Followers

Ahad, 15 Julai 2012

ERA TUNDUK PADA ISRAEL SUDAH BERAKHIR


Seorang anggota Ikhwanul Muslimin memberitahu Times of Israel bahawa waktu untuk Mesir ‘takut’ kepada Israel kini telah berakhir.“Kerajaan baru Mesir akan membuat beberapa perubahan termasuk menghentikan perjalanan tanpa visa dari Israel ke Semenanjung Sinai kerana setiap warga Israel yang masuk ke Sinai tanpa visa menimbulkan ancaman bagi keselamatan negara Mesir,” tegas Mohamed Beltagy kepada laman berita berbahasa Inggeris yang popular itu.

Bagaimanapun, Beltagy menolak jika kenyataan beliau itu dianggap hendak mencipta konflik baru antara Mesir dengan Israel.“Mesir tidak tertarik untuk terikat dalam konflik dengan Israel dan tidak pula akan memulakan tindakan agresif.”

Sementara itu, Presiden Mesir pilihan rakyat, Mohamed Mursi menegaskan, Mesir di bawah pimpinannya akan menghormati perjanjian dan kesepakatan antarabangsa, namun beliau tidak menyatakan dengan jelas polisi pemerintahannya terhadap Israel.“Kami berhasrat untuk mencipta hubungan antarabangsa yang seimbang berdasarkan sikap saling menghormati dan menjaga kepentingan bersama,” ujar Morsi.Kemenangan Mursi yang juga tokoh IM dilaporkan menimbulkan kebimbangan di pihak Israel justeru rapatnya hubungan IM dengan Hamas.

Israel juga bimbang bahawa Kerajaan Mesir di bawah pimpinan Mursi akan menjejaskan perjanjian damai kedua-dua negara yang ditandatangani pada tahun 1979.

Namun dalam beberapa kenyataan, Perdana Menteri Israel Benyamin Netanyahu menyatakan, Israel menyambut baik keputusan pilihan raya umum Presiden Mesir.

Netanyahu juga menegaskan bahawa Israel akan menjalinkan kerjasama dengan kerajaan baru Mesir.

Tiada ulasan: