimat khas berkaitan dengan strategi telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pusat Kajian Strategi Negeri Kelantan, Ustaz Mohd Husin, di bilik mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan, Jalan Dato' Pati, Kota Bahru.

Sebelum berangkat pulang, peserta rombongan telah mengambil kesempatan menziarahi Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka, sambil menerima tazkirah ringkas sebagai bekalan untuk dibawa pulang. - mks.

Isnin, 23 Julai 2007

Giliran BA Jasin bila pulak ???

BA Alor Gajah dilancarkan hadapi pilihan raya umum

ALOR GAJAH, 23 Julai (Hrkh) - PAS dan Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) bagi Parlimen Alor Gajah (P135) telah menubuhkan jawatankuasa bersama bagi menghadapi pilihan raya pada pertemuan kedua-dua pemimpin kawasan dan bahagian parti tersebut baru- baru ini. Pertemuan yang berlangsung dalam suasana harmoni dan ceria itu telah dapat menyelesaikan beberapa perkara seperti pembahagian kerusi dan penyelarasan gerakerja bersama.

Jawatankuasa bersama tersebut diketuai oleh Yang DiPertua (YDP) kawasan Alor Gajah, Wan Zahidi Wan Ismail; Timbalan YDP, Ashraf Mukhlis Minghat; Naib YDP, Baihaqi Ismail; Ketua Urusan Ulamak, Ustaz Ridzuan Abd Ghani; Ketua Pemuda, Ustaz Safarwan Abdul Ghani; Ketua Muslimat, Zalina Ishak dan Ahli Jawatankuasa, Abd Rashid Abd Halim, Safri Shafie serta Baharom Md Eson dari PAS.

Manakala KeADILan pula diketuai oleh Ketua Bahagian Alor Gajah, Yusuf Saad; Naib Ketua, Lim Swee; Sivapatham; Rashid Ghulam Ahmad; Setiausaha, Jaini Ahmad; Ketua Penerangan; Bendahari; Ibrahim Bidin dan Ketua Angkatan Muda, Ginie Lim Swee Lim.

Menurut Yang DiPertua PAS Kawasan Alor Gajah, Wan Zahidi Wan Ismail,"kita telah selesai dalam pembahagian kerusi di antara BA untuk ditandingi pada pilihan raya nanti dan kita juga bersetuju mengenai penyelarasan gerakerja bersama.

"Saya mengharapkan kerjasama ini sebagai satu persediaan dan dapat menghasilkan satu saingan yang kuat dalam pilihan raya umum untuk menghadapi Umno Barisan Nasional (BN)," kata beliau.

Bagi Ketua Penerangan KeADILan Bahagian Alor Gajah, Bakar Ninggal, "kita yakin pengundi Kaum Cina dan India memihak kepada PKR dan melalui kerjasama BA ini, kita akan bertambah mantap untuk menghadapi BN.

"Kita juga telah mencapai banyak persetujuan bersama yang melicinkan lagi gerakkerja pilihan raya," kata beliau.

Parlimen Alor Gajah (P135) mempunyai 5 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kesemuanya diwakili oleh calon dari Barisan Nasional diantaranya ialah Rembia (N6), Gadek (N7), Machap (N8), Durian Tunggal (N9) dan Asahan (N10).

Machap baru- baru ini menyaksikan berlakunya pilihan raya kecil berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri yang lama iaitu mendiang Poh Ah Tiam dan dimenangi kembali oleh calon dari BN, Lai Meng Chong mengalahkan calon DAP Liou Chen Kuang dengan majoriti 4,081 undi. - mks.

Jaga-jaga Hantu nak keluar dah......

BN terdesak, pindah lebih 30 ribu pengundi ke Pantai Timur!
Nyza Ayob
Mon | Jul 23, 07 | 04:03:35 PM
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Hrkh) - Sah! Barisan Nasional (BN) sedang berusaha habis-habisan demi memastikan kemenangan mereka 'by hook or by crook' dalam pilihan raya umum kelak.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Terbaru, Harakahdaily dimaklumkan bahawa kira-kira 32,000 pengundi yang tinggal di luar Kelantan dan Terengganu telah berjaya didaftarkan untuk mengundi di kedua-dua negeri berkenaan dalam pilihan raya yang akan diadakan kelak.

Menurut Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Wan Nik Wan Yusuff, esok (24 Julai 2007) merupakan hari akhir bagi setiap pemilih membuat semakan, tuntutan atau bantahan berhubung pameran pemilih tambahan (DPT) yang dipamerkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sejak 18 Julai lalu.

Katanya, terdapat usaha pihak tertentu yang bukan di kalangan Barisan Alternatif berusaha mendaftar dan membawa masuk pengundi yang tinggal di luar untuk didaftarkan sebagai pengundi di Kelantan dan Terengganu.

"Berdasarkan rekod DPT suku kedua 2007 itu, langkah terdesak pihak tertentu itu dikatakan berjaya membawa masuk pengundi yang bermaustautin di luar iaitu kira-kira 12 ribu orang ke Kelantan dan 20 ribu orang ke Terengganu.

"Buat masa ini, bahagian urusetia Jabatan Pilihan raya PAS Kelantan dan Terengganu mengambil tindakan membantah jika berlaku peristiwa seumpama itu,"katanya sewaktu menghubungi Harakahdaily.

Justeru katanya, sewajarnya pimpinan PAS di negeri-negeri lain ialah memastikan jentera PAS membuat semakan dan bantahan dalam masa sehari sahaja lagi, sekiranya benar pengundi berkenaan tidak bermastautin di alamat serta lokaliti yang berdaftar.

Perkara ini katanya, amat penting bagi memastikan pengundi sebenar sahaja yang layak menentukan politik Kelantan dan Terengganu. - mks.

Isnin, 9 Julai 2007

Menangislah bila anda dipilih untuk memimpin


Muktamar PAS yang berlangsung pada 1 hingga 3 Jun lalu menyaksikan beberapa jawatan penting dipertandingkan. Ia adalah perkara lumrah dalam organisasi parti yang menerima kaedah sistem demokrasi dalam pengurusan organisasinya.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Penerimaan kaedah ini bermakna seluruh kepimpinan perlu bersedia bahawa jawatan yang dipegang akan dipertandingkan, dan bersedia untuk menerima keputusan dengan dada terbuka.

Umumnya kita menyatakan bahawa kita hanya menawar diri untuk dipilih, bukan mendesak ahli untuk memilih kita. Sifat ini adalah suatu sifat yang sangat terpuji; kerana jawatan bukanlah sesuatu yang menjadi kebanggaan apatah lagi untuk merasa terhormat dengan jawatan yang disandang.

Menyedari bahawa jawatan adalah amanah besar yang terpaksa dipikul di dunia, dan ia terpaksa pula menjawab dihadapan Allah di hari akhirat, maka selayaknya seseorang itu menangis dengan jawatan yang dipegangnya. Bukan menangisi bila ia tidak dipilih; bahkan kalaulah kita menyedari betapa beratnya amanah ini, nescaya kita akan mengucapkan 'terima kasih' kepada sahabat yang tidak memilihnya, kerana mereka telah menolong meringankan kita di hadapan Allah di akhirat.

Mari kita meneliti pesanan Rasulullah s.a.w. kepada Abu Zar al-Ghifari yang datang memohon jawatan kepada Rasulullah s.a.w.;

"Wahai Abu Zar, kamu lemah sedangkan jawatan yang kamu minta ini adalah amanah. Dan dengannya (jawatan) kelak di hari akhirat kamu akan menyesal dan dukacita; melainkan kamu ambil kerana kamu layak memikulnya, dan kamu tunaikan pula amanah itu."

Abu Zar adalah sahabat nabi yang pernah pengsan kerana takutkan Allah, jauh berbeza dengan kita hari ini.

Sabdanya lagi: "Mana-mana pemimpin yang mengkhianati rakyatnya, maka ia di dalam neraka." (Riwayat Tabrani)

Sebenarnya terlalu banyak hadis yang sangat menggerunkan bagi orang yang memikul amanah, namun dikhuatiri akan tiada orang yang sanggup menerima jawatan yang diamanahkan kepadanya, maka memadailah dengan peringatan ini, menyebabkan ia takut untuk menerima jawatan yang diberi.

antara menerima dan menolak amanah memimpin

Lalu ada yang bertanya kalau demikian, apakah kita harus biarkan jawatan disandang oleh orang yang tidak layak untuk menguruskan organisasi parti kita. Kita melihat tidak timbul soal tidak layak, kerana semua pendokong kepimpinan yang ada adalah mereka yang sangat layak memikulnya.

Kita hanya memilih yang terbaik dari yang baik-baik, kerana itu sifat yang ada kepada kita adalah tidak melampau dalam mengharapkan jawatan untuk dimenangi, sehingga sekiranya kita tidak terpilih kita melakukan sesuatu diluar adab berjamaah, sehingga tindakan kita tidak menguntungkan jamaah bahkan menyusahkan jamaah.

Kalau diperingkat awal kita menyatakan 'saya hanya menawar diri', apa makna kalau kita tewas atau tidak dipilih kita rasa kecewa, melarikan diri dari jamaah, mendiamkan diri, mengharapkan dalam hati agar yang menang gagal dan kerjanya, bahkan lebih malang lagi kita mengambil sikap memusuhi pesaing kita.

Pendokong jamaah harus sedar dengan perangkap syaitan dan hawa nafsu yang sangat licik, untuk merosakkan dirinya dan menjauhkannya dari perjuangan Islam. Lantaran itu ucaplah tahniah kepada pesaing kita yang menang dan katakan kepadanya: "Tahniah atas kejayaan anta demi jamaah, dan ana akan bantu anta dalam urusan ini". Kata-kata begini dan seumpamanya akan melemahkan hawa nafsu jahat dan mengecewakan syaitan dari merosakkan kita.

jawatan bukan untuk direbut

Jawatan bukanlah sesuatu yang perlu direbut, tetapi menerima penyelesaian secara syura adalah baik. Sama ada untuk jamaah atau untuk diri penerima jawatan. Kita perlu menyedari bagaimana Baginda Rasulullah s.a.w. mengingatkan kita:

"Sesiapa yang menghendaki jawatan, sedang jamaah tidak meredainya, maka ia tidak akan ditolongi Allah dalam mengatasi masalahnya, dan sesiapa yang menerima jawatan sedang jamaah mengharapkannya, maka Allah akan membantunya dalam segala urusannya." (mafhum dari Hadis rasulullah s.a.w.)

Menerima kaedah syura bermakna redha dengan keputusan yang dibuat oleh jamaah ke atas diri kita, dan tidak dianggap redha seandainya kita meluahkan rasa kecewa di luar majlis itu. Demikian juga adalah malang bagi pimpinan seandainya menyatakan bangkangan kepada apa yang telah diputuskan oleh jamaah. Apa makna berada dalam jamaah seandainya kita tidak boleh redha dengan keputusan jamaah? Lebih malang lagi bilamana kita merasa bahawa kita lebih penting dari jamaah atau merasai jamaah akan lemah kerana tiadanya kita.

tidak boleh lari dari amanah

Menolak sesuatu jawatan yang diamanah juga merupakan suatu yang bertentangan dengan sifat jamaah. Seseorang pendokong jamaah hendaklah meletakkan kepentingan jamaah lebih dari kepentingan dirinya dan keluarganya, kerana itu ia tidak boleh lari dari menerima jawatan yang diamanah kepadanya.

Kita bukan berhadapan dengan budaya merebut jawatan, sebaliknya kita berhadapan dengan sikap ahli yang tidak mahu menerima jawatan. Sikap ini juga tidak membantu jamaah dalam membina kekuatan. Terkadang sikap ahli dan sebahagian pendokong jamaah yang enggan menerima jawatan diamanahkan kepadanya, menyebabkan timbul dua keadaan:

1) Jamaah kehilangan tenaga yang berwibawa, dan keadaan ini melambatkan kejayaan dalam perjuangan Islam.

2) Tindakannya mendedahkan jamaah kepada mehnah, fitnah sama ada akan ada yang menganggap jamaah membelakangkan orang yang dianggap layak; atau ia menjadi golongan yang suka komplen dan kritik kelemahan jamaah. Kerana mereka yang berada diluar padang sangat senang mengkritik pemain yang bermengah-mengah di tengah padang.

Melihat situasi muktamar kawasan, dewan-dewan, dan berakhir dengan muktamar Pusat nanti, maka sikap pendokong jamaah ialah tidak melampau dalam tindakan mengharapkan jawatan; tetapi di masa yang sama tidak melarikan diri dari jawatan seandainya jamaah mengharapkannya dan tiada yang lain darinya. Kerana zalim bukan sahaja meletakkan bebanan kepada yang tidak mampu; sebaliknya memberi kepada yang tidak layak juga adalah zalim./tajdid
Punca perbuatan maksiat dan keperluan bersegera taubat

Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasai, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad dan Al-Darimi telah meriwayatkan daripada Al-Nu'man Bin Basyir r.a. bahawa beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Perkara Yang halal adalah jelas dan perkara yang haram juga jelas, dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar), yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Sesiapa yang menghindari perkara-perkara yang syubhat(yang samar), maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya, dan sesiapa yang jatuh pada perkara-perkara yang syubhat, maka ia pasti jatuh pada yang haram. Seperti pengembala yang mengembala di sekitar kawasan larangan, hampir-hampir ia memasukinya. Sesungguhnya setiap kerajaan mempunyai kawasan larangan. Ketahuilah bahawa di dalam jasad ada segumpal daging, yang jika ia elok maka eloklah seluruh jasad, dan jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati".
Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda 194.
"Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan kebaikan akhlak".
Perkataan akhlaq adalah plural daripada khuluq yang dari segi bahasa bererti perangai, tabiat, adat, maruah dan agama. Adapun dari segi istilah, Ibnu Miskawaihi mentakrifkan khuluq sebagai sifat yang mantap di dalam jiwa yang mengajaknya kepada melakukan perbuatan tanpa berfikir.
Imam Ghazali195 pula mentakrifkannya sebagai satu bentuk atau keadaan (hai'ah) yang tetap atau melekat di dalam jiwa, yang daripadanya keluar perbuatan-perbuatan dengan mudah, tanpa berfikir. Apabila daripada hai'ah tersebut keluar perbuatan-perbuatan yang baik lagi terpuji, sama ada mengikut pandangan syara' atau akal, maka hai'ah tersebut disebut akhlaq yang baik. Tetapi apabila daripada hai'ah itu keluar perbuatan-perbuatan yang buruk, maka hai'ah tersebut disebut akhlaq yang buruk.
Sifat dalam jiwa dan kesannya pada anggota badan
Jadi akhlak mempunyai pengaruh yang berkesan ke atas Suluk atau tingkah-laku dan perbuatan-perbuatan yang keluar daripada manusia. Imam Ghazali menyatakan bahawa setiap sifat yang ada di dalam jiwa atau hati akan nampak kesannya pada anggota-anggota badan, sehingga anggota-anggota badan tersebut tidak bekerja melainkan mengikut sifat yang ada di dalam jiwa atau hati tersebut.
Dengan demikian, jelaslah bagi kita bahawa punca daripada segala perbuatan manusia, sama ada yang baik atau pun yang buruk, sama ada berupa kebajikan ataupun ma'siat, pahala atau dosa, adalah datang daripada sifat-sifat yang ada di dalam jiwanya.
Imam Ghazali berkata bahawa manusia mempunyai sifat-sifat yang banyak, tetapi yang menjadi punca perbuatan ma'siat atau dosa ada empat sifat, iaitu: sifat rububiyah (ketuhanan), sifat syaitaniyah (kesyaitanan), sifat bahimiyah (kebinatangan), dan sifat sabu'iyah(kebuasan). Hal yang sedemikian disebabkan kerana perwatakan manusia diadun daripada campuran yang bermacam-macam. Setiap satu daripada campuran dalam adunan tersebut mempunyai kesannya.
Pertama: Dari kumpulan sifat-sifat rububiyah muncullah sekumpulan daripada dosa-dosa besar, seperti riya', sukakan pujian, takabbur, cintakan kedudukan, kepimpinan dan pengaruh, suka memaksa, sukakan kekayaan, menghinakan atau merendahkan orang lain dan lain-lain seumpamanya.
Abu Daud, Ibnu Majah, dan Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Rasullah SAW bersabda:
"Allah Azza Wa Jalla berfirman: Kesombongan itu adalah pakaianKu, dan kebesaran itu adalah selendangKu. Barangsiapa yang menyaingi Aku pada salah satu daripada keduanya, nescaya Aku lemparkan dia ke dalam neraka".
Muslim, Tirmizi, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad meriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda.
"Tidak akan masuk Syurga sesiapa yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarah daripada kesombongan".
Kedua: Dari sifat-sifat syaitaniyah muncul sifat dengki,zalim, muslihat, tipu, mengajak kepada kerosakan dan kemungkaran, hipokrit, menyeru kepada bid'ah dan kesesatan, dan seumpamanya.
Ketiga: Dari sifat-sifat bahimiyah muncul sifat tamak, rakus, garang, gemar memuaskan syahwat, yang muncul daripada zina, liwat(homosek), mencuri, memakan harta anak yatim dan lain-lain seumpamanya.
Keempat: Dari sifat-sifat sabu'iyah(buas) muncul sifat marah, dendam, menceroboh, bergaduh, memaki, membunuh dan memusnahkan harta.
Kemunculan sifat-sifat ini adalah secara beransur-ansur.Mula-mula yang dominan adalah sifat bahimiyah, kemudian sifat sabu'iyah. Apabila berkumpul kedua sifat tersebut, mulailah keduanya memanipulasikan akal dalam menipu, membuat helah, yang merupakan sifat-sifat syaitaniyah.Kemudian, yang terakhir dominan ialah sifat-sifat rububiyah, iaitu sifat megah, bongkak, suka meninggi diri, suka dipuji, gila kuasa, gila pangkat dan seumpamanya.
Inilah punca utama yang menjadi sumber perbuatan dosa, yang daripadanya mengalir ke anggota-anggota badan, sebahagiannya ke dalam hati khususnya, seperti kufur,nifaq,menyembunyikan kejahatan, sebahagiannya ke perut dan kemaluan, sebahagiannya ke tangan dan kaki, dan sebahagiannya ke seluruh badan.
Dosa-dosa ini terbahagi kepada dosa antara hamba dengan Allah SWT, seperti meninggalkan solat, puasa dan kewajiban-kewajiban khusus, dan dosa yang berkaitan dengan hak-hak manusia, seperti tidak membayar zakat, membunuh,merampas harta, memaki, dan lain-lain. Kemudian ia juga terbahagi kepada dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil, yang mengenainya terdapat perbezaan pandangan yang terlalu banyak untuk dihuraikan disini.
Hanya sebagai panduan, dikemukakan beberapa perkara untuk dijadikan pegangan:
Pertama: Dosa kecil menjadi besar kerana beberapa sebab, di antaranya ialah jika dilakukan secara berterusan dan tidak ada azam untuk meninggalkannya. Oleh sebab itu, ada yang mengatakan:
"Tidak ada dosa kecil bersama adanya azam untuk terus melakukan, dan tidak ada dosa besar bersama adanya permohonan meminta keampunan".
Perbuatan dosa besar yang dilakukan sekali dan tidak diulangi, harapan untuk memperoleh keampunan terhadapnya lebih besar daripada dosa kecil yang dilakukan secara berterusan.
Kedua: Perbuatan dosa menjadi besar jika dianggap kecil, tetapi, sebaliknya, jika dianggap besar, maka ia menjadi kecil di sisi Allah SWT, kerana anggapan besar itu timbul daripada kebencian dan berpalingnya hati daripadanya.
Sebahagian ulama berkata: Jika seseorang melihat kebesaran Tuhan yang ia menderhaka dengan melakukannya, maka ia akan memandang dosa kecil menjadi besar, dan bukan sebaliknya.
Ketiga: Dosa kecil menjadi besar dengan disertai perasaan gembira dan bermegah dengannya.
Keempat: Dosa kecil menjadi besar dengan menganggap ringan keampunan Allah terhadap perbuatannya, tertipu diri kerana menyangka kebolehannya untuk terus melakukan perbuatannya itu disebabkan pemeliharaan Allah terhadapnya dan merasa aman daripada azabNya.
Kelima:Dosa kecil menjadi besar dengan dizahirkan, seperti mengatakannya kepada orang lain setelah melakukannya, atau sengaja melakukannya di hadapan orang lain.
Keenam: Dosa kecil menjadi besar apabila dilakukan oleh orang yang berilmu dan diikuti oleh masyarakat. Oleh sebab itu, seorang ulama berkewajipan menjauhi dosa, dan menyembunyikannya jika terlajak melakukannya.
Hukum dan keutamaan taubat
Bertaubat hukumnya adalah wajib dengan segera dan diberi pahala, kerana ia adalah perkara yang diperintah.
Di dalam surah Al-Nur: 31, Allah SWT berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, mudah-mudahan kamu beruntung".
Di dalam surah Al-Tahrim: 8, Allah SWT berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan "taubat nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal salih) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan disebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata: Wahai Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa ke atas segala sesuatu".
Dalam ayat di atas disebut perkataan 'taubatannasuha'.
Qatadah berkata: Al-nasuh al-sadiqah, al-nasihah, maksudnya adalah yang benar. Ada juga yang mengatakan bahawa al-nasuh ertinya al-khalisah, bererti yang ikhlas, atau yang murni.
Al-Farra' berkata: Nasuha daripada sifat taubat; maknanya taubat yang menasihati pelakunya untuk tidak kembali kepada perbuatan yang ia bertaubat daripadanya. Al-Kilabi r.a. berkata: Al-tawbah al-nasuh: penyesalan dengan hati, istighfar (minta ampunan) dengan lidah, meninggalkan dosa (dengan badan), dan bertekad untuk tidak kembali(kepada dosa yang dilakukan).
Said bin Jubair r.a. berkata: Al-tawbah al-nasuh ialah taubat yang diterima, dan tidak diterima taubat selama belum terpenuhi tiga syarat: perasaan takut tidak diterima taubat selama belum terpenuhi tiga syarat: perasaan takut tidak diterima, mengharap agar diterima dan istiqamah dalam ketaatan.
Bukhari, Muslim, Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad meriwayatkan daripada Abi Hurairah, Nu'man bin Basyir, Abdullah bin Mas'ud dan Anas bin Malik r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah lebih gembira dengan taubat seseorang daripada kamu daripada seorang lelaki yang berada di tanah lapang yang sunyi, yang berbahaya, bersamanya untanya yang di atasnya perbekalan, makanan, minuman, dan segala keperluannya. Kemudian untanya hilang, maka iapun keluar mencarinya, sehingga apabila ia (berputus asa) dan merasa akan mati, maka ia berkata: Aku akan kembali ke tempat di mana aku kehilangan untaku supaya aku mati di sana. Kemudian iapun kembali ke tempatnya, maka matanya dikalahkan oleh rasa mengantuk dan iapun tertidur, kemudian ia bangun dan tiba-tiba ia jumpai untanya berada di hadapannya di atasnya makanan, minuman dan segala yang diperlukannya".- Petikan dari kitab; "Perjalanan Rabani: Merentas alam dunia, barzakh dan akhirat".