Followers

Sabtu, 26 September 2009

USAHA PENGETUA KEPALA OTAK UMNO GUGAT KETUANAN MPP UKM

KUALA LUMPUR: Akibat menghadiri usrah, sekumpulan siswi telah didenda oleh pengetua
sebuah kolej di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada bulan Ogos lalu.Harakah mendapat maklumat tersebut yang disebarkan menerusi laman web oleh Wakil Umum Majlis Perwakilan Pelajar UKM, Mohd Fikah Sanusi.

Aktiviti usrah yang dijalankan di surau kolej berkenaan telah dianggap sebagai pencerobohan oleh pihak pentadbiran kolej dengan alasan ia tidak mendapat kebenaran.
Alasan lain yang digunakan juga ialah terdapat beberapa siswi yang datang dari kolej lain yang dianggap menceroboh surau kolej berkenaan untuk menjalankan aktiviti usrah.
"Adakah menjadi satu kesalahan menggunakan surau kolej untuk berusrah? Apakah ia turut mengundang kerugian dan bencana kepada kolej?" tegas Mohd Fikah.

Selain itu persoalan yang turut menjadi kemusykilan kepada para pelajar terhadap penilaian pihak pengurusan kolej adalah sama ada solat berjemaah juga perlu mendapat keizinan pengetua kolej dulu sebelum dilaksanakan. Mohd Fikah mendakwa tindakan tersebut sebenarnya lebih kepada emosi dan rasa buruk sangka yang sangat tinggi pihak atasan.

"Peraturan dan undang undang kolej mana yang dirujuk bila kegiatan usrah boleh didenda?"katanya yang juga merupakan pelajar tahun empat Fakulti Undang undang.
Beliau menggesa agar pihak pengurusan yang juga merupakan penganut Islam agar dapat
membuat penilaian yang lebih munasabah dan bertimbang rasa memandangkan aktiviti yang
dijalankan merupakan salah satu kegiatan yang mendatangkan faedah ke arah pembentukan
diri dan sahsiah mahasiswa.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku pada hari Jumaat 14 Ogos sewaktu pelajar lelaki
mengerjakan solat jumaat.Setelah ditangkap, kad matrik mereka dirampas oleh felo kolej dan mereka terpaksa mengadap dan merayu bagi kesalahan berusrah mereka di hadapan pengetua.Setiap siswi dikehendaki membayar denda sebanyak RM50 bagi sekali usrah, tetapi memandangkan sebelum ini mereka telah menghadiri usrah tersebut sebanyak empat kali menjadikan jumlah denda yang dikenakan adalah sebanyak RM200 seorang.

Difahamkan seramai tujuh orang menghadiri usrah tersebut.Ini menjadikan jumlah keseluruhan denda yang dikenakan adalah sebanyak RM 1,400.Walaubagaimanapun, oleh kerana siswi siswi tersebut mengaku dan bercakap benar, maka mereka telah diberi diskaun dengan hanya perlu membayar sebanyak RM350 sahaja iaitu RM50 seorang

PR BAKAL "BULLDOZER" KAN UMNO DI BAGAN PINANG

Pakatan Rakyat bersedia menghadapi apa jua taktik politik yang dimainkan Umno Barisan Nasional dalam kempen Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang yang bakal bermula pada 3 Oktober depan.

Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar berkata Pas mengembleng segenap sumber dari peringkat akar umbi sehingga ke pucuk pimpinan negeri, dengan sokongan Kelab Penyokong Pas dan badan-badan bukan kerajaan

“Kita mempersiapkan jentera dari peringkat akar umbi sampai ke peringkat negeri bersama dengan rakan PKR, DAP, Kelab Penyokong Kaum India dan NGO bersama untuk membantu kempen kita bagi memastikan kemenangan calon PR kali ini,” katanya.
Menurut Zulkefly, PKR Bagan Pinang akan menyaksikan pendekatan mendidik rakyat mengenai hak dan kuasa mereka memilih pemimpin yang berwibawa, bebas rasuah dan bertanggungjawab.
Pendidikan politik ini penting bagi menghadapi permainan retorik pembangunan Umno dalam setiap pilihanraya.

Zulkefly menambah pemberdayaan pengundi membuka mata masyarakat kepada manfaat sekiranya orang-ramai melantik pemimpin yang bersih, amanah dan bertanggungjawab.

“Kita tahu Umno penuh tipu muslihat. Masa pilihanraya mereka cuba buat baik, cuba hendak mengambil hati semua rakyat. Masa inilah dia nak bagi macam-macam kepada rakyat tetapi mereka tidak peduli langsung kehidupan rakyat sama ada orang Melayu, Cina atau India,” katanya.

DUN Bagan Pinang mengalami kekosongan selepas penyandangnya, Azman Mohammad Noor yang mewakili Barisan Nasional meninggal dunia pada 4 September lalu akibat jangkitan dalam darah.

Sementara itu Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata Umno Barisan Nasional akan membangkitkan isu pembangunan dalam usaha menarik sokongan rakyat.

Sehubungan itu katanya, PR akan mendedahkan kegagalan Umno-BN menjaga kedudukan Bagan Pinang dari destinasi ulung di Selatan Tanahair kepada pekan koboi yang tidak lagi dikenali.

“Ini akan memberi gambaran Bagan Pinang sendiri di bawah Barisan Nasional dan Umno tidak membawa pembangunan yang disebutkan, jadi apakah perubahan yang akan dibawa di sini? Saya fikir rakyat tidak akan lagi memberi kepercayaan,” katanya.

Dari segi persiapan awal, Kamarul berkata Pakatan Rakyat tidak mempunyai masalah menghadapi PRK pada kali ini kerana terdapatnya jentera yang mantap disamping kerjasama erat antara parti komponen Pakatan Rakyat

“Persiapan awal lancar kita hanya tunggu hari penamaan calon, organisasi jentera bergerak persiapan awal dari segi pentadbiran, kerjasama dengan Pas dan DAP bagus bersepakat dan sekarang kita bersedia dengan semangat,” katanya

Menurut Kamarul, PKR meletakkan sasaran mengurangkan majoriti Umno di peringkat Dewan Undangan Negeri. Beliau menambah Bagan Pinang adalah batu loncatan kepada operasi merampas Negeri Sembilan dari BN.

“Akan mengurangakan majoriti Barisan Nasional dan perbezaan hanya 2 atau 3 kerusi termasuk Speaker yang boleh menggugat kerajaan Barisan Nasional.

“Pertama kita mendekatkan jurang kurangkan majoriti Barisan Nasional Negeri Sembilan. Keduanya membuktikan pada rakyat Malaysia bahawa sokongan padu yang diberi rakyat kepada PR berterusan dan belum lagi luntur menunjukkan peningkatan memberi semangat kepada kita,” katanya.

Jentara parti DAP turut turun bagi memperkemas persiapan Pakatan Rakyat menghadapi PRK Bagan Pinang.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan Loke Siew Fook berkata tinjauan awal mendapati Umno Barisan Nasional berada dalam keadaan yang amat tertekan.

“Saya rasa Umno lebih tertekan dari kita kerana mereka perlu menang di kawasan ini.Ini merupakan kubu kuat kepada mereka sekiranya mereka kalah ia bukan sahaja memberikan satu implikasi yang besar kepada Umno Negeri Sembilan tetapi Umno Malaysia keseluruhannya,” katanya.

Siew Fook berkata undi pos merupakan cabaran hebat kepada Pakatan Rakyat memandangkan proses kawalan ketat undi berkenaan memaksa pengundi pos tidak dapat membuat pilihan secara bebas.

“Sama ada mereka boleh membuat satu pilihan secara bebas. Saya yakin kalau undi pos ini diberikan satu kebebasan kepada mereka untuk memilih saya yakin bahawa tentera pun ada ramai yang akan menyokong kita,” katanya.

ANJUR KONSERT BUKTI UMNO PARTI ISLAM ???

Pada 25 Oktober ini konsert BEYONCE artis seksi dari Amerika Syarikat akan diadakan di ibu negara. Bagaimana artis ni boleh buat persembahan? Sudah tentu dapat kebenaran? Siapa yang beri kebenaran? Sudah pasti kerajaan. Kerajaan mana? Mana lagi kalau bukan kerajaan BN yang diterajui oleh Umno yang presidennya mendakwa Umno parti Islam.


Mungkin ini merupakan satu lagi program tarbiyyah Umno untuk rakyat khususnya anak muda di negara ini. Jadi benarlah Umno sebuah parti Islam memandangkan banyak program-program tarbiyyah yang hebat-hebat yang direstui oleh mereka menyusul selepas konsert Michael Learns To Rock (MLTR) bertempat di Awana Genting Highlands pada 16 Ramadhan ketika umat Islam di negara ini mengingati peristiwa berlakunya Nuzul Al Quran.

Program Tarbiyyah pada 5 September lalu bersamaan 16 Ramadhan...
Program Tarbiyyah terkini.... Syabas Umno!

BEBASKAN MELAKA DARI REGIM ALI RUSTAM

Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman menyeru seluruh anak-anak Melaka yang tinggal di perantauan supaya bersama-sama berganding bahu dengan PAS Negeri Melaka untuk menyelamatkan rakyat Melaka dari belenggu pemimpin rasuah yang sedang memerintah negeri Melaka sekarang.

“Anak-anak Melaka yang tinggal di luar Melaka mesti memberi kefahaman kepada ibu bapa dan sanak saudara mereka di Melaka ini agar sedar tentang kepincangan dan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional negeri Melaka sekarang”.
“Kerajaan negeri Melaka sekarang dipimpin oleh Ketua Menteri yang melakukan rasuah dan jelas terbukti apabila beliau disabitkan kesalahan melakukan rasuah pada pemilihan Umno yang lalu” kata Ustaz Ghani.

Beliau berkata demikian pada program sambutan Hari Raya Aidil Fitri anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka bagi meraikan anak-anak Melaka yang pulang berhari raya di kampong mereka. Program tersebut dijalankan dengan kerjasama PAS Kawasan Bukit Katil sebagai tuan rumah. Ianya diadakan di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil di sini Selasa lalu.

Ustaz Abdul Ghani juga mengharapkan mereka dapat menyumbangkan bantuan dalam bentuk idea dan wang ringgit bagi membantu PAS Melaka membebaskan rakyat negeri ini dari belenggu penjajahan pemikiran bentuk baru yang masih merasakan bahawa hanya BN yang mampu memberikan kesenangan dan kemudahan kepada rakyat negeri ini.

Menurutnya Pakatan Rakyat negeri Melaka sudah bersedia untuk mengambilalih tampuk pemerintahan negeri Melaka pada pilihanraya umum ke 13 akan datang.

“Setakat ini Pakatan sudah memperolehi 5 kerusi DUN maka kita hanya perlu 10 kerusi sahaja lagi pada pilihanraya akan datang”.

“Saya yakin dengan sokongan dan dokongan anak-anak perantauan dan ahli-ahli PAS serta penyokong Pakatan Rakyat yang lain kita akan dapat membebaskan rakyat negeri ini dari kekejaman dan kebongkakan Barisan Nasional yang sedang bermaharajalela sejak lebih 50 tahun dahulu”.

Ustaz Ghani juga menggesa anak-anak Melaka di perantauan supaya mencontohi anak-anak Kelantan di perantauan yang berjaya mempengaruhi keluarga mereka di kampong memilih PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihanraya 2008 lalu.

Sementara itu Presiden Persatuan Anak-Anak Negeri Melaka di perantauan (PERAWAN), Syah Mohd Bashir menyeru seluruh para hadirin yang hadir pada majlis tersebut agar memberikan maklumat tentang keluarga dan kawan-kawan yang tinggal di luar Melaka untuk mereka daftarkan menjadi ahli PERAWAN.

“Kita mempunyai beberapa objektif yang jelas iaitu membantu PAS Melaka dari segi idea dan tenaga dalam usaha kita mencapai hasrat dan tujuan PAS Melaka pada pilihanraya akan datang.”

“Sebab itulah pentingnya kita mendaftarkan seramai mungkin anak-anak Melaka di perantauan kerana tenaga yang ramai sudah tentu kita dapat menggabungkan tenaga mereka untuk menyumbangkan apa bentuk bantuan yang mereka boleh salurkan” kata Syah Mohd Basyir.

Program tersebut mendapat sambutan yang hangat dari rakyat setempat dan anak-anak Melaka di perantauan. Kira-kira 1,000 orang pengunjung membanjiri perkarangan tempat sambutan tersebut yang bermula dari jam 3.00 petang hingga 6.00 petang.

Antara tetamu yang hadir ialah pimpinan Pakatan Rakyat peringkat negeri dan kawasan serta pimpinan PERAWAN.

SUMBER: PASCHABAU.NET

Sabtu, 19 September 2009

PERUTUSAN IDUL FITRI 1430H KETUA DEWAN PEMUDA PAS CAWANGAN SERKAM DARAT

Assalamualaikum .. salam aidil fitri

“Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar.La ilaha illallahu wallahu Akbar. Allahu Akbar walillahilhamd.”

Alhamdulillah marilah kita sama - sama memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWt kerana masih lagi diberikan peluang kepada kita untuk sama-sama meraikan hari kemenangan bagi seluruh ummat islam menjelang countdown 1 syawal yang bakal menjelang tiba.

bersempena dengan hari raya yang akan disambut pada esok hari marilah kita sama-sama bermuhasabah diri adakah kejayaan ini layak bagi kita dan bagaimanakah status ibadah kita pada bulan-bulan yang seterusnya setelah bulan ramadhan berlalu meninggalkan kita.

sahabat sahabiah yang dirahmati Allah sekalian.

Dalam mengisi dan meraikan kemenangan kita menentang hawa nafsu jangan lah kita terlalu exited sangat dalam meraikannya ini kerana ianya boleh membawa kepada pembaziran dan sewajarnya kita jadi insan yang pertengahan sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud " setiap perkara yang baik adalah yang pertengahan" maka sewajarnyalah kita mengendali dan mengisi hari ini dengan sewajarnya dan tidak berlebihan.

Kita juga jangan lupa pada mereka yang tidak berkemampuan dan bersempena dengan hari raya yang menjelang tiba marilah kita sama-sama membantu mereka. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Cawangan Serkam Darat dan Saff Kepimpinan PAS Cawangan Serkam Darat ingin mengucapkan selamat hari raya Aidil Fitri ; Maaf Zahir Batin

Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Cawangan Serkam Darat
Merangkap AJK PAS Cawangan Serkam Darat
DUN N26 Serkam

Selasa, 15 September 2009

SOLAT AIDILFITRI 1430H

JASIN 14 SEPTEMBER - PAS Kawasan Jasin akan mengadakan Solat idulfitri di padang Sri Hamas Jasin. Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin,Mej(B) Hj Jasme b. Tompang,program yang diadakan pada setiap tahun itu akan diadakan seperti biasa.Khatib yang diamanahkan untuk menyampaikan khutbah ialah NYDP PAS Jasin Ustaz Kamarudin Haji Sedik.

YDP menyeru semua ahli PAS Kawasan Jasin agar dapat bersama-sama bersolat hari raya di Hamas kerana solat hariraya di kebanyakan tempat diadakan di padang .Ahli-ahli PAS Jasin bolehlah menwar-warkan program tersebut kerana PAS Jasin berharap kehadiran kali ini lebih ramai lagi daripada masa-masa lalu.

SUMBER : PAS CHABAU

Ahad, 13 September 2009

TAZKIRAH PAGI AHAD: OH LAILATUL QADAR ... KUMERINDUIMU ..

Assalamualaikum .. salam ramadhan

Alhamdulillah, segala pujian dan puja hanya bagi Allah SWT, Selawat dan salam buat rasul junjungan serta para pejuang aqidah yang benar lagi sahih menurut Alquran dan Assunnah, ijmak dan qias.

hari ini kita telah pun berada dalam hari yang ke 23 dalam bulan ramadhan dan kini bulan yang penuh dengan barakah ini kian hampir kepenghujungnya. sayugia saya mengingatkan diri saya dan juga sahabat-sahabat seperjuangan untuk sama-sama membetulkan niat kita dalam melakukan setiap amalam sama ada amalan tersebut amalan sunat mahupun fardhu ; moga -moga kita tergolong dikalangan hamba-hamba Allah yang bertaqwa hendaknya.

sahabat dan saudaraku yang budiman,
sepertimana yang kita ketahui bahawa bulan ramadhan adalah bulan latihan fizikal dan mental bagi kita selaku yang bergelar mukminin dan mukminat. Dalam pada menjalani proses pentarbiyahan ruhiah ini, tidak sewajarnya kita melupakan salah satu malam yang cukup bermakna yang cukup dirindui oleh semua lapisan usia bagi yang mengetahui iaitulah malam Lailatul Qadar.

Dalam AlQuran, Allah SWT telah menyebutkan berkenaan dengan kelebihan malam yang dinilaikan lebih baik dari seribu bulan. Firman Allah SWT dalam surah alqadar yang bermaksud " Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?,Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan,Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"

Demikianlah apa yang dimaksudkan dengan malam yang paling bermakna bagi seseorang mukmin yang senantiasa merinduinya. Moga-moga kita bertemu dengan malam dan senantiasa kita tekadkan dalam hati untuk bertemu dengannya.

Wassalam

Haji AwalDin
Ketua Cawangan Pas
PAS CAWANGAN SERKAM DARAT

Sabtu, 12 September 2009

PR NAK HAPUS ARAK;BN MENTEKEDARAH ARAK PULAK


Pelantikan Mirzan Mahathir dalam lembaga pengarah syarikat arak, San Miguel Corp, membuktikan hipokrasi di kalangan pimpinan Umno-BN yang kononnya mengambil berat mengenai isu penjualan arak dalam negara.

Perlantikan pemimpin Umno itu sebagai orang penting di syarikat arak ini yang secara kebetulan berlaku apabila Presiden Umno Najib Abdul Razak mengisytiharkan Umno sebagai parti Islamik semalam itu mengundang kritikan dari Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat Badrul Hisham Shahrin.

“Tetapi persoalan besar disebalik penjualan arak ini siapa yang mempunyai kepentingan. Siapa yang meraih kekayaan berjuta-juta ringgit dan hari ini jelas bahawa antara tokoh penting Umno keluarga Dr Mahathir ada kepentingan dan ini bukanlah pendedahan pertama.

“Dalam masa yang sama kamu cakap tentang Melayu Islam dan kamu menuduh Pakatan Rakyat yang cuba menyelesaikan isu ini dengan bijaksana dan harmoni, kamu tuduh kita tidak prihatin terhadap Melayu itu sendiri tapi dalam masa yang sama kamu mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit menjamin kekayaan keturunan kamu degan perniagaan arak,” katanya.

Badrul berkata demikian merujuk kepada tabiat Umno-BN menggunakan agama dalam serangan mereka terhadap Pakatan Rakyat - melaga-lagakan Islam dan bukan-Islam di negara bagi politik sempit pemerintah.

Mirzan Mahathir baru-baru ini dilantik menjadi ahli lembaga San Miguel Corp, konglomerat makanan dan minuman terbesar di Filipina dan pemilik San Miguel Brewery Inc.

Menurut laman webya, San Miguel Brewery mengawal 95 peratus pasaran bir di Filipina. Syarikat berkenaan telah menghasilkan San Miguel Beer lebih dari satu abad. Bir berkenaan dihasilkan di Filipina, China , Indonesia, Vietnam, Thailand dan Malaysia. Ia juga dijual dalam 60 pasaran seluruh dunia.

Mengulas lebih lanjut, Badrul menyeru ahli Umno di semua peringkat harus berfikir sama ada adakah mereka berada di landasan yang betul sedangkan pimpinan mereka mengumpul kekayaan dengan perniagaan arak.

“Tapi oleh kerana arak di syarikat 24 jam yang memang kita (Pakatan Rakyat) akui kita sedang dalam proses memperbetulkan keadaan tetapi kamu (ahli Umno) dengan sentimen tidak tentu arah membangkitkan sentimen agama dan perkauman yang mengeruhkan hubungan kita rakyat biasa di bawah ini dan kamu menjadi alat kepada pemimpin-pemimpin kaya yang mentahdarah kekayaan daripada syarikat arak,” katanya.

Beliau berkata sentimen arak yang dimainkan Umno-BN di negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat berlaku kerana kuasa politik yang dimiliki parti berkenaan. Katanya sekiranya benar pimpinan Umno-BN serius menangai isu arak, satu perbincangan perlu dilakukan dengan pimpinan kerajaan yang ditadbir Pakatan Rakyat dan bukannya menggunakan media untuk memesongkan pemikiran rakyat.

“Kalau betul hari ini masalah penjualan arak dalam bulan puasa ada orang Melayu yang membeli arak di Negeri Sembilan, di Johor dan di kawasan Terengganu tetapi persoalannya jika mereka serius menentang perkara ini sesuatu harus dilakukan. Mereka tidak melakukan di negeri lain tetapi menggunakan media masa memesongkan pemikiran rakyat dengan menyerang Selangor dan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.

“Hanya kerana kuasa politik, jika mereka ikhlas dan serius mereka tidak akan menyerang seperti itu malah duduk berbincang dengan kepimpinan Selangor, Kedah dan sebagainya bagaimana hendak meningkatkan syiar Islam. Ini tidak mereka hanya pukul dengan sentimen perkauman yang lebih mengeruhkan keadaan dan lebih memberi gambaran buruk kepada Islam itu sendiri,” katanya.

UMNO GILA TALAK GUNA DUIT UNTUK RAMPAS SELANGOR

Peruntukan sebanyak RM1.35 juta yang akan diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diagihkan ke masjid dan surau serata Selangor menzahirkan perancangan Umno-BN merampas negeri itu dari Pakatan Rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar berkata beliau hairan mengapa pengagihan wang kerajaan Pusat ini diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar seolah-olah wang Perbendaharaan Negara adalah milik Umno.

“Pada pendapat saya ini adalah rancangan politik terhadap negeri Selangor, kita memang sudah tahu pihak BN berura-ura hendak mengambil alih pemerintahan negeri Selangor dan sudah ada beberapa pendekatan yang dilakukan yang kita sedia maklum sebelum ini mahu dilakukan melalui tindakan yang berhubung dengan mahkamah kalau ada bukti tentang penyelewengan dan rasuah,” katanya ketika dihubungi.

Kerajaan Pusat hari ini memperuntukkan RM1.35 juta bagi membantu kira-kira 370 masjid dan 2,000 surau di Selangor menjalankan aktiviti sempena bulan Ramadan dan Syawal.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Noh Omar berkata bantuan RM1,000 bagi setiap masjid dan RM500 bagi surau itu disediakan setelah diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu.

Mengulas perkara ini, Dr Shafie berkata walaupun amalan derma dan membantu itu sesuatu yang dimuliakan di sisi agama, namun ianya harus ikhlas dan bukan dibuat bagi tujuan politik.

Shafie menambah sekiranya Umno-BN benar-benar ikhlas membantu, mengapa bantuan tersebut diumumkan menjelang Syawal.

“Kita persoalkan kalau pun hendak diberi bantuan masjid dan surau, seharusnya awal sebelum Ramdhan atau sekurang-kurangnya awal Ramadhan dan sekarang sudah pun sampai ke penghujung,” katanya.

Walaubagaimanapun, cubaan demi cubaan untuk merampas Selangor dari tampuk pimpinan Pakatan Rakyat gagal ditawan oleh BN biarpun pelbagai usaha jahat telah mereka lakukan sejak akhir-akhir ini.

“Sebagaimana yang dilakukan terhadap Teoh Beng Hock dan beberapa exco, mereka cuba serbu untuk mendapat bukti tetapi ini nampaknya terencat oleh kerana kematian Teoh Beng Hock di dalam siasatan SPRM.

“Dan kita melihat penawaran wang lebih dari jumlah RM1.35 juta adalah lanjutan dari usaha untuk menguasai negeri Selangor secara kospirasi yang bersifat kewangan pula lah. Kita persoalkan ialah mengapa ini atas nama parti UMNO BN dan ini jelas memperlihatkan konspirasi politik yang jelas terhadap pengundi Selangor,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau mengatakan kerajaan Selangor sudah bertindak terlebih dahulu dengan mencerminkan keprihatinan terhadap rakyat di negeri ini dengan perancangan yang kemas dan teratur berbanding BN yang sentiasa membuat kejutan di saat-saat akhir seolah-olah membayangkan mereka sentiasa terdesak untuk meraih keyakinan rakyat semula.

“Sebenarnya kita juga telah memberi bantuan dari peringkat negeri di Adun-adun melalui JAIS dan sebagainya. Saya nampak lebih daripada serampang dua mata ialah selain daripada terhadap Selangor tetapi juga dengan pilihan raya kecil yang akan berlangsung di Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

“Jadi ini juga adalah satu tawaran yang bersifat politik untuk menarik masyarakat dan pengundi-pengundi di Bagan Pinang, jadi ini adalah bersifat politiklah untuk menarik masyarakat pengundi-pengundi di Bagan Pinang,” katanya.

Biarpun pelbagai taktik lapok itu digunakan oleh BN, beliau yakin politik di Selangor adalah mantap dan tidak akan terpengaruh dengan cubaan pihak BN yang bertalu-talu untuk menjatuhkan Selangor.

“Kita lihat dia cuba guna isu kuil baru ini yang jelas daripada orang-orang UMNO yang sepertimana 12 orang telah didakwa, jelas ertinya mereka eksploitasi isu ini.

“Saya fikir ini bukan terakhir siri percubaan mereka untuk menguasai Selangor dengan pelbagai taktik kotor dan rentetan itu kita perlu lebih berhati-hati terhadap usaha jahat mereka terhadap kita yang perlu kita pertahankan kekuatan dan kesepaduan kita berusaha untuk mengalahkan BN dalam pilihan raya kecil yang kita akan hadapi.

“Kalau kita dapat mengalahkan mereka ini adalah satu tamparan yang amat memalukan, paling tidak saya ingat kita perlu usaha untuk mengurangkan majoriti ditempat mereka supaya politik mereka akan menurun,” katanya.

Sumber : TVANTARA

KENYATAAN MEDIA LAJNAH ANTARABANGSA DPP PUSAT BERHUBUNG ISU MALAYSIA-INDONESIA

Lajnah Antarabangsa, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyeru semua pihak untuk bertenang di dalam menangani isu hubungan Malaysia – Indonesia yang agak tegak beberapa hari kebelakangan ini.

DPPP juga mengharapkan agar kita semua mengambil kesempatan di dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat ini untuk mencari penyelesaian terbaik supaya ia tidak berlarutan.
Kemelut yang timbul ini boleh diselesaikan secara hubungan adik beradik kerana kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia berasal daripada rumpun Melayu – Islam yang sama.

Bak kata pepatah yang digunakan oleh masyarakat Melayu di kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia; “carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua”, DPPP yakin bahawa masalah hubungan yang tegang di antara Malaysia dan Indonesia ini boleh diselesaikan secara kekeluargaan dan harmoni.

Tambahan lagi ini bukanlah kali pertama kedua-dua “adik-beradik” ini menghadapi situasi sebegini, malah pernah melalui zaman yang lebih sukar suatu ketika dahulu.

Berkenaan isu “tarian pendet” ini, ia telah pun diberi penjelasan oleh pemimpin negara bahawa ia adalah kesilapan daripada Discovery Networks Asia-Pacific, dan bukan daripada pihak berkuasa Malaysia yang mendakwa ia adalah budaya Malaysia.

Dalam klip video komersial yang mengandungi elemen Tarian Pendet bagi mempromosi siri dokumentari Enigmatic Malaysia di Discovery Channel itu, terdapat rakaman selama 30 saat memaparkan tarian pendet sebagai salah satu tarikan Malaysia.

Permohonan maaf telah pun dibuat oleh pihak yang bertanggung jawab itu dan ia juga telah pun disampaikan kepada pihak berkuasa Indonesia.

Justeru, DPPP yakin bahawa kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia tidak seharusnya menjadikan isu ini untuk mengeruhkan suasana yang ada, malah DPPP turut yakin bahawa kedua-dua “adik-beradik” ini mempunyai kekuatan tersendiri untuk di”sinergi”kan.

Akhir sekali, DPPP berharap agar kedua-dua negara bertenang dan mencari titik pertemuan dalam isu ini, bukan mencari titik permusuhan dan seterusnya konflik ini dapat diselesaikan secara aman dan harmoni.

TAZKIRAH AKHIR RAMADHAN 1430

Assalamualaikum .. salam perjuangan

Alhamdulillah marilah kita sama-sama panjatkan rasa syukur kita yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT yang masih lagi memberikan peluang kepada kita untuk menikmati nikmat iman dan islam serta pelbagai lagi nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah SWT khususnya dalam bulan Ramadhan Almubarak ; bulan yang penuh dengan rahmat serta keberkatan dimana segala amalan kebajikan yang kita lakukan akan dilipatkali gandakan oleh Allah SWT sepertimana yang dinyatakan oleh Baginda Nabi SAW berkenaan dengan bulan ramadhan, Sabda Nabi yang bermaksud "Ramadhan Awalnya terdapat Rahmat Allah, Dipertengahnya terdapat keampunan dan diakhirnya pula pelepasan daripada azab api neraka".

Ikhwah wal Akhawat yang dimuliakan,

Sepertimana yang kita ketahui, apabila datangnya ramadhan segala pintu langit akan dibukakan seluas-luasnya oleh Allah SWT mengampunkan segala serta mengkabulkan segala permintaan hamba-hambanya yang memohon sesuatu permintaan. Maka dengan yang demikian, alangkah ruginya kita jika kita melepaskan peluang untuk berada dalam bulan yang penuh dengan rahmat ini dan kita gagal untuk memanfaatkan keberadaan kita dalam bulan yang penuh barakah ini dengan melaksanakan amalan-amalan yang sangat-sangat dituntut untuk kita melaksanakannya. Sepertimana Sabda Nabi SAW yang bermaksud " Barangsiapa yang berpuasa didalam bulan ramadhan dengan penuh rasa keimanan yang tinggi serta melaksananya dengan sebaiknya, maka akan diampunkan segala dosa yang telah dilakukan sebelum pada bulan ramadhan" dan menurut riwayat yang lain turut diampunkan dosa sesudah daripada bulan ramadhan.

Oleh yang demikian, memandangkan kita kini berada diseparuh akhir dalam bulan ramadhan, sayugianya kita sama sama bermuhasabah keatas diri kita masing-masing adakah kita telah benar-benar mencukupkan amalan kita dan memperbetul segala akhlak dan sahsiah kita untuk menghadapi 11 bulan yang akan datang. Moga-moga kita dianugerahkan oleh Allah dengan keampunan serta dianugerahkan kepada kita malam lailatulqadar yang mana kita tahu malam ini adalah malam yang cukup diimpikan oleh semua orang untuk mendapatkannya. Moga-moga kita tergolong dikalangan hamba-hambaNya yang bertaqwa dan dianugerahkan ganjaran dan syafaat syurga diakhirat nanti

Salam Ramadhan.Wassalam

Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas Serkam Darat
Merangkap Ketua Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan
PAS Cawangan Serkam Darat

KERANA ISLAM UMNO , ALTANTUYA BERKECAI

Kerana fahaman Islam Umno hanya untuk pembangunan ekonomi sahajalah maka berkecainya badan wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu, kata Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali.

Bagi beliau, Umno hanya memalukan umat Islam di seluruh dunia sahaja jika terus mendakwa mereka adalah parti Islam.

"Kalau Umno mengaku parti Islam maknanya bagi Umno Islam ini untuk pembangunan ekonomi sahajalah. Yang lain seperti aqidah, keadilan, akhlak dan moral, Umno tidak terimalah," kata anggota Parlimen Titiwangsa itu.

Lo' Lo' yang juga AJK PAS Pusat mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkata, Umno adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.

"Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan Umno sejak 53 tahun yang lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?," kata beliau ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini semalam.

"Kita tidak perlu label "membangun bersama Islam" kerana kita telah lama memperjuangkan Islam dan telah memberi keselesaan hidup kepada umat Islam kerana kita tidak mahu umat Islam miskin dan tidak ada kekuatan," kata Najib.

Bagi Lo' Lo', kerana sikap Presiden Umno begitulah maka Umno penuh dengan amalan yang tidak baik seperti rasuah, kebocoran wang negara dan tidak amanah berleluasa di negara ini.

"Kerana anggapan Islam Umno itulah maka berkecainya nyawa Altantuya Shariibuu dan matinya Teoh Beng Hock di pejabat SPRM," kata Lo' Lo' kepada Harakahdaily.

Bagi beliau, apa yang dibuat oleh Umno ketika menganggap Islam hanya membangunkan ekonomi pun hanya membangunkan ekonomi untuk golongan tertentu sahaja bukan untuk umat Islam semuanya kerana ramai umat Islam sendiri yang terus terbiar papa kedana.

"Hanya untuk Umno dan BN serta kroni mereka sahaja," kata beliau menambah hujjahnya.

Bagi beliau, Umno hanya mengambil Islam yang sesuai dan untuk kepentingan mereka sahaja tetapi meninggalkan ajaran dan akhlak yang dibawa oleh Islam.

"Jenayah dan keselamatan rakyat terancam. Pimpinan Pakatan Rakyat tergugat. Semua ini Umno tidak pentingkan kerana fahaman Umno Islam adalah untuk kemajuan ekonomi sahaja," katanya

sumber: Harakahdaily

Jumaat, 11 September 2009

Najib kata UMNO PARTI ISLAM ??

Assalamualaikum ... salam perjuangan buat semua

pagi nie ana terbaca pulak utusan meloya. bukan saja saja nak baca tapi nak tengok lawak apa pulak yang nak ditunjukkan. Tercuit pulak hati ini nak tergelak terbahak-bahak bila terbacakan satu artikel yang disiarkan oleh Utusan Meloya yang mengatakan bahawa Pee Emm Najib Altantuya mengatakan bahawa UMNO PARTI ISLAM.

Rasanya Najib nie tak sekolah tinggi kot. Tak dapat nak membezakan antara Parti yang berideologikan Islam dan bukan. Sudah jelas dan terang kalau kita lihat dari segi pengertian saja dah menunjukkan yang UMNO bukan PARTI ISLAM,UMNO atau United Malayan National Organization atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang berideologikan nasionalis sama peranan macam PLO atau Palestine Liberal Organization.

Dari segi perlembagaan juga jelas UMNO nie tak berjuang untuk islam,dan banyak lagi ciri-ciri yang tak kena dengan Islam. Jadi nasihat ana pada kawan2 yang duk dalam UMNO tu tak yah lah nak banggakan diri dengan mengatakan kamu tu PARTI ISLAM

Khamis, 10 September 2009

PKR SETUJU PAS BERTANDING BAGAN PINANG

Kesepakatan antara parti komponen Pakatan Rakyat dilihat semakin utuh apabila Majlis Pimpinan Keadilan Negeri Sembilan secara sebulat suara menyatakan persetujuan supaya calon Pas bertanding dalam Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan, Ibrahim Yusof berkata pendirian berkenaan dibuat setelah Majlis Pimpinan berkenaan mengadakan satu mesyuarat khas bersama lapan cabangnya.

“Pendirian jelas mengikut status quo yang lama pada PRU Mac 2008. Kita berpegang pada pembahagian kerusi dan kebetulan ia adalah kerusi Pas maka kita bersetuju Pas bertanding di situ.

“Di peringkat perhubungan negeri kita secara konsisten bersetuju calon Pakatan Rakyat daripada Pas. Perbincangan dibuat di semua lapan cabang dan memuutuskan secara sebulat suara,” katanya.
Menurutnya keputusan berkenaan akan diserahkan kepada pimpinan PKR pusat bagi membolehkan kepimpinan berkenaan membuat sebarang keputusan.

Ibrahim berkata, pihaknya yakin Pakatan Rakyat akan berjaya menawan kerusi DUN N31 memandangkan gelombang kebangkitan rakyat yang masih belum reda.

“Peluang tetap ada kerana gelombang kebangkitan rakyat masih belum reda, rakyat masih dahagakan perubahan dan mahukan pembaharuan. Keduannya kalau mengambil kira PRU Mac 2008 ada beberapa kawasan yang sebenarnya ramai tidak keluar mengundi dan kita yakin kali ini mereka akan keluar mengundi.

“Dan mungkin juga pada waktu itu ada mesej-mesej tidak sampai pada peringkat pengundi. Oleh itu kita cukup berkeyakinan dalam PRU kali ini kita akan berjaya dengan sokongan semua jentera,” katanya.
Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor pada Jumaat lalu akibat jangkitan dalam darah.Sementara itu Naib Presiden Pas Mahfuz Omar berkata, pimpinan Pas menyambut baik keputusan berkenaan sekaligus memperlihatkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat untuk merampas kerusi DUN berkenaan.

Menurutnya keputusan berkenaan dengan jelas mengekalkan status quo pada PRU 12 yang lalu.
“Saya menyambut baik keputusan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan khusunya rakan komponen daripada Parti Keadilan Rakyat dan DAP yang menunjukan kesepaatan dan persefahaman amat baik terjalin antara parti komponen Pakatan Rakyat Negeri Sembilan.

“Saya yakin keputusan itu menggambarkan bagaimana hasrat Pakatan Rakyat Negeri Sembilan untuk melihat Barisan Nasional akan dikalahkan. Saya yakin bahawa Pakatan Rakyat Negeri Sembilan akan menterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan gerak kerja yang bermula dari sekarang bagi pastikan kemenangan calon Pas yang mewakili Pakatan Rakyat,” katanya.

sumber : TVANTARA

HUKUM SEBAT MODEL LEPAS RAYA

Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bersedia meneruskan hukuman sebat ke atas seorang model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, selepas Hari Raya Aidilfitri ini.

Pengarah JAIP Datuk Abdul Manan Abdul Rahman berkata pelaksanaan hukuman itu bagaimanapun bergantung kepada semakan Panel Rayuan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan yang dijangka selesai selepas hari raya ini.

Beliau berkata keputusan semakan itu akan diumumkan oleh Ketua Hakim Syarie Pahang Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman.

Pada 20 Julai lepas, Kartika Sari Dewi dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku salah meminum arak di sebuah hotel di Cherating, 11 Julai 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat tidak melebihi enam sebatan.

Bagaimanapun pada 24 Ogos lepas hukuman itu ditangguhkan bagi menghormati bulan Ramadan dan keputusan itu dikecam pelbagai pihak.

"Masyarakat tidak memahami antara sebat syarie iaitu lebih kepada mendidik dan sebat sivil yang selalu dihukum ke atas pesalah yang amat menyakitkan dan bagi kes Kartika, dia dihukum dengan hukuman sebat syarie," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bengkel Rasm Uthmani dan buku Menuju Gerbang Akhirat di Kuantan hari ini.

Sumber : BERNAMA

Pemuda PAS mahu temui JAG isu Kartika

PAS bercadang mengadakan perbincangan dengan gabungan NGO wanita mengenai pelbagai isu agama dan gender, termasuk kontroversi hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno.

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata, inisiatif itu diambil susulan beberapa siri dialog dengan kumpulan terbabit, khususnya Sisters In Islam (SIS) sebelum ini yang gagal mencapai penyelesaian.

"Dialog dulu tidak menemukan penyelesaian. Kemungkinan sebab sekali atau dua kali sahaja (berdialog).

"Di masa akan datang, kita ada lihat keadaan yang sesuai untuk menganjurkan dialog atau seminar. Kemungkinannya selepas Hari Raya," katanya.

Nasrudin diminta mengulas pendekatan PAS bagi mendekati Kumpulan Bertindak Menentang Keganasan Terhadap Wanita (JAG) yang mendesak kerajaan memansuhkan satu hukuman bawah enakmen jenayah syariah itu.

JAG dalam memorandum bertarikh 25 Ogos juga menggesa perdana menteri segera menilai semula hukuman sebat kerana didakwa melanggar prinsip hak asasi manusia di peringkat antarabangsa.

Nasrudin semalam menyifatkan desakan JAG, ekoran kontroversi hukuman sebat terhadap model sambilan itu, sebagai menceroboh bidang kuasa pelaksanaan enakmen jenayah syariah dan "biadap".

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Nasrudin berkata, pertemuan dengan SIS – yang turut bergabung dalam JAG – dibuat ketika PAS memerintah Terengganu antara 1999 hingga 2004 bagi membincangkan pelaksanaan enakmen hudud.

Katanya, pertemuan sebegitu sebelum ini "gagal menemukan penyelesaian" kerana pelbagai pihak mempunyai pandangan tersendiri yang diyakini.

"Bila timbul isu, kita akan ambil tindakan berdasarkan keyakinan (terhadap kefahaman) masing-masing. Kita tidak fikirkan soal pandangan orang lain.

"Jika timbul konfontasi selepas itu, kita akan selesai selepas itu. Di masa akan datang, kita akan anjur (pertemuan)," kata ketua dewan itu.

Ditanya kenapa sukar mencari pemahaman antara NGO terbabit dengan PAS, Nasrudin berkata:

"Kebanyakan mereka (NGO wanita) menilai nilai Islam dengan perspektif yang berbeza, lihat pandangan ulama terpencil. Atau mereka ini ambil kira soal rasionaliti, logik akal semata-mata.