Followers

Ahad, 15 Julai 2012

HARAM PILIH CALON YANG BUAT KEROSAKAN

DOHA - Ketua Persatuan Ulama Kaum Muslimin Antarabangsa Al-Allamah, Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam khutbah Jumaatnya pada 8 Jun 2012 berpesan kepada rakyat Mesir supaya menolak calon Presiden yang telah melakukan kezaliman. “Bertakwalah kamu kepada Allah dalam menggunakan hak suara kalian. Pilihan kalian adalah amanah. Pilihan kalian adalah persaksian kalian terhadap Allah,” tokoh tersohor itu memulakan bicaranya “Di hadapan kalian hanya ada dua calon. Jangan persoalkan calon dari kubu Islam atau kubu Ikhwan. 

Realitinya, satu dari kubu revolusi, satu lagi kubu yang memusuhi revolusi; satu adalah pejuang kebebasan, sedangkan yang satu lagi adalah pendukung kezaliman dan kediktatoran.” Beliau seterusnya berfatwa, “Haram hukumnya dan tidak dibenarkan secara syariat memilih kubu yang telah membuat kerosakan di muka bumi. Sungguh memalukan dan menjadi bencana bagi Mesir jika orang yang jelas memecah belahkan rakyat Mesir terpilih menjadi pemimpin kalian.” Beliau turut mengingatkan penganut Kristian Koptik supaya bersama dengan Islam kerana Islam selamanya tidak memusuhi mereka. Berkaitan politik wang, beliau menyatakan, “Wang itu halal bagi kamu. Sudah menjadi kemestian bagi kalian untuk menerimanya, akan tetapi jangan kalian pilih mereka. Pilihlah calon yang lebih baik dan lebih layak, bukan kerana ganjaran wang yang kamu terima, walaupun politik wang itu disertai atau bersumpah kepada Allah.” Pada akhir khutbahnya, beliau berdoa untuk kemenangan dakwah di dunia Islam - di Syria, Mesir, Palestin, Yaman, Libya dan negara-negara lain.

Tiada ulasan: