Followers

Ahad, 15 Julai 2012

FOMCA LANCAR MENIFESTO TUNTUTAN RAKYAT


Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) melancarkan Manifesto Tuntutan Pengguna, yang disasarkan kepada parti-parti politik dan calon-calon dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.“Manifesto ini merupakan julung-julung kalinya diterbitkan oleh FOMCA bagi membantu parti politik dan calon-calon pilihan raya untuk menyuarakan isu-isu yang berkaitan dengan kepenggunaan dalam manifesto pilihan raya masing-masing serta semasa kempen pilihan raya,” demikian kata Mohd Yusof Abdul Rahman mewakili FOMCA
Sehubungan itu, FOMCA katanya, berharap isu-isu yang disuarakan dalam Manifesto ini diberikan perhatian oleh semua parti politik yang bertanding kerana ia merupakan isu yang diberikan perhatian utama oleh pengguna, yang juga merupakan pengundi pilihan raya.Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak, termasuk FOMCA sendiri, isu utama yang menjadi keprihatinan pengguna ialah kos sara hidup yang kian meningkat.”
Oleh itu katanya, semua parti perlu memasukkan dalam manifesto  mereka tentang cadangan mereka untuk mengurangkan kos sara hidup ini.“Dalam merangka manifesto tersebut, FOMCA menggunakan lapan hak pengguna sebagai landasan yang mana bagi setiap hak tersebut, diutarakan isu-isu kepenggunaan yang berkaitan,” jelasnya dalam satu kenyataan.Yusuf berkata, FOMCA akan mengedarkan manifesto tersebut kepada semua parti politik, kementerian, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan.
Manifesto Tuntutan Pengguna ini telah dilancarkan oleh Datuk Marimuthu Nadason, presiden FOMCA.Turut hadir ialah Dato’ Paul Selva Raj, Ketua Pegawai Eksekutif FOMCA dan Ismail Abdul Aziz, pengerusi Persatuan Pengguna dan Sosial Petaling, yang merupakan ahli gabungan FOMCA.
Orang ramai yang berminat untuk mengetahui manifesto FOMCA tersebut bolehlah memuat turunnya di:
  1. Manifesto (BM)
  2. Manifesto (English)

Tiada ulasan: